empat kesilapan maut seorang newbie affiliate

5
Empat kesilapan Maut seorang newbie Affiliate. Setiap newbie yang menceburi bidang affiliate pasti mahu berjaya. Mereka selalunya tertarik dengan kenyataan – kenyataan atau cerita – cerita dari para otai mengenai kesenangan menjana wang menerusi affiliate. Namun, ia tidaklah semudah itu kerana semuanya perlu ada usaha dan semangat untuk tidak berputus asa. Ramai para newbie beranggapan bahawa kekayaan boleh di capai dalam masa satu malam tanpa mengeluarkan usaha yang setimpal. Ingin saya katakan, ia adalah mustahil untuk berjaya dalam masa yang sekejap. Walaupun terdapat para otai yang menjana ribuan ringgi sehari, mereka adalah golongan berpengalaman dan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menggapai pendapatan tersebut. Untuk mengelakkan para newbie tersungkur menghadap bumi, saya senaraikan empat kesilapan yang anda mesti elak pada permulaan karier anda sebagai seorang affiliate.

Upload: azlan-araof

Post on 18-Jul-2015

151 views

Category:

Business


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Empat kesilapan maut seorang newbie affiliate

Empat kesilapan Maut seorang newbie

Affiliate.

Setiap newbie yang menceburi bidang affiliate pasti mahu berjaya. Mereka

selalunya tertarik dengan kenyataan – kenyataan atau cerita – cerita dari para

otai mengenai kesenangan menjana wang menerusi affiliate. Namun, ia tidaklah

semudah itu kerana semuanya perlu ada usaha dan semangat untuk tidak

berputus asa.

Ramai para newbie beranggapan bahawa kekayaan boleh di capai dalam masa

satu malam tanpa mengeluarkan usaha yang setimpal. Ingin saya katakan, ia

adalah mustahil untuk berjaya dalam masa yang sekejap. Walaupun terdapat para

otai yang menjana ribuan ringgi sehari, mereka adalah golongan berpengalaman

dan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menggapai pendapatan

tersebut.

Untuk mengelakkan para newbie tersungkur menghadap bumi, saya senaraikan

empat kesilapan yang anda mesti elak pada permulaan karier anda sebagai

seorang affiliate.

Page 2: Empat kesilapan maut seorang newbie affiliate

Mempromosi produk dengan komisyen

affiliate yang tinggi.

Tidak salah untuk mempromosi produk affiliate yang mempunyai komisyen yang

tinggi. Namun, anda perlu peka jika sesuatu produk itu mempunyai nilai komisyen

yang tinggi, ia sudah tentu akan menarik ramai affiliate yang berpengalaman

untuk mempromosikan produk tersebut. Anda sebagai newbie, hampir mustahil

untuk bersaing dengan mereka kerana mereka akan berada di mana-mana sahaja

ruang yang ada untuk mempromosi produk tersebut.

Untuk permulaan, anda pilih produk yang mempunyai jumlah komisyen yang agak

sederhana supaya anda nampak hasilnya ketika anda mempraktikkan apa yang

anda belajar berkenaan dengan affiliate.

Page 3: Empat kesilapan maut seorang newbie affiliate

Mempromosi terlalu banyak produk dalam

satu masa.

Kesilapan yang newbie selalu lakukan adalah mereka terlalu bersemangat dan

mempromosi terlalu banyak produk sehingga tidak tahu apa yang patut di lakukan

di kemudian hari. Peraturan pertama sebagai newbie adalah mengikut langkah

demi langkah. Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa melainkan

anda yakin anda mampu berbuat demikian.

Promosi terlalu banyak produk menjadikan anda tidak cermat dalam setiap

pekerjaan anda. Anda akan tertekan jika segala rancangan anda tidak mengena

atau hasilnya tidak seperti yang anda harapkan.

Tidak melabur untuk pendidikan.

Page 4: Empat kesilapan maut seorang newbie affiliate

Ramai para newbie tidak mahu membeli ebook kerana mereka yakin bahawa

segala maklumat ada di internet. Kenapa perlu kedekut untuk mencari ilmu? Anda

perlu berani dan bergerak pantas. Laburkan wang untuk belajar bagaimana

hendak menjadi seorang affiliate. Praktikkan apa yang di pelajari dan pelbagaikan

teknik mengikut acuan sendiri.

Dengan melaburkan wang untuk pendidikan, anda akan lebih pantas dan laju

untuk bertindak. Selain itu, anda dapat lihat sendiri bagaimana orang menjana

pendapatan melalui affiliate.

Tiada website.

Page 5: Empat kesilapan maut seorang newbie affiliate

Kesilapan biasa bagi seorang newbie affiliate adalah mereka tiada website sendiri.

Memang benar, anda tidak perlu ada website sendiri untuk memulakan

perniagaan affiliate. Namun, anda perlu segera mewujudkan blog atau website

sendiri dari awal –awal lagi supaya anda tidak perlu mahirkan diri di kemudian

hari.

Maksud saya di sini adalah website adalah perlu bagi pemasaran affiliate. Website

boleh di ibaratkan sebagai pengkalan bagi anda dalam pemasaran affiliate. Lebih

elok, anda wujudkan satu website bagi satu niche supaya aktiviti promosi anda

lebih tersusun dan agak fokus.