edu8

Upload: aini-anur

Post on 10-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ASSIGNEM

TRANSCRIPT

1.0 Penulisan Esei Deskriptif

1

4 stail kepimpinanMengarahMemimpinMenyokongMenurunkan tanggungjawabTugas Ketua PanitiaMenentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu. Penyelaras menyediakan soalan soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan luar Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran . guru sandaran dan terlatih yang baru memulakan perkhidmatan di Sekolah

1.1 PENGENALANPendidikan merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat. Pendidikan juga menggambarkan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Guru memainkan peranan dan tanggungjawab yang berat bukan sahaja mengajar malah mendidik anak-anak bangsa agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Anak-anak bangsa inilah yang merupakan modal insan kepada negara dan merupakan agen perubahan kepada kemajuan dan kestabilan Negara.Guru seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah. Hal ini kerana profesionalisme guru dapat memberikan kefahaman kepada pelajar di dalam kelas. Selain itu, hasil pembelajaran juga tercapai disebabkan oleh keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru yang profesional. Menurut Sufean Hussein (1995) dalam Azhar et al (2007) mentakrifkan profesionalisme sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Profesionalisme boleh dirujuk sebagai kerjaya yang mempunyai komitmen yang tinggi.

1.2 GURU NOVIS DI KAWASAN PEDALAMANGuru Novis merujuk kepada guru sandaran dan terlatih yang baru memulakan perkhidmatan di Sekolah. Menurut Khalid (2009),mendefinisikan guru novis merupakan yang telah menamatkan program pendidikan guru dan baru memulakan perkhidmatannya di sekolah. Manakala Abu Bakar (1995) dalam Khalid (2009), mentakrifkan guru novis sebagai guru sandaran terlatih yang ditempatkan di sekolah-sekolah selepas menjalani latihan perguruan dalam satu jangka masa yang ditetapkan oleh maktab-maktab perguruan atau universiti- universiti. Selain itu, Mohammed Sani, Zamri dan Norasmah (2006) dalam Khalid (2009), memberi definisi guru novis sebagai guru baru yang terlatih dan mula berkhidmat diantara satu hingga tiga tahun, dalam tempoh percubaan dan belum disahkan lagi dalam jawatan.Setiap tahun, Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institusi Pendidikan Guru (IPG) mengeluarkan graduan pendidikan atau lebih dikenali sebagai guru novis. Berdasarkan Modul Program Induksi Guru Permulaan, guru novis atau guru permulaan merujuk kepada guru baru yang dikategorikan sebagai Guru Sandaran Terlatih dalam Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1/1987. Guru permulaan akan ditempatkan di sekolah setelah tamat menjalani latihan keguruan sama ada IPTA ataupun IPTA. Guru permulaan juga perlu menamatkan tempoh perkhidmatan selama satu hingga tiga tahun sebelum dipertimbangkan untuk disahkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada Gred DG41.Profesion perguruan merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di mana juga penempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun di pedalaman. Sebelum ini, KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Begitu juga bagi memastikan guru terlatih mengikut opsyen ditempatkan di semua sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Sehubungan itu dasar untuk mewajibkan guru-guru yang baru di pendalaman dijangka boleh mengatasi masalah tersebut. Lebih menarik lagi kementerian telah memutuskan akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim ansuran khusus kepada guru yang berkhidmat dipedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. (Utusan Malaysia, Sabtu, 17 Jan. 2007).

1.3 GURU NOVIS SEBAGAI KETUA PANITIASebaik sahaja ditempatkan di mana-mana sekolah berdasarkan kekosongan, saya akan bergelar sebagai seorang guru novis dan haruslah bersedia untuk menerima perubahan dan hakikat realiti di sekolah berkenaan. Apabila saya melaporkan diri di sekolah yang telah ditempatkan, mereka sudah menjadi sebahagian daripada sekolah tersebut. Justeru, saya juga haruslah menerima pelbagai tugas yang diamanahkan mereka. Pelbagai jawatan dan tugas yang disandang oleh seseorang guru dalam satu masa. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Antaranya ialah cabaran yang bakal dihadapi oleh guru novis di sekolah pedalaman ialah apabila diberi tugas sebagai Ketua Panitia. Hal ini adalah terdapat beberapa kekangan yang utama seperti kekurangan bilangan guru dan tiada guru yang berkelulusan dalam bidang berkenaan sebelum itu. Oleh itu, guru novis terpaksa mengambil alih tampuk tersebut. Justeru, sebagai guru novis yang telah diberi portfolio tugas sebagai ketua panitia, saya haruslah bersedia dalam memahami tugas dalam jawatan yang diberikan dan berusaha untuk memimpin ahli-ahli panitia yang lebih senior dengan berkesan. Oleh itu, saya perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan supaya organisasi di bawah pimpinan saya dapat berfungsi dengan baik dan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Berikut merupakan antara beberapa tugas sebagai ketua panitia:

1.4 TEORI KEPIMPINAN SITUASI HERSEY & BLANCHARD (1977)Mengikut Hersey dan Blanchard (1977) dalam ........keberkesanan kepimpinan adalah berasaskan situasi. Mereka telah mengutarakan empat gaya kepimpinan iaitu gaya memberitahu (telling), menjual (selling/coaching), mengambil bahagian (participating) dan menurunkan tanggungjawab (delegating). Jadual 1 Stail Kepimpinan Menurut HERSEY & BLANCHARD (1977)Memberitahu / mengarah (telling/directing) Pemimpinmenggariskanperanandantugaspengikutnya serta menyelia, memberi arahan dengan kerap. Segala keputusan ditentukan oleh pemimpin dan perhubungan adalah secara satu hala. Pengikut mempunyai kemahuan untuk melakukan sesuatu tugas atau bekerja tetapi mereka kurang pengetahuan dan kemahiran Pengikutperlubanyakbimbingandaripadapemimpin,perlubanyakmembuatlatihandanpembelajaran.

Membimbing (Coaching) Pemimpin membimbing dan menentukan peranan dan tugas dan dalam masa yang sama menerima idea dan buah fikiran pengikutnya Segala keputusan masih ditentukan oleh pemimpin dalam hubungan secara dua hala. Tahap perkembangan pengikut adalah kritikal, kurang bermotivasi tidakmempunyaipengetahuansertakemahiranyangmencukupibagi melaksanakan tugas. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahirandisamping perlu banyak dorongan dan bimbingan

Menyokong (supporting) Pemimpinperlubanyakmemberikan dorongan dan galakan kepada pengikut. Berkongsi idea dengan membuat keputusan bersama-sama Memberikan jawatan atau ganjaran berdasarkan hasil tugas

Menurunkan tanggungjawab (delegating) Pemimpin yang liberal dan autonomi, mendelegasikan tugas dan tanggungjawab kepada pengikut. Pengikut proaktif, banyak pengetahua ndanberkemahiran kreatif sertainovatif, hanya perlu perhatian danbimbingan minimum daripada pemimpin. Pemimpin tidak lepas tangan.

Hersey dan Blanchard seterusnya menegaskan bahawa gaya kepimpinan seorang pemimpin sangat bergantung kepada tahap perkembangan pengikutnya, iaitu tahap kompetensi dan komitmen subordinat yang juga dikategorikan kepada empat bahagian iaitu:

1.5 APLIKASI TEORI KEPIMPINAN SITUASI HERSEY & BLANCHARD (1977) OLEH GURU NOVIS SEBAGAI KETUA PANITIA DI SEKOLAH PEDALAMAN1.5.1 Stail Memberitahu/ Mengarah (Telling/Directing)Saya akan menggunakan stail mengarah selalunya kepada guru senior yang mempunyai prestasi yang tendah dan yang sering mengelak dari tugas. Melalui pengamatan yang teliti terhadap guru-guru senior yang tahap komitmennya yang rendah, saya akan membekalkan senarai tugasan yang konkrit meliputi objektif atau apa yang hendak dicapai secara jelas, jangka masa pelaksanaan dan strategi perancangan operasi yang lengkap. Saya akan terus memantauperkembanganpelaksanaan pelaksanaan tugasnya dan menegur secara berhemah untuk membaiki atau menambah baik bahagian-bahagian tertentu dalam tugasan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, tugas seperti menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan. Saya akan memberikan maklumat yang lengkap kepada guru senior berkenaan mengenai pembinaan soalan ujian seperti jadual spesifikasi ujian, tempoh masa pembinaan dan tarikh ujian agar beliau mendapat gambaran yang jelas mengenai tugasan. Di samping itu, saya akan berkolaborasi dengan dari masa ke masa untuk melihat perkembangan tugasan dan juga untuk membaiki dan menambah baik tugas tersebut.

1.5.2 Stail Membimbing (Coaching)Stail membimbing biasanya akan diaplikasi kepada guru senior yang kurangberpengalamandanpengetahuan tentang tugas. Mereka ini selalunya mempunyai tahap komitmen yangrendah dengan tahap kompetensi yang sederhana sebagaimana rajah model empat stail kepimpinan Blanchard terletak dalam segmen S2. Di sini saya perlu mempunyai kemahiran komunikasi dua hala dalam menentukan target atau sasaran kerja bersama dengan mereka di samping menunjuk ajar pada perkara-perkara tertentu yang di luar bidang kemahiran mereka. Sebagai contoh bagaimana saya merangsang dan membimbing guru-guru ini dalam meningkatkan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas-tugas profesional. Saya akan menunjukkan atau mengajar bagaimana membuatpersembahan melalui aplikasipower point. Akhirnya, setelah mereka mempunyai kemahiran dengan bimbingan dan arahan yang semakin berkurang arasnya, mereka akan menjadi lebih komitmen dan mempunyai kompetensi yang lebih tinggi.

1.5.3 Stail Menyokong (Supporting)Dalamsituasi di manamemerlukan saya bekerja dengan guru-guru senior yang mempunyai banyakpengalaman, saya akan mengaplikasikan stail menyokong. Sifat kepimpinan saya pada masa ini berada dalam segmen 3. Saya perlu banyak menyokong merekadi samping mengurangkanstailmengarah. Dalammenyelesaikansesuatutugasan,guru-guru seperti ini diberi peluang membina modul-modul tersendiri dengan mengambil kira kompetensiyangmerekamiliki. Sayatidakmenentukancaraataukaedahyang digunakan tetapi matlamatnya mestilah dapat dicapai dengan tepat. Sokongan yangsaya beri kepada mereka ada kalanya berbentuk moral begitu juga material. Sebagai contoh tugas seperti merancang aktiviti yang boleh meningkatkan prestasi murid dalam matapelajaran. Memandangkan mereka sudah lama berkecimpung dalam bidang akademik jika dibandingkan saya, mereka sudah tentu mempunyai lebih pengalaman dalam merancang menentukan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan prestasi akademik murid seperti melaksanakan kelas tambahan, kem motivasi akademik dan lain-lain yang dirasakan perlu.

1.5.4 Stail Menurunkan Tanggungjawab (Delegating)Delegasi iaitu mengamanahkan atau menurunkan tanggungjawab kepada orang lain misalnya penolong kanan. Dalamprosesdelegasi,perkongsian tanggungjawab dan tugas antara subordinat dilakukan oleh mereka melalui peranan masing-masing untuk menyumbangkan buah fikiran, idea bernas, dan tenaga terhadap kejayaan sekolah. Dalam konteks saya sebagai guru novis sebagai ketua panitia kepada guru senior, setelah saya mengenal pasti subordinat yang layak dan sesuai untuk diberikan tugasan yang spesifik seperti guru-guru pakar yang ada, saya akan memberikan tugasan yang spesifik dan jelas kepada mereka. Kami akan menetapkan matlamat yang khusus dengan mengenal pasti cara yang berkesan untuk memperolehi pencapaian yang dijangkakan. Menentukan aktiviti-aktiviti yangperlu dilakukan untuk setiap tugas yang spesifik. Saya akan menilai prestasi kerja ataupelaksanaan aktiviti melalui refleksi atau menggunakan senarai semak. Hasilnya, kesemua staf akan memahami tugas yang telah diberikan dan berusaha ke arah mempergiatkan pencapaian mereka.

1.6 KESIMPULANKaedahkepimpinansituasiolehKennethBlanchard danPaulHersey menegaskan bahawa pemimpin mesti menggunakan stail yang berbeza pada situasi yang berbeza. Model ini membenarkan kita sebagai pemimpin menganalisis situasi tertentu dan seterusnya menggunakan stail yangterbaik bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Bergantung kepada kompetensi seseorang pengikut di samping tahap komitmenterhadaptugasnyastailkepimpinanyangdiaplikasikanberbezadari seorang pengikut kepada pengikut yang lain. Hersey dan Blanchard mengkategorikan stail kepimpinan kepada empat kategori berasaskan kepada tahap arahan dan sokongan yang diberikan oleh pemimpin kepada subordinatnya. Ianya pula mestilah disesuaikan dengan tahap kompetensi dan komitmen pengikut. Empat stail tersebut ialah mengarah, memimpin, menyokong dan mendelegasi.

