enakmen jenayah syariah - persediaan melakukan ... v amz.pdf · yang menyediakan khidmat urutan...

44
1 KPS lwn AMZ [Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kes Jenayah Bil: 10400-114-0003-2009 (YA Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S., HMTS) 8 Rabi’ul Awal 1438H bersamaan 8 Disember 2016] Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan Persetubuhan Luar Nikah - Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pengakuan Tidak Bersalah Seksyen 96 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Beban Pembuktian Seksyen 73 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Tertuduh, AMZ telah dituduh dengan pertuduhan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Tertuduh pada 31 Januari 2009 jam lebih kurang 06.15 petang di dalam Hotel Flamingo XXX, daerah Gombak dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang perempuan bernama NE. Tertuduh telah dibicarakan secara berasingan dengan tertuduh wanita dan tertuduh lelaki telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Manakala tertuduh wanita telah mengaku salah dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500.00 atau dua (2) bulan penjara jika gagal membayar denda dan tertuduh wanita dihukum penjara selama lima belas (15) hari. Di dalam prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai tiga (3) orang saksi bagi menyokong kes mereka iaitu SP-1 En. ATN, SP-2 En. SNS dan SP-3 En. FAT. [2] Mahkamah telah memerintahkan Tertuduh membela diri terhadap pertuduhannya setelah Mahkamah berpuashati pihak pendakwaan berjaya membuktikan adanya kes terhadap Tertuduh. Kedua-dua Tertuduh telah memilih untuk membela diri dengan mengemukakan

Upload: lethien

Post on 22-Mar-2019

341 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

1

KPS lwn AMZ

[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kes Jenayah

Bil: 10400-114-0003-2009 (YA Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S., HMTS) 8 Rabi’ul

Awal 1438H bersamaan 8 Disember 2016]

Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan Persetubuhan Luar Nikah - Seksyen 26

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah – Pengakuan Tidak Bersalah – Seksyen 96 Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah – Beban Pembuktian – Seksyen 73 Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Tertuduh, AMZ telah dituduh dengan pertuduhan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah

Syariah Selangor 1995. Tertuduh pada 31 Januari 2009 jam lebih kurang 06.15 petang di

dalam Hotel Flamingo XXX, daerah Gombak dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati

melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan

seorang perempuan bernama NE. Tertuduh telah dibicarakan secara berasingan dengan

tertuduh wanita dan tertuduh lelaki telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Manakala tertuduh wanita telah mengaku salah dan Mahkamah telah menjatuhkan

hukuman denda sebanyak RM4,500.00 atau dua (2) bulan penjara jika gagal membayar

denda dan tertuduh wanita dihukum penjara selama lima belas (15) hari. Di dalam

prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai tiga (3) orang

saksi bagi menyokong kes mereka iaitu SP-1 En. ATN, SP-2 En. SNS dan SP-3 En. FAT.

[2] Mahkamah telah memerintahkan Tertuduh membela diri terhadap pertuduhannya setelah

Mahkamah berpuashati pihak pendakwaan berjaya membuktikan adanya kes terhadap

Tertuduh. Kedua-dua Tertuduh telah memilih untuk membela diri dengan mengemukakan

Page 2: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

2

keterangan bersumpah dari kandang saksi. Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan

keterangan bersumpah kedua-dua Tertuduh dan hujah kedua-dua pihak, Mahkamah telah

mensabitkan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan sebagaimana dipertuduhkan.

Mahkamah seterusnya telah memerintahkan kedua-dua pihak mengemukan mitigasi dan

hujahan balas sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh.

Diputuskan

KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pendakwa dan kehadiran Tertuduh bersama

Peguam Syarie, Encik Abdul Halim Bin Bahari. SETELAH MENELITI semua kertas kausa,

keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:

1. Mahkamah menjatuhkan hukuman bagi Pesalah AMZ dengan denda sebanyak RM 5000.00

atau penjara 4 bulan jika gagal membayar denda DAN Pesalah dihukum sebat sebanyak

enam (6) kali sebatan.

2. Pesalah ini hendaklah ditahan di Penjara sehingga hukuman sebat dilaksanakan

sebagaimana kehendak Seksyen 125 (4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) 2003.

Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie

Ketua Pendakwa Syarie: diwakili oleh Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir dari

Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tertuduh: diwakili oleh Encik Abdul Halim Bin Bahari daripada Tetuan Azra & Associates.

Al-Quran Yang Dirujuk

1. Surah Al-Isra’ :Ayat 32.

Page 3: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

3

Kitab-kitab Yang Dirujuk

1. Abd Qadir al-‘Audah. 2000. al-Tasyri’ al-Jina’ie al-Islami. Jld. 1. Beirut: Muassasah al-

Risalah.

2. Bahnasi, Ahmad Fathi. 1983.al-Uqubah Fi al-Fiqh al-Islami. Beirut Dar al-Shuruq.

3. Dr. Fathi bin al-Tayyib al-Khumasi dalam kitabnya Fiqh al-Jinaie al-Islami.

4. Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali al-Fayruzabadi al-Syirazi. al-Muhazzab. Jld. 5.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003- s. 61.

2. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – s.26.

3. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s.67, s. 96 & s. 125.

4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 -s.73, s.74, s.77, s.78.

Kes Yang Dirujuk

1. Pendakwa Syarie WP lwn. Mohd Norizam Bin Sulaiman dan Nadia Binti Sapiee, Kes

Jenayah Bil.: 14600-143-0006-2006 & 14600-143-0007-2006

2. Che Omar Mohd Akhir v. PP [1999] 2 CLJ 780

3. Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1

4. Pendakwa Syarie lwn Mohd Faizdehar Bin Wan Abdullah (2012) 3 ShLR 95 Surah Al-

Isra’ ayat 32

5. Norazlisham Bin Ramli lwn. Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan

(2001) JH 15 2 165,

6. Pendakwa Syarie lwn. Jaiman bin Masta @ Mastah dan Jamidah bte Abdul Majid [2006] 1

CLJ (Sya) 151

7. Abdul Kahar B. Ahmad lawan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Rayuan Jenayah No:

10000-136-0006-2010, 10000-108-0007-2010, 10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-

2010, 10000-107-0010-2010.

8. Muhammad Faris Bin Ismail & Shahidah Binti Abd Wahab lwn. Ketua Pendakwa Syarie

Negeri Melaka [2011] JH 32 62.

9. Muhammad Ridhwan Bin Tokiri Seorang Lagi lwn. Ketua Pendakwa Syarie [2012] JH 34

2 213.

Page 4: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

4

Penghakiman Y.A Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S., HMTS

Sama ada Mahkamah Ini Mempunyai Bidangkuasa

[1] Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan ini berdasarkan

bidangkuasa Mahkamah ini dalam bidang kuasa jenayahnya, boleh membicarakan apa-apa

kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau di bawah mana-mana undang-undang

bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap

rukun-rukun agama Islam dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang

diperuntukkan bagi kesalahan itu sebagaimana Seksyen 61 (3) (a) Enakmen Pentadbiran

Agama Islam (Selangor) 2003. Tertuduh telah dipertuduhkan di Mahkamah ini di atas

tuduhan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan Persetubuhan Luar Nikah adalah

merupakan suatu kesalahan yang telah diperuntukkan oleh Seksyen 26 Enakmen Jenayah

Syariah (Negeri Selangor) 1995. Kesalahan tersebut telah dilakukan di dalam negeri ini

dan telah memenuhi kehendak Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) 2003.

Pertuduhan

[2] Tertuduh telah dibacakan pertuduhan sebagaimana berikut :

“Bahawa kamu pada 31hb Januari 2009 jam lebih kurang 06.15

PETANG di dalam bilik bernombor 6, Hotel Flamingo XXX daerah

Gombak, daerah Shah Alam dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati

melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan

luar nikah dengan seorang perempuan bernama NE sedangkan dia bukan

isteri kamu yang sah. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan

perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah

di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan

boleh dihukum di bawah seksyen dan enakmen yang sama.

Page 5: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

5

Setelah mendengar dan faham terhadap pertuduhan, Tertuduh telah membuat pengakuan

tidak bersalah dan minta kes ini dibicarakan.

Beban Pembuktian.

[3] Apabila Pendakwa Syarie mendakwa bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan

dibawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 maka Pendakwa Syarie

hendaklah membuktikan dakwaannya sebagaimana diperuntukkan di dalam Seksyen 74

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyebut bahawa

beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan

gagal tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak. Ini juga

bersesuaian dengan peruntuntukan yang menyatakan bahawa beban pembuktian ini terletak

ke atas pihak-pihak yang inginkan Mahkamah memberi penghakiman ke atas apa-apa hak

atau liabiliti seperti mana mengikut fakta-fakta yang ditegaskan olehnya sebagaimana

Seksyen 73 dan Seksyen 78 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)

2003.

Tahap Pembuktian di Peringkat Kes Pendakwaan

[4] Undang-undang tidak menetapkan secara jelas tahap pembuktian yang perlu dibuktikan

oleh pendakwaan bahkan hanya memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah

menentukan terlebih dahulu samada keterangan yang dibawa oleh pendakwaan ini

membuktikan ADA kes terhadap Tertuduh ataupun sebaliknya. Tahap pembuktian kes di

peringkat pendakwaan ini hanya diperuntukkan secara umum di dalam Seksyen 96

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa:-

(f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam

perenggan (c), (d) dan (e) Mahkamah mendapati bahawa TIADA kes

terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan

mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan

perintah pembebasan;

Page 6: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

6

(h) jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat

bahawa ADA alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah

melakukan kesalahan yang dipertuduh itu atau kesalahan lain yang

Mahkamah itu kompeten untuk membicarakannya dan yang pada

pendapatnya patut dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan

pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama

ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda

pertuduhan itu;

[5] Mahkamah percaya tahap pembuktian yang diperlukan di peringkat ini tidaklah perlu

sehingga ke tahap yakin tetapi pihak pendakwaan hendaklah mengemukakan keterangan

sehingga ke tahap tanpa keraguan yang munasabah atau ghalabah al-zan sahaja. Ini adalah

bersandarkan kepada pandangan ulama’ yang menyatakan bahawa sabitan kesalahan takzir

mencukupi dengan syahadah seorang saksi lelaki. Syahadah seorang saksi lelaki adalah

bukan di tahap yakin tetapi pada tahap zan al-ghalib. (Dr. Abdul Qadir Audah, Al-Tasyri’

Al-Jinaie Al-Islamie. Juz 1, Risalah Publisher, Beirut-Lebanon, hlm 83.) Ini juga

bersesuaian dengan pendekatan yang digunakan di dalam kes Pendakwa Syarie lwn.

Jaiman bin Masta @ Mastah dan Jamidah bte Abdul Majid [2006] 1 CLJ (Sya) 151 yang

mana YA Hakim Bicara telah menentukan tahap pembuktian yang perlu di akhir kes

pendakwa ialah tiada sebarang kemungkinan boleh menimbulkan keraguan yang

munasabah dan berdasarkan Seksyen 96 (c), (d) dan (e) Akta Prosedur Jenayah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Hakim Bicara telah melepaskan dan membebaskan

kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri.

[6] Pendekatan yang sama juga dapat dilihat di dalam kes Pendakwa Syarie WP lwn. Mohd

Norizam Bin Sulaiman dan Nadia Binti Sapiee, Kes Jenayah Bil.: 14600-143-0006-2006

dan 14600-143-0007-2006 (Kes Tidak Dilaporkan) yang mana Hakim Bicara menyatakan

bahawa untuk menentukan sama ada tahap pembuktian yang diperlukan di akhir kes

pendakwaan sama ada tanpa keraguan yang munasabah atau prima facie, ujian yang boleh

dipakai ialah: jika pada akhir kes pendakwaan, tertuduh dipanggil membela diri dan

Page 7: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

7

tertuduh mengambil untuk berdiam diri, tertuduh akan disabitkan bersalah, maka tahap

pembuktiannya adalah tahap tanpa keraguan yang munasabah.

Fakta Kes Di Peringkat Pendakwaan

[7] Sepasukan Pegawai Penguatkuasa Agama yang bertindak di atas operasi bersepadu

bersama anggota Polis daripada Ibu Pejabat Kontonjen (IPK) Selangor telah membuat

pemeriksaan di Hotel Flamingo, No. 5, 2nd Floor Annex Blok, Jln. Ulu Kelang, Ampang

Selangor pada 31 Januari 2009 jam lebih kurang 05.31 petang. Setibanya di lokasi,

kesemuanya bergerak menuju ke tingkat 2 premis tersebut yang disyaki merupakan tempat

yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik

dijalankan, pasukan ini telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Apabila saksi tiba di

hadapan sebuah bilik bernombor 6, salah seorang saksi iaitu PPA Ahmad Tarnuzi terus

menolak dan membuka pintu yang tidak berkunci tersebut. Saksi melihat seorang lelaki

iaitu Tertuduh bersama dengan seorang wanita di dalam bilik tersebut dan kedua-duanya

kelihatan kelam kabut bangun daripada sebuah katil.

[8] Saksi juga melihat tertuduh dan pasangan wanita tersebut tidak berpakaian dan hanya

bertuala putih di dalam keadaan bilik yang samar-samar. Seterusnya PPA Ahmad Tarnuzi

mengarahkan tertuduh dan pasangan wanita tersebut berpakaian dan keluar daripada bilik

tersebut untuk siasatan dijalankan. Tertuduh dan pasangan wanita tersebut didapati tiada

hubungan suami isteri atau mahram dan gagal mengemukakan sebarang dokumen

pernikahan yang sah. PPA Shahrol Hisra kemudiannya menerangkan kesalahan yang telah

dilakukan terhadap tertuduh dan pasangan wanita tersebut dan juga menyita dua (2) jenis

barang kes iaitu 1 unit resit pembayaran (No. 30054) dan sehelai tuala putih yang dipakai

oleh tertuduh (borang bongkaran No. A 12660). Kedua-duanya kemudiannya di bawa ke

Balai Polis Hulu Kelang untuk PPA membuat repot bersabit tangkapan ini (No. Repot:

HULU KELANG/000507/09).

Sama ada Elemen Pertuduhan di Penuhi.

[9] Sebelum Mahkamah mengulas lanjut berhubung isu ini, adalah lebih baik jika Mahkamah

perjelaskan terlebih dahulu elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di dalam

Page 8: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

8

kes ini. Mahkamah merujuk kepada peruntukan Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah

1995 dan juga pertuduhan yang dipertuduhkan kepada Tertuduh di dalam kes ini,

Mahkamah dapati bahawa elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah

sebagaimana beriktu:-

9.1. Masa, Tarikh dan Tempat Kejadian;

9.2. Mana-mana orang yang bukan suami isteri yang sah; dan

9.3. Melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan

luar nikah walaupun perbuatan itu tidak sampai ke tahap suatu percubaan untuk

melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 25).

Elemen Pertama - 31.1.2009 jam lebih kurang 06.15 PETANG di dalam bilik bernombor 6,

Hotel Flamingo xxx daerah Gombak, daerah Shah Alam dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.

[10] Tertuduh menyatakan bahawa keterangan SP1, SP2 dan SP3 adalah bercanggah di antara

satu sama lain berkaitan masa tangkapan dibuat dan juga di dalam kertas pertuduhan.

Mahkamah berpuashati pihak pendakwaan telah membuktikan sewajarnya berkaitan tarikh

kejadian dan tempat kejadian bahkan keterangan ketiga-tiga saksi pendakwa adalah sama

dan konsisten kecuali berkaitan masa tangkapan. Berhubung fakta masa yang

dipertikaikan oleh Tertuduh, Mahkamah merujuk semula kepada ketiga-tiga keterangan

saksi pendakwaan sebagaimana di bawah:

PEMERIKSAAN BALAS SP 1

Saya jumpa polis pukul 5 di IPK Selangor. Premis di Flamingo Ampang.

Anggaran saya waktu itu sampai lewat lebih daripada 1 jam. Dari IPK saya

tak tahu nak bergerak ke Ampang. Saya tahu ke tempat lokasi saja. Setuju

saya sampai premis jam 6.30 petang. Saya tak ingat nama polis yang bawa

ke spa tersebut. Dalam lif ada tertera di nombor lif ada tertera nama tempat

disitu.

Page 9: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

9

PEMERIKSAAN UTAMA SP 2

Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai dilokasi. Kami tengok

signboard lokasi, ia adalah sebuah hotel, nama hotel Flamingo di kawsan

Ampang. Sampai di sana, kami terus bertindak pergi ke tingkat 2 premis

hotel tersebut. Sampai parking, kami terus ikut saja polis.

PEMERIKSAAN BALAS SP2

Cuma dia suruh kami ikut kenderaan dia. Setuju pengadu dalam kes ini

Inspektor Saat bin Bidin. Dari IPK Shah Alam, bergerak ke lokasi lebih

kurang 1 jam lebih dan sampai ke sana jam 6.15 petang, lebih kurang.

Kami parking ditepi hotel dan bergerak ke tempat operasi yang nak diserbu.

Daripada parking ke kaunter lokasi lebih kurang 6.25 minit petang. Ya

ketua operasi ialah pihak Polis, Inspektor Saat Bidin.

PEMERIKSAAN UTAMA SP 3

Tempoh yang diambil daripada IPK ke tempat kejadian sejam lebih. Tiba

dilokasi kejadian lebih kurang 6.15 petang. Bila tiba anggota polis tekan

ke tingkat 2 dan dikawasan lobi premis merupakan spa. Keadaan dilokasi

tersebut samar-samar.

PEMERIKSAAN BALAS SP3

Saya tak nampak papan tanda disana. Keluar lif, ke kanan untuk ke spa.

Sampai ke lokasi 6.15 dan naik ke atas tak lebih 5 minit tak kurang 1

minit. Lebih kurang 6.17 petang. saya tak jumpa orang dikaunter, terus

pergi dan anggota terus bawa ke tempat yang ada banyak bilik anggota

polis yang bawa Saat bin Bidin. Dilokasi ada lebih kurang 5 bilik termasuk

bilik no 6.

Berdasarkan keseluruhan fakta yang dinyatakan oleh ketiga-tiga saksi pendakwaan,

Mahkamah bersetuju dengan hujahan Tertuduh bahawa keterangan mereka berkaitan fakta

Page 10: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

10

masa tangkapan adalah bercanggah dan tidak memenuhi masa yang dinyatakan di dalam

Pertuduhan kes ini.

Elemen Kedua – Melakukan Perbuatan Sebagai Persediaan Untuk Melakukan Persetubuhan

Luar Nikah.

[11] Tertuduh menghujahkan bahawa pendakwaan telah gagal memenuhi elemen ini

berdasarkan alasan bahawa tiada satu pun keterangan yang menunjukkan perlakuan

Tertuduh bersedia untuk melakukan sebagaimana dakwaan. Bahkan tiada satu keterangan

pun yang menyatakan saksi yang melihat mana-mana anggota kemaluan Tertuduh yang

menghampiri maksud tersebut. Berdasarkan hujahan Tertuduh tersebut adalah jelas bahawa

elemen utama bagi mensabitkan kesalahan ini adalah elemen ”apa-apa perbuatan sebagai

persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah” sebagaimana dinyatakan di dalam

undang-undang. Persoalannya, apakah elemen ini perlu dibuktikan sehingga ke tahap

sebagaimana dihujjahkan oleh Tertuduh? Pada pandangan Mahkamah, elemen yang perlu

dipenuhi itu tidaklah ke tahap sebagaimana dihujjahkan Tertuduh bahkan cukup sekadar

dengan hanya keterangan keadaan Tertuduh yang boleh difahami bahawa mereka

bercadang atau hendak melakukan persetubuhan.

[12] Mahkamah merujuk kembali kepada semua keterangan saksi pendakwaan iaitu SP 1, SP 2

dan SP 3 berhubung fakta berkaitan perlakuan yang dikatakan sebagai persediaan

melakukan persetubuhan luar nikah sebagaimana berikut:-

PEMERIKSAAN UTAMA SP-1

Apabila ketua operasi buka pintu, Ketua operasi masuk dan saya

mengikut belakang ketua, saya nampak sebuah bilik dengan suasana

lampu yang malap tapi masih boleh nampak bukan gelap gelita. Saya

ada nampak orang dalam bilik Saya ada nampak seorang lelaki dan

perempuan berada di atas sebuah katil. Saiz katil anggaran sebesar

katil bujang,untuk seorang. Katil tersebut tak sama seperti katil yang

diletak di rumah. Keadaan lelaki dan wanita tersebut semasa saya

Page 11: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

11

Nampak seingat saya keduanya tidak berpakaian dengan lengkap.

Saya lihat wanita itu sedang duduk di antara pusat ke peha lelaki tadi

dan lelaki itu sedang berbaring. Saya lihat wanita ini tak menutupi

dadanya sehingga saya nampak payudaranya. Wanita tersebut sedang

duduk bertentangan dan mengadap antara satu sama lain dan

bertentangan dengan pintu. Saya tak nampak kemaluan wanita tetapi

masa dia berlari ke bilik air saya nampak punggungnya. Keadaan

lelaki tersebut pula, lelaki itu tidak berbaju dan tidak berseluar, masa

saya Nampak lelaki itu nak bangun dan saya tertumpu kepada

perempuan itu dan bila saya pandang semula lelaki itu, dia telah

bertuala.

PEMERIKSAAN UTAMA SP-2

Sewaktu saya menolak pintu tersebut, anggota lain berada di sebelah

saya. selain anggota saya, tiada lain. Anggota polis diluar saja. Saya

yang masuk dahulu. Sewaktu saya masuk, bilik dalam keadaan samar-

samar tapi boleh dilihat dalam mata yang jelas. Samar-samar

bermaksud ada cahaya dari lampu. Lampu tersebut seperti didalam

dewan ini bewarna oren samar-samar seperti di hujung dinding dewan

ini. Saya lihat seorang perempuan sedang membelakangkan saya,

menghadap ke sana, punggung dia menghadap ke arah saya.

kedudukan katil dengan pintu, buka pintu nampak katil. Katil lurus

dan bukan melintang. Perempuan tersebut tidak berpakaian. Masa

saya buka pintu, saya melihat seorang perempuan sedang duduk di

atas seorang lelaki. Waktu itu saya pasti dia duduk di atas seorang

lelaki. Lelaki tersebut sedang baring ke atas katil. Perempuan tersebut

duduk di antara pusat ke lutut lelaki tersebut. Semasa saya buka pintu,

perempuan tersebut tidak perasan kedatangan kami. Lelaki tersebut

juga tidak perasan. Waktu itu mendengar suara mengerang pihak

perempuan. Waktu itu saya nampak badan dia menghenjut. Saya

mendengar suara mengerang seperti “ahh..ahh”. saya nampak

Page 12: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

12

keadaan perempuan tersebut tidak bertudung dan nampak rambut. Ya

saya telah berkahwin dan tahu anggota badan. Saya buka pintu dan

nampak belakang badan perempuan tersebut daripada rambut hingga

ke punggung, manakala lelaki, bahagian kemaluan tidak kelihatan

dan dada ke muka. Waktu buka pintu, nampak lutut pihak lelaki.

Setelah saya sendiri maklumkan dari JAIS pasangan tersebut kelam

kabut dan bangun, perempuan tersebut mengambil tuala dan berlari ke

tandas bilik tersebut. Tuala waktu itu berada di tepi katil. Sebelah kiri

katil. Waktu dia ambil tuala, dia macam melompat dan turun katil, ambil

tuala dan terus lari. Sewaktu dia turun katil, kelihatan seluruh tubuh

beliau, tidak berpakaian waktu itu. Saya nampak seluruh dari hujung

rambut hingga hujung kaki. Tandas pada waktu itu, dibilik tersebut,

dihujung bilik. Dihujung katil sebelah depan. Buka pintu nampak katil

kemudian bilik air. Waktu lompat, saya nampak bahagian depan dan

sewkatu lari saya nampak bahagian belakang. Nampak muka semasa

ambil tuala. Saya boleh cam lagi tertuduh perempuan. Pada waktu itu,

tertuduh lelaki telah bangun dan turun katil. Pada waktu bangun, beliau

sempat tutup pakai tuala. Mungkin waktu itu, tuala berhampiran dengan

dia. Saya nampak dia tutup dengan cepat. Semasa beliau bangun, dah

tertutup. Tertutup dibahagian kemaluan. Tutup dari pusat hingga ke

lutut. Selain daripada bahagian pusat dan lutut, anggota lain tidak

tertutup dan tidak berpakaian. Waktu tertuduh bangun, muka lelaki ini

menghadap saya. saya masih boleh ingat muka lelaki tersebut. Waktu itu

cahaya samar-samar dan saya boleh cam. Ya lelaki tersebut berada di

dalam mahkamah ini berbaju purple. Ada dalam dewan ini. (saksi

membuat pengecaman terhadap tertuduh lelaki).

PEMERIKSAAN UTAMA SP-3

Dengan cahaya lampu itu, membantu saya nampak ke dalam bilik itu.

Saya nampak seorang lelaki dan perempuan berada dalam bilik tersebut.

Keadaan lelaki baring diatas katil dan perempuan berdiri disebelah

Page 13: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

13

katil. Size katil single. Cukup memuatkan seorang saja. Katil tak sama

dengan size katil biasa. Bentuk katil tersebut lain daripada yang biasa.

Katil tersebut digunakan untuk mengurut. Pakaian lelaki hanya

bertuala dan perempuan pun sama. Saya yakin mereka hanya

bertuala, berdasarkan penglihatan pertama saya nampak perempuan

tersebut tiada baju yang dipakai. Tiada baju yang dipakai sehingga

menampakkan payudara perempuan tersebut. Kemudian perempuan

tersebut mengambil tuala menutupi tubuhnya. Selain daripada yang

saya nampak bahagian atas, tak nampak bahagian lain tubuh badan

perempuan. Jelas saya nampak bahagian buah dada. Kemudian

perempuan tersebut ambil tuala dan pergi ke sebuah bilik untuk

memakai baju dan pakaian yang lengkap.

[13] Berdasarkan keseluruhan keterangan di atas, Mahkamah berpuashati bahawa elemen ini

telah dipenuhi berdasarkan alasan bahawa sewaktu pintu dibuka Tertuduh dan

pasangannya berkeadaan tidak berpakaian. Bahkan Tertuduh berada di dalam keadaan

berbaring dan pasangannya berada di atasnya dan duduk di antara peha dan pusat.

Keadaan ini telah dibuktikan berdasarkan keterangan SP 1 dan SP 2 yang menyatakan

semasa memasuki bilik tersebut keadaan Tertuduh adalah sebagaimana dinyatakan di

atas. Ia dikuatkan dengan elemen tempat yang berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan

iaitu di dalam sebuah bilik hotel dan elemen hubungan antara tertuduh dan pesalah

wanita yang tidak mempunyai sebarang akad perkahwinan yang sah berada berdua-duaan

di dalam sebuah bilik tanpa berpakaian lengkap.

[14] Tertuduh juga menghujjahkan bahawa wujudnya percanggahan keterangan di dalam

keterangan SP 1, SP 2 dan SP 3 di dalam keterangan utamanya tersebut. Ia adalah

berkenaan dengan kedudukan tertuduh dan pesalah wanita yang mana ketiga-tiga saksi

pendakwaan memberikan gambaran kedudukan yang berbeza antara satu sama lain.

Pembelaan menghujahkan bahawa tiada keterangan yang jelas dan tepat daripada ketiga-

tiga saksi ini tentang kedudukan perempuan tersebut ketika pintu bilik 6 dibuka. Namun

Mahkamah tidak bersetuju dengan anggapan tersebut dan tidak menganggap keterangan

Page 14: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

14

ketiga-tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan yang bercanggah. Ini adalah

berdasarkan kedudukan saksi-saksi tersebut yang tidak seiringan semasa pintu bilik

tersebut dibuka menyebabkan berlakunya perbezaan penglihatan. Ini dikuatkan lagi

bahawa kedudukan SP 1 dan SP 3 yang berada di belakang SP2 selaku ketua operasi ketika

mula-mula masuk ke bilik tersebut.

[15] Penglihatan yang berbeza tidak boleh dianggap atau ditafsirkan sebagai keterangan yang

bercanggah di antara satu sama lain kerana saksi sepatutnya hanya memberitahu perkara

yang dilihatnya sendiri. Apatah lagi jika perbezaan keterangan tersebut hanya berkisar

kepada fakta yang bersifat pelengkap sahaja sedangkan elemen “perbuatan sebagai

persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah” telahpun dibuktikan oleh

pendakwaan. Oleh itu perbezaan keterangan itu tidak boleh menjejaskan elemen persediaan

tersebut kerana ianya hanya satu elemen yang bersifat pelengkap keterangan sahaja. Ini

bersesuaian dengan prinsip yang dinyatakan sebagaimana berikut:-

15.1. Pandangan Mahkamah Rayuan di dalam kes Che Omar Mohd Akhir v. PP [1999] 2

CLJ 780 di mana memutuskan bahawa;

“It would be wrong to say just because a witness may have contradicted

in his evidence or even told lies on one or two points his evidence should

be totally rejected. In this respect the Federal Court in Khoo Chye Hin v.

Public Prosecutor [1961] 27 MLJ 105 at p. 107 said:

... If a witness demonstrably tells lies on one or two points then it is clear

that he is not a reliable witness and as a matter of prudence the rest of the

evidence must be scrutinised with great care and indeed with suspicion.

To say, however, that because a witness has been proved a liar on one or

two points then the whole of his evidence "must in law be rejected" is to

go too far and is wrong”

Page 15: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

15

15.2. Pandangan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5

CLJ 1 yang menyatakan sebagaimana berikut:-

“[61] It has been generally accepted that the evidence of a witness will

contain contradictions and discrepancies. But that does not mean that he

is not a truthful and unreliable witness. In other words no witness is

capable of giving perfect evidence”.

Pendakwa Raya Lwn. Abu Bakar Sharif [1991] 2 CLJ Rep 26; [1991] 1 CLJ 63, Hakim Abdul

Hamid Mohamed PK menyatakan bahawa:

Dua orang mungkin mula lihat dan nampak pada masa yang berlainan. Lagi pula

anggaran jarak oleh dua orang, terutama sekali di waktu malam, mungkin

berbeza. Itu adalah perkara biasa. Oleh itu, dalam penghakiman saya, perbezaan

keterangan di antara kedua-dua saksi itu berkenaan jarak lembaga itu pada masa

mereka mula-mula nampaknya adalah satu perbezaan kecil sahaja dan tidak

menimbulkan was-was bahawa mereka nampak lembaga itu membawa karung

plastik itu.

Elemen Ketiga - Dengan seorang Perempuan bernama NE sedangkan dia bukan isteri yang sah

[16] Tertuduh menghujjahkan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan elemen ini

berdasarkan alasan tiada sebarang keterangan saksi yang mengesahkan kewujudan seorang

perempuan yang bernama Norma Binti Embi sebagaimana di dakwa. Bagi menjawab

persoalan ini, Mahkamah merujuk kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang

berikut:

PEMERIKSAAN UTAMA SP 2

Saya periksa kad pengenalan beliau tertulis beragama islam kedua-

duanya. Saya tanya ada hubungan mahram atau suami isteri dan mereka

jawab tidak. Mereka ada beritahu status mereka. Lelaki mengatakan

Page 16: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

16

masih bujang dan perempuan berstatus janda. Saya lihat nama, kad

pengenalan dan agama beliau. Nama lelaki yang saya periksa, Ahmad

AMZ, Perempuan NE.

PEMERIKSAAN UTAMA SP 3

Saya ingat nama perempuan yang saya tahan. Norma binti Embi.

[17] Berdasarkan keterangan di atas, jelas sekali dakwaan Tertuduh adalah tidak tepat dan tidak

boleh diterima. Selain keterangan tersebut di atas, elemen ini juga dibuktikan dengan

dokumen yang diperiksa oleh SP-2 adalah kad pengenalan tertuduh dan pesalah wanita

yang mana di dalam dokumen berkenaan jelas menunjukkan bahawa tertuduh adalah AMZ

dan pesalah wanita bernama NE. Ia konsisten dengan butiran yang terdapat di dalam P4

yang telah dibuat oleh SP-3 yang mengesahkan bahawa tertuduh dan pesalah wanita yang

diperiksa oleh SP-2 tersebut telah dinamakan di dalam P4 tersebut. Oleh itu, bahawa pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini. Berdasarkan keterangan di atas juga,

fakta bahawa kedua-dua tertuduh bukanlah pasangan suami isteri yang sah semasa

tangkapan telah dibuktikan sewajarnya oleh pendakwaan melalui SP-2.

[18] Apatah lagi, dalam konteks hubungan suami isteri, beban untuk membuktikan bahawa

tertuduh dan pesalah wanita adalah terletak ditangan kedua-dua mereka sendiri

berdasarkan kaedah fiqh telah disepakati oleh ulama dan dinyatakan dalam kitab karangan

al-Zarqa’ iaitu Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, hlm. 87 menjelaskan:

العدم األصل

(al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman (1989M/1409H). Sharh

al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cetakan

Kedua. Dimashq: Dar al-Qalam.)

Atau boleh dianggap bahawa asal atau zahir sesuatu itu adalah seperti berikut:

ل العدم أو األصل في األمور العارضة العدماألص

Page 17: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

17

Maksud: Asal itu tidak ada atau asal pada perkara yang baru muncul atau

yang mendatang itu tidak ada

[19] Bagi menjelaskan kaedah di atas, Mahkamah merujuk pandangan Prof Madya Datuk Mohd

Salleh Ahmad dalam bukunya Qawaid al-Fiqhiyyah, hlm. 590-591 menghuraikan seperti

berikut:

Umumnya mengetahui bahawa al-adam (tiada) itu adalah lebih dahulu

daripada al-wujud (ada) maka setiap sesuatu yang didakwa muncul dan

wujudnya bererti ia didahului oleh al-adam. Justeru itu maka al-adam

yang mendahului ke atas al-wujud yang didakwa itu telah sabit dengan

yakin, sementara benda yang didakwa wujud sebelum dibuktikan adalah

masyquk fihi (diragui) sedangkan keyakinan sesuatu perkara tidak boleh

dihilangkan dengan zan lawannya sahaja. Oleh yang demikian maka al-

adam itulah yang diyakini kerana ia sesuatu keadaan yang tabi’i dan

perubahan kepada wujud itu sesuatu perkara yang baru yang diragukan,

lagipun al-adam itulah yang asal, maka mesti dikekalkan hingga terbukti

sabit sesuatu yang menghilangkannya. (Mohd Salleh Ahmad. 1998.

Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.)

[20] Ini juga bersesuaian dengan kehendak Seksyen 77 Enakmen Keterangan Mahkamah

Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bahawa-

77. Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban

membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk

dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Sel. En. 9/1995] terletak

padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan

tersebut sebagai tidak ada.

Page 18: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

18

[21] Mahkamah dapati bahawa elemen berkaitan masa tangkapan di dalam pertuduhan telah

gagal dibuktikan sebagaimana dijelaskan di atas. Oleh itu, berdasarkan fakta yang ada

Tertuduh tidak boleh disabitkan terhadap kesalahan yang dipertuduhkan ke atas mereka

sebagaimana pertuduhan pendakwaan. Namun Mahkamah ini berpuashati bahawa waktu

sebenar tangkapan atau Tertuduh melakukan kesalahan adalah di antara jam 6.15 petang

sehingga 7.00 malam berdasarkan keterangan SP 2, SP 3 dan juga keterangan P4. Masa

berakhirnya tangkapan yang diperolehi oleh Mahkamah ini iaitu pada jam 7 malam adalah

berdasarkan keterangan SP 3 semasa disoalbalas oleh Tertuduh. Justeru itu, Mahkamah

merujuk kepada peruntukan subseksyen 96 (h) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bahawa-

96. (h) jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat

bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan

kesalahan yang dipertuduh itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu

kompeten untuk membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut

dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan

terhadap tertuduh dan memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi

dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu;

[22] Berdasarkan peruntukan di atas, Mahkamah jelas mempunyai kuasa untuk mensabitkan

mana-mana orang kepada kesalahan yang tidak dipertuduhkan kepadanya dengan syarat

keterangan terhadap pertuduhan itu mencukupi sebagaimana kes Tertuduh ini. Namun

pertuduhan terhadap Tertuduh hendaklah dipinda dan dakwaan berkaitan dengan masa

berlaku tangkapan tersebut dipinda kepada masa yang disabitkan oleh Mahkamah melalui

keterangan saksi pendakwaan. Seterusnya Mahkamah merujuk kepada subseksyen 96 (i)

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang mensyaratkan

pertuduhan yang dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh dan dia hendaklah ditanya

semula sama ada dia bersalah atau ada apa-apa pembelaan yang hendak dibuat oleh

Tertuduh. Sekiranya Tertuduh mengaku salah, kes prosiding seterusnya hendaklah

diteruskan sebagaimana kes pengakuan bersalah yang lain. Jika tertuduh masih tidak

Page 19: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

19

mengaku bersalah maka tertuduh hendaklah diperintahkan membela dirinya sebagaimana

kehendak subseksyen 96 (j) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

[23] Mahkamah kemudiannya telah meminda pertuduhan berkaitan masa berlakunya kejadian

dan membacakan semula kepada Tertuduh. Tertuduh setelah mendengar dan memahami

pertuduhan tersebut telah mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya sebagaimana sebelum

ini. Pertuduhan pindaan kepada Tertuduh Lelaki (Tertuduh) adalah sebagaimana berikut :

AMZ

“Bahawa kamu pada 31hb Januari 2009 antara jam 06.15 Petang hingga

7.00 malam di dalam bilik bernombor 6, Hotel Flamingo XXX daerah

Gombak, daerah Shah Alam dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati

melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan

luar nikah dengan seorang perempuan bernama NE dia bukan isteri kamu

yang sah. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan perbuatan sebagai

persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di bawah Seksyen

26 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan boleh dihukum di

bawah seksyen dan enakmen yang sama.

Oleh yang demikian, Mahkamah telah memerintahkan tertuduh membela diri di atas

pertuduhan yang dibuat ke atasnya setelah berpuashati keterangan yang ada telah

memenuhi elemen yang dikehendaki oleh undang-undang.

[24] Prosiding kes pembelaan telah dimulakan pada 31 Mac 2016 dengan tertuduh telah

memilih untuk memberi keterangan bersumpah bagi pihak pembelaan. Di dalam

pembelaan, tertuduh menyatakan seperti berikut:-

24.1. Tertuduh dalam perjalanan balik ke rumah di Taman Permata dari tempat kerja di

Zuraimi Holdings S/B di Batu Pahat Johor. Tertuduh singgah di Flamingo Hotel

untuk berurut kerana keadaan yang terlampau letih.

Page 20: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

20

24.2. Niat Tertuduh untuk berurut dan merehatkan badan dan tidak mengenali Norma Binti

Embi. Selepas itu, Tertuduh membuka pakaiannya dan memakai tuala untuk urutan

dan terus tertidur. Tertuduh hanya mengetahui dalam premis ada perempuan selepas

dikejutkan dengan kemasukan Pegawai Penguatkuasa Agama. Walaubagaimanapun

Tertuduh menyedari ada perempuan melakukan urutan ke atas dirinya.

24.3. Tertuduh menyatakan ingin mengangkat sumpah bagi menafikan pertuduhan ini.

[25] Namun sayangnya, dakwaan tertuduh ini tidak disokong langsung oleh mana-mana

keterangan dokumen yang dikatakan wujud mahupun keterangan saksi. Persoalannya,

adakah Mahkamah ini boleh menerima pembelaan tertuduh ini tanpa disokong oleh

keterangan lain? Sudah tentu tidak kerana Mahkamah hendaklah terikat dengan tafsiran

saksi yang diberikan di dalam Seksyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri

Selangor) 2003 yang mana saksi tidak termasuk tertuduh. Ini bermaksud tertuduh telah

gagal membuktikan keraguan terhadap kes pendakwaan. Mahkamah juga bersetuju dengan

hujjah pendakwaan bahawa tanpa sebarang keterangan yang menyokong maka pembelaan

kedua-dua tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

[26] Penafian semata-mata oleh Tertuduh tanpa sebarang keterangan lain yang menyokong

bukanlah suatu keterangan yang kuat bahkan ianya adalah amat lemah. Bahkan penafian

semata-mata tidak mampu menimbulkan keraguan kepada keterangan pihak pendakwaan

sebagaimana pandangan hakim Bicara di dalam kes berikut:-

26.1. Di dalam kes D.A. DUNCAN v PP [1980] 2 MLJ 195, Hakim bicara menyatakan

bahawa:

“Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to

establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor

Star accepted it and called on the defence. The defence was, in effect, a

simple denial of the evidence connecting the appellant with the four

boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes

Page 21: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

21

were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High

Court came, in or view, to the correct conclusion that his denial did not

cast a doubt on the prosecution case against the appellant”.

26.2. Di dalam kes PP v. Nur Hassan bin Salip Hashim & Anor. [1993] 2 CLJ 551,

Hakim bicara menyatakan bahawa:

‘The evidence of the second Accused was only one of denial; denial of

having ever seen the orange plastic bag containing the cannabis, denial

of having been together with the first Accused, denial of sitting on the

same chair together with the first Accused and denial of being found

immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All

these evidence of the second Accused were offered in contradiction to the

evidence of the prosecution. The denials have not in any way created

any doubt, on a balance of probabilities, in the case of the

prosecution.’

[27] Tertuduh juga telah menimbulkan isu bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan niat

sebenarnya Tertuduh berada di lokasi tangkapan tersebut. Jika maksud Tertuduh

menghendaki pihak pendakwaan membuktikan niat sebenar yang bersarang di hati

Tertuduh semasa melakukan kesalahan tersebut maka hujahan Tertuduh wajar

dipertimbangkan. Namun hendaklah diingat bahawa niat di dalam hati seseorang hanyalah

diketahui olehnya sahaja dan tidak orang lain. Justeru itu, jika Tertuduh berhujah bahawa

tidak mempunyai niat melakukan kesalahan sebagaimana dipertuduhkan maka niat tersebut

hanyalah di antara Tertuduh dan Penciptanya iaitu Allah Taala sahaja. Namun Mahkamah

tidak menafikan bahawa mens rea merupakan suatu elemen penting dalam menentukan

sama ada seseorang tertuduh itu boleh disabitkan atas kesalahan yang telah dilakukannya

berdasarkan maxim latin iaitu actus reus non facit reum nisi mens sit rea yang bermaksud

suatu tindakan bukanlah jahat melainkan niatnya adalah jahat.

Page 22: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

22

[28] Mens rea boleh diperolehi daripada pelbagai sudut yang mana ianya terdiri daripada niat

langsung atau niat segera (direct intention), niat serong (oblique intention), pengetahuan

(knowledge), tidak berhati-hati (recklessness) atau cuai jenayah (criminalnegligence).

Penjelasan ini bersesuaian dengan pendapat berikut:-

'When a man is described as possessing a criminal mind this may mean

one of three things — (1) that he is a man of wicked or criminal

character in general; (2) that a particular act of his reveal him as a

wicked man, or as a man of criminal propensity; (3) that he committed a

particular act in a particular state of mind which is regarded by the law

as sufficient to make that act a particular crime'. (Petikan daripada

Gerald H Gordon, The Criminal Law of Scotland di ms 193.

[29] Mens rea bukanlah unsur minda jahat yang terdapat pada tertuduh, tetapi niat yang

dikenalpasti oleh undang-undang. Contoh, jika seseorang mencuri kerana terdesak, dia

tetap didakwa atas kesalahan mencuri tanpa mengambilkira keadaan mendesak yang

dihadapi olehnya. Hal ini kerana, undang-undang bukanlah mementingkan niat jahat tetapi

niat mencuri itu sahaja. Di dalam kes ini, Tertuduh telah dibuktikan bahawa melakukan

kesalahan sebagaimana dipertuduhkan oleh pihak pendakwaan dan Tertuduh sendiri telah

gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap keterangan tersebut. Maka Mahkamah

bersetuju dengan pendakwaan bahawa mens rea di dalam kes ini telah dibuktikan oleh

pendakwaan sebagaimana keadaan ketiga di atas iaitu “dalam keadaan dia telah

melakukan sesuatu tindakan dalam suatu keadaan minda (mens rea) yang mana undang-

undang menganggap ia adalah cukup untuk menjadikan suatu tindakan itu sebagai

jenayah.”

