e-rayuan jabatan pengangkutan jalan …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf ·...

12
E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA 1.0. PENGENALAN 1.1. Latar Belakang Jabatan Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan Jabatan ini pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan Tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya. Penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam Jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90-an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan. 1.2. Perkhidmatan Utama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu juga, ia merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.

Upload: vuongnga

Post on 03-Feb-2018

398 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

E-RAYUAN

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

1.0. PENGENALAN

1.1. Latar Belakang Jabatan

Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan

bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh

negeri. Sehubungan dengan penubuhan Jabatan ini pelbagai akta

berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas

Jalan Tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi

menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping

menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya.

Penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi

meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan

kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap

bahagian yang terdapat dalam Jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah

diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era

90-an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana

wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.

1.2. Perkhidmatan Utama

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan

di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk

pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta

Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah

dan kenderaan yang selamat. Selain itu juga, ia merupakan organisasi

yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan

pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus

dan berkesan.

Page 2: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

1.3. Carta Organisasi

2.0. INOVASI

2.1. Pengenalan / Latar Belakang Projek Inovasi

Permohonan e-Rayuan Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen

Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Memandu Vokasional (PSV) yang

Page 3: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

telah tamat tempoh dilancarkan pada Mei 2008 dan telah berkuatkuasa

sepenuhnya pada 17 Januari 2009. Mengikut perundangan sedia ada,

iaitu Seksyen 29(1)(a)(b), Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana

lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui melebihi 3

tahun atau gagal menukarkan lesen P ke CDL melebihi tempoh 1 tahun

akan dianggap terbatal. Pemohon perlu menjalani semula semua proses

ujian sebagaimana prosedur biasa. Jabatan tidak akan menerima

sebarang rayuan daripada pemegeng lesen memandu.

Walau bagaimanapun, melalui peruntukan Kaedah 5(5) di bawah Kaedah-

Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 yang menyatakan

bahawa Ketua Pengarah boleh menggunakan budi 0bicaranya

mengecualikan mana-mana orang daripada semua atau mana-mana

elemen ujian sebagaimana yang dikehendaki di bawah Kaedah 5.

Melalui rayuan, pemohon akan diberikan pengecualian untuk menduduki

Ujian Bahagian 1, samada Ujian Berkomputer, Ujian Lisan, atau Ujian

Bertulis dan beberapa perkara yang berkaitan seperti menghadiri kelas

Kurikulum Pendidikan Pemandu dan latihan memandu amali.

Kebiasaannya, pemohon akan menghantar permohonan mereka secara

manual, samada melalui pos yang memerlukan pengeluaran kos dan

masa sebelum pihak JPJ Ibu Pejabat menerima permohonan mereka.

Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui

kaedah yang sama. Proses ini akan melibatkan penggunaan masa yang

agak panjang iaitu 1 hingga 2 bulan jika dokumen yang dikemukakan oleh

pemohon adalah tidak lengkap. Berikutan dengan itu juga, terdapat

beberapa aduan berkaitan kelewatan penerimaan surat jawapan daripada

Jabatan ini.

Bagi menangani isu kelewatan tersebut, Jabatan ini telah mewujudkan

program yang boleh mempercepatkan proses rayuan tanpa perlu

menggunakan masa yang panjang di samping dapat menjimatkan kos dan

lebih bersifat mesra pelanggan.

2.2. Tujuan Projek Inovasi

Tujuan utama projek ini adalah untuk mempercepatkan proses

permohonan rayuan lesen memandu yang telah tamat tempoh melebihi 1

tahun bagi pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL), melebihi 3

tahun bagi pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan pemegang

Page 4: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

Lesen Memandu Vokasional (PSV) iaitu proses masa yang diambil

daripada 1 bulan kepada 14 hari bekerja sahaja.

Selain itu, projek ini akan memberikan kemudahan kepada pemohon yang

sukar serta kesuntukan masa untuk melakukan permohonan secara

manual. Permohonan boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara atas

talian (online). Surat jawapan juga boleh diperolehi secara atas talian dan

dapat menjimatkan kos penghantaran surat jawapan.

Projek ini merupakan satu projek yang lebih mesra pelanggan yang mana

pelanggan tidak perlu datang sendiri ke Ibu Pejabat JPJ untuk melakukan

permohonan. Interaksi antara pemohon dan pihak JPJ juga

dipermudahkan melalui kaedah ini.

Namun begitu, kaedah permohonan rayuan secara manual masih lagi

diteruskan kerana mengambil kira masih terdapat pelanggan JPJ yang

selesa berurusan di kaunter serta sebagai kemudahan bagi mereka yang

tidak mempunyai kemudahan talian internet. Selain itu juga, ia memberi

kepelbagaian saluran pilihan kepada pelanggan melakukan urusan di JPJ.

2.3. Implikasi Kewangan

Proses pelaksanaan tidak melibatkan implikasi kewangan.

2.4. Proses Kerja

Bil Proses kerja Pegawai yang

memutuskan/dirujuk

Seksyen undang-

undang/peraturan

1

2

3

Terima permohonan rayuan secara

menual (samada melalui surat, faks

atau individu yang hadir sendiri)

Semak permohonan dan semak

maklumat dalam MPH untuk

mengenalpasti kewujudan rekod

dan rekod senaraihitam

Keluar surat tolak/quiri kepada

PT(LM)1

Kaedah 5(3)

Kaedah-Kaedah

Kenderaan Motor

(Lesen Memandu)

1992

Page 5: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

4

5

6

7

8

9

pemohon yang tidak Berjaya

Rekod dalam computer dan

sediakan sampul kecil

Kemukakan sampul kecil untuk

mendapatkan kelulusan (sudah

mendapat blanket approval)

Keluarkan surat kelulusan sebanyak

3 salinan. Serahkan kepada

PP(LM)2

Kemaskini ujian Bahagian 1 dalam

system SIKAP. Tandantangan

setiap surat dan serahkan kepada

PT(LM)1

Rekod dan fail satu salinan untuk

rekod. Serahkan kepada PAP untuk

pos

Pos surat kepada JPJ negeri

KP/TKP/P(M)/TP(LM)

PT(LM)1

PP(LM)2

PT(LM)1

PAP

Jadual 1: Proses kerja permohonan rayuan secara manual

Bil Proses Kerja Pegawai yang

memutuskan/dirujuk

Seksyen undang-

undang/peraturan

1

2

3

Terima permohonan rayuan secara

atas talian

Semak permohonan dan semak

maklumat dalam MPH untuk

mengenalpasti kewujudan rekod

dan rekod senaraihitam

Kemaskini status dalam portal

samada Berjaya, gagal serta sebab

PT(LM)1

Kaedah 5(3)

Kaedah-Kaedah

Kenderaan Motor

(Lesen Memandu)

1992

Page 6: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

4

5

6

7

8

Rekod dalam computer dan

sediakan sampul kecil

Kemukakan sampul kecil untuk

mendapatkan kelulusan (sudah

mendapat blanket approval)

Kemaskini ujian Bahagian 1 dalam

system SIKAP dan serahkan

kepada PT(LM)1

Kemaskini status Berjaya dalam

portal samada

Rekod dan fail satu salinan untuk

rekod.

KP/TKP/P(M)/TP(LM)

PT(LM)1

KPP(LM)1

PAP

Jadual 2: Proses kerja permohonan rayuan menggunakan e-Rayuan

Melalui jadual di atas, terdapat beberapa perbezaan antara proses

sebelum dan selepas e-Rayuan ini diwujudkan. Antaranya ialah proses

kerja dapat dikurangkan, contohnya, pada permohonan secara manual,

pegawai dikehendakai menandatangani ketiga-tiga surat kelulusan bagi

setiap pemohon, namun begitu, slepas proses e-Rayuan ini dilaksanakan,

jawapan juga turut dikemukakan secara elektronik dan pegawai tidak

perlu menandatangani kesemua surat kelulusan tersebut.

Selain itu, surat jawapan juga tidak perlu dihantar kepada pemohon dan

JPJ negeri yang terlibat. Hal ini kerana pemohon boleh mencetak sendiri

surat jawapan terhadap permohonan rayuan yang mereka lakukan.

Perkara ini dapat mengurangkan kos penghantaran surat dan dapat

menjimatkan masa.

2.5. Elemen Penurunan Kuasa

Kelulusan permohoan rayuan telah diturunkan daripada Ketua Pengarah

Jabatan Pengangkutan Jalan (KP) kepada Pengarah Bahagian Lesen

Memandu.

Page 7: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

2.6. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/ Perkhidmatan/ Jabatan

i. Penjimatan masa

Menjimatkan masa menunggu pemohon daripada satu(1) bulan

kepada 14 hari bekerja sahaja. Masa untuk memproses

permohonan rayuan oleh anggota JPJ juga dapat disingkatkan.

ii. Penjimatan kos

Projek e-Rayuan ini tidak melibatkan sebarang kos pembangunan

kerana sistem ini dibangunkan sendiri oleh unit IT JPJ Putrajaya

dan Seksyen Pengurusan Lesen Memandu dan Pengurusan Am.

Selain daripada itu, kos untuk mengepos surat jawapan kepada

pemohon dan kepada JPJ Negeri dapat dikurangkan kerana

jawapan boleh dicetak secara terus melalui laman sesawang JPJ.

Kos yang terlibat hanyalah kos untuk mengepos surat kepada

pemohon dan JPJ negeri jika terdapat permohonan yang dilakukan

secara manual.

iii. Peningkatan produktiviti

Produktiviti semakin menigkat kerana lebih banyak permohonan

yang dapat diproses dalam masa 1 minggu berbanding

permohonan yang berjaya diproses semasa menggunakan kaedah

manual.

iv. Mesra pelanggan

Pemohon tidak perlu hadir sendiri ke kaunter JPJ Ibu Pejabat, tidak

perlu mengeluarkan kos untuk mengepos surat rayuan kepada JPJ

dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jawapan

daripada JPJ. Permohonan juga boleh dilakukan dimana-mana

sahaja. Jika terdapat pelanggan yang tidak berupaya untuk

menggunakan kaedah ini, kaedah rayuan secara manual boleh

juga dilakukan. Surat jawapan yang dikemukakan kepada pemohon

Page 8: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

juga lebih bersifat 1Malaysia. Hal ini kerana, pengguna dapat

melakukan transaksi dimana-mana kaunter JPJ yang berdekatan

berbanding permohonan yang dilakukan secara manual. Di dalam

surat kelulusan secara manual, pemohon hanya boleh melakukan

transaksi untuk mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL) hanya

di kaunter JPJ yang disertakan alamat di dalam surat jawapan

tersebut.

3.0. PENUTUP

Pelaksanaan projek e-Rayuan ini memberikan impak yang besar terhadap

kelancaran perkhidmatan kerajaan kepada rakyat selaras dengan kemajuan

negara yang semakin pesat membangun menjelang tahun 2020. Dengan

terlaksananya projek ini juga, keberkesanan perkhidmatan kerajaan dapat

dibuktikan setara dengan perkhidmatan yang dihidangkan oleh sektor swasta di

Negara ini. Kepercayan rakyat terhadap sistem yang dibekalkan oleh kerajaan

juga dapat dipulihkan berikutan terciptanya inovasi baru yang memberikan

pelbagai kesan positif dan dapat meningkatkan martabat Negara standing

dengan Negara-negara maju yang lain.

Page 9: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama

LAMPIRAN A

Contoh Borang Permohonan Secara Manual

Contoh Borang Permohonan Secara Atas Talian (e-Rayuan)

Page 10: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama
Page 11: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama
Page 12: E-RAYUAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/589-e-rayuan.pdf · Pihak JPJ juga akan membalas surat permohonan pelanggan melalui kaedah yang sama