ensp

6
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN PROGRAM HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME PROGRAM TERLIBAT: LAWATAN INDUSTRI KE MMU INNOVATION TOUCH COMPETITION(ITOUCH) BENGKEL PHOTOSHOP NAMA/NO MATRIK:

Upload: syeda-yuuras

Post on 28-Jul-2015

36 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: ENSP

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LAPORAN PROGRAM

HHHC9401

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PROGRAM TERLIBAT:

LAWATAN INDUSTRI KE MMU

INNOVATION TOUCH COMPETITION(ITOUCH)

BENGKEL PHOTOSHOP

NAMA/NO MATRIK:

RASHIDAH BINTI JAMALUDDIN (A146298)

Page 2: ENSP

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

REFLEKSI:

Saya merupakan ahli Kelab Multimedia Interaktif(IMEC) yang telah mengikuti program-program seperti Lawatan Industri ke MMU, Bengkel Photoshop dan Innovation Touch Competition(ITouch). Saya berpeluang mengembangkan kemahiran nilai, sikap etika dan profesionalisme dalam program-program yang dijalankan.

Tugas saya dalam program Lawatan Industri ke MMU adalah selaku timbalan ketua program. Tugas saya adalah membuat tentatif program dan pelan penyelarasan program bersama ketua program. Etika yang dapat dilihat adalah menunjukkan cara kerja dalam berurusan dengan pihak MMU. Budaya etika membentuk budaya kerja cemerlang.Saya member contoh yang baik kepada ajk bawah saya bagi memastikan pergerakan kerja berjalan lancar. Sikap amat penting dalam menjalankan sesuatu program. Sikap kerjasama bersama ahli jawatankuasa perlu ada bagi mengetahui pergerakan kerja setiap ajk serta membantu ajk lain. Profesionalisme seperti cara percakapan yang yakin, penggunaan bahasa yang betul dan penampilan saya yang saya pamerkan dalam berurusan dengan pihak MMU. Hasil dari program, nilai-nilai murni dan moral dapat diterapkan dari perancangan, pelaksanaan dan kejayaan program.

Tugas saya dalam program Innovation Touch Competition adalah selaku ajk publisiti. Tugas yang diberikan kepada Exco Publisiti adalah membina banner, poster, logo dan design baju program. Sikap kerjasama dan professionalisme yang saya pupuk dalam menyiapkan design baju program dan logo program bersama ajk-ajk publisiti bagi memastikan pergerakan kerja dalam exco kami. Etika yang ditunjukkan dengan berjumpa dengan penasihat ITouch Dr.Amira. Penggunaan bahasa yang sopan dalam berbincang dengan penasihat program. Nilai baik dan buruk dapat dilihat di dalam pelaksanaan program. Contoh nilai menghormati pihak MMU dalam memberikan keputusan.

Untuk program Bengkel Photoshop saya selaku ahli atau peserta. Bengkel Photoshop yang saya hadir meningkatkan professionalisme saya iaitu saya hadir awal bagi menunjukkan sikap ingin belajar dan kerjasama bagi bengkel berjalan lancar. Nilai yang saya dapat adalah mempelajari sesuatu bidang baru iaitu ilmu menggunakan photoshop. Nilai murni yang diterapkan saya telah membantu beberapa rakan lain yang tidak dapat membuat poster menggunakan tools yang diajar.

Kemahiran nilai, sikap etika dan profesionalisme yang saya dapat dengan menghadiri program-program tersebut sedikit sebanyak membantu saya bagi menyiapkan khusus kemahiran insaniah ke 4 ini.

Page 3: ENSP

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

RINGKASAN PROGRAM LAWATAN INDUSTRI KE MMU:

Program telah disahkan seminggu sebelum tarikh lawatan. Pelbagai persiapan dilakukan bagi memastikan program berjalan lancar. Diantara persiapan yang kami lakukan adalah berhubung pihak MMU mengenai tentatif dan pelan penyelarasan sewaktu di sana.

Seramai 20 orang ajk dan 11 orang peserta serta 2 orang pengiring yang menyertai lawatan industri ke Multimedia University.Para peserta mendengar Talk yang diberikan oleh En.Helmi dan Puan Sri Kusumawati mengenai program yang terdapat di Faculty Creative Multimedia MMU Cawangan Cyberjaya serta penggunaan multimedia.

Kami dibawa masuk ke Exhibition Hall dan dapat mengunakan teknologi IT dan multimedia yang disediakan.Selepas itu, kami dibawa ke e-gallery dimana terdapat pameran seni yang dihasilkan serta penggunaan teknologi canggih.

Page 4: ENSP

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

RINGKASAN PROGRAM INNOVATION TOUCH COMPETITION:

ITouch bakal dijalankan hujung semester hadapan.Oleh itu kami telah membuat perlaksanaan projek semester ini.Antaranya mengadakan perjumpaan, Bengkel kertas kerja dan perjumpaan bersama penasihat, Dr. Amira. Program ini merupakan satu program di mana hasil projek akhir yang dipersembahkan dan dipertandingkan dalam program ini nanti.

RINGKASAN PROGRAM BENGKEL PHOTOSHOP:

Saya telah menghadiri bengkel photoshop pada 14 November 2014. Saya telah mempelajari cara membuat poster menggunakan tools asas yang ada di dalam adobe photoshop CS6. Pengajar adalah dikalangan pelajar sendiri iaitu saudara Hazim. Presiden IMEC selaku pengacara majlis. Selepas sesi pembelajaran, kami diberikan masa untuk menyiapkan satu poster hasil dari apa yang telah dipelajari. Poster yang dihasilkan kemudian dihantar ke emel yang diberikan bagi tujuan pembuktian.

Page 5: ENSP

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

JUMLAH JAM:

BIL. AKTIVITI JAM1. LAWATAN INDUSTRI

PERJUMPAAN PEMBAHAGIAN JAWATAN MESYUARAT 4 KALI MEMBUAT TENTATIF, PELAN PENYELARASAN

DAN MERANGKA SOALAN-SOALAN BERSAMA AJK-AJK PROGRAM

PROGRAM BERLANGSUNG 8.00 PAGI HINGGA 1 PETANG

POST-MORTEM MEMPELAJARI DAN MEMPRAKTIKAN

PENGGUNAAN WINDOW MOVIE MAKER UPLOAD KERTAS KERJA, MINIT MESYUARAT DAN

PELAN PENYELARASAN DI SLIDE SHARE MENYIAPKAN TASK SOFTSKILL MENGHASILKAN VIDEO MENGGUNAKAN

WINDOW MOVIE MAKER MEMBUAT LAPORAN PROGRAM

1 JAM 30 MINIT4 JAM 30 MINIT3 JAM 30 MINIT

5 JAM

1 JAM3 JAM

1 JAM

1 JAM 30 MINIT4 JAM

1 JAM 30 MINIT2. INNOVATION TOUCH COMPETITION(ITOUCH)

PERJUMPAAN DAN MESYUARAT MEMBINCANG TUGASAN YANG PERLU

DILAKUKAN OLEH POST PUBLISITI MEMBINCANG IDEA DESIGN BAJU PROGRAM MEMBINCANG DAN MEMBUAT CONTOH-

CONTOH LOGO

3 JAM3 JAM

4 JAM3 JAM

3. BENGKEL PHOTOSHOP MENGHADIRI BENGKEL JAM 8.00 MALAM

HINGGA 10.30 MALAM2 JAM 30 MINIT

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, program yang saya ikuti ini memberikan saya kesedaran untuk sentiasa menerapkan nilai, etika dan sikap yang terbaik kepada masyarakat sekeliling. Selain itu, ia juga melatih saya untuk lebih profesional dan memberikan persediaan apabila saya bekerja kelak. Melalui kemahiran insaniah nilai, sikap, etika dan profesionalisme ini, mempelajari kemahiran ini amat penting untuk seseorang manusia khususnya mahasiswi seperti saya, agar dapat berbakti kepada masyarakat seterusnya berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Tuntasnya,melalui program Lawatan Industri ke MMU,ITOUCH dan Bengkel Photoshop, saya mampu menguasai kemahiran nilai,sikap,etika dan profesionalisme.