etsi – manual pengguna · kkm,ukm: salam, sila bawa kertas dan pen sendiri untuk sesi ujian lisan...

25
ETSI – Manual Pengguna http://www.etsi.com.my http://etsi.yougetfreesms.biz – untuk demo Untuk Ahli Sahaja. Tarikh: 2 April 2010 Disediakan oleh ETSI Business Solutions (001933857-V)

Upload: vannguyet

Post on 17-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ETSI – Manual Pengguna http://www.etsi.com.my http://etsi.yougetfreesms.biz – untuk demo

Untuk Ahli Sahaja.

Tarikh: 2 April 2010 Disediakan oleh ETSI Business Solutions (001933857-V)

Pengenalan Sistem ETSI

Sistem ETSI adalah satu aplikasi web untuk membolehkan pengguna menghantar SMS secara pukal atau banyak dengan sekali klik.

Sistem ETSI mempunyai pelbagai fungsi penghantaran SMS termasuk (a) Penghantaran terus (current) dan (b) Penghantaran berjadual (schedule)

Penghantaran SMS melalui Sistem ETSI dikategorikan seperti berikut: 1. Satu nombor handphone, satu mesej dan satu tarikh penghantaran 2. Banyak nombor handphone, satu mesej dan satu tarikh penghantaran 3. Banyak nombor handphone, satu mesej dan pelbagai tarikh penghantaran 4. Banyak nombor handphone, banyak mesej dan satu tarikh penghantaran 5. Banyak nombor handphone, banyak mesej dan pelbagai tarikh penghantaran 4. Banyak nombor handphone, satu mesej berubah dan satu tarikh penghantaran 5. Banyak nombor handphone, satu mesej berubah dan pelbagai tarikh penghantaran Sistem ETSI juga mempunyai fungsi simpanan buku telefon yang boleh dimasukkan secara terus atau import dari Microsoft® Excel.

Buku telefon ini boleh dikumpulkan (group) untuk memudah penghantaran SMS kepada kumpulan sasaran.

Buku telefon ini juga mempunyai sistem carian pelbagai field sama ada carian nombor handphone, nama, nombor kp, tarikh lahir, alamat email dan alamat. Carian juga boleh dalam bentuk wild search iaitu menaip sebarang kata kunci (keyword).

SMS-Key

SMS-Key diperlukan sebelum menggunakan Sistem ETSI. Anda boleh mendapatkan SMS-Key daripada agen-agen yang sah (reseller). SMS-Key adalah gabungan 16 nombor dan huruf (alphanumeric). Setiap SMS-Key digunakan sama ada untuk mendaftar akaun baru atau sebagai top-up untuk akaun yang sedia ada.

Setiap SMS-Key akan mengandungi jumlah tertentu unit-SMS bergantung kepada pakej yang dipilih.

Contoh SMS-Key: BBF06A9798AD9E75

Nota: SMS-Key hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Daftar Pengguna

Anda hanya perlu klik pada link Register untuk mendaftar.

Page pendaftaran akan dipaparkan seperti berikut. Anda dikehendaki mengisi semua ruangan yang berwarna merah.

Seterusnya, setelah semua maklumat diisi terutamanya ruangan wajib-isi (berwarna merah), klik pada button Submit. Sistem akan menghantar email kepada pengguna untuk tujuan pengesahan (verification). Sila pastikan alamat email anda betul.

Anda hanya perlu klik pada link yang ditunjukkan di atas, dan page pengesahan pendaftaran akan dipaparkan.

Tahniah! Anda boleh mula menggunakan Sistem ETSI.

Browse di http://www.etsi.com.my, masukkan Username dan Password untuk masuk ke dalam sistem. Klik button Login

Nota: Untuk tujuan percubaan, anda boleh browse di http://etsi.yougetfreesms.biz. Masukkan Username: demo dan Password: Demo untuk login.

Page di bawah akan dipaparkan yang mengandungi menu-menu fungsi Sistem ETSI, jumlah unit-sms dan nama pengguna.