[30] Tertuduh menyatakan bahawa tindakan Mahkamah meminda pertuduhan tersebut telah

memprejudiskan Tertuduh kerana seolah-olah terpaksa juga berhadapan dengan dakwaan

yang dirangka oleh Mahkamah. Ini kerana Mahkamah seharusnya bertindak sebagai

pengadil dan bukannya membantu pihak pendakwaan di dalam menjalankan tugas-tugas

mereka. Kemudiannya Tertuduh telah merujuk kepada beberapa kes yang diputuskan di

Page 23: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

23

Mahkamah Sivil di atas prinsip bahawa Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) 2003 (ETJS) adalah bersifat In Pari Materia dengan Kanun Prosedur Jenayah

(CPC). Oleh itu, Mahkamah sewajarnya membaca serta menggunakan prinsip yang sama

dalam menafsir undang-undang yang terkandung di dalam ETJS sepertimana CPC. Dalam

konteks ini, Mahkamah dapati peruntukan Seksyen 96 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 2003 yang digunapakai di dalam pindaan pertuduhan tersebut adalah

hampir selari dengan peruntukan Seksyen 173 CPC.

[31] Tertuduh telah mengemukakan dua pandangan hakim bicara berhubung tafsiran

peruntukan penggunaan budi bicara Mahkamah di dalam meminda atau menambah apa-

apa bentuk pertuduhan di mana-mana- peringkat prosiding sebagaimana berikut:-

31.1. Di dalam kes Mohd Hairie Bin Abdul Jalil lwn Mohamad Ridzuan Bin Khaidir

2014 MLJU 1579, Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh Dato’ Hj Ab Karim Hj Ab

Rahman dalam memberikan penghakimannya antara lain menyebut tentang kuasa

Mahkamah dalam meminda pertuduhan.

“Sewajarnya pihak pendakwaan terikat dengan pertuduhan yang dibuat terhadap

seorang tertuduh. Hanya pihak pendakwaan sahaja yang mempunyai kuasa

dan mengetahui serta memutuskan tertuduh yang mana harus didakwa atau

tidak. Bukannya tugas Mahkamah untuk mencari-cari siapa sebenarnya yang

patut dituduh atau dinyatakan dalam suatu pertuduhan.”

31.2. Di dalam kes PP vs Heng You Nang [1949] MLJ 285, Hakim Spenser Wilkinson

dalam memberi komen terhadap Seksyen 158 CPC (yang juga bersifat in pari

materia dengan Seksyen 83 ETJS) menyatakan:

I doubt whether section 158 imposes any upon a court to alter or amend the

charge. I think, rather, that it is for the prosecution to apply to the Court to

exercise its power under that section. Under section 173 (h), Subordinate

Courts have the duty to consider the charge and amend it if necessary.

Page 24: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

24

Nevertheless I do not think that this section makes it incumbent on the Court to

search the law for offences which an accused person may have committed. It is

for the prosecution to decide what their real complaint against the accused is

and to frame their charges or to submit amendments accordingly. No doubt, in

a case, a President or a Magistrate ought to alter a charge to fit the proved

facts; but if the prosecution is unable to reach a conclusion as to the proper

charge, which appears to have been the position in this case, it is my view quite

improper to criticise the President for failing to carry out the functions of the

prosecuting officer.

[32] Setelah diteliti kedua-dua kes yang dikemukakan, Mahkamah dapati bahawa pandangan

kedua-dua Hakim Bicara ini bukanlah merujuk kepada peruntukan Seksyen 96 Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang digunapakai di dalam pindaan

pertuduhan tersebut yang mana ia adalah hampir selari dengan peruntukan Seksyen 173

CPC namun merujuk kepada Seksyen 158 CPC yang juga bersifat in pari materia dengan

Seksyen 83 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Ianya dapat

difahami berdasarkan pernyataan berikut:-

I doubt whether section 158 imposes any upon a court to alter or

amend the charge. I think, rather, that it is for the prosecution to apply

to the Court to exercise its power under that section. Under section 173

(h), Subordinate Courts have the duty to consider the charge and

amend it if necessary.

Justeru itu, tindakan Mahkamah meminda pertuduhan di bawah Seksyen 96 (h) Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 adalah tepat dan tidak berlawanan

dengan fungsi Mahkamah yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

[33] Akhir sekali, Tertuduh telah menawarkan diri untuk bersumpah nafi bagi menafikan

dakwaan pihak pendakwaan tersebut. Namun persoalannya, adakah sumpah nafi ini

terpakai di dalam kes jenayah sebagaimana pemahaman Tertuduh? Sudah tentu,

Page 25: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

25

jawapannya adalah tidak terpakai kerana pensabitan kes melalui kaedah sumpah hanya

terpakai bagi kes Mal sahaja manakala bagi kes jenayah hendaklah diputuskan berdasarkan

keterangan pendakwa dan tersetuduh sendiri bersesuaian dengan Seksyen 87 (3) Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan sebagaimana

berikut:-

87. (3) Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi

pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.

[34] Berdasarkan keseluruhan alasan Mahkamah di atas, Mahkamah berpuashati bahawa

Tertuduh telah gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan. Oleh itu,

Mahkamah mensabitkan Tertuduh, AMZ melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26

Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Seterusnya, pihak pendakwaan dan pembelaan

telah diarahkan memasukkan hujahan dan mitigasi rayuan dengan dimulakan oleh

pembelaan pada 13 Jun 2016 manakala pendakwaan pula pada 13 Julai 2016. Seterusnya,

pihak pendakwaan dan pembelaan telah diarahkan memasukkan hujahan dan mitigasi

rayuan yang difailkan secara bertulis. Pesalah memohon agar hukuman denda sahaja

dikenakan ke atasnya dan menyatakan bahawa Pesalah tidak wajar dipenjarakan atau

sebatan berdasarkan alasan yang akan dijelaskan satu persatu selepas ini.

Kesalahan Kali Pertama

[35] Pesalah memohon supaya diringankan hukuman dengan hanya dikenakan hukuman denda

sahaja berdasarkan faktor rekod kesalahan Pesalah. Pesalah bukanlah seorang yang sering

melakukan kesalahan ini dan bukanlah seorang yang boleh diklafikasikan sebagai

“habitual offender” dan tiada sebarang rekod yang menunjukkan Pesalah sering ke rumah

urut atau pusat kesihatan yang boleh menjadikan Pesalah seorang yang memang gemar ke

tempat sedemikian.

[36] Pesalah menyatakan bahawa adalah tidak wajar sebagai seorang Pesalah Pertama, Pesalah

dijatuhkan hukuman yang maksimum. Ini bakal mengganggu mental dan psikologi Pesalah

yang sememangnya tidak pernah pun melakukan kesalahan jenayah syariah mahupun sivil

Page 26: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

26

sebelum ini. Pesalah bukanlah seorang Pesalah tegar kerana Pesalah adalah Pesalah kali

pertama. Pesalah menyatakan bahawa Pesalah merupakan seorang yang taat kepada

perintah agama dan tidak ada rekod Pesalah melakukan kesalahan syariah. Semasa sebuan

dilakukan, Pesalah memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak penguatkuasa agama

dan tidak bertindak melarikan diri atau bergaduh atau menghalang sebarang penugasan

pegawai yang terlibat. Pesalah tidak pernah melarikan diri dari bon jaminan dan hadir ke

Mahkamah dengan Peguam Syarie bagi membantu Mahkamah di dalam membuat

keputusan. Pesalah menghujahkan bahawa Pesalah tidak melakukan sebarang obstruction

of justice.

[37] Seterusnya Pesalah merujuk kepada Seksyen 129 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 2003 dan menyatakan sekiranya Pesalah adalah seseorang pesalah kali

pertama adalah wajar dalam pertimbangan Mahkamah untuk mengambilkira faktor watak,

latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental Pesalah dalam meringankan sebarang

hukuman yang akan dijatuhkan. Ini kerana faktor-faktor tersebut adalah berkait rapat dan

akan mempengaruhi hidup Pesalah apatah lagi sekiranya Pesalah adalah seorang yang

berkeluarga sudah pasti akan ada manusia yang terkesan dengan pemenjaraan Pesalah.

Selain itu, kepentingan awam masih tetap terpelihara sekiranya Mahkamah memerintahkan

Pesalah diikat jamin untuk berkelakuan baik di bawah Seksyen 129 Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Ini kerana di dalam tempoh Pesalah berada di

bawah perintah supaya berkelakuan baik itu, Pesalah perlu sentiasa berwaspada daripada

melakukan sebarang kesalahan jenayah lain.

[38] Pendakwa menyatakan bahawa faktor kesalahan pertama merupakan salah satu faktor

mitigasi yang wajar dijadikan alasan permohonan Pesalah. Namun demikian, ia bukanlah

alasan automtik untuk hukumn penjara atau sebatan tidak dikenakan. Pendakwaan juga

menyatakan tiada asas dalam statut yang berkuatkuasa di Selangor bahawa faktor

kesalahan kali pertama mewajibkan Mahkamah mengenakan hukuman yang lebih ringan.

Selain itu, pendakwaan juga menghujahkan bahawa Seksyen 129 Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 merupakan pilihan kepada hukuman di dalam

kesalahan induk yang dipertuduhkan. Seksyen 26 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

Page 27: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

27

(Negeri Selangor) 2003 tidak menetapkan bahawa hukuman bagi kesalahan bagi pesalah

kali pertama yang telah disabitkan di bawah seksyen ini hendaklah dibaca bersama dengan

Seksyen 129 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 tersebut. Bahkan

Mahkamah juga perlu mengambilkira bahawa kes ini telah melalui proses bicara yang

sangat panjang yang mana ia telah memakan banyak masa, kos dan tenaga pihak-pihak

terutamanya pihak kerajaan.

