etika dalam penyelidikan.docx

8
ETIKA DALAM PENYELIDIKAN Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial. Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji. Elemen penting dalam etika ini ialah: Bahasa – penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah difahami. Penerangan juga perlu supaya responden memahami apa yang diinginkan oleh penyelidik. Perasaan responden – beri masa yang cukup untuk responden menjawab soalan dan tidak boleh bertanya soalan-soalan yang memalukan, menyebabkan kekacauan emosi atau pengalaman yang tidak menyenangkan. Secara umum, penyelidik tidak boleh mendedahkan responden kepada tekanan mental atau fizikal. Etika dalam semua peringkat kajian – penyelidik harus pentingkan etika pemilihan permasalahan kajian, tentukan kaedah penyelidikan, pengumpulan data, penganalisisan data, interpretasi dan melaporkan kajian. Mengetahui tahap pendidikan responden – mengambil kira tahap pendidikan sampel yang ingin dikaji. Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit kepada responden. Keadaan ini jika berlaku akan menyukarkan proses penyelidikan dan akan mendatangkan tindak balas yang negatif daripada sampel yang dikaji. Berterus-terang dengan responden – berikan penjelasan kepada responden tentang matlamat dan tujuan kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur yang terlibat dalam kajian. Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatkan diri dalam kajian berkenaan. Utarakan data yang tepat – bertindak memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar dari konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan dianggap melanggar tatasusila penyelidikan. Menjaga kerahsiaan responden – penyelidik sama sekali tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menggugat keselamatan atau maruah responden. Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan tidak boleh jatuh

Upload: hanizs-shuhada

Post on 22-Dec-2015

83 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.docx

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial.

Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji. Elemen penting dalam etika ini ialah:

Bahasa – penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah difahami. Penerangan juga perlu supaya responden memahami apa yang diinginkan oleh penyelidik.

Perasaan responden – beri masa yang cukup untuk responden menjawab soalan dan tidak boleh bertanya soalan-soalan yang memalukan, menyebabkan kekacauan emosi atau pengalaman yang tidak menyenangkan. Secara umum, penyelidik tidak boleh mendedahkan responden kepada tekanan mental atau fizikal.

Etika dalam semua peringkat kajian – penyelidik harus pentingkan etika pemilihan permasalahan kajian, tentukan kaedah penyelidikan, pengumpulan data, penganalisisan data, interpretasi dan melaporkan kajian.

Mengetahui tahap pendidikan responden – mengambil kira tahap pendidikan sampel yang ingin dikaji. Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit kepada responden. Keadaan ini jika berlaku akan menyukarkan proses penyelidikan dan akan mendatangkan tindak balas yang negatif daripada sampel yang dikaji.

Berterus-terang dengan responden – berikan penjelasan kepada responden tentang matlamat dan tujuan kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur yang terlibat dalam kajian. Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatkan diri dalam kajian berkenaan.

Utarakan data yang tepat – bertindak memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar dari konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan dianggap melanggar tatasusila penyelidikan.

Menjaga kerahsiaan responden – penyelidik sama sekali tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menggugat keselamatan atau maruah responden. Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan tidak boleh jatuh ke tangan pihak ketiga.

Mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik. Kegagalan mematuhi etika berkenaan akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan

Etika adalah garis panduan untuk melengkapkan setiap kajian.  Penyelidik yang tidak mematuhi etika akan merosakkan reputasi penyelidikan.  Mematuhi etika adalah tanggungjawab penyelidik Kegagalan mematuhi etika akan mengugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dijalankan

Page 2: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.docx

Etika Kajian Tindakan (Research Ethics)

Penulis menekankan bahawa etika dalam melakukan kajian tindakan sangat penting, bukan sahaja dikira sebagai satu tindakan yang mencerminkan nilai kesopanan tetapi turut melibatkan urusan perundangan. Dalam buku ini, mereka menyentuh 3 aspek utama yang perlu diambil kira. 3 aspek tersebut adalah;

1. Jalan masuk (akses kepada peserta) secara rundingan dan selamat -Sebelum memulakan kajian

tindakan, pengkaji WAJIB membuat rundingan dan memohon secara formal (surat bertulis) untuk melakukan

kajian. Semua peserta mesti menerima surat tersebut termasuk mereka yang tidak boleh membaca

(caranya ialah dengan membacakan surat tersebut kepada mereka). Bagi kanak-kanak dan mereka

yang vulnerable, kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga perlu dipastikan. Seterusnya semua surat

kebenaran asal perlu disimpan dengan baik untuk rujukan semula apabila perlu dan salinannya mesti

diletakkan pada lampiran laporan kajian. Penulis turut menyertakan contoh surat permohonan dalam buku

tersebut di mukasurat 87.

2. Melindungi peserta kajian - Peserta kajian perlu dilindungi dari segi identiti. Sekiranya mereka tidak

ingin dikenali dalam kajian tersebut, maka pengkaji perlu meletakkan nama peserta hanya sebagai nombor

samaran, contohnya 'Pelajar 6' atau 'Rakan 1'. Tetapi sekiranya mereka ingin dikenali, maka pengkaji perlu

menyatakan nama mereka tetapi perlu dipastikan surat kebenaran telah ditandatangani dan salinannya juga

diberi kepada mereka. Pengkaji juga mesti berhati-hati dengan penyataan lokasi dan perlu berbincang

dengan individu berkuasa seperti pengetua dan boss untuk perkara-perkara seperti ini. Yang penting adalah

pengkaji mengekalkan tahap kepercayaan peserta kepada pengkaji dengan memberi perlindungan

kerahsiaan berterusan kepada mereka serta sentiasa bersikap jujur dan meyakinkan.

3. Menjamin kepercayaan dengan baik - Seperti yang disebutkan tadi, kepercayaan peserta adalah

penting. Ini boleh dikekalkan dengan mengotakan segala yang anda katakan secara berterusan. Letakkan

matlamat untuk membina reputasi kejujuran di mata peserta dan lindungi reputasi itu. Pengkaji

mengingatkan pembaca, bahawa manusia akan lebih ingin bekerja dengan mereka yang boleh dipercayai.

---------------------------------------------------------------------------

Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian Tindakan

Dalam bahagian ini, penulis telah membahagikan penjelasannya kepada dua aspek iaitu validity dan legitimacy. Validity adalah kesahan kajian secara teknikal atau prosedur metodologi manakala legitimacy pula adalah kesahan kajian dari segi penerimaan masyarakat awam terhadap kajian tindakan yang dilakukan.

Kesahan (validity) boleh diperolehi melalui mendapatkan kritikan daripada orang lain seperti

1. Penyelia - sekiranya pengkaji berada dalam satu situasi pembangunan profesional atau program seperti

di institusi pendidikan dan sebagainya, pengkaji mungkin akan diaturkan seorang penyelia yang boleh

memberi panduan dalam memberi kritikan serta memberi kritikan ilmiah.

2. Kawan yang kritikal - Pengkaji juga boleh mendapatkan kritikan daripada rakan-rakan yang boleh

mengkritik secara ilmiah. Mereka boleh terdiri daripada orang perseorangan atau kumpulan. Kehadiran

mereka kemungkinan tidak dapat dijamin untuk sepanjang kajian. Pengkaji perlu memberi penjelasan

Page 3: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.docx

dengan jelas mengenai kajiannya dan mendapatkan kerjasama mereka setiap kali perjumpaan. Rekod

ringkasan/hasil perjumpaan perlu diletakkan tarikh, ditandatangani dan disimpan. Rakan-rakan tersebut juga

perlu diberi salinan rekod tersebut sebagai bahan bukti dan rujukan. Dalam hal ini pengkaji perlu bijak dalam

menghargai kehadiran kerjasama rakan-rakan yang ada. Mereka memberi anda masa dan tenaga dengan

percuma oleh itu hargailah sebaiknya.

3. Kumpulan Pengesah - Kumpulan pengesah boleh terdiri daripada 3 ke 10 orang bergantung kepada

saiz projek pengkaji. Rakan kritikal juga boleh dijemput menjadi ahli kumpulan ini. Namun penulis

menggalakkan pengkaji untuk mendapatkan bantuan pengesah di luar berbanding lingkungan profesional

pengkaji sendiri. Contohnya, mungkin pengkaji menjemput individu daripada jabatan berlainan, pemerhati

yang berminat mengkritik atau ahli dalam komuniti perniagaan. Yang penting mereka boleh mengkritik

secara ilmiah. Penglibatan kumpulan ini sedikit berbeza dari rakan kritikal. Pengkaji perlu memastikan

kehadiran mereka pada setiap perjumpaan (walaupun bukan semua hadir pada setiap perjumpaan,

sekurang-kurang kehadiran tetap berterusan). Mereka mendengar penjelasan anda, memeriksa data dan

bukti yang ada, mempertimbangkan dakwaan dan seterusnya menawarkan maklum balas yang kritikal.

