ass.tayammum 2013
DESCRIPTION
bhTRANSCRIPT
Pengenalan
Bersuci atau Taharah merupakan elemen yang sangat penting dalam ibadah. Sah atau
tidak sesuatu ibadah itu bergantung kepada diri seseorang muslim itu samaada dia berada
dalam keadaan suci atau sebaliknya. Melalui konsep taharah ini ,agama Islam cuba
menerapkan nilai menjaga amalan kebersihan kepada umatnya bukan sahaja dalam ibadah
tetapi juga dalam segala urusan seharian. Sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia
menyukai sesuatu yang suci dan bersih. Dewasa ini masih ramai orang di kalangan kaum
muslimin yang belum memahami pentingnya thaharah (bersuci). Seolah thaharah hanyalah
sebahagian dari kurikulum pelajaran Agama Islam di sekolah, atau dalam bab Fiqih Ibadah,
tapi dalam praktiknya, masih banyak yang belum mengaplikasikannya dengan benar sesuai
dengan Al-Qur’an dan As Sunnah.
Apa itu thaharah? Dan apa pembagian thaharah?
Dalam bab ini insya Allah akan saya ulas sedikit tentang pengertian thaharah dan
pembagiannya.
Pengertian thaharah
Thaharah secara bahasa berarti bersih dan membebaskan diri dari kotoran dan najis.
Sedangkan pengertian thaharah secara istilah (syara’) adalah menghilangkan hukum hadats
untuk menunaikan shalat atau (ibadah) yang selainnya yang disyaratkan di dalamnya untuk
bersuci dengan air atau pengganti air, yaitu tayammum.
Jadi, pengertian thaharah atau bersuci adalah mengangkat kotoran dan najis yang dapat
mencegah sahnya shalat, baik najis atau kotoran yang menempel di badan, maupun yang ada
pada pakaian, atau tempat ibadah seorang muslim.
Pembagian thaharah
Thaharah itu terbagi menjadi dua :
1. Thaharah ma’nawiyah atau thaharah qalbu (hati), yaitu bersuci dari syirik dan maksiat
dengan cara bertauhid dan beramal sholeh, dan thaharah ini lebih penting dan lebih utama
HBIS3103/FIQH 1 1
daripada thaharah badan. Karena thaharah badan tidak mungkin akan terlaksana apabila
terdapat syirik. Dalilnya adalah sebagai berikut :
�ج�س ن �ون� رك �م�ش� ال �م�ا ن إ
“Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis” (QS. At-Taubah : 28)
Maka wajib bagi seorang muslim yang berakal untuk mensucikan dirinya dari syirik dan
keraguan dengan cara ikhlas, bertauhid, dan yakin. Dan juga wajib atasnya untuk mensucikan
diri dan hatinya dari kotoran-kotoran maksiat, dengki, benci, dendam, penipuan,
kesombongan, ‘ujub, riya‘, dan sum’ah.
2. Thaharah hissiyah atau thaharah badan, yaitu mensucikan diri dari hadats dan najis, dan ini
adalah bagian dari iman yang kedua. Allah mensyariatkan thaharah badan ini dengan wudhu
dan mandi, atau pengganti keduanya yaitu tayammum (bersuci dengan debu). Penghilangan
najis dan kotoran ini meliputi pembersihan pakaian, badan, dan juga tempat shalat. Dalilnya
adalah sebagai berikut :
اإليمان شطر الطهور
“Sesungguhnya kebersihan itu sebagian dari iman”
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah
mukamu dan tanganmu sampai siku, dan sapulah (usaplah) kepalamu dan (basuh) kakimu
HBIS3103/FIQH 1 2
sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit
atau dalam perjalanan atau salah seorang dari kamu kembali dari tempat buang air
(wc/kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka
bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan
tanah itu, Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan
menyempurnakan nikmAt-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (QS. Al-Maaidah: 6)
Ayat diatas ada menceritakan cara untuk menyucikan diri dan tubuh badan dari hadas
besar dan kecil, hadas besar dengan beristinjak serta menggunakan air. Antara lain ayat ini
juga ada menyentuh tentang Tayammum sebagai salah satu cara bersuci sekiranya berlaku
ketiadaan air atau sumber air yang ada hanya dapat digunakan untuk minuman. Seseorang
Muslim hendaklah menjadi contoh kepada orang lain dalam soal kebersihan dan kesucian
baik dari segi zahir mahupun batin. Salah satu bidang yang dibicarakan dalam bab toharah
ialah tayammum. Selanjutnya saya akan menjelaskan mengenai konsep
tayammum,pensyariatan tayammum ,sebab, rukun ,sejarah dan cara bertayammum.
A. TAKRIF TAYAMMUM DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH
Salah satu topik perbincangan dalam bidang toharah ialah tayammum. Berikut merupakan
takrif tayammum dari segi bahasa dan istilah :
Dari segi bahasa, tayammum adalah bentuk masdar dari fi’il " , يتيمم yang " تيمم
ertinya sama dengan " يقصد ,قصد " iaitu bermaksud mensahajakan / sengaja.
Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: Surah Al-Baqarah: ayat 267 :
Maksudnya : “……. Dan janganlah kamu ‘sengaja’ memilih yang buruk-buruk lalu
kamu menafkahkan daripadanya…………..” ( Al-Baqarah 2: 267)
HBIS3103/FIQH 1 3
Tayammum ialah merupakan suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T.
kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang
daripada berwudu’ atau mandi wajib disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi
mengharuskan melakukan ibadah.
Dari segi istilah syara`, tayammum ditakrifkan seperti berikut :
مخصوص وجه على طهور بتراب واليدين الوجه مسح
Maksudnya : “ Menyapu atau mengusap ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan
debu tanah yang bersih lagi suci mengikut syarat-syarat tertentu.”
Tayammum difardhukan sebagai ganti wudhuk atau mandi wajib. Ianya merupakan salah satu
cara bersuci dari hadas kecil atau hadas besar di saat seseorang tidak boleh menggunakan air
disebabkan terdapat suatu halangan. Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa solat lima
waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam sekalipun mereka sedang
sakit atau dalam ketiadaan air untuk bersuci dari hadas kecil atau hadas besar. Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Maksud Hadis : “ Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda: …..dan (di
antara keistimewaan yang diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan bumi ini
seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan untuk kami
sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air. ( Riwayat Muslim )
B) SEJARAH PENSYARIATAN TAYAMMUM BESERTA DALIL
Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua
tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu.
Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani
Mustaliq tahun Keenam Hijrah. Ketika itu Saidatina Aisyah R.A. kehilangan kalungnya, lalu
Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air
tidak ada, maka turunlah ayat tayammum. Ini berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari, Sabda
Rasulullah S.A.W. :
HBIS3103/FIQH 1 4
ب�ع�ث� ف� ل�ك�ت� ه� ف� ال�د�ة� اء�ق� م� ا�س� م�ن� ت� ت�ع�ار� ااس� �ت#ه� ا ة� ع�ائ�ش� ع�ن�
م� ع�ه* م� ل�ي�س� و� ال�ة* الص# م* ك�ت�ه* د�ر�أ� ف� ا د�ه� و�ج� ال�ف� ج* ر� صلعم الله� ول* س* ر�
آي�ة� الله* ل� �ن�ز� أ ف� صلعم الله� ول* س* ر� �ل�ى ا ذ�ل�ك� ا ك�و� ف�ش� ل=و�ا فص� اء< م�
الله� و� اف� ي�ر� خ� الله* اك� ز� ج� ة� ل�ع�ائ�ش� ي�ر� ض� الح* ي�د*ب�ن* ا*س� ال� ق� ف� الت#ي�م=م�
يه� ف� ل�م�ين� ل�ل�م*س� و� ل�ك� ذ�ل�ك� الله* ع�ل� ا�ال#ج� ي�ن�ه* ه� ت�ك�ر� ر< ا�م� ب�ك� ل� ان�ز� م�
ا. ي�ر� خ�
Maksudnya: " Diberitakan oleh Aisyah bahawasanya dia meminjam kalung dari Asma', lalu
kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya),
akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Kebetulan waktu solat tiba dan tidak ada air di sana.
Lalu mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kejadian itu kepada Rasulullah S.A.W.
Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: "
Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal
terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung
kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."
DALIL PENSYARIATAN TAYAMMUM
Tayammum disyari'atkan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah
S.W.T dalam Al-Quran, Surah An-Nisa': 43 :
HBIS3103/FIQH 1 5
Maksudnya : " … Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat
buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Nisa` 4:43)
Berdasarkan hadis Abu 'Umamah Al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
ض� �ر� اال� لى عل�ت� ج� ق�ال� صلعم ى� �ب الن �ن� ا �دالله ع�ب �ن ب ر� اب ج� �ر� ب �خ� ا
. �ص�ل6 �ي ف�ل �ة� الص�ال �ه� �ت ك �د�ر� ا ى �م�ت ا من� ج�ل> =م�ار� �ي اف�ا جد<او�ط�ه�ور< م�س�
Maksudnya : " Jabir bin Abdullah mengkhabarkan, bahawa Nabi S.A.W. bersabda :
Sseluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat untuk bersuci
(tayammum). Maka di mana pun seseorang dari umatku berada dan waktu solat tiba, dia
boleh solat di sana ( di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci)."
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: " Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang
bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah
yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu
menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu,
Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah
cukup bagi engkau." (Riwayat Al-Bukhari)
C) RUKUN DAN PERKARA YANG MENGHARUSKAN TAYAMMUM
I) RUKUN TAYAMMUM
Rukun tayammum mengandungi empat perkara iaitu :
HBIS3103/FIQH 1 6
Niat.
Rasulullah S.A.W.. bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya tiap amal
perbuatan itu tergantung dengan niatnya dan bagi setiap orang apa yang dia
niatkan.” {HR Bukhari}
Berniat hendaklah dilakukan semasa memindahkan (menyapu) debu tanah
sehingga menyentuh sebahagian muka. Lafaz niatnya adalah seperti berikut :
�ع�ال�ى ت لله �ة الص�ال ف�ر�ض �اح�ة ب ت س� ال �م=م� �ي الت �ت� �و�ي ن
Maksudnya : “ Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat kerana Allah
Taala.”
Menyapu debu tanah ke muka.
Caranya dengan menepukkan kedua tapak tangan pada debu dan menyapukannya
ke muka secara merata, mulai dari atas sampai bawah (seperti mengambil
wudhuk) dengan disertai niat tayammum.
Menyapu debu tanah pada kedua belah tangan (dengan menggunakan debu
tanah yang lain daripada yang disapu ke muka tadi) sehingga ke siku.
Setelah selesai menyapu muka, lalu ditepukkan kedua tapak tangan ke debu
sekali lagi dan menyapukannya pada kedua tangan secara merata bermula dari
hujung jari hingga ke siku dengan dimulai tangan kanan. Selepas itu diikuti
dengan tangan kiri.
Tertib
Tertib ialah melakukan tayammum dengan mengikut urutan iaitu perkara yang
perpu dilakukan dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.
Disunatkan ketika tayammum melakukan perkara-perkara berikut :
1. Membaca basmalah iaitu �يم ح� الر# م�ن� ح� الر# الله� م� . ketika mula menepuk ب�س�
2. Menghadap ke arah kiblat.
HBIS3103/FIQH 1 7
3. Menyapu muka dari atas ke bawah.
4. Meniup atau nenipiskan debu tanah yang ada di tapak tangan dengan cara
menepuk dua tepi tapak tangan.
5. Menjarangkan jari ketika menepuk debu.
6. Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri.
7. Berturut-turut.
8. Membaca doa wudhuk setelah selesai tayammum.
II) PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN TAYAMMUM
Di antara perkara yang mengharuskan tayammum ialah :
1. Ketiadaan Air
Dalil yang menyebutkan bahawa ketiadaan air itu mengharuskankan tayammum adalah
hadis Rasulullah S.A.W berikut ini:
: عليه الله صلى الله رسول مع كنا قال حصين بن عمران عن
بالناس، فصلى فيسفر وسلم
: : قال ؟ تصلي أن منعك ما فقال معتزل برجل هو فإذا
: قال ، ماء وال جنابة أصابتني
يكفيك عليك فإنه بالصعيد
Maksudnya : “Dari Imran bin Hushain R.A. berkata bahwa kami pernah
bersama Rasulullah S.A.W. dalam sebuah perjalanan. Baginda lalu solat bersama orang-
orang lain. Tiba-tiba ada seorang yang memencilkan diri . Baginda bertanya, Apa yang
menghalangimu solat? Orang itu menjawab, Aku terkena janabah. Baginda menjawab,
Gunakanlah tanah untuk tayammum dan itu sudah cukup.”
HBIS3103/FIQH 1 8
Bahkan ada sebuah Hadis yang menyatakan bahawa selama seseorang tidak
mendapatkan air, maka selama itu pula dia boleh tetap bertayammum, meskipun dalam
jangka waktu yang lama dan terus menerus.
: صلى الله رسول لي فأمر المدينة اجتويت قال ذر أبي عن
فيها فكنت بإبل وسلم عليه الله
: ، ذر أبو هلك فقلت وسلم عليه الله صلى النبي فأتيت
: : قال أتعرض كنت قال ؟ حالك ما
: لم لمن طهور الصعيد إن فقال ، ماء قربي وليس للجنابة
سنين عشر الماء يجد
Maksudnya : “Dari Abi Dzar ra. bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda, Tanah itu
mensucikan bagi orang yang tidak mendapatkan air meski selama 10 tahun.”
Apabila tiada air seperti bekalan air terputus(tergendala) atau musim kemarau.
Semasa musafir setelah yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari. Jika
sekiranya ragu-ragu, kemungkinan air ada ataupun tidak, maka wajib mencarinya
dengan syarat tidak mendatangkan bahaya.
Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air akan menyebabkan waktu solat
habis atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya, maka bolehlah
bertayammum. Jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajib mencarinya dan
bolehlah terus bertayammum.
2. Keuzuran Kerana Sakit
* Tidak boleh menggunakan air disebabkan sesuatu penyakit yang dihidapi .
* Tidak boleh menggunakan air disebabkan penyakit atau luka yang dibimbangi
lambat sembuh atau memudaratkan diri jika menggunakan air.
HBIS3103/FIQH 1 9
Tidak semua jenis sakit atau luka mengharuskan tayammum. Sakit atau luka yang
mengharuskan tayammum ialah sakit atau luka yang penggunaan air ditakuti akan
menyebabkan Al-Talaf (kematian atau kemusnahan anggota) atau mendatangkan
mudarat pada badan. Ia merangkumi :
1. Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada anggota (التلف); lumpuh
dan sebagainya.
2. Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau
kerosakan anggota.
3. Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat.
4. Menyebabkan lambat sembuh.
5. Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung.
6. Menimbulkan kecacatan dan kejelikan yang ketara pada badan; seperti kulit
menjadi hitam atau sebagainya.
Kesan-kesan yang dibimbangi tersebut dari penggunaan air hendaklah disahkan
oleh pengalaman sendiri atau berdasarkan makluman dari doktor yang mahir.
Menurut Mazhab Syafie, doktor itu hendaklah muslim dan adil (tidak fasiq).
Tidak diterima pengakuan atau pengesahan dari doktor kafir atau fasiq. Namun
menurut Mazhab Imam Malik boleh menggunakan pandangan atau makluman
dari doktor kafir jika tidak ada doktor muslim.
Dalilnya adalah Hadis Rasulullah S.A.W. berikut ini:
: رأسه في فشجه حجر منا رجال فأصاب سفر في خرجنا قال جابر عن
فسأل ، احتلم ؟ ثم التيمم في رخصة لي تجدون هل أصحابه
على: تقدر وأنت رخصة لك نجد ما فاغتسل فقالوا الماء،
، بذلك أخبر وسلم عليه الله صلى الله رسول على قدمنا فلما ، فمات
العي: شفاء فإنما ؟ يعلموا لم إذ سألوا أال ، الله قتلهم قتلوه فقال
يكفيه كان إنما ، عن السؤال يعصب أو ، ويعصر يتيمم أن
جسده سائر ويغسل عليه يمسح ثم جرحه
HBIS3103/FIQH 1 10
Maksudnya : “Dari Jabir ra. berkata, Kami dalam perjalanan, tiba-tiba salah
seorang dari kami tertimpa batu dan pecah kepalanya. Namun dia mimpi basah.
Lalu dia bertanya kepada temannya, Apakah kalian membolehkan aku
bertayammum? Teman-temannya menjawab, Kami tidak menemukan keringanan
bagimu untuk bertayammum. Sebab kamu bisa mendapatkan air. Lalu mandilah
orang itu dan kemudian mati . Ketika kami sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan
menceritakan hal itu, bersabdalah Baginda, Mereka telah membunuhnya, semoga
Allah memerangi mereka. Mengapa tidak bertanya bila tidak tahu? Sesungguhnya
ubat kebodohan itu adalah bertanya. Cukuplah baginya untuk tayammum…”
( Riwayat Abu Daud )
3. Air Diperlukan Untuk Keperluan Yang Lebih Penting
* Bekalan air ada tetapi mencukupi untuk keperluan harian seperti makan dan
minum.
* Bekalan air hanya mencukupi untuk keperluan binatang ternakan(binatang
yang dihormati)
4. Cuaca Yang Terlalu Sejuk(Dingin)
Keadaan cuaca yang terlalu sejuk atau dingin untuk menggunakan air ataupun air
membeku disebabkan suhu dingin yang melampau.
Dalilnya adalah ikrar Rasulullah S.A.W. iaitu peristiwa di mana Baginda melihat
suatu hal dan mendiamkan, tidak menyalahkannya.
السالسل ذات غزوة في بعث لما أنه العاص بن عمرو عن
باردة: ليلة في احتلمت ، قال البرد شديدة
بأصحابي صليت ثم فتيممت أهلك أن اغتسلت إن فأشفقت
الصبح عليه صالة الله صلى الله رسول على قدمنا فلما
: صليت عمرو يا فقال ، له ذلك ذكروا وأنت وسلم بأصحابك
HBIS3103/FIQH 1 11
: تعالى الله قول ذكرت فقلت ، ، : جنب صليت ثم فتيممت
شيئا فضحك يقل ولم وسلم عليه الله صلى الله رسول
Maksudnya : “Dari Amru bin Al-`Ash ra. bahawa ketika beliau diutus pada
perang Dzatus Salasil berkata, Aku mimpi basah pada malam yang sangat dingin.
Aku yakin sekali bila mandi pastilah celaka. Maka aku bertayammum dan solat
subuh mengimami teman-temanku. Ketika kami tiba kepada Rasulullah S.A.W.,
mereka menanyakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda bertanya, Wahai Amr,
Apakah kamu mengimami solat dalam keadaan junub? Aku menjawab, Aku ingat
firman Allah S.W.T. (Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya
Allah Maha Pengasih kepadamu), maka aku tayammum dan solat. Rasulullah
S.A.W. tertawa dan tidak berkata apa-apa.” ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud )
5. Kerana Tidak Terjangkau
Keadaan ini sebenarnya bukan disebabkan tidak ada air. Air ada tapi tidak boleh
dijangkau. Meskipun ada air, namun bila untuk mendapatkannya ada risiko lain yang
menghalang, maka itupun termasuk yang membolehkan tayammum.Contohnya takut bila
dia pergi mendapatkan air, takut barang-barangnya hilang, atau berisiko nyawa bila
mendapatkannya. Seperti air di dalam jurang yang dalam untuk mendapatkannya harus
turun tebing yang tinggi dan berisiko pada nyawanya. Atau pun bila ada musuh yang
menghalangi antara dirinya dengan air, baik musuh itu dalam bentuk manusia atau pun
haiwan buas. Atau bila air ada di dalam telaga namun dia tidak punya alat untuk menaikkan
air. Atau bila seseorang menjadi tawanan yang tidak diberi air kecuali hanya untuk minum.
Syarat-Syarat Sah Bertayammum
1. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
2. Tanah debu yang suci.
3. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan).
4. Ada qasad / niat penggunaan tanah.
HBIS3103/FIQH 1 12
5. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan
pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
6. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
7. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
8. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat
SUNAT TAYAMMUM
1. Membaca basmalah iaitu lafaz
2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari
bahagian bawah ketika menyapu muka.
3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
Tayammum juga boleh terbatal sekiranya berlaku perkara-perkara dibawah:
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.
4. Sembuh dari penyakit
5. Luput waktu Solat
PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA TAYAMMUM
HBIS3103/FIQH 1 13
Selain perkara sunat dan rukun dalam tayammum yang wajib kita pelari ialah perkara-perkara
makruh ketika bertayammum tersapat empat perkara makruh tayammum iaitu:
1. Sengaja menggunakan debu tanah yang terlalu banyak
2. Mengulangi sapuan debu tanah keanggota tayammum.
3. Mengibas kedua-dua tangan selepas tayammum
4. Memperbaharui tayammum
Kesimpulan
Mempelajari hukum hakam agama amatlah penting bagi setiap individu,jika kita melakukan
seauatau tanpa ilmu kita mungkin melakukan perkara yang salah sedangkan kita
menganggapnya sesuatu yang terpuji dan baik. Taharah merupakan asas pembentukan diri
seseorang individu melalui didikan tentang kebersihan diri. Untuk melakukan amalan ibadat
dan mengharapkan ibadat diterima Allah SWT taharah lah perkara yang perlu dititik beratkan
ini kerana Allah SWT amat cintakan kebersihan dan kecantikan.
Melalui taharah terdapat pelbagai hikmah yang perlu difahami antaranya tujuan
taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu
adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya,
maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
Selain Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh
daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
Tayammum membuktikan kepada kita bahawa Allah SWT amat mementingkan
kesenangan hambanya dalam melakukan ibadah kepadaNya. Manusia digesa melakukan
ibadah seperti solat dalam apa jua keadaan dan tidak mempunyai alasan untuk tidak
melakukannya. Wallahu A’lam.
HBIS3103/FIQH 1 14
MARAJI’ (SUMBER) :
Fiqih Sunnah Wanita – Kamal bin As Sayyid Salim
Fiqih Ibadah, Master Text Book IFIQ 2033 – Al Madinah International University
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/tayammum.htm
Mohamad Zaini Yahya et al.(2006) Buku teks Pendidikan Islam Tahun 5 (Jilid 2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
www.oum.edu.my
Al-Syeikh Hassan Ayub (1422H/2002), Fiqhul Ibadat , Darul Salam.
Dato` Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009), Indahnya Hidup
Bersyariat, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung (1999) Fiqh Ibadah , Kuala Lumpur:
Penerbit Edaran Kalam.
HBIS3103/FIQH 1 15
HBIS3103/FIQH 1 16
HBIS3103/FIQH 1 17