edisi 1/2016

12
BULETIN INFORMASI PUSAT PEMBELAJARAN EDISI 1/2016

Upload: phamhuong

Post on 13-Jan-2017

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI 1/2016

BULETINBULETIN INFORMASI PUSAT PEMBELAJARAN

EDISI 1/2016

Page 2: EDISI 1/2016

Aktiviti 2015Aktiviti-aktivi Lepas Yang Telah Dianjurkan Oleh Pusat Pembelajaran Kejiranan

Promosi 2016Kalender Aktiviti Pusat Pembelajaran Kejiranan

ISI KANDUNGAN EDISI 01

Latarbelakang PPKLatarbelakang, objektif & konsep

Pusat Pembelajaran Kejiranan

Peraturan Pusat Pembelajaran Kejiranan

Peraturan Am PPK, Peraturan Pakaian dan Peraturan Pinjaman PPK

Konsep PPKPanduan & kadar yuran keahlian

Sidang redaksi Buletin PPK mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca

Email pertanyaan hendaklah ditujukan kepada:[email protected]

Seksyen Portal & Multimedia Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

PertanyaanUntuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my

http://ppk.ppj.gov.my

Facebook/putrajaya

Facebook/perpustakaanputrajaya

Twitter@putrajayacorp

Youtube/perbadananputrajaya

Instagram/perbadananputrajaya Instagram/perpustakaanputrajaya

Aktiviti 2016Aktiviti-aktivi Yang Telah Dianjurkan Oleh Pusat Pembelajaran KejirananSepanjang Mac - April 2016

Maklumat PPK & KemudahanAlamat, no. telefon, email dan kemudahan-kemudahan yang disediakan

Page 3: EDISI 1/2016

LATAR BELAKANG PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN (PPK)

Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) merupakan sebuah organisasi yang

beroperasi di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya (PPj). PPj merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab untuk membangun, mentadbir dan menguruskan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan. PPK mula beroperasi pada 2 Mei 2001 di Presint 8. Pada mulanya hanya terdapat 6 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Pustakawan, 2 orang pembantu pustakawan, 2 orang kerani dan seorang pembantu teknik.

Mulai bulan Mac 2006, bilangan kakitangan mula ditambahkan dalam usaha untuk melancarkan lagi perkhidmatan di PPK. Terdapat penambahan seramai 10 orang kakitangan menjadikan jumlahnya meningkat kepada 16 orang.

Pada 1 September 2006, PPK Presint 16 mula dibuka kepada orang ramai dan dijadikan sebagai perpustakaan induk bagi PPK. Pada 9 Disember 2008, cawangan PPK yang ketiga telah dibuka iaitu di Presint 9.

Bilangan kakitangan juga telah ditambah iaitu menjadikan jumlah keseluruhannya adalah seramai 24 orang. Sejajar dengan penambahan penduduk di Putrajaya, cawangan PPK yang keempat pula telah dibuka di Presint 11 pada 5 Januari 2010.

Sehingga kini PPK telah mempunyai 4 cawangan iaitu di Presint 8, 9, 11 dan 16. Waktu perkhidmatan juga telah dipanjangkan sehingga pukul 9.00 malam di atas permintaan pengguna. Waktu kemuncak adalah selepas waktu persekolahan di mana PPK menjadi tumpuan pelajar sekolah untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah. Pada hujung minggu pula, terdapat ramai ibubapa yang datang membawa anak-anak dalam usaha untuk menggalakkan budaya membaca sejak dari kecil.

Dari segi aktiviti yang dianjurkan oleh PPK, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Ini membuktikan usaha PPK yang memberi penekanan kepada aspek aktiviti telah membuahkan hasil.

OBJEKTIF• Untuk menggalakkan

proses pencarian maklumat dan pembelajaran melalui penyediaan bahan-bahan bacaan dan multimedia.

• Untuk menggalakkan perkembangan kreativiti individu terutama kanak-kanak dan remaja melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

• Untuk menjadi tuan rumah kepada program-program pendidikan komuniti seperti seminar, diskusi, dan pameran.

KONSEP• PPK adalah salah satu

kemudahan awam yang disediakan di Putrajaya bertujuan memberikan khidmat sokongan bagi mewujudkan masyarakat berilmu dan bermaklumat di Putrajaya.

• PPK berkonsepkan sebuah tempat pertemuan dan interaksi sosial bagi komuniti selain sebagai pusat pencarian maklumat dan pembelajaran.

Page 4: EDISI 1/2016

PANDUAN KEAHLIAN

KONSEP PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANANPPK adalah salah satu kemudahan

awam yang disediakan di Putrajaya bertujuan memberikan khidmat sokongan bagi mewujudkan masyarakat berilmu dan bermaklumat di Putrajaya.

