bab 3 etika keusahawanan

34
Usahawan Berjaya & Usahawan Sosial Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary L/belakang Syed Mokhtar Umur ? 55 tahun Pendidikan ? SPM Mula berniaga ? 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan ? RM10.6billion/ $3.3 bil Ke 7 terkaya di Malaysia (Forbes 2012) Ke 27 terkaya di Asia Tenggara (Forbes) Antara syarikat miliknya ? MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat Kereta - Proton Perdana Sumbangan sosial ? Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Upload: alvin-tan

Post on 01-Jan-2016

1.388 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

asas keusahawan

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 Etika Keusahawanan

Usahawan Berjaya & Usahawan Sosial Malaysia

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

L/belakang Syed Mokhtar Umur ? 55 tahun Pendidikan ? SPM Mula berniaga ? 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan ? RM10.6billion/ $3.3 bil Ke 7 terkaya di Malaysia (Forbes 2012) Ke 27 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

 Antara syarikat miliknya ? MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial ? Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Page 2: Bab 3 Etika Keusahawanan

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja

kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak

bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa ,tapi orang Melayu kena berdamping

dengan orang politik sedikit-sedikit. Masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan;

banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata2.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua

juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang

membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka

berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan

minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan

yang kekal.

Page 3: Bab 3 Etika Keusahawanan

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa lain) kerana mereka jauh lebih

maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan

tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga

kepentingan kita.

6. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya

juga biasa kena tipu.

7. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini

tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan

kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan

sekarang.

8. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat- cepat kuatkan semula

semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita

bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

Page 4: Bab 3 Etika Keusahawanan

“Apa yang boleh dipelajari dari petikan kata-kata tersebut?”

“Apa implikasinya terhadap Aktiviti keusahawanan?

Kehidupan?”

Page 5: Bab 3 Etika Keusahawanan

1. Fahami konsep etika & amalannya dlm perniagaan2. Kenal pasti hubungan etika dlm proses membuat keputusan3. Kenal pasti contoh2 perbuatan tidak beretika yg & implikasinya4. Mengaplikasikan kod etika dlm perniagaan

Page 6: Bab 3 Etika Keusahawanan

PENGENALANKita sering didedahkan dgn berbagai berita

berkaitan perlakuan usahawan yg tak beretika dlm aktiviti perniagaan mereka di media2 massa.

Kita dapati peruntukan undang2 perniagaan sahaja tak cukup utk bendung amalan2 tidak baik, tak beretika yg boleh menjejaskan manusia, penggunaan sumber & a.sekitar.

Page 7: Bab 3 Etika Keusahawanan

PENGENALAN Etika sering dibelakangkan bila usahawan

berdepan dgn isu keuntungan, merebut peluang & menghadapi persaingan. Ada yg menipu pelanggan dgn mengguna bahan yg kurang selamat utk meraih untung yg lebih besar.

Peraduan gores & menang, menyembunyi maklumat, penipuan, penetapan harga kontrak, rasuah & pembuangan sisa toksik secara sembarangan adalah di antara perbuatan tidak beretika di dlm perniagaan.

Page 8: Bab 3 Etika Keusahawanan

Etika?Secara umumnya etika menyediakan peraturan

asas atau had perlakuan untuk menjalankan sebarang aktiviti dalam bentuk yang boleh diterima (Kuratko & Hodgetts, 2004).

Etika merangkumi satu set prinsip-prinsip yang memperihalkan tatacara perlakuan yg menerangkan apa yg baik & betul atau tidak baik & salah di samping menggariskan tanggungjawab & obligasi moral.

Page 9: Bab 3 Etika Keusahawanan

4–9

Definisi EtikaEtika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘ethic’

yang bermakna sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku manusia.

Etika menurut Velasquez M.G ialah “suatu aktiviti yang mengkaji standard moral seseorang atau masyarakat dan persoalan bagaimana standard tersebut diamalkan atau digunakan dalam kehidupan dan sama ada standard tersebut baik atau tidak baik”.

Secara kesimpulannya boleh dikatakan etika sebagai kajian ke atas nilai dan moral yang dilaksanakan dalam sesebuah masyarakat dan juga tentang baik atau tidak baik nilai tersebut. Prinsip etika perlu dihormati, disanjungi dan dipertahankan oleh setiap usahawan. Etika mencakupi tanggungjawab sosial kerana etika memberi satu kerangka yang menyeluruh. Nilai etika merupakan suatu yang subjektif dan bergantung kepada tanggapan masyarakat terhadapnya.

Page 10: Bab 3 Etika Keusahawanan

Etika Perniagaan?Etika perniagaan adalah perlakuan atau tingkah

laku & moral dlm situasi perniagaan. Ia melibatkan apa yg patut atau tidak, boleh atau tidak, perlu atau tidak yg dipraktikkan dlm pengendalian perniagaan baik dari pembangunan produk mahupun pelaksanaan perkhidmatan.

- Hisrich & Peters (2002) -

Page 11: Bab 3 Etika Keusahawanan

Etika PerniagaanPada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia

( EAPM ) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mereka mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terdapatnya peningkatan berbagai amalan perniagaan yang tidak sihat supaya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalam pasaran.

Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta dan Undang-Undang tempatan. keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan kepercayaan dalam dunia perniagaan. Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan hari kelak.

Page 12: Bab 3 Etika Keusahawanan

Isu-isu EtikaKonflik seringkali timbul dlm melaksanakan

perlakuan beretika dlm dunia perniagaan kerana perkara2 berikut:

1. Terdapat berbagai pihak yg berkepentingan baik di dlm atau diluar perniagaan dari kalangan pekerja, pembiaya, pelanggan, pembekal, kerajaan tempatan, masyarakat sekitar & mereka yg berinteraksi & saling mempengaruhi.

Page 13: Bab 3 Etika Keusahawanan

Isu-isu Etika

2. Masyarakat kini berdepan dgn perubahan yg pesat dari segi nilai2 yg pernah dipegang tetapi berubah selaras dgn perubahan masyarakat yg mengamalkannya. Apa yg dianggap tidak beretika dahulu telah diterima kerana telah diamalkan secara berleluasa pada masa kini.

Page 14: Bab 3 Etika Keusahawanan

Etika dlm membuat keputusanTerdapat perkara yg perlu dipertimbangkan oleh usahawan apabila membuat keputusan:-

Bagaimana anda melihat masalah tersebut jika anda berada di pihak yg menerima akibat dari keputusan berkenaan – sakit? teraniaya? rugi?

Kpd siapa & kpd apa anda memberikan ketaatan anda secara individu atau secara ahli perniagaan dlm membuat keputusan berkenaan- pelabur? diri anda sendiri?

Apakah matlamat semasa membuat keputusan tersebut – keuntungan? kebajikan?

Bagaimanakah keadaan hasil dari pelaksanaan keputusan tersebut – keuntungan kpd pemegang saham? kesukaran kpd pekerja? a.sekitar tercemar? pesaing terpaksa disingkirkan dgn cara yg tidak baik?

Page 15: Bab 3 Etika Keusahawanan

Etika dlm membuat keputusanSiapakah yg menerima akibat dari keputusan &

tindakan anda?Bolehkah anda berbincang dgn pihak terbabit

sebelum membuat keputusan – cari penyelesaian “menang-menang” utk tindakan anda selepas keputusan dilaksana?

Adakah keputusan tersebut akan mempengaruhi kesihatan pekerja yg menghasilkan produk tersebut?

Adakah bahan yg digunakan boleh menimbulkan masalah kpd pelanggan (kerugian/kecederaan?)

Adakah terdapat pengurangan bahan tertentu yg boleh membahayakan nyawa pengguna/pekerja yg terlibat dlm proses pengeluaran tersebut

Page 16: Bab 3 Etika Keusahawanan

CONTOH & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Menipu pelanggan - gunakan bahan yg kurang selamat utk meraih untung yg lebih besar. Akibatnya pengguna mengalami masalah kesihatan yg boleh mengancam nyawa mereka. Contoh - pemasaran pil menguruskan badan yg menyebabkan kerosakan kpd organ hati pesakit.

Page 17: Bab 3 Etika Keusahawanan

CONTOH & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Rasuah - beri suapan dlm bentuk wang atau keistimewaan tertentu dgn syarat mereka yg menerima rasuah akan memenuhi permintaan pemberi rasuah. Rasuah kini dijadikan sebagai cara merebut peluang. Ini mengakibatkan kos meningkat tetapi kualiti barangan tidak setara. Contoh: bangunan roboh sering dikaitkan dgn rasuah di mana kualiti bahan yg digunakan diturunkan utk menampung kos membayar rasuah. Kesannya - kerugian bukan sahaja kpd harta tetapi kadangkala melibatkan nyawa manusia.

