etnik.docx

2
Di Negara Malaysia terdapat pelbagai kaum dan budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan bagi rakyat Malaysia untuk bergaul, bekerjasama dan memahami antara satu sama lain. Saya sebagai pelajar jurusan kejuruteraan pembuatan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) di Universiti Kebangsaan Malaysia juga memerlukan komunikasi yang baik untuk menjayakan setiap tugasan yang diberi. Perbezaan kaum di Malaysia adalah disebabkan penjajahan barat di Malaysia yang membawa buruh asing atas kepentingan mereka dan mengasingkan pekerjaan mengikut kaum yang mana orang cina di perlombongan, india di perladangan getah dan melayu dalam perkampungan sebagai petani. Berdasarkan pemerhatian saya, kemasyarakatan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) adalah sesuai dengan teori masyarakat majmuk yang mana setiap kaum mewujudkan kelompok- kelompok mereka sendiri tetapi walaupun kami mempunyai ajaran yang berbeza, kami tetap memahami dan saling bertimbang rasa dalam menyiapkan tugasan bersama dalam satu kumpulan. Perkara ini berlaku adalah kerana ikatan kami sebagai rakan sebaya membuatkan kami dapat memahami antara satu sama lain. Dalam zaman era globalisasi ini, teknologi moden banyak menghasilkan perubahan-perubahan dalam pergaulan terutama pergaulan antara kaum. Dengan menggunakan teknologi telekomunikasi dengan membuat satu kumpulan daripada aplikasi telefon untuk perbincangan dapat membina ikatan antara satu sama lain dalam satu kumpulan. Hubungan semakin rapat apabila wujud kerjasama dan layanan mesra dalam satu pasukan. Selepas itu walaupun kami mempunyai kumpulan untuk jurusan yang sama. Masih terdapat kumpulan untuk kaum mereka sendiri untuk perbincangan sesame mereka untuk jurusan yang sama. Hal ini akan mewujudkan jurang antara kaum. Perkara ini mungkin disebabkan kebiasaan mereka dengan kehidupan disekolah yang lebih kepada kaum mereka sendiri seperti sekolah cina, sekolah tamil dan lain- lain. Dalam mencapai perpaduan masyarakat, beberapa program sama ada program kerjaya, program alam sekitar dan lain-lain diadakan untuk memberi input kepada pelajar-pelajar. Program-program ini

Upload: amirul-mukhlis

Post on 06-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: etnik.docx

Di Negara Malaysia terdapat pelbagai kaum dan budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan bagi rakyat Malaysia untuk bergaul, bekerjasama dan memahami antara satu sama lain. Saya sebagai pelajar jurusan kejuruteraan pembuatan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) di Universiti Kebangsaan Malaysia juga memerlukan komunikasi yang baik untuk menjayakan setiap tugasan yang diberi. Perbezaan kaum di Malaysia adalah disebabkan penjajahan barat di Malaysia yang membawa buruh asing atas kepentingan mereka dan mengasingkan pekerjaan mengikut kaum yang mana orang cina di perlombongan, india di perladangan getah dan melayu dalam perkampungan sebagai petani.

Berdasarkan pemerhatian saya, kemasyarakatan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) adalah sesuai dengan teori masyarakat majmuk yang mana setiap kaum mewujudkan kelompok-kelompok mereka sendiri tetapi walaupun kami mempunyai ajaran yang berbeza, kami tetap memahami dan saling bertimbang rasa dalam menyiapkan tugasan bersama dalam satu kumpulan. Perkara ini berlaku adalah kerana ikatan kami sebagai rakan sebaya membuatkan kami dapat memahami antara satu sama lain.

Dalam zaman era globalisasi ini, teknologi moden banyak menghasilkan perubahan-perubahan dalam pergaulan terutama pergaulan antara kaum. Dengan menggunakan teknologi telekomunikasi dengan membuat satu kumpulan daripada aplikasi telefon untuk perbincangan dapat membina ikatan antara satu sama lain dalam satu kumpulan. Hubungan semakin rapat apabila wujud kerjasama dan layanan mesra dalam satu pasukan.

Selepas itu walaupun kami mempunyai kumpulan untuk jurusan yang sama. Masih terdapat kumpulan untuk kaum mereka sendiri untuk perbincangan sesame mereka untuk jurusan yang sama. Hal ini akan mewujudkan jurang antara kaum. Perkara ini mungkin disebabkan kebiasaan mereka dengan kehidupan disekolah yang lebih kepada kaum mereka sendiri seperti sekolah cina, sekolah tamil dan lain-lain.

Dalam mencapai perpaduan masyarakat, beberapa program sama ada program kerjaya, program alam sekitar dan lain-lain diadakan untuk memberi input kepada pelajar-pelajar. Program-program ini adalah program bersama iaitu tidak kira kaum, agama, dan bangsa dapat menyertai. Pelajar-pelajar tidak kira kaum dapat melakukan aktiviti bersama.mungkin perkara ini dianggap perkara kecil tetapi inilah yang menyatukan pelbagai bangsa di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Seterusnya, walaupun mempunyai matlamat yang sama untuk menjadi pelajar cemerlang tetapi cara belajar, disiplin masih ada yang berbeza. Contohnya seperti pelajar cina, masih ramai yang belajar secara ‘study hard’, manakala melayu masih ramai belajar secara santai dan bermacam ragam. Tetapi perkara ini bukanlah menjadi isu kerana kita yang memilih cara hidup kita sendiri. Akibat daripada persaingan antara pelajar mungkin membawa kepada prejudis iaitu kepercayaan dan prasaan negetif terhadap sesuatu kelompok.

Kesimpulannya Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai kaum yang disebabkan oleh penjajahan dan pemerintahan suatu masa dahulu. Namun hakikatnya untuk mendapat kesejahteraan hidup kita perlu bersatu dalam mencapai kejayaan dan untuk menjadi lebih cemerlang kerana. Kita tidak akan berjaya selagi ada perasaan negetif dalam diri masing-masing.

Page 2: etnik.docx