esei_zaman_logam__kump_7_[1]

29
DEFINISI ZAMAN LOGAM Zaman Logam bermaksud satu tempoh di mana kebudayaan dalam masyarakat telah muncul objek-objek logam sebagai unsur-unsur utama yang menggantikan alat-alat batu. Fungsi alat batu dalam kehidupan harian mereka telah diambil alih oleh objek logam. Contohnya seperti kapak batu, pisau batu yang berfungsi untuk kegiatan pertanian seperti kapak besi atau gangsa dam mata tajam. Menurut Profesor Zuraina Majid, pengalaman yang panjang dalam penghasilan tembikar bagi manusia Zaman Neolitik yang memerlukan pemerhatian saintifik pada sifat dan ciri bahan serta kebolehan mereka menghasilkan api dengan suhu yang tinggi menjadi asas kepada peringkat teknologi seterusnya membawa kepada penghasilan logam. 1 Zaman Gangsa pula bermaksud zaman dalam sejarah manusia apabila gangsa menjadi logam utama bagi pengeluaran peralatan. Zaman ini bertembung dengan kedatangan zaman sejarah di Asia Barat daya. 2 Gangsa muncul sekitar 3,500 hingga 4,000 tahun dahulu. Kemudian diikuti oleh artifak besi sekitar 2,000 tahun sehingga 2,500 tahun dahulu. 3 Zaman Logam dikatakan melalui tiga tahap iaitu Zaman Tembaga, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Walau bagaimanapun, kemunculan Zaman Logam ini tidak bermakna berakirnya Zaman Batu 1 Zuraina Majid, (2003), Archeology In Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, hlm 170. 2 Frank Hole, Robert F. Heizen, (terj) Shakila Yaacob, (1990), Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 70. 3 Zuraina Majid, Archeology In Malaysia, hlm 170. 1

Upload: ayuniza-furzani

Post on 16-Feb-2015

108 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

logam

TRANSCRIPT

Page 1: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

DEFINISI ZAMAN LOGAM

Zaman Logam bermaksud satu tempoh di mana kebudayaan dalam

masyarakat telah muncul objek-objek logam sebagai unsur-unsur utama yang

menggantikan alat-alat batu. Fungsi alat batu dalam kehidupan harian mereka

telah diambil alih oleh objek logam. Contohnya seperti kapak batu, pisau batu yang

berfungsi untuk kegiatan pertanian seperti kapak besi atau gangsa dam mata tajam.

Menurut Profesor Zuraina Majid, pengalaman yang panjang dalam penghasilan tembikar

bagi manusia Zaman Neolitik yang memerlukan pemerhatian saintifik pada sifat dan ciri

bahan serta kebolehan mereka menghasilkan api dengan suhu yang tinggi menjadi asas

kepada peringkat teknologi seterusnya membawa kepada penghasilan logam.1 Zaman

Gangsa pula bermaksud zaman dalam sejarah manusia apabila gangsa menjadi logam

utama bagi pengeluaran peralatan. Zaman ini bertembung dengan kedatangan zaman

sejarah di Asia Barat daya.2 Gangsa muncul sekitar 3,500 hingga 4,000 tahun dahulu.

Kemudian diikuti oleh artifak besi sekitar 2,000 tahun sehingga 2,500 tahun dahulu.3

Zaman Logam dikatakan melalui tiga tahap iaitu Zaman Tembaga, Zaman Gangsa

dan Zaman Besi. Walau bagaimanapun, kemunculan Zaman Logam ini tidak bermakna

berakirnya Zaman Batu secara mendadak. Alat-alat batu masih terus digunakan walupun

disaingi oleh alat-alat logam. Arah perkembangan Zaman Logam tidak semestinya

sentiasa melalui tiga tahap kerana ada kalanya penggunaan gangsa dan besi berjalan

serentak.4 Tambahan pula, tidak terdapat satu pemisahan yang jelas antara Zaman Gangsa

1Zuraina Majid, (2003), Archeology In Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, hlm 170.2Frank Hole, Robert F. Heizen, (terj) Shakila Yaacob, (1990), Arkeologi Prasejarah Satu Pengenalan Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 70.3 Zuraina Majid, Archeology In Malaysia, hlm 170.4Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn, Bhd, hlm 23.

1

Page 2: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

dan Zaman Besi. Ini kerana kedua-duanya seringkali muncul pada zaman yang sama di

semua tempat yang sama. Sebagai contoh, sesetengah tempat di Thailand yang mungkin

telah dimulai dengan kemunculan objek gangsa secara sendiri tanpa kehadiran objek besi

sejak 3000 BC. Zaman Logam Awal berlaku bersama-sama pengenalan teknologi baru

dan barang-barang dagangan ke Kepulauan Indo-Malaysia dari sumber-sumbernya di

Vietnam, India dan China.5 Ekonomi Zaman Logam berorientasikan ekonomi sara diri

kepada pertanian komersil. Terdapat pengkhususan pertanian dan hasilnya kepada orang

lain yang mewujudkan golongan pemerintah, orang-orang kerajaan, tentera dan

sebagainya.

Perkembangan gangsa terlebih dahulu berlaku berbanding besi yang lebih keras di

Barat dan Asia Barat. Zaman Logam di Asia Tenggara pula tidak seharusnya dipisahkan

antara Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Dari segi pentarikhan, Zaman Logam telah

bermula di Asia Tenggara sejak 3000 BC tetapi masih belum mewakili Zaman Logam

secara keseluruhannya kerana pada ketika itu lebih kurang 3000 BC kebanyakan tempat

di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan kawasan kepulauan masih dalam kebudayaan

Neolitik dan di beberapa tempat di kepulauan, objek logam hanya muncul pada awal

Masihi. Ada pendapat telah menyatakan bahawa Zaman Logam telah pun bermula di

Asia Tenggara pada kira-kira 1,500 BC khususnya di Tanah Besar. Ini berbeza pula di

kawasan kepulauan yang mana secara umumnya objek logam hanya muncul kira-kira 500

BC. Ini bermakna Zaman Logam di Asia Tenggara kita seharusnya perlu dilihat dalam

dua keadaan iaitu dalam konteks perkembangan industri logam di kawasan Tanah Besar

sebagai pelopor kepada industri Barat dan perkembangan Zaman Logam di kawasan

5 Peter Bellwood, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama, hlm 387.

2

Page 3: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

Kepulauan Indo Malaysia sebagai pengguna objek logam. Teknologi pembuatan logam

sememangnya datang dari kawasan terbesar sama ada dari Thailand, Vietnam Utara,

China tetapi teknologi itu kemudiannya telah berkembang ke kawasan kepulauan melalui

interaksi dua hala yang terhasil dari kegiatan perdagangan serantau.

CIRI-CIRI KEMAJUAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMUNCULAN POLITI-POLITI AWAL DI ASIA TENGGARA.

I) ZAMAN LOGAM AWAL

1. TEKNOLOGI

Pada Zaman Awal Logam, terdapat kemajuan teknologi dalam pembuatan logam.

Ia menggunakan teknik melebur dan mengaloi. Ia jelas dalam catatan kajipurba bahawa

terdapat alat-alat yang diperbuat daripada logam dan perkembangan pengetahuan

masyarakat tentang kaji logam dan kerja-kerja logam. Kaji logam ialah satu proses

teknologi yang rumit. Pembuatan alat-alat daripada logam memerlukan kemahiran

pengkhususan yang cukup tinggi dan luas. Bijih pada amnya tidak menyerupai logam

yang didapati daripadanya. Oleh itu, kegiatan mencari dan menggali timbunan bijih itu

adalah memerlukan cara yang khas dan pengetahuan yang tinggi. Demikian juga, dengan

melebur bijih dan memgaloikannya mengikut kadar yang betul supaya ia dapat

menghasilkan kekerasan dan kekukuhan yang diperlukan. Selain itu, pembuatan acuan-

acuan, penuangan serta kerja-kerja penglicinan alat-alat buatan itu adalah proses

teknologi yang rumit. Adalah sukar hendak dibayangkan bahawa teknik-teknik tersebut

tidak dijumpai kesan-kesannya Dengan itu, kenyataan-kenyataan yang ada sekarang

3

Page 4: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

menyatakan bahawa aktiviti seperti pertanian, kerja logam di Asia Tenggara adalah

berasal daripada idea-idea dan rangsangan daripada sumber-sumber luar .6

Hubungan di antara Malaysia dengan Tanah Besar Asia Tenggara yang terjalin

pada Zaman Neolitik Akhir itu terus berkembang. Beberapa alat gangsa seperti gendang

gangsa, loceng gangsa dan mangkuk gangsa dijumpai di beberapa tempat di Malaysia.

Alat-alat itu dipercayai dibawa masuk dari luar. Tempat asal alat-alat itu ialah dari tanah

besar Asia Tenggara. Gendang gangsa dijumpai di Kampung Sungai Lang (Selangor),

Batu Buruk (Terengganu), Sungai Tembeling (Pahang) dan Tempasuk (Sabah). Manakala

loceng gangsa dijumpai di Kelang (Selangor) dan di Kampung Pencu (Muar, Johor).

Mangkuk gangsa pula dijumpai di beberapa tempat seperti di tebing sungai di Perak,

Selangor dan Pahang. Mata kapak gangsa juga dijumpai di beberapa tempat seperti di

tebing sungai di Perak, Selangor, Pahang, Gua Harimau (Perak) dan juga di Sabah.

Hiasan pada gendang dan loceng gangsa itu mempunyai beberapa persamaan

dengan hiasan pada gendang dan loceng gangsa yang dibuat di Dong Son (Vietnam).

Justeru itu, kedua-dua alat itu dipercayai dibawa dari Dong Son. Barangan tersebut

merupakan barang-barang mewah yang dibawa ke Malaysia pada Zaman Gangsa itu.

Masyarakat yang memiliki barang-barang tersebut telah mencapai taraf kehidupan yang

tinggi dan tersusun. Hanya individu atau keluarga yang kaya atau terkemuka sahaja dapat

memiliki alat-alat itu yang melambangkan status pemiliknya. Buktinya, terdapat beberapa

jumpaan acuan-acuan untuk membuat mata kapak gangsa di beberapa tempat di

Malaysia.7

6 Wan Abdul Rahman Latif et al, (2001), Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia: Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur, hlm 9.7 Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, (1992, Malaysia, Warisan dan Perkembangan: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 8.

4

Page 5: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

Dengan adanya teknologi pembuatan alatan logam pada Zaman Logam Awal ini,

maka ia telah menunjukkan bahawa masyarakat di Asia Tenggara pada masa tersebut

mempunyai kepakaran dalam bidang seni dan pertukangan. Hal ini jelas dibuktikan

dengan terhasilnya gendang-gendang tertua yang diusahakan di Dong Son iaitu Heger I,

II, III dan IV. Menurut ahli-ahli arkeologi, ia adalah alatan logam yang terbaik pada

tempoh tersebut. Contohnya gendang Heger, ia mempunyai diameter 65cm dan dihiasi

dengan corak manusia, haiwan dan geometri. Ia telah ditemui di kawasan perkuburan di

Dong Son yang berdekatan Thanh Hoa. Manakala gendang Heger IV yang

kebanyakkannya dijumpai di Yunan dan mempunyai ciri-ciri kecinaan. Gendang ini lebih

dikenali sebagai jenis China.

Pada umumnya, gendang Dong Son mempunyai permukaan yang rata, rangka

yang lebar, dinding yang lurus dan kaki yang lebar. Menurut Heger, gendang ini

mempunyai lima bahagian iaitu pukul, bahu, pinggang, kaki dan pemegang.. Malahan

kemahiran yang kreatif masyarakat pada masa ini telah menghasilkan tiga jenis ukiran

pada gendang Dong Son iaitu corak naturalistik, zoomorfik dan geometri. Gendang corak

zoomorfik mempunyai gambar satu bulatan dikelilingi tangen, pola duri dan mata

gergaji.8

Masyarakat Melayu purba, umpamanya tidak terlepas daripada konflik yang boleh

menimbulkan pergaduhan dan pentempuran antara mereka mungkin kerana berebut satu-

satu kawasan perairan, persawahan atau perdagangan. Keperluan senjata dan ilmu

peperangan mengubah peralatan hidup mereka yang selama ini berguna bagi pemburuan

atau pertanian menjadi alat yang juga boleh digunakan untuk mempertahankan diri

8 Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 117.

5

Page 6: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

daripada serangan binatang buas dan juga peperangan. Selain itu, terdapat juga kemajuan

dalam penciptaan roda yang mempercepat pengangkutan yang memungkinkan hubungan

yang lebih segera dengan kawasan lain.

Selain berdagang, masyarakat dari tanah besar Asia Tenggara datang ke

Semenanjung Malaysia mungkin juga kerana hendak mencari logam mentah. Logam

timah dan tembaga merupakan dua jenis logam utama dalam pembuatan alat gangsa.

Sejak Zaman Neolitik, Semenanjung Malaysia memang terkenal sebagai kawasan yang

kaya dengan bijih timah dan emas. Ini dapat dibuktikan melalui jumpaan alat-alat tertentu

di kawasan yang terdapat bijih timah. Alat-alat tertentu seperti alat tembikar berkaki tiga

dijumpai di kawasan yang kaya dengan bijih timah merupakan alat-alat yang ada kaitan

dengan pengaruh dari tanah besar Asia Tenggara. Jumpaan alat untuk membuat kain kulit

kayu serta jumpaan gelang tangan batu di kawasan bijih timah itu juga menunjukkan

adanya hubungan dengan tanah besar Asia Tenggara kerana kegiatan mencari logam

timah.9

Alat tembikar Zaman Neolitik Akhir dan Zaman Gangsa Awal di Ban Kao

(Thailand) dan di beberapa tempat lain di selatan Thailand menunjukkan pada asasnya

wujud persamaan dari segi bentuk dan teknologi dengan alat tembikar dari Gua Cha dan

di beberapa buah tapak arkeologi lain di Malaysia juga menunjukkan wujud perkaitan

idea dan teknologi di antara kawasan-kawasan tersebut. Alat tembikar berkaki yang

dijumpai di Jenderam Hilir, Kodiang (Kedah) dan Bukit Cuping juga dipercayai lahir

daripada idea dan teknologi yang sama seperti yang terdapat di Ban Kao.

9 Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, Malaysia, Warisan dan Perkembangan, hlm 8.

6

Page 7: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

Bukti yang wujudnya alat tembikar berkaki di Jenderam Hilir menunjukkan

bahawa masyarakat Zaman Neolitik di Semenanjung Tanah Melayu telah menjalin

hubungan dengan masyarakat lain di Asia Tenggara khususnya Tanah Besar Asia

Tenggara. Hubungan itu mungkin berkembang melalui perdagangan . Idea dan teknologi

membuat tembikar tanah serta alat-alat tembikar yang lain telah sampai kepada

masyarakat Zaman Neolitik di Semenanjung Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan.

Semasa masyarakat di Tanah Melayu berada pada tahap Zaman Neolitik Akhir itu, ada

masyarakat di Tanah Besar Asia Tenggara yang telah pun memasuki ke Zaman Logam.

Alat-alat yang digunakan oleh masyarakat di tanah besar Asia Tenggara dibuat daripada

gangsa sejak lebih kurang 4000 tahun dahulu.10

2. EKONOMI

• Aktiviti Pertanian

Zaman Logam masih menyaksikan aktiviti pertanian yang semakin berkembang

melalui peralatan-peralatannya yang lebih maju yang diperbuat daripada gangsa dan besi.

Zaman ini juga merupakan kesinambungan sistem ekonomi daripada Zaman Neolitik di

mana aktiviti ini membolehkan masyarakatnya hidup menetap. Pertanian ini telah

mengubah corak hidup daripada mengumpul makanan sendiri kepada menghasilkan

makanan. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang terpenting kepada masyarakat

zaman itu. Contohnya di Bac Bo, masyarakatnya telah mempunyai ilmu pengetahuan

10 Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, Malaysia, Warisan dan Perkembangan, hlm 9.

7

Page 8: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

dalam bidang pertanian. Mereka telah mengeluarkan makanan sendiri dan tidak lagi

mengumpul makanan seperti zaman-zaman sebelumnya.

Masyarakat Bac Bo telah mulai bercucuk tanam terutamanya padi. Buktinya dapat

dilihat pada gendang gangsa yang terdapat ukiran manusia sedang menumbuk padi.

Masyarakat di sini juga telah mempunyai kemahiran kerja-kerja pertanian seperti

mencangkul atau menyabit dan membajak tanah. Ini berdasarkan penemuan artifak dan

alat pertanian seperti sabit gangsa dan mata bajak. Penggunaan bajak telah menjadikan

aktiviti pertanian dijalankan secara intensif. Contohnya di Co Loa sebanyak 100 bilah

mata tenggala yang dibuat daripada gangsa ditemui dan di Kuala Selinsing, Perak juga

telah ditemui kapak yang berbatang panjang. Perkembangan ini membawa perubahan

yang besar dalam kehidupan manusia. Penggunaan logam memungkinkan penggunaan

alat pertanian seperti bajak, beliung dan cangkul yang diperbuat daripada logam yang

mempergiatkan aktiviti pertanian seperti memotong menebas dan menggali. Peluasan

aktiviti pertanian ini dapat menyara kehidupan masyarakat yang besar.

• Aktiviti Penternakan

Selain menjalankan aktiviti pertanian, masyarakat pada zaman ini juga

menjalankan aktiviti menternak binatang sebagai sumber makanan sementara menunggu

tanaman mereka mengeluarkan hasil. Contohnya di Bac Bo, kerbau digunakan untuk

membajak tanah. Selain itu, telah ditemui tulang-tulang ayam, anjing dan babi di Kuala

Selinsing yang membuktikan wujudnya aktiviti penternakan binatang.

Terdapat juga bukti yang menunjukkan masyarakat pada Zaman Logam Awal

menjalankan aktiviti penternakan binatang di samping berburu di mana telah ditemui batu

yang berbentuk telur dipahat dalam bentuk gajah serta babi rusa dan orang lelaki di

8

Page 9: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

kedua-dua sisinya. Alat-alat gangsa seperti lembing, kapak tangan yang soket, pisau

gangsa dan mata kail telah digunakan untuk memburu binatang di hutan dan juga sebagai

senjata dan alat untuk mempertahankan diri. Peralatan yang digunakan untuk memburu

ini telah ditingkatkan kemajuannya berbanding pada sebelumnya iaitu Zaman Neolitik.

Hal ni telah menunjukkan bahawa masyarakat pada Zaman Logam Awal mempunyai

aktiviti pemburuan dan penternakan binatang secara tidak langsung.11

3. PERKAPALAN DAN PELAYARAN.

Apabila hubungan masyarakat semakin meluas, mereka memerlukan alat

pengangkutan untuk pergi ke tempat yang jauh. Antara faktor-faktor yang mengatakan

bahawa zaman Gangsa dan Besi di Semenanjung Tanah Melayu adalah sezaman adalah

kerana wujudnya alat-alat daripada gangsa yang kecil bilangannya yang terdiri daripada

gendang gangsa, loceng gangsa dan mangkuk gangsa. Alat-alat gangsa itu dijumpai di

Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk (Terengganu), Tembeling (Pahang) dan Paguh di

Muar (Johor). Kesemua alat gangsa itu dijumpai di kawasan sungai atau di pesisir pantai.

Keadaan ini menunjukkan bahawa kawasan itu merupakan tempat persinggahan

kapal-kapal yang berdagang di Asia Tenggara dan menjadi sumber pengumpul bahan-

bahan mentah yang diperlukan untuk perdagangan purba itu. Dengan kedudukan

sedemikian, besar kemungkinannya pembesar-pembesar di situ berupaya membeli

barang-barang import seperti gendang gangsa dan loceng gangsa. Barang-barang itu

dipercayai diimport dari Dong-son, Vietnam berasaskan kepada hiasan dan bentuk alat-

11 Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 228.

9

Page 10: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

alat itu. Petempatan-petempatan itu juga merupakan jalan keluar bagi barang-barang

hutan dan juga logam seperti bijih timah, emas dan lain-lain lagi yang terdapat di

kawasan pedalaman di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ada pendapat yang melihat

Zaman Logam itu sebagai zaman yang melibatkan kedatangan penduduk dari Tanah

Besar Asia Tenggara secara beramai-ramai ke Kepulauan Asia Tenggara kerana mencari

bahan-bahan logam mentah untuk industri logam.12 Tapak-tapak masyarakat prasejarah di

pesisir melahirkan masyarakat maritim di mana mereka membuat hubungan melalui jalan

laut kerana mereka berkemahiran dalam membuat perahu dan kapal yang membolehkan

mereka dapat belayar ke tempat-tempat yang lebih jauh. Keadaan ini dapat menggalakkan

aktiviti perdagangan iaitu melalui penggunaan sistem barter dengan kawasan-kawasan

pedalaman dan juga menjalinkan hubungan dengan masyarakat lain di Asia Tenggara.

Ahli prasejarah memperolehi bukti yang menunjukkan kawasan tumpuan Zaman Logam

yang sangat besar yang dikenali sebagai Dong Son. Oleh sebab itu peringkat yang baru

ini dikenali sebagai Kebudayaan Dong Son yang bermula kira-kira pada abad ketiga

sebelum Masihi.

Daripada kebudayaan ini, terbinanya Empayar Funan di mana wujudnya

hubungan masyarakat Melayu dengan pedagang yang lalu-lalang di antara Timur dengan

Barat. Hal ini dapat menunjukkan bahawa hubungan masyarakat pada Zaman Logam

Awal ini semakin luas dan berkembang dari sudut perdagangan dan kebudayaan melalui

pelayaran kerana mereka mempunyai kemahiran dalam perkapalan.13 Di Kuala Selinsing

pula telah ditemui tinggalan arkeologi berupa perahu yang dibuat dengan teknik pasak

dan tali pancang yang mungkin dipakai dalam perdagangan di mana dipercayai

12 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, (1991), Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institusi Tadbiran Awam, (INTAN), hlm 32.13 Ibid.

10

Page 11: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

masyarakat setempat terlibat dalam hubungan dagang yang menghubungkan India dan

China yang melalui Selat Melaka.14

KESAN KEMAJUAN PADA TAHAP AWAL ZAMAN LOGAM

1. KEPERCAYAAN

Unsur-unsur kepercayaan masyarakat Zaman Logam adalah bersifat animisme.

Mereka telah melakukan pemujaan roh. Ini dapat dibuktikan dalam kebudayaan Dong

Son, gendang adalah unsur yang sangat penting dalam pemujaan roh. Selain daripada itu,

gendang juga berfungsi sebagai penghormatan kepada nenek moyang. Paluan gendang

juga dianggap sebagai bunyi keramat seruling atau bunyi lembu betina oleh sebahagian

masyarakat. Paluan gendang ini diinterpretasikan untuk memanggil pulang roh-roh nenek

moyang mereka.

Gendang gangsa yang mempunyai bentuk istimewa digunakan pada waktu-waktu

tertentu sebagai alat upacara. Selain itu juga, mereka mempercayai terhadap unsur

kekuatan persekitaran (natural of enviroment). Ini dapat dibuktikan dengan fungsi

gendang di zaman kebudayaan Dong Son untuk memohon hujan untuk mengelakkan

daripada malapetaka dan banjir. Malahan telah terdapat ukiran katak pada gendang

gangsa adalah ditafsirkan untuk memanggil hujan. Dengan ini jelaslah kepada kita

bahawa penduduk Zaman Logam masih lagi mempercayai kehidupan selepas kematian

sebagaimana penduduk di Zaman Neolitik.15

14 Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 413.15 A.J. Bernet, (1988), The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World and Its Aftermath, Rotterdam: A.A.Balkema, hlm 76.

11

Page 12: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

2. PERDAGANGAN.

Pada Zaman Logam Awal ini, interaksi antara masyarakat di Semenanjung Tanah

Melayu dengan masyarakat luar telah berkembang luas terutama dari sudut kebudayaan.

Oleh itu, kehidupan juga bertambah maju. Di zaman ini muncul petempatan-pelabuhan

yang mengumpulkan bahan-bahan untuk diperdagangkan kepada pedagang-pedagang

luar. Ada diantara petempatan-pelabuhan yang menjadi kaya dan maju sebagai akibat

daripada kedudukan yang strategik. Petempatan pelabuhan itu menjadi kerajaan awal

pelabuhan dan pemerintahnya mungkin menjadi pengasas kepada sistem beraja dan

negeri awal yang muncul kemudian dan ada kalanya menjadi kerajaan-pelabuhan pada

abad-abad sebelum 1,000 Masihi di Malaysia. Ada petempatan-pelabuhan itu yang

menjadi taraf entrepot dan menerima pengaruh India seperti yang berlaku di Lembah

Bujang, Kedah.

Pada zaman ini, hubungan masyarakat maritim itu terjalin dengan masyarakat

yang begitu jauh seperti Vietnam. Ini dapat dilihat melalui tinggalan gendang gangsa dan

loceng gangsa jenis Dong-son. Artifak-artifak itu dipercayai dibawa dari luar melalui

perdagangan. Contohnya, penemuan gendang Dong Son di Batu Buruk, Terengganu.

Kawasan interaksi masyarakat pesisiran adalah lebih luas dan jauh. Hal ini

memungkinkan lahirnya idea-idea dengan lebih cepat dan membawa perubahan yang

cepat pula kepada cara hidup masyarakat. Perkembangan kebudayaan yang dicapai oleh

masyarakat pesisir adalah lebih cepat dan besar daripada yang dicapai oleh masyarakat

pedalaman.16

16 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, hlm 18.