Menu-menu Sistem ETSI

Menu CONFIGURATION

Menu - Top-Up SMS

Menu ini berfungsi untuk menambah jumlah unit-sms boleh guna. Masukkan SMS-Key dan klik pada button Submit. Jika SMS-Key yang masukkan sah, jumlah unit-sms akan ditambah.

Menu – SMS Template

Anda dikehendaki memasukkan sekurang-kurangnya 1 SMS template sebelum dapat menggunakan fungsi penghantaran SMS.

SMS template berfungsi sebagai identiti mesej di mana SMS yang dihantar akan mengandungi Tajuk Mesej (Header) dan Akhir Mesej (Footer).

Contoh SMS yang mengandungi Header dan Footer seperti di bawah

KKM,UKM: Salam, sila bawa kertas dan pen sendiri untuk sesi ujian lisan pada malam ini hingga malam ahad, kepada pelajar yang masih belum menghantar 2kpg gambar, salinan kad aktiviti dan PNGK terkini sila hantar pada malam ini. PERTANYAAN SILA HUBUNGI 0389214011

KKM, UKM adalah header, sementara PERTANYAAN SILA HUBUNGI 0389214011 adalah footer. Tanda ‘:’ pada header akan dimasukkan secara otomatik.

Setiap akaun akan mempunyai sehingga 3 header dan footer. Anda mesti memilih 1 header dan footer untuk default dengan klik pada salah satu radiobutton.

Nota: Sila pastikan anda merancang sebelum memasukkan Header dan Footer. Setiap Header dan Footer yang dimasukkan tidak boleh dipadamkan.

Menu – Standard Message Type

Fungsi menu ini adalah pilihan. Standard Message Type sesuai digunakan apabila setiap SMS yang dihantar menggunakan mesej yang sama.

Anda boleh memasukkan seberapa banyak Standard Message Type dan ia boleh dipadamkan dengan klik pada icon pangkah.

Menu PHONEBOOK

Menu – Setup Group

Setup Group adalah untuk anda mewujudkan Group dan membolehkan nombor handphone maklumat recipients dimasukkan ke dalam group tersebut. Ini akan memudahkan anda menghantar SMS kepada kumpulan sasaran.

Taipkan nama group pada ruangan Group Name dan tekan button Add.

Menu – Manage Phone Book

Menu Phone Book adalah untuk memasukkan nombor handphone dan maklumat recipients ke dalam group yang telah diwujudkan di dalam menu Setup Group. Maklumat asas nombor handphone dan nama recipient perlu dimasukkan. Untuk memasukkan maklumat terperinci, klik pada icon Edit dan page Phonebook Contact Details akan dipaparkan seperti berikut.

Klik button update untuk kemaskini.

Menu – MS-Excel Import Phone Book

Jika anda mempunyai senarai nombor handphone dan maklumat recipient dalam Microsoft® Excel, anda boleh terus muaturun (upload) fail tersebut ke dalam sistem dan import semua data ke dalam phonebook.

Contoh senarai nombor handphone dalam Microsoft® Excel seperti berikut.

Untuk upload, anda hanya perlu klik pada button browse, pilih fail XLS (Microsoft® Excel 2003) yang mengandungi senarai nombor handphone dan maklumat recipient.

Nota: Hanya fail XLS sahaja dibenarkan upload.

Seterusnya klik button upload, dan page berikut akan dipaparkan.

Sistem akan senaraikan field/column yang terdapat dalam fail XLS tersebut. Pada ruangan dropdown, anda perlu memilih field yang sesuai untuk dipadankan dengan field/column anda di dalam fail XLS dan klik button Import.

Nota: Field Mobile dan Group adalah item wajib-isi.

Menu – Search a Phonebook

Anda boleh taip apa sahaja pada ruangan Search For untuk senaraikan nombor handphone. Sistem akan senaraikan data yang sepadan.

MENU SEND SMS

Menu – Send SMS

Menu ini adalah untuk menghantar SMS sehingga 20,000 nombor handphone dengan sekali klik. Anda boleh klik icon phonebook seperti ditunjukkan untuk senaraikan nombor handphone pada ruangan Mobile Number. Page Phonebook akan popup.

