o i huruf ke-15 abjad rumi - efie emeir | kalau tak ... · web viewhuruf ke-15 abjad rumi. o ii 1....

52
o I huruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil orang: Tipah, ~ Tipah!; ~ ya! sr kata utk menyatakan teringat akan sesuatu. o III; kopi (teh) ~ kopi (teh) yg tidak dibubuh susu; kopi (teh) ~ beng kopi (teh) yg tidak dibubuh susu tetapi dibubuh ais. O simbol kimia bagi oksigen. oak sj pokok yg besar, kayunya yg keras dan kuat biasanya digunakan sbg bahan binaan, perabot dsb. oase Id oasis. oasis kawasan yg subur dan mempunyai air di padang pasir, wahah. oat bijirin drpd sj rumput, Avena sativa, yg dijadikan sbg bahan makanan. obar (Sabah); ~ suluk sj tumbuhan, nemesu, Shorea pauciflora. obeng (obéng) Id alat utk memutar skru dsb. obes (obés) gemuk yg keterlaluan. obesiti (obésiti) kegemukan yg disebabkan terdapatnya lemak yg berlebihan. obi (Jepun) sj kain lebar sbg ikat pinggang yg dipakai bersama dgn kimono. obituari pemberitahuan kematian seseorang yg biasanya disertai maklumat ringkas tentang masa hayat dan pencapaiannya yg disiarkan di dlm akhbar.

Upload: duongdang

Post on 03-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

o I huruf ke-15 abjad Rumi.

o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata

utk memanggil orang: Tipah, ~ Tipah!; ~ ya! sr kata utk

menyatakan teringat akan sesuatu.

o III; kopi (teh) ~ kopi (teh) yg tidak dibubuh susu; kopi (teh) ~ beng

kopi (teh) yg tidak dibubuh susu tetapi dibubuh ais.

O simbol kimia bagi oksigen.

oak sj pokok yg besar, kayunya yg keras dan kuat biasanya digunakan

sbg bahan binaan, perabot dsb.

oase Id oasis.

oasis kawasan yg subur dan mempunyai air di padang pasir, wahah.

oat bijirin drpd sj rumput, Avena sativa, yg dijadikan sbg bahan

makanan.

obar (Sabah); ~ suluk sj tumbuhan, nemesu, Shorea pauciflora.

obeng (obéng) Id alat utk memutar skru dsb.

obes (obés) gemuk yg keterlaluan.

obesiti (obésiti) kegemukan yg disebabkan terdapatnya lemak yg

berlebihan.

obi (Jepun) sj kain lebar sbg ikat pinggang yg dipakai bersama dgn

kimono.

obituari pemberitahuan kematian seseorang yg biasanya disertai

maklumat ringkas tentang masa hayat dan pencapaiannya yg

disiarkan di dlm akhbar.

objek (objék) 1. sesuatu yg dapat disentuh atau dilihat, benda, barang; 2.

perkara yg menjadi tajuk atau pokok pembicaraan (tulisan, lukisan,

dll): mengapa hanya rupa wanita menjadi ~ lukisan? 3. matlamat,

sasaran, tujuan; ~ pembangunan sesuatu yg hendak (sedang)

dibangunkan; 4. (Lin) penyambut.

Page 2: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

objektif (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat,

tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak

dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri;

ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara

beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd

penilaian pemeriksa;

berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;

mengobjektifkan menjadikan objektif;

keobjektifan perihal objektif, objektiviti.

objektivisme (objéktivisme) faham atau kecenderungan yg menekankan

apa yg objektif.

objektiviti (objéktiviti) perihal atau keadaan objektif, sifat (sikap dsb)

tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka

sendiri: apakah ini yg dikatakan ~ dlm kritikan dan kajian.

oblak Jk lebar, luas.

obligasi I surat pinjaman oleh kerajaan dll, bon.

obligasi II sesuatu yg mesti dilaksanakan, kewajiban: penerbit

mempunyai ~ kpd dirinya sendiri dan kemudian kpd pembaca.

obligato (Muz) bahagian iringan sesuatu karya yg merupakan unsur yg

sangat penting dlm gubahan muzik.

obo sj alat muzik yg dibuat drpd kayu dll dan dimainkan dgn cara

meniupnya.

obor 1. jamung, suluh; ~ Olimpik obor yg dinyalakan ketika Olimpik

diadakan (dan menjadi lambangnya); 2. ki pemberi, penerangan,

penunjuk (jalan): betapa perlunya Islam dijadikan sbg ~ yg

menerangi liku-liku kehidupan;

mengobor 1. mengasapi dgn obor; 2. ki membuat orang berang,

membangkitkan kemarahan orang, menghasut;

mengobori menerangi, menyuluhi.

Page 3: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

obral Id 1. menjual dgn harga murah (kerana hendak menghabiskan

barang-barangnya): tukang-tukang jual kain ~ sangat lucunya,

mulut mereka bersorak-sorak; 2. ki membuang (mengeluarkan,

memakai, dll) banyak-banyak; ~ pekerja membuang pekerja

banyak-banyak; ~ tenaga menggunakan tenaga banyak-banyak,

memboroskan tenaga;

mengobralkan 1. menjual secara obral; 2. mengeluarkan

(memakai dll) banyak-banyak, membualkan (perkataan dll),

memboroskan (barang-barang, tenaga, dll);

obralan barang-barang yg diobralkan;

pengobralan perihal atau perbuatan mengobralkan.

obrol Id; mengobrol bercakap-cakap mengenai hal yg tidak berfaedah,

berbual (bersembang) kosong, berborak-borak, beromong kosong:

ia ~ menggantang bersama kawannya;

mengobrolkan menceritakan yg bukan-bukan, membualkan hal yg

tidak berfaedah;

obrolan omong kosong, borak, kecek.

obros ark IB leftenan-kolonel.

obsesi (obsési) 1. sesuatu yg sentiasa mengganggu atau menghantui

fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm

kepala teman itu; 2. keadaan terlalu memikirkan sesuatu.

obsesif (obsésif) sentiasa atau asyik memikirkan, mengenangkan atau

dihantui sesuatu (bkn fikiran, perasaan dsb seseorang): keadaan ini

amat ketara di kalangan ibu bapa yg mudah murung atau terlalu ~

terhadap anak-anak mereka.

obstetrik (obstétrik) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn

pengendalian ibu semasa hamil, sewaktu bersalin dan selepas

bersalin.

ocak-ocak Pr sumber (air), mata(air); ~ air meleleh mata air.

Page 4: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

oceh (océh) Jk; mengoceh 1. berbunyi (burung), berkicau; 2. bercakap yg

tidak keruan (bukan-bukan), berceloteh, mengobrol, merapik,

mericau: ia terkekeh-kekeh lalu berkata tidak keruan dan ~ ke

sana-sini;

mengocehkan mengatakan sesuatu dgn tidak tentu pokok

pangkalnya: Tarman yg tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi;

ocehan 1. kicauan: sukarlah baginya utk memahami ~ burung itu;

2. kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan.

ocok Kd, Pn; mengocok menghasut, mengacum.

OCR kep optical character recognition (pengecaman aksara optik).

oda (Sas) sajak panjang yg menyanjung atau memuji seseorang atau

sesuatu atau utk meraikan sesuatu peristiwa.

odeli orang suruhan di pejabat.

oder bp; mengoder memesan (makanan dll sewaktu di kedai makan dll).

odim IB sakit kerana pergumpalan air dlm tisu sel (kerana kurang makan

dll).

odol Id tepung dll penggosok gigi, tapal gigi, ubat gigi.

odometer (odométer) (Kej) alat yg merakamkan jarak perjalanan yg telah

dilalui oleh sesebuah kenderaan bermotor, spt kereta dan

motosikal.

odontalgia (Ubat) sakit gigi.

odontologi kajian saintifik tentang anatomi, perkembangan dan penyakit-

penyakit gigi.

ofensif (ofénsif) bp 1. bersifat, cenderung atau digunakan utk menyerang

(bkn senjata, tindakan dsb): para penunjuk perasaan juga

dikatakan ada membawa senjata-senjata ~; 2. menyakitkan atau

memanaskan hati (bkn kata-kata, kenyataan dsb), menyelar,

menghina: jangan mengeluarkan kata-kata yg ~.

ofiologi cabang zoologi yg berkaitan dgn kajian tentang ular.

Page 5: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

ofis bp pejabat.

ofsaid (Suk) berada di luar kawasan yg dibenarkan bermain sehingga

menjadi suatu kesalahan (bkn pemain bola sepak, hoki dsb).

ofset (ofsét) jarak terdekat dr suatu titik ke garis tertentu (dr garis lurus

yg menghubungi dua hujung sesuatu sempadan yg tidak lurus dgn

suatu titik di sempadan tersebut).

oftalmia (Ubat) radang pd mata.

oftalmologi kajian tentang mata dan penyakitnya.

oftalmoplegia (oftalmoplégia) (Ubat) kelumpuhan otot mata.

oftalmoskop (Ubat) alat utk memeriksa bahagian di dalam mata, spt

retina dsb.

oftalmoskopi (Ubat) pemeriksaan bahagian di dalam mata dgn

menggunakan oftalmoskop.

ogah I sj paip tembakau.

ogah II; mengogah menggoyang-goyangkan (gigi, pancang, pokok, dll)

supaya mudah tercabut, mengoyak-ngoyak (menggoncang-

goncang).

ogah III Jk tidak suka berbuat sesuatu, enggan, segan: ~ membaca buku

sekolah;

ogah-ogahan berasa tidak suka (segan, enggan, dll).

ogak-ogak; pengogak-ogak sl tukang lawak (jenaka), alan-alan, badut;

berogak-ogak berjenaka, berkelakar, melawak.

ogoh; mengogoh menggoyang-goyangkan (dahan dll), mengogah.

ogok I Mn; mengogok-ogok berjalan lambat, berjalan bertatih (oleh

sebab baru sembuh drpd sakit dll).

ogok II Mn; mengogokkan menunjukkan sesuatu (barang dll) dgn tujuan

menawarkan (utk dijual).

Ogos bulan kelapan dlm tahun Masihi.

Page 6: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

oh sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): ~

! baru ini kau tahu; ~ ! kata Ros terkejut; o II.

ohm unit ukuran rintangan elektrik.

oi sr kata utk memanggil dll: ~, tak makan dulu!

OIC kep Organization of Islamic Conference (Pertubuhan Persidangan

Islam).

oja; mengoja 1. memberangsangkan (ayam dll) supaya menyerang

lawannya: baginda lalu mengoja-oja ayamnya; 2. ki

memberanikan, menghasut.

ojah ark oja.

ojok Mn; mengojok berjalan perlahan-lahan dan membongkok-bongkok.

ok I Kl 1. sabar: ~ dulu, nanti saya panggilkan doktor; 2. nanti, tunggu

(dahulu): ~ sebentar, saya nak mandi dulu.

ok II buluh.

O.K. bp ya, baiklah, akur, bersetuju: ~, kita pergi sekarang; ~lah yalah.

okarina (Muz) sj alat tiup yg bentuknya bujur telur, mempunyai lapan

lubang nada dan dua lubang ibu jari.

okb Id kep orang kaya baru (sbg ejekan).

oker IB sj cat yg dibuat drpd campuran sj tanah liat dgn tahi besi

(warnanya kuning).

okey (okéy) baiklah, yalah, O.K.: ~, ~, Zul. Kau yg lebih faham.

oknum Id orang seorang, peribadi, perseorangan: baik berupa kumpulan

mahupun berupa ~, yg salah harus dihukum;

keoknuman keperibadian.

okok ark bakhil, kedekut, kikir, lokek.

oksiasetilena (oksiasétiléna) (Kim) campuran oksigen dan asetilena yg

membakar dgn nyalaan terang yg sangat panas dan digunakan utk

memotong dan mengimpal logam.

oksida (Kim) sebatian oksigen dgn satu unsur kimia lain;

Page 7: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

~ berasid sebatian oksigen dgn unsur bukan logam, yg

menghasilkan larutan berasid apabila bercampur dgn air; ~ berbes

sebatian oksigen dgn unsur logam, yg menghasilkan larutan berbes

apabila bercampur dgn air;

mengoksidakan menyebatikan dgn oksigen;

pengoksidaan perbuatan mengoksidakan.

oksigen (Kim) gas yg tidak berwarna dan tidak berbau yg merupakan

kira-kira 21% drpd atmosfera yg membantu pembakaran dan

diperlukan bagi pernafasan sebahagian besar benda hidup;

beroksigen mengandungi oksigen;

mengoksigenkan memberi oksigen;

pengoksigenan perihal mengoksigenkan.

oksigenator (oksigénator) (Ubat) alat utk membekalkan oksigen kpd

darah, terutamanya semasa pesakit sedang menjalani pembedahan.

oksihemoglobin (oksihémoglobin) (Ubat) bahan merah cerah yg

terbentuk hasil drpd tindakan oksigen dr paru-paru ke atas

hemoglobin dlm darah.

oksihidrogen (Kim) campuran hidrogen dan oksigen yg digunakan utk

menghasilkan nyalaan yg sangat panas bagi kerja kimpalan.

oksitosia (Ubat) pelahiran bayi yg terlalu cepat.

oksitosik (Ubat) agen yg mempercepat pelahiran bayi dgn merangsang

pengecutan otot rahim.

oktaf (Muz) bunyi yg dikeluarkan oleh dua kali atau setengah kadar

getaran drpd satu bunyi (not), kumpulan 8 bunyi (not) berturut-

turut.

oktagon (Mat) poligon yg mempunyai lapan sisi.

oktahedron (oktahédron) (Mat) bongkah yg mempunyai lapan

permukaan.

oktana (Kim) hidrokarbon alkana cecair yg terdapat dlm petroleum.

Page 8: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

oktavo (Cetak) saiz buku atau halaman yg terhasil drpd lipatan sehelai

kertas bersaiz standard sebanyak tiga kali utk menghasilkan lapan

helai kertas.

oktet (oktét) (Muz) 1. gubahan muzik utk sekumpulan lapan orang

penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan yg terdiri drpd lapan orang

penyanyi atau pemuzik.

Oktober bulan kesepuluh dlm tahun Masihi.

okulus (Bio) bkn mata.

okupasi IB penggunaan tanah secara haram (tanpa kebenaran dll).

olah I 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku,

tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2.

perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~

bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda,

tingkah: orang tua yg banyak ~nya;

olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan mainan;

seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: melangkah indah,

ringan, cepat ~ tak berpijak di lantai;

berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda,

bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat

sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll;

memperolahkan 1. mempermainkan, memperolok-olokkan,

mempersendakan; 2. memperdayakan, menipu;

olahan suka berperangai, suka bertingkah: seorang laki-laki yg

keterlaluan ~nya.

olah II; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg

dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg

dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg

diolah drpd perbendaharaan lama;

Page 9: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi

barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk

ditanami;

olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat

penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya;

pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda

memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit;

kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan

~nya yg segar;

pengolah orang yg mengolah, alat utk mengolah.

olahraga latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal,

ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll);

gedung ~ Id bangunan tempat diadakan olahraga; lapangan ~

medan tempat olahraga diadakan;

berolahraga bergiat (mengambil bahagian) dlm olahraga: ~

menyihatkan badan;

keolahragaan perihal olahraga;

pengolahraga orang yg suka berolahraga.

olahragam ark berbagai-bagai olah.

olahragawan orang lelaki yg terlatih, mahir atau mengambil bahagian

dlm olahraga; ~ Tahun 1988 olahragawan yg terpilih sbg

olahragawan yg terbaik bagi tahun 1988.

olahragawati orang perempuan yg terlatih, mahir atau mengambil

bahagian dlm olahraga; ~ Tahun 1987 olahragawati yg terpilih sbg

olahragawati yg terbaik bagi tahun 1987.

olak I 1. = olakan gerakan berpusing (berkisar, berputar), kisaran,

pusaran, putaran; ~ air pusaran air; ~ angin pusaran angin; arus ~

arus yg berpusing; 2. ombak kecil: ~-~ itu berkejar-kejaran

menumpu permatang;

Page 10: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

berolak 1. berkisar, berpusing, berputar; 2. berombak kecil;

perolakan perihal berolak: lakukan penyemburan dan pendebuan

pd waktu pagi utk menghindari ~ angin menegak;

pengolak; ~ haba alat dll yg memutarkan haba.

olak II sj gelendong kayu yg berputar (pd alat tenun).

olak III Mn 1. hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); ke ~ ke hilir; 2.

kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali;

berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak

mujarab lagi (ubat dll);

mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan

atau tidak hendak lagi (makan sesuatu).

olak-alik berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah

pendirian, pegangan, percakapan, dll);

mengolak-alikkan 1. membolak-balikkan, memutar-balikkan; 2.

mempermain-mainkan, mempersenda-sendakan.

olak-olak sj burung, itik laut, dendang laut (air), Sula leucogaster plotus.

Olanda ark Belanda.

olang; ~-aling berolang-aling;

berolang-aling (bergoyang) ke kiri ke kanan (perahu dll), oleng:

sampannya ~ berkecipak-cipak;

terolang-aling terayun-ayun atau tergoyang-goyang;

olang-alingan perihal olang-aling.

oleander (oléander) sj tumbuhan (pokok berbunga), Nerium oleander.

oleh (oléh) 1. (kata sendi nama) utk menunjukkan pembuat dlm ayat-

ayat pasif: daerah yg ditawan ~ musuh; ditimbus ~ tanah longsor;

2. sebab, akibat, kerana: ~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan

dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dlm air; mati ~ kerisnya

sendiri; 3. pada, bagi, untuk: tampak ~nya seorang tua berjalan di

tengah-tengah sawahnya; 4. (ke) pada (yg menyatakan hubungan

Page 11: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

keluarga): ia pun sepupu juga ~ tuan; ia anak yg satu-satunya ~

pak cik saya; 5. dengan: pokok-pokok yg lebat ~ buah; dewan yg

penuh sesak ~ orang ramai; ~ itu = ~ sebab itu = ~ yg demikian

lantaran itu;

beroleh 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~

kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anakanda

drpd sekalian bencana;

memperoleh mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn

ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-

kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg

diperolehnya berlipat ganda;

pemerolehan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) memperoleh;

pemeroleh pihak (orang, firma dsb) yg memperoleh sesuatu:

pindaan itu membolehkan pihak yg berkenaan memindahkan hak

milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;

perolehan sesuatu (barang, hasil, dll) yg diperoleh: ~ padi tahun

ini lebih baik drpd tahun lalu.

oleh-oleh (oléh-oléh) pembawaan drpd berpergian, buah tangan.

olek (olék) I; mengolek mengulit, membobok, mendodoi: entah

mengantuk, entah diolek oleh nyanyian;

mengolekkan mengulitkan, membobokkan, mendodoikan; ulit

I.

olek (olék) II Kl; mengolek mengelecek (bola).

oleng (oléng) I berayun-ayun atau bergoyang-goyang ke kiri kanan

(perahu dll): ia terumbang-ambing dlm perahu yg makin lama

makin ~; kepalanya ~ ke kiri dan ke kanan;

beroleng-oleng berayun-ayun atau bergoyang-goyang (perahu yg

dipukul ombak dll): bebola itu berputar dan ~;

Page 12: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

mengoleng mengayunkan (menggoyang, menggoncang),

menggelengkan (kepala): jong mereka dioleng oleh ombak besar;

mengoleng-oleng menyebabkan menjadi berayun-ayun,

bergoyang-goyang, atau berolang-aling: ombak kecil ~ perahunya;

teroleng-oleng tergoyang-goyang, terolang-aling: kayu bercabang

~ dlm air yg penuh; aku semakin lemah dan tubuhku terasa ~;

olengan gerakan mengoleng-oleng, ayunan, goyangan, goncangan:

kepala diteleng-telengkan, ~nya spt kapal.

oleng (oléng) II alat yg berbentuk L utk memutar mesin, pemutar.

oleo- (oléo) awalan asing minyak, mis oleometer.

oleograf (oléograf) gambar cetak yg dihasilkan menyerupai catan

(lukisan) minyak.

oleometer (oléométer) alat utk menentukan ketumpatan dan ketulenan

minyak.

oleoresin (oléorésin) campuran drpd minyak pati dgn resin, mis balsam.

oles (olés) Jk; mengoles melumur, melumas, menyapu: ~ badan dgn

minyak;

mengoleskan melumurkan, melumaskan, menyapukan: ia ~

minyak itu pd tempat yg bengkak;

olesan lumuran, sapuan: ~ balsam ternyata tidak menolong Meiti.

olet (olét); mengolet menidurkan anak, mengulit; ulit I.

olfaksi (Bio) 1. deria bau; 2. perbuatan atau proses menghidu, pembauan.

olfaktori (Bio) berkaitan dgn deria bau: saraf ~; organ ~.

oligarki 1. pemerintahan yg dijalankan oleh sekumpulan kecil orang yg

berkuasa sahaja; 2. sekumpulan kecil orang yg menguasai dan

mentadbir sesebuah negara atau organisasi.

oligopoli (Eko) keadaan pasaran yg bilangan penjualnya begitu kecil

sehinggakan tindakan salah seorang drpd mereka boleh

Page 13: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

mempengaruhi harga dan dgn itu mempunyai kesan yg ketara ke

atas pesaing.

oligopolistik (Eko) bkn oligopoli.

oliguria (Ubat) kurangnya air kencing yg keluar, biasanya disebabkan

oleh gangguan buah pinggang.

olimpiad tempoh masa empat tahun antara dua Sukan Olimpik.

Olimpik; sukan ~ sukan antarabangsa yg diadakan empat tahun sekali;

api (obor) ~ api (obor) yg menjadi lambang sukan Olimpik.

oloh Pr, bp; beroloh tidur (banyak): ai, dah pukul 10 pun masih ~ lagi?

olok; olok-olok main-main, lawak-lawak: bangkangannya itu hanya ~

sahaja; bukan ~ bukan main-main, sungguh-sungguh; gambar ~

gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan

orang;

berolok-olok bermain-main, berlawak-lawak: ~ boleh, tak ada

halangannya, asal berketika dan pd tempatnya;

mengolok-olokkan, memperolok-olok, memperolok-olokkan,

memperolokkan mempermainkan dgn perkataan atau perbuatan

(spt mengejek dll): selalu orang ~ Pak Dolah; aku tidak suka

diperolok-olokkan spt ini; saudara telah memperolok-olok saya;

olok-olokan, olokan olok-olok;

perolok-olokan main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir.

olong-olong sj ulat pd kayu jati, Duoitus cermaicus.

om ark (Sanskrit) sj seruan (pembukaan mantera); ong I.

ombak 1. gerakan air yg turun naik atau bergulung-gulung, gelombang

kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-

gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran

atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi menahan ~

di dadanya; ~ fikiran;

Page 14: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran

beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil

jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-

perkara kecil yg boleh mendatangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a)

deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-

nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll;

payah-payah dilamun ~, tercapai juga tanah tepi prb setelah

beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-

citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb

perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih

berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap

(sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb

serupa benar;

berombak, berombak-ombak 1. mempunyai ombak,

bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2.

berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar

belakang tambah mencantikkan rekaannya; rambutnya ~

rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang),

sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara

bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan;

mengombak 1. membuat ombak; 2. spt ombak; rambut pendek yg

diombak-ombak rambut yg dikeritingkan.

omboh cakera atau silinder padat yg bergerak turun naik di dlm silinder

bergeronggang di bawah tekanan bendalir, spt dlm enjin.

ombor-ombor orang-orangan.

ombudsman (Udg) pegawai atau badan rasmi ataupun separa rasmi yg

bertanggungjawab menerima dan menyiasat aduan drpd orang

ramai yg tidak berpuas hati dgn apa-apa perkara yg berkaitan dgn

jentera kerajaan.

Page 15: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

omega (oméga) huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani yg ditulis dgn

simbol , .

omel (omél); mengomel marah dan merepek, bersungut-sungut, meleter,

mencomel, menggerutu: jika aku mandi lebih drpd lima gayung,

induk semangku akan ~ panjang;

mengomeli memarahi, memberangi, menggusari;

mengomelkan mengomel tentang: sekali-sekala terdengar

isterinya ~ hawa panas;

omelan gerutu, comelan, leteran, sungutan;

pengomel orang yg suka mengomel, peleter.

omfalitis (Ubat) radang pd tali pusat.

omikron huruf ke-15 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

omnivor (Bio) organisma yg memakan haiwan dan juga tumbuhan, mis

manusia.

omong 1. bp bahasa, bicara: ~ Jawa; ~ Melayu; 2. cakap, kecek: banyak

~; ~ kosong (melompong) cakap angin; 3. berkata, bercakap: suka

~ kotor; lagak Padang, ~ Betawi prb cakap tinggi tetapi tidak

berisi;

omong-omong, beromong-omong bercakap-cakap, berkata-kata;

mengomong bercakap, berkata;

mengomongkan memperkatakan, mengatakan;

omongan bicara, cakap, kecek: ia ngeri mendengar ~ itu; jadi ~

orang jadi buah mulut orang.

ompang-ompang oleh-oleh.

ompol Jk air kencing pd masa tidur;

mengompol terkencing pd masa tidur; ngompol.

ompong Jk tidak bergigi lagi, luruh giginya: sebenarnya dia sudah ~

sama sekali.

ompreng (ompréng) Jk sj bakul kecil bertutup utk tempat nasi catu dll.

Page 16: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

omslag IB kulit buku.

onak 1. = akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, damai-

damai, dedamai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus

calophylla; 2. sj tumbuhan (pokok rotan yg berduri), Plectocomia

griffithii; 3. duri yg bengkok (spt kait).

onang; ~-aning Pr keturunan yg ketujuh.

onani perbuatan mengeluarkan mani dgn tangan;

beronani melakukan onani.

onar I gempar, huru-hara, kacau, rusuh: berita yg menimbulkan ~ ;

mengonarkan menggemparkan, mengacaukan, menghuru-

harakan;

keonaran kegemparan, kehuru-haraan, kekacauan, kerusuhan.

onar II sl akal busuk, tipu daya.

oncom sj tempe yg bercendawan.

ondak; berondak-ondak bergelombang, mengombak (air): air ~;

terondak-ondak teroleng-oleng, tersentak-sentak (ke atas dan ke

bawah): ia berkayuh dgn cepat mendapatkan perahu yg ~ tiba .

onde-onde (ondé-ondé) 1. sj kuih Melayu (spt bola kecil yg dibuat drpd

tepung pulut dan berinti gula melaka dsb serta bersalut kelapa

parut), buah melaka; 2. Kd, Pn, Pl sj kuih Melayu (spt bola

bentuknya, kulitnya dibuat drpd tepung pulut dan bersalut bijan

serta berinti kelapa atau kacang hijau), kuih bom.

onderdil IB bp alat perkakas motokar (basikal dll).

onderneming (ondernéming) IB perkebunan, ladang.

ondoh; berondoh-ondoh berdesak-desak, bersesak-sesak (kerana ramai):

berjalan ~;

mengondoh menghanyutkan;

terondoh-ondoh terlanggar-langgar.

ondok; mengondokkan menyembunyikan.

Page 17: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

oneng-oneng (onéng-onéng) anak piut (keturunan yg kelima).

ong I ark sj seruan (doa) kpd dewa.

ong II C bernasib baik, beruntung: "perniagaan Tan maju, cukup ~,"

jawab Puan Tan menabik dadanya.

ongah-angih goyah-goyah atau goyang-goyang (kerana tidak kuat).

ongek (ongék) Pr, bp; mengongek meminta-minta berulang-ulang (bkn

kanak-kanak), merengek.

onggak; mengonggak-onggak; berjalan ~ berjalan dgn kepala

melonjak-lonjak.

onggek (onggék); teronggek-onggek; menari ~ menari terlonjak-lonjak.

onggok longgok, timbun, tompok: se~ jerami; se~ jering;

beronggok-onggok berlonggok-longgok, bertimbun-timbun,

bertompok-tompok: ia mengerat kayu api ~ banyaknya; kanak-

kanak mulai ~, berbisik-bisik sesama sendiri;

mengonggokkan melonggokkan, menimbunkan, menompokkan:

bermacam-macam jenis buah-buahan, ulam, dll dionggokkan di

atas meja di pasar itu; rezeki itu tidak akan dionggokkan di

hadapan kita tanpa bekerja;

teronggok terlonggok: kain yg ~ di atas katil;

onggokan longgokan, timbunan, tompokan.

ongji C izin, lesen.

ongkah-angkih berjalan terhoyong-hoyong.

ongkang I; ongkang-ongkang Jk 1. duduk dgn kaki terjuntai (terkulai);

2. ki tidak ada kerja apa-apa.

ongkang II Mn; mengongkang-ongkang berjalan dgn langkah yg

panjang, melangkah panjang-panjang (ketika berjalan).

ongkok Mn; mengongkok-ongkok berjalan membongkok-bongkok;

mengongkoki menghampiri dgn membongkok-bongkok (utk

menyerang dll).