12

Page 13: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam kebudayaan masyarakat prasejarah di

pesisiran memperlihatkan perubahan kepada status sesetengah petempatan itu. Ada antara

petempatan di pesisir itu yang mencapai taraf pelabuhan dan kerajaan selewat-lewatnya

pada kurun kelima Masihi. Ada pula yang berperanan sebagai pelabuhan pengumpul

bahan untuk pelabuhan entrepot. Contohnya, Lembah Bujang telah menjadi pelabuhan

kerajaan dan seterusnya berkembang menjadi pelabuhan pengumpul bahan untuk

pelabuhan entrepot. Mungkin juga petempatan-petempatan yang lain seperti Kelang,

Kuala Terengganu, Muar, Santubong dan beberapa tempat yang lain telah juga

mengalami perubahan-perubahan yang sama. Perubahan cara hidup masyarakat maritim

itu membawa perubahan kebudayaan juga.17

Pusat kaji logam yang terbesar dan yang pertama disiasat dari segi kaji purba di

Asia Tenggara ialah tapak Dong Son di tebing Sungai Song Ma di Vietnam Utara. Di sini

ahli-ahli kaji purba menjumpai kesan-kesan sebuah perkampungan purba, setengahnya di

bina bertiang di atas air yang sangat sesuai kedudukannya untuk mengawal perjalanan

perdagangan yang penting melalui darat dan sungai. Penduduk Dong Son purba itu hidup

bukan sahaja dengan bertani tetapi juga dengan berniaga. Hal ini dibuktikan dengan

adanya beberapa alat gangsa yang indah yang diimport dari negeri China.18

Tempat-tempat alat gangsa yang dijumpai merupakan tempat yang terkenal pada

zamannya. Masyarakat di petempatan tersebut telah menjalinkan hubungan dengan

masyarakat luar. Petempatan itu dipercayai menjadi jalan keluar untuk membawa bahan

logam dari kawasan pedalaman seperti petempatan Batu Buruk di Kuala Terengganu

yang berkemungkinan menjadi pusat mengumpul bahan dari pedalaman negeri Kelantan,

17 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, hlm 18.18 Peter Bellwood, (terj),T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 74.

13

Page 14: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

Terengganu dan Pahang. Kelang pula menjadi pusat pengedaran barang-barang logam

dari pedalaman di sekitar Selangor dan Perak. Selain itu, Kampung Pencu dipercayai

menjadi pusat pengumpul dan pengedar barang-barang di sekitar kawasan Johor dan

Negeri Sembilan.

Hubungan perdagangan telah wujud sejak Zaman Neolitik lagi iaitu “Inter

Regional” yang berasaskan sistem barter. Mereka telah menjadikan gendang mini Dong

Son sebagai alat pertukaran. Buktinya terdapat penemuan gendang mini di rantau Asia

Tenggara seperti Ban Chiang, Non Nok Tha, Ban Na di Thailand, Klang, Kuala

Tembeling di Malaysia dan Pulau Sangeang di Indonesia. Perdagangan jarak jauh juga

telah dijalankan iaitu dengan negara China dan India bagi mendapatkan bahan-bahan

seperti timah, tembaga merah dan plumbum yang sukar didapati dan harganya yang

mahal di Asia Tenggara. Buktinya jelas dengan penemuan manik kaca dari batu carnelian

dari India di temuai di Bac Bo. Bukti lain ialah penemuan loket dua kepala di Thailand

dan juga Palawan. Menurut Peter, gendang gangsa yang sama dari Heger I telah ditemui

di Vietnam Utara, Loas, Thailand, Cambodia dan Malaysia. Ini menunjukkan gendang

gangsa ini telah digunakan sebagai alat perdagangan.19

Antara alat-alat gangsa yang ditemui termasuk gendang gangsa, loceng gangsa,

mata kapak gangsa dan mangkuk gangsa. Alat-alat besi yang ditemui pula adalah seperti

manik besi, kepala panah besi dan pisau. Kebanyakan alat gangsa yang ditemui adalah di

kawasan sungai dan pesisiran pantai yang merupakan tapak perdagangan. Kerana

kawasan-kawasan tersebut menjadi tempat pengumpulan bahan-bahan mentah. Oleh itu,

Zaman Logam ini dilihat sebagai Kepulauan Asia Tenggara terutamanya untuk

mendapatkan bahan-bahan mentah. Zaman logam ini memperlihatkan tahap kemajuan

19 Peter Bellwood, (terj),T.W. Kamil, (2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 74.

14

Page 15: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

peradaban manusia iaitu masyarakat telah menggunakan hasil pengumpulan mereka

untuk ditukarkan dengan bahan-bahan lain.

Cara hidup masyarakat pada Zaman Gangsa Besi ini menunjukkan satu lagi tahap

kemajuan yang dicapai dalam sejarah hidup manusia. Selain menyara diri dengan dengan

cara hidup lama semasa tahap Neolitik iaitu memburu, menangkap ikan, bercucuk tanam

dan berdagang. Bagi mereka yang tinggal di kawasan pesisir pantai, masyarakat pada

Zaman Logam itu terlibat juga dengan pengeluaran hasil daripada bahan hutan, sumber

laut dan juga bahan-bahan mentah yang diimport seperti batu permata untuk dijadikan

manik. Contohnya, masyarakat di Kuala Selinsing.20

Berbagai-bagai jenis alat yang dicipta oleh masyarakat tempatan daripada bahan

mentah dari dalam dan luar dapat dilihat pada hasil penyelidikan arkeologi di Pulau

Kalumpang, Perak. Petempatan di Pulau Kalumpang itu adalah petempatan di kawasan

hutan bakau. Maka masyarakat yang tinggal di situ meneroka sumber hutan paya bakau

di Sungai Selinsing serta Selat Melaka. Penduduknya menghasilkan berbagai-bagai jenis

manik daripada siput, tulang dan batu permata yang diimport. Melalui perdagangan ini,

kawasan masyarakat pesisir menjadi semakin berkembang dan luas kerana wujudnya

hubungan dengan masyarakat luar.21

3. KEPELBAGAIAN STATUS MASYARAKAT

Pada Zaman Logam Awal ini telah berlaku pengkhususan dalam masyarakat

kerana wujudnya organisasi sosial yang kompleks dan petempatan menjadi lebih maju

dan besar. Terdapat kecenderungan ke arah hidup yang lebih menetap dan penggunaan

20 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, hlm 821 Ibid.

15

Page 16: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

tenaga buruh dalam kerja-kerja pengairan serta petempatan. Ini menggalakkan

pertumbuhan susunan masyarakat dan politik yang bertambah rumit. Masyarakat pada

zaman logam ini mempunyai beberapa golongan individu dan telah wujud satu susun

lapis masyarakat yang teratur. Masyarakat itu tidak lagi menjalankan kegiatan yang

berbentuk sara diri sahaja, bahkan menjalankan kegiatan yang lebih luas. Maka wujudlah

pelbagai golongan yang terdiri daripada pemimpin, petani, tentera, tukang, golongan

agama, peniaga dan lain-lain. Daripada situ, wujudlah juga petempatan-petempatan kecil

di Asia Tenggara.22

Pada Zaman Logam juga telah wujud pengkelasan masyarakat. Pada masa ini

telah terdapat golongan yang dikenali sebagai “Chiefdom” atau ketua. Orang yang

mempunyai gendang Dong Son adalah golongan yang berkuasa dan kaya. Ini telah

mewujudkan pemusatan kuasa. Para pengkaji arkeologi telah mengesan kerajaan yang

wujud, contohnya Co Loa yang dikelilingi parit besar berukuran 2000 kali ganda

daripada Kampung Neolitik di Phong Nguyen sebagai benteng pertahanan. Ini telah

mewujudkan satu sistem pemerintahan di Co Loa di kawasan delta Sungai Merah pada

257 cm hingga 208 cm.23

Manakala sesiapa mempunyai gendang cerek adalah mempunyai status yang

tinggi bagi ketua atau raja di Indonesia. Ini dibuktikan di Malang, gendang buluh yang

kecil dan ketua kampung mempunyai gendang kayu yang besar digantung di hadapan

rumah. Ini jelas kepada kita bahawa masyarakat ketika ini telah ada perbezaan status

masyarakat. Antara bentuk-bentuk perhiasan yang biasa dijumpai ialah gelang tangan

yang berbentuk “T” seperti ditemui yang dipakai lelaki dalam pertengahan umur. Selain

