ebook puasa

Upload: syed-arash

Post on 06-Jul-2015

181 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Indahnya HIDUP BersyariatDan FirmanNya lagi :

Islam Itu Indah

PUASAMakna PuasaDari Segi Bahasa Bererti menahan diri daripada sesuatu Dari Segi Syarak Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.

Maksudnya: Pada bulan Ramadan, diturunkan alQuran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa. (Surah al-Baqarah: 185)

Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib (fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama. Puasa wajib lain : 1) Jenis-jenis puasa lain yang wajib ialah puasa nazar (puasa yang diniatkan untuk dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat seperti menang dalam perbicaraan atau berjaya dalam peperiksaan 2) Puasa kifarat (puasa dalam erti kata membayar denda kerana melanggar syarat-syarat berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang di bulan Ramadan. Puasa kifarat di sini ialah berpuasa selama 60 hari berturut-turut). Sebenarnya dalam bahasa Arab disebut kaffarah.

Dalil al-HadisSabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan. Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

IjmakUmat Islam telah Ijmak (bersepakat) atau sekata atas wajibnya puasa Ramadan lantaran ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dalam agama. Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam.

Dalil al-Quran...

Maksudnya : Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagai mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183) 1|Page

Puasa Ramadan mula diwajibkan pada hari Isnin dua haribulan Syaaban tahun kedua Hijrah.

Indahnya HIDUP Bersyariat

Islam Itu Indah

HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN RAMADAN 1 Ketibaan Ramadan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan sematamata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT. 2 Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam. 3 Amalan berpuasa melahirkan jiwa 1 insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

7 Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif. 8 Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW yang Maksudnya : Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 9 Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

4 Dari segi kesihatan, perut yang

melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

10 Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.

5 Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran. 6 Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.2|Page

11 Terdapatkan Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Indahnya HIDUP Bersyariat

Islam Itu Indah

SYARAT WAJIB PUASA

1 2

3 4

5

6

Islam Puasa tidak diwajibkan kepada yang bukan Islam Baligh Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak. Berakal Orang gila tidak diwajibkan berpuasa. Sihat Orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah. Bermukim Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan Ramadan. Suci Suci daripada haid dan nifas bagi wanita

Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala.

RUKUN-RUKUN PUASAOrang yang berpuasa. Berniat. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara-perkara yang Membatalkan PuasaMakan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).

SYARAT SAH PUASA

1 2

Islam. Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak). Suci daripada haid dan nifas. Apabila nyata masuknya bulan Ramadan

3 4

Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka. Muntah dengan sengaja. Keluar haid dan nifas.

Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setia malam. Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari sehinggalah terbit fajar.

Gila. Murtad. Mengeluarkan mani dengan sengaja. Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramadan).

3|Page

Indahnya HIDUP Bersyariat

Islam Itu Indah

Perkara-perkara Sunat Ketika BerpuasaMenyegerakan berbuka puasa. Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain. Membaca doa sekurang-kurangnya:

Tingkatan PuasaImam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkat:

3 TINGKAT PUASAPUASA UMUMPuasa yang kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak.

PUASA ISTIMEWA Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat. Memperbanyakkan membaca alQuran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat. Mandi junub lebih awal, sebelum masuknya waktu Subuh.(Puasa Khusus) Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.

PUASA PALING ISTIMEWA(Puasa Khusus al-Khusus) Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

Makruh ketika BerpuasaPerkara-perkara makruh dilakukan ketika berpuasa ialah bersuntik, berbekam, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan, mandi yang berlebihan begitu juga merasa makanan di hujung lidah.4|Page

Indahnya HIDUP Bersyariat

Islam Itu Indah

Mereka yang dibenar meninggalkan puasa 1 Orang yang hilang daya upayauntuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.

QADA DAN FIDYAH PUASAHukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.

Golongan yang Wajib Qada PuasaOrang sakit yang ada harapan sembuh. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah. Orang yang kedatangan haid dan nifas. Orang yang meninggalkan niat puasa.

2 Orang musafir dalam perjalananyang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat.

3 Orang yang terlalu tua dan amatlemah untuk berpuasa.

Orang yang sengaja melakukan perkaraperkara yang membatalkan puasa. Orang yang pitam / mabuk sewaktu masuk bulan Ramadan. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa Ramadan.

4 Orang yang tersangat lapar dandahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas dan sebagainya.

5 Perempuan hamil atauperempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.

Fidyah puasa ialah amalan memberikan sedekah kepada fakir miskin dengan secupak beras bagi sehari berbuka puasa mengikut syarat-syaratnya.

5|Page

Indahnya HIDUP Bersyariat

Islam Itu IndahBagaimanapun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat

Golongan yang dikenakan membayar fidyah puasa antaranya termasuklah: 1Mereka yang tidak dapat mengqada puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua (fidyahnya satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada puasa) bagi setahun tertinggal. Kalau tidak diqada sehingga melampaui dua tahun maka dikenakan dua cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan). Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh. Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya berpuasa. Orang yang ada qada puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. (Fidyah dibuat oleh kerabat si mati atau diambil daripada harta pusakanya). Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya, tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

SOLAT TARAWIH DAN WITIRDalam pada itu, bagi mereka yang menyesali kesilapan-kesilapan masa lalu termasuk meninggalkan kewajipan solat, dianjurkan supaya mengqada bilangan solat-solat yang ditinggalkan itu sedaya upayanya. Melaksanakan Solat Tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadan. Ia boleh dilakukan secara perseorangan mahupun berjemaah di masjid dan surau. Waktu Solat Terawih bermula selepas fardhu Isyak sehingga sebelum terbit fajar. Umumnya,umat islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat. Cara mengerjakannya adalah dengan dua rakaat satu salam sehingga genap 20 rakaat. Walau bagaimanapun ada juga yang melaksanakannaya sebanyak 8 rakaat sahaja.

2 3 4

5

Niat Solat Tarawih

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadhan.Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti:

1) Memerdekakan seorang hamba Mukmin lelaki atau perempuan, (sekiranya tidak mampu). 2) Berpuasa dua bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya). 3) Memberi makan kepada 60 orang fakir / miskin.

Sengaja aku solat Tarawih dua rakaat (imam / mengikut imam) kerana Allah Taala Rukun-rukun solat Terawih sama seperti solat fardhu atau sunat yang lain. Lazimnya bacaan surah-surah selepas al-Fatihah pada setiap rakaat pertama bermula dari surah al-Takasur hingga surah al-Lahab (dari malam 1 Ramadan hingga 15

6|Page

Indahnya HIDUP BersyariatRamadan). Pada setiap rakaat kedua pula dibaca surah al-Ikhlas. Manakala dari malam 16 hingga keakhirnya pada tiap-tiap rakaat pertama (selepas al-Fatihah) dibaca surah al-Qadr dan pada susunan rakaat kedua (selepas al-Fatihah) pula dibaca surah alTakasur sehingga surah al -Lahab. Namun ada juga imam yang hafaz al-Quran mengamalkan bacaan 30 juzuk al-Quran dari awal Ramadan hingga keakhirnya sewaktu mengerjakan solat Tarawih. Bagi mereka yang mengikut imam di surau dan masjid,harus juga bersama-sama imam,bilal dan makmum lain membaca wirid-wirid,zikir dan selawat yang diselang-seli antara rakaat-rakaat solat Terawih tadi.

Islam Itu Indah

PUASA HARAM1 2 3 4Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

Tiga hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan.

PUASA SUNAT1Puasa sunat enam hari (puasa enam) pada bulan Syawal khususnya selepas Aidilfitri (berturut-turut enam hari adalah afdal). Hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Puasa hari Asyura (10 Muharam). Puasa 9 Zulhijjah (sempena wuquf di Arafah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu. Puasa hari 13, 14 dan 15 setiap bulan. Puasa hari 28, 29 dan 30 setiap bulan. Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban).

Solat Sunat WitirDilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat,sebaikbaiknya tiga rakaat dua salam dan sebanyakbanyaknya 11 rakaat dengan 6 salam.

2 3 4

Niat Solat Witir

5 6Sengaja aku solat sunat Witir dua rakaat / satu rakaat kerana Allah Taala. Bacaan surah dalam rakaat pertama selepas alFatihah ialah surah al-Ala pada rakaat kedua surah al-Kafirun dan rakaat ketiga surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas. 7|Page

7

Indahnya HIDUP Bersyariat

Islam Itu Indah3) Menahan diri daripada mengikut kehendak nafsu. 4) Bersederhana ketika berbuka dan makan sahur atau dalam erti kata lain mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana. 5) Mengurangkan tidur terutamanya pada waktu siang. 6) Hendaklah sentiasa melakukan perkaraperkara yang baik seperti membaca alQuran dan berzikir. 7) Berazam untuk menjadikan ibadat puasa yang dilakukan itu merupakan sebaik-baik ibadat daripada Allah S.W.T. 8) Sentiasa berfikir hikmah disebalik melakukan ibadat puasa. Keutamaan Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan 1) Membaca al-Quran serta menghayati isi kandungannya pada bulan Ramadan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T. 2) Setiap satu huruf al-Quran yang dibaca pada bulan Ramadan akan mendapat kebajikan daripada Allah S.W.T. 3) Pembacaan al-Quran pada bulan Ramadan juga bererti memohon maghfirah daripada Allah S.W.T. 4) Ibadat puasa dan bertadarus al-Quran pada bulan Ramadan juga akan memberikan syafaat kepada yang melaksanakannya.

PUASA MAKRUH1Puasa hari Jumaat secara berasingan. Contohnya tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya. Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia ingin berpuasa sunat Berpuasa terus-menerus sepanjang tahun.

2

3

PERMASALAHAN PUASA1Perempuan yang ingin berpuasa sunat perlulah meminta izin suaminya terlebih dahulu. Jika isteri yang sedang berpuasa sunat diminta memenuhi syahwat suaminya perlulah ia menghentikan puasa tersebut kerana mematuhi kehendak dan perintah suami adalah wajib.

2

Persetubuhan pada waktu mengerjakan puasa sunat tidak perlu kepada penggantian puasa dan kifarat sebagaimana puasa pada bulan Ramadan. Permasalahan Puasa Adab-Adab Berpuasa 1) Menjauhkan diri daripada perkaraperkara maksiat seperti mengumpat, memfitnah, mengeji, mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat. 2) Mengelakkan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. 8|Page

3

Diambil daripada Buku Indahnya HIDUP Bersyariat terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.