eff312. assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

13
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi School of Education and Cognitive Science EFF 312 Fonetik dan Fonologi Tugasan 1

Upload: skrudrebar

Post on 01-Dec-2015

471 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

soalan assignment

TRANSCRIPT

Page 1: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

Pengenalan

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

School of Education and Cognitive Science

EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Panduan ini menerangkan dengan terperinci Tugasan untuk kursus ini. Tujuan panduan ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kurusus ini.

Tugasan

1

Page 2: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

Plagiarisme

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi; iaitu kebolehan anda mengaplikasai prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.

Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifk yang menjawab secara sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokong sesuatu soalan atau hipotesis.

Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciri berikut: Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur

yang jelas. Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti. Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu. Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada

kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

Apa itu PLAGIARISME?Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar. Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan Peraturan Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaa orang lain yang bermaksud seperti berikut:

Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwah bahawa ia adalah hasil ciptaan sendiri.

Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber,

Penulisan Akademik

2

Page 3: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk gambaraj, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya.

Penyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih kursus.

Bagaimana saya boleh elak daripada PLAGIARISME?

Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyai rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan.

Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinayatakan dalam kurungan.

Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat segala rujukan.

Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

c) Rujukan Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan diakhir tugasan anda di bawah seksyen RUJUKAN. Berikut ini ialah kaedah membuat Rujukan.

Daripada JurnalDuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational Leadership, 59(8). 12-15.

Daripada Online JurnalEvnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connectionbetween rationality and logical ability [Versi Elektronik].Mind, 110, 335-367.

Daripada laman Web atau laman SesawangNational Park Service. (2003, February  11). Abraham LincolnBirthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003,from http://www.nps.gov/abli/

Daripada BukuNaisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London: Pan Books.

Daripada Bab dalam Buku

3

Page 4: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

Perincian Tugasan

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J. Sternberg (Eds),  Teaching thinking skills: Theory and practice. New York: W.H. Freeman and Company. 27-37.

Daripada AkhbarHolden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless stylist of pop. The New York Times, pp. A1,A22-A23.

4

Page 5: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Pemberatan: 35%

Tugasan in terbahagi kepada Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A: [15%]

Dalam transkripsi fonetik (atau transkripsi sempit) pengkaji cuba memberi lambang fonetik yang setepat-tepatnya dan terperinci dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik.

Tugas;Salin semula lirik (atau senikata) lagu HIJAU oleh Zainal Abidin dan petikan HARI GURU dalam bentuk TRANSKRIPSI FONETIK.

Garis Panduan:

Rujuk kepada halaman 8-9 pada Tugasan ini untuk memperolehi lirik lagu “Hijau” dan petikan “Hari Guru”.

Tranksripsikan lirik lagu dan petikan mengikut kaedah transkripsi fonetik yang anda pelajari dalam Bab 3. Anda juga boleh merujuk kepada Unit 8 Transkripsi – Bahan Tambahan yang dikepilkan di MyPLS untuk kursus ini. Juga rujuk kepada contoh yang diberikan.

Gunakan tanda diakritik untuk memberi ketepatan bagi bunyi sebenar yang dihasilkan oleh lirik lagu tersebut.

Gunakan abjad fonetik antarabangsa untuk membuat transkripsi fonetik.

Bahagian B: [20%] 10 halaman

Fonologi dan fonetik ialah pengkajian tentang bunyi-bunyi bahasa mengikuti fungsinya. Oleh demikian bidang ini berkait rapat dengan

5

Page 6: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

‘kemahiran lisan atau pertuturan’ yang diperkembangkan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Tulis satu LAPORAN bertajuk:

PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN (PERTUTURAN) DI SEKOLAH SAYA: SATU TINJAUAN

Garis Panduan:

Bagaimana kemahiran lisan (pertuturan) murid dalam Bahasa Melayu diperkembangkan di sekolah anda?

Kepentingan pengajaran lisan (pertuturan) Masa yang peruntukkan Kepelbagaian kaedah pengajaran yang digunakan Kaedah penilaian yang digunakan

Kemahiran lisan (pertuturan) diberi penekanan sama seperti kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Berikan bukti.