Page 18: Bab 3 Etika Keusahawanan

CONTOH & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Menikam rakan dari belakang, curi maklumat & berbohong demi menjatuhkan pesaing. Ada di antara usahawan yg memberikan alasan bahawa keputusan & perbuatannya betul hanya kerana ianya menguntungkan pemegang saham syarikatnya tetapi tidak menjaga kepentingan kebajikan pekerja umpamanya dlm meningkatkan pengeluaran.

Page 19: Bab 3 Etika Keusahawanan

CONTOH & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Buang sisa pengeluaran berbahaya ke alam sekitar (menanamnya di mana saja yg difikirkan sesuai/membuangnya ke sungai - cemari hidupan & kebersihan sungai). Ada di antara sisa toksik mencemari penduduk melalui bau/kesan penyakit mendadak. Tetapi ada yg tidak dikesan segera & ambil masa bertahun lamanya utk menimbulkan penyakit kronik kpd generasi kemudian.

Page 20: Bab 3 Etika Keusahawanan

CONTOH & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Guna tenaga buruh dari kalangan kanak2 dlm suasana tempat kerja yg sesak & tidak bersih (ianya juga menyalahi undang2 buruh dari segi penggunaan buruh kanak2) Penindasan seumpama ini akan menyebabkan kanak2 ini mengalami penyakit bila mereka meningkat dewasa.

Page 21: Bab 3 Etika Keusahawanan

GARIS PANDUAN DALAM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA

Garis panduan etika perlu dibangunkan untuk mengelakkan perbuatan tidak beretika seperti mendapatkan bahan dari sumber haram, melanggar peraturan kerajaan, penipuan, rasuah dan sebagainya.

Namun demikian, adalah lebih baik sesuatu perlakuan beretika itu di dokumentasikan supaya lebih jelas untuk amalan di dalam organisasi melalui apa yang dinamakan sebagai Kod Etika.

Kod etika selalunya dibangunkan selaras dengan misi dan visi organisasi

Page 22: Bab 3 Etika Keusahawanan

GARIS PANDUAN DALAM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA

Kod Etika elok dibangunkan kerana:ia mendefinisikan apakah perbuatan yang diterima atau

tidak diterima di dalam organisasi berkenaan,ia menggalakkan amalan tingkah laku piawaian yang

tinggi yang memudahkan setiap ahli mengukur sama ada tingkah laku mereka beretika atau tidak,

ia mewujudkan kayu ukur untuk ahli gunakan bagi penilaian diri mereka semasa bertingkah laku baik dalam organisasi mahu pun dengan pihak luar, dan

ia mewujudkan garis panduan untuk perlakuan dan tanggungjawab profesional bagi pekerjaan tertentu dalam apa saja keadaan.

Page 23: Bab 3 Etika Keusahawanan

GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA

EQUALITY KESAMAAN - Mengiktiraf hak-hak semua ahli masyarakat & memperlihatkan prinsip keadilan berteraskan Perlembagaan Malaysia

TRUTH KEBENARAN - Membuat dakwaan adil & boleh dipertahankan, menggunakan perakuan yg bertauliah & berusaha utk memberi khidmat kpd semua yg membeli & mengguna keluaran/ perkhidmatan.

HONESTY KEJUJURAN - Mendukung prinsip keadilan & mengawasi tindak tunduk yg berniat & berkeupayaan mengelirukan semua pelanggan.

Page 24: Bab 3 Etika Keusahawanan

GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA

INTEGRITY KEUTUHAN - Berusaha melayan pelanggan/pengguna dgn jujur, menghindarkan dari tindak tanduk mengambil kesempatan terhadap kejahilan & kelemahan manusia serta harus mematuhi undang2 dari segi teknikal sahaja.

COOPERATION KERJASAMA - Menyokong kewujudan sistem pasaran sihat melalui kerjasama di antara pelanggan/pengguna, semua bentuk perniagaan & profesion yg berkenaan & semua orang perseorangan yg akan menikmati faedah dari sistem pasaran beretika, terbuka & bebas.

Page 25: Bab 3 Etika Keusahawanan

GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA

SELF REGULATION KAWALAN DALAMAN - Menghormati semua komitmen termasuk semua jaminan/waranti yg ditawarkan, mempastikan supaya barangan/perkhidmatan tidak merbahaya dari segi kesihatan atau keselamatan dgn memberi amaran secukupnya & mencari penyelesaian dgn adil & cepat mana2 pertikaian yg berlaku melalui pendekatan kawalan dalaman ini.

Page 26: Bab 3 Etika Keusahawanan

ETIKA &

TANGGUNGJAWAB SOSIAL Etika boleh dihubungkaitkan dengan

tanggungjawab sosial. Sekiranya tanggungjawab sosial sebuah

perniagaan itu kuat dengan sendirinya mereka tidak akan berkompromi dengan perbuatan yang tidak beretika.

Tanggungjawab sosial terdiri dari obligasi-obligasi sebuah perniagaan terhadap masyarakat (Kuratko & Hodgetts, 2004)..

Page 27: Bab 3 Etika Keusahawanan

Samb…CSR policy functions as a built-in, self-regulating

mechanism whereby a business monitors and ensures its active compliance with the spirit of the law, ethical standards, and international norms.

CSR is a process with the aim to embrace responsibility for the company's actions and encourage a positive impact through its activities on the environment, consumers, employees, communities, stakeholders and all other members of the public sphere who may also be considered as stakeholders.

Page 28: Bab 3 Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL

Di antara langkah yg boleh dilakukan utk memastikan t/jawab sosial dapat dilaksanakan oleh syarikat ialah:1. Penetapan matlamat -

Apakah yg anda & syarikat anda ingin capai ? Adakah anda akan memasuki pasaran baru? Memperkenalkan produk baru ? Meningkatkan imej syarikat anda?

Page 29: Bab 3 Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL2. Tentukan apakah usaha murni yg ingin disertai.

Kaitkan usaha ini dgn produk yg dikeluarkan. Contoh- penglibatan Syarikat Faiza dgn program Bersama Mu di TV3 atau Sendayu Tinggi Industries Sdn Bhd dgn program kecantikan Anggun Ayu di TV3. Melalui program ini ditonjolkan komitmen syarikat berkenaan membantu golongan yg memerlukan selain membangun & mempromosi produk keluaran mereka.

Page 30: Bab 3 Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL

3. Pilih sebuah pertubuhan bukan kerajaan utk bekerjasama.

Pastikan NGO berkenaan aktif, lokasinya tidak jauh dari perniagaan anda & bersedia utk bekerjasama dgn anda. Contohnya MK Land di bawah Yayasan EMKAY bekerjasama dgn Yayasan Sultanah Bahiyah dlm menyediakan bangunan bagi rawatan pesakit buah pinggang iaitu Pusat Rawatan Haemodialisis di Alor Star.

Page 31: Bab 3 Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL

4. Bentuk satu program & usulkan kpd NGO berkenaan atau pertimbangkan usul dari NGO yg bekerjasama dgn perniagaan anda. Pastikan program tersebut mempunyai kaedah pengukuran kejayaannya bagi memastikan usaha ini boleh capai matlamat & bersifat berterusan.

5. Berbincang dgn NGO berkenaan supaya matlamat kedua2 pihak seiringan6. Libatkan k/tangan anda - galak & sediakan ruang utk mereka terlibat dlm aktiviti tersebut.

Page 32: Bab 3 Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL

7.  Libatkan pelanggan dlm usaha murni anda. Contoh- jika anda menjual alatan sukan, galakkan pelanggan menghantar barang sukan mereka yg lama utk diberi kpd rumah anak yatim & kerana usaha mereka, anda berikan diskaun terhadap pembelian alat sukan baru mereka. Atau nyatakan kpd mereka bahawa setiap ringgit yg dibelanjakan di kedai anda, beberapa peratus didermakan utk pembangunan golongan tidak berbasib baik.

Page 33: Bab 3 Etika Keusahawanan

KESIMPULANEtika adalah garis panduan dalam

menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu betul@salah, wajar@tidak dilakukan.

Setiap faktor perniagaan itu bertindak

balas dengan persekitarannya baik di dalam mahu pun di luar. Setiap pihak yang mempunyai kepentingan dengan kewujudan perniagaan tersebut akan terkena akibat dari perlakuan tidak beretika yang dilakukan oleh perniagaan berkenaan.

Page 34: Bab 3 Etika Keusahawanan

KESIMPULANPengamalan kod etika yang baik boleh

membentuk kelebihan persaingan yang mampu menonjolkan keistimewaan perniagaan tersebut & mudah didampingi oleh semua pihak di atas ketelusannya berurus niaga.

Walau pun terdapat banyak cabaran dalam memastikan pelaksanaan amalan beretika, ia tidak semestinya mematahkan semangat usahawan kerana syarikat yang dikenali mempunyai kod amalan beretika lebih dipercayai.