ekonomi negara maju( group)

6
Penglibatan golongan lelaki dan perempuan dalam ekonomi di negara maju seperti China, Amerika Syarikat Ekonomi merupakan sebahagian daripada proses pembangunan negara. Ekonomi merujuk kepada peningkatan dari segi jumlah output atau output perkapita barang dan perkhidmatan yang dicapai dalam jangka masa panjang. Pertumbuhan biasanya diukur dengan menggunakan kaedah Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) dan pendapatan perkapita( Nor Aini dan Ab. Razak ,2004). Apabila berlakunya pertumbuhan, saiz sesebuah ekonomi menjadi bertambah besar. Pengalaman negara maju dan negara industri baharu menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dapat mengurangkan masalah kemiskinan melalui penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan seterusnya pengingkatan dari segi kadar upah. Di negara maju seperti China, penglibatan lelaki dalam sektor ekonomi adalah ramai berbanding wanita. Tetapi , melalui peredaran masa sekarang, penglibatan golongan wanita adalah sama dengan golongan lelaki dalam bidang ekonomi. Wanita menceburkan diri dalam sektor ekonomi untuk mendapatkan pendapatan untuk menyara keluarga. Di negara maju seperti China, wanita secara langsung melibatkan diri dalam pelbagai sektor, iaitu sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor perindustrian. Jika dilihat sektor –sektor ini dahulu hanya diceburi oleh golongan lelaki sahaja, namun wanita juga dapat melibatkan diri dalam pelbagai sektor seperti lelaki. Pada asalnya wanita hanya melibatkan diri dalam sektor pertanian yang merupakan sektor yang awal menjana pekerjaan bagi wanita. Berbeza pula dengan golongan lelaki sememangnya sejak awal lagi melibatkan diri dalam sektor yang berat seperti pembuatan, perindustrian kerana tenaga lelaki lebih kuat berbanding wanita. Jika dilihat kini , di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea, dan China, penglibatan kedua-dua golongan ini mempunyai kesamaaan. Golongan 1 | Page

Upload: cikgu-awin-ayura

Post on 17-Sep-2015

30 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ekonomi

TRANSCRIPT

Penglibatan golongan lelaki dan perempuan dalam ekonomi di negara maju seperti China, Amerika SyarikatEkonomi merupakan sebahagian daripada proses pembangunan negara. Ekonomi merujuk kepada peningkatan dari segi jumlah output atau output perkapita barang dan perkhidmatan yang dicapai dalam jangka masa panjang. Pertumbuhan biasanya diukur dengan menggunakan kaedah Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) dan pendapatan perkapita( Nor Aini dan Ab. Razak ,2004). Apabila berlakunya pertumbuhan, saiz sesebuah ekonomi menjadi bertambah besar. Pengalaman negara maju dan negara industri baharu menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dapat mengurangkan masalah kemiskinan melalui penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan seterusnya pengingkatan dari segi kadar upah. Di negara maju seperti China, penglibatan lelaki dalam sektor ekonomi adalah ramai berbanding wanita. Tetapi , melalui peredaran masa sekarang, penglibatan golongan wanita adalah sama dengan golongan lelaki dalam bidang ekonomi. Wanita menceburkan diri dalam sektor ekonomi untuk mendapatkan pendapatan untuk menyara keluarga. Di negara maju seperti China, wanita secara langsung melibatkan diri dalam pelbagai sektor, iaitu sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor perindustrian. Jika dilihat sektor sektor ini dahulu hanya diceburi oleh golongan lelaki sahaja, namun wanita juga dapat melibatkan diri dalam pelbagai sektor seperti lelaki. Pada asalnya wanita hanya melibatkan diri dalam sektor pertanian yang merupakan sektor yang awal menjana pekerjaan bagi wanita. Berbeza pula dengan golongan lelaki sememangnya sejak awal lagi melibatkan diri dalam sektor yang berat seperti pembuatan, perindustrian kerana tenaga lelaki lebih kuat berbanding wanita. Jika dilihat kini , di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea, dan China, penglibatan kedua-dua golongan ini mempunyai kesamaaan. Golongan wanita sekarang dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama dengan lelaki seperti kejuruteraan dan sebagainya. Oleh sebab itu, mereka dapat bersaing dalam mendapatkan perkerjaan. Wanita yang melibatkan dalam bidang ini mampu untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi berbanding lelaki apabila pencapaian pendidikannya lebih baik berbanding golongan lelaki.

Rajah 1 :Penglibatan wanita dalam sektor teknikal yang setanding dengan golongan lelaki.Menurut Aminah(1999),jika pada tahun 1950-an dan 1960-an fokus kerjaya untuk golongan wanita adalah lebih di bidang pertanian,pentadbiran awam dan perusahaan tempatan, tetapi pada hari ini fokusnya telah beralih kepada yang berkaitan dengan penggunaan teknologi, perdagangan antarabangsa, perniagaan dan perkhidmatan. Aspek keunggulan dan kecemerlangan wanita pula dinilai dari kebijaksanaan mereka dalam membahagikan masa tanggungjawab di dalam dan di luar rumah. Oleh itu, wanita mempunyai hak dan peranan dalam memberikan khidmat dan sumbangan terhadap keluarga , masyarakat dan juga negara. Di negara maju amnya , wanita tidak melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembangunan dan mereka terhalang dengan daripada menikmati faedah pembangunan. Maka wujudlah jurang perbezaan yang ketara diantara lelaki dan wanita dalam aspek pekerjaan, pendidikan, pemilikan kuasa. Namun hari ini golongan wanita berlumba-lumba dalam mengejar kemajuan dan kerjaya bagi mencapai status sosial yang tinggi dalam kehidupan apabila dapat mengatasi kebolehan dan kemampuan golongan lelaki. Oleh itu, pembangunan negara yang melibatkan perubahan ekonomi telah membawa banyak perubahan terhadap pola penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi ( Nor Aini, Madeline dan Faridah,1996). Contonya di negara maju seperti United Kingdom, sebahagian besar golongan wanita dapat menikmati peluang-peluang pembangunan yang diberikan dan menerajui sektor ekonomi dengan giat. Menurut Ashridge Management College (1998), hampir 3% pengarah bagi 1500 buah syarikat utama di United Kingdom terdiri daripada wanita. Malah golongan wanita menyumbang sebanyak 45% jumlah keseluruhan tenaga kerja negara tersebut. Manakala lelaki juga melibatkan diri dalam sektor ini tetapi penglibatannya kini adalah dalam jumlah yang begitu sedikit berbanding wanita. Keadaan ini juga wujud di Amerika Syarikat dimana sejumlah 0.8% jawatan atasan untuk 1000 buah syarikat yang disenaraikan dalam majalah Fortune dipegang oleh wanita. Menurut Golzen dan Garner (1994) berpendapat arah aliran demografi di beberapa negara barat jelas menunjukkan bahawa golongan wanita bakal mempunyai peranan yang lebih besar berbanding golongan lelaki, seperti yang digambarkan rajah 2 dibawah.

Rajah 2: kecenderungan penglibatan wanita dalam pengurusan syarikat berbanding golongan lelaki.Dalam sektor perindustrian pula golongan lelaki adalah lebih ramai berbanding wanita walaupun sekarang wanita juga mula menceburkan diri dalam sektor ini. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan China golongan lelaki yang bekerja di sektor perindustrian lebih dominan tetapi kini wanita juga mula ceburkan diri dalam sektor perindustrian. Ekoran daripada penekanan yang serius dan permintaan yang tinggi dari pihak industri maka bilangan wanita dalam bidang-bidang kerjaya tertentu terutamanya sains dan kejuruteraan. Di negara maju seperti China, mereka tidak menyekat golongan wanita untuk mempelajari ilmu kemahiran, bagi negara mereka, ianya akan menambahkan tenaga kerja mahir dalam golongan wanita. Menurut Raja Rohana (1991), semakin tinggi tahap pendidikan, maka semakin terbuka peluang untuk mendapatkan kerja dan meningkatkan status negara. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, dianggarkan pada tahun 2005, 48% tenaga kerja wanita menyumbangkan 50% daripada pendapatan keluarga. Mengikut Harvey dan Green (1994), mereka mendapati bahawa majikan industri memerlukan para pekerja yang mempunyai intelek , bersedia untuk terus belajar, berkemahiran berfikir analitis, berkemampuan menyelesaikan masalah, bekerja dalam satu kumpulan dan juga mempunyai kemahiran interpersonal. Sehubungan itu, adalah penting bagi wanita untuk melengkapkan diri dalam mengusai setiap spesifikasi kerja dan bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri. Golongan wanita juga bukan sahaja berkelayakan untuk bekerja setaraf dengan golongan lelaki malah untuk memegang jawatan yang tinggi dalam sesebuah bidang industri. Namun , sektor perindustrian yang melibatkan automotif dan sebagainya di negara maju seperti China masih lagi dikuasai golongan lelaki.

Rajah 3: Sektor pembuatan automotif yang masih didominasi oleh golongan lelaki.

Berdasarkan gambar rajah diatas, ekonomi merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara. Kekayaan, status dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada kepesatan ekonomi yang dialaminya. golongan lelaki dan wanita memainkan peranan yang sama penting dalam membangunkan ekonomi negara. Khususnya dapat dilihat di negara negara membangun seperti Jepun dan Korea gologan lelaki dan wanita sama-sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi negara. Mereka amat menitikberatkan masa dan waktu kerja. Golongan wanita tiada halangan untuk masuk ke dalam bidang lelaki. Menurut satu kajian, wanita merupakan lebih dari 1/3 daripada golongan lelaki yang terlibat aktif dalam kegiatan ekonomi di dunia. Daripada jumlah wanita yang layak bekerja antara umur 15 -64 tahun , 46% terlibat sebagai tenaga buruh. Menurut Nor Aini dan Zaini (2000), pelajar wanita yang mengambil jurusan teknikal di institusi pengajian adalah tinggi berbanding lelaki, malah wanita sering ditempatkan dibahagian yang tidak berorientasikan kemahiran teknikal dan menerima gaji yang rendah. Contohnya yang berlaku di china sekarang mengalami krisis tenaga kerja dalam golongan mahasiswa. Memang kita akui wanita sendiri kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana lelaki namun dalam sesetengah golongan lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja yang boleh dilakukan oleh wanita.

1 | Page