Adakah pengajaran lisan (pertuturan) diabaikan?

Temubual TIGA guru Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pengajaran lisan (pertuturan).

o Keutamaan yang diberi kepada pengajaran kemahiran lisan (pertuturan).

o Amalan mereka – kaedah yang digunakan, teknik penilaian dan sebagainya.

o Lain-lain maklumato Pendapat mereka adalah bukti untuk menyokong laporan anda. o Anda tidak perlu menyebut nama mereka tetapi boleh melaporkan

seperti berikut: Guru X: Saya kurang memberi penekanan .............

Esei anda hendaklah terdiri daripada pemerhatian anda, pendapat tiga guru yang anda temu bual, pendapat pakar dan rumusan.

PERHATIAN: Anda tidak perlu mengikuti soalan-soalan yang dikemukakan atau urutan soalan-soalan berkenaan. Ia merupakan panduan semata-mata dan anda digalakkan mendapatkan maklumat tambahan.

6

Page 7: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Format Tugasan

Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)

Gunakan Font New Times Roman, saiz 12

Penyerahan Tugasan

Jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halaman pertama.

------------oooo------------

Lirik lagu HIJAU

Bumi yang tiada rimbaSeumpama hambaDia dicemar manusiaYang jahil ketawa

7

Page 8: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Bumi yang tiada udaraBagai tiada nyawaPasti hilang suatu hariTanpa disedari

Bumi tanpa lautanAkan kehausanPasti lambat laun hilangDuniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakanKejayaan yang akhirnya membinasakanApalah gunanya kematangan fikiranBila dijiwa kita masih lagi muda dan mentahKu lihat hijau

Bumiku yang kian pudarSiapa yang melihatDi kala kita tersedarMungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diriPolussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anokTok leh meghaso mandi laokBersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjotoKoto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghiKeno make asak hok biso, wehPase maknusioSeghemo bendo-bendo di dunioTok leh taheSapa bilo-bilo

Lirik Hijau - Zainal Abidin

Petikan HARI GURU daripada Harian Metro

8

Page 9: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

SETIAP tahun menjelang tarikh keramat 16 Mei, sambutan Hari Guru diadakan di seluruh negara. Perguruan adalah satu profesion yang membawa erti pekerjaan yang memerlukan keahlian khusus sebagai guru. Jenis pekerjaan itu semestinya tidak dapat dilakukan sebarangan orang di luar bidang pendidikan. Jelaslah tugas guru penting untuk membentuk manusia ke arah kebaikan meliputi mendidik, mengajar dan melatih. Dalam hal ini, mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai hidup. Mengajar bererti meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Sementara melatih bererti mengembangkan ketrampilan kepada pelajar.

Tugas guru dalam bidang kemanusiaan meliputi tugas menjadikan dirinya sebagai ibu bapa kedua hingga menjadi idola kepada pelajarnya. Pengajaran dan pembelajarannya menarik dan mudah difahami. Guru sentiasa menggunakan pendekatan kasih sayang, mesra, prihatin bagi mendekati, memahami keinginan dan kehendak pelajar. Masyarakat menempatkan guru pada tempat yang lebih terhormat dari lingkungannya kerana daripada seorang gurulah masyarakat memperoleh ilmu pengetahuan ke arah pembentukan sesebuah negara maju.

Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Guru mestilah mempunyai jiwa cekal dan semangat kental ke arah mendidik pelajar yang cemerlang akal budinya dalam dunia tanpa sempadan. Kini, seseorang guru hendaklah mempunyai kepimpinan bermoral seperti jujur dan amanah, bersikap proaktif dan berilmu serta berkemahiran, sekali gus intipati penting dalam pembangunan dan kemajuan pelajar di sesebuah sekolah.Setiap guru tunjang penting negara dalam melahirkan modal insan yang mampu memacu pembangunan yang lebih pesat.

----oooo----

Muka Hadapan:

9

Page 10: EFF312. Assignment.fonetik.fonologi.mei.2013

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

TUGASANMEI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS EFF 312

NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

10