edisi keluaran 1 : jan jun 2017 -...

24
EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak Sesi Teh Tarik bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan Program Townhall Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sarawak Taklimat dan Hari Bersama Pelanggan LPPSA Kelab PMS Anjur CSR Kelab PMS Edar Bubur Lambuk

Upload: lycong

Post on 10-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

EDISI KELUARAN 1 : JAN — JUN 2017

Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak

Sesi Teh Tarik bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Program Townhall Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sarawak

Taklimat dan Hari Bersama Pelanggan LPPSA

Kelab PMS Anjur CSR

Kelab PMS Edar Bubur Lambuk

Page 2: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program
Page 3: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Perutusan Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak 2

Sejarah Perbendaharaan Malaysia Sarawak 3

Statistik Pendaftaran Kontraktor di Sarawak 4

Maklumat Perolehan Persekutuan di Sarawak 5

Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak 6

Jadual Pelaksanaan Program Mobile Community Transformation Centre

(Mobile CTC) & Mobile CTC Boat di Negeri Sarawak Tahun 2017 7

PKPK Siri 1 Tahun 2017 di IIC Kuching 8

Latihan Dalaman PMSarawak 8

Sesi Latihan Pengguna eGPA bersama PM Sabah 9

Perkongsian Maklumat oleh Unit IT 9

Naziran Pematuhan ke Agensi Kerajaan di Sarawak 9

Sesi Teh Tarik bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan 10

Program Townhall Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sarawak 2017 11

Pra Pelancaran Borneo744 BOET, Pelancaran Coding @ School & MaGiC Sarawak 12 - 13

Pelancaran EKSA PMSarawak oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan 14 - 15

Taklimat dan Hari Bersama Pelanggan LPPSA 16

Aktiviti PKP 17

Penglibatan Kelab PMS dalam CSR 18

Majlis Iftar Bersama Maahad Tahfiz 19

Kelab PMS Edar Bubur Lambuk 19

PENAUNG

Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah

PENASIHAT

Mohamad Anuardi Bin Hajani

SIDANG PENGARANG

Vivien Sipain

Lionel Lai

Dayang Arfahiza Binti Abang Junaidi

Pui Lih Shan

Jastina Binti Jamil

Nurul Huda Binti Yusof

Farid Sapril Bin Madeli

Buletin PMSarawak diterbitkan oleh:

Perbendaharaan Malaysia Sarawak,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar,

Jalan Simpang Tiga,

93592, Kuching.

Tel: 082-421333

Faks: 082-424489

emel: [email protected]

Laman Web: http://pmsarawak.treasury.gov.my

ISI KANDUNGAN :

SIDANG REDAKSI

Page 4: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraqatuh

Salam 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan

dan Salam Sejahtera

Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izinNya

dipermudahkan segala urusan menerbitkan Buletin Perbendaharaaan

Malaysia Sarawak (PMSarawak) edisi keluaran 1 bagi bulan Januari -

Jun 2017.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang editor yang telah mengembleng tenaga,

usaha dan buah fikiran untuk merealisasikan dan menerbitkan buletin ini.

Objektif penerbitan buletin ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan program-program

dan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi Januari hingga Jun 2017.

Disamping itu sebagai wadah kepada warga PMSarawak untuk merekodkan segala usaha

dan komitmen yang telah dilaksanakan dalam usaha untuk memperbaiki dan meningkatkan

lagi prestasi, inovasi dan kreativiti bidang masing-masing demi kecemerlangan organisasi

amnya dan pelanggan khasnya.

Harapan saya, dengan adanya penerbitan Buletin PMSarawak ini, dapat menyalurkan

maklumat yang boleh dikongsi bersama penjawat awam dan pelanggan utama

Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

Diharap penerbitan sulung Buletin PMSarawak ini dapat diteruskan pada edisi yang akan

datang.

Akhir kalam, terima kasih kerana telah memiliki dan membaca Buletin PMSarawak Edisi

Keluaran 1 bagi bulan Januari hingga Jun 2017.