2.0 Penulisan Esei Reflektif

2.1 PENGENALANPenggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Teknologi dalam pendidikan boleh dedifinisikan sebagai satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak (Ahmad Fuad Othman, 2003).Pendidikan juga bukan setakat mengisi ilmu ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi.Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada abad ke-21 ini, pendidikan seharusnya mengupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu untuk melakukan sesuatu perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks persekitaran yang sentiasa berubah. Penggunaan telefon pintar (smartphone) semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa.Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone.Selain itu, telefon pintar juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembinaan aplikasi.Pada masa dahulu, telefon pintar ini hanya mampu digunakan oleh warga korporat dan ahli perniagaan yang berjaya,tetapi kini telefon pintar juga mampu dimiliki oleh pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Melalui telefon pintar, pelajar boleh menghubungi ibu bapa, rakan-rakan dan pensyarah di samping mendengar suara, melihat wajah dan akses kepada pelbagai maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan.Aplikasi dan sistem yang digunakan dalam telefon pintar didominasi oleh empat syarikat teknologi maklumat utama dunia. Sistem ini ialah Android, iPhone, Blackberry dan Windows.Android adalah sistem operasi dan fungsi penggunaannya adalah jauh lebih hebat dan canggih.Ia adalah timbunan teknologi yang dibina khusus untuk peranti mudah alih yang termasuk sistem operasi, middleware dan aplikasi utama. Timbunan perisian ini adalah daripada rangka kerja untuk keping khusus perisian seperti mesin maya yang memudahkan pengoptimuman sumber ingatan dan perkakasan untuk teknologi sambungan seperti Bluetooth dan Wi-Fi.Ia sangat membantu dalam memudahkan segala aktiviti dan pekerjaan manusia. 2.2 PENGGUNAAN & IMPLIKASI APLIKASI TELEFON BIMBIT PINTAR DALAM MENINGKATKAN PROFESIONALISME DALAM PROSES TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH2.1 Menjimatkan MasaTeknologi boleh membantu memudahkan pelbagai tugas di tempat kerja di samping dapat meningkatkan kecekapan dan meningkatkan mutu kerja. Sesuai dengan perkembangan semasa, telefon pintar kini dicipta dengan pelbagai fungsi yang dapat memudahkan tugas-tugas seharian termasuklah semasa bekerja. Fungsi telefon pintar pada masa kini setanding dengan fungsi komputer peribadi dan komputer riba yang dilengkapi dengan perisian seperti Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan Microsoft Excel. Telefon pintar kini boleh misalnya untuk menyelesaikan tugas - tugas tertentu di tempat kerja serta mencipta ruang untuk membuat pembetulan atas segera dan juga mengurangkan kesalahan yang dilakukan manusiaTugas guru bukan sahaja terhad kepada mendidik semata-mata. Guru pada masa kini mempunyai pelbagai tugas adhoc yang perlu dilakukan. Antaranya ialah tugas-tugas profesional seperti mengemaskini data murid dan menghadiri kursus-kursus dan seminar ilmiah. Tugas-tugas ini memerlukan kepada perisian-perisian Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan Microsoft Excel supaya guru dapat melaksanakan kerja dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Melalui telefon pintar yang dilengkapi dengan perisian ini, maklumat ini boleh disunting dan disimpan untuk digunakan nanti. Selain itu, telefon pintar juga dilengkap dengan rangkaian dalaman pada tempat kerja boleh membantu dalam berkongsi alat seperti pencetak dan pengimbas , sehingga guru tidak perlu berpindah ke tempat yang berbeza untuk berkongsi alat teknologi.

Rajah 2 Aplikasi Microsoft Office kini juga dilengkapi dalam telefon pintar

2.2 Akses Maklumat lebih MudahTelefon pintaradalahtelefon bimbityang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon sepert iSymbian,Android,iOSatauWindows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi. Telefon pintar kini telah dilengkapi dengan pelayar internet seperti Google Chrome yang fungsinya sama seperti pelayar internet komputer peribadi dan komputer riba yang mampu memaparkan saiz laman sesawang seperti mana yang dipaparkan oleh pelayar internet dalam komputer peribadi dan komputer riba. Oleh itu, melalui penggunaan telefon pintar, guru boleh mengakses maklumat dengan lebih mudah. Saiz telefon pintar yang jauh lebih kecil dan ringan membolehkan guru untuk mengakses maklumat dengan lebih mudah walau di mana mereka berada tanpa perlu membawa komputer riba.

Rajah 3 Telefon pintar kini dilengkapi dengan pelayar internet seperti komputer peribadi dan komputer ribaWalau apa sahaja kecanggihan perkakasan dan perisian yang digunakan dalam sistem penyampaian maklumat, membaca merupakan satu proses yang amat diperlukan untuk mengakses, menterjemah dan akhirnya memahami maklumat tersebut. Dengan kata lain budaya membaca merupakan satu budaya yang harus diamalkan oleh setiap guru dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Dewasa ini, bahan bacaan bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk cetakan fizikal semata-mata bahkan terdapat versi bahan bacaan secara digital. Bahan bacaan ini boleh dimuat turun melalui telefon pintar secara mudah. Malahan ini membolehkan untuk membaca tidak mengira waktu atau tempat dengan jauh lebih mudah kerana kita tidak perlu lagi membawa buku ke mana-mana lagi. Sebaliknya, hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Antara contoh aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun untuk pembacaan ialah Google Play Books dan Aldiko Book Reader. Melalui aplikasi ini, guru boleh memuat turun pelbagai genre buku secara atas talian dan disimpan di dalam memori telefon pintar untuk dibaca apabila terdapat masa yang terluang seperti menunggu rakan untuk makan bersama, menunggu anak keluar dari sekolah.

Rajah 4 Aplikasi Bahan bacaan yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar seperti Google Playbook dan Aldiko Book

2.3 Kolaborasi Maklumat Dengan Lebih MudahPenggunaan aplikasi telefon bimbit pintar dapat membantu meningkatkan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih mudah. menurut Akhiar et. al (2015), di sekolah hari ini, tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran bukan lagi boleh dilakukan oleh guru-guru secara bersendirian. Senario sekarang memerlukan guru-guru bekerjasama secara kreatif dan global untuk mencapai matlamat sekolah. Kerjasama inilah yang akan membuahkan hasil kejayaan seorang guru. Penggunaan aplikasi telefon bimbit pintar dilihat sebagai satu medium yang mudah dalam perkongsian maklumat dalam kalangan guru. Integrasi antara telefon pintar dan aplikasi rangkaian sosial seperti emel, Facebook, YouTube dan GoogleDocs membolehkan kita untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan mudah. Penghantaran, penerimaan dan perkongsian maklumat melalui telefon pintar boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan kolaborasi maklumat antara guru dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video, atau kombinasi pelbagai mod.

Rajah 5 (atas) Pelbagai laman sosial, (bawah) aplikasi Tapatalk

Sebagai contoh, perkongsian dan kolaborasi antara guru dari sekolah berlainan mengenai maklumat untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan dengan aplikasi emel amatlah berkesan kerana aplikasi emel ini menyokong pelbagai format maklumat seperti teks, video dan audio. Maklumat yang telah dikongsi boleh dimuat turun dengan mudah oleh guru dengan syarat adanya akses internet di mana jua mereka berada. Bagi perkongsian maklumat dalam kalangan guru di sekolah yang sama pula, aplikasi Bluetooth boleh digunakan. Aplikasi ini jauh lebih efektif dan selamat dan yang paling penting cepat serta tidak memerlukan akses internet. Selain itu juga terdapat aplikasi forum seperti Tapatalk yang boleh digunakan sebagai medium perantaraan antara guru untuk berkolaborasi. Dalam aplikasi ini, guru-guru boleh berkongsi pelbagai maklumat, pendapat dan pandangan mengenai proses pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah dan teknik mengajar serta teknik menjawab soalan. Forum secara atas talian yang boleh diakses secara mudah boleh dijadikan juga sebagai medium perbahasan antara guru untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu-isu berbangkit di sekolah seperti masalah disiplin dalam kalangan murid dengan lebih berkesan lagi. Hal ini disokong oleh Torode (2011) yang menyatakan bahawa Ford Motor Co. Memilih untuk membina forum secara atas talian bagi pekerja supaya mereka boleh berkongsi maklumat dan saling menolong dalam pelbagai isu terutamanya mengenai cara meningkatkan teknolgi permotoran syarikat mereka.

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Berkesan dan MenyeronokkanPenggunaan telefon bimbit pintar dalam segenap lapisan rakyat Malaysia antara yang tertinggi di dunia menurut laporan kaji selidik Google pada tahun 2014. Kini adalah menjadi satu budaya iaitu murid-murid sekolah rendah telah dibekalkan oleh ibu bapa dengan alasan sebagai alat komunikasi untuk memudahkan perhubungan. Akan tetapi amat mengecewakan kemudahan telefon pintar ini disalahguna untuk tujuan yang tidak berfaedah iaitu untuk hiburan semata-mata seperti laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Hi5 secara berlebihan tanpa terkawal. Oleh itu, sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan murid bahawa selain untuk hiburan, penggunaan telefon pintar adalah satu medium pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan. Penyelidikan di seluruh dunia menunjukkan ICT boleh menolong proses pengajaran dan pembelajaran. Sebuah laporan yang dibuat oleh National Institute of Multimedia Pendidikan di Jepun, membuktikan bahawa peningkatan pendedahan pelajar melalui kurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang signifikan dan positif tentang prestasi pelajar, terutama dalam hal "Pengetahuan, pemahaman" "kemahiran praktikal" dan "Presentasi kepakaran" dalam bidang pengajian seperti matematik, sains, dan pendidikan sosial. Antara alat pendidikan ICT yang digunakan secara meluas sekarang ialah komputer peribadi, projektor, papan putih interaktif dan aplikasi perisian komputer. Satu lagi alat ICT yang boleh diinovasikan sebagai alat pendidikan ialah telefon pintar. Antara satu aplikasi telefon pintar yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran ialah aplikasi kuiz seperti ThatQuiz dan PollEverywhere. Dalam aplikasi ini, guru boleh membina beberapa soalan kuiz untuk dijawab oleh murid sebelum kelas dimulakan. Pencapaian murid dalam kuiz tersebut boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru untuk menilai kelemahan murid dalam topik yang telah diajar dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat membantu guru meningkatkan kemahiran dalam teknik mengajar. Rajah 6 Kini aplikasi kuiz juga terdapat di dalam telefon pintar

Seperti yang sedia maklum, melalui penggunaan telefon bimbit pintar, akses terhadap maklumat adalah lebih senang dan cepat. Justeru, guru boleh menggalakkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid untuk mengakses maklumat mengenai topik yang diajar. Sebagai contoh, untuk pembelajaran berasaskan projek. Guru-guru boleh menggalakkan murid melayari pelbagai laman pendidikan untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai projek dalam pelbagai bentuk seperti audio, visual dan video. Maklumat tersebut boleh dikongsi di dalam bilik darjah. Misalnya, projek membina gunung berapi buatan. Murid boleh mendapatkan maklumat mengenai bahan yang diperlukan, kaedah penghasilan dan mekanisme gunung berapi bukan sahaja dalam laman sesawang pendidikan tempatan bahkan laman pendidikan antarabangsa. Kaedah untuk membina gunung berapi buatan juga boleh dipelajari melalui video tutorial dalam laman YouTube. Secara tidak langsung, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

KESIMPULANPembangunan dan kemajuan teknologi mobil yang berkembang pesat setelah teknologi mobil ini diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah memberi peluang untuk pelajar bermotivasi dalam mempelajari semua bidang secara mendalam dengan menggunakan teknologi pembelajaran mobil atau m-pembelajaran.Seperti yang telah dijangkakan, telefon bimbit pintar berteraskan pelantar Android, iOS dan BlackBerry OS telah menjadi alat komunikasi yang amat diperlukan bagi kebanyakan orang, terutama sekali pelajar.Lambakan aplikasi-aplikasi pendidikan yang menyokong m-pembelajaran mendorong pelajar atau guru menggunakannya dengan sebaik mungkin. Guru perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi m-pembelajaran percuma yang mudah didapati dan mudah diakses sebagai persediaan untuk menyokong pengajaran mereka. Aplikasi-aplikasi m-pembelajaran bukan sahaja boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar sekali gus mempengaruhi pelajar untuk terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran bahkan dapat banyak memudahkan tugas-tugas profesional guru