esement pim.docx

26
1.0 PENGENALAN Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Antara tujuan pentaksiran ialah sebagai Pelaporan Pencapaian. Pentaksiran memberi memberi maklum balas kepada guru dan pelajar. Dengan mendapatkan maklumat, guru dapat tahu setakat mana objektif pelajaran telah dicapai. Guru juga dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Maklum balik ini membantu guru membuat penilaian tentang pengajarannya. Ia bertujuan membantu guru membaiki pengajarannya. Pelajar dapat tahu tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Konklusinya melalui pelaporan pencapaian guru dapat menentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar. Selain itu, pentaksiran juga diguna untuk mengesan punca kelemahan. Hal ini demilkian, ujian bersifat diagnostik dalam bilik darjah dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan masalah pembelajaran. Maklumat pentaksiran ini dapat 1

Upload: akhtar-othman

Post on 16-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Antara tujuan pentaksiran ialah sebagai Pelaporan Pencapaian. Pentaksiran memberi memberi maklum balas kepada guru dan pelajar. Dengan mendapatkan maklumat, guru dapat tahu setakat mana objektif pelajaran telah dicapai. Guru juga dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Maklum balik ini membantu guru membuat penilaian tentang pengajarannya. Ia bertujuan membantu guru membaiki pengajarannya. Pelajar dapat tahu tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Konklusinya melalui pelaporan pencapaian guru dapat menentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar. Selain itu, pentaksiran juga diguna untuk mengesan punca kelemahan. Hal ini demilkian, ujian bersifat diagnostik dalam bilik darjah dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan masalah pembelajaran. Maklumat pentaksiran ini dapat menolong guru menyediakan rancangan pemulihan bagi pelajar yang memerlukan. Disamping itu, pentaksiran merupakan punca penggerak untuk pembelajaran. Pentaksiran dapat menggerakan pelajar untuk belajar bersungguh sungguh supaya dapat lulus. Suatu kebiasaan di mana pelajar akan belajar jika mereka tahu bahawa pembelajaran mereka dinilai. Tegasnya, pentaksiran berperanan sebagai alat motivasi kepada pelajar. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan sebagai ujian penempatan dimana ia dapat menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Di samping itu, ujian penempatan berfungsi untuk menentukan aras bahan pelajaran yang sesuai untuk digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran juga bertujuan untuk membuat pengumpulan dan persijilan. Di dalam bilik darjah, guru sering menggunakan hasil ujian untuk mengasingkan atau mengkategorikan pelajar mengikut tahap kemampuan dan kebolehan mereka. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk persijilan, dimana sijil sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar berjaya lulus ujian atau peperiksaan.

2.0 HURAIAN MENGENAI PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL DALAM PENDIDIKAN ISLAM.2.1 Pentaksiran Formal Pada umumnya pentaksiran boleh dikategorikan kepada dua bahagian dimana ia terdiri daripada pentaksiran formal dan tidak formal. Menurut Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) , penilaian secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Dimana ia melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon. Selain itu pentaksiran formal juga dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan. Disamping itu, pentaksiran formal juga menjadikan setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan. Penilaian formal terdiri daripada dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam bab yang berkaitan. Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian murid dalam sesuatu bab pembelajaran. Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepas pelaksanaan sesuatu ujian. Penilaian formatif biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran murid secara individu supaya kesalahannya dapat dibetulkan dengan serta merta. Oleh itu, penilaian kerap dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajar, biasanya sewaktu pengajaran dengan menggunakan kaedah secara individu ( Mak Soon Sang, 1994). Walaubagaimanapun, hasil yang diperolehi daripada penilaian formal adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran murid dan bukannya untuk memberi gred kepada murid. Hal ini demilkian, ia digunakan untuk mengesan kemajuan murid. Sehubungan dengan ini, ujian kertas pensel dalam bentuk formal digunakan untuk menilai kemajuan mereka. Ujian kertas pensel biasanya diadakan selepas beberapa unit kemahiran ataupun satu unit pembelajaran telah diajar. Keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya seperti menempatkan murid murid ke dalam kumpulan yang sesuai serta merancang aktiviti pengayaan atau aktiviti pemulihan untuk mereka. Objektif utama penilaian ini adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan murid dan aktiviti pengajaran yang telah dijalankan oleh guru. Selain itu, penilaian juga dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, pentaksiran secara formatif ini juga membolehkan guru menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Selain daripada penilaian formatif, penilaian sumatif turut berada dikategorikan sebagai pentaksiran formal. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus (Ee Ah Meng, 1991). Ia meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal, pertengahan tahun, atau genap satu tahun. Cara penilaian yang digunakan adalah bentuk formal, iaitu dengan menggunakan kertas ujian, pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan senarai semak. Penilaian sumatif ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan kumpulan murid mengikut tahap murid serta pemilihan akitiviti dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Penilaian sumatif merupakan penilaian secara berpusat. Antara contoh penilaian sumatif yang nyata adalah UPSR, PMR, SPM dan STPM, dimana biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. Berdasarkan huraian diatas, objektif penilaian formatif mahupun sumatif, kedua duanya mempunyai objektif yang sama iaitu untuk mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa, selain untuk mengetahui keberkesanan pengajaran serta merancang dan mengubah suai pengajaran disamping menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

2.1.1 Perbezaan Antara Penilaian Formatif Dan SumatifKenyataanPenilaian FormatifUjian Sumatif

FungsiMaklumat pencapaian murid dan dapat mengesan punca kelemahan untuk pemulihan

Pemberian sijil dan penggredan di akhir sesuatu kursus

MasaSepanjang proses pengajaranDi akhir sesuatu unit pembelajaran atau kursus

Penekanan dalam penilaianKognitif, afektif dan psikomotorKognitif

Penumpuan pengukuranSatu-satu segmen atau bahagianObjektif kursus yang dirancang

Satu sampelanTerhad kepada tugasan pembelajaran sahajaBeraneka jenis

Kesukaran item soalanBerubah-ubah mengikut keperluan segmenBerasaskan Jadual Penentuan Ujian, berbilang aras kesukaran

ContohUjian bulanan , lembaran kerjaUPSR, PMR, SPM, STPM, semua peperiksaan akhir

2.2.0 Pentaksiran Tidak Formal Pentaksiran tidak formal adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian serta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif seseorang murid. Terdapat beberapa jenis pentaksiran tidak formal, antaranya adalah membuat pemerhatian. Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas. Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja. Antara tujuan pemerhatian adalah untuk mengesan serta merta kefahaman murid. Pada kebiasaannya seseorang guru itu dapat mengesan serta merta sama ada murid memahami atau tidak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru berdasarkan pemerhatian terhadap memek muka murid, tingkah laku murid serta jawapan yang diberikan oleh murid murid. Selain itu, guru juga dapat mengesan kemajuan serta tahap pencapaian murid dari awal tahun sehingga akhir tahun. Pemerhatian juga digunakan untuk menilai sikap, sahsiah serta perlakuan murid selain daripada amali. Guru boleh melaksanakan pemerhatian melalui pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus Melalui pemerhatian ini guru dapat mengetahui sikap murid seperti malas atau rajin, berdisiplin, teratur, kemas dan lain lain. Maklumat daripada pemerhatian bolleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenaik keputusan penilaian yang diperolehi melalui kaedah lisan dan penulisan. Selain itu, instrument penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar iaitu marking scheme. Selain itu, merekod pemerhatian juga merupakan antara jenis pentaksiran tidak formal. Merekod pemerhatian merangkumi senarai semak dan rekod berterusan. Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain. Manakala rekod berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap individu. Anekdot juga turut merupakan contoh pentaksiran tidak formal. Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh. Anekdot dilaporkan mengikut keutamaan, dimana bermula dengan spek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks. Hal ini supaya proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi dan rekod pemerhatian ini boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid. Seterusnya adalah portfolio. Portfolio merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Portfolio juga boleh dikatakan sebagai dokumentasi bersturuktur yang memerlukan perlak pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir selain menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Selain itu, portfolio juga mestilah bersifat reflektif dimana ia diransang melalui persoalan dan persoalan itu menjadi panduan kepada murid untuk melengkapkan dan menyempurnakan portfolio. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. Jenis jenis portfolio yang boleh dibina ialah portfolio kerja harian dan portfolio hasil terbaik serta portfolio hasil terbaik. Pentaksiran tidak formal juga dapat dilaksanakan melalui kaedah temu bual. Kaedah ini merupakan satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Temu bual terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Soalan temu bual mestilah mudah, jelas, dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden. Pentaksiran tidak formal juga terdapat jenis soal selidik. Kaedah ini merupakan alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan. Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri oleh pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya. Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersama responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap Tugasan merupakan salah satu daripada jenis pentaksiran tidak formal. Tugasan boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan. Instrument pentaksiran tidak formal boleh di bentuk melalui rekod anekdot. Rekod anekdot merupakan satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan. Perkara-perkara yang terdapat dalam rekod anekdot ialah perkara yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan masalah serta kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid. Penulisan rekod anekdot mestilah jelas. Antara perkara yang yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah guru mestilah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku terlebih dahulu, kemudian guru perlu mengenal pasti samada peristiwa tersebut penting atau tidak. Sebelum menulis maklumat peristiwa yang berlaku guru mestilah mengsignifikasikan kepada aspek aspek yang lebih kecil. Penulisan rekod anekdot ini mestilah ditulis secara objektif dan maklumat biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa. Tuntasnya, pentaksiran tidak formal adalah kepada membuat penilaian keatas seseorang murid ataupun individu di dalam kelas. Pentaksiran jenis ini membolehkan guru mengenal muridnya dengan lebih dekat dan mendalam. Hal ini kerana guru dapat memerhati dan menilai murid dari segi tingkah laku, sikap, emosi, kognitif serta cara murid bersosial sesame mereka. Kesimpulannya, pentaksiran tidak formal juga dapat membantu guru meningkatkan pencapaian murid serta memperbaiki aktiviti pengajaan dan pembelajaran guru.

2.3.0 Banding Beza Antara Penilaian, Pengujian Dan Pengukuran.CiriPenilaianPengujianPengukuran

Takrifproses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatifteknik mengukur perubahan tingkah laku individu

proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran individu.

Fungsimembuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk tujuan pemulihan atau peggredanmengesan hasil pembelajaran yang diperoleh.mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis kemahiran dan kemajuan.

MasaDilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pengajaran.Dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pengajaran.Dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Caradijalankan melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal selidik, rekod anekdot dan senarai semak.dijalankan melalui item-item (soalan-soalan) ujian.dijalankan melalui berbagai cara memperoleh data kuantitatif

Fokusberdasarkan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian, soal selidik atau senarai semak.difokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajarandifokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran

Hasilmenunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang diukur.menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit pembelajaran.menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid secara keseluruhan.

Jadual 2 : Banding beza pengukuran, pengujian dan penilaian. Jadual 2, menunjukkan banding beza antara penilaian, pengujian dan pengukuran. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Menurut Popham (2000), istilah pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim. Walaupun kempat empat konsep ini mempunyai tafsiran yang berbeza namun saling bantu membantu dalam proses mencapai matlamat pendidikan. Pengujian adalah merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang indiividu. Ia terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti medefinisikan sesuatu perkataan, menyusun ayat-ayat al quran, menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah. Tujuan utama pengujian adalah untuk mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi selain mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil hasil pembelajaran yang lain. Disamping itu, melalui pengujian, guru juga boleh mengesan masalah masalah yang dihadapi oleh calon ujian. Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari. Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru, penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran. Jika pengujian adalah untuk mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi, pengukuran pula adalah proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Pengukuran dan pengujian mempunyai fungsi yang sama dimana kedua duanya adalah mengesan hasil hasil pembelajaran serta jenis kemahiran yang telah dicapai selain mengesan jenis jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid murid. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap dimana tahap pertama guru menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan di tahap ini ialah skel urutan sahaja (skel ordinal). Manakala di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira. Berdasarkan ciri ciri penting pengukuran Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai, dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian. Selain itu, ciri ciri penting pengukuran juga dapat membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan kata lain, Pengukuran dalam pemdidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986). Tamsilan itu, penilaian pula dapat ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Proses penilaian melibatkan melibatkan beberapa langkah iaitu langkah pertama adalah mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, kemudian menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran dan ketiga membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran. Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan penyimpulan. Antara prosedur penilaian ialah peringkat persediaan ujian, penringkat pentadbiran ujian, peringkat pemeriksaan dan pengukuran, peringkat analisis dn peringkat interpretasi dan tindakan. Dari segi konsep, penilaian merupakan kosep yang paling luas dimana merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Tuntasnya, penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

3.0 MEMBINA SATU SET SOALAN PEPERIKSAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6.A. Bulatkan jawapan yang betul. 1. Kalimah dibawah yang mengandungi hukum mad asli ___________. C. A . D . B . 2. Berikut adalah hukum mad (bacaan panjang) kecuali _____________. A . Mad asli C , Mad Badal B , Mad Lin D . Idgham bilaghunnah 3. Kalimah bergaris dibaca dengan hukum ________________. .

A . Mad lin C . Mad wajib muntasil B . Mad Asli D . Mad jais munfasil" "

4. Ayat yang bergaris wajib di baca __________. A . Panjang kadar 2 harakah C . Dengung 2 harakah B . Tanpa dengung D . Terang dan jelas5. Huruf mad asli mempunyai _______________. A . 3 C . 1 B . 5 D . 46. Allah Maha Menghintung semua amalan makhluknya kerana Allah bersifat ___________. A . Al Akbar C . Al Hasib B . Al Ilmu D . Al Karim

7. Segala makhluk di bumi sentiasa _______________ kepada Alllah. A . BertasbihC . Bermunajat B . BermuhasabahD . Bertaubat8. Diantara sifat sifat wajib bagi Allah adalah kalam. Apakah maksud kalam ? A . Melihat C . Bersedia B . Berkata - kata D . Melihat9. Tempat ganjaran bagi orang yang mentaati Allah ialah ______________. A . Alam Barzakh C . Neraka B . Syurga D . Mahsyar10. Perjanjian pertama yang berlaku antara Rasulullah s.a.w dengan penduduk Madinah ialah perjanjian ____________.A . Hudaibiyah C . Piagam Madinah B . Aqabah D . Baiah RidhwanB. Sambungkan huruf menjadi kalimah.

11.

12.

13.

14.

15.

C. Jawikan ayat di bawah mengikut kaedah khat nasakh. 16. Saya suka membaca. _____________________________________________________________________ 17. Iman adalah nadi kehidupan. _____________________________________________________________________ 18. Allah Maha Berkuasa. _____________________________________________________________________ 19. Ilmu pelita hati. ______________________________________________________________________ 20. Akhlak yang mulia amatlah dituntut. _______________________________________________________________________

4.0 PENULISAN REFLEKSI Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menyiapkan kerja kursus Penilaian Pendidikan Islam ( PIM 3103 E) pada waktu yang ditetapkan. Kerja kursus ini memerlukan saya menjelaskan secara mendalam mengenai pentaksiran formal dan tidak formal selain menjelaskan secara terperinci persamaan dan perbezaan penilaian, pengujian, dan pengukuran. Selain itu, kerja kursus ini juga turut merangkumi tugasan membina set soalan pertengahan tahun Pendidikan Islam Tahun 6, disamping menyediakan satu penulisan refleksi yang sememangnya tugasan wajib bagi setiap kerja kursus.Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mengalami masalah tentang kurang memahami kehendak soalan. Hal ini dapat diselesaikan dengan bertanya kepada pensyarah dan beliau memberi penerangan dengan lebih mendalam dan terperinci. Malah saya juga bertanya kepada rakan-rakan tentang kehendak soalan ini berulang-ulang kali untuk memahaminya. Selain itu, saya juga mengalami masalah dalam mencari maklumat yang dikehendaki iaitu pentaksiran tidak formal. Hal ini disebabkan sumber rujukan pentaksiran tidak formal di internet dan amatlah sedikit dan penulisannya kurang memuaskan. Saya telah mengambil inisiatif dengan mencari sumber daripada buku buku matapelajaran lain, memandangkan tugasan ini berbentuk umum. Oleh itu saya telah menggunakan buku Pentaksiran Matapelajaran Sejarah sebagai sumber rujukan untuk tugasan ini. Disamping itu, pada awalnya amat sukar bagi saya untuk mencari persamaan dan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. Hal ini kerana, pada awalnya saya masih keliru mengenai konsep ketiga tiga item dimana saya berpendapat ketiga tiga item ini mempunyai fungsi dan peranan yang sama. Namun, setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya sedari bahawa pendapat saya sebelum ini tidaklah salah sepenuhnya hal ini kerana menurut Popham (2000), istilah pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim. Selain itu, walaupun kempat empat konsep ini mempunyai tafsiran yang berbeza namun ia saling bantu membantu dalam proses mencapai matlamat pendidikan. Di samping itu, saya juga menghadapi masalah kekangan masa yang mana pengurusan masa saya agak sedikit lemah dan tidak teratur. Lebih lebih lagi semester ini merupakan semester yang paling sibuk bagi saya sepanjang saya bergelar guru pelatih. Pada semester ini, guru pelatih semester 5 dikehendaki menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) bagi memenuhi proforma matapelajaran Olahraga. Namun, berkat sokongan dan dorongan dari rakan-rakan seunit ,akhirnya berjaya jua saya menyiapkan tugasan ini. Melalui kerja kursus ini, ianya memberi pengetahuan kepada saya mengenai konsep pentaksiran formal dan tidak formal . Sebagai bakal guru, pengetahuan ini amat penting kerana pentaksiran ini merupakan perkara wajib bagi setiap murid. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Seseorang guru itu juga dapat mengetahui keberkesanan pengajaran guru, serta mengubah suai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pentaksiran yang dijalankan. Tamsilan itu, melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai penilaian, pengujian dan pengukuran. Ketiga tiga item ini saling berkaitan dan digunakan oleh guru sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran. Selain itu, melalui tugasan ini juga bakal guru dilatih untuk membina soalan peperiksaan. Kami dikehendaki untuk membina soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Islam Tahun 6. Sememangnya tugas seorang guru bukanlah hanya di dalam bilik darjah. Pembinaan soalan peperiksaan sememangnya bukan sesuatu yang mudah, melalui tugasan ini kami dapat pelajari cara pembinaan soalan Peperiksaan Penddikan Islam, saya amat teruja dalam membina soalan peperiksaan , hal ini kerana ini kali pertama saya mempelajari cara pembinaan soalan peperiksaan memandangkan saya dari major pendidikan prasekolah. Selain itu, melalui tugasan ini, saya juga turut mendapati seseorang guru itu perlulah kreatif dan inovatif . Guru perlulah kreatif dalam mentaksir murid. Pentaksiran mahupun penilaian bukan sahaja di dewan peperiksaan ataupun kertas dan pensel. Tetapi pentaksiran boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja, samada ketika murid bersosial mahupun semasa akitiviti pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pemerhatian guru boleh menilai tahap kefahaman murid serta sikap dan tingkah laku murid. Oleh itu sebagai seorang guru kita mestilah kreatif dalam mewujudkan suasana yang pelbagai di dalam bilik darjah. Kesimpulannya, melalui pengetahuan mengenai pentaksiran formal dan tidak formal ia dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih selain dapat meningkatkan keyakinan guru pelatih dalam persediaan menghadapi situasi pengajaran sebenar iaitu alam prektikum. Di samping itu, melalui tugasan pembinaan soalan peperiksaan guru pelatih dapat belajar ilmu baru tentang dunia pendidikan yang sememangnya penting apabila guru pelatih ditempatkan di sekolah kelak.

16