MOHD SAIFUL SUNGKIH BIN ABDULLAH

Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak

Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Kementerian Kewangan Malaysia

Page 5: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Sejarah Perbendaharaan Malaysia Sarawak

3 Jan - Jun 2017

Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dahulunya dikenali dengan

nama Pejabat Kewangan Persekutuan Sarawak (PKPS) telah ditubuhkan

pada tahun 1967 melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11

Tahun 1967. PMS berperanan dalam melaksana dan mengawal perkara

dan urusan yang berkaitan dengan pentadbiran kewangan Kerajaan

Persekutuan di Negeri Sarawak. Semasa penubuhan pada tahun 1967,

PMS di tempatkan di bangunan Electra House, Jalan Ban Hock, Kuching.

Pada tahun 1971 melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/73,

Pejabat Kewangan Sarawak serta fungsi kewangan Sarawak di

mansuhkan. Fungsi Kewangan diserap ke dalam Bahagian Kewangan,

Kementerian Hal Ehwal Sarawak.

Pada tahun 1974, Pejabat Kewangan Sarawak di wujudkan semula dan

ditempatkan di tingkat 2 dan 3, Bangunan Ang Cheng Ho, Jalan Tunku

Abdul Rahman dan mempunyai 9 orang pegawai dan kakitangan.

Pada tahun1976, Pejabat Kewangan Persekutuan berpindah ke tingkat 8,

Wisma Persekutuan Kuching (kini Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang).

Fungsi Utama

Urusan Perolehan Kerajaan Persekutuan.

Pengurusan Pendaftaran Kontraktor.

Pemantauan ke atas pematuhan tatacara

kewangan dan perolehan.

Urusan berkaitan dengan Kewangan Dan

Khidmat Pengurusan.

Mengendalikan Program Pusat Transformasi

Komuniti Bergerak (Mobile CTC) Sarawak.

VISI

Menjadi sebuah agensi yang dinamik, profesional

dan berintegriti dalam pengurusan kewangan yang

cemerlang.

MISI

Memastikan pengurusan kewangan yang efisien

dan berhemah serta penggunaan sumber

kewangan secara optimum.

OBJEKTIF

Memastikan semua jabatan persekutuan /

badan berkanun persekutuan mematuhi

tatacara dan dasar-dasar kewangan supaya

sumber-sumber kewangan Kerajaan

digunakan dengan lebih cekap.

Memastikan rakyat mendapat manfaat yang

maksima melalui pelaksanaan dasar-dasar

kewangan Kerajaan.

Pada tahun 1986, Pejabat Kewangan Persekutuan telah berpindah ke lokasi sekarang iaitu di Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar,

Jalan Simpang Tiga, 93592 Kuching, Sarawak. Manakala pada tahun 1995 nama Pejabat Kewangan Persekutuan ditukar kepada

Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS). Kini, PMS mempunyai 46 orang kakitangan yang terdiri daripada 8 orang pegawai dan 38

orang kakitangan sokongan.

Page 6: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Statistik Pendaftaran Kontraktor di Sarawak

4 Buletin PMSarawak

Jenis Pernohonan Terima Lulus Tolak

Baru 574 420 142

Kemaskini Profil 218 210 6

Pembaharuan 669 550 132

Status Bumiputera 377 247 188

Tambah Bidang 518 449 80

Jumlah 2356 1876 548

Permohonan Pendaftaran Kontraktor Jan—Jun 2017 Jumlah Berdaftar Pembekal / Perunding di Sarawak

Bil kategori Bilangan Berdaftar

1 Pembekal 5478

2 Pembekal Bertaraf Bumiputera 2556

3 Pembekal Bertaraf Bukan Bumiputera 2922

4 Pembekal Dalam Bidang Pembuat 70

5 Pembekal Dalam Bidang Bukan Pembuat 5408

6 Pembekal Dalam Bidang Khas 267

Kod Penerangan Bidang Jumlah

01 PENERBITAN DAN PENYIARAN 2285

02 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK 8110

03 SUKAN, REKREASI DAN ALAT MUZIK (PERALATAN, BEKALAN DAN AKSESORI SUKAN DAN REKREASI

2064

04 MAKANAN, MINUMAN DAN BAHAN MENTAH 7716

05 PERALATAN HOSPITAL, PERUBATAN, UBAT-UBATAN DAN FARMASEUTIKAL 1271

06 KIMIA, BAHAN KIMIA DAN PERALATAN MAKMAL 1772

07 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN 2435

08 KEJURUTERAAN AWAM, BINAAN DAN KELENGKAPAN KEMUDAHAN AWAM 680

09 BAHAN BINAAN DAN PERALATAN KESELAMATAN JALAN RAYA 2966

10 PERALATAN SUKATAN DAN UKURAN 109

11 PENGANGKUTAN, KOMPONEN DAN AKSESORI 1916

12 PERTAHANAN DAN KESELAMATAN 1135

13 PERALATAN KEJURUTERAAN DAN MESIN PENGELUARAN 1642

14 PERALATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 2462

21 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) 1372

22 PERKHIDMATAN 14284

33 PERKHIDMATAN PERUNDING FIZIKAL 357

34 PERKHIDMATAN PERUNDING BUKAN FIZIKAL 42

(Sumber Data : ePerolehan)

Page 7: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

5 Jan - Jun 2017

MAKLUMAT PEROLEHAN PERSEKUTUAN DI SARAWAK

Senarai Kontrak Pusat Sistem Panel Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Bil Nama Syarikat Tempoh kontrak semasa

Kontrak Pusat Sistem Panel Membuat, Membekal Dan Menghantar Kicap/Sos cili/Sos Tomato/Sos Lada Hitam/Serbuk kopi/Kordial/Jus Asam Susur (Kordial Rosselle) Kepada Seluruh Jabatan Persekutuan (Termasuk

Sekolah kategori A , B & C) Agensi dan Badan Berkanun Persekutuan Di Negeri Sarawak

1 Zalira Sdn Bhd. 01.01.2016 hingga 31.12.2017

2 Pawada Food Industries Sdn Bhd. 01.01.2016 hingga 31.12.2017

Kontrak Pusat Sistem Panel Membekal dan Menghantar Beras Kepada Jabatan Persekutuan (Termasuk sekolah kategori A & B) Agensi Dan Badan Berkanun Persekutuan di Negeri Sarawak

1 Era Bumi Jaya Sdn Bhd 01.09.2015 hingga 31.08.2018

2 Norjahan General Trading 01.09.2015 hingga 31.08.2018

3 HMN Nadhir Sdn Bhd 01.09.2015 hingga 31.08.2018

4 Captain Roseley Enterprises Sdn Bhd 01.09.2015 hingga 31.08.2018

5 Barkath Store 01.09.2015 hingga 31.08.2018

Kontrak Pusat Sistem Panel bagi Membuat , Membekal Dan Menghantar Tilam, Bantal Dan Kusyen Berserta Kain Pembalut Kepada Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah kategori A, B & C) Agensi dan Badan Berkanun

Persekutuan Di Negeri Sarawak

1 Urethane Technologies Sdn. Bhd. 15.08.2014 hingga 14.08.2017

2 Offix Sdn. Bhd. 15.08.2014 hingga 14.08.2017

3 Icon Enterprise Sdn. Bhd. 15.08.2014 hingga 14.08.2017

4 Alam Jaya Ikatan Sdn. Bhd. 15.08.2014 hingga 14.08.2017

B. Senarai Kontrak Pusat Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Bil Nama Syarikat Tempoh kontrak semasa

Kontrak Pusat bagi Membekal Dan Menghantar Ikan Basah ke Seluruh Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah kategori A & B) Agensi dan Badan Berkanun Persekutuan Di Negeri Sarawak

1 Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (PENESA) 01.05.2014 Hingga 30.04.2017

Kontrak Pusat bagi Membekal Dan Menghantar Daging Ayam(Halal) Kepada Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah kategori A & B) Agensi dan Badan Berkanun Persekutuan Di Negeri Sarawak

1 Comerich Sdn. Bhd. 01.0.2015 hingga 31.04.2018

2 Mahasal Sdn Bhd 01.0.2015 hingga 31.04.2018

3 Muzana Enterprais Sdn Bhd 01.09.2015hingga 30.04.2018

Kontrak Pusat Bagi Membuat, Membekal, Menghantar Dan Memasang Perabot Jenis Kerusi fabrik, Meja Berangkai Besi/Logam/Kayu Kepada Semua Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah kategori A & B) Agensi dan

Badan Berkanun Persekutuan Di Negeri Sarawak

1 Hizone Sdn Bhd 01.08.2014 hingga 31.07.2017

2 Perusahaan Intan Jepara Sdn Bhd 01.08.2014 hingga 31.07.2017

3 Saadiah Indah 01.08.2014 hingga 31.07.2017

4 Officequip Supplies Sdn Bhd 01.08.2014 hingga 31.07.2017

Kontrak Pusat Bagi Membuat, Membekal, Menghantar Dan Memasang Perabot Jenis Logam Kepada Semua Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah Kategori ‘A’ & ‘B’) Dan Badan Berkanun Persekutuan Seluruh Negeri

Sarawak

1 Ekapaksi Sdn. Bhd. 01.09.2014 hingga 31.08.2017

2 Syarikat N-Mo Sdn. Bhd. 01.09.2014 hingga 31.08.2017

3 FBF Reka Sdn. Bhd. 01.09.2014 hingga 31.08.2017

A. KONTRAK PUSAT SISTEM PANEL

Page 8: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) telah dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC)

di Sarawak oleh pihak Unit Strategi Nasional @ National Strategy Unit (NSU),

Kementerian Kewangan Malaysia. Program Mobile CTC merupakan salah satu

inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan: 8 (NBOS:8) yang bertujuan

untuk membawa perkhidmatan-perkhidmatan utama Kerajaan kepada rakyat

luar bandar dan pedalaman. Konsep Mobile CTC adalah untuk menyediakan

kaunter perkhidmatan bergerak dari Kuching ke kawasan pedalaman dan luar

bandar. Selain menyediakan perkhidmatan utama kerajaan, pusat ini turut

menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, mewujudkan peluang-

peluang perniagaan, bantuan kebajikan kepada golongan sasar serta

mendekatkan rakyat secara langsung dengan kerajaan daripada pelbagai

jabatan dan agensi.

Pelaksanaan Program Mobile CTC Sarawak tahun 2017 bagi konsep bas dan bot

masing-masing adalah sebanyak lima buah program dan tiga buah program.

Pada tahun ini juga telah ditambah Sasaran Kerja Tahunan terhadap

pelaksanaannya dalam bidang Roadshow sebanyak 24 lokasi di seluruh Sarawak

di samping menyertai jemputan dari pihak penganjur tidak kira Kerajaan

Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak

6 Buletin PMSarawak

Urusetia menggunakan perahu untuk

menuju ke lokasi program

Pegawai Kewangan Persekutuan mengiringi

YB Tuan Haji Julaihi B. Haji Narawi, ADUN N22

Sebuyau ke lokasi perasmian

Page 9: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

7 Jan - Jun 2017

PETUNJUK:

Program Mobile CTC anjuran Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Program Mobile CTC Bot anjuran Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Program Roadshow

Program Jemputan

D Done

C Confirm

TBC To be confirmed

196478101

28291436

Bil Pengunjung Jan - Jun 2017 Mobile CTC

Bus

Mobile CTC Boat

Roadshow

Jemputan

Agensi Lain

1 Roadshow Asajaya Pejabat Daerah Asajaya Samarahan 25.02.2017 D

2 Roadshow Sadong Jaya Pejabat Daerah Kecil Sadong

Jaya Samarahan 26.02.2017

D

3 Mobile CTC Bus Sebuyau Pejabat Daerah Kecil Sebuyau Samarahan 04 - 05.03.2017 D

4 Roadshow Igan Pejabat Daerah Kecil Igan Daro 07.03.2017 D

5 Roadshow Matu Pejabat Daerah Matu Daro 08.03.2017 D

6 Mobile CTC Boat Kpg Penasu Pejabat Daerah Daro Mukah 10 - 12.03.2017 D

7 Mobile CTC sempena MYTV Sampadi (Mini CTC)

Pejabat Daerah Lundu Lundu 24 - 25.03.2017 D

8 Roadshow Batu Kawa Pejabat Daerah Kuching Kuching 15.04.2017 D

9 Roadshow Malihah Pejabat Daerah Kuching Kuching 16.04.2017 D

10 Mobile CTC Bus Telaga Air Pejabat Daerah Kuching Kuching 22 - 23.04.2017 D

11 Mobile CTC sempena FACE LPPKN Pejabat Daerah Asajaya Samarahan 29.04.2017 D

12 Mobile CTC sempena INTRADE DPA Pejabat Daerah Samarahan Samarahan 29.04.2017 D

13 Mobile CTC sempena Pesta Matu Pejabat Daerah Matu Mukah 02 - 03.05.2017 D

14 Mobile CTC/MOP Kpg Darul Islam Belimbing (Mini CTC)

Pejabat Daerah Tebedu Samarahan 07.05.2017 D

15 Roadshow Tanjung Manis Pejabat Daerah Tanjung Manis Mukah 11.05.2017 D

16 Mobile CTC Boat Kpg Paloh Pejabat Daerah Tanjung Manis Mukah 12 - 14.05.2017 D

17 Mobile CTC sempena Soft Launching B744 Pejabat Daerah Kuching Kuching 19.05.2017 D

18 Roadshow Pusa Pejabat Daerah Pusa Betong 12.06.2017 D

19 Roadshow Spaoh Pejabat Daerah Kecil Spaoh Betong 13.06.2017 D

20 Roadshow Engkilili Pejabat Daerah Kecil Engkilili Sri Aman 14.06.2017 D

21 Roadshow Lachau Pejabat Daerah Sri Aman Sri Aman 15.06.2017 D

22 Mobile CTC Simunjan Pejabat Daerah Simunjan Samarahan 14 - 16.07.2017 C

23 Roadshow Niah Pejabat Daerah Kecil Niah Miri 16.08.2017 C

24 Roadshow Beraya Pejabat Daerah Miri Miri 17.08.2017 C

25 Mobile CTC Bus Bekenu Pejabat Daerah Subis Miri 19 - 20.08.2017 C

26 Mobile CTC sempena LPPKN Nang Rindok Pejabat Daerah Kecil Sebuyau Samarahan 24.08.2017 C

27 Mobile CTC sempena MYTV Betong (Mini CTC) Pejabat Daerah Betong Betong 09 - 10.09.2017 C

28 Roadshow Sekuau Pejabat Daerah Selangau Sibu 26.09.2017 TBC

29 Roadshow Selangau Pejabat Daerah Selangau Sibu 27.09.2017 TBC

30 Roadshow Rantau Kemiding Pejabat Daerah Kanowit Sibu 11.10.2017 TBC

31 Roadshow Kanowit Pejabat Daerah Kanowit Sibu 12.10.2017 TBC

32 Mobile CTC Boat Song Pejabat Daerah Kecil Song Kapit 13 - 15.10.2017 TBC

33 Roadshow Tatau Pejabat Daerah Tatau Bintulu 15.11.2017 TBC

34 Roadshow Simalaju Pejabat Daerah Bintulu Bintulu 16.11.2017 TBC

35 Mobile CTC Bus Sebauh Pejabat Daerah Sebauh Bintulu 18 - 19.11.2017 TBC

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE

(MOBILE CTC) & MOBILE CTC BOAT DI NEGERI SARAWAK TAHUN 2017

Page 10: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Program Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (PKPK) telah berlangsung selama 2 hari pada 29

dan 30 Mac 2017 bertempat di Islamic Information Centre Kuching (IIC). Seramai 46 orang peserta

dari pelbagai jabatan persekutuan telah menghadiri program ini.

Objektif PKPK:

1. Memberi bimbingan dan membuat penambahbaikan pengurusan kewangan Jabatan

Persekutuan di daerah-daerah kecil di Sarawak yang lemah dalam perkara-perkara tersebut.

2. Memberi kesedaran kepada semua Ketua Jabatan, Penolong Ketua Jabatan serta pegawai-

pegawai kanan [terutama ketua atau penolong pusat tanggungjawab (PTJ)] berhubung

prosedur pengurusan kewangan jabatan.

3. Mengurangkan kes ketidakpatuhan terhadap tatacara dan prosedur kewangan serta

mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya integriti dan akauntabiliti dalam

pengurusan kewangan.

Penceramah:

1. Puan Dayang Arfahiza Binti Abang Junaidi, - Seksyen Perolehan, Perbendaharaan Malaysia

Sarawak

2. Puan Julia Binti Johari - Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

3. Encik Patahorrahman Raffi - Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak

PKPK Siri 1 Tahun 2017 di IIC Kuching

Maklumat berkaitan perubatan tradisional

dan komplimentari

Ucapan aluan oleh Pegawai Kewangan

Persekutuan Sarawak

8 Buletin PMSarawak

Latihan Dalaman PMSarawak

Bagi memenuhi keperluan 7 hari berkursus setahun, Seksyen Khidmat Korporat telah mengambil

inisiatif untuk menganjurkan latihan dalaman kepada warga PMSarawak. Antara program yang telah

dianjurkan adalah seperti berikut:

7 Mac 2017 - Taklimat Rasuah: Isu & Cabaran Terkini dan Isu-Isu Integriti & Langkah Pencegahan

daripada pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Negeri Sarawak

10 Mac 2017 - Talimat Warga Digital Masa Hadapan oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

6 April 2017 - Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Puan Norhaizum, MAMPU

Sarawak

20 April 2017 - Taklimat Perubatan Tradisional dan Komplimentari oleh Dr. Mohamad Yusfadzy Bin

Yusuf, Ketua Cawangan Unit Perubatan Tradisional, Hospital Umum Sarawak

Page 11: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Perkongsian maklumat berkaitan dengan ICT kepada warga PMSarawak adalah salah satu sasaran kerja bagi Unit IT bagi tahun

2017. Berikut merupakan perkongsian yang telah dilakukan:

1. Sesi Latihan Pengguna Sistem eRekod & Tindakan.

2. Dashboard Reporting menggunakan MS Excel.

3. HRMIS SKT & LNPT.

Perkongsian Maklumat oleh Unit IT

Sesi Latihan Pengguna eGPA Bersama PM Sabah

Sesi latihan pengguna aplikasi electronic Government Procurement Application (eGPA) telah diadakan di Bilik Perbincangan

Perbendaharaan Malaysia Sarawak pada 8 dan 9 Mei 2017. Sesi latihan ini turut disertai oleh pegawai dari Perbendaharaan Malaysia

Sabah. Pegawai dari Bahagian Perolehan Kerajaan , Perbendaharaan Malaysia telah ijemput sebagai penceramah.

9 Jan - Jun 2017

Seksyen Kawalan dan Pemantauan telah mengadakan naziran pematuhan

pekeliling perbendaharaan kepada agensi persekutuan di Sarawak.

Objektif:

Memastikan jabatan/agensi persekutuan memahami serta mematuhi

Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

Skop Naziran :

1. Kewangan

2. Perolehan

3. Pengurusan Aset & Stor

Sebanyak 16 agensi telah di lawat sepanjang Jan — Jun2017 .

Naziran Pematuhan ke Agensi Kerajaan di Sarawak

Naziran kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Tanjung Manis

Page 12: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

10 Buletin PMSarawak

Sesi Teh Tarik Bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan

31 Januari 2017—Lawatan kerja oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, YBhg Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah ke

PMSarawak. Beliau telah menyertai sesi ‘Teh Tarik’ bersama warga PMSarawak dan turut membuat lawatan tapak ke Bandar

Usahawan Lautan Biru (BOET) di Lot B744 bersama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES / SEDC).

Page 13: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

11 Jan - Jun 2017

Program Townhall Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sarawak 2017

Rancangan Mobile Outreach Programme (MOP) Angkatan Tentera Malaysia bagi

tahun 2017

Initiatif oleh Kementerian Kemudahan Awam Negeri Sarawak untuk membekalkan

elektrik ke seluruh pelusuk dalam negeri Sarawak

27 Mac 2017 — PMSarawak dengan kerjasama Unit Strategik Nasional (NSU),

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan Program Townhall Strategi

Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bertermpat di Auditorium Bangunan Sultan

Iskandar, Kuching, Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh penjawat awam

Persekutuan dan penjawat awam Kerajaan Negeri Sarawak.

Tajuk ceramah yang telah disampaikan:

1. Mobile Youth Transformation Program (MYTV)

Penceramah : Leftenan Kolonel Sukcha Din Tawan, Pegawai Staf 1 Perisikan &

Gerak Saraf, Markas Pemerintahan Wilayah Timur

2. Rural Power Supply Strategy in Sarawak

Penceramah : Syed Mohamad Fauzi Shahab, Pengarah Bekalan Elektrik,

Kementerian Kemudahan Awam Sarawak

3. Pengenalan Kepada Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Penceramah : Encik Abu Bakar Bin Haji Jambol, Timbalan Pengarah Kanan (Dasar), Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan

Malaysia

4. Creativity Index and Fair Process

Penceramah : Encik Guna Arulalan David, Timbalan Pengarah (Dasar), Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia

Page 14: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

19 Mei 2017 - YBhg Tan Sri Dr. Mohd lrwan

Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha

Perbendaharaan, Kementerian Kewangan

Malaysia telah melancarkan tiga program inisiatif

Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri

Sarawak, Pra-Pelancaran BOET, Coding@Schools

2017 dan MAGiC Sarawak @ Borneo 744 di

bawah satu platform.

Pra pelancaran pertama adalah mengenai

Borneo 744 sebagai lokasi Blue Ocean

Entrepreneurs Township (BOET) yang pertama di

Malaysia, terletak di Bintawa, Kuching dan

berkeluasan 120,000 kaki persegi yang dibina di

bekas tapak bengkel mekanikal Jabatan Kerja

Raya, terletak hanya 6.5 kilometer dari pusat

bandar Kuching.

lnisiatif BOET yang ada di Borneo 744 pertama

kali diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia,

YAB Dato’ Seri Najib pada 3 April 2016 lalu dan

merupakan salah satu inisiatif kerajaan

Persekutuan dalam memperkukuhkan dan

melengkapkan ekosistem keusahawanan

nasional melalui Strategi Lautan Biru

Kebangsaan.

Program ini adalah usahasama di antara

Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri

Sarawak yang mana ianya merupakan

pemangkin untuk usahawan kreatif dan

berpotensi untuk sentiasa berkembang dan

maju ke peringkat yang lebih baik. Disamping

itu, ianya juga pada masa yang sama mampu

untuk menghidupkan semula sektor

perindustrian di kawasan Bintawa, Kuching.

Borneo 744 yang terdiri daripada 5 blok

kreativiti (Blok A, B, C, D dan E) menumpukan

kepada 8 sektor atau fungsi utama iaitu

keusahawan, seni persembahan, muzik, seni

visual termasuk fotografi, seni kraftangan,

fesyen, filem dan penghasilan start up serta

sokongan.

Pra Pelancaran Borneo744 BOET , Pelancaran Coding @ School & MaGiC Sarawak

Inisiatif BOET

telah diumumkan

oleh Perdana

Menteri Malaysia

pada 3 April

2016

12 Buletin PMSarawak

Page 15: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

13 Jan - Jun 2017

Page 16: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Pelancaran EKSA PMSarawak oleh

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

14 Buletin PMSarawak

Page 17: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

15 Jan - Jun 2017

Page 18: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Berkuatkuasa 10 Jun 2013, Unit Pinjaman Perumahan Cawangan Sarawak di

Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah dipindahkan ke Putrajaya.

Pada tahun 2015, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) di Kementerian Kewangan

telah dikorporatkan menjadi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

PMSarawak telah mengambil inisiatif untuk menjemput pihak LPPSA untuk datang

memberi perkhidmatan kepada penjawat awam di Sarawak secara berkala. Sesi

pertama telah diadakan pada 17—19 Mei 2017 di Lobi Bangunan Sultan Iskandar, Jalan

Simpang Tiga, Kuching. Taklimat kepada penjawat awam juga telah diadakan pada 19

Mei di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar.

Pihak LPPSA juga telah bersetuju untuk mengadakan Hari Bersama Pelanggan ke

bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Taklimat dan Hari Bersama Pelanggan LPPSA

16 Buletin PMSarawak

Hari Bersama Pelanggan LPPSA

Page 19: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

17 Jan - Jun 2017

Aktiviti

PKP

13 Jan 2017—Kunjungan hormat kepada Timbalan

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YBhg Datuk Jaul

Samion

17 Mei 2017—Kunjungan hormat kepada Ketua

Menteri Sarawak, YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul

Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg

28 Feb 2017—Kunjungan hormat daripada Unit Audit

Dalam, Perbendaharaan Malaysia

Perhimpunan pagi diadakan pada setiap pagi Isnin 2 Mac 2017—Temubual RTM sempena Program Mobile

CTC Sebuyau.

Latihan askar wataniah bersama YBhg Tan Sri Dr. KSP

21 Feb 2017—Kunjungan hormat daripada Yayasan

Peneraju Bumiputera.

27 Mac 2017—Perjumpaan dengan Timbalan Pengarah

Kanan INTAN bersama kadet-kadet Pegawai Tadbir &

Diplomatik

23 Mac 2017—Lawatan ke kilang kontrak pusat perabot

kayu

30 Mac 2017—Hari Terbuka Kementerian Kewangan

Page 20: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Kelab Perbendaharaan Malaysia Sarawak (Kelab PMS) pada tahun 2017 telah menyertai beberapa

program khidmat masyarakat (CSR). Program CSR yang telah diadakan adalah bersempena

Program Mobile CTC yang telah dianjurkan. CSR yang telah diadakan adalah merangkumi

pembersihan kawasan seperti padang permainan dan mengecat bangunan seperti Tabika KEMAS

dan dewan masyarakat. Aktiviti CSR Kelab PMS turut disertai oleh ahli ahli Persatuan Pegawai

Tadbir & Diplomatik Sarawak dan penduduk tempatan.

Senarai CSR yang telah dijalankan:

1. 4 Mac 2017— Membersih dan mengecat bangunan SK Tunku Bagus sempena Mobile CTC

Sebuyau.

2. 22 Apr 2017 — Menanam pokok bunga, mengecat pagar Taska Perma Kampung Telaga Air

Sempena Mobile CTC Telaga Air.

3. 15 Julai 2017 — Membersih dan mengecat Taman Permainan Dewan Mesra Simunjan

Sempena Mobile CTC Simunjan.

Penglibatan Kelab PMS dalam CSR

18 Buletin PMSarawak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

merangkap Ahli Parlimen P.200 Batang

Sadong, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

merasmikan Program CSR di Simunjan

Page 21: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Majlis Iftar Bersama Maahad Tahfiz

19 Jun 2017 — Majlis Iftar warga PMSarawak bersama pelajar Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah diadakan di Ruang Legar

Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

19 Jan - Jun 2017

Kelab PMS Edar Bubur Lambuk

20 Jun 2017 — Program gotong royong penyediaan dan pengagihan bubur lambuk di lobi Bangunan Sultan Iskandar, lobi Bangunan

Tunku Haji Bujang dan juga ke jabatan berdekatan.

Page 22: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Sumber dari: http//semut2comel.blogspot.my/2012/03/10-perkara-yang-merosakan-otak.html

Page 23: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program
Page 24: EDISI KELUARAN 1 : JAN JUN 2017 - pmsarawak.treasury.gov.mypmsarawak.treasury.gov.my/wp-content/uploads/buletin/Buletin_PM... · Pelaksanaan Program Mobile CTC di Sarawak ... Program

Layari kami di : http://pmsarawak.treasury.gov.my

Tingkat 16,

Bangunan Sultan Iskandar

Jalan Simpang Tiga

Kuching, SARAWAK

Phone: 082-421 333

Fax: 082-424 489

E-mail: [email protected]

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK