etika dan peradaban dalam kepelbagaian tamadun: …

37
ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: ISLAM & MELAYU DISEDIAKAN OLEH: DR. FAIZAH MOHD FAKHRUDDIN

Upload: others

Post on 21-Oct-2021

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN

TAMADUN: ISLAM & MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:

DR. FAIZAH MOHD FAKHRUDDIN

Page 2: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Memahami tentang hubungan

citra semesta (worldview)

dengan etika di dalam tamadun

Islam dan Melayu.

01

Mengetahui tentang isu-isu

etika dan peradaban dalam

tamadun Islam dan Melayu. 02

Menghayati nilai-nilai murni

dalam tamadun Islam dan

Melayu.03

Page 3: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

TAMADUN ISLAM

Page 4: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

Timeline Style

5

Zaman

pemerintahan

Turki

Uthmaniyyah

1

Zaman

pemerintahan

Nabi

Muhammad

SAW

2

Zaman

pemerintahan

khulafa’ al-

rashidin

4

Zaman

pemerintahan

bani

Abbasiyyah

3

Zaman

pemerintahan

bani

Umayyah

Page 5: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

ETIKA DARI

PERSPEKTIF

ISLAM

• Etika Islam adalah dikaitkan dengan istilah ‘akhlaq’ atau

jamak daripada ‘khuluq’ di dalam bahasa Arab.

• Daripada sudut bahasa, ia bermaksud sikap, tabiat, budi

pekerti, perangai, dan tingkah laku (Mohd Liki Hamid &

Rosnaaini Hamid, 2002: 108).

• Dari sudut istilahnya pula, ia dapat dimaksudkan sebagai

tingkah laku semulajadi atau kebiasaan individu yang

dipancarkan hasil daripada keadaan jiwa seseorang

individu tersebut serta tanpa pertimbangan pemikiran

terlebih dahulu (Abul A’la al-Maududi, 1967: 20).

Page 6: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

SUMBER ETIKA

DALAM ISLAM Al-Quran Al-Sunnah

Page 7: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

• Islam melihat bahawa etika itu bukanlah

hasil daripada timbangtara, pemikiran atau

kebijaksanaan manusia biasa.

• Hanya Allah s.w.t serta RasulNya sahaja

yang mempunyai autoriti terhadap sistem

etika ini.

• Prinsip tauhid – Allah Pencipta semesta

alam.

• Setiap anjuran dan segala laranganNya

wajib ditaati atau dijauhi.

• Insentif & penalti.

Page 8: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

PRINSIP UTAMA

DALAM ETIKA ISLAM

01

Etika selari dengan

fitrah manusia.

02

Etika mestilah selari

dengan al-din

(agama).

04Etika menyantuni

hubungan manusia

secara personal dan

interpersonal.

03

Etika membicarakan

tentang dua dimensi

sikap manusia.

Page 9: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …
Page 10: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

• Dari segi bahasa, amanah bermaksud aman, damai,

tenteram, selamat dan harmoni.

• Secara istilahnya, amanah bermaksud menyerahkan

tanggungjawab kepada seseorang yang berhak menerimanya

dan dipercayai agar melaksanakan tanggungjawab tersebut

dengan jayanya tanpa mengabaikannya (Andi Mohamad,

2015: 2; Azman, 2002: 94).

1. AMANAH

Page 11: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

Amanah

Terhadap Allah

Terhadap Rasulullah SAW

Terhadap diri sendiri

Terhadap orang lain

- Sebagai hamba: taat kepada perintah Allah dan menjauhi

laranganNya.

- Sebagai khalifah: memelihara, memakmurkan serta

membangunkan bumi agar lebih sejahtera.

- Untuk memelihara, menghargai, mencontohi serta

mengamalkan segala sunnah Rasulullah s.a.w.

- Lahiriah: menjaga kesihatan, kebersihan & memberi hak

pada anggota pancaindera.

