ebook tips menjadi seorang super affiliate

10

Click here to load reader

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 06-Jul-2015

239 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

For more info visit my website www.NealIzham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

Tips Menjadi Seorang Super Affiliate

Page 2: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang,

Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor

dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di

MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar

Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM

seterusnya menyambung pengajian ke peringkat

matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau

merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti

Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan.

Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah

lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan

milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

Pendahuluan

Super affiliate adalah posisi idaman bagi affiliate. Ini kerana seorang super

affiliate menjana pendapatan lebih tujuh angka setahun. Namun, bukan mudah

untuk bergelar super affiliate, berbagai rintangan dari segi mental dan fizikal perlu

di atasi.

Rintangan mental adalah jangan terlalu cepat berputus asa, sentiasa sabar dan

sentiasa berusaha manakala rintangan fizikal yang paling utama adalah untuk

memfokuskan diri pada perniagaan tanpa rasa lesu dan letih.

Kemahiran paling utama yang perlu ada pada seorang affiliate adalah mereka

perlu mahir mencari trafik. Tiada trafik maka tiada wang yang akan di hasilkan

kerana tiada prospek. Untuk anda mahir mencari trafik, anda perlulah dahulu

menuntut ilmu dari mereka yang berpengalaman.

Namun, trafik adalah tidak berguna jika anda tidak tahu bagaimana hendak

menggunakannya. Seorang affiliate biasa, mereka akan pilih produk yang banyak

pembeli dan mempunyai komisyen yang tinggi. Kemudian, mereka akan

melakukan promosi dan mengharapkan ramai orang akan klik mereka dan

seterusnya membeli produk melalui link mereka.

Page 5: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

Satu nasihat untuk anda, jangan jadi affiliate biasa. Jadilah super affiliate. Super

affiliate tidak akan menunggu komisyen datang secara rawak, super affiliate

mencari pembeli. Mereka tahu bagaimana hendak mencari orang untuk membeli

produk affiliate mereka. Itulah bezanya seorang super affiliate dan affiliate biasa.

Untuk membantu anda menjadi seorang super affiliate, saya senaraikan lima

teknik yang seorang super affiliate perlu ada.

Tahu mencari niche yang profitable.

Menjadi seseorang yang pandai

menyelesaikan masalah.

Belajar mengenal pesaing.

Beri apa yang orang mahu.

Pandai menulis review yang

menguntungkan.

Page 6: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

Tahu mencari niche yang profitable.

Seorang super affilite perlu sedar dan alert pada niche yang profitable dan

popular di pasaran. Anda perlu alert pada trend semasa, produk apa yang popular

dan di minati ramai pada keadaan semasa atau dalam masa beberapa bulan lagi.

Kadangkala, trend menular dengan begitu pantas dan anda perlu alert.

Untuk mengetahu niche yang profitable, anda boleh melakukan kajian melalui

Surat khabar.

Berita televisyen.

Iklan televisyen.

Forum-forum di Internet.

Google trends

Ebay pulse

Menjadi seseorang yang pandai menyelesaikan masalah.

Seorang super affiliate akan mencari masalah bagi sesuatu komuniti dan

membantu mereka menyelesaikan masalah. Seorang super affiliate handal dalam

Page 7: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

menyelesaikan sesuatu masalah. Pendek kata, pandai mengambil kesempatan

berdasarkan situasi.

Belajar mengenal pesaing.

Super affiliate sentiasa sign up newsletter pesaing-pesaingnya supaya dia tahu

bagaimana pesaing-pesaingnya melakukan promosi. Di samping itu, super affiliate

sentiasa kenal dan tahu apa yang pesaing mereka lakukan dalam keadaan semasa.

Mengenal pesaing beerti mereka tahu keadaan sekeliling mereka dan

membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri pada keadaan semasa.

Beri apa yang orang mahu.

Seorang super affiliate hanya memberi apa yang orang mahu. Jika newsletter

beliau adalah dalam niche keluarga, hanya produk niche tersebut di promosikan

kepada pelanggan newsletter beliau. Mereka tidak akan campur adukkan niche.

Mereka fokus pada satu niche dan cari trafik berdasarkan profitable niche.

Page 8: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

Pandai menulis review yang menguntungkan.

Kemahiran yang terpenting selain mencari trafik yang perlu ada pada seorang

super affiliate adalah mempunyai kemahiran menulis review dengan baik. Review

mencerminkan diri anda sendiri. Jika penulisan anda telus, jujur dan menarik,

orang akan menghormati anda.

Seorang super affiliate tidak akan segan silu untuk memberi pendapat mereka

mengenai sesuatu. Ada berbagai cara untuk memberi review iaitu melalui

penulisan, video dan audio.

Page 9: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 10: Ebook tips menjadi seorang super affiliate

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com