facebook platform dakwah berwajah baru

Upload: aliff-nawi

Post on 21-Jul-2015

113 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Fenomena Facebook menyerap pantas ke dalam masyarakat membuka peluang kepada bidang dakwah untuk mengadaptasikan pendekatan dakwah secara maya. Laman sosial paling popular di dunia yang menjadi tarikan golongan remaja ini perlu dimanfaatkan oleh para da’ie dengan mengambil peluang mendekati para remaja dan seterusnya mendominasi Facebook menjadi salah satu platform ruang untuk dakwah. Objektif kertas kerja ini akan cuba membuka minda para pendakwah untuk menyebarluaskan ajaran Islam yang bukan hanya menggunakan cara secara konvensional tetapi memberikan nafas baru kepada metodologi penyampaian dakwah yang berkesan. Inovasi ini perlu digarap oleh para pendakwah sejajar dengan perkembangan teknologi dan maklumat masa kini. Cadangan untuk menjayakan prospek dakwah dalam media baru ini juga diutarakan agar membantu para pendakwah mengaplikasikannya dalam kehidupan di abad ke-21 ini.

TRANSCRIPT

Bicara Dakwah kali ke-10 Dakwah Menerusi Media Baru. Anjuran Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM. Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM. 22 Mac 2011.

Facebook: Platform Dakwah Berwajah BaruMohd Aliff Mohd Nawi1, Zanizam Zaidi2, Zulkarnain Abd Hamid3 & Prof Madya Dato Dr Ab Halim Tamuri41

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

2

3

Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

AbstrakFenomena Facebook menyerap pantas ke dalam masyarakat membuka peluang kepada bidang dakwah untuk mengadaptasikan pendekatan dakwah secara maya. Laman sosial paling popular di dunia yang menjadi tarikan golongan remaja ini perlu dimanfaatkan oleh para daie dengan mengambil peluang mendekati para remaja dan seterusnya mendominasi Facebook menjadi salah satu platform ruang untuk dakwah. Objektif kertas kerja ini akan cuba membuka minda para pendakwah untuk menyebarluaskan ajaran Islam yang bukan hanya menggunakan cara secara konvensional tetapi memberikan nafas baru kepada metodologi penyampaian dakwah yang berkesan. Inovasi ini perlu digarap oleh para pendakwah sejajar dengan perkembangan teknologi dan maklumat masa kini. Cadangan untuk menjayakan prospek dakwah dalam media baru ini juga diutarakan agar membantu para pendakwah mengaplikasikannya dalam kehidupan di abad ke-21 ini. Keywords: Facebook, dakwah, media baru

Pengenalan

Facebook merupakan laman sosial maya yang menjadi trend masa kini. Laman sosial Facebook merupakan alat komunikasi yang dilengkapi dengan pelbagai aplikasi seperti laman peribadi, forum perbincangan, email, ruangan chat (sembang), bahagian memuat naik bahan seperti gambar dan video serta perisian permainan (Boyd & Ellison 2008). Dalam erti kata lain Facebook sebagai sebuah laman sosial yang dilengkapi dengan pelbagai aplikasi yang menarik dan membantu pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Di Malaysia, Facebook merupakan laman sosial maya yang paling popular dan menjadi pilihan masyarakat terutama golongan remaja berbanding dengan laman sosial yang lain (Berita Harian, 18 November 2010). Laman ini cepat menyerap pantas ke dalam masyarakat dan dilayari segenap usia dari peringkat kanak-kanak sehinggalah warga emas (DeCosta et al. 2010). Malah, ahli politik dan selebriti juga tidak ketinggalan menggunakan laman sosial maya kerana mahu seiring dengan kemajuan dunia teknologi masa kini.

Bicara Dakwah kali ke-10 Dakwah Menerusi Media Baru. Anjuran Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM. Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM. 22 Mac 2011.

Rajah 1 Laman Sosial Facebook Terkini, menurut statistik dari laman web socialbakers.com, jumlah pengguna laman sosial Facebook di Malaysia kini melebihi angka 10 juta orang. Menariknya, jumlah ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kajian oleh Norizan et al. (2010) menyatakan bahawa penggunaan laman sosial Facebook menjadi semakin popular di Malaysia sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Ini kerana, kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband, Streamyx, P1 Wimax dan Unifi semakin meluas dikalangan masyarakat telah menyumbang kepada peningkatan pengguna di negara ini.

Rajah 2 Statistik umur pengguna Facebook di Malaysia Sumber : Socialbakers.com Dakwah dan Peranan Penyampaian Islam Islam adalah sebuah agama yang menuntut penganutnya untuk menyebarkan mesej Islam secara berterusan. Penyampaian yang baik akan mempengaruhi kepada mereka yang menjadi pendengarnya. Setiap seorang muslim dianggap sebagai komunikator agama di mana mereka diwajibkan untuk menyampaikan mesej Islam mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini telah ditegaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menggesa supaya setiap

Bicara Dakwah kali ke-10 Dakwah Menerusi Media Baru. Anjuran Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM. Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM. 22 Mac 2011.

muslim menyampaikan mesej daripadanya walau pun hanya satu ayat.1 Simbolik kepada satu ayat ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk disampaikan kepada orang lain. Hal ini juga telah digariskan oleh Al-Quran di dalam surah An-Nahl (16: 125), Allah berfirman:

pyJ3t:$$/ y7n/u @ 6y 4 n