- Rohaniah: anggota pancaindera digunakan untuk

beribadat dan bukannya untuk perbuatan sia-sia &

dilarang.

- Setiap manusia itu mestilah menjalankan amanahnya

terhadap masyarakatnya sama ada dari sudut perkhidmatan,

saling tolong-menolong, bekerjasama, bersikap ihsan,

bercakap benar serta mengeluarkan zakat dan bersedekah.

Page 12: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

• Orang Islam berkewajipan menolong sesama manusia di

dalam tiga kategori iaitu, menolong para kerabatnya

(keluarga), menolong jiran sesama Islam serta menolong

jiran bukan Islam (Azman, 2002).

• Misalnya, sikap orang Ansar menolong orang Muhajirin.

2. TOLONG-MENOLONG

Page 13: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …
Page 14: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

• Bersikap pemurah dapatlah diertikan dengan amalan

membelanjakan hartanya di dalam hal-hal yang dituntut

oleh syara’ (Azman, 2002: 91).

• Ia terbit daripada pengorbanan iaitu pengorbanan dari sudut

membelanjakan serta mewakafkan harta dan menderma di

jalan Allah s.w.t. dengan ketulusan hati tanpa

mengharapkan apa-apa ganjaran atau pujian.

• Impak:

• membersihkan hati sang pemberi harta daripada segala sifat

riak, sombong dan bongkak di atas pemilikan hartanya.

• menanam sikap saling sayang-menyayangi serta prihatin

terhadap sesama insan.

• Status ekonomi masyarakat akan maju.

• Membasmi kemiskinan & kadar jenayah.

3. PEMURAH

Page 15: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

• Dari sudut bahasa, sabar dapat diertikan sebagai menahan diri.

• Secara istilahnya, ia merujuk kepada menahan atau menanggung diri daripada

melakukan perkara-perkara jelik yang didorong oleh nafsu kepada perkara-

perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t. (Azman Mat Zain, 2002:

93).

• Dunia ini dianggap sebagai pentas di mana manusia itu diuji dengan pelbagai

rintangan dan pancaroba hidup sama ada dari sudut kewangan, kesihatan dan

sebagainya.

• Jiwa perlu dididik supaya menjadi kuat dan kental dalam menghadapi segala

ujian Allah s.w.t di dunia ini.

• Orang yang hilang sabarnya akan memperlihatkan amarahnya, berputus asa

serta menyalahkan takdir di atas kesusahan yang ditimpakan ke atasnya.

• Sebaliknya, orang yang bersabar akan diberikan ganjaran amat besar kerana ia

adalah satu sikap yang menunjukkan keimanan serta ketakwaan yang tinggi

terhadap Penciptanya.

4. SABAR

Page 16: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

TAMADUN MELAYU

Page 17: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

PETA

TAMADUN

MELAYU

Page 18: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

• Tamadun Melayu adalah salah satu Tamadun Kepulauan (Archipelagic

Civilisation) yang tertua.

• Ia berkembang dalam Gugusan Kepulauan Melayu yang terletak di

pelangkahan Khatulistiwa serta berpangkal daripada Semenanjung Tanah

Melayu yang melunjur daripada Tanah Besar Benua Asia.

• Secara zahir, Alam Melayu adalah gugusan pulau-pulau serta Semenanjung

Tanah Melayu yang didiami oleh rumpun bangsa Melayu semenjak zaman

berzaman.

• Kepulauan ini serta lautan dan selat antaranya juga dikenali sebagai

NUSANTARA (Nusa-antara-lautan).

Page 19: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

• Peradaban yang tua inilah yang menjadi teras dan tunggak

kepada negara-negara moden di Alam Melayu yang ada sekarang.

• Di sinilah berkembangnya satu rumpun bangsa Melayu, satu

keturunan baka (DNA), satu bahasa dan satu ragam budaya.

• Dengan landasan hidup sedemikian, mereka melahirkan suatu

Peradaban Kepulauan yang tersendiri dalam susila Peradaban

Melayu yang lahir daripada pengalaman dan citra semesta

kemanusiaan yang asli.

Page 20: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

ETIKA DAN

ADAT

• Adat dari segi bahasanya adalah bermaksud

kebiasaan ataupun sesuatu yang tidak bersifat

kebendaan (Soleman, 1987).

• Dari sudut istilahnya pula, ia dapat ditakrifkan

sebagai satu sistem atau panduan tingkahlaku yang

diterima dan digunapakai secara turun-temurun

dan diperakui oleh masyarakat akan amalannya

sehingga dianggap sebagai satu tradisi yang perlu

dilestarikan (Norazit, 1997).

Page 21: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

FUNGSI

ADAT

1

2

Panduan bagi masyarakat Melayu

mengatur perilakunya di dalam pelbagai

institusi seperti institusi sosial, politik,

ekonomi, undang-undang dan sebagainya.

Untuk menjamin dan memelihara

keamanan, keharmonian serta

kesejahteraan sosial agar kekacauan atau

pergolakan dapat dielakkan.

Page 22: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

Peraturan, hukum danundang-undang yang diwariskan turun-temurunserta dipatuhi olehmasyarakat di dalammenjalani kehidupansosial mereka (Mohd. Koharuddin, 2005).

Ia adalah cerminan kepada pemikiranmasyarakatnya yang bijaksana dalammenentukan peraturan berinteraksisesama manusia yang bermatlamatkanpermuafakatan, kerukunan danketenteraman. Disebabkan faktorsebeginilah masyarakat Melayumenyanjung tinggi adat ini agar keadilan dan kedaulatan undang-undang itu terpelihara.

Adat yang diadatkan

Berbentuk lebihspesifik danmengkhususseperti kelazimanindividu dari sudutperbuatan (Mohd. Koharuddin, 2005).

Ini termasuklahsegala jenistingkahlaku yang diamalkan olehmasyarakat Melayuseperti caraberpakaian, caramakan, tatatertib di hadapan orang tuadan sebagainya.

Adat resam

Page 23: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

ETIKA DAN

ADAB

• Dari sudut bahasa, ia dimaksudkan sebagai budi

bahasa yang halus dan juga tingkah laku dan tutur

kata yang sopan (Kamus Dewan, 1994: 6).

• Manakala, dari sudut istilahnya pula, ia diertikan

sebagai tindakan atau perbuatan yang dipraktikkan

secara wajar, tepat dan sesuai hasil daripada

jasad, hati serta akal manusia yang terdisiplin

(Hashim, 2008: 54).

Page 24: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

i. Animisme

❑ Satu kepercayaan yang mana meyakini bahawa setiap benda mempunyai roh,

memiliki keperibadian tersendiri serta mempunyai kuasa dalam menentukan nasib

seseorang individu (Taib Osman, 1977).

ii. Hindu-Buddha

❑ Berteraskan kepada keyakinan dengan kewujudan dewa-dewa yang berkuasa ke

atas kehidupan manusia.

❑ Sistem kepercayaan Hindu-Buddha ini kuat mempengaruhi masyarakat Melayu

pada zaman dahulu terutama di kalangan golongan istana. Misalnya, raja-raja

dipandang mulia kerana mereka dikatakan sebagai jelmaan dewa-dewa.

❑ Justeru, mereka berhak diletakkan di kedudukan yang paling tinggi dek kerana

statusnya bukan lagi dianggap taraf manusia biasa tetapi status dewa (Mohd.

Koharuddin, 2005).

KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU

Page 25: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

iii. Islam

❖ Masyarakat Melayu sebenarnya lebih kuat dipengaruhi oleh agama Islam.

❖ Kedatangan Islam bukan sahaja mencetuskan revolusi dalam mengubah

pandangan masyarakat Melayu tentang keyakinan mereka terhadap

kewujudan roh-roh, semangat serta dewa-dewa, bahkan ianya sekaligus

mengubah stratifikasi sosial masyarakat Melayu iaitu daripada mempercayai

bahawa raja itu adalah jelmaan dewa-dewa kepada khalifah (wakil Tuhan) di

muka bumi.

❖ Maka, sebagai orang Islam, masyarakat Melayu berpegang kepada konsep

tauhid iaitu mengEsakan Allah s.w.t tanpa menyamakan Dia dengan sesuatu

yang lain dan hanya Allah s.w.t yang berhak disembah.

❖ Nabi Muhammad s.a.w pula diimani sebagai nabi terakhir yang diutuskan

oleh Allah s.w.t dalam menyampaikan ajaran Islam.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU

Page 26: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

SUMBER ETIKA

TAMADUN

MELAYU

Al-QuranAl-

Sunnah

Adat bersendikan hukum,

Hukum bersendikan syara’,

Syara’ bersendikan kitabullah.

Syara’ mengata, adat memakai,

Ya kata syara’, benar kata adat.

Page 27: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

1. HALUS BUDI PEKERTI DAN BAHASA

Kalau hendak tahu orang berbangsa,

Tengok kepada budi dan bahasanya;

Dalam berkata berlemah lembut,

Dalam melangkah berpatut-patut,

Bila duduk tahu tempatnya,

Bila tegak tahu adatnya.

Page 28: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

2. MEMULIAKAN IBUBAPA DAN ORANG TUA

Apa tanda Melayu jati,

Mentaati ibu bapa sepenuh hati;

Apa tanda Melayu jati,

Kepada ibu bapa ia berbakti.

Page 29: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …
Page 30: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

3. KESETIAAN KEPADA PEMIMPIN

Elok kampung ada tuanya,

Elok negeri ada rajanya,

Adat hidup orang terhormat,

Kepada pemimpinnya ia taat.

Raja adil raja disembah,

Raja zalim raja disanggah.

Page 31: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

31

Page 32: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

32

Page 33: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

4. MEMENTINGKAN MARUAH SERTA

HARGA DIRI

Adat hidup orang bertuah,

Aib dan malu dijadikan amanah,

Membawa diri tiada menyalah,

Malu duduk menengah-nengah,

Malu berdiri sombong dan pongah,

Berbuat kebaikan tiada gah,

Bercakap dengan berlembut lidah.

Page 34: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

5. BERMUAFAKAT & TOLONG-MENOLONG

Apa tanda hidup beradat:

Runding selesai dalam muafakat,

Hak ditakar, kewajipan disukat,

Mana yang jauh diperdekat,

Mana yang jarang diperapat,

Mana yang lupa diberi ingat,

Kata putus pendapat pun bulat,

Seia sekata ke laut ke darat.

Page 35: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

6. AMANAH

Orang amanah membawa tuah,

Orang amanah hidup bermaruah,

Orang amanah dikasihi Allah,

Siapa hidup memegang amanah,

Dunia akhirat beroleh berkat.

Page 36: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

KESIMPULAN

Terdapat banyak

persamaan di dalam isu-isu

etika yang dipraktikkan

oleh kedua-dua tamadun

Islam dan Melayu.

Keduanya bertunjangkan

al-Quran dan al-Sunnah

yang mendasari sumber

etikanya.

Walaupun tamadun Melayu pada

mulanya menerima pengaruh

animisme serta Hindu-Buddha,

namun ternyata prinsip-prinsip

Islam lebih ditekankan dalam adat-

adat yang menjadi garis panduan

etika bagi masyarakatnya.

Ciri-ciri inilah yang melonjakkan

kedua-kedua tamadun ini mencapai

zaman kegemilangan berabad

lamanya kerana ia menekankan

kemajuan dalam bentuk kebendaan

& bukan kebendaan agar

pembangunan dapat dikecapi

secara holistik.

1

2

3

4

Page 37: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: …

Terima kasih