PPK berkonsepkan sebuah tempat pertemuan dan interaksi sosial bagi komuniti selain sebagai pusat pencarian maklumat dan pembelajaran.

1.  Keahlian PPK dibuka kepada semua warga Putrajaya (penduduk dan bagi mereka yang bekerja di Putrajaya serta ahli keluarga mereka), dan penduduk dari kawasan sekitar Putrajaya iaitu Bangi, Kajang, Dengkil, Serdang dan Puchong yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.2.  Terdapat 3 ketegori ahli iaitu Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak3.  Bayaran/yuran keahlian adalah secara tahunan dan mengikut kategori ahli. (Rujuk kategori ahli dan kadar yuran). 4.  Permohonan keahlian hendaklah dibuat dengan menggunakan kad permohonan keahlian yang boleh

didapati di kaunter PPK. Pemohon dikehendaki menunjukkan kad pengenalan bagi tujuan pengesahan diri.5.  Yuran keahlian kepada Warga Perbadanan Putrajaya dan ahli keluarga (suami/isteri/anak-anak) adalah percuma.6.  Bayaran hendaklah dijelaskan dalam bentuk wang tunai sahaja. Pembayaran menggunakan cek peribadi tidak diterima.7.   Kad keahlian tidak boleh dipindah milik. Pihak PPK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan yang dilakukan akibat dari memindah milik kad keahlian.

Kategori Ahli DEWASA REMAJA KANAK-KANAKUmur 21 tahun & ke atas 13 – 20 tahun 5 – 12 tahunYuran Tahunan RM 15.00 RM 10.00 RM 5.00Pendaftaran & Kad Ahli RM 1.00 RM 1.00 RM 1.00JUMLAH RM 16.00 RM 11.00 RM 6.00

KADAR YURAN KEAHLIAN

Page 5: EDISI 1/2016

Peraturan Pinjaman PPK1. Kemudahan pinjaman bahan koleksi adalah terbuka kepada ahli PPK sahaja.2. Setiap ahli dewasa dibenarkan meminjam 3 bahan manakala remaja dan kanak-kanak dibenarkan meminjam 2 bahan dalam tempoh 2 minggu. Bahan boleh diperbaharui untuk 2 minggu berikutnya dengan syarat bahan berkenaan tidak ditempah oleh ahli lain.3. Pinjaman bahan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan. Sila simpan resit pinjaman sebagai bukti pinjaman dan rujukan tarikh pemulangan.4. Peminjaman dan pemulangan bahan boleh dilakukan di mana-mana cawangan PPK Putrajaya.5. Pengguna adalah diminta untuk melaporkan sebarang kehilangan bahan yang dipinjam dengan segera kepada pihak PPK.6. Pengguna yang lewat memulangkan bahan, melakukan kerosakkan atau menghilangkannya perlu membayar denda kepada PPK.(Rujuk jenis dan kadar denda) 7. Bahan yang tidak dipulangkan setelah lampau tempoh pinjaman dan setelah dikeluarkan surat peringatan sebanyak 2 kali akan dianggap hilang dan pengguna perlu membayar kos ganti rugi tersebut. (Rujuk jenis dan kadar denda).

Peraturan Am PPK1. Tidak dibenarkan membawa barang selain alat tulis, buku milik sendiri, nota, kertas dan komputer riba.2. Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, tidur, menggunakan telefon bimbit, dan membuat bising. Ibubapa atau penjaga hendaklah mengawal anak-anak mereka daripada membuat bising dan mengganggu ketenteraman pengguna lain.3. Tidak dibenarkan menimbulkan sebarang kacau ganggu dalam apa juga bentuk di dalam mana-mana kawasan PPK (di dalam dan di luar bangunan).4. Tidak dibenarkan mencas (charging) telefon bimbit di mana-mana soket kuasa. (soket kuasa hanya dibenarkan untuk penggunaan komputer riba sahaja)5. Tidak dibenarkan membawa buku keluar tanpa melalui proses pinjaman.6. Tidak dibenarkan merosakkan apa jua harta benda / koleksi PPK dengan apa cara sekalipun.7. Tidak dibenarkan membuang sampah sesuka hati di dalam kawasan PPK.8. Pengguna hendaklah menunjukkan kesemua bahan yang dibawa keluar melalui kaunter utama kepada petugas atau pengawal keselamatan.

Peraturan Pakaian1. Para pengguna/pengunjung ke PPK hendaklah berpakaian bersih, sopan dan kemas.2. Pakaian berikut adalah tidak dibenarkan : a. Singlet. b. Fesyen pakaian yang koyak dan/atau berlubang. c. Pakaian jarang yang menampakkan tubuh badan. d. T-shirt atau kemeja yang tidak berlengan dan/ atau singkat sehingga menampakkan perut. e. Pakaian yang mempunyai tulisan dan/atau gambar lucah. f. Terompah atau apa jua jenis kasut atau selipar yang menimbulkan bunyi bising. g. Sebarang jenis topi.

PERATURAN PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN

Page 6: EDISI 1/2016

MAKLUMAT PPK PUTRAJAYA & KEMUDAHANNYA

Ibu Pejabat PPK: Pusat Pembelajaran Kejiranan Tingkat 1, Kompleks Kejiranan Presint 16 Jalan P16G, Presint 16 62150 Putrajaya Tel : 03 - 8887 7667 Fax : 03 - 8887 5022 Email : [email protected]

Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 8 Jalan P8C, Presint 8 62250 Putrajaya Tel : 03 - 8887 7670Fax : 03 - 8887 5022 Email : [email protected]

Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 11Tingkat 1,Kompleks Kejiranan Presint 1162300 PutrajayaTel : 03 - 8887 7681Fax : 03 - 8887 5022 Email : [email protected]

Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 9Jalan P9E, Presint 962250 PutrajayaTel : 03 - 8887 7671Fax : 03 - 8887 5022 Email : [email protected]

Page 7: EDISI 1/2016

Bengkel Pengurusan Perpustakaan“Pemantapan Perkhidmatan Kaunter Perpustakaan”Tarikh : 28 Mac 2016 Tempat : Bilik Serbaguna, PPK P9

Kelas Bahasa InggerisTarikh : 26 Mac – 21 Mei 2016 Tempat : Bilik Serbaguna, PPK P8

Kelas Kemahiran Al-Quran (Al-Fatihah)Tarikh : 27 Mac – 22 Mei 2016 Tempat : Bilik Serbaguna, PPK P9

Kelas Kemahiran Kraf Kreatif Kanak-kanakTarikh : 03 April – 29 Mei 2016 Tempat : Bilik Serbaguna, PPK P11

Kelas Kemahiran Al-Quran “ Solat Bestari - Lelaki & PerempuanTarikh : 02 April – 28 Mei 2016 Tempat : Bilik Serbaguna, PPK P16

Bengkel Genius Sifir – Tahap 1 & 2Tarikh : Tahap 1 – 20 Ogos Tahap 2 – 21 Ogos Tempat : TBC

Program Kerjasama KL BrailleTarikh : 13 Ogos 2016 Tempat : TBC

Bengkel IT – Adobe IllustratorTarikh : 27 - 28 Ogos 2016 Tempat : Bilik Multimedia PPK P16

Bengkel Pengurusan Perpustakaan “Transform Our Attitude”(Kakitangan PPK)Tarikh : 26 September 2016 Tempat : TBC

Pertandingan Melukis dan Mewarna 2016Tarikh : 22-23 Oktober 2016 Tempat : TBC

Hari PPK 2016Tarikh : 22-23 Oktober 2016 Tempat : TBC

English is Fun (4 sesi)Tarikh : 19 Nov – 10 Dis 2016 Tempat : TBC

Program Kerjasama Malaysia Board on Books for Young People (MBBY @ Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja)Tarikh : 07-28 Disember 2016 Tempat : TBC

*TBC – To Be Confirm*Segala perubahan tertakluk kepada pengurusan Seksyen Pusat Pusat Pembelajaran Kejiranan

KALENDAR AKTIVITI PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN (PPK)TAHUN 2016BAHAGIAN PERKHIDMATAN KOMUNITI JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR

Bengkel Bijak Belajar (BBB)Tarikh : 17-18 Dis 2016 Tempat : TBC

Page 8: EDISI 1/2016
Page 9: EDISI 1/2016

Tarikh : 28 Mac 2016 Tempat : Bilik Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 9 Objektif :1. Menambahkan keyakinan kepada petugas bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.2. Mempelajari teknik menjawab dengan baik semasa berhadapan dengan pengguna.3. Meningkatkan keyakinan pekhidmat dari segi perbualan dan komunikasi di dalam Bahasa Inggeris.4. Memupuk semangat kerjasama dan motivasi yang tinggi di kalangan kakitangan PPK.

Kelas Kemahiran Kraf Kreatif Kanak-kanak ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang dan kebebasan

kepada kanak-kanak menghasilkan kraf yang mudah dan menarik. Selain daripada itu, kelas ini juga akan membentuk daya kreativiti kanak-kanak untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu kraf yang lebih kreatif.

Aktiviti kraf ini berlansung di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Seramai 25 orang ahli PPK menyertai kelas tersebut.Peringkat umur untuk kelas kraf adalah 4 hingga 6 tahun. Kelas diadakan setiap hari Ahad jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari selama 8 sesi bermula 03 April 2016 yang lalu dan akan berakhir pada 29 Mei 2016.

KELAS KEMAHIRAN KRAF KREATIF KANAK-KANAK

BENGKEL PENGURUSAN PERPUSTAKAANPEMANTAPAN PERKHIDMATAN KAUNTER

PERPUSTAKAAN

Aktiviti PPK Mac - April 2016

Page 10: EDISI 1/2016

Kelas Kemahiran Bahasa Inggeris telah diadakan di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 8, Putrajaya.

Objektif penganjurannya adalah untuk mengukuhkan penggunaan tatabahasa yang betul di dalam bentuk penulisan dan komunikasi Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, kelas ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris yang betul.

Kelas Kemahiran Bahasa Inggeris ini terbuka kepada ahli PPK yang berumur 10 hingga 12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 8 sesi bermula pada 02 April sehingga 28 Mei 2016 setiap Sabtu jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 23 orang peserta telah menyertai kelas tersebut.

KELAS KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS

Kelas kemahiran ini adalah pertama kali dianjurkan oleh Seksyen Pusat Pembelajaran Kejiranan

Putrajaya. Tujuan utama kelas ini adalah untuk memberi

pendedahan dan mengajar mencintai solat fardu secara bersendirian atau berjemaah serta mengajar cara-cara berwuduk mengikut tertib pada peringkat usia muda. Di samping itu, para peserta turut dapat memperbaiki, dan menghafal bacaan niat dalam wuduk, niat solat fardu lima waktu, menghafal bacaan

pendek surah A-Quran dalam solat serta bacaan doa selepas solat.

Peserta terdiri daripada ahli PPK yang berumur 7 hingga 9 tahun. Kelas ini berlangsung di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16 Putrajaya pada setiap hari Sabtu jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari selama 8 sesi. Kelas telah bermula pada 02 April 2016 yang lalu dan akan berakhir pada 28 Mei 2016 ini. Seramai 31 orang peserta telah menyertai kelas tersebut.

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN SOLAT BESTARI

Page 11: EDISI 1/2016

Kelas Kemahiran Al-Quran (Al-Fatihah) adalah kesinambungan dari Kelas Kemahiran Iqra’ Tahap

1,2 & 3 yang telah diadakan pada tahun 2015. Tujuan utama kelas Al-Fatihah ini diadakan adalah

untuk memberikan pemahaman dan penghayatan kepada para peserta mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran merangkumi aspek sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan surah dan asbabun-nuzul.

Secara tidak langsung, para peserta dapat membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid dan mengamalkan di dalam kehidupan seharian.

Kelas ini diadakan di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 9, Putrajaya. Seramai 11 orang peserta sedang mengikuti kelas ini yang terdiri daripada ahli PPK berumur 9 hingga 14 tahun. Kelas bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari Ahad selama 8 sesi. Aktiviti tersebut telah bermula pada 03 April 2016 sehingga 29 Mei 2016.

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (AL-FATIHAH)

Page 12: EDISI 1/2016

Program : Expo BrailleTarikh : 13 Februari 2015 Tempat : Ruang Legar Kompleks Kejiranan Presint 16Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang Objektif :1. Expo ini diadakan adalah untuk membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai Braille sebagai medium membolehkan OKU penglihatan mengakses maklumat.2. Sebagai aktiviti mengisi îDana Pendidikan Brailleî yang bertujuan membantu kanak-kanak OKU penglihatan mendapatkan buku dalam tulisan braille.

Program : Kaunter Khidmat Pelanggan “Welcome To Mylib”Tarikh : 23 hingga 27 Februari 2015 Tempat : Sekolah menengah dan rendah sekitar Putrajaya Ruang Legar Kompleks Kejiranan Presint 16 Objektif :1. Meningkatkan keahlian PPK.2. Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan di Pusat Pembelajaran Kejiranan.3. Mengukuhkan interaksi sosial dan hubungan baik di antara pihak PPK dan komuniti Putrajaya.4. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian dengan member penumpuan kepada perkihdmatan pelanggan.

Program : Kelas Adobe IllustratorTarikh : 30 - 31 Mei 2015 Tempat : Bilik Multimedia, Pusat Pembelajaran Kejiranan P16Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang Objektif :1. Memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta dalam menggunakan serta mengaplikasikan pelbagai tools dalam perisian Adobe Illustrator.2. Memberi penekanan mengenai teknik merekabentuk dan melahirkan karya-karya grafik yang kreatif seperti poster, brosur, banner,bunting,signage dan lain-lain.

Program : Lawatan KerjaTarikh : 16 Mac 2015 Tempat : Pusat Pengurusan Maklumat, Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia Kompleks Kraf Kuala LumpurMasa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang Objektif :1. Lawatan kerja ini diadakan adalah bagi melihat kemudahan, infrastruktur, koleksi bahan serta sistem yang diguna pakai di tempat lawatan tersebut.2. Memberi pendedahan dan dijadikan contoh kepada Pusat Pembelajraan Kejiranan.

Sebahagian Aktiviti PPK 2015