e huruf kelima abjad rumi - efie emeir | kalau tak ... · web viewe huruf kelima abjad rumi. e (é)...

95
e huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar di sana!; ~, jaga baik-baik titi itu licin!; ~, tak malu budak telanjang! EAEC kep East Asia Economic Caucus (Perundingan Ekonomi Asia Timur). ebam (ébam) ark sj bekas air drpd tembikar yg panjang bulat dan bertutup. ebek (ébék) I penudung jendela (spt bidai dll) utk melindungi sesuatu ruang drpd panas matahari. ebek (ébék) II sj ikan laut, Alectis spp. ebeng (ébéng); mengebeng menari berhadap-hadapan dgn atau bersama-sama dgn wanita joget yg diberi bayaran. eber (ébér) Kl 1. gelambir, pial (ayam); 2. kain dll tudung jendela atau pintu, langsir; 3. bahagian dinding yg menganjur keluar. ebi (ébi) C udang kering. Ebola = demam ~ sj penyakit bawaan virus yg dicirikan oleh perdarahan yg teruk dr rongga tubuh dan pemusnahan tisu dalaman yg akhirnya boleh menyebabkan kematian. ebonit (ébonit) getah hitam (biasanya keras) yg terhasil dgn mencampurkan getah asli dgn sulfur pd suhu dan tekanan tinggi. ebro (ébro) sj kenderaan sewa (dua atau empat rodanya). ece (écé) Jw; mengece mengejek, mempersendakan.

Upload: buidat

Post on 06-Mar-2019

264 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

e huruf kelima abjad Rumi.

e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok

rumah terbakar di sana!; ~, jaga baik-baik titi itu licin!; ~, tak

malu budak telanjang!

EAEC kep East Asia Economic Caucus (Perundingan Ekonomi Asia

Timur).

ebam (ébam) ark sj bekas air drpd tembikar yg panjang bulat dan

bertutup.

ebek (ébék) I penudung jendela (spt bidai dll) utk melindungi sesuatu

ruang drpd panas matahari.

ebek (ébék) II sj ikan laut, Alectis spp.

ebeng (ébéng); mengebeng menari berhadap-hadapan dgn atau bersama-

sama dgn wanita joget yg diberi bayaran.

eber (ébér) Kl 1. gelambir, pial (ayam); 2. kain dll tudung jendela atau

pintu, langsir; 3. bahagian dinding yg menganjur keluar.

ebi (ébi) C udang kering.

Ebola = demam ~ sj penyakit bawaan virus yg dicirikan oleh perdarahan

yg teruk dr rongga tubuh dan pemusnahan tisu dalaman yg

akhirnya boleh menyebabkan kematian.

ebonit (ébonit) getah hitam (biasanya keras) yg terhasil dgn

mencampurkan getah asli dgn sulfur pd suhu dan tekanan tinggi.

ebro (ébro) sj kenderaan sewa (dua atau empat rodanya).

ece (écé) Jw; mengece mengejek, mempersendakan.

ecek (écék) bp pura-pura;

ecek-ecek bukan sungguh-sungguh (betul-betul), olok-olok;

perang ~ perang olok-olok.

eceng (écéng) Jk sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan bunganya),

Limnocharis flava.

Page 2: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

ecer (écér) I Kl; mengecer 1. menjelejehkan (air, minyak, dll),

menaburkan di sana sini; 2. ki menyebarkan atau menceritakan

(rahsia dll) ke sana ke mari, mengheboh-hebohkan. 3. meratakan

sesuatu: Pak Man sedang ~ simen di hadapan rumahnya.

ecer (écér) II Jw; mengecerkan menjual sedikit-sedikit, menjual (secara)

runcit;

eceran perihal menjual barang sedikit-sedikit: pedagang ~ di

pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga

(jualan) runcit.

ECG kep electrocardiogram (elektrokardiogram).

edafologi (édafologi) kajian tentang pengaruh tanah terhadap benda

hidup, terutamanya tumbuhan, termasuklah penggunaan baja dan

pemuliharaan taraf kesuburan tanah.

e-dagang proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual

barangan atau perkhidmatan) melalui rangkaian komputer atau

internet: manfaat ~ ini boleh dinikmati oleh semua golongan

pedagang dan orang biasa selaku pengguna.

edah (édah) idah II.

edan (édan) Jw gila: entah gadis itu telah ~ entah sekadar berkelakar, ia

tidak tahu; ~ kesmaran sl gila cinta (berahi), mabuk cinta.

edar (édar); beredar, mengedar ark 1. bergerak berkeliling hingga

sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~

mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang

siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat

pekeliling itu sudah ~ beberapa hari dahulu; 3. berundur dr tempat

seseorang itu berada (utk pulang, pergi ke tempat lain, dll),

berpindah (beralih) tempat: tamat sahaja pertandingan itu, maka

penonton pun ~ pulang; ~ dr meja makan ke tempat rehat; zaman

Page 3: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

~ musim berubah prb keadaan sesuatu itu berubah-ubah dr masa ke

masa;

mengedari 1. (bergerak) mengelilingi, melegari: bumi ~ matahari;

2. menjelajahi: ~ dunia dgn basikal; 3. menjalani sekitar:

dibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur;

mengedarkan, memperedarkan menyampaikan sesuatu drpd

seorang kpd seorang lain dan seterusnya, mengelilingkan,

menyebarkan: setiausaha kami telah ~ surat undangan mesyuarat

kpd semua ahli; pelayan dlm jamuan itu ~ pinggan berisi kuih kpd

tetamu sekalian; borang yg diperedarkan dahulu mesti

dikembalikan pd hujung bulan ini; ~ wang mengeluarkan wang utk

digunakan oleh rakyat;

edaran 1. = peredaran sesuatu siri perubahan (bkn keadaan,

benda, dll) yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan

asalnya; ~ air edaran air menjadi wap, wap menjadi awan, awan

menjadi hujan (air); ~ melambung meleset (Eko) perubahan

keadaan ekonomi drpd keadaan makmur menjadi meleset,

kemudian makmur kembali; 2. (sesuatu) yg diedarkan: surat ~;

peredaran 1. perihal beredar, gerakan yg berkeliling: ~ matahari;

2. perjalanan dr satu tempat ke tempat lain; 3. perpindahan (wang)

dr tangan ke tangan (dlm masyarakat); 4. perkembangan drpd suatu

keadaan kpd yg lain: ~ hidup; ~ dunia = ~ zaman perkembangan

atau perubahan dunia (masa);

pengedaran perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengedarkan: ~

risalah;

pengedar 1. (Kej) alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam

penyala silinder; 2. penjual barang-barang kpd penjual runcit atau

pembeli: ~ buku.

Page 4: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

edema (édema) (Ubat) kewujudan air yg berlebihan pd ruang antara tisu

tubuh sehingga menyebabkan bahagian yg berkenaan kelihatan

bengkak.

edik (édik) perintah, pengisytiharan, dll yg formal oleh pihak yg

berkuasa.

edisi (édisi) 1. versi tertentu buku yg dicetak pd satu-satu masa: ~ Dewan

Bahasa dan Pustaka; 2. bentuk teks yg diterbitkan: ~ kulit keras;

3. keluaran surat khabar atau majalah berkala utk masa atau tempat

tertentu: surat khabar ~ pagi.

edit (édit); mengedit menyunting (karangan, buku, dsb);

pengeditan proses (kerja dsb) mengedit, penyuntingan;

pengedit orang yg mengedit, editor.

editor (éditor) orang yg memperbaik (memperkemas) dan menyediakan

karangan (makalah, buku, dsb) utk dicetak, penyunting, pengedit:

mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan

pembaca; ~ kopi editor yg menyunting manuskrip dr segi

ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa,

dan gaya penulisan sesuai dgn gaya penerbit.

editorial (éditorial) 1. bkn dgn editor (dr segi tugas, tanggungjawab dsb):

jawatankuasa ~; 2. rencana khas dlm akhbar dsb yg ditulis oleh

editor, pengarang, atau penerbitnya utk mengutarakan pandangan

atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang,

rencana pengarang.

EDP kep electronic data processing (pemprosesan data elektronik).

ee (éé), eeh (ééh) sr kata utk menarik perhatian (kerana hairan, terkejut,

dll): ~ , jaga-jaga sikit ya!; ~, kalau tak silap, itu Encik Nasir!

EEC kep European Economic Community (Komuniti Ekonomi Eropah).

efek I (éfék) kesan: rancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di

kampung-kampung.

Page 5: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

efek II (éfék) IB surat yg boleh dicagarkan (spt bon, surat saham, dll).

efektif (éféktif) ada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (bkn

ubat): satu sistem perkhidmatan awam yg ~ tidak akan wujud

semata-mata kerana pelaksanaan disiplin yg kuat sahaja.

efemeral (éfemeral) (Bio) bkn tumbuhan yg menyelesaikan kitar

hidupnya dlm jangka masa yg pendek, terutama tumbuhan di

padang pasir.

efendi (éféndi) (Turki) tuan (sebutan bagi golongan bangsawan).

efisien (éfisien) bkn individu, organisasi, mesin, dll yg boleh

menjalankan tugas dgn cekap (tanpa pembaziran waktu dan

tenaga);

keefisienan perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan:

rasuah mengakibatkan turunnya ~ dlm pentadbiran.

efloresens (éflorésens) (Bio) proses berbunga atau tempoh berbunga.

efluen (éfluen) (Kim) sisa buangan cecair (spt bahan kimia, kumuhan,

dsb) dr kilang, atau kumbahan yg mengalir keluar ke dlm sungai

atau laut.

EGA kep enhanced graphics adapter (penyesuai grafik tertingkat).

egah mulia;

mengegahkan; ~ diri memuliakan diri.

egah (égah); mengegah berjalan dgn mengangkat bahu ke depan (kiri

dan kanan berganti-ganti).

egalitarian (égalitarian) 1. bkn egalitarianisme; 2. orang yg mendukung

atau menganut egalitarianisme.

egalitarianisme (égalitarianisme) fahaman bahawa semua orang sama

rata, dan dgn itu mestilah mendapat hak dan peluang yg sama: dlm

keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat

ciri-ciri ~ yg mendasari bentuk keluarga demokratik.

egat ark; mengegatkan mengeratkan.

Page 6: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

egerang (égerang) Jw jangkungan, kaki kayu.

ego (égo) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya

mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas

kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg

manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui

bahawa perasaan ~nya sangat kuat;

keegoan perihal mementingkan diri sendiri: ia menceritakan

segala kesenangannya, dan lebih jauh drpd itu memperlihatkan

~nya.

egois (égois) 1. orang yg suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta

bermegah-megah: sbg ~, kita tidak suka dikritik.

egoisme (égoisme) (Psi) sikap (kelakuan) yg mementingkan diri sendiri

atau menganggap diri sendiri lebih penting drpd orang lain.

egoistik (égoistik) bkn orang yg mementingkan diri sendiri.

egol (égol) Jk; mengegol mengungkit, mengumpil.

egomania (égomania) sifat atau perasaan terlalu sayang akan diri sendiri

dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja.

egos (égos) Jk; mengegosi mengelak sesuatu, menghindari (dgn

berbelok, menyisir, dll);

mengegoskan 1. membelokkan utk mengelakkan sesuatu (kereta

dll); 2. mengelakkan (pukulan, tikaman, dll).

egosentrik (égosentrik) (Psi) bersifat mementingkan keperluan sendiri

sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain).

egosentrisisme (égoséntrisisme) sifat atau sikap mementingkan diri

sendiri sahaja tanpa mengendahkan kepentingan orang lain.

egotisme (égotisme) (Psi) perihal mementingkan diri sendiri.

eh (éh) sr kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): “~,

dulu di sinilah dia tinggal! Sudah dipindahkan dia agaknya?”

Page 7: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

ehem (éhém) 1. bunyi batuk kecil; 2. sr kata utk menyatakan tahu akan

sesuatu (rahsia dll): ~, aku tahulah!

ehwal (éhwal) hal, kejadian: ~ semasa.

einsteinium (éinstéinium) (Kim) unsur radioaktif bersimbol Es dan

bernombor atom 99.

eja (éja); mengeja membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-

turut dlm sesuatu perkataan: ~ perkataan sama ialah s-a-m-a;

ejaan kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan

~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat,

bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dll);

pengejaan perihal mengeja.

ejan I; mengejan meneran (apabila membuang air besar, ketika

perempuan hendak bersalin, dll); rejan I.

ejan II Mn; mengejan, mengejan-ejan memaksa (-maksa), mencari-

cari.

ejek (éjék); mengejek mempersendakan (mempermainkan,

mentertawakan) orang (dgn mengajuk, mengeluarkan kata-kata yg

memarahkan dll), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina,

menyindir: engkau yg ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya

engkau;

ejek-mengejek saling mengejek antara satu sama lain;

berejekan ejek-mengejek: antara mereka saling ~;

ejekan perbuatan mengejek, cemuhan, olok-olok (utk menghina),

sindiran: saya sudah lali dgn ~ mereka semua.

ejen (éjén) 1. orang (syarikat dsb) yg menjalankan perniagaan utk orang

lain, wakil penjual: barang-barang gudang kalau dibeli drpd ~nya

tentu lebih murah; 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan

sesuatu utk orang lain (pemerintah dll): beberapa orang ~ musuh

telah ditangkap sebelum mereka sempat melakukan kerja

Page 8: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

menyerobot; ~ provokasi ejen rahsia yg digaji utk memprovokasi

orang yg disyaki melakukan perbuatan salah.

ejing sj permainan.

ek (ék) bp berlagak (menunjukkan kemegahan, keangkuhan, dsb):

walaupun dia tidak mempunyai kerja, dia selalu ~.

eka- (éka) (Sanskrit) awalan asing esa, satu, tunggal, mis ekabahasa.

ekaatom (ékaatom) (Kim) mempunyai satu atom.

ekabahasa (ékabahasa) 1. (bkn kamus) dlm satu bahasa (keseluruhan

kandungannya, iaitu perkataan dll yg ditakrif, takrif, serta

maklumat lain yg diberikan): Kamus Dewan ialah kamus ~; 2.

(bkn orang) mengetahui atau boleh bertutur dsb dlm satu bahasa

sahaja (biasanya bahasa ibundanya);

berekabahasa dapat bertutur dlm satu bahasa sahaja: kelas

peralihan utk murid-murid yg ~ Melayu.

ekafungsi (ékafungsi) mempunyai satu fungsi.

ekahala (ékahala) mempunyai atau mengikut satu hala sahaja.

ekamatra (ékamatra) 1. mempunyai satu dimensi, berukuran satu; 2.

baris puisi yg mempunyai satu kaki matra sahaja.

ekapaksi (ékapaksi) mempunyai satu paksi.

ekar (ékar) ukuran luas yg bersamaan dgn 4840 ela persegi atau 4046.86

meter persegi.

ekasuku (ékasuku) (Lin) mempunyai satu suku kata (bkn perkataan).

ekawarna (ékawarna) mempunyai satu warna.

ekeh (ékéh) Mn; terekeh-ekeh terngap-ngap, termengah-mengah.

ekistik (ékistik) (Geog) kajian tentang petempatan manusia.

eklektik (ékléktik) dipilih atau diperoleh yg terbaik drpd berbagai-bagai

sumber yg berlainan (bkn idea, gaya, kepercayaan, objek dsb):

pendekatan ~; kaedah ~.

Page 9: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

eklektisisme (ékléktisisme) amalan atau prinsip memilih sesuatu (objek,

idea, gaya, kepercayaan, sistem dsb) drpd berbagai-bagai sumber

agar memperoleh pilihan yg terbaik.

ekografi (ékografi) pemeriksaan struktur (organ atau tisu) dalaman tubuh

dgn teknik ultrabunyi.

ekogram (ékogram) rakaman yg dibuat secara ekografi.

ekokardiografi (ékokardiografi) pemeriksaan jantung dgn menggunakan

teknik ultrabunyi.

ekokardiogram (ékokardiogram) rakaman yg dihasilkan secara

ekokardiografi.

ekolalia (ékolalia) 1. (Psi) kecenderungan seseorang mengulangi atau

meniru kata-kata yg baru sahaja dituturkan oleh orang lain secara

spontan disebabkan faktor spt kerosakan otak dan penyakit mental;

2. perbuatan meniru kata-kata orang lain oleh kanak-kanak yg baru

belajar bercakap.

ekologi (ékologi) 1. kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn

persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan

manusia dgn persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami

kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.

ekonometri (ékonométri) penerapan ilmu matematik dan statistik bagi

menyelesaikan masalah dan teori ekonomi.

ekonomi (ékonomi) 1. ilmu bkn pengeluaran, pengagihan, penggunaan

barang-barang, dan perkhidmatan: beberapa orang penuntut ~

sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan

pengangguran sekarang ini; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang

ekonomi; 2. sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan,

perindustrian, perdagangan, dll) sesebuah negara: langkah-langkah

perlu diambil dgn segera utk mewujudkan ~ yg lebih

menguntungkan rakyat jelata; 3. keadaan kekayaan atau

Page 10: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

kebendaan: pertentangan kaum pasti menghancurkan ~ negara yg

maju ini; 4. bp urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan

barang-barang, dll) dlm rumah tangga; 5. bp hemat, kehematan;

~ campuran sistem ekonomi yg sebahagian sumbernya dikawal

oleh sektor awam dan sebahagian lagi oleh sektor swasta; ~

kebajikan cabang ekonomi yg memperhitungkan asas-asas

ekonomi dr segi kebajikan masyarakat; ~ kewangan cabang

ekonomi yg membincangkan soal kewangan dan peranannya dlm

ekonomi; ~ makro makroekonomi; ~ mikro mikroekonomi; ~

pertanian cabang ekonomi mengenai pengeluaran (pembahagian

dll) hasil pertanian; ~ politik cabang ekonomi yg menganalisis

ekonomi berdasarkan pendekatan politik; ~ tak stabil ekonomi yg

tidak tetap (pengeluarannya dll); ~ terbuka ekonomi yg melibatkan

perdagangan sesebuah negara dgn negara yg lain; ~ tertutup

ekonomi yg tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu

tidak wujud aktiviti import dan eksport barang dan faktor

pengeluaran;

berekonomi 1. mengerjakan sesuatu dgn berdasarkan asas-asas

ekonomi; 2. berhati-hati (menggunakan wang dll), berjimat,

berhemat, bercermat;

berekonomikan berdasarkan sesuatu sbg sumber ekonomi: sistem

politik yg berideologikan nasionalisme dan ~ kapitalisme;

keekonomian 1. keadaan berekonomi; 2. bp kecermatan,

kehematan;

perekonomian hal atau kegiatan ekonomi.

ekonomik (ékonomik) bkn sesuatu yg menghasilkan keuntungan atau

tidak merugikan, atau yg tidak melibatkan atau tidak menggunakan

perbelanjaan, dsb yg membazir: usaha yg dijalankan setakat ini

masih menghadapi banyak masalah, spt saiz ladang yg tidak ~.

Page 11: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

ekonomis (ékonomis) Id, bp tidak boros, jimat, tidak menggunakan

sesuatu dgn membazir atau berlebihan.

ekopelancongan (ékopelancongan) pelancongan yg berasaskan sumber

dan pemeliharaan alam semula jadi (spt flora, fauna, pantai, tasik,

sungai dll): pelbagai kajian dijalankan utk menjadikan Tasik Bera

sbg pusat penyelidikan dan ~.

ekopraksia (ékopraksia) (Psi) kecenderungan meniru gerak-geri

seseorang secara spontan.

ekor (ékor) I 1. bahagian yg di belakang sekali pd tubuh binatang

(biasanya spt menganjur keluar dr tulang punggung dan boleh

digerak-gerakkan): ~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung;

burung merak mempunyai ~ yg cantik; 2. a) penjodoh bilangan utk

binatang: dua ~ burung punai; empat ~ lembu; b) bk penjodoh

bilangan utk anak: anak empat ~ tu, siapa yg menjaganya? 3.

sesuatu yg menyerupai ekor: ~ layang-layang itu gunanya ialah

supaya layang-layang itu tidak terjal; 4. bahagian yg paling

belakang (pd perarakan dll): ~ perarakan itu baru saja lalu di sini;

5. bk pengikut, penganut; 6. = ekoran akibat (perkembangan dsb)

drpd sesuatu peristiwa dll, lanjutan: perbincangan kali ini

sebenarnya ialah ekoran drpd ceramah yg kita dengar dahulu;

tindakan yg buruk spt itu takkanlah tidak ada ~nya nanti;

~ belangkas a) bayonet yg rupanya spt ekor belangkas; b) cucuk

sanggul yg rupanya spt ekor belangkas; ~ buaya sj alat yg

digunakan utk membuat keris; ~ cicak rambut yg berjuntai di

antara telinga dan pipi; ~ kuda (fesyen) rambut perempuan yg

diikat dan berjuntai di belakang spt ekor kuda; ~ lipas rambut pd

lubang tengkuk; ~ lotong sj meriam kecil yg hujungnya (pd

bahagian belakangnya) spt ekor lotong; ~ mata sudut mata kiri

(kanan) yg di sebelah luar; ~ negeri hujung kampung yg di sebelah

Page 12: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

hilir; ~ pipi bahagian pipi yg di bawah sekali; ~ pulau hujung

pulau yg di sebelah hilir; ~ tikus kikir yg panjang dan bulat (tidak

bersegi);

~ anjing beberapa pun diurut akan dia, tiada juga betul = lurus-

lurus ~ anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya = habis

sepasu minyak ~ anjing, tidak akan lurus = hendak meluruskan ~

anjing prb orang yg bertabiat jahat itu bagaimanapun hendak

diperbaiki tetap jahat juga; bagai lintah dipotong ~ prb sesuatu yg

dilakukan dgn pantas; tiada tentu ~ kepala prb rupa orang yg

gemuk dan buruk;

berekor 1. mempunyai ekor, ada ekor; 2. ki berterusan akibatnya

(kesannya dsb), berpanjangan, berlanjutan: baik awak mengaku

saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dlm mahkamah;

berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang, berlarut-

larut: kesal yg dirasa di hatinya ~ pula;

berekoran; ~ drpd terbit atau berlaku sbg perkembangan drpd

sesuatu peristiwa, perkembangan, dsb yg telah berlaku, lanjutan

drpd;

mengekor 1. bergayut (bergantung) spt ekor; 2. mengikut: Cikgu

Midah ~ di belakangnya; 3. mengikut atau menurut(i) sahaja

(sesuatu yg dilakukan oleh seseorang), meniru: penulis kita ~

sahaja, menurut jalan yg sudah ditebang dan ditebas oleh tokoh-

tokoh sastera yg lain; kami angkatan baru pantang ~;

mengekori mengikut(i) atau menyertai dr belakang: Leman hanya

membuntut orang tua itu spt anak manja ~ ibunya;

ekoran akibat atau perkembangan seterusnya yg timbul drpd

sesuatu peristiwa dll, lanjutan (drpd sesuatu yg telah berlaku);

Page 13: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

pengekoran perbuatan dsb mengekori (menerima dan mengikuti

sahaja): dia tidak dapat menerima realiti begitu sahaja, dia

membantah ~ tersebut;

pengekor pengikut, penganut.

ekor (ékor) II; ~ angin sj tumbuhan (herba), daun sejumbuk, Plantago

major; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Dysophylla auricularia; ~

kuda a) sj tumbuhan (pokok), jati bukit, Dacrydium beccarii; b) sj

tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Cernonia cinerea; ~ kuning

sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ landak sj tumbuhan

(herba), Staurogyne comosa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), Justicia

betonica; pokok ~ anis = pokok ~ anjing = pokok ~ kucing sj

tumbuhan (pokok), Uraria crinita; (pokok) ~ anjing sj tumbuhan

(pokok renek), pokok korat tanah, Uraria lagopoides.

ekor (ékor) III; murai (merbah) ~ gading sj burung, Terpsiphone

paradisi.

ekor (ékor) IV; ~ pedang, sj ikan laut, Xiphophorous spp.

ekosistem (ékosistem) sistem yg melibatkan interaksi antara suatu

komuniti (haiwan, tumbuhan, dsb) dgn alam persekitarannya yg

tidak bernyawa.

ekotip (ékotip) (Bio) kumpulan tumbuhan atau haiwan dlm sesuatu

spesies, yg menyesuaikan diri utk hidup dlm keadaan persekitaran

tertentu.

eksais (éksais) cukai atas barang-barang yg dikeluarkan dan digunakan di

dlm negeri; jabatan (pegawai) ~ jabatan (pegawai) yg mengurus

dan menjaga pemungutan eksais.

eksantema (éksantéma) (Ubat) demam yg dicirikan dgn letusan pd kulit,

mis demam campak.

Page 14: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

eksekutif (éksékutif) (orang atau golongan) yg mempunyai kuasa dan

tanggungjawab berkaitan dgn pentadbiran atau pengurusan sesuatu

organisasi (syarikat perniagaan dll).

eksemplar (éksemplar) IB helai, (se)buah buku: beri saya buku itu satu

~.

eksentrik (ékséntrik) aneh (bkn perlakuan, idea dll): orang yg ~;

keeksentrikan perihal (sifat atau keadaan) eksentrik.

ekshibit (ékshibit) (Udg) barang kes.

eksisi (éksisi) (Ubat) pembuangan sesuatu organ (struktur, tisu dsb)

badan secara pemotongan semasa pembedahan.

eksistensi (éksisténsi) kewujudan: mereka ketika itu menghadapi

penyerbuan buruh asing dan mengetepikan ~ penduduk tempatan.

eksistensialis (éksisténsialis) orang yg menganut falsafah

eksistensialisme.

eksistensialisme (éksisténsialisme) fahaman (falsafah) moden yg

menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap

manusia (pd akhirnya) bertanggungjawab atas segala tindak-

tanduknya: drama tragedi menggarap persoalan yg serius spt

soal-soal prinsip hidup yg berhubung dgn takdir, dan

mempersoalkan ~.

ekskavasi (ékskavasi) kegiatan penggalian yg dilakukan utk

mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala.

eksklusif (éksklusif) bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi (dlm

masyarakat): restoran ~;

keeksklusifan keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan

indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni

pertukangan.

ekskursi (ékskursi) perjalanan beramai-ramai ke tempat yg tidak jauh

(utk beristirahat, meninjau-ninjau, dll), darmawisata;

Page 15: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

berekskursi berjalan atau berpergian beramai-ramai ke tempat yg

tidak jauh (utk melihat-lihat tempat dll), berdarmawisata.

eksodus (éksodus) perpindahan penduduk (meninggalkan kampung

halaman, negeri, kota, dsb) secara beramai-ramai.

eksogami (éksogami) 1. (Ant) adat atau perbuatan mengahwini

seseorang drpd suku kaum lain; 2. (Bio) penyatuan dua gamet yg

berasal drpd dua induk yg mempunyai hubungan kekeluargaan yg

jauh atau tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

eksokarpa (éksokarpa) (Bio) epikarpa.

eksosfera (éksosféra) lapisan paling luar atmosfera bumi yg letaknya

kira-kira 400 km di atas permukaan bumi.

eksoterma (éksoterma) (Kim) bkn proses atau tindak balas kimia yg

membebaskan haba.

eksotik (éksotik) 1. berasal dr luar negeri, asing; 2. luar biasa

keistimewaannya (fesyen, masakan, dll): restoran itu kerap

menghidangkan masakan yg ~;

keeksotikan keadaan eksotik: hasil sastera itu mendapat

perhatian dunia kerana ~nya yg berhubungan dgn penikmatan.

eksotika (éksotika) (sesuatu spt fesyen, makanan dll yg) luar biasa

keistimewaannya: filem mereka selalu memberikan gambaran klise

tentang ~ Dunia Ketiga; kereta ~.

eksotisisme (éksotisisme) (Sas) keanehan yg tergambar pd aspek latar,

peristiwa dan watak yg mempesonakan atau mengasyikkan.

ekspatriat (ékspatriat) (orang) yg tinggal di negara asing: pegawai ~.

ekspedisi (ékspédisi) 1. penghantaran atau pengiriman tentera utk

sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu

tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

Page 16: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

eksperimen (ékspérimen) 1. ujian atau penyelidikan, terutamanya yg

dirancang utk membuktikan sesuatu hipotesis; 2. percubaan pd

sesuatu yg baru dan berbeza;

bereksperimen membuat eksperimen: dia merupakan dramatis yg

terus ~;

mengeksperimenkan melakukan eksperimen (terhadap seseorang

atau sesuatu): keupayaan Adi ~nya dlm sajak-sajaknya amat

berkesan.

eksperimental (ékspérimental) bkn (berasaskan, bersifat) eksperimen,

bersifat percubaan.

eksperimentalis (ékspérimentalis) orang yg menjalankan eksperimen:

Galileo ialah seorang ~ besar dan juga seorang ahli matematik.

eksperimentasi (ékspérimentasi) perihal (proses, perbuatan, tindakan

dsb) membuat atau melakukan eksperimen, biasanya dlm bidang

seni spt seni lukis, seni teater dsb: fesyen ini merupakan ~

terhadap keupayaan pereka fesyen tempatan.

eksplisit (éksplisit) (dinyatakan) dgn tepat dan jelas, tanpa dikias-kias,

tersurat: arahan yg ~; Kemala secara implisit dan ~

mempertentangkan unsur kesetiaan dgn pengkhianatan dan

ketidakjujuran;

mengeksplisitkan menjadikan eksplisit: semua pembicara adat

berusaha ~ konsep ini.

eksploit (éksploit); mengeksploit mengambil kesempatan utk

mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dsb secara tidak

adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri;

pengeksploit orang yg mengeksploit seseorang atau sesuatu.

eksploitasi (éksploitasi); 1. perbuatan (tindakan dsb) mengambil

kesempatan utk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan

dsb secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri

Page 17: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

sendiri: sememangnya sudah ada peraturan tertentu utk

mengelakkan ~ terhadap pekerja asing; langkah tertentu mestilah

diambil dgn segera utk memastikan gejala rasuah dan ~ harga

rumah tidak terus berleluasa; 2. perbuatan (tindakan, usaha dsb)

mengerjakan, memajukan dsb sumber-sumber alam dsb dgn

sebaik-baiknya utk mendatangkan keuntungan, faedah dsb: projek

ini dianggap sbg suatu ~ lombong-lombong terbiar utk dijadikan

tempat menternak ikan air tawar secara besar-besaran yg

menguntungkan;

mengeksploitasi melakukan eksploitasi: pastikan tiada majikan yg

mengambil kesempatan utk ~ pekerja berikutan kemelut ekonomi

yg melanda negara kini; penduduk luar bandar harus pandai ~

peluang perniagaan yg sedia ada;

mengeksploitasikan mengeksploitasi;

pengeksploitasian perihal (perbuatan, tindakan dsb)

mengeksploitasi: ~ wanita dapat dilihat menerusi iklan yg

menjatuhkan martabat wanita secara halus; maklumat yg terkini

dapat diperoleh melalui ~ segala kemudahan teknologi maklumat

yg tersedia di pasaran;

pengeksploitasi pihak (orang, badan dsb) yg mengeksploitasi.

eksplorasi (éksplorasi) penjelajahan ke lapangan utk memperoleh

sesuatu: melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan

cara utk belajar.

ekspo (ékspo) singkatan bagi eksposisi.

eksponen (éksponen) (Mat) simbol yg ditulis di atas dan di kanan simbol

lain utk menunjukkan setakat mana simbol yg terkemudian itu

dinaikkan nilainya, spt dlm x3.

eksport (éksport) 1. penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke

luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan

Page 18: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang;

dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2.

barang-barang atau perkhidmatan yg dihantar ke luar negeri: hasil

drpd buah-buahan adalah ~ utama negeri itu; ~ berkembang (Eko)

eksport yg semakin bertambah; ~ semasa (Eko) eksport yg sedang

berjalan pd masa ini (sekarang); 3. (Komp) menghantar keluar

maklumat atau data daripada suatu atur cara dlm bentuk yg boleh

dibaca oleh atur cara lain;

mengeksport, mengeksportkan mengirimkan barang-barang dll

ke luar negeri: dr pelabuhan ini mudah pula ~ barang-barang itu

ke pasaran luar; semua negara yg moden mesti mengimport dan ~

barang-barang dagangan;

pengeksportan perihal atau perbuatan mengeksport;

pengeksport orang (syarikat dll) yg mengeksport.

eksposisi (éksposisi) 1. pameran (terutamanya keluaran perindustrian,

kerja tangan), ekspo; 2. pernyataan (komen, penjelasan bertulis dan

sistematik) tentang sesuatu perkara: sejarah kesusasteraan ini

merupakan suatu ~ persambungan dan perubahan alam fikiran.

ekspres (éksprés) segera, cepat, pantas; bas (kereta api) ~ bas (kereta

api) yg tidak singgah-menyinggah atau yg cepat tiba dlm

perjalanan jauh.

ekspresi (éksprési) pelahiran maksud (perasaan dsb) dgn kata-kata

(gerak-geri dll): tanpa menonjolkan simbol yg berlebihan ~nya,

dan tanpa mempedulikan teknik persembahan;

mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran,

dll.

ekspresif (éksprésif) bkn sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg

dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas:

Page 19: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

sama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih

memperlihatkan kesan ~.

ekspresionis (éksprésionis) orang atau golongan yg mengikuti faham

ekspresionisme.

ekspresionisme (éksprésionisme) gaya penulisan, lukisan, muzik, dsb yg

cuba melahirkan pengalaman seniman dr sudut emosi (bukan

berdasarkan fakta yg nyata).

ekstasi (ékstasi) sj dadah berbahaya berbentuk pil yg bertindak sbg

perangsang (menimbulkan rasa gembira dan bertenaga yg luar

biasa) dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh

merosakkan sistem saraf pusat.

ekstensif (éksténsif) luas liputannya.

ekstra (ékstra) tambahan: pelakon ~.

ekstradisi (ékstradisi) (Udg) pengembalian penjenayah oleh sesebuah

negara ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara

itu supaya penjenayah tersebut dapat dibicarakan di negara

berkenaan;

mengekstradisi melakukan ekstradisi: Amerika Syarikat tidak

pernah mengemukakan sebarang permohonan khusus kpd

kerajaan Malaysia utk ~ mana-mana pengganas.

ekstrak (ékstrak) keluaran bahan tertentu drpd sesuatu bahan tumbuhan,

haiwan, dll: ~ vitamin C drpd buah oren;

mengekstrak mendapatkan (jus dsb) secara menghancurkan,

menekan, menyuling dsb: ~ jus drpd nanas;

pengekstrakan proses (perbuatan atau tindakan) mengekstrak: ~

protein drpd kacang soya;

pengekstrak 1. alat atau mesin utk mengekstrak: kakitangan loji

pandu itu juga berjaya mencipta ~ cecair tekanan rendah dgn

kerjasama pakar dr Switzerland; 2. (Kim) bahan utk memisahkan

Page 20: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

sesuatu sebatian drpd campuran, atau memisahkan gabungan

beberapa sebatian drpd tisu atau dadah mentah: asid itu merupakan

pelarut, pencuci dan ~ utk bahan organik.

ekstranei (ékstranéi) IB orang yg mengambil peperiksaan (sekolah

menengah dll) dgn tidak mengikuti pelajaran (sekolah menengah

dll) secara rasmi.

ekstrapolasi (ékstrapolasi) proses menggunakan logik atau fakta bagi

menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pd masa depan:

pengitlakan semesta sains mesti dilihat sbg suatu ~;

mengekstrapolasi melakukan atau membuat ekstrapolasi.

ekstrasel (ékstrasél) (Bio) berlaku atau terletak di luar sel.

ekstravaganza (ékstravaganza) bentuk persembahan hiburan yg besar-

besaran, canggih, berwarna-warni, mahal dsb: ramai pelancong

asing yg membanjiri negara utk menyaksikan perarakan ~

kebudayaan terbesar di Asia itu.

ekstrem (ékstrém) keterlaluan, melampau;

keekstreman perihal (keadaan) ekstrem.

ekstremis (ékstrémis) orang (golongan) yg sikapnya (pendiriannya) dlm

sesuatu hal (spt politik) melampaui batas kesederhanaan,

pelampau: sesetengah orang telah mencanangkan rasa kurang

senang mereka terhadap pelantikan itu kerana beliau dianggap

sbg ~.

ekstremisme (ékstrémisme) faham (sikap, perlakuan, dsb) yg ekstrem; ~

agama bukan lagi merupakan ancaman terbesar di Malaysia.

ekstrinsik (ékstrinsik) berasal atau bertindak dr luar.

ekstrovert (ékstrovert) (Psi) orang yg berminat terhadap hal yg berlaku

di sekitarnya (di luar dirinya, dan tidak mengikut emosi) serta suka

bergaul dgn orang lain, orang yg berfikiran terbuka.

Page 21: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

ektoparasit (éktoparasit) (Bio) parasit yg hidup pd permukaan luar tubuh

perumahnya, mis kutu kepala.

ekuestrian (ékuéstrian) berkaitan dgn aktiviti menunggang kuda: sukan

~.

ekuinoks (ékuinoks) satu drpd dua ketika setiap tahun (pd 21 Mac atau

23 September) apabila matahari melintasi khatulistiwa lalu

menjadikan siang dan malam sama panjangnya di serata tempat di

dunia.

ekuiti (ékuiti) pemilikan saham biasa (dlm sesebuah syarikat): dlm

projek usaha sama, jika ~ sesebuah syarikat dapat dikuasai oleh

pengusaha tempatan, ini tidak bermakna bahawa pengawalan

teknologi yg diimport juga dapat dikuasai sepenuhnya.

ekzema (ékzéma) radang pd kulit yg dicirikan dgn rasa gatal dan lecur.

ekzos (ékzos) paip yg menyalurkan gas dll keluar dr enjin sesebuah

kenderaan.

ela (éla) ukuran panjang yg sama dgn 36 inci atau 91 sentimeter; ~

Piawai Diraja ukuran panjang ela yg ditetapkan oleh undang-

undang British (Imperial Standard Yard).

elak (élak); mengelak 1. menjauhkan diri drpd kena pukulan (tikaman

dll), menghindar, menyisi: setelah puas ia ~, tibalah gilirannya

pula utk menyerang lawannya; 2. menjauhkan atau membebaskan

diri drpd melakukan (atau terpaksa melakukan) sesuatu

(tanggungjawab dll): ia pura-pura ~ dan mempelawa orang lain

membacakan doa selamat itu; saya tidak akan ~ kalau diminta

berbuat demikian; tetapi kerajaan Amerika telah mengambil sikap

berlengah-lengah, ~, dan bertangguh-tangguh selama tiga tahun;

mengelakkan menjauhkan atau menghindarkan diri drpd kena

bahaya (tanggungjawab dll), menjauhkan atau menyingkirkan

sesuatu supaya jangan mengenai diri dll: ia hendak ~ dirinya drpd

Page 22: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

pandangan teman-temannya itu; Panglima Hitam melompat ~

tikaman itu;

terelak dapat (boleh) dielakkan;

terelakkan dapat dielakkan: munculnya cahaya drpd matahari yg

tidak ~;

pengelakan perihal menjauhkan atau menghindarkan diri drpd

tanggungjawab atau membebaskan diri drpd terpaksa melakukan

sesuatu perkara;

pengelak orang yg mengelak atau menggelakkan diri drpd sesuatu:

pelabur institusi lebih bersikap sbg ~ risiko terhadap saham

spekulatif; ~ cukai.

elang helang.

elastik (élastik) boleh kembali kpd bentuk asal selepas diregang

(dikembangkan dsb), anjal, kenyal;

keelastikan perihal (keadaan, sifat dsb) elastik, keanjalan,

kekenyalan: keadaan bebenang itu yg boleh berubah-ubah

memberikan jaringan ini sifat ~ bak getah.

elastin (élastin) (Bio) protein berwarna kuning yg menjadi unsur utama

tisu penghubung dlm haiwan, spt tisu paru-paru.

elastis (élastis) IB elastik.

elat (élat); mengelat melakukan sesuatu dgn tujuan utk menipu (dlm

permainan dll), mencuri tulang;

pengelat orang yg suka mengelat.

elaun (élaun) bayaran yg diberikan kpd seseorang (oleh sesebuah

organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas): ~ ahli

Dewan Rakyat telah dinaikkan; ~ anak elaun utk dibelanjakan ke

atas anak; ~ bermalam elaun yg diberikan kerana terpaksa

bermalam di sesuatu tempat (kerana menjalankan tugas); ~ buku

elaun utk membeli buku; ~ harian elaun yg diberikan kpd pegawai

Page 23: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

kerajaan yg bertugas di luar ibu pejabatnya bagi tempoh yg

melebihi lapan jam tetapi kurang drpd 24 jam; ~ hitungan batu

elaun perjalanan yg dikira mengikut jauh perjalanan (dgn kereta);

~ keraian elaun utk atau kerana meraikan seseorang; ~ kerja

malam elaun kerana kerja yg terpaksa dilaksanakan pd malam hari;

~ lebih masa elaun kerana kerja yg terpaksa dilaksanakan di luar

masa pejabat; ~ luar negeri = ~ seberang laut elaun kerana bekerja

di luar negeri; ~ makan elaun utk perbelanjaan makan; ~ pakaian

elaun utk membeli pakaian tertentu; ~ pemangku elaun yg

diberikan kerana memangku sesuatu jawatan; ~ perjalanan elaun

utk membiayai perbelanjaan perjalanan pekerja yg menjalankan

tugas rasmi; ~ perumahan elaun utk membayar sewa rumah dsb; ~

sara hidup elaun yg diberikan kpd pekerja sbg tambahan kpd

gajinya utk menampung perbelanjaan hariannya; ~ susah payah

elaun kerana terpaksa menghadapi kesusahan sewaktu

menjalankan tugas; ~ tanggungan kerja elaun yg diberikan kerana

melaksanakan kerja dan tanggungjawab petugas atau jawatan lain

di samping menjalankan tugas asasi seseorang.

ele (élé) Tr 1. cicir, berciciran; 2. menyeret-nyeret dgn memegang pd

hujung (ular utk menakutkan kanak-kanak).

elefantiasis (éléfantiasis) (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota

badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal

akibat jangkitan cacing filaria, untut.

elegan (élégan) tampan, rapi, anggun: dia kelihatan begitu ~ dgn

mengenakan pakaian yg dicipta khas oleh pereka fesyen.

elegi (élégi) lagu, puisi, atau karya lain yg menyatakan kelebihan,

rintihan, terutamanya kpd orang yg mati.

eleh (éléh) sr kata utk memperkecil-kecil seseorang: ~ , ingat dia lawa!

Page 24: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

elektif (éléktif) bersifat pilihan (bkn mata pelajaran sesuatu kursus dsb):

di Universiti Teknologi Mara terdapat bahasa Jerman yg

dijadikan sbg mata pelajaran ~ wajib.

elektoral (éléktoral) bkn pilihan raya: semangat 46 membuat pakatan ~

dgn PAS.

elektrifikasi (éléktrifikasi) IB perlengkapan atau pemasangan tenaga

elektrik pd jentera dll;

mengelektrifikasi melengkapi atau memasang dgn tenaga elektrik.

elektrik (éléktrik) satu bentuk tenaga yg digunakan utk menghasilkan

cahaya, kepanasan, dll;

keelektrikan selok belok elektrik: dia mengambil satu kursus dlm

~;

pengelektrikan proses (atau perihal) memasang atau

melengkapkan sesuatu (jentera, mesin dsb) dgn tenaga elektrik: ~

kereta api.

elektro- (éléktro) awalan asing berkaitan dgn tenaga (proses) elektrik,

mis elektrolisis dan elektrokimia.

elektroanalisis (éléktroanalisis) (Kim) analisis kimia secara elektrolisis.

elektrod (éléktrod) (Fiz) pengalir elektrik yg melaluinya arus elektrik

keluar masuk sesuatu bahan (spt elektrolit, leburan logam, dll) atau

peranti (spt tiub elektronik dll); ~ hidrogen piawai = ~ piawai

(Kim) elektrod yg digunakan utk menentukan keupayaan elektrod

lain.

elektrodinamik (éléktrodinamik) cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn

saling tindakan daya elektrik dgn daya mekanik.

elektroensefalograf (éléktroénséfalograf) alat utk merakamkan aliran

arus elektrik pd otak, biasanya digunakan utk mengesan tumor otak

dsb.

Page 25: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

elektroensefalogram (éléktroénséfalogram) rakaman aliran arus elektrik

pd otak yg diperoleh drpd elektroensefalograf.

elektrofon (éléktrofon) alat muzik yg bunyinya dihasilkan secara

elektronik.

elektrokardiograf (éléktrokardiograf) alat utk merakamkan gelombang

arus dan voltan yg terhasil drpd denyutan jantung.

elektrokardiogram (éléktrokardiogram) rakaman yg dibuat oleh

elektrokardiograf.

elektrokimia (éléktrokimia) cabang kimia bkn hubungan keelektrikan

dgn tindak balas kimia.

elektrolisis (éléktrolisis) 1. (Kim) pengaliran arus elektrik melalui

elektrolit utk menjana gas, membentuk endapan logam pd elektrod,

dll; 2. (Ubat) pemusnahan tisu hidup, spt akar rambut dan tumor,

dgn arus elektrik.

elektrolit (éléktrolit) (Kim) larutan atau bahan lebur yg mengalirkan arus

elektrik.

elektromagnet (éléktromagnét) (Fiz) besi yg menjadi magnet apabila

arus elektrik dialirkan melalui dawai yg dililitkan padanya.

elektromagnetisme (éléktromagnétisme) (Fiz) 1. kemagnetan yg

dihasilkan oleh arus elektrik; 2. cabang fizik yg berkaitan dgn

kemagnetan yg terhasil drpd saling tindakan medan elektrik dgn

medan magnet.

elektron (éléktron) (Fiz) zarah yg lebih kecil drpd atom dan mempunyai

cas negatif;

~ bebas elektron yg tidak terikat pd atom atau molekul, dan bebas

bergerak di bawah pengaruh medan elektrik atau magnet; ~ valens

elektron dlm petala atom paling luar, yg terlibat dlm pembentukan

ikatan kimia ketika atom-atom itu membentuk sebatian; ~ volt unit

Page 26: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

tenaga yg bersamaan dgn tenaga yg diperlukan utk menggerakkan

satu elektron melalui beza keupayaan satu volt.

elektronegatif (éléktronégatif) (Kim) bkn atom, molekul, dll yg

cenderung memperoleh atau menarik elektron.

elektronik (éléktronik) 1. bkn elektron; 2. bkn (penggunaan) alat yg

dibina (dijalankan) dgn kaedah (prinsip) teknologi elektron:

barang-barang ~; 3. cabang fizik dan teknologi yg berkaitan dgn

gerak laku, pembangunan, aplikasi dsb litar dan peranti elektronik.

elektropositif (éléktropositif) (Kim) 1. mempunyai cas positif; 2.

mempunyai kecenderungan utk membebaskan elektron.

elektroskop (éléktroskop) alat utk mengesan cas elektrik dan beza

keupayaan elektrik.

elektrostatik (éléktrostatik) (Fiz) cabang bidang fizik yg mengkaji

pengaliran arus elektrik statik.

elektroteknik (éléktrotéknik) penggunaan tenaga elektrik pd bermacam-

macam alat.

elektroterapeutik (éléktrotérapéutik) cabang sains perubatan yg

berkaitan dgn penggunaan elektroterapi.

elektroterapi (éléktrotérapi) (Ubat) perawatan penyakit dgn

menggunakan arus elektrik (biasanya utk meredakan rasa sakit,

terutamanya yg diakibatkan oleh kecederaan).

elemen (élémen) 1. anasir; 2. sesuatu yg menjadi bahagian dlm sesuatu

keseluruhan unsur: ini disebabkan antara kedua-dua faktor itu

terdapat ~-~ yg kuat tetapi berlawanan; 3. Id alat utk

menimbulkan tenaga elektrik secara kimia.

elips (élips) bentuk bulat bujur (seakan-akan bujur telur): stadium yg

berbentuk ~ ini mempunyai kawasan seluas 76 000 meter persegi.

elipsis (élipsis) 1. tiga titik berurutan (...) yg menandakan pengguguran

kata dlm teks; 2. (Lin) pengguguran sebahagian kata dlm suatu

Page 27: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

ungkapan, tetapi dapat difahami dlm konteks berkenaan, mis bagi

soalan Sudah makan?, dijawab Sudah sahaja.

elit (élit); kaum (golongan) ~ golongan yg dianggap berpengaruh, intelek,

dsb: dlm hubungan ini, golongan ~ dan badan politik mempunyai

peranan penting.

elitis (élitis) 1. berkaitan dgn golongan elit; 2. orang yg percaya kpd atau

menyokong elitisme.

elitisme (élitisme) 1. kebanggaan diri menjadi salah seorang drpd

anggota kumpulan elit: ~ menjadikan mereka pekerja yg tidak

baik; 2. kepimpinan oleh sesuatu kumpulan elit.

elk (élk) sj rusa besar yg terdapat di Eropah Utara, Amerika Utara dan

Asia Utara.

elm (élm) sj pokok yg terdapat di hemisfera utara (mis negara Eropah),

drpd genus Ulmus yg daunnya lebar dan bergerigi tepinya,

kayunya keras dan berat.

elok (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan

kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak

mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu;

~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal

hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi

kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi

kenang-kenangan sesudah mati;

seelok sama elok dgn, sebaik;

seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah bersalin sahaja, ia pun

diceraikan;

seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg

lebih itu disimpan di bank;

mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~

rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus),

Page 28: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok adat

resam kita;

memperelok menjadikan lebih elok;

keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak

terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal

elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~

perjalanan enjin.

elon Jk; mengelon, mengeloni memeluk (anak yg hendak tidur) sambil

berbaring mengiring.

elon (élon); mengeloni memihak atau menyebelahi (kpd), memenangkan

(satu pihak sahaja).

elus Jw; mengelus, mengelus-elus 1. mengusap-usap, membelai-belai,

menyapu-nyapu dgn perlahan-lahan (utk memujuk dll): tangannya

yg bertelekan di atas tangan kerusi ~ rambutnya ke belakang; 2.

memujuk(-mujuk), memperlakukan dgn baik (utk mempengaruhi

dsb);

elusan 1. usapan, belaian; 2. pujukan.

elusif (élusif) bkn seseorang yg sukar difahami atau yg suka mengelak.

em (ém) unit ukiran linear yg sama dgn saiz poin yg digunakan (enam

poin em bermakna enam poin lebar).

emak orang yg melahirkan seseorang, ibu.

emang (Sunda) pak cik , paman.

emansipasi (émansipasi) 1. pembebasan drpd perhambaan; 2. pemberian

hak yg sama dlm hukum (wanita mendapat hak yg sama dgn

lelaki).

emas I 1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya

dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang

(mengandungi 1/16 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi

emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga

Page 29: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga,

dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia;

~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu

tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas

kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-

helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~

lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas

tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh

drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas

yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg

berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum;

~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a)

emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik

atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai

emas yg halus-halus spt pasir rupanya;

~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga

mengikut keadaannya masing-masing; bermimpi mendapat ~

takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat

lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi

sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar,

hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas

dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas,

kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan

dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk

mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg

berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg

baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah

tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang

perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan

Page 30: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga

tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg

biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua;

beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg

~, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja

tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup,

tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah

kehidupan;

mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;

mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk

rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya,

sekaliannya menurut katanya;

keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas:

kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang

~ peluang yg paling baik;

peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat

bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg

tertentu apabila ia sudah besar.

emas II Jw 1. panggilan yg sama dgn tuan; 2. panggilan yg mesra (spt

drpd isteri kpd suami dll); ~ merah panggilan kpd kekasih.

emas III sj ikan darat (biasanya dijadikan peliharaan), Carassius

auratus.

emat IB bp sukatan atau ukuran (baju, seluar, dll).

embacang sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg sangat kuat baunya),

Mangifera foetida;

~ buruk kulit = busuk-busuk ~ prb nampaknya tidak pandai (buruk

dll) tetapi yg sebenarnya pandai (baik dll); berbau bagai ~ prb

sudah terdengar-dengar berita atau rahsia mengenai perbuatan

jahat (maksud yg tidak baik); bacang, macang.

Page 31: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

embah Jw nenek.

embak (berlaku, terjadi, dll) pd suatu ketika, sekali gus, semuanya.

embal lembap, belum kering betul;

embalan air dll yg menyebabkan udara (tanah dll) lembap: tanah

ini datangnya dr gunung berapi dan boleh menyimpan ~.

embalau I bahan spt damar yg dihasilkan oleh kelulut dan digunakan utk

membuat piring hitam, bahan penebat, varnis, utk melekatkan keris

(parang dll) pd hulunya dll, lak.

embalau II sj tumbuhan (pokok kecil), lada pahit, Brucea amarissima.

emban I kain pembalut badan (dada, susu, perut), tali pengikat atau

pembebat perut kuda.

emban II Jw pengasuh.

embar (Sunda) ark; mengembarkan menyiarkan atau menyebarkan

maklumat (undang-undang dll).

embara kembara.

embarang embarau.

embarau ban atau tambak (drpd tanah, batu, dll) yg kuat, atau kayu yg

dicacak di tepi sungai atau laut.

embargo (émbargo) 1. perintah drpd kerajaan yg melarang kapal

perdagangan masuk atau keluar dr pelabuhan (biasanya dlm masa

permusuhan); 2. larangan mengeksport barang dagangan yg

tertentu dll ke sesuatu negara (biasanya dlm masa permusuhan dll).

embaru sj tumbuhan (pokok), baru(-baru), bebaru, dedap laut, Hibiscus

tiliaceus.

embas agak serupa dgn, seakan-akan.

embat; mengembat menyebat atau memukul dgn benda spt rotan dll.

embek (embék) I 1. bunyi spt bunyi kambing; 2. bp kambing;

mengembek mengeluarkan bunyi embek (kambing dll).

embek (embék) II bp bibi(k).

Page 32: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

embek (émbék) bidai dll utk melindungi sesuatu drpd cahaya matahari.

embel Jk paya yg penuh dgn berbagai-bagai tumbuhan.

embel (émbél) Jw; embel-embel, embel-embelan tambahan yg kecil-

kecil (tidak begitu penting);

mengembel-embeli menambahi dgn sesuatu yg kecil-kecil atau

tidak begitu penting.

ember (émbér) Id sj timba (drpd besi dll) utk menimba air, baldi.

embih ark panggilan kpd anak perempuan baik-baik.

embok Jw 1. emak; 2. = ~ ayu kakak.

embol (émbol) Id; mengembol berbenjol, berjendul.

embrat (émbrat) Jk sj perkakas spt cerek besar utk menyiram pokok

bunga dll.

embrio (émbrio) (Bio) 1. kandungan ibu dr satu minggu selepas konsepsi

sehingga minggu kelapan, mudigah, janin; 2. janin haiwan pd

peringkat awal pembesaran sebelum lahir: pemindahan ~ drpd

seekor haiwan ternakan kpd haiwan yg lain.

embriogenesis (émbriogénésis) embriogeni.

embriogeni (émbriogéni) proses pembentukan dan perkembangan

embrio.

embriologi (émbriologi) (Bio) salah satu cabang ilmu perubatan yg

mengkaji perkembangan embrio.

embriotomi (émbriotomi) pemotongan anggota fetus yg tersekat utk

memudahkannya keluar dr rahim.

embuai sl panggilan kpd dayang istana (perempuan yg bekerja di istana).

embuh I mahu, ingin: maka Bendahara Seri Maharaja berkata, “Budak-

budak ~kah memandang emas?”;

embuh-embuhan; ~ tuah untung-untungan.

embuh II; embuh-embuhan sungguhpun, meskipun.

Page 33: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

embun 1. wap air yg turun pd waktu malam (kerana sejuk); 2. wap air yg

telah mengendap menjadi titik-titik (pd daun dll);

~ asap kabus atau embun halus spt asap pd malam hari; ~ betina =

~ rintik embun yg kecil-kecil titiknya; ~ jantan = ~ lebat embun yg

besar titiknya; ~ pagi kabut pd waktu pagi; kering ~ waktu apabila

embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi);

spt ~ di hujung rumput prb tidak kekal dan segera hilang (kasih

sayang dll); spt ~ di atas daun prb selalu berubah (maksud, niat,

tujuan);

berembun 1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~;

2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun,

berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga

kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam;

mengembun 1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yg halus:

malam sudah sejuk dan udara mulai ~; 2. spt embun, menyerupai

embun;

mengembuni mengenai sesuatu dgn bertitik-titik: air matanya ~

gambar suami yg terletak di depannya;

mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau

mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena

embun: ~ mengkuang pd waktu malam.

embun II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Lecananthus

erubescens;

embun III; pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang bunga.

embun-embun sj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas

laut, Scaevola frutescens.

embut; mengembut menarik atau mengangkat tali (kail dll) perlahan-

lahan;

Page 34: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

mengembut-embut, terembut-embut bergerak-gerak turun naik

(spt nadi, ubun-ubun kanak-kanak, dll), bergembut-gembut,

terkemut-kemut, berdenyut-denyut.

e-mel (imél) maklumat, mesej dsb yg dihantarkan secara elektronik dr

satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain;

meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb dgn

menggunakan e-mel.

emeri (émeri) sj batuan berwarna hitam kekelabu-kelabuan yg keras dan

kasar (biasanya dijadikan serbuk) yg digunakan utk mencanai,

menggilap, melicinkan dsb sesuatu.

emeritus (éméritus) bkn seseorang yg telah bersara tetapi mengekalkan

gelarannya sbg suatu penghormatan: profesor ~.

emetik (émétik) (Ubat) 1. menyebabkan muntah (bkn ubat); 2. ubat

muntah.

emfisema (émfiséma) (Ubat) 1. keadaan pundi udara dlm paru-paru yg

membesar sehingga menyebabkan pesakitnya sukar bernafas; 2.

bengkak yg disebabkan oleh terdapatnya udara yg sangat banyak di

dlm tisu badan.

emigran (émigran) orang yg meninggalkan negerinya utk menetap di

negeri lain.

emigrasi (émigrasi) perpindahan ke negeri lain utk menetap di situ;

beremigrasi meninggalkan negeri sendiri utk menetap di negara

lain.

emisi (émisi) pemancaran, penyinaran (cahaya, sinaran, dsb).

emolien (émolien) sediaan atau bahan yg mempunyai kesan yg

melembutkan dan menyamankan apabila disapu pd kulit.

emolumen (émolumen) wang atau bayaran yg diperoleh drpd sesuatu

pekerjaan, gaji.

emong Jw; mengemong mengasuh.

Page 35: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

emosi (émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll:

masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang

sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh

bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan

menangis;

beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi spt itu, lagi

tepat dan jelas, lagi tidak ~.

emosional (émosional) cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak

mengikut perasaan:

pd waktu begini, perasaan muda-mudi amat sensitif dan ~ sekali.

emotif (émotif) berhubungan dgn emosi: pembangunan merupakan suatu

perkataan yg ~ sifatnya.

empal Jw daging goreng.

empang I 1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus

atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir

dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan

air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat

memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang:

malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke

seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak

dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak

boleh diubah (dilalui);

berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;

mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis

dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air

sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat:

lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit

ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan

melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll),

Page 36: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada

sebuah motokar rosak ~ jalan; 3. ki menahan, menghalang,

menghambat: lajunya tidak dapat diempang;

terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh

lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh

orang yg lemah;

pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan

empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba

diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd

teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;

pengempang empang(an).

empang II Pr; empang-empang gila bahasa, agak ganjil (kelakuan atau

perangai).

empap Mn 1. campak, lempar, hempas; 2. = berempap bermain judi dgn

melambungkan atau melemparkan wang ke atas; pergi ~ pulang

eban Mn prb (perihal berjudi) tidak menang, tidak kalah (pulang

modal);

mengempapkan menghempaskan, menjatuhkan kuat-kuat;

terempap jatuh terhempas atau tertiarap.

empar (émpar); mengempar hanyut keluar dr arah yg dituju (bkn perahu

dll), menyerong keluar, bergerak (berpusing) keluar dr pusatnya;

berjalan ~ berjalan dgn kaki membuang (melangkah) keluar;

mengemparkan (Fiz) memisahkan pepejal drpd cecair atau

memisahkan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg

berbeza secara putaran mendatar yg laju: dgn cara ~ darah beku

ini, bahan tersebut dapat diperah keluar;

pengemparan (Fiz) pemisahan pepejal drpd cecair atau pemisahan

campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara

putaran mendatar yg laju;

Page 37: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

pengempar; alat ~ sj mesin yg berputar ligat (utk mengasing-

asingkan benda-benda pejal drpd cecair atau cecair drpd cecair yg

lain).

empat bilangan tiga dicampur satu (4, IV); ~ belas bilangan sepuluh

ditambah empat (14, XIV); ~ puluh empat kali sepuluh (40, XL); ~

ratus empat kali seratus (400, CD); ~ besar empat negara yg

berkuasa (empat orang dll yg berpangkat); ~ likur ark 24; ~

penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yg ada di

dunia (utara, selatan, timur, dan barat); ~ persegi bidang yg empat

seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap

sudutnya 90° (segi empat sama); ~ ratus serba dua pemberian drpd

pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan yg banyaknya empat

ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian,

subang, barang-barang hantaran lain); ~ segi bidang yg seginya

atau sempadannya empat;

~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang

berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui

ertinya; ~ susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza

(keturunan, darjat, dll);

berempat yg empat jumlahnya, berjumlah empat: hari yg

berikutnya orang ~ itu telah keluar;

berempat-empat tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dll) empat

jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya: semua harus beratur ~;

mereka pergi ~;

mengempat; ~ puluh hari berkenduri arwah (utk orang mati) pd

hari yg keempat puluh setelah ia meninggal;

mengempatkan menjadikan empat (isteri dll): kekanda sendiri

telah rela ~ isteri kekanda Sultan;

Page 38: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

perempat; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak,

suku (1/4);

memperempat membahagi kpd empat bahagian;

keempat (peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat;

keempat-empat kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang

dll) sekali;

perempatan 1. simpang empat jalan; 2. bahagian yg terdiri drpd

suku sesuatu, suku bahagian drpd sesuatu.

empati (émpati) daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi

orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yg

dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah

bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat ~

terhadap orang yg menghadapi masalah dadah.

empayar (émpayar) 1. negeri-negeri (biasanya luas) yg di bawah

pemerintahan seseorang atau sesebuah negeri yg berdaulat; 2.

pemerintahan beraja (atas alasan sejarah, prestij, dll) yg

mempunyai maharaja (bukan raja) sbg ketua negara; 3. satu

kumpulan syarikat yg biasanya dikawal oleh seorang yg

berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu: McDonald

berusaha membina ~ makanan segera;

berempayar mempunyai empayar (yakni ada negeri-negeri yg

tertakluk di bawah pemerintahannya).

empedal hempedal I.

empedu hempedu.

empek (empék) I; mengempek terlalu ingin (akan sesuatu).

empek (empék) II C bapa;

empek-empek orang lelaki yg sudah tua benar, kakek-kakek.

empelas sj tumbuhan (pokok yg daunnya kesat dan digunakan utk

melicinkan kayu dll), Tetracera assa; ~ hari a) sj tumbuhan

Page 39: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

(pokok yg wangi bau bunga dan kulitnya), akar bagan,

mempelasari, pelasari, pulasari, Alyxia lucida; b) sj tumbuhan

(pokok), pelasari, pulasari, Alyxia forbesii; kertas ~ kertas pasir;

berempelas sudah dilicinkan (dgn empelas): di bawah muka pintu

tempat Bendahara duduk itu, ada disediakan usungan yg telah ~;

mengempelas, mengempelasi melicinkan dgn daun (kertas)

empelas;

pengempelas; alat ~ sesuatu yg digunakan utk mengempelas.

empenak (empénak); ark pujuk ~ pujukan dan kata-kata manis utk

menyukakan hati dll;

mengempenak menyukakan (menyenangkan) hati orang,

memanjakan anak, dll.

empening mempening.

emper (émpér) Jw 1. = emperan serambi (di depan, di rusuk, atau di

belakang rumah); 2. atap tambahan yg bersambung dgn rumah ibu,

sengkuap.

emping sj kudap-kudapan yg dibuat drpd padi muda atau drpd buah

belinjau (yg disangai dan ditumbuk tipis-tipis); ~ belinjau emping

yg dibuat drpd buah belinjau;

mengemping, memperemping membuat emping, menumbuk (utk

membuat emping): terdengar bunyi antan nyaring bertingkah,

itulah tandanya orang sedang ~;

peremping; masak ~ (bkn padi) belum masak betul dan elok utk

dibuat emping;

pengemping = lesung ~ lesung tempat membuat emping.

empirik (émpirik), empirikal (émpirikal), empiris (émpiris) IB

berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan

teori: kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dgn

pengumpulan data.

Page 40: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

empirisisme (émpirisisme) doktrin bahawa pengalaman praktis (bukan

teori) adalah asas pengetahuan.

empis pagar utk melorongkan binatang masuk ke dalam perangkap.

empoh (émpoh) (bkn air sungai dll) melimpah, bah, banjir, sebak;

mengempoh, mengempohi menggenangi, mengairi: air hujan ~

tanah-tanah yg rendah;

keempohan perihal diempoh(i), keairan;

pengempohan pengairan, penggenangan.

empok Jk 1. kakak; 2. panggilan kpd orang perempuan;

empok-empok orang perempuan.

emporium (émporium) kedai besar yg menjual pelbagai barang

(termasuk makanan, pakaian, peralatan dapur, peralatan sukan,

dll).

empos (émpos) Jk; mengempos, mengemposi 1. menghembus, meniup;

2. memeram (pisang dll) dgn memanaskannya dgn karbida dll;

emposan buah-buahan yg masak dgn diempos.

empoyan I gelendong tempat menggulung tali kail (pancing), kili-kili;

lempoyan.

empoyan II sj tumbuhan (pokok kecil), mengkoyan, tempoyan,

Rhodamnia trinervia.

empu I sl 1. tuan; 2. orang yg mahir (ahli) dlm sesuatu (terutama dlm

membuat keris);

mengempukan memerintah: setelah beberapa lamanya ~ negeri

Aceh, maka Raja Muzafar Shah pun hilang.

empu II; ~ jari ibu jari tangan; ~ kaki ibu jari kaki.

empu III Sr yg empunya, pemilik.

empuan perempuan; engku (tengku) ~ panggilan kpd permaisuri (isteri

raja); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk (orang besar).

Page 41: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

empuk I 1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah;

2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di

tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3.

(bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara)

sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb

hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis

dan lemah lembut;

mengempukkan menjadikan empuk (melembutkan dll);

keempukan keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di

atas katil dan merasakan ~ tilamnya.

empuk II Pr; mengempuk memukul (dgn sesuatu).

empul ark; mengempul (bkn perahu) terumbang-ambing (terapung-

apung) tidak boleh mara kerana datang angin atau arus dr depan.

empulur I isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan

jenis palma, spt kelapa, pinang, dll; mempulur II.

empulur II; ~ rimba sj tumbuhan (pokok), bungkal, simpuh gajah,

Randia anisophylla; mempulur I.

empunya 1. pemiliknya, tuannya: harta pulang ke ~; 2. = empunyai ark

mempunyai, memiliki: tiap-tiap orang Lampung ada ~ kebun lada

yg berisi seribu dua batang lada; barang siapa ~ untung, ia

beroleh Sita Dewi; yg ~ (orang) yg punya (tuannya, pemiliknya);

punya.

emsi (émsi) bp pengacara majlis, juruacara majlis.

emu sj burung besar yg tidak dapat terbang, bentuknya seakan-akan

burung unta (terdapat di Australia ), Dromaius novaehollandiae.

emulsi (émulsi) (Kim) 1. koloid yg merupakan campuran dua atau lebih

cecair yg tidak bercampur sepenuhnya, mis susu; 2. bahan peka

cahaya yg terdapat pd permukaan filem fotografi; cat ~ sj cat yg

Page 42: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

pigmennya terampai, biasanya dlm resin sintetik, yg tersebar dlm

air sbg emulsi;

pengemulsian 1. proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg

tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tersebut;

2. proses menambahkan bahan kimia kpd sesuatu emulsi utk

mengekalkan keadaan emulsinya;

pengemulsi 1. bahan kimia yg ditambahkan kpd bahan lain dlm

keadaan emulsi, spt makanan, utk mengekalkan keadaan emulsi

bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah, mis lesitin

dlm marjerin; 2. alat, spt mesin pengisar utk membuat emulsi

secara mengaduk atau menggoncang campuran dua atau lebih

cecair.

emunggai lemunggai.

en (én) ukuran yg sama dgn setengah saiz poin taip yg digunakan

ataupun setengah em.

En. kep Encik.

enak (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh

seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~;

2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka

dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di

panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit;

seenak sama enaknya (dgn);

seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak

satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~

sahaja menuju ke selatan;

berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang

hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu;

mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan,

menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan

Page 43: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-

pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai

hempedu;

terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan

dll);

enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;

keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk

menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan

memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain.

enakmen (énakmen) undang-undang atau statut.

enam bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh

dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl ark dua puluh enam (26,

XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX);

berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya:

jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah;

keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama

Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~,

hulubalang yg bernama Sutama;

keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang

ke rumah.

enamel (énamel) 1. lapisan cat dll yg berkilat pd permukaan logam dll

(utk menghindarkannya drpd berkarat dll); 2. lapisan luar yg keras

pd gigi.

enap I sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta

berlonggok di dasar, endap, endapan;

mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak,

mengendap;

mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan

berlonggok di dasar, mengendapkan;

Page 44: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

enapan 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan

mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau

laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim

organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji

olahan air atau air sisa;

pengenapan proses mengenap atau mengenapkan.

enap II Mn diam;

mengenap, mengenap-enapkan memikirkan atau

mempertimbangkan dgn teliti (sungguh-sungguh).

enau sj tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera;

~ memanjat (mencari) sigai prb perempuan mendapatkan

(mencari) lelaki; ~ sebatang dua sigainya prb a) satu pekerjaan dua

orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya; b) seorang perempuan yg

menduakan suami; bagai ~ dlm belukar, melepaskan pucuk

masing-masing prb tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan,

hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja; mati ~

tinggal di rimba prb jika orang hina mati, namanya tidak akan

disebut-sebut orang lagi.

enca; ~-benca bercerai-cerai, bersepah-sepah.

encal I; encal-encal terloncat-loncat (kanak-kanak yg dipegang kedua-

dua belah telinganya dan diangkat ke atas ke bawah) turun naik.

encal II; encal-encal sl jangan tidak sahaja, tidak sungguh-sungguh atau

hati-hati (berbuat sesuatu dll).

encang I encal (terloncat-loncat).

encang II; mengencang memukul (memalu) sesuatu dgn kerasnya.

encer (éncér) Jk 1. tidak keras dan tidak spt gas, cair; 2. bercampur air,

tidak pekat atau kurang patinya (bkn cecair yg mengandungi

sesuatu zat); 3. menjadi cair; 4. lekas menerima pelajaran, lekas

faham;

Page 45: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

mengencerkan menjadikan encer (cair, larut), mencairkan,

melarutkan;

enceran cairan, larutan.

encik 1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg

tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3.

gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak

mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli;

~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah;

~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan

kpd orang Cina asli;

encik-encik seorang Cina asli;

berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap:

memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~

juga lagi dgn saya, Suyono!

memperencik memanggil encik (kpd seseorang): sekarang engkau

yg patut saya perencik.

encit C sj kain cita.

encok (éncok) Jk 1. kaku atau kejang (pd kaki atau tangan); 2. sj

penyakit sengal (sakit) pd sendi tulang dan otot.

encot (éncot) Jk incut, tempang, capik; incut.

enda; ~-semenda Mn bermacam-macam perhubungan kekeluargaan yg

terbit drpd perkahwinan: segala famili, baik saudara ayah, baik

drpd pihak ibu, ~-semenda, ipar besan, terutama keluarga yg

perempuan, hendaklah hadir melepas mempelai itu.

endah (éndah) = ~ akan peduli (akan), acuh: sedikit pun dia tidak ~ akan

nasihat kawan-kawannya; ~ tak ~ tidak peduli langsung; tak ~

tidak peduli, tidak acuh;

Page 46: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

mengendahkan memberi perhatian kpd, memandang penting

(mustahak, berharga, dll), mempedulikan, mengacuhkan: dia tidak

~ larangan orang tuanya;

perendahan perhatian, penghargaan: segala adat lembaga bangsa

Timur dapat ~ di kalbunya;

pengendahan perihal atau perbuatan mengendahkan.

endak bp 1. hendak; 2. tidak.

endal; mengendal 1. menganjal, memantul; 2. mengasak, memadat,

menjejal.

endan (éndan); mengendan menolak (orang dll) dgn badan (tangan dll).

endang (éndang) sl 1. orang perempuan yg bertapa; 2. anak perempuan

atau isteri orang yg bertapa.

endap; endap-endap, endapan sesuatu yg bercampur dgn air dll dan

turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan

darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);

mengendap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak;

mengendapkan membiarkan supaya mengendap (mendak);

mendap, enap I.

endas Jw ark kepala.

endasan lapik atau landasan (utk memotong dll).

endemik (éndémik) penyakit yg sentiasa terdapat pd orang atau daerah

tertentu.

endemiologi (éndémiologi) kajian tentang berbagai-bagai aspek yg

berkaitan dgn penyakit endemik.

endeng (éndéng); mengendeng menunjuk-nunjuk: janganlah ~ kuih itu

kpd orang lain. Nanti diminta orang.

enderia deria.

endilau sj tumbuhan (pokok).

Page 47: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

endodontik (éndodontik) cabang ilmu pergigian yg berkaitan dgn

penyakit pulpa gigi, termasuklah diagnosis, perawatan dan

pencegahannya dsb.

endogami (éndogami) 1. (Ant) perkahwinan sesama suku; 2. (Bio)

pendebungaan antara dua bunga pd tumbuhan yg satu.

endok Jw telur.

endokarditis (éndokarditis) (Ubat) radang endokardium.

endokardium (éndokardium) (Ubat) membran yg melapisi rongga

jantung dan membentuk sebahagian drpd injap.

endokarpa (éndokarpa) (Bio) lapisan paling dalam, biasanya keras, pd

perikarpa buah tertentu, mis tempurung kelapa.

endokrin (éndokrin) (Bio) bkn perembesan hormon oleh sesuatu organ

atau struktur secara terus ke dlm darah atau limfa; kelenjar ~

kelenjar (spt kelenjar adrenalina, kelenjar tiroid, dll) yg

merembeskan hormon terus ke dlm aliran darah.

endokrinologi (éndokrinologi) kajian tentang kelenjar endokrin dan

rembesan hormonnya.

endolimfa (éndolimfa) (Ubat) bendalir di dlm labirin bermembran yg

terdapat di dlm telinga.

endon Jk; mengendon, ngendon menumpang tidur (tinggal) di rumah

orang (buat beberapa hari lamanya);

endonan orang yg mengendon atau menumpang tidur; endong.

endong; mengendong menumpang tidur (bermalam) di rumah orang;

endon.

endoparasit (éndoparasit) (Bio) parasit yg hidup dlm tubuh perumahnya,

mis cacing pita.

endors (éndors); mengendors bp mengakui (dokumen, cek, perjanjian

dsb) sah dgn menurunkan tandatangan dsb;

Page 48: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

endorsan 1. (Eko) catatan di belakang cek sbg tanda penerimaan:

~ cek; 2. (Udg) catatan di belakang atau di bawah sesuatu

dokumen; 3. (Udg) catatan di belakang writ, dokumen mahkamah

dsb bagi menandakan dokumen telah disampaikan kpd orang

berkenaan.

endoskop (éndoskop) alat utk memeriksa bahagian dlm organ yg

berongga, spt pundi kencing dan usus.

endoskopi (éndoskopi) pemeriksaan bahagian dlm organ tubuh yg

berongga dgn endoskop.

endosperma (éndosperma) (Bio) tisu pd kantung embrio tumbuhan

berbiji, yg lazimnya menyimpan bahan makanan yg terurai semasa

proses percambahan.

endoterma (éndoterma) bkn proses atau tindak balas kimia yg menyerap

haba dr persekitaran luar.

enduk Jw, ark panggilan kpd orang (anak) perempuan atau isteri.

endul ark buaian;

berendul berayun di atas atau di dlm buaian: adat ~.

endus Jk; mengendus 1. mencium atau menghidu (bau); 2. ki mencium,

mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat,

maksud, dll): konflik inilah yg sampai bocor dan diendus oleh

orang surat khabar; aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi

lagi;

terendus ki tercium, diketahui: Yusof ragu sebentar, takut kalau-

kalau ~ bahawa apa yg dikatakannya itu sekadar ingin memulai

pembicaraan saja.

endut I bp teman lelaki atau teman wanita;

berendut 1. bertemu atau keluar dgn endut utk berbual-bual

mesra, makan dsb; 2. mempunyai endut.

Page 49: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

endut II; endut-endutan Id, bp bergerak-gerak, berdenyut-denyut,

berdebar-debar.

enek Jk berasa spt hendak muntah, muak, mual.

enema (énéma) (Ubat) 1. pemasukan cecair ke dlm dubur, terutamanya

utk memudahkan buang air besar; 2. cecair yg dimasukkan ke dlm

dubur, terutamanya utk memudahkan buang air besar.

enes Jw; mengenes merana kerana berasa sedih atau pilu dlm hati;

mengeneskan memilukan, menyedihkan.

enga Jk tahu (faham, sedar akan).

engah; engah-engah, mengengah-engah, terengah-engah 1. mengap-

ngap, tercungap-cungap, termengah-mengah: setibanya di atas

jambatan, ia menurunkan barang-barang itu dgn terengah-engah;

2. ki tergesa-gesa, cepat.

engak Id bingung, termangu-mangu.

engap Jk; engap-engapan terengah-engah, tercungap-cungap.

engas Jk bau busuk.

engeh engah.

enggak I Jk tidak: aku ~ takut.

enggak II tempat pulut (spt burung rupanya), katang-katang.

enggan tidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan

Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit

itu; ia ~ berjalan dgn Ramli;

~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak);

~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka)

selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu

hanya sedikit sahaja jawabnya;

enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu;

Page 50: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak

akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka

melanjutkan pekerjaan itu;

keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta

dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk

menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka.

enggang I sj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas

paruhnya yg besar), burung jawa;

~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj

burung, Anorrhinus galeritus; ~ bulu = ~ jambul putih sj burung,

Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin

= ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros;

~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg

merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masing-

masing menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati

ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan

berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~ , (mana

boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak

sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan

oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf

(kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan

cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~

prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya

(besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb

lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb

berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan,

taraf, dll).

enggang II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Knema geminata.

enggat senggat, had, hingga, takat.

Page 51: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

enggeh (enggéh) Jw ia.

engget (énggét) Jk; mengengget mengait (buah dll).

enggil ark; berenggil, berenggilan bergerigis, bergerigi.

enggokan (énggokan) Jw selekoh atau kelok (jalan, sungai, dll).

engkah I C perekat, gam (utk melekatkan kayu).

engkah II; engkah-engkah, engkah-engkahan 1. belum empuk, masih

keras, setengah masak (benda yg direbus); 2. mengkal, belum

masak betul (buah-buahan).

engkak Jw burung gagak, Corvus spp.

engkap; engkap-engkip, terengkap-engkip turun naik (spt rumput

dipijak); ~ bagai rumput di tengah jalan prb hidup merana kerana

sakit atau miskin.

engkau ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah,

digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak; lwn aku;

si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau

umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian

pertuanlah;

berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-

cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi

baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~

berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya.

engkerurai (Muz) sj alat tiup kaum Iban.

engkil; terengkil benggal-benggil (bkn kulit batang kayu).

engkip; engkap-~; engkap.

engko C abang, kakak.

engko (éngko) bp berkawan, bersekutu atau berpakat (dgn), berkongsi

berniaga;

engkoan bp syarikat perdagangan bersama, perniagaan bersama.

engkoh Pr; ~nya rupa-rupanya.

Page 52: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

engkol (éngkol) sj alat utk memusing (menghidupkan) enjin kereta dll;

mengengkol memutarkan engkol (utk menghidupkan enjin kereta

dll).

engkong C bp datuk laki-laki, kakek.

engku 1. sebutan kpd orang yg berketurunan raja: ~ puan; 2. sebutan kpd

orang yg dihormati (guru dll): “Yang mana ~ Datuk?”, tanya

Sultan Baginda; 3. Mn pak cik, paman, mamak; 4. Mn sebutan kpd

datuk;

berengku menggunakan perkataan engku (apabila bercakap-

cakap): masyarakat pun sudah berpatik, ~ kpd mereka.

engkuk sj burung yg bunyinya “kuk”, “kuk”.

engkunai sj tumbuhan (pokok) yg kuat kayunya.

engsel (éngsél) 1. sj sendi besi yg menyambungkan daun pintu (tingkap

dll) dgn jenangnya dll (sehingga daun pintu dll boleh dibuka

tutup); 2. alat pengubah arah rel (pd jalan kereta api), wisel;

berengsel ada engselnya, bersendi: tengkorak itu melekat spt ~ pd

tulang belakang.

engsot (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih)

sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu

barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden, tidak ~

drpd bibir prb selalu disebut-sebut;

mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. =

mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.

enigma (énigma) seseorang atau sesuatu yg membingungkan.

enjak I; mengenjak memijak;

mengenjak-enjak memijak-mijak, menghentak-hentakkan kaki.

enjak II bp sejak.

enjal; mengenjal 1. mengisi penuh-penuh atau menjejal mulut (dgn

makanan); 2. jatuh terperenyuk; 3. memantul.

Page 53: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

enjelai sj tumbuhan (pokok dan buahnya) drpd jenis padi, Coix

lachrymajobi; bagai tidur di atas ~ prb sangat gelisah (kerana

risau dll).

enjet (énjét) bergaya atau geliang-geliut (sewaktu berjalan atau

bergerak).

enjin (énjin) mesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya

atau gerakan mekanik;

~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yg menggunakan minyak

diesel dan benzina utk bahan apinya; ~ gas enjin yg menggunakan

gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api;

~ haba enjin utk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik; ~

pembakaran dalam enjin yg membakar bahan api dlm silinder dan

menukarkan tenaga haba yg terhasil terus kpd tenaga mekanik; ~

petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol

sbg bahan api; ~ stim = ~ wap enjin yg digerakkan (dijalankan)

oleh kuasa wap.

enjot Jk turun naik, jungkang-jungkit, unggang-unggit.

enjut; enjut-enjut; ~ semut sj permainan kanak-kanak;

mengenjut 1. menggerakkan perlahan-lahan, menarik atau

mengangkatnya perlahan-lahan, menggerakkan turun naik; 2. =

mengenjut-enjut turun naik: didengarnya anak-anak dara itu

ketawa riang, ketawa yg pd mulanya ~, kemudian memanjang-

manjang pula;

terenjut-enjut (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia

berjalan ~; bahunya ~;

enjutan gerakan (goncangan) turun naik: ~ bas itu memuakkan

tekak juga.

enkerabab (Muz) sj kordofon dua tali kaum Iban.

enkeratong (Muz) sj kordofon empat tali atau lebih kaum Iban.

Page 54: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

enkeromong (Muz) sj gong perunggu kecil kaum Iban.

enklaf (énklaf) 1. (Geog) sebahagian drpd wilayah sesebuah negara yg

dikelilingi seluruhnya oleh wilayah negara asing, mengikut

perspektif orang yg di luar wilayah tersebut; 2. (Ant) sekumpulan

orang yg berbeza dr segi budaya, sosial, intelektual dsb drpd

kumpulan orang di sekeliling mereka.

enologi (énologi) kajian tentang wain.

enom Jw ark muda.

enrolmen (énrolmen) bilangan orang yg mendaftarkan diri sbg pelajar di

institusi (kolej dsb): apabila pelajar baru mendaftar pd Julai ini, ~

pelajar akan meningkat sehingga melebihi sepuluh ribu.

ensefalitis (énséfalitis) (Ubat) radang pd otak yg disebabkan oleh agen

jangkitan (spt bakteria, virus atau parasit), ataupun yg disebabkan

kecederaan.

ensiklopedia (énsiklopédia) buku, biasanya dlm banyak jilid, yg

mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan

atau maklumat tuntas tentang sesuatu cabang pengetahuan.

ENT kep ear, nose and throat (iaitu telinga, hidung dan tekak): pakar ~.

entah 1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? ~; macam mana perkara ini

mahu diselesaikan? ~lah; entahkan beberapa zaman lamanya

cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2.

kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!;

jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala

Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ...

atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga;

entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan:

~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan

yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg

terkecil sekali;

Page 55: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab

pertanyaan);

entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya

khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu.

entang I Pr; tak ~ tidak peduli, tidak endah, tidak hormat: budak-budak

itu tak ~ pd siapa-siapa pun.

entang II Pr; entangkan sementang, walaupun, sungguhpun.

entang III bp tentang.

entang (éntang) Kd; tak ~ tidak peduli, tidak endah.

entar Jk 1. singkatan bagi sebentar; 2. nanti; ~ malam nanti malam.

entat Kd; terentat tidak boleh menjadi besar (buah-buahan dll),

terbantut.

ente (énté) Ar Jk engkau.

entek (énték); mengentek menampi atau mengindang (beras dll).

enten (éntén) IB; mengenten menempelkan potongan pohon atau

tampang pd pohon lain (supaya bercabang), mencantumkan.

enteng (énténg) ringan, mudah;

mengentengkan meringankan, memudahkan;

mengenteng-entengkan menganggap mudah (ringan): G. Eton ~

bidang ini;

entengan sesuatu yg dianggap ringan atau mudah: hasil sastera itu

~ sahaja, sulitnya tidak seberapa;

keentengan keringanan, kemudahan.

enteritis (énteritis) (Ubat) radang pd usus (terutamanya usus kecil) yg

dicirikan dgn cirit-birit.

enterostomi (éntérostomi) (Ubat) pembentukan bukaan kekal secara

pembedahan dr luar tubuh ke dlm usus melalui dinding abdomen,

utk dijadikan sbg dubur buatan dsb.

enterotomi (éntérotomi) (Ubat) sebarang pembedahan pd usus.

Page 56: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

enterozoa (éntérozoa) (Bio) parasit haiwan yg terdapat di dlm usus.

entigis (éntigis) Sr bahagian sungai yg paling hulu: kawasan ~ sungai

Rejang akan dibangunkan sbg tempat pelancongan.

entiti (éntiti) sesuatu yg mempunyai kewujudannya yg tersendiri:

seterusnya sbg data kajian, sastera harus diamati sbg ~ yg bebas

drpd konteks sejarah.

entomofili (éntomofili) (Bio) pendebungaan yg dilakukan oleh serangga.

entomologi (éntomologi) kajian tentang serangga.

entong Jk panggilan kpd anak lelaki.

entot (éntot) Jk; mengentot bk bersetubuh (dgn).

entre (éntré) IB, bp belanja masuk (utk melihat sesuatu pertunjukan),

wang pertaruhan (spt yg dibayar dahulu ketika menjadi ahli

persatuan dll).

entrepot (éntrépot) 1. gudang utk barang-barang perdagangan; 2. pusat

perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yg menjadi tempat

mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan.

entri (éntri) 1. perkara (butiran, maklumat, dll) yg dimasukkan ke dlm

sesuatu senarai (rakaman dll): semua ~ disusun mengikut susunan

abjad; 2. karya (ciptaan dll) yg dikemukakan utk menyertai

sesuatu pertandingan dsb: drpd beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13

buah sahaja yg berjaya memenangi hadiah anjuran ESSO-

GAPENA; 3. kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun

mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt

kelas kata, etimologi dsb, kata masukan.

entrisme (éntrisme) amalan menyusup masuk ke dlm sesebuah

pertubuhan politik yg sedia ada dgn tujuan mengubah ideologi atau

dasarnya dsb.

enuresis (énurésis) (Ubat) keluarnya kencing secara luar kawal,

terutamanya sewaktu tidur.

Page 57: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

enzim (énzim) (Bio) bahan kimia yg terdapat di dalam benda hidup

(tumbuhan, haiwan, dll) yg menyebabkan perubahan kpd bahan

kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri: air liur mengandungi ~

yg boleh menghancurkan kanji dlm makanan utk dijadikan gula yg

boleh larut.

enzimologi (énzimologi) kajian tentang enzim.

eolit (éolit) batu yg digunakan sbg alat utk memotong, merodok dsb pd

Zaman Batu Awal.

EON (ion) akronim bagi Edaran Otomobil Nasional Berhad.

epak; mengepak Id mengambil hak atas sesuatu yg mendatangkan hasil

(faedah) dgn membayar wang (sewa dan cukainya), memajak.

mengepakkan menyewakan atau memajakkan hak buat masa

tertentu atas tanah (bangunan, dll) yg mendatangkan hasil (faedah)

dgn bayaran tertentu;

pengepakan perbuatan mengepak(kan);

pengepak orang yg mengepak.

epal (épal) sj pokok yg buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau, merah

atau kuning dan boleh dimakan.

epek (épék) I tiang belat tempat mengikat bahagian atas dan bawah

bidang belat.

epek (épék) II Jw sj ikat pinggang.

epentesis (épéntésis) (Lin) penyisipan sesuatu huruf atau bunyi ke dlm

kata, terutamanya kata pinjaman, tanpa perubahan maknanya

supaya sesuai dgn bunyi bahasa peminjam itu, mis penyisipan

huruf e dlm kata gelas.

epidemik (épidémik) tercetusnya sesuatu penyakit yg menghinggapi

banyak orang dlm sesuatu daerah pd sesuatu masa, wabak.

epidemiologi (épidémiologi) kajian tentang penyakit epidemik.

epidermis (épidermis) lapisan kulit yg paling luar.

Page 58: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

epidiaskop (épidiaskop) projektor utk menayangkan gambar benda-

benda legap atau lut sinar.

epididimis (épididimis) (Bio) tiub berlingkar di belakang testis, tempat

laluan, simpanan, dan pematangan sperma.

epifenomena (épifénomena) fenomena sekunder atau tambahan.

epifit (épifit) (Bio) tumbuhan herba yg menggunakan tumbuhan lain atau

benda (spt dinding bangunan) utk mendapatkan sokongan fizikal

(tanpa mendapatkan makanan drpd tumbuhan yg ditumpangi), mis

anggerik, lumut.

epifora (épifora) (Lin) pengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat

dlm rangkap atau ayat yg berturutan utk mencapai kesan stilistik

tertentu, mis rima di akhir baris dlm rangkap syair.

epiglotis (épiglotis) (Bio) struktur rawan nipis dekat pangkal lidah yg

berfungsi menutup bukaan larinks semasa proses menelan supaya

makanan atau minuman tidak termasuk ke dlm paru-paru.

epigoni (épigoni) orang yg meneruskan dan memperkembang karya-

karya seniman drpd angkatan yg telah lalu.

epigraf (épigraf) 1. tulisan yg terdapat pd tugu, bangunan, dsb, prasasti;

2. petikan yg dicetak pd bahagian awalan buku atau pd permulaan

bahagian atau bab buku yg menggambarkan tema buku yg

berkenaan.

epigrafi (épigrafi) kajian tentang prasasti.

epigram (épigram) 1. puisi (sajak) yg pendek dan bernas serta

mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir; 2. ungkapan atau

perkataan yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg

bijak dan menyindir.

epik (épik) 1. puisi (sajak) panjang yg menceritakan bakti seseorang

pahlawan (biasanya pahlawan dlm sejarah atau legenda); 2. karya

sastera, filem, dll yg menjadikan bakti kepahlawanan sbg perkara

Page 59: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

sesebuah epik: ia telah berjaya menarik perhatian kita utk melihat

Hikayat Hang Tuah sbg sebuah ~ kebangsaan yg tinggi nilainya.

epikarpa (épikarpa) (Bio) lapisan paling luar pd perikarpa buah tertentu.

epilepsi (épilépsi) (Ubat) sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang

tidak sedar dgn anggotanya bergerak menyentak-nyentak,

(penyakit) gila babi, sawan.

epileptik (épiléptik) bkn penyakit epilepsi: pesakit ~.

epilog (épilog) 1. bahagian akhir sesebuah karya atau drama yg memberi

komen atau ringkasan tentang karya yg berkenaan; 2. ucapan

ringkas atau puisi yg diungkapkan oleh seseorang pelakon kpd

penonton pd penghujung sesebuah persembahan drama.

epimenorea (épiménoréa) (Ubat) kedatangan haid yg terlalu sering dan

tidak teratur dgn jangka masa kitar kurang drpd 28 hari.

episiotomi (épisiotomi) (Ubat) pembedahan yg dibuat pd bukaan faraj

semasa melahirkan anak supaya bayi mudah dikeluarkan.

episod (épisod) satu bahagian drpd sesebuah karya sastera atau drama yg

muncul dlm beberapa bahagian selama satu-satu tempoh.

episode (épisode) IB episod.

epistaksis (épistaksis) (Ubat) perdarahan dr hidung.

epistemologi (épistémologi) teori tentang pengetahuan, terutamanya yg

berkaitan dgn kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop

sesuatu pengetahuan.

epitaf (épitaf) penyataan ringkas memperingati orang yg meninggal

dunia atau peristiwa yg lalu (pd batu nisan atau monumen).

epitome (épitomé) orang atau benda yg merupakan contoh atau teladan

yg unggul sesuatu sama ada dr segi kualiti, kelas dsb.

epizoit (épizoit) (Bio) haiwan yg melekap pd badan haiwan lain tetapi

tidak mendapatkan makanan drpd haiwan yg ditumpanginya.

Page 60: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

epok (épok) I sj kampit kecil bertutup yg dianyam drpd mengkuang dll

utk bekas sirih (pinang dll).

epok (épok) II; berepok berada dlm pelukan atau pegangan (spt anak

kecil dlm pelukan ibunya);

mengepok memeluk (biasanya kanak-kanak).

epok-epok (épok-épok) sj kuih yg berintikan sayur.

epolet (épolét) tanda pangkat dll yg dipakai di bahagian bahu pakaian

seragam, terutamanya pakaian seragam tentera.

eponim (éponim) nama tempat, institusi dsb yg terbit drpd nama

seseorang.

epos (épos) puisi (sajak) pahlawan yg diperturunkan dr mulut ke mulut.

EPRD kep Educational Planning and Policy Research Division (iaitu

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, iaitu

salah satu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan yg

bertanggungjawab menyelidik dan menyediakan perancangan

dasar pendidikan kebangsaan).

epsilon (épsilon) huruf kelima dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol ,

.

epsom (épsom); garam ~ serbuk putih (magnesium sulfat hidrat) yg

digunakan sbg julap.

Er simbol kimia bagi erbium.

era (éra) 1. jangka masa tertentu (yg lama) dlm sejarah: penelitian rekod

dr ~ penjajahan dan revolusi; 2. jangka masa tertentu yg dianggap

mempunyai sesuatu keistimewaan: beberapa pandangan utk ~

baru perjuangan; ~ perkembangan seni lukis; boleh dikatakan

tahun 1920-an dan 1980-an merupakan ~ peluasan penjajahan

Amerika.

erak ark lelah.

Page 61: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

erak (érak); bererak, mengerak 1. berpisah atau bercerai (drpd),

bergerak perlahan-lahan; 2. berurai atau menjadi lepas dan terbuka

(lingkaran rotan dll);

mengerak, mengerakkan 1. menguraikan, melepaskan atau

membuka (lingkaran rotan, dawai, dll); 2. menceraikan atau

memisahkan.

eram; mengeram 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn

ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap

(spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki

selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di

rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah,

lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama;

mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur);

~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung;

seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak

yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg

saksama;

mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dgn

mengerami);

pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;

pengeram = mesin ~ sj alat yg mengeluarkan haba utk menetaskan

telur.

erang = erangan keluhan atau rintihan (kerana kesakitan dll): ia

mendengar terus-menerus ~ isterinya pd malam sepi itu;

mengerang 1. mengeluh kerana kesakitan, merintih: ia mendengar

suara ayahnya ~ kesakitan; 2. ki mengeluh (merintih) kerana

menderita dll: di kampung-kampung Melayu, banyak orang yg ~

tidak makan.

erang (érang) I sl hitam, biru kehitam-hitaman.

Page 62: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

erang (érang) II; ~-erot tidak lurus, herot-berot, bengkang-bengkok.

erat 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll):

Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk

isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh,

teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll):

ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat

dan kerajaan tetap ~;

mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat:

sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2.

menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll;

mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat

utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama

antara Britain dan Amerika;

keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll):

saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita

umat Islam;

pengerat seseorang atau sesuatu yg mengeratkan: ~ hubungan.

erau (érau); mengerau menziarahi (ke rumah orang mati).

erbium (Kim) sj unsur nadir bumi yg digunakan dlm peranti laser dan

pembuatan aloi.

ercis (ércis) IB sj kacang kara.

ere (éré) Kl,Tr kehendak, kemahuan: kamu jangan ikut ~ dia sangat,

nanti dia mengada-ngada.

ereh (eréh) Jw, ark; mengereh memerintah, mengemudikan.

ereksi (éréksi) keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak

apabila bangkitnya nafsu syahwat.

erepsin (érépsin) (Bio) sj enzim dalam usus kecil.

erg unit tenaga dlm sistem metrik.

Page 63: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

ergonomik kajian tentang hubungan antara pekerja dgn persekitaran

tempat kerja, spt aspek-aspek kejenteraan, peralatan, dan keadaan

kerja.

ergosterol (Bio) sterol yg terdapat dlm kulat, yis dsb dan menghasilkan

vitamin D apabila terkena sinaran ultraungu.

erik; mengerik memekik, menjerit, mendering (bkn gajah), merengkik

(bkn kuda).

eritrosit (éritrosit) (Bio) sel darah merah.

erong (érong) I; erong-erong = lubang ~ lubang tempat mengalirkan air

(dlm kapal, empang, dll).

erong (érong) II Kd, Kl; mengerong menggunting serong.

erot (érot) I Jk; bererot, bererotan berduyun-duyun, berderet-deret,

berjejal-jejal.

erot (érot) II bp herot: erang-~.

erotik (érotik) membangkitkan nafsu syahwat, mengghairahkan,

memberahikan: penjualan majalah lucah yg penuh dgn gambar yg

~ hendaklah dicegah segera.

erotika (érotika) karya berbentuk buku, gambar dsb yg membangkitkan

nafsu syahwat.

erotisisme (érotisisme) (Ubat) 1. naluri atau keinginan seks; 2. keadaan

memberahikan, keberahian.

erpah (érpah); tanah ~ bp tanah sewa yg disewakan turun-temurun (dgn

had waktu yg tertentu).

erti 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa,

ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah

digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan

mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki

guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu

memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang;

Page 64: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg

dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg)

mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal;

seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau

hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain;

bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna:

seringkali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya,

bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama

banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah,

mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan

yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn:

membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~

mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;

keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg

sentiasa berubah;

mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg

terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia

menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;

dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya,

kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi

utk ~ akan isinya;

mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti,

mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat

diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai;

kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2.

membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;

ertian tafsiran;

pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu:

kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti,

Page 65: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu

meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman,

persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas

lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan,

penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan

atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.

eru sj tumbuhan (pokok), cemara, Casuarina equisetifolia; ru.

es (és) Id ais, air batu; ~ lilin (loli) ais krim batang;

dies dimasukkan (disejukkan) dlm ais.

esa satu, tidak lebih dan tidak kurang drpd satu, tunggal; kurang ~ empat

puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg ~ Tuhan yg hanya satu;

~ hilang, dua terbilang prb terus berusaha dgn keazaman hingga

tercapai cita-cita; berbilang dr ~, mengaji dr alif prb membuat

sesuatu itu hendaklah dimulai dr permulaannya;

mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku

tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya;

esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;

keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan.

esak (ésak); sakit ~ sj penyakit susah bernafas;

mengesak, teresak, teresak-esak tersedu-sedu (menangis): tiba-

tiba dia ~, dia menangis; Jaliah menangis teresak-esak seorang

diri;

esakan sedu-sedan: Minah makin kuat menangis, ~nya makin

kencang.

ESCAP (éskép) akronim bagi Economic and Social Commission for Asia

and the Pacific (Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan

Pasifik).

escudo (éscudo) unit mata wang utama Portugal.

Page 66: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

esei (éséi) karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau

disertasi) tentang sesuatu tajuk: menurut definisi ‘Encyclopedia

Britannica’, ~ ialah satu karangan yg berpatutan panjangnya.

eseis (éséis) penulis esei.

esek (ésék) I; demam ~ sj penyakit demam yg menyebabkan kulit kering

dan bersisik.

esek (ésék) II; daun ~ nanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar

pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea.

eselon (éselon) 1. tingkat pangkat (kedudukan) dlm sesuatu organisasi,

masyarakat dsb: ~ atasan; 2. formasi yg terdiri drpd beberapa

kapal terbang, kapal atau trup dsb yg bergerak berturut-turut dan

ke sisi antara satu sama lain dlm susunan spt tangga.

esen (ésén) bahagian yg paling penting drpd sesuatu perkara (benda dll),

sari: putar mentega dan masukkan ~ vanila.

esensi (ésénsi) hal (unsur) yg pokok, inti: kita dapat menerima hal ini

sbg ~ drpd apa yg mungkin disebut kepercayaan 'statis'.

eskalator (éskalator) tangga bergerak utk membawa orang naik atau

turun antara tingkat bangunan.

eskapisme (éskapisme) tindakan atau kecenderungan melarikan diri drpd

kenyataan dgn menumpukan fikiran kpd sesuatu perkara lain

(biasanya yg kurang baik) drpd masalah yg dihadapi sbg langkah

untuk mencari ketenangan: ada juga yg berkarya kerana tekanan

jiwa, lalu dicurahkan pd kertas sbg suatu ~.

eskatologi (éskatologi) cabang teologi atau kepercayaan agama yg

berkaitan dgn berakhirnya dunia.

eskot (éskot) pengiring (bersenjata ataupun tidak) utk melindungi

(menghormati) seseorang.

esofagus (ésofagus) (Bio) bahagian salur makanan yg terletak di antara

tekak dan perut.

Page 67: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

esok (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya

hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok

atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti;

beresok esok, besok; ~nya esoknya;

mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok;

keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya.

esoterik (ésoterik) hanya difahami, diketahui atau dihayati oleh

sebilangan kecil orang sahaja (bkn faham, kepercayaan, puisi dll):

puisi ~.

Esperanto (ésperanto) bahasa buatan antarabangsa yg sebahagian

besarnya berdasarkan kata-kata yg dikongsi oleh bahasa-bahasa

utama di Eropah.

espionaj (éspionaj) perbuatan mengintip bagi mendapatkan rahsia politik

(ketenteraan, perindustrian, dsb) dgn menggunakan pengintip:

sesuai dgn cerita penyiasatan dan ~.

esplanad (ésplanad) kawasan lapang yg rata dan panjang, tempat orang

bersiar-siar atau berjalan-jalan, biasanya di tepi laut.

esprit de corps (éspri de ko) (Perancis) semangat setia kawan di kalangan

ahli sesuatu kumpulan.

estafette (estafétte) IB perlumbaan lari (berenang) berganti-ganti.

ester (éster) (Kim) sebatian yg terbentuk drpd tindak balas antara asid

dgn alkohol.

estet (éstét) 1. ladang atau kebun (getah, kelapa, dll) yg luasnya lebih

drpd seratus ekar; 2. kawasan yg sudah dimajukan dgn pembinaan

bangunan (kilang dsb); ~ perindustrian kawasan yg dimajukan utk

keperluan perindustrian.

estetik (éstétik) bkn keindahan atau penghargaan terhadap keindahan

(terutamanya dlm bidang seni): sebenarnya, pertelingkahan ini

adalah antara nilai ~ yg dihubungkan dgn akademi abad ke-19.

Page 68: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

estetika (éstétika) cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn

keindahan, cita rasa, dll.

estetisisme (éstétisisme) fahaman bahawa prinsip estetik mendasari

semua penilaian yg dibuat oleh manusia.

estriol (éstriol) (Bio) hormon estrogen yg terdapat semula jadi dlm air

kencing wanita hamil.

estrogen (éstrogen) (Bio) hormon seks yg merangsang perubahan pd

organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder

pd mamalia betina.

estrus (éstrus) (Bio) tempoh berlakunya pembentukan ovum pd haiwan

betina (tempoh ini berbeza-beza antara spesies haiwan yg

berlainan).

eta (éta) huruf ketujuh dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

etak (étak) sj kerang sungai, gayam, Asaphis spp.

etalase (étalase) IB sj tingkap di kedai utk mempamerkan barang-barang

dagangan.

etanol (étanol) (Kim) nama saintifik bagi alkohol.

etanolamina (étanolamina) (Kim) sj sebatian organik berbentuk cecair

likat, tidak berwarna, berbau spt ammonia dan larut campur dlm

air, aseton dan metanol, biasanya digunakan sbg pelarut, utk

membuat detergen, cat emulsi dan penggilap.

etek (éték) Mn panggilan kpd emak saudara yg bongsu, bibi, mak cik.

eter (éter) (Kim) 1. cecair mudah terbakar, meruap, digunakan sbg

pelarut dan ubat bius; 2. sebatian organik yg diterbitkan drpd

alkohol dgn menyingkirkan air.

etika (étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip

moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan

seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan,

Page 69: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh

para doktor dlm pengamalan perubatan masing-masing;

beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak,

bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera.

etiket (étikét) 1. kertas yg bertulis dgn nama (alamat dll) yg ditampalkan

pd botol dll; 2. adat dan peraturan bkn kesopanan (terutamanya

dlm kehidupan sosial atau dlm profesion tertentu): wanita bangsa

kita belum mahir tentang ~ yg lazim di rumah-rumah orang besar.

etil (étil) (Kim) radikal hidrokarbon monovalen yg terbit drpd etana.

etimologi (étimologi) cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan

perkembangan sesuatu kata.

etimon (étimon) (Lin) bentuk kata yg menjadi sumber penerbitan bentuk

kata lain, mis kata Austronesia Purba *hijav menjadi sumber kpd

kata hijau (Melayu), ijo (Jawa) dan hilau (Tagalog).

etiologi (étiologi) 1. kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit; 2.

kajian atau falsafah tentang sebab-musabab.

etnik (étnik) bkn bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan

terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu

kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yg hidup

berlainan, tetapi di bawah sistem politik yg sama.

etno- (étno) awalan asing ras, etnik atau budaya, mis etnografi dan

etnologi.

etnobotani (étnobotani) kajian tentang pengetahuan dan adat resam

sesuatu suku bangsa yg berkaitan dgn tumbuh-tumbuhan dan

kegunaannya.

etnogeni (étnogéni) cabang etnologi yg berkaitan dgn asal usul ras.

etnografi (étnografi) cabang antropologi yg berkaitan dgn pemerian

saintifik tentang masyarakat manusia.

Page 70: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

etnolinguistik (étnolinguistik) cabang linguistik antropologi yg mengkaji

sikap penutur terhadap bahasanya, khususnya bentuk yg digunakan

utk mewujudkan keakraban: berdasarkan kajian ~, bahasa Bajau

merangkumi dialek campuran.

etnologi (étnologi) cabang antropologi yg mengkaji rumpun (suku,

kumpulan) bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya

serta perhubungan antara satu bangsa dgn yg lain.

etnomuzikologi (étnomuzikologi) kajian tentang muzik pelbagai etnik

dan budaya.

etnosentrik (étnoséntrik) cenderung menganggap masyarakat (budaya

dsb) sendiri lebih unggul drpd masyarakat (budaya dsb) lain: inilah

pemikiran ~ yg menganggap tamadun dan budaya barat lebih

tinggi dan maju.

etnosentrisme (étnoséntrisme) (Ant) pandangan atau sikap yg percaya

bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd

golongan atau kebudayaan etnik lain.

etok Kl, Tr sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.: kalau kamu

rebus ~ itu, jangan lupa bubuh serai.

etologi (étologi) kajian saintifik tentang kelakuan binatang.

etos (étos) sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll: pelukis Malaysia

boleh menghasilkan karya yg benar-benar mencerminkan aspirasi,

falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita.

Eu simbol kimia bagi europium.

eufemisme (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb)

utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air

kecil utk kencing.

eufoni (éufoni) (Lin) gabungan bunyi yg menyenangkan, terutamanya

dlm ucapan.

eufonium (éufonium) (Muz) sj alat tiup yg mempunyai empat injap.

Page 71: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

euforia (éuforia) 1. (Ubat) keriangan yg berlebihan yg boleh dicetuskan

oleh dadah atau penyakit mania; 2. rasa gembira yg amat sangat:

kita boleh menjadi ghairah dan tenggelam dlm ~ wawasan 2020.

eugenik (éugénik) kajian kaedah utk menghasilkan ras manusia yg lebih

baik melalui pembiakan berpilih.

euglena (éugléna) sj protozoa air tawar yg ada ciri tumbuhan juga,

Euglena spp.

eulogi (éulogi) ucapan (secara lisan atau tulisan) yg memuji atau

menyanjung pencapaian seseorang atau sifat peribadinya yg luhur.

euro (éuro) unit mata wang bagi negara anggota Kesatuan Eropah.

eurodolar (éurodolar) mata wang Amerika Syarikat yg didepositkan di

bank di luar Amerika Syarikat, terutamanya di Eropah, utk tujuan

perdagangan.

europium (éuropium) (Kim) sj unsur logam yg lembut, mulur, mudah

bertindak balas, berwarna putih perak, dan digunakan dlm

televisyen warna dan laser.

euroyen (éuroyén) mata wang Jepun yg didepositkan di bank di Eropah

utk tujuan perdagangan.

eutanasia (éutanasia) (Ubat) perbuatan mematikan seseorang yg

menanggung azab penyakit yg tidak dapat disembuhkan lagi atas

dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan

mengalami azab.

evasif (évasif) sikap mengelak diri drpd sesuatu tanggungjawab,

tindakan, dsb: sikap ~ setengah-setengah ahli kumpulan boleh

menjejaskan kemajuan kerja yg telah dirancangkan.

evolusi (évolusi) 1. perubahan secara beransur-ansur pd haiwan atau

tumbuhan, drpd satu generasi kpd generasi lain; 2. perkembangan

secara beransur-ansur, terutamanya pd bentuk yg lebih kompleks:

Page 72: e huruf kelima abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewe huruf kelima abjad Rumi. e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok rumah terbakar

sudah terbukti bahawa sesuatu masyarakat itu menerima

perubahan, sama ada secara ~ atau revolusi;

berevolusi berkembang secara beransur-ansur: bulu dikatakan

berasal drpd struktur epidermis yg ~ drpd sisik reptilia.

ewa (éwa) Jw segan, enggan, tidak suka.

ewah (éwah) sr kata utk memuji, menyindir, menghina dsb seseorang.

Exco (éksko) akronim bagi 1. Executive Councillor a) Ahli Dewan

Undangan Negeri yg dilantik, sama ada oleh Menteri Besar atau

Ketua Menteri sesebuah negeri di Malaysia utk menganggotai

badan eksekutif kerajaan negeri; b) ahli jawatankuasa sesebuah

pertubuhan atau persatuan, biasanya yg besar; 2. Executive Council

a) badan eksekutif yg membuat dasar bagi kerajaan negeri; b)

jawatankuasa pertubuhan atau persatuan.

ex gratia (éks gratia) (Latin) (Udg) diberikan atau dibuat sbg suatu

pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi

undang-undang: bayaran ~.

ex officio (éks efisyio) (Latin) (Udg) atas dasar, memandangkan atau

disebabkan jawatan.

ex parte (éks pati) (Latin) (Udg) bagi pihak atau kepentingan sebelah

(satu) pihak sahaja: sebelum ini beliau telah mendapat perintah

sementara hak penjagaan anak dlm permohonan secara ~ pd

bulan lepas.

eyang (éyang) Jw datuk, nenek.