ejen dan broker

5
Seorang ejen insurans atau takaful mewakili syarikat insurans atau pengendali takaful dan secara amnya memberi penerangan dan menjual polisi-polisi insurans atau pelan-pelan takaful yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful kepada pelanggan. Seorang broker insurans atau takaful pula mewakili pelanggan dan menasihati pelanggan tentang polisi insurans atau pelan takaful yang paling sesuai dengan pelanggan itu. Seorang penasihat kewangan ialah pihak berkecuali yang memberi perkhidmatan perancangan kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan pelanggan itu. Perbezaan ketiga-tiga pengantara insurans atau takaful ini boleh dilihat melalui jadual di bawah: Jenis Pengantara Mewakili / Dilesenkan/dida ftarkan Ejen Insurans Ejen Takaful Broker/ Takaful Insurans Penasihat Kewangan Mewakili Syarikat Insurans Pengendali Takaful Pelanggan Pelanggan Dilesenkan/didaftarkan oleh: PIAM (ejen insurans am) atau LIAM (ejen insurans hayat) Pendaftar Pengantara Takaful Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia Berurusan dengan ejen, broker atau penasihat kewangan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Upload: zafiekien

Post on 06-Dec-2015

253 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bisnes

TRANSCRIPT

Page 1: Ejen Dan Broker

 Seorang ejen insurans atau takaful mewakili syarikat insurans atau pengendali takaful dan secara amnya memberi penerangan dan menjual polisi-polisi insurans atau pelan-pelan takaful yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful kepada pelanggan. Seorang broker insurans atau takaful pula mewakili pelanggan dan menasihati pelanggan tentang polisi insurans atau pelan takaful yang paling sesuai dengan pelanggan itu. Seorang penasihat kewangan ialah pihak berkecuali yang memberi perkhidmatan perancangan kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan pelanggan itu.

Perbezaan ketiga-tiga pengantara insurans atau takaful ini boleh dilihat melalui jadual di bawah: 

Jenis Pengantara

Mewakili /Dilesenkan/didaftarkan

Ejen Insurans

Ejen Takaful

Broker/Takaful Insurans

Penasihat Kewangan

MewakiliSyarikatInsurans

Pengendali Takaful Pelanggan Pelanggan

Dilesenkan/didaftarkan oleh:

PIAM (ejen insurans am)

atau LIAM (ejen insurans

hayat)

Pendaftar Pengantara

Takaful

Bank Negara Malaysia

Bank NegaraMalaysia

 

 Berurusan dengan ejen, broker atau penasihat kewangan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

   Pengetahuan yang mendalam tentang produk insurans dan/atau takaful di pasaran

       Memahami keperluan dan keinginan anda

       Memastikan anda memahami polisi atau pelan yang anda beli

   

Page 2: Ejen Dan Broker

    Tidak menjanjikan sesuatu yang tidak logik atau keterlaluan       Menjual berdasarkan fakta, tidak mendesak atau mengancam

       Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menepati masa

       

Lindungi hak-hak dan kepentingan anda :

 Hanya berurusan dengan pengantara yang berdaftar/berlesen.

   Berurusan dengan pengantara yang mempunyai rekod kerja yang terbukti atau yang dicadangkan oleh rakan-rakan atau ahli keluarga.

   Berikan maklumat anda secara jujur dan serahkan fakta-fakta penting.

   Jangan menandatangani borang kosong atau apa-apa yang tidak anda fahami.

   Jangan terpedaya dengan pujukan untuk meluputkan polisi yang sedia ada untuk membeli polisi insurans hayat baru

   Pastikan anda memahami produk yang anda beli.

   Baca manfaat dan syarat-syarat polisi dengan teliti dan bandingkan dengan produk lain.

   Membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sebarang polisi.

   Hanya beli produk yang anda perlu dan mampu.

   Minta bahan-bahan jualan, seperti ilustrasi jualan, risalah produk atau borang carian fakta pengguna (untuk produk hayat sahaja) dan simpan kesemua dokumen ini dengan elok

   Jika mengalami sebarang keraguan, dapatkan maklumat lebih lanjut daripada pengantara anda atau penjelasan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful anda.

   Dapatkan resit sebagai bukti pembayaran premium dan simpan resit itu dengan elok.

Semua perniagaan tertakluk kepada sesuatu bentuk kawalan sama ada oleh pengguna,

swa peraturan atau peraturan kerajaan. Tetapi ada juga jenis perniagaan yang tertakluk

Page 3: Ejen Dan Broker

kepada ketiga-tiga jenis kawalan ini, dengan tahap kawalan daripada setiap jenis kawalan

berbeda mengikut perniagaan.

Perniagaan insurans kebanyakannya dikawal oleh peraturan kerajaan dan pada tahap yang

lebih rendah oleh pihak pengguna dan swa peraturan. Ianya dikawal oleh kerajaan kerana

ciri-ciri tertentu dalam perniagaan insurans.

Pertamanya apabila seseorang membeli perlindungan insurans, dianya membeli produk

tak ketara iaitu janji insurer untuk membayar pampasan apabila sesuatu kemalangan

berlaku. Nilai “janji” ini bergantung kepada kemampuan insurer menepati

tanggungjawabnya. Kemampuan ini pula bergantung kepada kewibawaan dan kestabilan

kewangan insurer. Kerana inilah insurans ditempatkan di bawah kawalan rapi kerajaan.

Insurans adalah produk yang kompleks hanya segelintir sahaja yang faham. Ini kerana

polisi insurans iaitu bukti kontrak biasanya mengandungi terma dan fasal undang-undang

yang sukar untuk fahami. Pemegang polisi tidak mampu untuk mentafsir dan memahami

polisi dan ini membuka peluang untuk amalan perdagangan tidak adil. Amalan seperti ini

juga menjadikan insurans ditempatkan dalam kawalan kerajaan.

Perniagaan insurans dikatakan berkuatkuasa dengan “kepentingan awam” kerana peranan

penting yang dimainkannya dalam masyarakat. Insurans menyediakan perlindungan

kewangan untuk individu, keluarga dan usaha perniagaan. Jika insurer gagal untuk

memenuhi janji-janji mereka, kesihatan ekonomi dan keadaan masyarakat akan

tergugat. Ciri-ciri insurans telah menjadikan kawalan kerajaan penting.

Tujuan utama peraturan diwujudkan:-

Melindungi kepentingan awam

Dengan memastikan yang kedudukan kewangan insurer adalah solven dan

mampu menepati semua tanggungjawabnya kepada pemegang polisi dan pihak

yang menuntut.

Page 4: Ejen Dan Broker

Menyebar keadilan dan kesaksamaan

Dengan memastikan yang insurer, penyelaras kerugian dan broker berlaku adil

dan saksama dalam urusan mereka dengan pelanggan mereka dan pihak yang

menuntut.

Memupuk kemampuan

Dengan tegas memerlukan tahap kemampuan dan kewibawaan professional yang

tinggi dikalangan insurer, broker insurans dan penyelaras kerugian.

Memainkan peranan pembangunan

Dengan menggalakkan industri insurans untuk mengambil peranan aktif dalam

pembangunan ekonomi negara.