Button Submit adalah untuk senaraikan nombor handhone dan teruskan dengan yang lain. Button Submit and Close adalah untuk senaraikan nombor handphone dan tutup page Phonebook.

Date and Time Send – Anda boleh memilih sama ada hantar SMS pada tarikh dan masa semasa (Current) atau pada masa depan (Schedule).

Mobile Number – Ruangan ini untuk senarai nombor handphone yang hendak dihantar. Nombor handphone yang dimasukkan hendaklah berturutan seperti contoh berikut:

0192648101 0192171415 0192648303

Standard Message – Anda boleh memilih untuk menggunakan mesej yang telah disimpan di dalam Standard Message Type atau terus menaip pada ruangan Text to SMS.

Save – Mesej yang anda taip di Text to SMS sebenarnya boleh disimpan di dalam Standard Message Type untuk digunakan pada masa akan datang.

Header/Footer – Anda boleh memilih header/footer mana yang sesuai untuk mesej anda.

Include Footer Message – Footer adalah pilihan. Anda boleh tick untuk masukkan footer atau tidak.

Klik button Preview untuk paparkan SMS sebelum dihantar atau anda boleh terus klik button Send. Seterusnya sistem akan memaklumkan berapa jumlah SMS yang berjaya dihantar.

Menu – MS-Excel Bulk SMS

Kebanyakan syarikat atau organisasi mempunyai senarai nombor handphone dan maklumat pelanggannya dalam format Microsoft® Excel (fail XLS).

Sistem ETSI memudahkan anda menggunakan fail XLS tersebut tanpa perlu menaip semula atau copy-paste nombor handphone ke dalam ruangan Mobile Number. Selain itu juga, data-data lain selain dari nombor handphone boleh digunakan sebagai mesej. Contoh Nama, Nombor KP, Baki Tertunggak dan lain-lain.

Klik button Browse dan masukkan fail XLS mengandungi data-data pelanggan anda. Contoh seperti di bawah.

Anda boleh sama ada menggunakan hanya nombor handphone dalam fail XLS ini atau menggunakan semua data/maklumat.

Seterusnya Klik pada button Upload. Page berikut akan dipaparkan.

Senarai Column In Excel seperti dalam Page di atas bergantung kepada fail XLS anda. Anda perlu tentukan field/column mana mewakili nombor handphone. Hanya tick pada radiobutton Attach to Mobile.

Date and Time Send adalah seperti yang diterangkan dalam Menu Send SMS sebelum ini.

Text to SMS – boleh sama ada menaip terus atau memasukkan data/maklumat yang terdapat dalam fail XLS dengan format #column#. Contoh mesej boleh seperti berikut.

Untuk Makluman #Name#, Rekod kami menunjukkan anda mempunyai baki pinjaman sebanyak RM#Loan Balance#. Sila jelaskan jumlah tersebut. Sila abaikan jika pembayaran telah dibuat.

#Name# dan #Loan Balance# adalah pembolehubah yang merujuk kepada field/column dalam fail XLS anda. Anda boleh klik button Preview untuk paparan SMS yang akan dihantar. SMS yang dipaparkan menggunakan data pertama dalam fail XLS anda.

Nota: Pembolehubah adalah case sensitive yang mana mesti sama dengan field/column fail XLS anda dari segi huruf besar/kecil dengan tambahan tanda ‘#’ pada awal dan akhir field/column.

Menu – SMS Wish/Birthday

Fungsi menu ini adalah untuk menghantar SMS Ucapan seperti ucapan hari lahir menggunakan maklumat tarikh lahir atau nombor kp di dalam phonebook. Penggunaan menu ini agak terhad kerana ia membenarkan hanya 1 nombor handphone untuk sekali penghantaran SMS.

When to Wish – Merujuk kepada bilangan hari sebelum tarikh dan masa peristiwa (event) SMS Ucapan perlu dihantar. Sebagai contoh, jika tarikh lahir adalah pada 5 Jan, dan When to Wish dipilih 2 days before, ini bermakna sistem akan menghantar SMS pada 3 Jan.

Menu – MS-Excel SMS Wish/Birthday

Fungsi menu ini adalah untuk menghantar SMS Ucapan seperti ucapan hari lahir menggunakan data dari senarai fail XLS anda. Field/column nombor KP atau Tarikh dalam fail XLS akan dijadikan tarikh asas penghantaran SMS.

Seperti juga Menu - MS-Excel Bulk SMS, anda boleh upload fail XLS anda seperti page di atas.

Sebagai contoh fail XLS berikut

Seperti juga Menu - MS-Excel Bulk SMS, field/column dalam fail XLS anda akan dipaparkan. Anda dikehendaki memadankan field/column Mobile dan Birthday dengan Mobile dan Event Date. Anda boleh juga padankan Event Date dengan Nombor KP. Sistem secara otomatik akan jadikan nombor KP sebagai tarikh lahir.

Nota: Sistem tidak akan memgambilkira tahun untuk penghantaran. Semua penghantaran SMS akan dibuat dalam tahun semasa.

When to Alert – fungsinya adalah sama dengan When to Wish yang telah dijelaskan sebelum ini, dan mengambilkira bilakah masa penghantaran.

Nota: Masa penghantaran disetkan kepada pukul 6 pagi. Anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian.

Menu – MS-Excel SMS Alert

Fungsi menu ini adalah menghantar SMS menggunakan data di dalam fail XLS anda dan pada tarikh yang ditentukan di dalam fail XLS tersebut.

Sebagai contoh seperti fail XLS di bawah.

Anda boleh manjadikan field/column Expired sebagai tarikh asas penghantaran SMS dengan mengambilkira When to Alert.

Setelah anda upload seperti contoh fail XLS di atas, page berikut akan dipaparkan.

Anda perlu padankan Event Date dan Mobile dengan field/column fail XLS anda. Sistem akan menghantar SMS mengikut tarikh yang ditentukan di dalam fail XLS tersebut.

Nota: Hanya mesej dengan tarikh semasa atau ke depan sahaja akan dihantar.

MENU SMS STATUS

Menu – SMS On-Scheduled

Menu ini akan senaraikan SMS yang telah dijadualkan untuk dihantar.

Anda hanya perlu masukkan Tarikh mula bila dihantar (Send From) dan sehingga bila. Search For adalah sebarang katakunci (keyword) untuk carian. Sistem akan senaraikan mengikut katakunci yang anda masukkan mengikut tarikh penghantaran yang ditentukan. Sekiranya ruangan katakunci tidak diisi, sistem akan senaraikan semua SMS mengikut tarikh yang ditentukan.

Nota: Tarikh hendaklah dalam format MM/dd/yyyy – bulan/hari/tahun. Contoh: 04/03/2010 adalah 3 April 2010. Gunakan icon calendar untuk memudahkan anda menetapkan tarikh.

Setelah SMS disenaraikan, anda masih boleh mengubahsuai mesej tersebut atau memadamkannya. Di situ terdapat icon Edit untuk ubahsuai dan icon pangkah untuk padam.

Menu – Suspended SMS

Menu ini akan menyenaraikan SMS yang tidak berjaya dihantar disebabkan masalah-masalah tertentu. Antaranya baki topup tidak mencukupi.

Anda boleh menghantarnya semula apabila masalah tersebut diselesaikan, tetapi ia tertakluk kepada tarikh mesej yang hendak dihantar. Sistem akan hantar semula untuk SMS tarikh semasa dan ke depan sahaja akan dihantar.

MENU ENQUIRIES

Menu Enquiries, mengandungi sub-menu berikut

Daily Batch SMS – Senarai jenis SMS yang telah dihantar (termasuk semasa dan ke depan) mengikut tarikh yang ditetapkan.

List of SMS – Senarai SMS yang telah dihantar dihantar (termasuk semasa dan ke depan) mengikut tarikh yang ditetapkan.

SMS Schedule – Senarai SMS yang dijadualkan untuk dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.