22 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, hlm 9.23 Higham Charles,(1989), The Archaelogy of Mainland Southeast Asia, New York: Cambridge University Press, hlm 60.

16

Page 17: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

itu, bentuk lain yang dijumpai ialah “C” “D” bulat dan rata. Kemungkinan ketiga-tiga

bentuk tersebut adalah bukti wujudnya proses pengkelasan kategori masyarakat tersebut.

Alat perhiasan ini telah ditemui di kawasan Ban Chiang iaitu kawasan yang banyak

memberi satu sumbangan yang besar terhadap Zaman Logam Awal ini.24

Para arkeologi menjelaskan peralatan gangsa yang ditemui di kubur-kubur

melambangkan status sosial mayat tersebut. Golongan raja atau ketua akan mempunyai

saiz gendang yang lebih besar berbanding golongan rakyat yang memiliki gendang

gangsa yang lebih kecil dan rendah nilainya. Ini membuktikan wujud strafikasi sosial

yang membahagikan golongan kaya dan golongan miskin. Ia juga dijadikan sebagai mas

kahwin dalam upacara perkahwinan seperti diamalkan oleh masyarakat Lamet di Utara

Laos.25

Disini jelaslah bahawa masyarakat Zaman logam Awal ini mempunyai

petempatan yang lebih kompleks dan telah ada perbezaan status. Ini telah dibuktikan

dengan penemuan artifak-artifak yang ditinggalkan dalam kubur mereka. Sebahagian

daripada petempatan Zaman Logam Awal ini didapati berkembang sebagai pelabuhan

dan kemudian mencapai taraf entrepot yang menjadi pembuka tirai kepada zaman-zaman

agung dengan terdiri kerajaan-kerajaan baru. Antara kerajaan-kerajaan awal tersebut

adalah Gangga Negara di Perak, Langkasuka berhampiran Patani, Tan-Tan di

Terengganu, Chih-Tu di Kelantan dan Kedah Tua di Kedah.

Jika diteliti perkembangan kebudayaan bangsa Melayu purba, semenjak mereka

mula mendatangi Alam Melayu khususnya Kepulauan Melayu dari Dataran Yunan

hingga kedatangan pengaruh dari luar yang awal menunjukkan mereka sudah merupakan

24 Joyce C. White, (1982), Discovery of A Loast Bonze Age, Ban Chiang, Philadephia: The University Museum, Institution Travelling Exhibition Service, hlm 39.25A.J. Bernet, The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World and Its Aftermath, hlm 76.

17

Page 18: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

masyarakat yang berdisiplin dan mempunyai organisasi sosial yang tersendiri dalam

suatu jangka masa beribu-ribu tahun lamanya. Nilai hidup mereka begitu progresif,

demokratik bahkan mempunyai sistem sosio-politik dan ekonomi berasaskan gotong-

royong yang amat kuat.26

II) ZAMAN LOGAM AKHIR

1) Kebudayaan Dong Son

Kebudayaan Dongson atau Von Moa Dongson berasal dari nama sebuah kampung

di Vietnam iaitu Thanh-Hoa di Utara Vietnam di mana tinggalan kebudayaan yang

dijumpai dibawa masuk ke Asia Tenggara dari negara China. Kebudayaan ini merupakan

hasil gabungan tahap kebudayaan Dong Dau. Gendang Dong Son dipercayai berasal dari

Vietnam, Yunan, dan Selatan China, tetapi turut dijumpai di Malaysia, IndoChina dan

Irian Jaya. Kebudayaan Dong Son dianggap sebagai objek istimewa di kalangan

masyarakat Dong Son kerana ia menggambarkan dari segi budaya hidup dan amalan

tradisi masdyarakat di kawasan Bac Bo yang memuja semangat dan roh nenek moyang

melalui penemuan gendang gangsa di Ngo Lut Huang Ho yang mempunyai ilustrasi

kapal dan terdapat tentera yang mengambarkan perjalanan ke akhirat. Malah ia juga

dianggap sebagai lambang ketua suku, status dan kuasa serta kewujudan dalam

kedudukan sosial di mana ianya hanyalah mampu dimiliki oleh golongan atasan sahaja.27

Lukisan Dong Son mempunyai daya cipta (style) yang menyerupai lukisan-

lukisan di negara China dalam abad keempat dan ketiga SM. Hasil kebudayaan Dong Son

ialah gendang gangsa yang dihiasi dengan lukisan yang kadang-kadang melambangkan

26 Abdul Rahman Hj Abdullah, (1995), Sejarah Asia Tenggara, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, hlm 39.27 Kempers Bernet dan A.J.The Kettle, (1988), Drum Of South East Asia: A Bronze Age World Aftermath, Rafferdam, hlm 40.

18

Page 19: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

binatang dan manusia. Malah adat menanam buyong dan tempayan juga bermula pada

zaman Dong Son. Motif-motif lukisan yang lazim didapati di atas perkakas gangsa dan

batu Dong Son ialah sulor batang berlapis, bulatan bersambing tangen, corak garis

berolek yang berjalin, lebih bebas dan rumit perbuatannya dari corak megalithic. Lukisan

yang dijumpai pada dinding sebelah dalam kubur di Sumatera, Semenanjung dan

Gugusan Pulau Melayu yang ditekap dengan cermin dan manik yang mana ianya adalah

buatan tempatan tetapi kebanyakannya dibawa dari kawasan-kawasan Mediterranian

yang juga menunjukkan bahawa telah wujud hubungan perdagangan antara Eropah, India

dan Asia Tenggara pada masa itu. Corak tradisional Dong Son masih dijumpai

dikalangan orang-orang China Selatan, Batak, Dayak dan kumpulan Melayu Proto.

Wujudnya masyarakat kompleks dengan jumpaan kubur mewah yang terbahagi

kepada 3 kategori iaitu :

Perkuburan orang miskin

Perkuburan Golongan Pertengahan

Golongan Kaya

Alatan gangsa ditemui secara meluas di Dataran Asia Tenggara dan China

bahagian Selatan tetapi kesamaan corak dan bahan-bahan terutamanya gendang yang

menunjukkan pengaruh sangat kuat bengkel-bengkel Dong Son di Vietnam Utara.

Gendang ini memainkan peranan penting di tahap zaman gangsa lewat yang dijumpai di

Bac Bo, Vietnam Utara. Gendang gangsa merupakan satu artifak yang memperlihatkan

kekayaan kebudayaan serta mempunyai nilai seni yang tinggi, lukisan yang menarik dan

unik serta kandungan utamanya ialah aloi atau campuran dua atau lebih galian logam

seperti timah dan plumbum serta tembaga merah (copper).

19

Page 20: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

Gendang Dong Son terbahagi kepada dua yang pertama iaitu style di mana ianya

dijumpai di kebanyakan tempat di Thailand, IndoChina dan Kepulauan Indonesia. Ianya

diperbuat dari logam dan besi tanpa berukir dan berfungsi sebagai alat kegunaan harian.

Manakala yang kedua ialah culture yang hanya terdapat di Vietnam Utara khususnya di

Lembah Sungai Merah dah Thanh Hoa. Ianya berbentuk dan berukiran serta mewakili

menifestasi roh nenek moyang. Besi pula mula digunakan diperingkat akhir Dong Son

dan secara meluas apabila orang-orang India datang membuka petempatan baru di Asia

Tenggara.

2) Kebudayaan Sa Hyunh

Kebudayaan Sa Hyunh berlangsung sekitar 600 SM turut dikenali sebagai Iron

Age dan ianya dipelopori oleh suatu kelompok penduduk penutur bahasa Autronesia

yang berasal dari Kepulauan Indonesia-Malaysia. Kawasan ini termasuk di dalam zaman

besi dan pada zaman ini wujudnya kebudayaan yang mendorong kepada perdagangan.

Terdapat juga tempayan-tempayan kubur atau “jar burial” serta barangan hiasan seperti

anting-anting lingling o serta buah rantai berkepala binatang. Kawasan ini dikatakan

menjalankan menjalankan pertanian intensif. Tapak utama Sa Hyunh terdapt di kawasan

pantai Mualia dari Vietnam Tengah hingga Selatan samapai ke Delta Mekong, Hang

Gon, Phua Hua dan Gong Ca Va serta utara dari Sa Hyunh iaitu Da Nang. Tempayan

yang ditemui dihiasi dengan lorekan corak kerang.

Manakala tapak kubur tempayan besar di Giong Ca Va berhampiran Kota Ho Chi

Minh ditemui 18 anting-anting berkepala yang diperbuat daripada kaca. Selain itu alatan

20

Page 21: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

besi yang ditemui ialah alat tenunan cincin dan gelang serta sebuah pedang buatan cina

yang dijumpai di Hang Gon antara lain gelang loceng dan bekas kecil serta kaca.

CONTOH-CONTOH JUMPAAN ARTIFAK PADA ZAMAN LOGAM

Sebagaimana yang kita sedia maklum, jumpaan artifak ini merupakan bukti-bukti

yang penting untuk menunjukkan suatu masyarakat atau petempatan itu benar-benar

wujud. Oleh itu dengan adanya bukti ini ia dapat memperkukuhkan lagi fakta-fakta yang

dikemukakan. Menurut ujian karbon budaya Dong Son dan zaman awal protosejarah,

Vietnam mula muncul antara 500 dengan 300 SM. Artifak logam yang paling awal

dijumpai di Kepulauan Asia Tenggara pada Zaman Logam adalah bercorak Dong Son.

Terdapat pelbagai artifak gangsa jenis Dong Son yang dijumpai di tapak-tapak

petempatan Dong Son sendiri dan kubur di Vietnam Khe, Lang Ca dan Lamg Vac.

Antara jumpaan yang ditemui disitu ialah mangkuk dan bekas kecil, kapak corong

dengan bentuk tajam disisi, cangkul bercorong, mata anak panah dan mata tombak

bertangkai atau bercorong, belati dengan tangkai berbentuk antropomosis, gelang, kepala

tali pinggang dan lain-lain.

Dari tapak ini juga sejumlah kecil alat besi. Di samping itu juga dijumpai

beberapa mata tombak dan sekurang-kurangnya serta cangkul besi yang dibuat dengan

teknik cetak yang mirip buatan China. Semasa pengaruh kerajaan China ke atas Vietnam

Utara, kebudayaannya bertindan lapis dengan tahap kebudayaan Dong Son. Terdapat

juga barangan yang mirip buatan China dijumpai di sana. Corak dasar artifak Dong Son

dan Yunan tidak banyak bertindan lapis dengan corak artifak logam yang dihasilkan dari

21

Page 22: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

China. Ia juga berbeza dengan industri gangsa dan besi zaman India yang menghasilkan

peralatan tangkai dan bercorong.

Selain itu, artifak Zaman Logam juga ditemui di pelabuhan Oc-Eo di Vietnam

Selatan. Barang dagangan yang ditemui ialah patung Buddha bercorak Gandhara, teraan

(seals), cincin, barangan gangsa, manik-manik carnelian dan agate. Ditemui juga mata

wang kerajaan Roman abad kedua Masihi dan beberapa pecahan cermin perunggu

Dinasti Han akhir di Cina. Jumpaan itu terdiri daripada manik-manik bercorak India dari

batu dan kaca dengan menggunakan bahan yang elok yang diperoleh setempat mahupun

daripada India. Temuan ini juga ditemui di Malaysia seperti Khlong Thom, Krabi, dan

Kuala Selinsing di Perak. Oc-Eo juga memiliki sejumlah perhiasan timah yang dipercayai

dibawa dari Thailand, Laos dan Malaysia. Terdapat beberapa dari negeri kecil yang awal

di Semenanjung Melaka dan khususnya dibahagian Thailand yang pada mulanya lebih

sempit telah berkembang besar antara lainnya disebabkan hasil eksport timah, hasil hutan

serta rempah-rempah yang makin meningkat jumlahnya seperti yang ditunjukkan oleh

bukti-bukti sejarah. ( Wolters 1967, Dunn 1975: Hall 1985).28

Sementara di Indonesia pula, artifak yang dijumpai ialah kapak corong dan

gendang (nekara). Dengan menkaji lukisan orang Tartar di gendang tersebut, dapat

dipastikan bahawa ia mempunyai hubungan dengan negara China. Manakala di Malaysia

iaitu di Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk (Terengganu), Sungai Tembeling (Pahang),

dan Paguh, Muar (Johor) ditemui alat-alat gangsa seperti gendang gangsa, loceng gangsa,

dan mangkuk gangsa. Memandangkan yang hiasan-hiasan binatang dan manusia yang

28 Peter Bellwood,(2000), Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gtamedia Pustaka Utama, hlm 399-400.

22

Page 23: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

terdapat pada alat-alat ini, ia mempunyai persamaan dengan alat-alat buatan Dong Son,

lalu ia dianggap dibawa dari Indonesia.

