fadil

10
ANALISIS WACANA OLEH : MOHD FAHDIL

Upload: watak-bulat

Post on 11-Jun-2015

1.967 views

Category:

Technology


9 download

TRANSCRIPT

  • 1. ANALISIS WACANA OLEH : MOHD FAHDIL

2. LATAR BELAKANG Lahir di Great Britain dan USA dalam tahun 50- an Dipelopori oleh Reymond Firth Teori: makna dalam kontek( makna ditentukan oleh keadaan atau konteks situasi. Contoh: Cantik jika diucapkan dalam nada tenang bermaksud elok, comel, tetapi jika diucapkan dengan nada marah atau geram mungkin bermaksud sindiran atau perli 3. APA DIA WACANA Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, bab, buku, cerita, siri buku, surat khabar dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Dengan perkataan lain wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap 4. CIRI-CIRI SEBUAH WACANA Tiap-tiap wacana mesti ada tujuan. Jika tujuan penutur untuk memperolehi maklumat, maka ayat yang timbul ialah ayat tanya. Jika tujuan untuk melakukan sesuatu perbuatan atau arahan maka ayat yang akan timbul ialah ayat perintah. Wacana mesti berlandaskan hubungan diantara penutur dengan pendengar (lisan) dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Hubungan dan kedudukan penutur dalam masyarakat. Hal ini akan menimbulkan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak. mempunyai ciri unsur susun atur 5. Tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana perlu mempunyai satu maklumat daripada ayat sebelumnya. Tidak boleh memasukkan maklumat yang berlawanan dengan logik akaliah. CIRI-CIRI SEBUAH WACANA 6. Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan dari aspek: Semantik Leksikal Gramatikal Fonologis KEUTUHAN WACANA 7. Hubungan sebab dan akibat a) Hubungan sebab dan akibat contoh: Dia sangat mengantuk. Dia tertidur b) Hubungan sebab dan tujuan contoh: Murid ini rajin belajar. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang. c) Hubungan perbandingan contoh: Dia kaya. Kakaknya lebih kaya lagi WACANA DARI ASPEK SEMANTIK 8. Sinonim atau ekuivalensi leksikal contoh: Kami menolak permohonannya. Penolakan ini berasaskan kepada pertimbangan yang wajar. Antonim contoh: Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara WACANA DARI ASPEK LEKSIKAL 9. Kata penghubung Ia digunakan untuk menghubungkan antara kata dengan kata. Contoh: dan, atau, tetapi, kerana dan lain-lain Elipsis Pelenyapan satu bahagian contoh: Memang. (Sepatutnya: memang, saya telah menyebelahi pihaknya. WACANA DARI ASPEK GRAMATIKAL 10. Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah tekanan dan nada suara. Unsur-unsur ini juga boleh menimbulkan hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana. Contoh: perkataan Duduk jika diucapkan dengan nada lembut, bermaksud jemputan tetapi jika disebut dengan nada yang keras, ia mempunyai maksud kemarahan atau perintah yang tidak boleh dilawan. WACANA DARI ASPEK FONOLOGIS