esei.docx

40
 BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1 TUGASAN SATU : PENULISAN ESEI TENTANG PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Upload: zuwaidahahmadsuhaimi

Post on 09-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUGASAN SATU :PENULISAN ESEI TENTANG PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DALAM KEMAHIRAN MEMBACAPengenalan Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya;

Kaedah pula ialah satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.Teknik pula merujuk kepada taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

PENDEKATAN DALAM KEMAHIRAN MEMBACAPendekatan mengajar membaca yang sesuai perlu digunakan oleh guru bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca. Pendekatan yang sama tidak boleh digunakan untuk semua individu dan peringkat umur. Pemilihan bahan tersebut hendaklah bersesuaian mengikut tahap kebolehan membaca, jenis teks dan juga pengalaman membaca murid. Berikut ialah tiga pendekatan yang boleh diguna pakai untuk kemahiran membaca.

Pendekatan MembinaMenurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh.Dalam pendekatan binaan, murid-murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam membaca abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh memahami maksud yang tersirat dan tersurat di dalam pembacaan.Pendekatan membina ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis yang mana pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang mudah kepada yang lebih kompleks. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid memahami perkara yang mereka pelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan ini, murid akan diajar dengan cara atau kaedah menulis abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan ayat sehinggalah mereka boleh mencapai kaedah penulisan wacana dengan baik.Pendekatan CerakinanMenurut Kamaruddin Hj Husin (1988), pendekatan cerakinkan adalah pendekatan mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut . Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.Menceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil merupakan pendekatan dalam membaca seterusnya iaitu pendekatan cerakinan. Pendekatan ini bertujuan supaya murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat yang baik. Oleh itu, daripada sebuah ayat lengkap guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca. Pendekatan ini akan memudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Dalam pendekatan ini, terdapat 4 peringkat latihan yang boleh diberikan kepada murid iaitu latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada suku kata, latihan membina, dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.

Pendekatan Pengalaman Bahasa Pengalaman bahasa merupakan satu pendekatan untuk mengajar membaca berdasarkan aktiviti dan cerita yang dibangunkan daripada pengalaman peribadi pelajar. Secara ringkasnya, pendekatan ini adalah yang pertama dibangunkan untuk penutur. Menurut Jones & Nessel (1985); pengalaman adalah satu kaedah yang berfungsi dengan baik dengan pengajaran bacaan berasaskan kandungan iaitu bacaan berasaskan bidang tertentu. Pada pandangan Vacca pula, pendekatan ini sering dikaitkan dengan teknik imlak cerita. Terdapat beberapa matlamat apabila melaksanakan pendekatan pengalaman bahasa ini iaitu untuk merangsang bahasa lisan seberapa banyak yang boleh, tetapi tidak memfokuskan untuk membetulkan tatabahasa. Selain itu, hasil pengalaman bahasa ialah menulis dan membaca. Pendekatan ini juga menggalakkan pelajar untuk bercakap mengenai pengalaman mereka. Untuk melaksanakan pendekatan pengalaman bahasa ini hanya memerlukan beberapa langkah yang mudah. Pertama, guru perlu merangsang perbincangan contohnya mengenai kapal. Kemudian perbincangan tersebut perlu dijana agar ia bercambah atau berkembang. Contohnya mengenai perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, dan bau. Ketiga, kesemua idea- idea atau pemikiran pelajar akan direkodkan (diimlakkan). Kemudian, perbincangan akan merujuk semula kepada pemikiran para pelajar dan dibaca bersama sama. Seterusnya, bahan bahan lain yang berkaitan dengan topik kapal tadi akan dibaca. Akhirnya, pengukuhan pembelajaran akan dilaksanakan dengan menulis, mendengar, dan meneliti. Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan pengalaman bahasa (LEA) ini. Antara kekuatannya, kemajuan anakanak berdasarkan individu pada kadar kendiri dapat dilihat serta melibatkan integrasi semua kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Selain itu, pendekatan ini juga amat menjimatkan. Namun kelemahannya dapat dilihat apabila guru banyak menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan pendekatan ini untuk melakukan kerjakerja merancang pengajaran, mengambil imlak, merancang program individu dan mengawas prestasi pelajar.KAEDAH DALAM KEMAHIRAN MEMBACA Kaedah Abjad / Huruf Kaedah Fonik Kaedah Pandang dan Sebut Kaedah Gabungan Bunyi-kataKaedah Abjad/hurufKaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - zMemperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, uMenggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, buMembentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batuSeterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