[39] Secara asasnya Mahkamah bersetuju bahawa kesalahan kali pertama boleh menjadi faktor

peringanan sesuatu hukuman sebagaimana pandangan Hakim di dalam kes Norazlisham

Bin Ramli lwn. Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (2001) JH 15 2

165, yang menyatakan:

“Kesalahan pertama yang dilakukan oleh Perayu juga wajar diambilkira

sebagai qarinah sebagai Perayu mahu kembali ke pangkal jalan dan

tidak mengulangi kesalahannya buat kali kedua. Oleh itu, isu kesalahan

kali pertama Perayu wajar diambilkira oleh Mahkamah ini dalam

mendengar rayuan Perayu. Perayu tidak pernah disabitkan atau didakwa

di bawah mana-mana kesalahan undang-undang yang berkuatkuasa

mengenai agama Islam sebelum ini dan setelah dijatuhi hukuman “

[40] Namun faktor ini bukanlah menjadi satu prinsip yang automatik sebagai faktor peringanan

hukuman. Bahkan Hakim Bicara hendaklah menimbangkan faktor tersebut dengan

mengambilkira faktor yang lain sebelum hukuman dijatuhkan. Prinsip ini telah dijelaskan

di dalam kes berikut:-

40.1. Pandangan Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di dalam kes Abdul Kahar B.

Ahmad lawan Ketua Pendakwa Syarie Selangor,Rayuan Jenayah No: 10000-136-

0006-2010, 10000-108-0007-2010, 10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-2010,

10000-107-0010-2010, yang menyatakan berkaitan prinsip pemakaian bagi kes

pengakuan salah dan faktor kesalahan kali Pertama iaitu:

Page 28: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

28

[5] Berdasarkan prinsip yang ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan

Syariah Melaka, maka jelas menunjukkan bahawa kesalahan kali

pertama dan pengakuan bersalah sebagai faktor peringanan

hukuman tidak boleh dipakai dalam semua kes. Faktor penentu sama

ada hukuman sesuatu kesalahan perlu diringan atau diberatkan

adalah pertimbangan menjaga maslahah ‘ammah dan sama ada

kesalahan tersebut ringan atau berat. Ia disebut dengan jelas dalam

kes tersebut. YA Hakim Bicara sebenarnya telah merujuk kepada

prinsip yang ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Melaka ini

(Rekod Rayuan m.s 147).Beliau juga memperkukuhkannya dengan

keputusan kes-kes Mahkamah Awam yang mana kesalahan kali

pertama dan pengakuan salah tidak menjadi faktor peringanan

hukuman apabila bertembung dengan kesalahan yang berat dan serius

(Rekod Rayuan m.s 152). YA Hakim Bicara telah merujuk kepada

beberapa kes antaranya:-

i] PP lwn. Vimealathan a/l Sethu,[2000] 6 MLJ 397, Hakim Augustine

Paul menyatakan :-

“Diskaun untuk pengakuan salah hanyalah merupakan satu kenyataan

bersifat peraturan yang umum sahaja dan bukannya satu kemestian

untuk semua kes. Kadangkala di dalam kes tertentu, faktor kepentingan

awam mengatasi segala faktor peringanan yang boleh diberikan daripada

pengakuan salah tertuduh. Keseriusan sesuatu kes itu boleh menafikan

kesan pengakuan salah ini.”

ii] PP lwn. Leo Say & Ors,2 CLJ 155, Hakim Chan telah berkata:-

“Walaupun ketiga-tiga tertuduh telah mengaku salah dan berhak untuk

mendapatkan sedikit kepujian kerana itu, ia mesti diukur

Page 29: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

29

bersetentangan dengan keberatan dan seriusnya jenayah yang telah

dilakukan.”

[6] Prinsip yang disebut oleh Mahkamah Awam tersebut sama seperti

prinsip yang dinyatakan oleh pakar-pakar perundangan Islam. Dr.

Fathi bin al-Tayyib al-Khumasi dalam kitabnya Fiqh al-Jinaie al-

Islami, hlm. 431:-

المشددة : لقد شددة الشريعة األسالمية في بعض العقوبات على األسباب

ه من خطورة مباشرة تمس كيان بعض الجرائم نظرا لما تنطوي علي

المجتمع واألمة وتهدد نظام الدولة واستقرارها وأمنها وهي في حقيقة

األمر أسباب تدعو لتشديد العقوبة والضرب على يد كل من يحاول

زعزعة النظام العام وبث الرعب في قلوب المواطنين....

Bermaksud: Sesungguhnya syariat Islamiah memberatkan hukuman

terhadap sesetengah jenayah jika ia mendatangkan bahaya kepada hal

keadaan masyarakat dan umat Islam dan mengancam sistem Negara,

kestabilan serta keamanannya. Pada dasarnya ia adalah sebab-sebab

yang mendorong kepada pemberatan hukuman yang dikenakan ke atas

setiap orang yang cuba mengoncang sistem masyarakat dan orang yang

menyebarkan ketakutan di dalam hati penduduk…”

[7] Sama seperti apa yang dinyatakan oleh Dr. Abdul Kadir Audah

dalam bukunya al-Tasyri’ al-Jinaie al-Islamie, Edisi Ke 4 (1998),

al-Resalah Publisher: Beirut Lubnan, Jilid 1 halaman 688 –

لكن الكثير من الفقهاء أجازوا استثناءمن هذه القاعدة العامة أن يعاقب

بالقتل تقرير عقوبة القتل ، أو كان فساد المجرم ال يزول إال بقتله ، كقتل

الجاسوس والداعية الى البدعة ومعتاد الجرائم الخطيرة .

Page 30: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

30

Bermaksud: Akan tetapi banyak fuqaha’ mengharuskan pengecualian

daripada kaedah umum ini (kaedah takzir untuk ta’dib) bahawa di

bolehkan takzir dengan hukuman bunuh kerana menjaga maslahah

masyarakat atau kerana di dapati kerosakan yang dilakukan oleh

penjenayah takzir itu tidak akan dapat dihapuskan melainkan dengan

membunuhnya seperti membunuh pengintip dan pendakyah bid’ah dan

orang yang suka melakukan jenayah-jenayah merbahaya.”

[13] Kami berpendapat zahir dari literal peruntukan tersebut memberi

kuasa kepada Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja

atau penjara sahaja atau kedua-duanya.

40.2. Pandangan Hakim Bicara di dalam kes Muhammad Faris Bin Ismail & Shahidah

Binti Abd Wahab lwn. Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka [2011] JH 32 62,

menyatakan;

“Pengakuan bersalah tertuduh merupakan satu faktor yang lazimnya

diambil kira oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Telah

menjadi prinsip undang-undang yang diterima pakai bahawa

pengakuan bersalah adalah merupakan satu faktor mitigasi yang

memihak kepada Tertuduh. Tertuduh seharusnya diberi diskaun

kerana pengakuan salahnya telah menjimatkan masa dan kos.

Mohamed Azmi HMA di dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang

v. P.P (supra) di ms 171 telah menyatakan:

“ ... It is generally accepted that the extent of the reduction on account of

a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what

otherwise would have been the sentence.”

Page 31: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

31

Walaupun demikian, diskaun untuk pengakuan bersalah ini hanyalah

merupakan satu kenyataan bersifat peraturan yang umum sahaja dan

bukannya satu kemestian untuk semua kes. Pengakuan bersalah ini

hanya boleh memihak kepada Tertuduh apabila faktor-faktor lain dan

keadaan di mana sesuatu kesalahan itu dilakukan mengizinkan

pertimbangan sedemikian diberikan kepada Tertuduh kerana

kadangkala di dalam kes-kes tertentu, faktor kepentingan awam

mengatasi segala faktor mitigasi yang diberikan dari pengakuan salah

Tertuduh”

40.3. Pandangan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan di dalam kes

Muhammad Ridhwan Bin Tokiri Seorang Lagi lwn. Ketua Pendakwa Syarie [2012]

JH 34 2 213 menyatakan:

“Kami dapati hukuman yang dikenakan oleh Hakim Bicara ke atas

perayu-perayu ialah atas tujuan pencegahan atau menakutkan pesalah.

Mencegah perayu dari mengulangi perbuatannya dan mencegah

masyarakat dari melakukan kesalahan yang sama. Pendekatan inilah

yang ditegaskan oleh Perayu dalam hujahnya sebagai pendekatan

Tujuan Deteren.Sesungguhnya kami mengakui prinsip tersebut. Soalnya,

adakah pertimbangan pengakuan bersalah dalam kes ini boleh

dijadikan faktor peringanan. Kami berpendapat bahawa apabila tujuan

deteran digunapakai dalam menentukan bentuk hukuman, ia

memerlukan faktor sampingan lain untuk mempertimbangkan pengakuan

bersalah perayu sebagai faktor peringanan. Lazimnya, bentuk

kesalahan, kekerapan kesalahan dilakukan, latar belakang pesalah

dan penggunaan kekerasan semasa melakukan kesalahan menjadi

faktor sampingan bagi membolehkan pengakuan bersalah diterima

sebagai pertimbangan peringanan hukuman atau sebaliknya.”

Page 32: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

32

Justeru itu, walaupun Mahkamah mengambilkira bahawa ini adalah kesalahan kali pertama

Pesalah namun ia hendaklah dipertimbangkan bersama dengan faktor yang lain sebelum

hukuman yang setimpal ditentukan terhadap Pesalah.

Kesan Hukuman

[41] Pesalah merupakan seorang usahawan dan pernah menjawat jawatan sebagai Chief

Operating Officer (COO) bagi syarikat kejuruteraan. Jika Pesalah dijatuhi hukuman yang

menyebabkan Pesalah mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti membuatkan Pesalah

kehilangan peluang untuk meneruskan pekerjaan di masa hadapan. Pesalah juga telah

mendirikan rumahtangga pada tahun 2014 yang menjadikan tanggungjawab Pesalah sudah

pasti semakin besar sebagai seorang ketua keluarga dan kini perlu menanggung 2 orang

anak iaitu anak tiri dari isteri barunya yang berusia 9 tahun dan seorang bayi berusia 5

bulan dari perkahwinan terbaru ini. Jika Pesalah dikenakan hukuman yang berat atau

mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti membuatkan keluarga Pesalah terputus sumber

kewangan kerana isterinya tidak bekerja dan Pesalah ialah “Bread winner of the family”.

Ini sudah pasti akan memberikan tekanan kepada Pesalah dan keluarga Pesalah dan

menyebabkan hidup keluarga ini terumbang-ambing.

[42] Pendakwaan menyatakan bahawa mitigasi Pesalah terhadap kesan sabitan dan keadaan

sebelum kesalahan dilakukan bukanlah satu faktor mitigasi yang valid dan sah untuk

dijadikan sebagai alasan peringanan hukuman. Perkara ini hanyalah merupakan alasan

yang bersifat peribadi sahaja. Pendakwa menghujahkan perkara ini dari aspek konsep

dalam menetapkan apakah bentuk hukuman yang sesuai dalam Common Law, konsep

dalam menetapkan apakah bentuk hukuman yang sesuai dalam Hukum Syarak dan isu

kepentingan awam. Dalam isu rayuan mitigasi ini, Mahkamah berpegang kepada

pandangan yang diputuskan di dalam kes Abdul Kahar B. Ahmad lwn Ketua Pendakwa

Syarie Selangor, Rayuan Jenayah No.: 10000-136-0006-2010, 10000-108-0007-2010,

10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-2010, 10000-107-0010-2010,YAA Pengerusi

Rayuan ada mengulas berhubung isu ini seperti berikut-

Page 33: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

33

[22] Terdapat satu keputusan kes Mahkamah sivil yang menarik dan

mempunyai persamaan prinsip hukuman di bawah Hukum Syara’, iaitu

kes PP lwn. Choon Fatt (1976) 2 MLJ 256, Hakim Hashim Yeop Sani

dalam penghakimannya berkata:-

“Peringanan yang dihujahkan oleh seorang yang telah disabitkan,

biasanya akan menimbulkan masalah kesusahan keluarga dan

masaalah kehidupan yang lain. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah

mungkin dapati sukar untuk memutuskan apakah hukuman yang

seharusnya dikenakan supaya orang itu tidak seterusnya dibebankan

dengan kesusahan tambahan. Pada pandangan saya, ini adalah

pendekatan yang salah. Pendekatan yang betul adalah mengadakan satu

imbangan, sejauhmana yang mungkin, antara kepentingan awam dan

kepentingan tertuduh”.