Seperti tadi juga, setiap perjumpaan perlu direkodkan dan salinan diberi kepada kumpulan pengesah.

Legitimacy pula diperolehi dengan mendapat pengiktirafan daripada komuniti pendidik (practicioner) dan penyelidik bagi membolehkan hasil kajian yakni teori atau amalan baru pengkaji diterima khalayak umum.

Kebolehpercayaan

Berkaitan dengan ketepatan data.

Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku

apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.

Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan

tindakan, kita perlu selalu mempersoalkan berkaitan:

1. Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?

2. Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan

data

kod etika dalam penyelidikan tindakan.Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama.Sekira

Page 4: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.docx

sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana sudah tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik.Contohnya penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba ‘play god’ seperti clone manusia dan sebagainya.Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti menunjukkan segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkahpenyelidikan dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi adalah tepat.

ETIKA KAJIAN TINDAKAN (RESEARCH ETHICS)

Penyelidik perlu berpegang kepada etika atau prinsip kajian tindakan. Buku ini menggariskan beberapa etika dalam melaksanakan kajian tindakan. Antaranya ialah:

1- Membuat Dokumentasi

Dokumentasi di sini bermaksud penyelidik perlu menyediakan perkara-perkara yang perlu ada ketika proses kajian dilakukan termasuklah penyataan etika dan surat-surat kebenaran melakukan kajian. Jika penyelidik menulis tentang penerangan projek yang dilakukan, perlu memastikan nama responden atau organisasi yang terlibat disembunyikan. Etika ini bersamaan dengan kajian lain yang menjaga nama baik responden.

i. Penyataan Etika (An Ethics Statement)

Pernyataan personal yang disediakan oleh penyelidik itu sendiri tentang bagaimana memimpin atau melakukan kajian dan patut menyebut 'point' yang digariskan. Menurut buku ini, penyelidik perlu membuat salinan tentang 'statement' sebelum memulakan kajian. Salinan itu adalah untuk mereka yang terlibat contohnya kajian tindakan kolaboratif. 'Statement' ini perlu mempunyai tandatangan penyelidik dan mereka yang terlibat.

ii. Surat-surat Kebenaran

Selain itu, penyelidik juga perlu menulis surat kepada semua yang terlibat dalam penyelidikan. Surat itu mesti diserahkan kepada responden dan menyatakan bahawa mereka akan terlibat dalam kajian tindakan. Penyelidik perlu memastikan juga responden bersetuju untuk terlibat dengan kajian tindakan yang akan dilakukan. Etika ini juga selaras dengan etika kajian lapangan yang biasa dilakukan oleh penyelidik.

2- Berunding Dengan Orang yang Berkenaan

i. Berunding dengan Pihak Atasan

Jika kajian yang dilakukan berada di bawah sesuatu jabatan atau syarikat, penyelidik perlu meminta kebenaran dari pengurus atau pengetua jika kajian dilakukan di sekolah. Ketika ini, penyelidik akan mengetahui tentang batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam proses penyelidikan. Persetujuan antara pihak atasan perlu ada senarai hitam putih (surat persetujuan) agar tidak

Page 5: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.docx

menimbulkan masalah pada masa akan datang. Penyelidik juga harus jujur dengan kajian yang akan dilakukan adalah untuk tujuan penambahbaikan. Jika kajian tindakan yang dilakukan akan mengubah situasi dalam pengurusan pihak atasan, penyelidik perlu memberitahu pengurus atau pengetua dan perlu mendapat kebenaran mereka terlebih dahulu.

ii. Berunding dengan Peserta yang Terlibat

Penyelidik perlu juga meminta kebenaran peserta yang akan terlibat dalam kajian tindakan dan memaklumkan tentang kajian yang akan dilakukan. Penyelidik juga boleh menjemput mereka membuat kajian dan menjelaskan bahawa mereka terlibat secara kerjasama untuk tujuan penambahbaikan. Penyelidik perlu memastikan peserta yang terlibat berada dalam keadaan yang selesa supaya melancarkan proses kajian.

iii. Berunding dengan keluarga dan penjaga

Pastikan mendapat persetujuan daripada keluarga kanak-kanak yang terlibat dalam kajian.