Kaedah FonikKaedah fonik merupakan kaedah mengajar membaca dengan melatih pelajar-pelajar menghubungkaitkan bunyi-bunyi tertentu dengan lambang-lambang tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:414). Jelaslah bahawa kaedah fonik ini merupakan kaedah pengajaran membaca yang lebih menekankan terhadap proses membunyikan huruf-huruf yang hadir dalam teks bacaan. Hal ini kerana kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk memahami perkataan-perkataan yang mempunyai suku kata yang panjang dan banyak. Hal ini telah menyebabkan mereka gagal untuk memahami makna perkataan tersebut. Oleh sebab itu, sebagai langkah awal, kanak-kanak perlu diajar untuk menyebut huruf-huruf yang hadir dalam perkataan kerana dengan cara ini mereka akan mencuba untuk menyebut bunyi huruf-huruf tersebut dengan sebutan yang betul sekali gus mereka akan melatih diri mereka untuk mengeja suku kata perkataan tersebut. Selain itu, menurut Naffi Mat (2006:87), kaedah fonik ini amat bersesuaian dengan pelajar KBSR. Hal ini kerana pendekatan ini lebih mementingkan kaedah bunyi fonem yang merupakan hasil gabungan antara suku kata dan kaedah pandang sebut. Sebagai contohnya, jika guru menunjukkan huruf m sambil menyebutnya, murid-murid akan mengikut bunyi yang disebut oleh guru sehingga mereka dapat mengingati huruf berserta bunyi bagi huruf tersebut. Kemudian guru akan menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal bagi membentuk suku kata seperti m + a = ma. Jika proses pengajaran berjalan dengan lancar, guru boleh melanjutkan pembelajaran dengan membentuk satu suku kata tertutup yang lain, iaitu mak. Guru boleh menggabungkan kedua-dua suku kata tersebut untuk membentuk perkataan mamak dan guru boleh meminta murid-murid untuk membaca perkataan mamak secara berulang kali sehingga murid-murid mahir dan menguasai makna perkataan tersebut.

Kaedah Pandang Dan SebutKaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad. Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola suku katanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto "photographic memory" . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Kaedah gabungan bunyi kata ( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multi sensory).

Contoh;i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja )

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

TEKNIK DALAM KEMAHIRAN MEMBACA Teknik SQ3R Teknik Bimbingan Menjangka Teknik KWLH Teknik Skimming dan ScanningTeknik SQ3RSQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan suatu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir. Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan dan maklumat diperoleh melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula SQ3R adalah singkatan bagi;

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bagian-bagian buku atau teks. Disini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas yaitu skimming dan scanning.Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu ciri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasnya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan coba mencari jawaban kepada soalan-soalan tersebut.Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencoba mendapat segala jawaban kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kepahaman dan keinginan sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga, setelah selesai membaca pelajar coba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasnya. Pelajar juga boleh coba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawaban-jawaban kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. Tujuan SQ3R adalah untuk membolehkan pelajar membaca secara kritis, meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar, menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui dan mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi .Teknik Bimbingan Menjangka Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, (1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan membaca. LANGKAH 1

Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintas lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.

LANGKAH 2

Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada murid tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu (i) mendapatkan isi-isi utama petikan, (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks, (iii) mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan (iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan.

LANGKAH 3

Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini

LANGKAH 4

Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

LANGKAH 5

Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu (i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan, (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.

