edu3102 soalan kkp jan 2014 updated 6 feb 2014 jm

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2014 NAMA GURU PELATIH : TAJUK KURSUS : Perkembangan Kanak-kanak KOD KURSUS : EDU 3102 SEMESTER: 1 (Ambilan Januari 2014) TARIKH MULA 10 Mac 2014 TARIKH HANTAR 10 April 2014 I. Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan fitrah kejadian manusia daripada aspek agama dan biologi. 2. Menerangkan prinsp-prinsip asas dan faktor-faktor perkembangan kanak-kanak. 3. Menghubungkaitkan teori-teori perkembangan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Menghuraikan kategori dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. 5. Mempamerkan sifat-sifat bersyukur atas anugerah Tuhan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Tugasan projek ini menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3. II. Objektif Projek: 1. Menghasilkan penulisan akademik berkaitan isu dalam perkembangan kanak-kanak. 2. Membina bahan bantu mengajar (BBM) berinovatif bagi membantu dan menangani isu dalam perkembangan kanak-kanak. 3. Menulis refleksi tentang impak projek terhadap diri guru pelatih sebagai bakal guru.

Upload: lowchen-ochen

Post on 23-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh soalan KKP yang digubal.

TRANSCRIPT

Page 1: Edu3102 Soalan Kkp Jan 2014 Updated 6 Feb 2014 Jm

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP AMBILAN

JANUARI 2014

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS :

Perkembangan Kanak-kanak

KOD KURSUS : EDU 3102

SEMESTER: 1

(Ambilan Januari 2014)

TARIKH MULA

10 Mac 2014

TARIKH HANTAR

10 April 2014

I. Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan fitrah kejadian manusia daripada aspek agama dan biologi.

2. Menerangkan prinsp-prinsip asas dan faktor-faktor perkembangan kanak-kanak.

3. Menghubungkaitkan teori-teori perkembangan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Menghuraikan kategori dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.

5. Mempamerkan sifat-sifat bersyukur atas anugerah Tuhan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan projek ini menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

II. Objektif Projek:

1. Menghasilkan penulisan akademik berkaitan isu dalam perkembangan kanak-kanak. 2. Membina bahan bantu mengajar (BBM) berinovatif bagi membantu dan menangani

isu dalam perkembangan kanak-kanak. 3. Menulis refleksi tentang impak projek terhadap diri guru pelatih sebagai bakal guru.

Page 2: Edu3102 Soalan Kkp Jan 2014 Updated 6 Feb 2014 Jm

III. Tugasan Projek (100%)

Menurut Slavin (1989), perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Crow (1998) pula menyatakan perkembangan sebagai perubahan kualitatif dari aspek fizikal, kognitif, rohani, moral dan sosial. Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Pengetahuan penuh dalam Kursus EDU 3102 Perkembangan Kanak-kanak menjadi bekalan ilmu kepada para pelatih dalam menyelesaikan isu secara profesional dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. A. Penulisan Akademik (50%)

Kenal pasti dan bincangkan penyelesaian satu isu perkembangan kanak-kanak (7-12 tahun) dalam satu daripada bidang berikut :

i Fizikal ii Kognitif & Bahasa iii Sosial dan emosi iv Kerohanian & moral

B Penghasilan Alat Bantu Mengajar (40%) - Kumpulan

Secara berkumpulan, hasilkan satu alat bantu mengajar (ABM) yang inovatif supaya dapat menyelesaikan isu dalam bidang yang dipilih dalam tugasan A. Kumpulan anda harus menyediakan ABM beserta buku manual menarik yang mengandungi pendahuluan, objektif, rasional, bentuk bahan, langkah-langkah pembinaan dan cara penggunaan.

C. Penulisan Reflektif (10%) Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi yang merangkumi aspek yang berikut:

i Pengalaman semasa melaksanakan tugasan ini (proses temu bual, mencari maklumat dan lain-lain).

ii Masalah yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan dan cara mengatasinya. iii Sejauhmana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu

meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan individu.

Page 3: Edu3102 Soalan Kkp Jan 2014 Updated 6 Feb 2014 Jm

D. Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan A dan C adalah tugasan individu manakala Tugasan B adalah tugasan berkumpulan (3 orang dalam satu kumpulan).

2. Anda boleh mengumpul data secara kolaboratif. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

i Font Arial ii Saiz huruf ialah 11 iii Langkau satu setengah baris iv Rujukan mengikut format APA v Lampiran

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 5. Panjang tugasan tidak melebihi 15-20 muka surat (termasuk persembahan visual dan

lampiran) termasuk tugasan (A) & (C) dan 15-20 muka surat bagi tugasan (B). 6. Tugasan ini membawa wajaran 50%.

E. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

1. Jawapan tugasan anda haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut: a) Mempunyai pengenalan, isi kandungan dan penutup yang lengkap dan teratur b) Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. c) Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah

dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal d) Menganalisis isu yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak serta cara

menanganinya dengan terperinci dan teliti. e) Membincangkan isu yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak serta cara

menanganinya dengan kritis dan matang. f) Mempunyai refleksi keseluruhan jawapan yang tepat dan padat.

2. Mengemukakan bukti-bukti dan maklumat ilmiah yang dapat menyokong hujah. 3. Rujukan daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak

tugasan (sekurang-kurangnya 3 buah buku, 3 Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain)

4. Menunjukkan keaslian hasil kerja dalam keseluruhan isi dan pengolahan fakta. 5. Menunjukkan kematangan pemikiran dalam jawapan.

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Page 4: Edu3102 Soalan Kkp Jan 2014 Updated 6 Feb 2014 Jm

Tugasan disediakan oleh : ( DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN ) Penggubal Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan IPG Kampus Kent

Disemak oleh: ( CHAN HOU FOOK ) Pakar Bidang (SME) Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan IPG Kampus Kent

Disahkan oleh: (JULIANA DUMPIL ) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan