ebuku_basmi_kemiskinan

44
KEJAYAAN MALAYSIA DALAM PROGRAM BASMI KEMISKINAN MOHD AYOP ABD RAZID Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel : [email protected] R.028(B.M) Januari 2013 (300.) Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Upload: orn-phatthayaphan

Post on 16-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pembasmian Kemiskinan

TRANSCRIPT

Page 1: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM

PROGRAM BASMI

KEMISKINAN

MOHD AYOP ABD RAZID

Jabatan Penerangan MalaysiaKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Laman Web : www.penerangan.gov.myPortal : pmr.penerangan.gov.my

E-mel : [email protected]

R.028(B.M) Januari 2013 (300.)

Diterbitkan oleh:

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Page 2: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM

PROGRAM BASMI

KEMISKINAN

Diterbitkan oleh:

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

RUKUN NEGARABAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalanganseluruh masyarakatnya;

Memelihara cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• Kepercayaan Kepada Tuhan• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara• Keluhuran Perlembagaan• Kedaulatan Undang-Undang• Kesopanan dan Kesusilaan

Page 3: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

KANDUNGAN

5

7

15

18

19

26

29

39

41

43

46

48

52

56

57

59

61

65

67

74

75

Judul:Kejayaan Malaysia Dalam Program Basmi Kemiskinan

Kategori – Sosial / Ekonomi

Penulis:Mohd Ayop Abd Razid

© Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Cetakan 2013

Diterbitkan oleh:

Jabatan Penerangan MalaysiaAras 12, Bahagian Penerbitan Dasar NegaraKompleks Penerangan Komunikasi dan KebudayaanNo. 49, Persiaran Perdana, Presint 462100 PutrajayaLaman Web : http://www.penerangan.gov.myE-mel : [email protected]

Dicetak oleh:Gempita Maju Sdn Bhd

>> Pendahuluan

>> Konsep dan Definasi Kemiskinan

>> Ukuran Kemiskinan

>> Malaysia Berjaya Basmi Kemiskinan

>> Penururan Insiden Kemiskinan

>> Kemiskinan Bandar

>> Pembasmian Kemiskinan Dalam Masyarakat Orang Asli

>> Pendekatan dan Program Pembasmian Kemiskinan

>> NKRA-LIH

>> Program 1AZAM

>> Tekun Nasional

>> Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

>> Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA)

>> Keusahawanan Mikro

>> Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

>> Pembasmian Kemiskinan Melalui Zakat

>> Pendidikan Bantu Atasi Kemiskinan

>> Pelbagai Program Transformasi Tingkat Kehidupan Rakyat

>> Belanjawan Kasih Sayang Bantu Golongan

Miskin dan Sederhana

>> Pengiktirafan Antarabangsa

>> Kesimpulan

Page 4: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

PENDAHULUANIsu kemiskinan adalah isu global. Ia bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara miskin dan negara membangun tetapi juga negara maju seperti Amerika Syarikat (AS). Bagi kebanyakan negara miskin dan sedang membangun yang pernah dijajah suatu masa dahulu, kemiskinan adalah isu utama yang memerlukan program pembasmian kemiskinan yang berkesan.

Justeru, selepas memperolehi kemerdekaan, negara-negara terbabit termasuk Malaysia telah merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan sosioekonomi bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dan sekali gus mengurang dan membasmi insiden kemiskinan.

Usaha pembasmian kemiskinan dijadikan agenda utama dan ia dilaksanakan melalui pelbagai program seperti program pembangunan komuniti, Dasar Bumi Hijau, pembangunan desa bersepadu, pembiayaan usahawan mikro, usahawan niaga dan skim kredit pertanian. Kebanyakan program terbabit dijadikan strategi utama pembangunan luar bandar dan ia menjadi satu keazaman politik yang cukup tinggi oleh kerajaan yang memerintah. Isu kemiskinan sering dikaitkan dengan soal keadilan, moral dan kemanusiaan.

Justeru, kegagalan kerajaan dalam usaha membasmi atau mengurangkan insiden kemiskinan akan dijadikan isu politik yang boleh menggugat kerajaan. Oleh itu, sejak merdeka lagi kerajaan Barisan Nasional (BN) telah merangka pelbagai program pembangunan sosioekonomi yang mengandungi matlamat menyusun semula masyarakat, meningkat taraf hidup rakyat dan membasmian kemiskinan.

{ 5 } { 6 }

Page 5: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

KONSEP DAN DEFINISI KEMISKINAN

Apakah konsep kemiskinan dan bagaimana ukurannya?

Umumnya, kemiskinan dianggap sebagai isu yang subjektif yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Antara faktor yang dikaitkan dengannya termasuklah faktor ekonomi, sikap individu (psikologi-sosial) dan sistem agihan serta pertumbuhan dalam sesebuah negara itu.

Kebanyakan pengkaji mengaitkan kemiskinan dengan kekurangan pendapatan dan ketidakmampuan individu dan isi rumah untuk memenuhi keperluan hidup atau keperluan harian. Ini termasuk mereka yang hanya dapat memenuhi keperluan hidup secara yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk masa sebulan.

Bagi ahli ekonomi, kemiskinan adalah merujuk kepada garis pendapatan minimum yang diperlukan oleh isi rumah untuk keperluan makanan dan juga keperluan hidup asas yang lain. Justeru, jika seseorang itu berada di bawah garis tertentu mengikut

ukuran yang ditetapkan, maka ia sudah dianggap miskin. Bank Dunia menyebut kemiskinan dirujuk sebagai ketidakupayaan seseorang untuk mencapai standard hidup yang minimum dari segi keperluan zat pemakanan, penggunaan dan tahap penglibatan (Easterly, 1999).

{ 7 } { 8 }

Page 6: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Townsend (1993) mendefinisikan kemiskinan sebagai sesebuah isi rumah atau seseorang individu itu sebagai miskin sekiranya mempunyai standard hidup dan pendapatan yang rendah diukur dengan indeks deprivasi (deprivation index) atau perbelanjaan pengguna.

Ahli sosiologi pula menentukan kemiskinan berdasarkan kepada kedudukan seseorang dalam masyarakat. Ia berkaitan struktur stratifikasi masyarakat (lower less person). Dalam konteks ini golongan miskin berada pada stratifikasi paling bawah dan memiliki ciri-ciri budaya tersendiri yang dikenali sebagai “culture of poverty” (Lewis Moyniham, 1969).

Mereka adalah golongan yang mempunyai kelas, status sosial dan kuasa yang paling rendah dalam masyarakat. Golongan miskin ini memiliki pendapatan yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan kemudahan sosial sekurang-kurangnya pada kadar yang paling minimum.

{ 9 } { 10 }

Page 7: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Dari sudut psikososial, kemiskinan terutamanya kemiskinan tegar boleh mewujudkan tekanan dalam jiwa mereka. Konsep kemiskinan psikososial yang dikenali sebagai ‘psikodinamik’ memberikan fokus kepada aspek kehidupan dan keperibadian individu itu sendiri sebagai faktor kemiskinan. Sikap individu sebagai faktor kemiskinan adalah berkaitan dengan ciri-ciri psikologi, sosial dan budaya individu yang akan menentukan perubahan dirinya dan juga perubahan masyarakatnya.

Ia membabitkan mentaliti dan budaya masyarakat setempat. Contohnya, sikap atau perangai individu atau masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan akan memberi kesan kepada kehidupannya. Selain itu, faktor kurangnya motivasi dan latihan juga mempengaruhi kemahuan untuk seseorang itu berubah.

Pepatah Melayu ada menyebut ‘Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang’ yang bermaksud kejayaan tidak mungkin datang dengan sendiri tanpa usaha gigih. Hidup akan terus pada takuk lama jika tiada kesungguhan untuk mengubah diri dan keluar dari belenggu kemiskinan atau kedaifan.

Professor Diraja Ungku Aziz (2012) memperkenalkan istilah baharu bagi kelompok termiskin iaitu Kumpulan Miskin Melampau (KMM) atau Extreme Poverty Group. Ukuran yang digunakan beliau dalam mentakrifkan KMM ialah setiap keluarga lima orang ahli (Contoh: suami, isteri dan tiga orang anak) hidup di bawah kemiskinan jika pendapatan kasar mereka kurang daripada RM800 sebulan.

{ 11 } { 12 }

Page 8: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Golongan KMM ini perlukan bekalan keperluan asas seperti makanan yang selamat, pakaian dan kediaman. Aspek penting keadaan golongan KMM ini ialah kekurangan pertumbuhan jasad dan otak atau keadaan “terbantut” (stunted) mengikut istilah Penyelidikan Perubatan Malaysia. Menurut Ungku Aziz, KMM di Malaysia dianggarkan lebih daripada satu juta individu atau 300,00 hingga 400,000 keluarga. Majoriti KMM adalah golongan Bumiputera. Golongan lain dalam kelompok ini ialah:

• OrangAslidanpendudukasalSarawakdanSabah(natives).

• SejumlahbesarkaumIndiaterutamanyamerekayangtersingkir dari kawasan bekas ladang.

• SejumlahkaumtuaCinayangtersingkirdarijaringankeselamatan tradisional dan mereka biasanya dijaga oleh pertubuhan kemasyarakatan mengikut dialek masing-masing.

Untuk membantu golongan terbabit memerlukan satu rangka prasarana perkhidmatan yang tersusun, berstrategik dan efisien. Menurut Ungku Aziz, usaha memperbaiki kemiskinan golongan ini bermula apabila warga KMM ini mampu membeli makanan dan pakaian kepada keluarga mengikut ukuran penjagaan asas (basic standards of care).

Rakyat yang dapat keluar dari belenggu kemiskinan akan menikmati hidup yang lebih baik dan bahagia.

{ 13 } { 14 }

Page 9: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

UKURAN KEMISKINAN

Ukuran kemiskinan adalah berbeza mengikut tempat, keadaan dan masa. Sekurang-kurangnya terdapat tiga kaedah dalam mengukur kemiskinan, iaitu:

i. Menggunakan kaedah pendekatan garis kemiskinan, iaitu pendapatan minimum yang diperlukan oleh keluarga mengikut komposisi yang tertentu untuk mencapai tahap hidup yang lazim.

ii. Kaedah pendapatan penengah, iaitu keluarga dikategorikan sebagai miskin sekiranya pendapatan mereka berada di bawah pendapatan penengah pada masa tertentu.

iii. Titik break-even, iaitu menetapkan titik pendapatan adalah sama dengan perbelanjaan – tiada lebihan, tiada kekurangan.

Di negara kita, penentuan terhadap kelompok miskin adalah ditentukan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan beberapa kaedah lain. Takrifan miskin adalah berdasarkan pendapatan bulanan minimum isi rumah sebanyak RM760 ke bawah di Semenanjung, RM1,050 ke bawah di Sabah dan RM910 ke bawah di Sarawak. Manakala miskin tegar pula ialah RM460 ke bawah di Semenanjung, RM630 ke bawah di Sabah dan RM590 ke bawah di Sarawak. Isi rumah berpendapatan rendah pula ialah RM2300 ke bawah bagi Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak.

{ 15 } { 16 }

Page 10: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Takrifan tersebut mengambil kira beberapa aspek seperti pengambilan sejumlah kalori (pemakanan) yang perlu diambil oleh individu atau isi rumah (PGK Makanan). Kemampuan memenuhi keperluan asas yang lain seperti pakaian, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan komunikasi, sewa rumah, utiliti dan rekreasi dinamakan PGK Bukan Makanan.

Sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada PGK Makanan maka ia dikelompokkan sebagai miskin tegar. Sesebuah isi rumah dianggap miskin jika pendapatan bulanan isi rumah tersebut kekurangan sumber bagi memenuhi keperluan asas setiap ahlinya. PGK akan dikemaskinikan setiap tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna.

Sebagai perbandingan, Bank Dunia mentakrifkan kemiskinan tegar sebagai hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$1.25 (Purchasing Power Parity) sehari, manakala kemiskinan relatif ditakrifkan sebagai hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$2.00 (PPP) sehari.

{ 17 } { 18 }

MALAYSIA BERJAYA BASMI KEMISKINAN

Pada awal kemerdekaan, paras kemiskinan negara berada pada kadar sekitar 70 peratus. Ketika itu kaum Bumiputera berada pada tahap kemiskinan yang amat membimbangkan sehingga berlakunya ‘peminggiran sosial’ terhadap mereka. Walaupun ada usaha untuk membasmi kemiskinan ketika itu tetapi ia tidak begitu terfokus dan berstrategik. Titik tolak yang mendorong kerajaan memberikan perhatian serius terhadap usaha membasmi kemiskinan ialah apabila berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Antara punca berlakunya peristiwa hitam itu ialah kesan daripada jurang kemiskinan yang begitu ketara antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Selepas peristiwa hitam 13 Mei, kerajaan mula menggubal dasar baru iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1970-1990) agar jurang kemiskinan antara kaum dirapatkan. Usaha kerajaan ini berjaya bukan sahaja dalam menurunkan paras kemiskinan tetapi juga berjaya menyusun semula masyarakat dan membina perpaduan kaum.

Page 11: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Ketika DEB mula dilaksanakan, kadar kemiskinan negara ialah sekitar 50 peratus. Kesan daripada pelaksanaan DEB paras kemiskinan turun kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan terus menurun 6.8 peratus pada tahun 1997. Insiden kemiskinan terus menurun kepada 5.1 peratus (2002) dan seterusnya kepada 3.6 peratus pada 2007.

Penurunan insiden kemiskinan ini secara amnya selari dengan peningkatan purata pendapatan isi rumah. Kadar pertumbuhan tahunan purata pendapatan isi rumah ialah 4.4 peratus. Dari segi perbandingan kemiskinan mengikut etnik, dapat dilihat seperti jadual di bawah (berdasarkan laporan RMK-9).

Statistik Unit Perancang Ekonomi menunjukkan jumlah kemiskinan antara tahun 1999 hingga tahun 2007 menurun sebanyak 58 peratus, manakala jumlah kemiskinan tegar untuk tempoh yang sama mencatatkan penurunan 64 peratus. Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) negara berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kepada 2.8 peratus pada tahun 2010.

{ 19 } { 20 }

Etnik 1999 2004

Bumiputera 12.4 % 8.3 %––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Cina 1.2 % 0.6 %––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––India 3.5 % 2.9 %––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

PENURURAN INSIDEN KEMISKINAN

Penurunan Insiden Kemiskinan Negara

Tahun 1970 1990 2002 2007 2010

Kadar 50% 6.5% 5.1% 3.6% 2.8%Kemiskinan

––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Page 12: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Kemiskinan tegar: Kerajaan juga berjaya mengurangkan insiden kemiskinan tegar daripada 5.2 peratus (1990) kepada 1.9 (1999) dan terus menurun kepada 0.7 (2007).

Jumlah kemiskinan tegar terus berjaya dikurangkan sebanyak 49 peratus dalam tempoh dua tahun (2008-2009). Jumlah isi rumah miskin tegar pada Disember 2008 adalah 44,643 keluarga berjaya dikurangkan kepada 22,198 pada September 2009.

Kini, kadar kemiskinan tegar di Malaysia berada pada tahap rendah, iaitu sekitar 0.3 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduk yang berada dalam kategori ini. Ini bermakna keazaman kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar menjadi sifar pada tahun 2010 hampir mencapai matlamat.

Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi semua kumpulan (1999 – 2007)

Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi semua kumpulan pendapatan didapati meningkat dalam tempoh 1992 hingga 2007 seperti berikut:

• Pendapatan kasar bulanan isi rumah puratabagi kumpulan 40 peratus terendah secara keseluruhannya meningkat daripada RM535 (1992) kepada RM865 (1999) dan RM1,345 (2007).

• Bagi kumpulan 40 peratus pertengahan pula,pendapatan bulanan isi rumah secara keseluruhannya (Malaysia) meningkat daripada RM1,392 (1992) kepada RM2,204 (1999) dan RM3,282 (2007).

• Bagi 20 peratus tertinggi meningkat daripadaRM4,022 (1992) kepada RM6,268 (1999) dan RM9,173 (2007).

{ 21 } { 22 }

Page 13: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi rumah 20 peratus tertinggi, mengikut etnik, Malaysia (1992, 1999 dan 2007).

{ 23 } { 24 }

Etnik 1992 1999 2007

Bumiputera 3,100 4,855 7,666––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Cina 5,348 8,470 11,878––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––India 3,743 6,456 9,119––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Lain-lain 12,210 3,242 10,830––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––MALAYSIA 4,022 6,268 9,173––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi rumah 40 peratus pertengahan mengikut etnik, Malaysia (1992, 1999 dan 2007)

Etnik 1992 1999 2007

Bumiputera 1,093 1,810 2,863––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Cina 1,973 3,168 4,389––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––India 1,458 2,460 3,393––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Lain-lain 4,655 1,204 2,459––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––MALAYSIA 1,392 2,204 3,282

Page 14: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi rumah 40 peratus terendah mengikut etnik, Malaysia (1992,1999 dan 2007).

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

{ 25 } { 26 }

Etnik 1992 1999 2007

Bumiputera 449 742 1,194––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Cina 842 1,271 1,805––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––India 662 1,092 1,545––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Lain-lain 609 616 1,025––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––MALAYSIA 535 865 1,345––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Selain itu, kerajaan juga memberikan tumpuan kepada isu kemiskinan bandar. Isi rumah terbawah di kawasan bandar adalah berpendapatan di bawah atau bersamaan RM2,500 sebulan. Menurut Jabatan Statistik, isi rumah bandar di Malaysia memerlukan sekitar RM2,500 sebulan. Ia jumlah yang secara purata cukup untuk membiayai kos sara hidup di bandar.

Lebih 59 peratus kemiskinan bandar ada lah ka langan Bumiputera. Tekanan hidup di bandar seperti kos sara hidup, harga rumah yang t ingg i , pengangkutan serta harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat telah menyumbang kepada peningkatan insiden kemiskinan di bandar tetapi ia adalah lebih rendah berbanding di luar bandar (lihat jadual di muka surat 25).

KEMISKINAN BANDAR

Menurut Jabatan Statistik, isi rumah bandar di Malaysia memerlukan sekitar RM2,500 sebulan. Ia jumlah yang secara purata cukup untuk membiayai kos sara hidup di bandar.

Page 15: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Peratusan isi rumah miskin dan miskin tegar mengikut strata (1997 hingga 2009)

{ 27 } { 28 }

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

1997 1999 2002

Kemiskinan:

Malaysia 6.1 8.5 6.0 ––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Luar bandar 10.9 14.8 13.5––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Bandar 2.1 3.3 2.3––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Kemiskinan tegar:

Malaysia 1.4 1.9 1.0––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Luar bandar 2.5 3.6 2.6––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Bandar 0.4 0.5 0.3––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

2004 2007 2008 2009

Kemiskinan:

Malaysia 5.7 3.6 3.8 3.8––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Luar bandar 11.9 7.1 7.7 8.4––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Bandar 2.5 2.0 2.0 1.7––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Kemiskinan tegar:

Malaysia 1.2 0.7 0.8 0.7––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Luar bandar 2.9 1.4 1.8 1.8––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Bandar 0.4 0.3 0.3 0.2––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Page 16: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

PEMBASMIAN KEMISKINAN DALAM MASYARAKAT ORANG ASLIKomuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia adalah pelbagai dan pada keseluruhannya dikelompokkan kepada tiga kategori suku kaum utama iaitu Senoi, Melayu Proto (Melayu Asli) dan Negrito. Orang Asli hanya membentuk 0.5 peratus daripada jumlah penduduk negara. Bancian JHEOA 2006 mencatatkan terdapat seramai 141,230 Orang Asli di negara ini. Mengikut Jabatan Statistik 1997, 88.7 peratus tinggal di luar bandar, 8.9 peratus di kawasan bandar dan 2.4 peratus di kawasan bandar kecil.

Sebelum tahun 1993 tiada rekod rasmi mengenai kemiskinan dalam kalangan Orang Asli. Usaha merekodkan dan mengenal pasti kemiskinan masyarakat Orang Asli bermula pada Ogos 1993 apabila Bahagian Pembasmian Kemiskinan Jabatan Perdana Menteri mengadakan satu bancian yang meliputi 755 buah perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bancian ini berjaya menghasilkan “Daftar dan Profil Orang Asli Semenanjung Malaysia” yang turut memberikan maklumat kemiskinan Orang Asli. Kadar kemiskinan Orang Asli pada 1993 dianggarkan sebanyak 81.4 peratus dan termiskin (miskin tegar) sebanyak 60.0 peratus. Ia berdasarkan pendapatan per kapita sebanyak RM80.00 sebulan untuk miskin dan RM40.00 sebulan sebagai termiskin. Seramai 15,234 keluarga Orang Asli dikenal pasti berada di bawah paras kemiskinan, manakala 9,135 keluarga termasuk di bawah kategori termiskin.

{ 29 } { 30 }

Page 17: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

{ 31 } { 32 }

Pada tahun 1997/98 satu bancian penduduk Orang Asli Semenanjung Malaysia dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menghasilkan laporan bertajuk “Analisis Profil Orang Asli Semenanjung Malaysia”. Laporan tersebut mencatatkan bahawa kadar kemiskinan Orang Asli pada 1998 kekal pada tahap serius iaitu 85.7 peratus dan kadar termiskin adalah 56.6 paratus.

Pada tahun 1999, Bahagian Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah Jabatan Perangkaan Negara mengadakan satu penyiasatan pendapatan isi rumah bagi masyarakat Orang Asli. Dengan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM510.00 untuk golongan miskin dan RM255.00 untuk golongan termiskin menunjukkan bahawa kadar kemiskinan Orang Asli bagi 1999 ialah 50.9 peratus dan kadar termiskin adalah sebanyak 15.4% (Jabatan Statistik Malaysia 1999).

Laporan JHEOA 2005 menyebut sebanyak 22,967 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli memperoleh pendapatan di bawah garis kemiskinan. Perbandingan pendapatan orang Asli dengan etnik-etnik lain di Malaysia (1999) adalah seperti jadual di bawah.

Page 18: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

{ 33 } { 34 }

Sumber: Jabatan perangkaan Malaysia 1999.

Etnik Purata Pendapatan Bulanan (RM)

Orang Asli 666.00––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Cina 3456.00––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––India 2702.00––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Bumiputera 1984.00––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Lain-lain 1371.00––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Malaysia 2472.00––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

RMK-9 menetapkan satu pelan pembangunan komprehensif dilaksanakan untuk menangani kadar kemiskinan yang tinggi di kalangan masyarakat Orang Asli. Pelan ini merangkumi strategi dan program untuk meningkatkan pendapatan dan menambah baik kualiti hidup melalui pelaksanaan projek ekonomi serta penempatan semula dan pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Usaha ditumpukan ke arah meningkatkan akses masyarakat Orang Asli kepada projek yang menjana pendapatan seperti penanaman tanaman makanan, kraf tangan dan pelancongan serta penyediaan peluang pekerjaan, infrastruktur dan kemudahan asas lain.

Page 19: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli (2011-2015) yang bertunjangkan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar adalah pelan komprehensif untuk membangun masyarakat Orang Asli. Pelan ini menetapkan enam teras untuk dicapai merangkumi pembangunan modal insan, menggerakkan ekonomi, memperluaskan akses prasarana, meningkatkan kualiti hidup, melestarikan seni warisan Orang Asli dan memantapkan sistem tadbir urus organisasi.

Di bawah teras strategi ketiga (TS3) RMK-10, iaitu ‘Meneruskan Dasar Keadilan Sosial’, masyarakat Orang Asli akan terus dibantu supaya dapat menikmati taraf hidup yang baik sama dengan masyarakat lain di negara ini. Kerajaan akan mempergiatkan pelaksanaan

pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas. Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripada program pembangunan pertanian secara bersepadu melalui pendekatan agropolitan dan contract farming. Mereka juga akan diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan latihan kemahiran.

{ 35 } { 36 }

“Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli (2011-2015) menetapkan enam teras untuk dicapai merangkumi pembangunan modal

insan, menggerakkan ekonomi, memperluaskan akses prasarana, meningkatkan kualiti hidup,

melestarikan seni warisan Orang Asli dan memantapkan sistem tadbir urus organisasi”.

Page 20: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Antara strategi pembangunan modal insan Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Asli (JAKOA) ialah meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan awal kanak-kanak, mengurangkan kadar keciciran pelajar, melatih tenaga kerja dan memperkasakan kepimpinan Orang Asli. Menjelang tahun 2015 dijangkakan 5,500 kanak-kanak Orang Asli berpeluang mengikuti kelas pendidikan awal kanak-kanak apabila 40 buah lagi kelas tabika dibina dalam tempoh 2011-2015.

Pelan strategik ini juga menyasarkan pengurangan kadar keciciran pelajar Orang Asli di peringkat sekolah menengah yang akan dikurangkan daripada 29 peratus pada tahun 2009 kepada 15 peratus dalam tempoh pelan strategik berkenaan.

Bagi memastikan agenda pembangunan Orang Asli dapat dipantau pelaksanaannya kerajaan mewujudkan ‘Focus Group’ pembangunan Orang Asli pada tahun 2009. Focus Group ini berperanan mengenal pasti dan menangani isu pembangunan Orang Asli melalui lima kumpulan fokus merangkumi ekonomi, kemudahan prasarana, pendidikan, kesihatan serta pengetahuan tradisional dan warisan Orang Asli.

Penglibatan lain-lain agensi dan jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, KEMAS, Pejabat Daerah, MARA, INFRA, RISDA, IKBN, FAMA, MARDI dan KKLW turut sama membantu JAKOA dalam menjayakan pembangunan masyarakat Orang Asli.

{ 37 } { 38 }

Info: Di bawah bajet 2013, sebanyak RM4.5 bilion di peruntukkan bagi melaksanakan projek pembangunan masyarakat Orang Asli.

Page 21: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Bagi mengenal pasti kumpulan sasar yang benar-benar miskin, kerajaan menggunakan kaedah bancian untuk mendapatkan jumlah isi rumah miskin. Ini membolehkan kerajaan menyediakan data, menyediakan bajet dan merangka dasar yang komprehensif untuk program pembasmian kemiskinan.

Selain itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjaya membangunkan pengkalan data dengan menggunakan sistem maklumat Geografi (GIS) bagi memudahkan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar di seluruh negara.

Pendaftaran eKasih di bawah Unit Penyelaras Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dibangunkan secara in-house pada Jun 2008 merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

PENDEKATAN DAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN

Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (agensi peneraju), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan dan beberapa agensi sokongan di peringkat persekutuan dan negeri.

Selain itu, pembasmian kemiskinan turut disokong oleh sektor swasta dan badan-badan tertentu di negara ini seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Pembasmian Kemiskinan (YBK). Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga turut mengambil inisiatif membantu usaha membasmian kemiskinan khusus untuk umat Islam melalui pengagihan Asnaf zakat.

{ 39 } { 40 }

Page 22: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

NKRA-LIH

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak usaha membasmi kemiskinan menjadi agenda penting beliau. Iltizam ini diterjemahkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan penekanan kepada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Salah satu NKRA itu ialah Mempertingkat Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah (NKRA-LIH).

NKRA-LIH boleh dianggap sebagai satu bentuk transformasi dalam pendekatan pembasmian kemiskinan yang diperkenalkan Najib. Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar jurang pendapatan antara penduduk, meningkatkan peluang dan penyertaan ekonomi.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diberi tanggungjawab bagi meningkat taraf hidup rakyat miskin, miskin tegar dan LIH.

Usaha ini selari dengan fokus kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini. Fokus ini dinyatakan di bawah RMK-10.

{ 41 } { 42 }

Page 23: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

PROGRAM 1AZAM

Antara program berkesan yang dilaksanakan di bawah NKRA-LIH ialah Program 1AZAM. AZAM adalah singkatan ‘Akhiri Zaman Miskin’. 1AZAM berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan produktif yang bertujuan mengoptimumkan potensi individu berteraskan bidang kemahiran atau minat mereka. Ia boleh disertai oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) tanpa mengira gender, kaum dan fahaman politik.

Peserta 1AZAM adalah mereka yang dipilih melalui pendaftaran eKasih di bawah ICU, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sistem ini dijadikan rujukan oleh kementerian atau agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan (sila lihat lampiran 1).

1AZAM merangkumi empat bidang iaitu Azam Tani, Azam Kerja, Azam Khidmat dan Azam Niaga. Program ini merupakan inisiatif khusus kerajaan bertujuan membantu isi rumah berpendapatan rendah keluar dari ‘daerah kemiskinan’ melalui empat bidang yang disediakan itu.

Sehingga Februari 2012, sejumlah 66,243 KIR telah menyertai program 1AZAM. Selain itu, usaha membangunkan 1,000 usahawan wanita pada 2011 berjaya dicapai melebihi sasaran iaitu seramai 1,100 usahawan wanita sehingga 31 Disember 2011. Pada tahun 2010 juga berjaya mencapai sasaran, iaitu seramai 2,000 usahawan wanita berjaya digerakkan.

{ 43 } { 44 }

Page 24: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Pecahan program 1 Azam sehingga 31 Disember 2011 adalah seperti jadual di bawah;

TEKUN NASIONAL

Pada 9 November 1998 kerajaan menubuhkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bertujuan mempertingkatkan taraf ekonomi Bumiputera menerusi penglibatan mereka dalam bidang perniagaan.

{ 45 } { 46 }

Program Agensi Pelaksana Jumlah (KIR)

Azam Niaga KPWKM 15,241dan Azam Khidmat KPWKM ––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Azam Tani Kementerian Pertanian 7,590 dan Industri Asas Tani––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Azam Niaga dan Amanah Ikhtiar Malaysia 12,578Azam Khidmat ––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Azam Kerja Kementerian 4,365 Sumber Manusia––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Azam Sabah Kerajaan Negeri Sabah 12,067––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Azam Sarawak Kerajaan Negeri Sarawak 11,306––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––JUMLAH 63,147––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Info: Di bawah bajet 2013, kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk program 1AZAM.

Page 25: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

{ 47 } { 48 }

TEKUN Nasional yang diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberikan kemudahan pembiayaan modal kepada usahawan kecil Bumiputera bagi memulakan atau mengembangkan lagi perniagaan mereka. Ini bermakna secara tidak langsung, program TEKUN dapat membantu program pembasmian kemiskinan di negara ini.

Sejak tahun 1998 sehingga 30 November 2012, TEKUN Nasional telah mengeluarkan pembiayaan pinjaman bernilai RM2.4 bilion kepada 233,812 usahawan. Pada tahun 2011, seramai 3,664 usahawan kecil India mendapat pinjaman TEKUN NASIONAL.

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang ditubuhkan pada 1987 turut membantu kerajaan membasmi kemiskinan di negara ini. AIM adalah Badan Amanah Persendirian yang berdaftar, ditadbir urus oleh Lembaga Pemegang Amanah.

Keahliannya terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, wakil dari Kerajaan Negeri Selangor dan juga mereka yang dilantik dalam kapasiti peribadi.

Objektif AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan isi rumah dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan ekonomi, menambah pendapatan serta menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah miskin dan termiskin.

Info: Di bawah bajet 2013, kerajaan menyalurkan RM350 juta untuk TEKUN.

Page 26: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Skim pembiayaan Ikhtiar (SPI) ialah program pembiayaan mikro yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan masyarakat miskin dan terpinggir terutama di luar bandar untuk meningkatkan pendapatan dan mengeluarkan diri daripada garis kemiskinan.

Peserta AIM dikenali sebagai ‘Sahabat AIM’. Mulai 2008, AIM turut memberi tumpuan mengenal pasti dan membantu suri rumah di bandar yang miskin dan termiskin untuk mengikut program terbabit.

Sejak ia ditubuhkan AIM telah mengagihkan pembiayaan mikro sebanyak RM7.5 bil ion kepada 330,000 usahawan tempatan. Pengagihan pembiayaan adalah kepada golongan miskin yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM2,300. Sebanyak 58 peratus daripada pembiayaan yang diagihkan adalah untuk usahawan yang menjalankan perniagaan peruncitan

Sejak ia ditubuhkan AIM telah mengagihkan pembiayaan mikro sebanyak RM7.5 bilion

kepada 330,000 usahawan tempatan. Pengagihan pembiayaan adalah kepada

golongan miskin yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM2,300.

{ 49 } { 50 }

dan selebihnya adalah dalam pelbagai sektor lain seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.

Kajian yang dijalankan oleh Salma Mahmud (2006) menunjukkan trend positif prestasi ekonomi ‘Sahabat AIM’. Kajian beliau mendapati tahap pendapatan peserta telah meningkat dengan begitu tinggi sekali iaitu daripada RM339.11 (sebelum) kepada RM1,068 (selepas), iaitu peningkatan sebanyak 215 peratus.

Page 27: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Jelaslah bahawa Skim Kredit Mikro Ikhtiar berjaya meningkatkan prestasi ekonomi pesertanya dan sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini (Mohamed Zaini Omar, Main Rindam, Che Supian Mohamad Nor, USM, Pulau Pinang).

Kejayaan AIM dibuktikan apabila kadar pembayaran balik pinjaman pembiayaan mikro amat tinggi iaitu 99.6 peratus, manakala kadar hutang tidak berbayar (NPL) adalah 0.4 peratus (Utusan Malaysia, 3 Disember 2012).

{ 51 } { 52 }

Info: AIM berjaya meningkatkan kehidupan 63,147 isi rumah miskin. Sebanyak 12,578 orang miskin diberi peluang untuk meningkatkan pendapatan.

KEBAJIKAN RAKYAT 1MALAYSIA (KARISMA)

Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan mengikut kategori yang di tetapkan turut dibantu berdasarkan syarat-syarat dan kriteria tertentu yang telah di tetapkan mengikut jenis bantuan. Kategori penerima KARISMA terbabit adalah seperti berikut:-

KARISMA Kanak-Kanak

• BantuanKewangan• PerkhidmatandiInstitusi• BantuanKomuniti• Kaunseling• PusatAktivitiKanak-Kanak• Taska1Malaysia

Page 28: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

KARISMA Warga Emas

• BantuanKewangan• PerkhidmatandiInstitusi• PusatJagaanHarian• ZiarahdanBantu

KARISMA Komuniti

• BantuanKewangan• PembangunanKeupayaanPertubuhanSukarelawan

Kebajikan dan Komuniti• BantuanAm• LatihanKemahiranI-Kit• PemeriksaanKesihatan• JejakBestari

KARISMA OKU

• KadPendaftaranOKU• BantuanKewangan• InsentifOKUProduktif• BantuanOKUTidakBekerja• PerkhidmatandiInstitusi• PemulihanDalamKomuniti• JobCoach• ZiarahdanBantu

{ 53 } { 54 }

Syarat-Syarat Kelayakan Am Bagi KARISMA

• WarganegaraMalaysiadanbermastautindiMalaysia

• PendapatankeluargatidakmelebihiPendapatanGaris Kemiskinan (PGK) semasa iaitu:- RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia;- RM830 bagi Sarawak; dan- RM960 sebulan bagi Sabah

Page 29: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

KEUSAHAWANAN MIKRO

Pembasmian kemiskinan di Malaysia juga dilaksanakan melalui program atau pendekatan usahawan mikro. Jika kita menoleh kembali kepada DEB maka kita dapati bahawa antara agendanya ialah untuk mentransformasikan ekonomi masyarakat luar bandar. Untuk itu Program Keusahawanan Mikro disediakan untuk peniaga kecil, selain bantuan peralatan perniagaan serta latihan keusahawanan.

Program Keusahawanan Mikro dilaksanakan melalui pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pembangunan Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Yayasan Pembangunan Keusahawanan (YPU) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).

Kelayakan bagi golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan adalah mengambil kira faktor-faktor berikut:

• Bilangananak/tanggunganyangtinggal bersama dan berasingan (contohnya di asrama, kolej dan lain-lain);• Tahapketidakupayaanketuakeluarga/ahli keluarga (contohnya keuzuran, sakit, kurang upaya dan lain-lain);• Sokongandariahlikeluarga;• Keadaandankelengkapanrumahberdasarkan keperluan keluarga; dan• Faktor-faktorlainyangmunasabahsertaboleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon / keluarga.

{ 55 } { 56 }

Info: Di bawah Bajet 2013, RM1.2 bilion diperuntukkan untuk Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA)

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Page 30: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Antara Asrama Kasih yang disediakan ialah Asrama Kasih YBK Gesir (250 pelajar), Asrama Kasih Serendah (1,250 pelajar), Asrama Kasih 1Malaysia (200 pelajar), manakala Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (Kuntum) melibatkan 24,836 pelajar; Akademi Mutiara YBK (9,111 pelajar) dan Akademi Kemahiran YBK Gesir (1,303 pelatih).

{ 57 } { 58 }

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

Pada 13 Mac 2012, Dato’ Sri Najib Tun Razak melancarkan Program Transformasi YBK di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Pelan Transformasi YBK 2012 akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin untuk tinggal di Asrama Kasih YBK serta mendapatkan kelas tuisyen hujung minggu secara percuma bagi meningkatkan tahap pencapaian pelajar terbabit.

Page 31: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Usaha ini dijalankan oleh Jabatan dan Majlis Ugama Islam Negeri-negeri. Melalui bantuan asnaf zakat ini akan memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah (miskin) untuk memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan untuk mengubah hidup mereka.

Antara bentuk program yang dilaksanakan di bawah Asnaf Pengagihan Zakat ini (contoh: model Lembaga Zakat Selangor / LZS) ialah:

i. Program Pembangunan Sosial (penempatan /penginapan).

ii. Program Pembangunan Ekonomi (keusahawanan).

iii. Program pembangunan pendidikan (dermasiswa dan bantuan “one off”).

iv. Program Pembangunan Insan (tarbiah rohani / bina individu).

v. Program pembangunan Institusi Agama (masjid, surau, sekolah agama).

PEMBASMIAN KEMISKINAN MELALUI ZAKAT

Usaha pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat umat Islam di Malaysia turut dijalankan melalui Program Asnaf Zakat. Ukuran garis kemiskinan yang digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri ialah pendapatan keluarga di bawah RM1,000 dikira miskin dan layak menerima bantuan zakat.

{ 59 } { 60 }

* Program i – iv lebih bersifat membasmi dan mengurang masalah kemiskinan umat Islam.

Page 32: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

PENDIDIKAN BANTU ATASI KEMISKINAN

Satu aspek penting yang tidak boleh dipisahkan dalam menilai kejayaan Malaysia mengurang dan menghapus kemiskinan ialah pendidikan. Ketika DEB baru dilaksanakan, kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu berada pada 64.8 peratus berbanding bukan Melayu 26 peratus. Senario kemiskinan dalam masyarakat Melayu ini menyebabkan ramai anak-anak Melayu gagal melanjutakan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam laporan keciciran Kementerian Pelajaran 1973 menyebut di antara murid berumur lebih 15 tahun dari semua kaum, 95 peratus di antara murid-murid Melayu datang dari keluarga miskin. Pelajar Melayu ini mengalami “educational under nourishment”.

Laporan itu juga menyebut murid-murid Melayu yang gagal memasuki sekolah menengah ialah sebanyak 25 peratus berbanding murid sekolah rendah Inggeris sebanyak enam peratus.

{ 61 } { 62 }

Dari tahun ke tahun kerajaan terus mempertingkat akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Ia memberi kesan kepada peningkatan golongan profesional Melayu di negara ini. Pada tahun 1995, golongan profesional Melayu sebanyak 33.1 peratus dan kaum Cina sebanyak 52.4 peratus. Pada akhir 2002, jumlah profesional Melayu, secara puratanya meningkat 39 peratus.

Page 33: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

{ 63 } { 64 }

Bilangan professional Bumiputera terus meningkat pada tahun 2008, iaitu seramai 58,776 orang (42.5%). Bilangan profesional Cina pula 60,768 (45.5%), manakala profesional India seramai 12,224 orang (9.2%). Kaum lain pula seramai 8,701 orang (2.8%).

Peningkatan bilangan profesional Melayu melonjak jauh berbanding pada awal tahun 1970. Ketika itu, golongan profesional Melayu (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juru ukur dan peguam) hanya 4.9 peratus (225 orang), manakala bukan Melayu 84.3 peratus (3,859 orang).

Kini kerajaan terus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi yang berkualiti dengan melaksanakan program transformasi pendidikan. Pelan pembangunan pendidikan 2013-2025 dilihat mampu untuk melonjak pencapaian pelajar di peringkat pendidikan rendah dan menengah dan sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Ini sekali gus akan meningkatkan taraf hidup dan status sosial mereka.

Anak-anak yang berjaya dalam pendidikan dapat membaiki kehidupan keluarga dan

sekali gus mengelakkan mereka dari mewarisi kemiskinan keluarga.

Page 34: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Selain itu, kerajaan turut menyediakan beberapa inisiatif untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup semasa seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1 Malaysia, Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia untuk tingkatan 6, Matrikulasi dan pelajar PTT serta pelbagai bantuan “one off” seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan bantuan persekolahan untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5 dapat membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup semasa.

{ 65 } { 66 }

PELBAGAI PROGRAM TRANSFORMASI TINGKAT

KEHIDUPAN RAKYAT

Pelbagai program transformasi di bawah pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti Dasar Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Luar Bandar berjaya meningkatkan kemudahan infrastruktur, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi bagi faedah rakyat dan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Kesan daripada GTP telah berjaya mengeluarkan seramai 44,000 orang daripada kelompok kemiskinan pada tahun 2011.

Page 35: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

{ 67 } { 68 }

BELANJAWAN KASIH SAYANG BANTU GOLONGAN MISKIN DAN

SEDERHANA

Dalam pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa peruntukan serta bantuan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Antaranya termasuklah:

i) Bantuan “One-off” Bagi Meringkan Beban Rakyat a) Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)

• RM500untuksetiapketuaisirumahberpendapatan RM3,000 ke bawah.

• RM250untukgolonganbujang(21tahunke atas) yang berpendapantan RM2,000

ke bawah.

(BR1M membabitkan peruntukan RM3 bilion untuk 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang).

b) Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah (manfaat 5.4 juta pelajar).

c) Baucer buku 1Malaysia (BB1M) RM250 untuk penuntut IPT dan Tingkatan 6 (manfaat 1.3 juta penuntut).

ii) Pembanguna Komuniti

Golongan berpendapatan rendah:• RM1.2bilionuntukKebajikanRakyat

1Malaysia (KARISMA).• RM400jutaProgram1AZAM.• YayasanBantuanGuamanKebangsaan RM20 juta.

Page 36: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

{ 69 } { 70 }

iii) Pembanguna Masyarakat Orang Asli (Program Pembangunan Luar Bandar)

• RM4.5bilionbagimelaksanapelbagaiprojekpembangunan untuk masyarakat Orang Asli.

iv) Perumahan Untuk Rakyat (PR1MA)

• RM1.9bilionuntukbina123ribuunitrumahuntuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Page 37: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

vi) Petani dan Nelayan

• RM41jutabagimeneruskanProjekAzamTani(manfaat untuk 1,234 keluarga yang berada di bawah garis kemiskinan).

• RM50jutauntukSkimPerlindunganTakafulPadi (jumlah pampasan RM13,000 seorang. Manfaat 172 ribu pesawah).

• RM2.4bilioninsentifdansubsidiuntukmengurangkan kos pengeluaran padi.

• Nelayan–elaunsarahidupRM200sebulan(manfaat 55 nelayan berdaftar).

{ 71 } { 72 }

v) Penjaja dan Peniaga Kecil

• Skimperlindunganinsuransberkelompok(had perlindungan RM5,000) kepada peniaga yang berdaftar dengan SSM (manfaat 1.5 juta peniaga kecil).

• RM350jutauntukTabungEkonomiUsahaNiaga (TEKUN).

• RM50jutauntukpeniagamasyarakatIndia.

Page 38: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

{ 73 } { 74 }

PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

• United Nation Development Programme (UNDP)2007 menyebut Malaysia adalah negara membangun pertama yang mendefinisikan pendapatan kemiskinan rasmi.

• Laporan Pelaksanaan Dekad Kedua PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi jangka masa 2008-2017 yang dibentangkan pada sidang tahunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-66 di New York pada 2011 mengiktiraf kejayaan negara mengurangkan kadar kemiskinan.

Menurut laporan itu kejayaan ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan pesat ekonomi negara. Malaysia sejak tiga dekad yang lalu telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat hasil perancangan yang sistematik dilaksanakan kerajaan. Wakil Malaysia yang membentangkan program dan kejayaan Malaysia dalam program pembasmian kemiskinan pada perhimpunan tersebut ialah Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah.

Page 39: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

KESIMPULAN

politik negara berjaya melancarkan program-program kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Hakikatnya, kerajaan dapat membuktikan bahawa usaha untuk memerangi kemiskinan menjadi satu keazaman politik yang cukup kuat sehingga kejayaan Malaysia dalam program pembasmian kemiskinan diiktiraf oleh badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Badan dunia ini mengakui bahawa perancangan yang bersistematik dan terfokus, sistem pendidikan yang berkesan serta pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah antara faktor yang membolehkan Malaysia berjaya dalam program pembasmian kemiskinan sama ada di luar bandar mahupun di bandar.

Kejayaan negara dalam program membasmi kemiskinan adalah satu realiti hasil daripada perancangan rapi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat sejak lebih lima dekad yang lalu. Program pembasmian kemiskinan dijadikan agenda utama dalam semua dasar kerajaan bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000, Dasar Wawasan Negara (DWN) 2001-2010 dan dasar Transformasi Nasional (DTN) 2011-2020.

Program pendidikan dan pelbagai latihan kemahiran yang dilaksanakan kerajaan melalui pelbagai institusi pendidikan dan latihan yang diwujudkan memberi impak yang tinggi terhadap usaha pembasmian kemiskinan di Malaysia. Selain itu, penglibatan sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan turut menyumbang kepada kejayaan pembasmian kemiskinan di Malaysia. Juga tidak dinafikan bahawa perpaduan dan kestabilan

{ 75 } { 76 }

Page 40: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Lampiran 1

3. Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih ?

Pada peringkat awal pelaksanaan data dan

maklumat bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) sebagai Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) yang terdiri daripada dua fasa di mana senarai terkini pada waktu berkenaan daripada UPIS (KPKT) dan SPKR (KKLW) menjadi asas kepada data BIRM Fasa I. BIRM Fasa I telah dijalankan pada Disember 2007 sehingga Jun 2008. Bagi memantapkan lagi skop data eKasih, bancian juga turut merangkumi kawasan ‘pocket of poverty’ (kawasan berpendapatan rendah dan kawasan sekitarnya berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi rumah (HIS) yang dijalankan oleh DOS). BIRM Fasa II telah dijalankan bermula Januari 2008 sehingga Julai 2009 dengan verifikasi dilakukan terhadap senarai (yang dianggap miskin) yang diterima daripada Ahli Parlimen / ADUN dan agensi- agensi di peringkat negeri. Susulan daripada pelaksanaan dua (2) fasa berkenaan, proses pengumpulan data diperluaskan kepada masyarakat melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih.

{ 77 } { 78 }

1. Apakah eKasih?

Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

2. Sejak bila eKasih diwujudkan?

eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.

Page 41: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

5. Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih ?

Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2009.

6. Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih?

Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan / Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.

{ 79 } { 80 }

4. Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan? Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini ?

Perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan oleh

faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain. Selain itu faktor seperti tiada sesiapa di rumah selepas 3 kali lawatan dalam masa yang berlainan oleh pembanci, alamat yang diperolehi tidak lengkap / tidak tepat / tidak diketahui / tidak dikenali, telah berpindah dan juga enggan memberi kerjasama kepada pembanci turut menjadi punca kepada berlakunya perkara ini. Langkah yang dilaksanakan oleh ICU JPM ialah melalui kerjasama dengan pihak NGO / agensi yang berkaitan dengan program / projek pembasmian kemiskinan bagi mendaftarkan mereka yang layak. Selain itu, pendaftaran terbuka dalam sistem eKasih juga memberi peluang kepada mereka yang tidak dicakupi semasa banci BIRM Fasa I dan Fasa II.

Page 42: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

9. Apakah PGK semasa (mengikut wilayah) yang digunakan?

7. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) ?

Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?

Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di tempat kediaman yang dipilih.

{ 81 } { 82 }

Sumber: EPU, JPM

2009 Miskin Miskin Tegar Isi Per Isi Per Rumah Kapita Rumah Kapita Wilayah (RM) (RM) (RM) (RM)

SEMENANJUNGMALAYSIA 760 190 460 110––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Bandar 770 200 450 120––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Luar Bandar 740 170 490 110––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––SABAH & LABUAN 1,050 230 630 130––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Bandar 1,020 230 590 130––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Luar Bandar 1,080 230 670 140––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––SARAWAK 910 210 590 130––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Bandar 940 210 600 130––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––Luar Bandar 880 210 580 130––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

Page 43: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

13. Siapakah yang boleh memohon untuk memiliki ID eKasih?

Kementerian / agensi yang menjalankan program/projek pembasmian kemiskinan secara langsung dan tidak langsung.

14. Bagaimanakah cara permohonan ID eKasih?

Bagi agensi di peringkat negeri, ID eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan /Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.

15. Apakah perbezaan Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah disahkan dengan Senarai Penerima Bantuan (SPB)?

KIR yang telah disahkan merupakan KIR yang telah menjalani proses verifikasi yang dilaksanakan oleh pembanci dan mengandungi profil lengkap KIR, manakala SPB pula merupakan senarai penerima bantuan yang tidak menjalani proses verifikasi dan hanya mengandungi maklumat asas KIR sahaja.

10. Siapakah yang dimaksudkan sebagai Mudah Miskin?

Golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK semasa mendaftar dan treshold di bawah RM1,500.00 bagi bandar dan RM1,000.00 bagi luar bandar.

11. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan per kapita sesebuah keluarga?

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

12. Siapakah yang perlu mengemaskini bantuan yang telah diberi kepada KIR / AIR?

Agensi pemberi bantuan / pelaksana yang berkaitan.

{ 83 } { 84 }

Page 44: eBUKU_BASMI_KEMISKINAN

Sumber: ICU, JP

16. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih?

Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksana (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan / Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail / alamat surat menyurat yang boleh dihubungi. Selain itu, individu juga boleh membuat semakan dalam talian dengan melayari portal eKasih.

17. Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan?

Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang betul-betul layak untuk menerima bantuan berdasarkan kepada syarat dan kriteria bantuan masing-masing.

{ 85 }