[22] Pendirian Hakim tersebut jelas menunjukkan kesusahan tambahan

terhadap diri dan keluarga akibat sesuatu hukuman tidak boleh

menjadi sebab kepada peringanan hukuman apabila berhadapan

dengan soal kepentingan awam. Kami dapati Mahkamah Bicara telah

merujuk keputusan kes Mahkamah Sivil tersebut dalam Alasan

Penghakimannya (Rekod Rayuan m.s 152). Oleh itu kami berpendapat

hujah pihak Perayu dalam isu ini adalah hujah yang kosong apabila

gagal mematahkan otoriti kes yang dirujuk oleh Mahkamah Bicara.

Justeru itu, alasan ini bukanlah satu-satunya faktor yang boleh diambilkira sebagai

peringanan semata-mata bahkan Mahkamah ini menjadikan kepentingan awam

adalah lebih utama berbanding kepentingan individu.

Pengakuan Insaf dan Bertaubat

[43] Pesalah juga telah insaf dan bertaubat dan tidak lagi pergi ke mana-mana pusat urutan atau

spa. Pesalah telah mula menyertai kelas-kelas bimbingan agama dan bacaan al-Quran di

Page 34: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

34

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak dan berulang alik dari rumahnya di

Pahang ke Gombak bagi mengikuti kelas-kelas bimbingan agama dan al-Quran serta

mengadakan kelas membantu anak-anak qaryah yang menghadapi masalah dan

membimbing anak-anak ini dalam mempelajari bacaan al-Quran. Pesalah sudah tidak lagi

mengulangi kesilapan lampau dan kini mula terlibat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan

sebagai tanda insaf dan bertaubat. Manakala Pendakwaan menegaskan bahawa kes Pesalah

ini bukanlah kes pengakuan bersalah bahkan kes bicara yang mengambil masa yang cukup

lama untuk sampai ke tahap ini sejak tahun 2009 lagi 2016. Pendakwaan menyatakan isu

insaf dan taubat tidak wajar ditimbulkan diperingkat ini kerana pensabitan dibuat oleh

Mahkamah terhadap di atas kewajaran keterangan-keterangan yang dibawa oleh pihak

pendakwa melalui saksi-saksinya dan bukan dibuat di atas pengakuan salah yang mana

pastinya pengakuan salah itu terbit dari rasa insaf dan taubat.

[44] Dalam isu ini, tanpa mengulas hujahan pendakwaan sekalipun, Mahkamah ini berpegang

kepada prinsip yang digariskan di dalam kes kes Abdul Kahar B. Ahmad lwn Ketua

Pendakwa Syarie Selangor,Rayuan Jenayah No.: 10000-136-0006-2010, 10000-108-0007-

2010, 10000-109-0008-2010, 10000-134-0009-2010, 10000-107-0010-2010 yang

menyatakan–

[16] Berhubung dengan hujah pihak Perayu bahawa Mahkamah Bicara

telah menolak pernyataan taubat pihak Perayu di hadapan YA Hakim

Perayu. Kami berpandangan bahawa ia sesuatu yang berisiko untuk

diterima pernyataan taubat Perayu begitu sahaja. Ini adalah kerana

berdasarkan kaedah:-

األصل في أمور العارضة العدم

Bermaksud: “Asal pada perkara yang mendatang tidak ada”.

Taubat hanya wujud apabila dibuktikan.Ia perkara yang baharu (atau yang

mendatang).Hakim diperintahkan menghukum berdasarkan zahir

Page 35: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

35

sesuatu.Perkara taubat adalah perkara dalam hati.Manusia hanya dapat

mengetahui seseorang itu bertaubat melalui tanda-tanda zahir.

Sebagaimana yang disebut oleh Dr. Abdul Kadir Audah (buku yang sama)

m.s 352. Beliau menyebutkan bahawa taubat penjenayah menurut

sebahagian daripada Mazhab Shafie dan Hanbali hendaklah dibuktikan

melalui amal soleh.

ويشترط بعض هؤالء الفقهاء شرطا آخر ، وهو أن تكون التوبة مصحوبة

، بإصالح العمل ، وهذا الشرط يقتضى مضى مدة يعلم صدق التوبة

[17] Ia amat bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah, ayat

39:-

غفور رحيمتاب من بعد ظلمه وأصلح فإن هللا يتوب عليه إن هللا نفم

Terjemahan: “Sesiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan dan

memperbaiki amalannya, maka Allah menerima taubatnya.

Walaupun isu yang dirayu di Mahkamah Rayuan Syariah tersebut adalah berlainan dan

lebih berat berbanding isu di hadapan Mahkamah ini, namun isu taubat yang dibangkitkan

oleh Pesalah masih bergantung kepada prinsip hukum syarak yang digariskan di dalam kes

tersebut. Oleh yang demikian, untuk membuat kesimpulan Pesalah telah insaf adalah suatu

risiko yang mana bukan tanggungjawab Mahkamah ini untuk menilai taubat seseorang

hamba Allah s.w.t.

Fakta Kes

[45] Selain daripada faktor di atas, Mahkamah juga mengambilkira faktor fakta kes ini sendiri

yang mana Pesalah ini sememangnya merancang untuk melakukan kesalahan ini

berdasarkan fakta kes yang dijelaskan oleh saksi-saksi Pendakwa sebagaimana berikut:-

Page 36: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

36

45.1. Pertama, berkaitan dengan tempat tangkapan yang mana Pesalah ditangkap berada

berdua-duaan di dalam bilik di sebuah bilik hotel. Tindakan Pesalah berada di tempat

ini telah menjadi qarinah yang jelas terhadap niat mereka sendiri iaitu melakukan

suatu perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.

45.2. Kedua, fakta berkaitan masa kejadian dan tangkapan kes tersebut telah jelas

menunjukkan niat sebenar Pesalah berada di dalam bilik tersebut pada jam yang tidak

dapat ditentukan masanya secara spesifik kerana terdapat percanggahan keterangan

daripada saksi Pendakwa.

45.3. Ketiga, Mahkamah mendapati keadaan Pesalah semasa tangkapan juga amat

memalukan dan mengaibkan yang mana Mahkamah berpuashati bahawa sewaktu

pintu dibuka Pesalah dan pasangannya berkeadaan tidak berpakaian. Pesalah di

dalam keadaan berbaring dan pasangannya berada di atasnya dan duduk di antara

peha dan pusat. Dalam keadaan yang mengaibkan sebegitu, telah jelas menunjukkan

niat sebenar kedua-duanya walaupun tidak nampak perbuatan yang dilakukannya,

tetapi dengan keadaan berpakaian sebegitu di dalam bilik berdua-duaan jelas terdapat

niat untuk melakukan kesalahan tersebut.

Faktor Umur Pesalah

[46] Mahkamah juga mengambilkira faktor bahawa Pesalah berumur 41 tahun ketika tangkapan

dilaksanakan. Pada pandangan Mahkamah, sepatutnya pada umur ini segala tindak tanduk

seharusnya menunjukkan kematangan sesuai dengan peningkatan umur Pesalah.

Mahkamah percaya bahawa Pesalah merupakan seorang yang dewasa, waras, mukallaf,

boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk dan bertindak sendiri terhadap

sebarang perlakuan. Tiada sebarang alasan yang munasabah telah diberikan oleh Pesalah

terhadap kesalahan yang telah dilakukan olehnya memandangkan Pesalah telah cukup

syarat untuk menanggung risiko terhadap setiap perbuatannya.

Page 37: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

37

Jenis Kesalahan

[47] Pesalah telah disabitkan melakukan kesalahan dengan melakukan perbuatan sebagai

persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah sedangkan Pesalah dan pasangannya

itu tidak mempunyai hubungan suami isteri. Kesalahan persediaan melakukan

persetubuhan luar nikah ini adalah merupakan suatu kesalahan yang berat dan berlawanan

dengan larangan syarak iaitu satu perbuatan yang menghampiri zina.

[48] Bahkan Mahkamah bersetuju dengan pendakwaan bahawa perlakuan Pesalah adalah

dilarang dan menyebabkan Islam dipandang serong serta menghampiri zina atau ”bunga-

bunga” zina pun adalah ditegah secara ab Inito, maka apatah lagi jika perbuatan zina itu

sendiri. Ini memberi refleks yang cukup jelas bahawa perbuatan ini merupakan satu

kesalahan yang serius kerana dalil naqlinya juga telah jelas dinyatakan di dalam al-Quran

dan al-Sunnah. Apatah lagi jika dilihat kepada dalil-dalil aqli yang mana kesan kepada

perbuatan menghampiri zina dan zina itu sendiri amatlah buruk dan teruk sekali. Ini

bersesuaian dengan pandangan Hakim Bicara di dalam kes Pendakwa Syarie lwn Mohd

Faizdehar Bin Wan Abdullah (2012) 3 ShLR 95 yang menyatakan bahawa kesalahan

persediaan melakukan persetubuhan luar nikah adalah kesalahan yang serius kerana ia

termasuk di dalam kategori muqaddimah zina. Sudah tentu, kesalahan ini lebih berat

daripada kesalahan khalwat bersesuaian dengan larangan Allah S.W.T melalui Surah Al-

Isra’ ayat 32 :

نا إنه كان فاحشة وساء سبيال وال تقربوا الز

Bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina kerana

zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang

membawa kerosakan.

Prinsip Dan Bentuk Hukuman

[49] Sebelum sesuatu hukuman ditentukan, Mahkamah hendaklah meneliti dan

mempertimbangkan kepada keseluruhan fakta kes ke atas Pesalah ini. Asas yang

Page 38: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

38

digariskan oleh hukum syarak di dalam menjatuhkan hukuman takzir adalah jelas sebagai

dinyatakan sebagaimana berikut:-

49.1. Pandangan Abdul Qadir Audah dalam kitabnya al-Tasyri’ al-Jina’ie al-Islami, Jilid

1, hlm. 615 yang menyatakan bahawa:

“Adapun bagi kesalahan-kesalahan takzir, syariat memberi kebebasan

kepada hakim di dalam memilih hukuman yang sesuai di antara

sekumpulan hukuman. Sebagaimana juga diberikan kebebasan kepada

hakim di dalam menetapkan kadar hukuman dan kebebasan menentukan

pemilihan hal keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah (dalam

persoalan meringan atau memberatkan hukuman). Sekiranya hakim

berpendapat bahawa hal keadaan jenayah dan hal keadaan penjenayah

tidak menghendaki peringanan, maka hakim hendaklah menghukum

penjenayah mengikut hukuman yang selayaknya dengan jenayah yang

dilakukannya. Sekiranya hakim berpendapat hal keadaan penjenayah

menghendaki peringanan hukuman, maka hakim hendaklah menghukum

dengan hukuman yang sesuai dengan keperibadiannya, hal keadaannya

dan hal keadaan kehidupannya serta akhlaknya. Sekiranya pula bahawa

hal keadaan jenayah menghendaki pemberatan hukuman, sedangkan hal

keadaan penjenayah menghendaki ia diringankan, maka hakim

hendaklah menghukum dengan hukuman pertengahan, dia tidak boleh

memberatkan hukuman dan tidak juga boleh meringankannya.”

49.2. Mahkamah juga merujuk kepada kitab al-Uqubah Fi al-Fiqh al-Islami, hlm. 135,

karangan Ahmad Fathi Bahansi, menyatakan:

أن مقدارالتعزيز بحسب المصلحة وعلى قدر الجريمة

Page 39: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

39

Maksud: Sesungguhnya kadar ta’zir yang dijatuhkan hukum kepada

pesalah ta’zir adalah mengikut kemaslahatan dan juga tahap jenayah

yang telah dilakukan.

[50] Mahkamah suka menegaskan tujuan utama perlaksanaan hukuman takzir yang harus

difahami oleh semua pihak adalah untuk pencegahan dan pengajaran disamping

pemulihan dan pendidikan. Pencegahan ertinya mencegah Pesalah dari mengulangi

perkara yang sama disamping mencegah orang lain dari melakukannya. Oleh itu, semua

hukuman yang ditentukan oleh Mahkamah hendaklah mencapai tujuan tersebut yang

mana mungkin berbeza hukumannya di antara satu kes dengan kes yang lain. Ia adalah

bertepatan dengan hukum syarak sebagaimana pendapat Dr. Fathi bin al-Tayyib al-

Khumasi dalam kitabnya Fiqh al-Jinaie al-Islami, hlm.431:-

األسباب مشددة : لقد شددة العقوبة الشريعة اإلسالمية فى بعض العقوبات عى

بعض الجرائئم نظرا لما تنطوى عليه من خطورة مباشرة تمس كيان المجتمع

ام الدولة واستقرارها وأمنها وهى فى حقيقة األمر أسباب تدعو واألمة وتهدد نظ

لتشديد العقوبة والضرب على يد كل كن يحاول زعزعة النظام العا وبث الرعب

في قلوب المواطنين

Maksud: Sesungguhnya syariat Islamiyah memberatkan hukuman

terhadap sesetengah jenayah jika ia mendatangkan bahaya hal

keadaan masyarakat dan umat islam dan bahaya kepada hal

keadaan masyarakat dan umat islam dan mengancam sistem

Negara, kestabilan serta keamanannya. Pada dasarnya ia adalah

sebab-sebab yang mendorong kepada pemberatan hukuman yang

dikenakan ke atas setiap orang yang cuba menggoncang sistem

masyarakat dan orang yang menyebakan ketakutan di dalam hati

penduduk…

Page 40: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

40

[51] Prinsip mengutamakan kemaslahatan awam berbanding individu ini di dalam

memutuskan hukuman ini telahpun kukuh sebagaimana pandangan di dalam kes Mohd

Farizal Bin Mohd Fatimi lwn. Ketua Pendakwa Syarie, Kes Rayuan Jenayah No. 10000-

114-0013-2015 yang menyatakan-

[10] Semasa memutuskan hukuman tersebut kami percaya Yang Arif Hakim

Bicara telah dipandu oleh beberapa pertimbangan. Yang pertama dan

paling utama ialah kepentingan awam. Ini kerana udang-undang

jenayah dilaksanakan secara awam bukan sahaja dengan tujuan

menghukum penjenayah tetapi juga dengan harapan menghalangnya.

Satu hukuman wajar dijatuhkan secara umum berkhidmat untuk

kepentingan awam dalam dua cara iaitu:

i. Ia boleh menghalang orang lain yang mungkin terpengaruh untuk

menlakukan jenayah kerana kononnya ia menawarkan wang yang

mudah dengan andaian bahawa jika pesalah ditangkap akan dibawa

ke muka pengadilan, hukuman yang akan dijatuhkan adalah hanya

didenda sahaja.

ii. Hukuman sedemikian boleh juga mendeter penjenayah tertentu

daripada melakukan sesuatu jenayah sekali lagi atau mendorongnya

untuk berubah daripada penghidupan jenayah kepada penghidupan

sebenar.

[11] Kepentingan awam sememangnya dilaksana secara terbaik sekali jika

pesalah didorong untuk berubah daripada cara-cara penghidupan

penjenayah kepada penghidupan yang benar, walaupun mungkin

hukuman itu tidak mengubah kehidupan pesalah namun hukuman itu

sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan orang lain

melakukannya. Hukuman juga memberi peringatan dan amaran

kepada orang lain yang sepertinya atau yang cuba menjadi sepertinya,

Page 41: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

41

alasan berfikir tentang perbuatan yang mereka lakukan, atau patut

mengelakkan diri dari melakukannya.

[12] Seterusnya Mahkamah juga menghukum sedemikian dengan tujuan

untuk melindungi masyarakat daripada kecenderungan melakukan

kesalahan yang sama. Disamping itu juga hukuman ini bertujuan bagi

menandakan beratnya kesalahannya, menekankan ketidaksetujuan

awam atas perbuatannya, bertindak sebagai amaran kepada orang-

orang lain, menghukum pesalah dan yang paling penting sekali ialah

melindungi orang awam dari melakukannya.

[52] Dalam konteks hukuman berdasarkan undang-undang pula, Hukuman yang boleh

dijatuhkan ke atas Pesalah ini setelah disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen

26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 adalah dengan salah satu daripada empat (4)

bentuk hukuman yang diperuntukan iaitu sama ada menjatuhkan hukuman denda tidak

melebihi RM 5,000.00 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak

melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut. Justeru itu, adalah

menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk memastikan hukuman yang di peruntukkan ini

mampu mencapai tujuan takzir itu dilaksanakan. Oleh yang demikian, setelah Mahkamah

mempertimbangkan keseluruhan fakta di atas maka hukuman yang wajar diputuskan

terhadap Pesalah adalah sebagaiman dijelaskan di bawah ini satu persatu.

Hukuman Denda Penjara

[53] Mahkamah berpandangan bahawa hukuman denda adalah suatu hukuman yang biasa dan

mampu di bayar oleh Pesalah tanpa meninggalkan sebarang pengajaran terhadap mana-

mana orang yang disabitkan bersalah. Faktor kewangan masa kini bukanlah satu masalah

yang besar dan hanya dipandang remeh oleh masyarakat umum sehingga tidak mengambil

iktibar terhadap keputusan Mahkamah. Apatah lagi melihat kepada aspek kemampuan

Pesalah yang bekerja sebagai seorang usahawan dan pernah menjawat jawatan sebagai

Chief Operating Officer (COO) yang mempunyai pendapatan yang agak besar berbanding

hukuman denda yang diperuntukkan di dalam undang-undang bagi kesalahan ini.

Page 42: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

42

Walaupun begitu, hukuman ini wajar dikenakan kepada Pesalah dengan harapan ianya

dapat memberi pengajaran untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dengan kadar

yang maksimum.

Hukuman Penjara

[54] Pesalah telah merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara bagi mengelakkan masa

depan Pesalah dan keluarga yang baru dibinanya terjejas dengan hukuman tersebut.

Mahkamah juga tidak bercadang untuk mengenakan hukuman penjara kepada Pesalah ini

bagi mengelakkan sebarang masalah lain di masa depan bagi Pesalah ini walaupun

hakikatnya Pesalah ini sendiri tidak memikirkannya. Ini kerana jika Pesalah ini

memikirkan masa depannya, Pesalah ini sudah pasti tidak akan berani melakukan

kesalahan berat ini.

Hukuman Sebatan

[55] Pesalah merayu agar tidak dikenakan hukuman sebat kerana Pesalah telah disahkan

menghidap Diabetes Mellitus Type 2 berdasarkan kepada ikatan dokumen Pesalah di Tab

B. Pesalah menghujahkan bahawa pesakit diabetes akan menghadapi masalah luka yang

lambat sembuh. Kesan daripada hukuman sebat dikhuatiri akan memberikan kesan luka

yang lambat sembuh. Walaubagaimanapun laporan perubatan daripada Klinik Mutiara

yang dilampirkan tersebut hanya bertulis tangan yang sukar difahami dan tiada sebarang

pengesahan daripada Doktor perubatan kerajaan. Bahkan kebimbangan Pesalah berkaitan

sebatan syariah ini adalah amat jelas seolah-olah sebatan tersebut mempunyai kesan yang

sama seperti sebatan sivil jika dilihat kepada rayuan Pesalah ini.

[56] Sedangkan Mahkamah berpendapat bahawa jika dilihat sebatan di dalam kes-kes yang

melibatkan jenayah syariah ini tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan

menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang.

Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran seperti denda seorang guru kepada anak muridnya,

ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan atas dasar

dendam atau geram kepada seorang pesalah. Keseluruhan proses sebatan syariah hendaklah

tertakluk kepada garis panduan yang telah di peruntukan berkaitan hukuman sebat ini

Page 43: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

43

sebagaimana Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Ia

bersesuaian dengan panduan yang diberikan oleh hukum syarak sebagaimana pandangan

fuqaha di dalam Kitab al-Muhazzab , jld. 5, hlm. 458 yang menyatakan bahawa agama

Islam telah menggariskan beberapa pra syarat sebatan menurut perspektif Islam iaitu:

i. Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan

ii. Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang

besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.

iii. Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tangannya melebihi paras

ketiak, atau tidak boleh erlihat bawah lengannya semasa

mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak

pula terlalu perlahan.

iv. Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.

v. Lelaki disebat secara berdiri manakala wanita secara duduk.

[57] Mahkamah berpandangan hukuman sebatan syariah ini wajar dikenakan ke atas Pesalah ini

bagi sebagai pengajaran kepadanya agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Manakala

faktor samada sebatan ini boleh dilaksanakan ataupun sebaliknya kerana penyakit diabetes

Pesalah ini, biarlah laporan perubatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan yang

menentukannya sebelum perlaksanaan sebatan dilaksanakan. Justeru itu, Mahkamah

memutuskan untuk mengenakan hukuman sebat ke atas Pesalah sebagai tambahan

hukuman kepadanya.

Page 44: Enakmen Jenayah Syariah - Persediaan Melakukan ... v AMZ.pdf · yang menyediakan khidmat urutan serta seks. Semasa pemeriksaan bilik ke bilik ... luar nikah walaupun perbuatan itu

44

Keputusan

KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pendakwa dan kehadiran Tertuduh bersama

Peguam Syarie, Encik Abdul Halim Bin Bahari. SETELAH MENELITI semua kertas kausa,

keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:

1. Mahkamah menjatuhkan hukuman bagi Pesalah iaitu AMZ dengan denda sebanyak RM

5000.00 atau penjara 4 bulan jika gagal membayar denda DAN Pesalah dihukum sebat

sebanyak enam (6) kali sebatan.

2. Pesalah ini hendaklah ditahan di Penjara sehingga hukuman sebat dilaksanakan

sebagaimana kehendak Seksyen 125 (4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) 2003.