Disamping itu, terdapat juga alat-alat besi yang dipanggil ‘tulang mawas’ yang

dijumpai di Cangkat Menteri, Sungai Bernam, Perak. Tetapi alat-alat jenis kapak

berbatang panjang ini lebih banyak dijumpai dalam penggalian di Kuala Selinsing Perak.

Walaupun industri besi tidak terdapat dalam kebudayaan Dong Son, sebaliknya terdapat

dalam kebudayaan Tien yang berdekatan dengan Yunan, namun industri di Tanah

Melayu seolah-olah menjadi kesinambungan tradisi asalnya di Vietnam.29 Selain daripada

‘tulang mawas’, di Cangkat Menteri, Perak juga dijumpai tapak kubur batu kepingan.30

Pada Zaman Logam ini, selain daripada artifak gangsa, terdapat juga jumpaan

artifak besi. Artifak besi ini dibawa dari budaya Sa Huynh yang terlibat dalam

penyebaran teknik-teknik pembuatan logam khususnya besi ke Kepulauan Asia

Tenggara. Ia bermula di Vietnam Selatan dan diamalkan oleh orang-orang Cham yang

menuturkan bahasa Austronesia. Sebelum kewujudan budaya Sa Huynh, Vietnam

bahagian Selatan dikelilingi oleh penduduk yang bertutur dalam bahasa Austronesia.

Secara umumnya, artifak yang dijumpai ialah seperti alat yang bertangkai corong seperti

skop, lembing, kapak dan alat tidak bercorong (sabit), pisau bertangkai, cincin dan gelang

batu spiral. Ditemui juga sebuah pedang yang mungkin buatan Cina di Hang Gon (Saurin

1973) yang berkemungkinan besar bahawa teknologi pembuatan peralatan besi yang

diperkenalkan ke daerah ini bersumberkan dari Cina. Di tapak-tapak Sa Huynh

menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan peralatan besi yang lebih banyak

berbanding dengan Dong Son. Di Malaysia telah dijumpai alat besi jenis bersoket di

29 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah & Tamadun Asia Tenggara Sebelum & Sesudah Pengaruh Islam, hlm 23-2430 Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul et.al, Malaysia Kita, hlm 17.

23

Page 24: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

Kampung Sungai Lang iaitu sebilah mata lembing besi berlubang dan terdapat jumpaan

kubur tempayan dan tinggalan tembikar yang bercorak goresan kulit kerang agak sama

dengan penemuan pada kubur tempayan zaman logam awal di Filiphina, Borneo Utara

dan di Laut Sulawesi Indonesia. Manakala di Thailand pula penggunaan alat-alat besi

berlaku di Ban Na Di, Ban Chiang, dan juga di Chiang Hian dalam kegiatan pertanian.31

KESIMPULAN

Kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi terhadap tempat-tempat awal di Asia

Tenggara menunjukkan pada zaman ini merupakan titik permulaan kehidupan manusia

yang mempunyai budaya hidup yang lebih maju dan moden pada zamannya. Jumpaan-

jumpaan serta kesan-kesan yang dijumpai membuktikan masyarakat memiliki aspek yang

tinggi dari segi kehidupan mereka. Kita dapat melihatnya melalui penemuan gendang

Dong Son. Zaman Logam merupakan zaman terakhir di dalam prasejarah. Walaupun

masyarakat pada masa itu telah mencapai taraf kemajuan, tetapi mereka masih mewarisi

sedikit sebanyak cara hidup masyarakat sebelumnya seperti pertanian, perdagangan dan

pembuatan perahu. Masyarakat pada Zaman Logam dikatakan lebih maju kerana mereka

tidak lagi terikat kepada corak kehidupan yang primitif malahan dapatlah dikatakan

Zaman Logam adalah titik awal kepada kehidupan yang manusia yang lebih moden dan

maju. Ia juga menunjukkan bahawa tahap teknologi yang diperkenalkan adalah agak

tinggi nilainya iaitu melalui penggunaan logam. Faktor-faktor yang telah dinyatakan telah

banyak membawa perubahan dan kemajuan kepada masyarakat Zaman Logam Awal

yang merangkumi bidang sosial, ekonomi, politik dan kepercayaan. Seni ukiran telah

31 Peter Bellwood, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, hlm 395-396.

24

Page 25: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

berkembang di kalangan masyarakat pada zaman tersebut menunjukkan wujudnya ciri

kekreatifan di dalam masyarakat yang mampu menghasilkan ukiran pada sesuatu

peralatan seperti gendang Dong Son. Seterusnya, dunia menyaksikan sebahagian

daripada petempatan awal pada Zaman Logam tersebut kesan daripada kemajuan yang

terjadi telah berkembang menjadi sebuah pelabuhan seterusnya menjadi pembuka tirai

kepada zaman-zaman agung yang terdiri daripada kerajaan-kerajaan awal di Asia

Tenggara iaitu zaman protosejarah yang mempunyai sistem ekonomi, politik dan sosial

yang lebih teratur.

25

Page 26: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

BIBLIOGRAFI

A.J. Bernet. (1988). The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World

and Its Aftermath. Rotterdam: A.A.Balkema.

Abdul Rahman Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan

Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Hj. Abdullah. (1995). Sejarah Asia Tenggara. Pusat Pengajian

Pendidikan Jarak Jauh. Universiti Sains Malaysia.

Frank Hole, Robert F. Heizen. (terj) Shakila Yaacob. (1990). Arkeologi Prasejarah Satu

Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Higham Charles.(1989). The Archaelogy of Mainland Southeast Asia. New York:

Cambridge University Press.

Joyce C. White. (1982). Discovery of A Loast Bonze Age. Ban Chiang, Philadephia: The

University Museum, Institution Travelling Exhibition Service.

Kempers Bernet dan A.J.The Kettle. (1988). Drum Of South East Asia. A Bronze Age

World Aftermath, Rafferdam.

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al. (1991). Malaysia Kita: Institusi

Tadbiran Awam (INTAN). Kuala Lumpur.

Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman. (1992). Malaysia, Warisan dan

Perkembanga., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peter Bellwood. (terj) T.W. Kamil. (2000). Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia.

Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Wan Abdul Rahman Latif et al. (2001). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa.

Zuraina Majid. (2003). Archeology In Malaysia. Universiti Sains Malaysia:

Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia.

26

Page 27: ESEI_ZAMAN_LOGAM__kump_7_[1]

27