Teknik KWLH

Teknik ini mempunyai susunan yang sistematik dalam proses membaca. Daripada maksud-maksud yang diberikan kepada setiap perkataan yang diatas, bolehlah difahami bahawa kita perlu mengingati dahulu apa yang telah kita ketahui sebelum membaca sesuatu bahan, kemudian mengimbas kembali dengan menentukan apa yang ingin diketahui dengan melakukan pembacaan terhadap bahan yang telah dipilih untuk membaca seperti rencana.Setelah melakukan pembacaan kita perlu ketahui apa yang telah kita peroleh dari pembacaan yang baru dilakukan, kita perlu menentukan apa yang harus diperoleh lagi untuk memperlengkapkan pembacaan kita. Misalnya kita boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai apa yang kita baca menerusi internet atau sumber bacaan yang lain. Teknik pembacaan ini akan membolehkan pelajar mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman yang baru.

Skimming dan scanningTeknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.KESIMPULAN Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang pendekatan, kaedah-kaedah mengajar dan teknik bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkerperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

TUGASAN DUA :MENGENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH MEMBACA MURID TAHAP 2 YANG DIPILIH APLIKASI KAEDAH MENGAJARKAN KEMAHIRAN MEMBACA BERASASKAN MASALAH LISAN MENGGUNAKAN BBM BERBENTUK AUDIOLINGUAL BUKTI PELAKSANAAN PENGAJARAN

PROFIL RESPONDEN

Nama Darshan a/l Vasudevan

Umur 10 Tahun

JantinaLelaki

BangsaIndia

Pekerjaan AyahPengurus Tesco

Pekerjaan IbuKerani DHL

Hobi Menunggang basikal

Cita-CitaJurutera

BAHAN BACAAN SEBELUM BIMBINGAN

BAHAN BANTU MENGAJAR

VIDEO PELAKSANAAN PENGAJARAN

BAHAN BACAAN SELEPAS BIMBINGAN

GAMBAR SEPANJANG PROSES RAKAMAN DAN PENGAJARAN

Bergambar bersama respondenProses rakaman bacaan responden

Rakaman sesi temubual

Proses pengajaran sedang berlaku

TUGASAN TIGA :

LAPORAN PENILAIAN TAHAP KEMAHIRAN MEMBACA SEORANG MURID SEBELUM DAN SELEPAS BIMBINGAN INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA SEBELUM DAN SELEPAS BIMBINGAN

LAPORAN PENILAIAN TAHAP KEMAHIRAN MEMBACA MURID SEBELUM DAN SELEPAS BIMBINGANPengenalanSaya telah menjalankan satu kajian terhadap seorang pelajar tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kubang iaitu bertarikh 14 Ogos 2014 bagi mengumpul maklumat, mengenalpasti masalah kemahiran membaca, membina dan menggunakan bahan bantu mengajar ( BBM ) yang sesuai dengan kaedah yang dipilih untuk mengatasi masalah bacaan murid tersebut. Murid yang dipilih sebagai responden ini berbangsa India dan berumur 10 tahun. Responden bernama Darshan dan seorang pengawas di sekolahnya. Berperwatakan sopan dan kelihatan pendiam berbanding rakan-rakannya lain. Sentiasa mengikut arahan dan memberi kerjasama yang baik kepada saya.Kemahiran Membaca Murid Sebelum BimbinganSebelum merakam tahap kemahiran membaca responden, saya terlebih dahulu telah berbual dengan responden dan mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Melayunya. Pada pemerhatian saya, penguasaan bertutur dan memahami Bahasa Melayu responden adalah sederhana dan masih boleh ditingkatkan. Bahan bacaan yang diberikan kepada responden adalah sebuah petikan dan juga sajak. Responden diberi masa sekurang-kurangnya lima minit untuk membuat bacaan senyap. Kemudian rakaman bacaan diambil.Saya membuat penilaian bacaan mekanis pada murid tersebut dimana penilaian pada peringkat ini memerlukan saya menyediakan teks dan murid dikehendaki membaca teks dengan kuat dan saya akan meneliti aspek sebutan, intonasi, kelancaran dan kepantasan bacaan murid. Pemarkahan diberi berdasarkan skala yang ditetapkan seperti lemah, sederhana dan baik. Penilaian intonasi adalah meliputi aspek hentian, nada, tekanan, dan lagu ayat. Manakala penilaian sebutan pula ialah sebutan bunyi-bunyi dalam perkataan, frasa dan ayat , sebutan tiada pengaruh dialek , bahasa ibunda atau bahasa Inggeris. Saya juga menilai kelancaran pembacaan yang tidak menunjukkan kesalahan seperti membaca sambil mengeja, mengulang sebutan sesuatu perkataan,mengubah perkataan, meninggalkan perkataan, menambah perkataan atau fonem kepada sesuatu perkataan. Selain itu saya juga menilai dari segi kepantasan iaitu kadar kelajuan bacaan dan gangguan boleh berlaku kerana gagap, sukar menyebut sesuatu perkataan, tidak menguasai kemahiran asas bacaan.Setelah meneliti rakaman yang diambil, terdapat beberapa masalah bacaan yang telah saya kenal pasti. Antara masalah bacaan yang utama dikenal pasti ialah tambahan (insertion). Tambahan bermaksud bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca. Masalah pertama yang saya kenal pasti ialah responden mempunyai kecenderungan menambah huruf h pada huruf vokal. Contoh kesalahan yang dibuat ialah perkataan anjing; dibaca hanjing, ombak dibaca hombak dan mempunyai dibaca mempunyahi.Masalah responden yang kedua pula ialah cenderung untuk meninggalkan bunyi huruf h pada awal perkataan seperti contoh perkataan hospital dibaca ospital, harimau dibaca arimau.Masalah responden yang ketiga dapat dikenalpasti ialah menggantikan bunyi huruf a kepada bunyi huruf e. Contoh kesalahan membaca responden ialah perkataan segala dibaca segela, wajah dibaca wajeh, gara-gara dibaca gare-gare, menempah dibaca menempeh, masalah dibaca maselah dan sebuah dibaca sebueh. Seterusnya masalah keempat yang dikenal pasti ialah masalah tanda bacaan iaitu koma. Responden membaca ayat yang mempunyai koma tanpa jeda dan hentian yang sepatutnya. Masalah yang terakhir yang dikenal pasti ialah responden cenderung untuk menyebut huruf s dengan tebal. Hal ini kemungkinan masalah artikulasi yang dihadapi oleh responden.

BilMasalah yang dikenal pasti Contoh kesalahan bacaan di dalam petikan

1Kecenderungan menambah huruf h pada huruf vokal terutamanya perkataan yang bermula dengan huruf vokal

anjing hanjingombak hombakmempunyai mempunyahi

2Kecenderungan meninggalkan huruf h pada awal perkataan yang bermula huruf hhospital ospitalharimau arimau

3Sebutan huruf a diganti dengan e

segala segelawajah wajehgara-gara gare-garemenempah menempehmasalah maselahsebuah sebueh

4Masalah tanda bacaan koma iaitu tiada jeda

5Sebutan huruf s yang tebal

Jadual 1 : Masalah bacaan yang dikenal pasti berdasarkan dua bahan bacaanMenurut pandangan saya, kelima-lima masalah bacaan ini berkait rapat dengan faktor persekitaran responden tersebut. Menurut ahli sosiologi, kecerdasan bukanlah sesuatu yang diwarisi tetapi kecerdasan itu bergantung kepada faktor persekitaran ( Abdullah Sani Yahya : 2004 ). Faktor persekitaran yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kemahiran literasi ialah guru, ibu bapa dan juga kawan-kawan. Responden yang merupakan bangsa India sememangnya menggunakan bahasa ibundanya iaitu Bahasa Tamil sebagai bahasa utamanya dalam menjalani kehidupan harian. Responden mengakui bahawa dia lebih gemar menggunakan Bahasa Tamil berbanding Bahasa Melayu. Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami juga oleh murid-murid India. Persekitaran bahasa murid-murid tersebut masih didominasi oleh bahasa Tamil. Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutama dalam berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada suku yang sama. Keamatan penggunaan bahasa ibunda ini tidak hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa pelajaran bahasa Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Hal demikian terjadi kerana persepsi mereka tentang linguistik bahasa Tamil telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Persepsi murid tentang aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam bahasa kedua (Kellerman, 1978; Thomson dan Kuafman, 1990). Akibatnya daripadanya, apabila murid-murid menggunakan bahasa Melayu akan berlaku kesalahan ke atas kosa kata bahasa Melayu tersebut (Alias Shamsuddin, 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990). Menurut kajian yang dilakukan oleh Musa Ahmad (1988) tentang penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu mendapati bahawa murid berbangsa India sememangnya bergelut dengan bunyi huruf h. Selain daripada lima masalah yang dikenal pasti, murid ini membaca dalam keadaan teragak-agak (hesitation). Responden sering berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca. Melalui pemerhatian saya, responden kerap membetulkan butang bajunya dan murid ini mungkin mengalami masalah gemuruh apabila berhadapan dengan saya dan juga video kamera.. Hal ini kerana dia kelihatan pemalu dan ini diakui oleh rakan-rakan dan gurunya. Responden juga kelihatan sangat berhati-hati apabila membaca. Perkataan demi perkataan disebutnya dengan berhati-hati. Ada ketikanya dia membetulkan sebutan bacaannya yang dirasanya salah. Malah sesi temubual bersama responden, dia memperkenalkan dirinya secara berhati-hati dan cuba menyusun ayat dengan betul.Bacaan responden mempunyai jeda. Responden juga membaca dengan menggunakan intonasi yang sesuai. Nada yang digunakan murid juga sesuai dengan ayat yang dibaca. Bagi pendapat saya kedua-dua kemahiran masih boleh ditingkatkan lagi. Responden menyebut bacaan kurang jelas dan terang. Responden mengeluarkan suara yang perlahan, kemungkinan kerana masih gemuruh.

Pelaksanaan Kaedah Kemahiran Membaca dan Penggunaan BBMSetelah mengenal pasti masalah bacaan responden, saya mempunyai masa lebih kurang seminggu untuk menyediakan modul kemahiran membaca yang sesuai. Dalam menyelesaikan masalah ini saya telah menggunakan gabungan kaedah fonik dengan kaedah pandang dan sebut. Kaedah ini juga disebut sebagaiKaedah Seluruh Perkataan.Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut iaitu sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya, suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya), ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh digabungkan.

Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara tertib biasa.Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca.Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya berulang-ulang. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar.Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan bunga ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan.

Ringkasan Langkah Pengajaran Kaedah Pandang dan SebutKebaikan kaedah pandang sebut

Bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah berbentuk audiolingual di mana saya menyediakan slaid dan juga pita rakaman. Untuk mengatasi masalah yang pertama, saya menyediakan BBM modul bacaan perkataan perkataan yang bermula dari huruf vokal. BBM yang kedua pula ialah saya memperkenalkan sebutan huruf h dan kemudiannya h memperdengarkan sebutan perkataan yang bermula huruf h. Responden kemudian diminta mengulang apa yang di dengar. Latih tubi diteruskan sehingga murid boleh membaca dengan betul kesemua perkataan tersebut.BBM yang ketiga pula saya mulakan dengan video nyanyian lagu menyebut konsonan bersama vokal a. Kemudian murid diminta untuk mengulang apa yang didengarnya. Untuk BBM yang keempat pula, saya memperdengarkan murid dengan suku kata yang mempunyai huruf s dan juga pemintal lidah huruf s. Murid kemudiannya diminta mengulang pemintal lidah tersebut daripada tahap perlahan sehinggalah laju.Untuk BBM yang terakhir, saya memaparkan ayat yang mempunyai tanda bacaan koma dan memperdengarkan intonasi yang sesuai apabila membaca ayat yang mempunyai tanda bacaan koma. Murid menyebut kembali apa yang didengar dan seterusnya guru memberi beberapa latihan membaca ayat yang mempunyai tanda bacaan koma.Sebelum sesi pengajaran bermula, saya telah menjelaskan kepada responden tentang kesalahan bacaannya pada sesi yang lepas. Responden mengakui kesalahannya dan sesi pengajaran pun bermula. Responden memberi kerjasama yang amat baik.

Kemahiran Membaca Murid Selepas BimbinganSetelah selesai sesi pengajaran kemahiran membaca menggunakan BBM, responden telah diberi masa untuk membuat bacaan senyap bagi bahan bacaan yang baru. Kemudian rakaman video diambil.Setelah meneliti kembali bacaan responden, terdapat beberapa perubahan yang menunjukkan peningkatan responden terhadap kemahiran bacaan terutamanya kepada lima masalah yang dikenal pasti.Responden sudah tidak lagi menambah huruf h pada perkataan yang bermula huruf vokal. Responden juga sudah tidak melakukan kesilapan meninggalkan huruf h pada awal perkataan. Responden ada membuat kesalahan dengan menyebut perkataan hal menjadi al, namun kemudiannya dibetulkan dengan sendirinya. Responden sendiri sudah mampu menyedari kesilapan bacaan yang dilakukannya. Responden juga dapat menyebut bunyi huruf a dengan betul dan tidak menukarnya kepada bunyi sebutan huruf e. Responden juga dapat membaca ayat yang mempunyai tanda bacaan koma dengan nada, intonasi dan jeda yang betul. Responden juga sudah dapat mengurangkan ketebalan bunyi sebutan huruf s.Pada keseluruhannya murid sendiri sudah mampu untuk mengenal pasti kesalahan bacaannya dengan sendiri. Murid juga boleh membetulkan kesilapannya tanpa perlu ditegur. Murid sedar dengan kesalahannya dan cuba untuk membaikinya.Walaupun kelima-lima masalah yang dikenalpasti mempunyai peningkatan, saya juga telah menemui satu masalah baru pada murid. Murid mengalami masalah menyebut sukukata tertutup yang berakhir dengan huruf n. Sukukata tertutup yang berakhir dengan huruf n menjadi sebutan ng.Cadangan Penambahbaikan Bahan Bantu Mengajar Yang Telah Diguna PakaiBahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainyaSaya mengakui bahawa BBM yang disediakan perlu banyak penambahbaikan. Penggunaan BBM audiolingual saya hanya merangsang deria penglihatan dan pendengaran murid sahaja. Murid tidak dapat menggunakan kesemua deria seperti deria sentuh dan deria bau. Saya kurang mengggunakan grafik yang menarik. Ilustrasi dan bahan grafik sangat penting kerana ianya bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.Oleh itu saya akan memperbanyakkan penggunaan grafik yang bermakna dan sesuai di dalam BBM saya kelak.Penggunaan pita rakaman dilakukan dengan menggunakan suara saya. Walaupun agak janggal, namun saya akan cuba memperbaiki intonasi dan nada yang sesuai untuk membuat rakaman audio. Saya perlu merujuk contoh-contoh rakaman suara khas untuk pembelajaran Bahasa Melayu. KESIMPULANKebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggiOleh itu,dalam proses pembelajaran, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh murid. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan masalah ini perlu diatasi sebelum murid-murid menjadi lebih dewasa. Sebagai seorang guru, kita haruslah mengambil langkah yang berkesan bagi memastikan murid-murid mempunyai kemahiran membaca yang cemerlang.

INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA SEBELUM DAN SELEPAS BIMBINGAN

SEBELUM BIMBINGANINSTRUMEN PENILAIAN BAHASA KEMAHIRAN MEMBACAKemahiran Membaca ( Bacaan Kuat)Nama: DarshanTahun : 4Bil.Kesilapan / kelemahan yang dilakukan( / )Catatan

1.Peninggalan bunyi huruf / perkataan / imbuhan yang ditinggalkan./

ospitalarimau

2.Ulangan mengulang-ulang perkataan / suku kata.--

3.Tambahan bunyi huruf / imbuhan / perkataan ditambah./HombakHanjingmempunyahi

4.Pembalikan huruf / perkataan / frasa dibaca secara terbalik atau songsang.-

5.Membaca cuma selepas mengeja / membatang suku kata terlebih dahulu.-

6.Membaca tersekat-sekat perkataan demi perkataan tanpa mengikut frasa atau unit pemikiran.-

7.Membaca terlampau cepat / gopoh / tidak menghiraukan noktah / lain-lain tanda bacaan yang boleh menjejas kefahaman dalam bacaan./Tanda baca koma

8.Tidak boleh / tidak mahu membaca langsung.--

*Tandakan ( / ) pada kotak sekiranya murid ada melakukan kesalahan

Markah bacaan akan dinilai berdasarkan item-item berikut:BILPERKARA YANG DINILAISKORCATATAN / KOMEN GURU

123

1Kelancaran murid dapat membaca dengan fasih dan lancar./Teragak-agak

2Bacaan murid mempunyai jeda./Ada jeda

3Murid membaca dengan menggunakan intonasi yang sesuai./Boleh bersajak dengan baik menggunakan intonasi yang sesuai

4Nada yang digunakan murid sesuai dengan ayat yang dibaca./

5Sebutan bacaan murid jelas dan terang/Suara murid agak perlahan terpaksa meminta murid mengulang bacaan secara kuat

SkorPencapaian

1LEMAH

2SEDERHANA

3BAIK

*Petunjuk :

SELEPAS BIMBINGANINSTRUMEN PENILAIAN BAHASA KEMAHIRAN MEMBACAKemahiran Membaca ( Bacaan Kuat)Nama: DarshanTahun : 4Bil.Kesilapan / kelemahan yang dilakukan( / )Catatan

1.Peninggalan bunyi huruf / perkataan / imbuhan yang ditinggalkan.Ada berlaku namun dibetulkan sendiri

2.Ulangan mengulang-ulang perkataan / suku kata.--

3.Tambahan bunyi huruf / imbuhan / perkataan ditambah.-Sebutan huruf n menjadi ng untuk sukukata tertutup yang berakhir huruf n

4.Pembalikan huruf / perkataan / frasa dibaca secara terbalik atau songsang.-

5.Membaca cuma selepas mengeja / membatang suku kata terlebih dahulu.-

6.Membaca tersekat-sekat perkataan demi perkataan tanpa mengikut frasa atau unit pemikiran.-

7.Membaca terlampau cepat / gopoh / tidak menghiraukan noktah / lain-lain tanda bacaan yang boleh menjejas kefahaman dalam bacaan.Bacaan dibaca sesuai dengan tanda baca.

8.Tidak boleh / tidak mahu membaca langsung.-Murid sememangnya sudah mahir membaca

*Tandakan ( / ) pada kotak sekiranya murid ada melakukan kesalahan

Markah bacaan akan dinilai berdasarkan item-item berikut:BILPERKARA YANG DINILAISKORCATATAN / KOMEN GURU

123

1Kelancaran murid dapat membaca dengan fasih dan lancar./Masih teragak-agak namun lebih lancar berbanding sebelum ini

2Bacaan murid mempunyai jeda./Ada jeda

3Murid membaca dengan menggunakan intonasi yang sesuai./

4Nada yang digunakan murid sesuai dengan ayat yang dibaca./

5Sebutan bacaan murid jelas dan terang/Suara sudah jelas dan bacaan yang kuat.

SkorPencapaian

1LEMAH

2SEDERHANA

3BAIK

*Petunjuk :

39