ekosistem.docx

16
KOMPONEN-KOMPONEN EKOSISTEM Komponen-komponen yang membentuk ekosistem terdiri daripada dua bentuk iaitu komponen abiotik dan komponen biotik. A. Abiotik 1 Abiotik atau komponen tak hidup adalah komponen fizik dan kimia yang merupakan medium atau substrat tempat berlakunya kehidupan atau lingkungan tempat berlakunya kehidupan. Sebahagian besar komponen abiotik bervariasi dalam ruang dan waktunya. Komponen abiotik adalah terdiri daripada bahan organik, senyawa anorganik dan faktor yang mempengaruhi distribusi organisme, iaitu: 1. Suhu: 2 Proses biologi dipengaruhi oleh suhu. Suhu mempunyai pengaruh yang amat penting terhadap perkembangan makhluk biologi. Mamalia dan unggas memerlukan tenaga untuk menghilangkan haba dari tubuhnya. Hanya organisme tertentu sahaja yang mampu hidup pada suhu yang melampau. 2. Air: 3 Kewujudan air mempengaruhi kewujudan organisme. Organisme di gurun beradaptasi terhadap kewujudan air di gurun. Air amat penting untuk pertumbuhan tumbuhan dan penyebaran biji benih tumbuhan. Manakala bagi haiwan air dijadikan sebagai sumber minuman. Bagi manusia pula air dijadikan sebagai sumber minuman dan bahan untuk bersuci. Bagi unsur abiotik yang lain air diperlukan sebagai pelarut. 1 Teguh Sugiyarto dan Eny Ismawati (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta: Grasindo. 2 Hewit Paul et. al (2007). Conceptual Integrated Science. United State Of America: Pearson Education 3 Dunia dalam Layar Maya. http://juprimalino.blogspot.com/2012/06/komponen-abiotik- tanah-air-udara-cahaya.html . Diakses pada 18 Disember 2013, Jam: 2200. 1

Upload: abdul-halim

Post on 25-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: EKOSISTEM.docx

KOMPONEN-KOMPONEN EKOSISTEM

Komponen-komponen yang membentuk ekosistem terdiri daripada dua bentuk iaitu

komponen abiotik dan komponen biotik.

A. Abiotik1

Abiotik atau komponen tak hidup adalah komponen fizik dan kimia yang merupakan medium

atau substrat tempat berlakunya kehidupan atau lingkungan tempat berlakunya kehidupan.

Sebahagian besar komponen abiotik bervariasi dalam ruang dan waktunya. Komponen

abiotik adalah terdiri daripada bahan organik, senyawa anorganik dan faktor yang

mempengaruhi distribusi organisme, iaitu:

1. Suhu:2 Proses biologi dipengaruhi oleh suhu. Suhu mempunyai pengaruh yang amat

penting terhadap perkembangan makhluk biologi. Mamalia dan unggas memerlukan

tenaga untuk menghilangkan haba dari tubuhnya. Hanya organisme tertentu sahaja

yang mampu hidup pada suhu yang melampau.

2. Air:3 Kewujudan air mempengaruhi kewujudan organisme. Organisme di gurun

beradaptasi terhadap kewujudan air di gurun. Air amat penting untuk pertumbuhan

tumbuhan dan penyebaran biji benih tumbuhan. Manakala bagi haiwan air dijadikan

sebagai sumber minuman. Bagi manusia pula air dijadikan sebagai sumber minuman

dan bahan untuk bersuci. Bagi unsur abiotik yang lain air diperlukan sebagai pelarut.

3. Garam:4 Konsentrasi garam mempengaruhi keseimbangan air dalam organisme

melalui osmosis. Beberapa organisme terestrial beradaptasi dengan lingkungan

kandungan garam tinggi.

4. Cahaya Matahari:5 Cahaya matahari mempengaruhi ekosistem secara global

kerana matahari adalah penentu suhu dan sumber tenaga yang amat penting bagi

1 Teguh Sugiyarto dan Eny Ismawati (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta: Grasindo.2 Hewit Paul et. al (2007). Conceptual Integrated Science. United State Of America: Pearson Education

3 Dunia dalam Layar Maya. http://juprimalino.blogspot.com/2012/06/komponen-abiotik-tanah-air-udara-cahaya.html. Diakses pada 18 Disember 2013, Jam: 2200.

4 http://www.midcc.at/main/PDF/Abiotik.pdf. Diakses pada 21 Disember 2013, Jam: 2311.

5 http://www.hikmat.web.id/biologi-klas-x/komponen-abiotik/. Diakses pada 17 Disember 2013, Jam: 0900.

1

Page 2: EKOSISTEM.docx

haiwan dan tumbuhan. Cahaya matahari juga merupakan unsur tenaga yang

diperlukan oleh tumbuhan untuk berfotosintesis.

5. Tanah dan Batu:6 Tanah merupakan tempat hidup bagi manusia dan haiwan dan

asas kepada tumbuhan untuk mendapatkan mineral. Beberapa ciri-ciri tanah yang

meliputi struktur fizik, nilai pH dan komposisi mineral mengehadkan penyebaran

organisme berdasarkan kepada kandungan sumber makanannya di dalam tanah.

6. Iklim:7 Iklim adalah keadaan cuaca dalam jangka waktu lama dalam sesuatu

kawasan. Iklim terbahagi kepada dua jenis iaitu iklim mikro dan iklim makro. Iklim

makro meliputi iklim global, kawasan dan setempat. Iklim mikro meliputi iklim dalam

suatu daerah yang dihuni komuniti tertentu.

B. Biotik8

Biotik adalah istilah yang biasanya digunakan untuk menyebut sesuatu yang hidup

(organisme). Komponen biotik adalah suatu komponen yang terdiri daripada suatu

ekosistem selain komponen abiotik (tidak bernyawa). Berdasarkan peranan dan fungsinya,

makhluk hidup diklasifikasikan kepada:

1. Autotrof9 / Pengeluar / Produser

Produser merupakan organisme yang mampu menghasilkan zat makanan sendiri (autotrof)

melalui proses fotosintesis. Yang termasuk dalam kelompok ini adalah tumbuhan hijau atau

tumbuhan yang mempunyai klorofil. Produser ini kemudian dimanfaatkan oleh organisme-

organisme yang tidak mampu menghasilkan makanan. Dalam ekosistem darat, tumbuhan

sangat diperlukan sebagai sumber makanan makhluk hidup yang lain. Sementara itu dalam

ekosistem akuatik, organisme dengan klorofil adalah berbagai jenis.

2. Heterotrof10 / Konsumer

6 Ecosystem, Biomes and Habitat. The Franklin Institute. http://www.fi.edu/tfi/units/life/habitat/habitat.html.

Diakses pada 18 Disember 2013, Jam: 2157.

7 http://www.isomwebs.net/2013-04/faktor-abiotik-iklim/. Diakses pada 15 Disember 2013, Jam: 0405.

8 Deden Abdurahman (t.t). Biologi Kelompok Pertanian. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.9 Pengertian dan Definisi. http://www.kamusq.com/2013/07/organisme-autotrof-adalah-pengertian.html. Diakses

pada 21 Disember 2013, Jam: 0800.

10 Hartono (t.t). Jelajah Bumi dan Alam Semesta. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.

2

Page 3: EKOSISTEM.docx

Komponen heterotrof terdiri dari organisme yang memanfaatkan bahan-bahan organik yang

disediakan oleh organisme lain sebagai makanannya. Komponen heterotrof disebut juga

konsumer makro (fagotrof) kerana makanan yang dimakan berukuran lebih kecil. Heteroterof

adalah manusia, haiwan dan mikrob.

3. Pengurai / Dekomposer11

Pengurai atau dekomposer adalah organisme yang menguraikan bahan organik yang

berasal daripada organisme mati. Pengurai disebut juga konsumer makro (sapotrof) kerana

makanan yang dimakan berukuran lebih besar. Organisme pengurai menyerap sebahagian

hasil penguraian tersebut dan melepaskan bahan-bahan yang sederhana yang dapat

digunakan kembali oleh produser. Pengurai terdiri daripada bakteria. Ada pula pengurai

yang disebut detritivor, iaitu haiwan pengurai yang memakan sisa-sisa bahan organik,

contohnya adalah kutu kayu. Jenis pengurai terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Aerobik: Oksigen adalah penerima elektron / oksidan.

2. Anaerobik: Oksigen tidak terlibat. Bahan organik sebagai penerima elektron /oksidan.

3. Fermentasi: Bahan organik yang teroksida juga sebagai penerima elektron.

Komponen tersebut berada pada suatu tempat dan berinteraksi untuk membentuk

kesatuan ekosistem.

JENIS-JENIS EKOSISTEM

Terdapat pelbagai ekosistem di dunia ini. Tetapi secara secara umumnya ia dapat

dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

1. Ekosistem Alamiah:12 iaitu ekosistem yang terbentuk secara alamiah tanpa adanya

campur tangan manusia. Contoh ekosistem ini ialah ekosistem sungai, ekosistem

gurun, ekosistem terumbu karang, ekosistem savana, ekosistem laut dan

sebagainya.

2. Ekosistem Buatan:13 iaitu ekosistem yang terbentuk hasil campur tangan manusia.

Ekosistem buatan ini dicipta untuk memenuhi keperluan manusia. Contoh-contoh

11 http://biologiuinmks.blogspot.com/2011/10/dekomposer.html. Diakses pada 25 Disember 2013, Jam: 0845.

12 http://www.slideshare.net/Febii_L/ekosistem-16750927#btnLast. Akses pada 20 Disember 2013, Jam 1217.

3

Page 4: EKOSISTEM.docx

ekosistem buatan ini ialah ekosistem sawah, ladang sawit, ekosistem penempatan

contohnya bandar dan kampung, eksosistem saliran, ekosistem hutan buatan,

agroekosistem dan sebagainya.

A. EKOSISTEM ALAMIAH14:

Ekosistem yang terhasil daripada semulajadi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Ekosistem Akuatik

2. Ekosistem Daratan Terestrial

Kepelbagaian ekosistem ini memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Contohnya, ekosistem hutan

hujan tropika yang berada di kawasan tropika juga subtropika. Ekosistem ini bertempat di

kawasan dengan jumlah curahan hujan antara 200 hingga 225 cm per tahunnya. Sementara

itu, jenis tumbuhan yang ada di dalam ekosistem hutan hujan tropika ini sangat banyak. Di

antara tumbuhan ini biasanya terdapat tumbuhan yang khas seperti anggerik, liana dan lain-

lain. Selain tumbuhan, ada juga haiwan yang menghuni ekosistem tersebut iaitu kera,

burung, badak dan sebagainya. Sama seperti ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem

yang lain juga memiliki komponen tertentu yang juga menjalin interaksi dan saling berkait

antara satu sama lain.

Jenis ekosistem akuatik15 atau air ialah:

1. Ekosistem Air Tawar16

Antara ciri-ciri ekosistem air tawar ialah mempunyai suhu yang rendah dan

mempunyai dipengarahi oleh keadaan iklim dan cuaca dan mempunyai kadar

penetrasi cahaya yang kurang. Berdasarkan intensiti cahaya matahari yang diterima,

kawasan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

a) Litoral: kawasan air yang cetek, Cahaya matahari dapat menembusi hingga ke

dasar air.

b) Limnetik: kawasan yang masih boleh ditembusi cahaya matahari.

13 http://biologyyekosistem.wordpress.com/ekosistem/ekosistem-buatan/. Diakses pada 25 Disember 2013, Jam

09.00

14 ______ (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta: Yudhistira Ghalia.15 Ricky Firmansyah (t.t). Mudah dan Aktif Belajar Biologi. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.16 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-air-tawar.html. Diakses pada 26 Disember

2013, Jam 1330

4

Page 5: EKOSISTEM.docx

c) Profundal: kawasan yang dalam. Cahaya matahari tidak dapat ditembusi hingga

ke dasar air.

Secara umumnya, organisme hidup di air tawar telah beradaptasi iaitu adaptasi

haiwan dan adaptasi tumbuhan. Ekosistem air tawar dibahagikan kepada dua iaitu:

a) Air yang tenang/lentik (danau)

b) Air yang mengalir/lotik (sungai)

2. Ekosistem Air Laut17

Kawasan ini tidak dipengaruhi oleh variasi suhu dan iklim. Habitat laut mempunyai

kandungan garam yang agak tinggi. Di kawasan tropika, suhu laut adalah 25 darjah

celcius.

Berdasarkan intensiti cahaya matahari, kawasan ini dapat dibahagikan kepada:

a) Kawasan fotik: kawasan yang masih boleh ditembusi cahaya.

b) Kawasan disfotik: kawasan yang mendapat sedikit cahaya.

c) Kawasan afotik: kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari.

Berdasarkan keadaan fizikal laut, ia dapat dibahagikan kepada:

a) Kawasan litoral: kawasan yang dipengaruhi pasang surut antara 0m hingga

200m.

b) Kawasan batial: kedalamannya adalah antara 200m hingga 2000m.

c) Kawasan abisal: kedalamannya adalah antara 2000m hingga 4000m.

d) Kawasan hadal: kedalamannya adalah melebihi 4000m.

Di laut, haiwan dan tumbuhan tingkat rendah memiliki tekanan osmosis sel yang

hampir sama dengan tekanan osmosis air laut. Haiwan tingkat tinggi beradaptasi

dengan cara banyak minum air, pengeluaran urin sedikit, clan pengeluaran air

dengan cara osmosis melalui insang. Garam yang berlebihan diekskresikan melalui

insang secara aktif.

3. Ekosistem Muara18

Contoh komuniti yang hidup di kawasan ini ialah fitoplankton. Muara merupakan

tempat bersatunya sungai dengan laut. Salinitasi air berubah secara bertahap mulai

dari kawasan air tawar ke laut. Salinitasi ini juga dipengaruhi oleh siklus harian

17 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-laut.html. Diakses pada 26 Disember

2013, Jam: 2209

18 Frans Wanggai (t.t). Manajemen Hutan. Jakarta: Grasindo.

5

Page 6: EKOSISTEM.docx

dengan pasang surut aimya. Nutrien dari sungai memperkaya muara. Komuniti

tumbuhan yang hidup di estuari ialah rumput rawa garam, ganggang, dan

fitoplankton. Komuniti haiwannya ialah cacing, kerang, kepiting, dan ikan. Bahkan

ada beberapa invertebrata laut dan ikan laut yang menjadikan muara sebagai tempat

untuk membiak atau bermigrasi untuk menuju habitat air tawar. Muara juga

merupakan tempat mencari makan bagi vertebrata semi air iaitu unggas air.

4. Ekosistem Pantai19

Ekosistem pantai dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Ekosistem pantai

bersempadan dengan ekosistem darat, laut, dan daerah pasang surut. Ekosistem

pantai dipengaruhi oleh siklus harian pasang surut laut. Organisme dominan yang

hidup di pantai berbeza dari sudut lokasinya. Remis banyak dijumpai di bahagian

paling atas pantai yang hanya terendam saat pasang naik tinggi. Organisme tersebut

menjadi makanan bagi kepiting dan burung pantai. Bahagian tengah pantai banyak

dijumpai anemon laut, remis dan kerang, siput herbivor dan karnivor, kepiting, landak

laut, bintang laut dan ikan-ikan kecil. Bahagian tersebut terendam saat pasang tinggi

dan pasang rendah. Sementara itu, pelbagai invertebrata dan ikan serta rumput laut

banyak ditemui di kawasan pantai terdalam yang terendam ketikat air pasang surut.

5. Ekosistem Sungai20

Air sungai dingin dan jernih serta mengandung sedikit sedimen dan makanan. Aliran

air dan gelombang memberikan oksigen pada air. Suhu air bervariasi mengikut

ketinggian dan garis lintang. Komuniti yang berada di sungai berbeza dengan danau.

Air sungai yang mengalir deras tidak menyokong komuniti plankton kerana plankton

tersebut akan dibawa arus. Komposisi komuniti haiwan juga berbeza antara sungai,

anak sungai dan hilir. Di anak sungai sering dijumpai ikan air tawar. Di hilir sering

dijumpai ikan lele. Beberapa sungai besar dihuni oleh pelbagai jenis kura-kura dan

ular. Organisme sungai dapat bertahan tidak dibawa arus. Beberapa jenis serangga

yang hidup di sisi-sisi hilir menghuni habitat kecil yang bebas dari pusaran air.

6. Ekosistem Terumbu Karang21

19 http://www.slideshare.net/thutayss/ekosistem-pantai-terumbu-karang. Diakses pada 31 Disember 2013, Jam:

2200.

20 Nommy Horas Thombang Siahaan (2004). Hukum Lingkungan dan Ekologi Pembangungan. Jakarta: Erlangga.21 http://www.slideshare.net/thutayss/ekosistem-pantai-terumbu-karang. Diakses pada 31 Disember 2013, Jam:

2200.

6

Page 7: EKOSISTEM.docx

Haiwan yang hidup di kawasan terumbu karang memakan tumbuhan mikro dan

bahan organik yang lain. Haiwan seperti siput dan ikan menjadi mangsa kepada

sotong kurita. Selain menjadi habitat bagi banyak organisme, terumbu karang

memiliki banyak fungsi lainnya. Kekuatan ombak menjadi berkurangan dengan

adanya terumbu karang, sehingga pantai relatif nyaaman dari kerosakan.

Jenis ekosistem daratan22 ialah:

Ekosistem daratan ialah ekosistem yang yang berada di lingkungannya adalah daratan.

Ekosistem ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

1. Ekosistem Hutan Tropika23

Kawasan ini adalah di Papua New Guinea dan di lembah Congo .Di kawasan ini

matahiari bersinar sepanjang tahun. Di kawasan ini terdapat pokok seperti pokok

epifit iaitu pokok yang menumpang pada pokok yang lain seperti anggerik dan Paku

Sarang Burung. Contoh haiwan yang berada di kawasan ini ialah kera, burung,

badak, babi hutan dan kucing hutan.

2. Ekosistem Gurun24

Kawasan ini adalah kawasan yang kering. Jumlah curahan hujan adalah 20 cm

setiap tahun. Dalam ekosistem ini terdapat tumbuhan berduri, tidak mempunyai daun

dan berkebolehan untuk menyimpan air serta berakar panjang yang dikenali sebagai

kaktus (tumbuhan serofit). Contoh haiwan yang yang hidup di kawasan ini ialah

biawak, kala jengking dan ular. Haiwan yang hidup di kawasan ini aktif pada waktu

malam bagi mengelakkan kehilangan air. Kawasan seperti ini terdapat di Amerika

Utara, Afrika Utara, Australia dan Asia Barat.

3. Ekosistem Padang Rumput25

Ekosistem ini mempunyai tumbuhan herba dan rumput. Kedua-dua tumbuhan ini

memerlukan kelembapan untuk hidup. Antara haiwan yang hidup di kawasan ini ialah

kuda belang, singa, anjing liar, serigala, mustang (kuda liar), arnab, gajah, kanggaru,

tikus dan ular. Kawasan seperti ini adalah di Hungary, Rusia Selatan, Asia Tengah,

Amerika Selatan dan Australia. Kadar hujan di kawasan ini adalah tidak teratur.

22 Oman Karmana (t.t). Cerdas Belajar Biologi. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.23 http://olhazone.blogspot.com/. Diakses pada 27 Disember 2013.

24 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/lebih-dekat-dengan-ekosistem-darat.html

25 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-padang-rumput.html

7

Page 8: EKOSISTEM.docx

4. Ekosistem Tundra26

Contoh tumbuhan yang berada di kawasan ini ialah tumbuhan yang pendek dan

mampu beradaptasi dengan iklim yang sejuk. Haiwan yang hidup di kawasan ini

ialah haiwan yang berdarah panas yang mempunyai rambut dan bulu-bulu yang

tebal contohnya, beruang kutub, rusa kutub dan lalat hitam.

5. Ekosistem Hutan Gugur27

Kawasan ini mempunyai empat musim iaitu musim panas, sejuk, gugur dan semi.