3. Perjanjian yang MeyakinkanKeyakinan dari aspek maklumatKeyakinan dari aspek identitiKeyakinan dari aspek pengumpulan data

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (RELIABILITY DAN VALIDITY)Jean McNiff dan rakan-rakannya menekankan tiga aspek penting dalam mewujudkan kebolehpercayaan dan kesahan dalam kajian tindakan:Mencari maklumat yang bermakna

Guru mencari maklumat yang mempunyai kaitan dengan kajian yang hendak dilakukan. Jika penyelidik bekerjasama dengan orang lain boleh meningkatkan kefahaman terhadap apa yang akan dilakukan. Ini kerana, maklumat yang didapati akan dibincangkan bersama. Keadaan ini disebut sebagai kolaboratif. Hasil daripada penelitian terhadap pandangan orang lain, penyelidik akan membina maknanya sendiri.

Selain itu, guru juga menjadikan pengetahuan tacit kepada eksplisit. Menurut penulis kebanyakan guru mempunyai pengetahuan tacit (yang sedia ada bukan secara bertulis). Contohnya seorang guru mendapati satu situasi yang tidak menyenangkan telah berlaku. Oleh itu, guru membuat keputusan untuk bertindak memperbaiki keadaan itu ke arah yang lebih baik. Kemudian, guru mula menggerakkan pengetahuan tacit kepada pengetahuan eksplisit. Guru juga melakukan penilaian formatif dan sumatif.

Peringkat Kesahan

1- Kesahan sendiri2- Kesahan rakan sebaya3- Kesahan berperingkat4- Kesahan Klien5- Kesahan Akademik

Page 6: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.docx

ETIKA KAJIAN TINDAKAN Etika kajian merupakan satu komponen yang perlu diberi perhatian dalam kajian tindakan. Tujuan etika kajian ini dilaksanakan adalah untuk memberi panduan umum dan pendedahan awal kepada peserta tentang sesuatu projek kajian iaitu menjelaskan tujuan penyelidikan tersebut. Etika kajian yang perlu diberi penekanan dalam kajian tindakan ialah : Jika temubual yang dilakukan oleh penyelidik itu melibatkan kanak-kanak dalam kajian tindakan mereka, maka ibu bapa perlulah memberi keizinan kepada penyelidik untuk menemubual anak mereka. Kajian itu hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang mengambil bahagian seperti pengetua untuk didedahkan kepada masyarakat umum. Apabila kajian itu hendak diterbitkan, perlulah mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa kajian berkenaan . Apabila kita menggunakan alat pengumpulan data seperti rakaman video hak milik sekolah, maka perlulah kita meminta kebenaran dari pihak sekolah dan memaklumkan kepada mereka tentang penggunaan alat tersebut untuk tujuan kajian tindakan. Apabila sesuatu kajian yang dilakukan tersebut sudah siap dan ingin diterbitkan hasil daripada guru-guru yang terlibat dalam melakukan kajian tindakan, perlulah dibuat atas nama mereka sendiri.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan ialah takat ketekalan yang mana satu ujian atau prosedur menghasilkan keputusan yang sama. Dalam kata lain, mengumpulkan kaedah data yang ingin digunakan mestilah ada kebolehpercayaan yang mana keputusan yang diberikan mestilah sama dan tidak berubah untuk hari ini, semalam mahupun esok. Oleh itu, perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian atau menjadikan apa yang perlu saya tahu sebagai cara untuk menilai kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan kebolehpercayaan akan mempengaruhi penyelidikan itu. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Contoh: Permainan Membina Ayat Tunggal1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B (satu kumpulan 6 hingga 8 orang).2. Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 6.3. Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing mengikut susunan nombor yang telah diberi.4. Kad perkataan diletakkan di dalam bakul di tengah-tengah antara kedua-dua kumpulan tersebut.5. Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, misalnya nombor 3, murid dari kedua-dua kumpulan tersebut akan berlari ke arah bakul untuk mengambil kad perkataan itu.6. Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu, akan  menyebut perkataan yang diperolehnya.  Misalnya murid nombor 3 dari kumpulan A yang telah berjaya, dia akan mempamerkan kad perkataan kepada kelas dan menyebutnya, ‘rumah’7. Murid nombor 3 dari kumpulan B mesti membina ayat tunggal dengan menggunakan perkataan ‘rumah’.  Sekiranya murid tersebut tidak berjaya membina ayat dalam tempuh yang tertentu, satu markah hanya diberikan kepada kumpulan A sahaja.  Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali mengikut nombor yang berlainan.

Page 7: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.docx