Hutan gugur terdapat di kawasan beriklim sedan dan biasanya dapat dijumpai di

Amerika Timur, Eropah Tengah dan Asia Timur. Kawasan ini memiliki ciri-ciri suhu

yang sangat rendah pada musim sejuk dan sangat panas pada musim panas (-30°C

hingga 30°C). Kadar curahan hujan adalah tinggi. Haiwan yang hidup di kawasan ini

ialah tikus, beruang dan burung. Beberapa haiwan pada kawasan ini dapat

melakukan hibernasi iaitu tidur panjang selama musim sejuk dengan terlebih dahulu

menyimpan banyak makanan.

6. Taiga28

Kawasan ini dikenali sebagai hutan konifer. Mendapat curahan hujan sehingga 40

cm setahun. Kawasan tanah di kawasan ini adalah bersifat asid. Kawasan taiga ini

terdapat di Amerika Utara, Eropah Barat dan Asia Timur. Tumbuhan basah dalah

sedikit sekali di kawasan ini. Antara tumbuhan yang hidup di kawasan ini ialah

conifer dan pinus. Manakala haiwan pula ialah rusa, beruang hitam, salamander dan

tupai.

B. EKOSISTEM BUATAN29

Ekosistem buatan adalah ekosistem yang dicipta oleh manusia untuk memenuhi keperluan

manusia itu sendiri. Ekosistem buatan mendapat sumber tenaga dari luar, tanaman atau

26 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/27 http://andimanwno.wordpress.com/2009/02/21/hutan-gugur-deciduous/

28 http://www.satwa.net/208/mengenal-bioma-taiga-ciri-ciri-dan-fauna-bioma-taiga.html. Diakses pada 31

Disember 2013, Jam: 0845

29 Nommy Horas Thombang Siahaan (2004). Hukum Lingkungan dan Ekologi Pembangunan. Jakarta: Erlangga.

8

Page 9: EKOSISTEM.docx

haiwan peliharaan didominasi pengaruh manusia dan memiliki keanekaragaman yang

rendah.

1. Empangan

Suatu ekosistem buatan yang berupa bangunan penahan atau penimbun air untuk

berbagai keperluan, contohnya penjanaan tenaga elektrik.

2. Hutan Tanaman Industri

Hutan yang sengaja ditanam dengan tanaman industri. Jenis tanaman yang umum

ditanam adalah pinus, mahoni, rasamala, dammar, dan jati.

3. Agroekosistem

Suatu ekosistem buatan seperti ekosistem pertanian contohnya sawah tadah hujan,

sawah pasang surut, perkebunan teh, kopi dan kelapa sawit kolam dan ladang

strawberi..

KESAN NEGATIF PERUBAHAN RUANG TERHADAP EKOSISTEM30

Keperluan ruang terus meningkat seiring dengan meningkatnya jumlah penduduk.

Keperluan yang meningkat tersebut menuntut perubahan fungsi. Kesan negatif yang timbul

akibat perubahan ruang tersebut adalah:

1. Hilangnya sejumlah spesies kerana tidak adanya tempat hidup atau habitatnya telah

berubah.

2. Spesies pemangsa tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ruang yang

ada atau sengaja dibunuh manusia kerana berbahaya. Akibatnya, jumlah mereka

berkurang, bermigrasi ke tempat lain dan bahkan mengalami kepupusan.

3. Perubahan ruang juga mempengaruhi komponen fizikal yang lain seperti perubahan

air, udara, dan tanah, sehingga mempengaruhi kehidupan berbagai organisme.

30 Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007). Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

9

Page 10: EKOSISTEM.docx

LANGKAH PENJAGAAN EKOSISTEM31

Untuk menjaga ekosistem kita agar tetap seimbang maka diperlukan usaha-usaha yang

berterusan dan menyeluruh. Antara usaha-usaha penjagaan ekosistem yang boleh

dilakukan ialah:

1. Melakukan kegiatan perlindungan hutan dengan menebang hutan secara selektif,

mencegah kebakaran hutan, membina taman negara, mengadakan hutan simpan

dan membina tempat bagi menjaga haiwan yang akan pupus.

2. Tidak mengadakan perburuan liar dan haram.

3. Tidak menangkap ikan dengan bahan peledak.

4. Menggunakan bahan mesra alam sekitar.

5. Melakukan kitar semula.

6. Meminumkan pembuangan sampah.

7. Mengenakan hukuman yang tegas kepada penjenayah alam sekitar.

Kesimpulannya, ekosistem adalah tempat dimana terjadinya proses saling interaksi dan

kebergantungan antara makhluk hidup sebagai komponen biotik, dengan lingkungan

hidupnya yang merupakan komponen abiotik. Ekosistem disusun oleh dua komponen, iaitu

lingkungan fizikal atau makhluk tidak hidup (komponen abiotik) dan berbagai jenis makhluk

hidup (komponen biotik). Terdapat pelbagai jenis ekosistem iaitu ekosistem alami dan

buatan. Secara garis besar ekosistem alami dibezakan menjadi ekosistem darat dan

ekosistem akuatik. Sedangkan ekosistem buatan adalah ekosistem yang dicipta oleh

manusia untuk memenuhi keperluan. Perubahan ruang yang terjadi di bumi sekarang

memberikan yang negatif terhadap ekosistem. Keperluan terhadap ruang terus meningkat

seiring dengan meningkatnya jumlah penduduk. Keperluan yang meningkat tersebut

menuntut perubahan. Diharapkan ekosistem yang ada sekarang tetap lestari dan alami,

Sebaiknya kita sebagai manusia yang diangugerahkan akal dan fikiran selalu memelihara

dan memulihara melindungi serta menjaganya daan bertanggungjawab terhadap

kesimbangan alam sekitar sebagai rasa syukur kita terhadap pemberian Tuhan yang amat

tidak ternilai ini.

31 M. Faishal Aminuddin et. al (t.t). Globalisasi dan Neoliberalisme: Pengaruh dan Dampaknya Bagi Demokratisme Indonesia. Jakarta: M. Faishal Aminuddin.

10

Page 11: EKOSISTEM.docx

BIBLIOGRAFI

______ (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta: Yudhistira Ghalia.

Deden Abdurahman (t.t). Biologi Kelompok Pertanian. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.

Frans Wanggai (t.t). Manajemen Hutan. Jakarta: Grasindo.

Hartono (t.t). Jelajah Bumi dan Alam Semesta. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.

Hewitt Paul et.al (2007). Conceptual Integrated Science. United State of America: Pearson

Education.

Faishal Aminuddin et. al (t.t). Globalisasi dan Neoliberalisme: Pengaruh dan Dampaknya

Bagi Demokratisme Indonesia. Jakarta: M. Faishal Aminuddin.

Nommy Horas Thombang Siahaan (2004). Hukum Lingkungan dan Ekologi Pembangunan.

Jakarta: Erlangga.

Oman Karmana (t.t). Cerdas Belajar Biologi. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.

Ricky Firmansyah (t.t). Mudah dan Aktif Belajar Biologi. Jakarta: PT Grafindo Media

Pratama.

Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007). Geografi Fizikal. Kuala

Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Teguh Sugiyarto dan Eny Ismawati (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta: Grasindo.

http://andimanwno.wordpress.com/2009/02/21/hutan-gugur-deciduous/

http://biologiuinmks.blogspot.com/2011/10/dekomposer.html

http://biologyyekosistem.wordpress.com/ekosistem/ekosistem-buatan/.

http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02

http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/lebih-dekat-dengan-ekosistem-darat.html

http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-air-tawar.html.

http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-laut.html

http://juprimalino.blogspot.com/2012/06/komponen-abiotik-tanah-air-udara-cahaya.html

http://olhazone.blogspot.com/.

11

Page 12: EKOSISTEM.docx

http://www.fi.edu/tfi/units/life/habitat/habitat.html.

http://www.hikmat.web.id/biologi-klas-x/komponen-abiotik/.

http://www.isomwebs.net/2013-04/faktor-abiotik-iklim/.

http://www.kamusq.com/2013/07/organisme-autotrof-adalah-pengertian.html.

http://www.midcc.at/main/PDF/Abiotik.pdf

http://www.satwa.net/208/mengenal-bioma-taiga-ciri-ciri-dan-fauna-bioma-taiga.html.

http://www.slideshare.net/Febii_L/ekosistem-16750927#btnLast.

http://www.slideshare.net/thutayss/ekosistem-pantai-terumbu-karang

12