Page 18: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

ongkos IB biaya, belanja: ~ cetak; ~ makan; berapa ~ utk kerja ini?

mengongkosi membayar ongkos, membiayai, membelanjai:

mereka dapat ~ aku belajar di universiti;

perongkosan bermacam-macam ongkos (belanja, biaya).

ongok Mn bodoh, dungu.

ongol-ongol sj penganan yg dibuat drpd tepung sagu dll.

oniks sj batu permata yg mempunyai lapisan-lapisan yg beraneka warna.

onkogenik (onkogénik) (Ubat) bkn sesuatu yg mengakibatkan

pembentukan tumor.

onkolisis (Ubat) pemusnahan sel tumor sama ada secara mekanikal atau

dgn menggunakan bahan kimia atau virus.

onkologi kajian tentang tumor.

onomasiologi kajian tentang hubungan makna antara lambang bahasa

dgn objek yg dilambangkan, mis kajian tentang sinonimi dan

polisemi.

onomastik kajian tentang nama khas spt nama orang dan nama tempat,

terutamanya yg berkaitan dgn asal usul dan makna nama yg

berkenaan.

onomatopeia (onomatopéia) pembentukan (penggunaan) kata yg

bunyinya ditiru drpd bunyi alamiah spt bek, kuak, miau.

ons IB auns.

onslah IB; mengonslah bp memberhentikan (pekerja), melepaskan,

memecat.

ontogeni kajian tentang kebiasaan berbahasa seseorang sepanjang

hayatnya.

ontologi cabang ilmu falsafah atau metafizik yg berkaitan dgn fitrah

makhluk (manusia): setiap bentuk pemikiran manusia dapat

dikembalikan pd dasar ~.

Page 19: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

onyah; ~-anyih = mengonyah-anyih tidak lekas-lekas membuat kerja,

malu-malu, segan-segan.

onyak; ~-anyik a) onyah-anyih; b) goyah (goyang, tidak teguh).

onyok; mengonyok, mengonyokkan mengunjukkan, menonjolkan,

menyodokkan, menyodorkan, memberikan, mendesakkan:

mengonyokkan surat.

oosperma (Ubat) ovum yg baru tersenyawa.

opah Pr nenek perempuan.

opak I; ~ angin = opak-opak sj penganan: ~ ubi.

opak II ark; mengopak menyalakan (membesarkan) api yg hampir

padam (dgn menghembus dll).

opal sj batu permata yg terdapat dlm pelbagai warna atau tanpa warna,

sama ada lut sinar atau legap, biasanya terdapat dlm batu igneus

atau kawasan kolam air panas, baiduri.

opan Pr panggilan kpd perempuan yg berpangkat nenek.

opas IB 1. tukang jaga; 2. penyelenggara pejabat, peon; ~ polisi mata-

mata; ~ pos pembawa surat, posmen.

opau C sj kantung wang pd tali pinggang (drpd manik).

OPEC (opék) akronim bagi Organization of Petroleum Exporting

Countries (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum).

opelet (opelét) IB sj kereta sewa.

open IB bp dapur.

open (opén) Jk 1. suka memerhatikan segala-galanya, cermat, hemat; 2.

suka memungut barang-barang yg terlantar;

mengopeni memerhatikan, mengendahkan, memungut (mengutip)

apa-apa yg terlantar.

oper Id bp; mengambil ~ menggantikan pekerjaan (tanggungan, tugas,

dll) orang lain, mengambil alih; kerja ~ kerja luar masa, kerja

lembur;

Page 20: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

mengoper 1. mengambil oper: lebih dahulu, pelajarilah gerak

perempuan di Eropah dalam-dalam, sebelum kita ~ sahaja cita-

citanya; 2. memindahkan, mengalihkan; 3. = mengoperkan

memberikan kpd, menyerahkan: ~ bola;

pengoperan pemindahan, pengalihan, penyerahan.

opera sj drama yg disertai dgn nyanyian dan muzik.

operasi 1. pembedahan: ia sanggup menjalani suatu ~ asal sahaja

penyakitnya itu boleh hilang; 2. perjalanan (alat, pesawat, jentera,

dll): buku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan

prinsip mekanik; 3. kegiatan (syarikat perniagaan, perusahaan,

dsb); 4. gerakan tentera, polis, dll: ~ jenayah dan keselamatan;

daerah ~ daerah yg sedang dijalankan gerakan tentera; kamar ~ a)

bilik tempat dilakukan pembedahan, bilik bedah; b) bilik tempat

dikawal atau dikendalikan sesuatu gerakan, bilik gerakan;

beroperasi 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak,

berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru;

3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak

15 buah syarikat telah ~;

mengoperasi melakukan pembedahan (atas), membedah: ~ orang

yg sakit.

operasional 1. berkaitan dgn operasi: strategi dan program yg ~; 2.

berkeadaan baik dan sedia utk digunakan.

operator orang yg menjalankan atau mengendalikan sesuatu alat, mesin,

dsb: ~ telefon.

opereta (operéta) (Muz) sj komedi muzik yg pendek dan ringan.

operkomplit IB berlebih (pegawai).

opis bp pejabat.

opium candu.

opor sj masakan (ayam atau itik panggang dgn rempah-rempah).

Page 21: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

oportunis orang yg suka mengambil kesempatan drpd sesuatu keadaan,

terutamanya utk kepentingan peribadi.

oportunisme sikap suka atau pandai mencari dan menggunakan

kesempatan drpd sesuatu keadaan, terutamanya utk kepentingan

diri sendiri.

oposisi 1. penentangan; 2. = parti ~ parti politik yg menentang parti

pemerintah (dlm parlimen dll), parti pembangkang.

opseter (opséter) IB pegawai yg mengawasi pekerjaan (membuat rumah

dll), penyelia.

opsiner, opsinder IB pengawas atau penyelia (sekolah, ladang, dll).

opsir pegawai yg bertauliah, perwira (dlm perkhidmatan tentera).

opsyen 1. hak (kebebasan) utk memilih, pilihan: mereka akan diberi ~

sama ada hendak terus berkhidmat atau sebaliknya; 2. (Eko) hak

utk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dsb pd harga tertentu

dlm tempoh tertentu.

opsyenal terserah kpd pilihan sendiri.

optik 1. kajian saintifik tentang cahaya dan pelihatan; 2. berkaitan dgn

mata atau pelihatan; ~ gentian (Komp) teknik penghantaran data

digital dlm bentuk denyutan cahaya melalui berkas gentian kaca yg

panjang, lut sinar, dan halus.

optimis (orang yg) selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu

(perkembangan, kemungkinan, dll), (orang yg) selalu melihat

sesuatu masalah dll dgn jangkaan atau harapan baik: saya juga

seorang ~, tetapi lebih munasabah dan menguntungkan jika kita

mengambil sikap berhati-hati dan berjaga-jaga.

optimisme sikap (pandangan hidup atau pendirian) yg melihat segala hal

dr sudut kebaikannya sahaja atau yg menjangkakan perkembangan

(kemungkinan dsb) yg baik-baik sahaja.

Page 22: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

optimistik penuh harapan baik dlm menghadapi sesuatu: dia berasa ~

tentang keputusan itu.

optimum 1. kedudukan (jumlah, paras, dll) yg terbaik atau paling

menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran,

perkembangan, dll); 2. paling baik atau menguntungkan (bkn

pengeluaran dll): pengeluaran yg ~ dgn kos yg rendah serta efisien

hanya diperoleh melalui teknologi yg berintensif modal dan tidak

pd teknologi yg berintensif buruh;

mengoptimumkan merancang atau menjalankan kegiatan

ekonomi dll dgn kecekapan maksimum: ke arah ~ potensi ekonomi

umat Islam;

pengoptimuman perihal (perbuatan atau tindakan)

mengoptimumkan: ~ pengeluaran sangat penting dlm menentukan

keuntungan.

optometer (optométer) (Ubat) alat utk menguji kuasa pembiasan mata.

optometri (optométri) pengukuran ketajaman pelihatan dan penentuan

kaca mata yg sesuai (dr segi kuasa) utk memperbaik pelihatan.

opu gelaran bangsawan Bugis.

opus (Muz) gubahan muzik, mis simfoni, yg diberi nombor (utk

menunjukkan bila gubahan itu ditulis).

or Kl; habis ~; habis.

orak I; mengorak 1. menguraikan, mengungkai, membuka (tali,

lingkaran, dll); 2. menghitung utk mencari angka pengisi bagi

sesuatu angka;

~ ikatan menguraikan ikatan; ~ langkah membuka langkah, mulai

melangkah (berjalan); ~ lingkar mulai bekerja; ~ pura membuka

pundi-pundi wang (membayar hutang); ~ selimut membuka

selimut; ~ senyum tersenyum; ~ sila bangkit berdiri, pergi; segan ~

lingkar sangat malas;

Page 23: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

terorak terurai, terungkai, terbuka;

orakan cara atau kaedah menghitung utk mencari angka pengisi

bagi sesuatu angka.

orak II; ~-arik kacau-bilau.

oran; akar ~ merah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cina putih,

bunga jengkal, Neuropeltis racemosa.

orang 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada

~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia

(ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat;

dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku

hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia:

barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg

memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan

bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan

keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?;

kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri

walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu

daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~

Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum,

suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri

sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita;

~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk

keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana,

lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10.

bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia

~, kita ~, lu ~;

~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah

negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas

a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi,

Page 24: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b)

orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak

ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg

berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika

Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg

baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu

tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru

dilahirkan; ~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang

yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan

datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar

a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c)

orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa

rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat

(kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di

bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari)

oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg

datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak

negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg

bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas

kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn

sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli;

b) orang kampung (dusun); c) Kl ki orang yg tidak tahu akan

perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn

orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang,

orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu,

pembantu rumah, amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd

orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya

utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg

pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau

Page 25: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program

dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang

yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg

tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~

hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg

tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c)

orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~

jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin

menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya

dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a)

orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa;

~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong)

yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya

orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya

panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~

kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang

berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa

(orang kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut

campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan

orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan

orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri,

manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat,

kerja, dll) dan banyak pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg

hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun

(beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan

(pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak

orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah

dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan

dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang

Page 26: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d)

(biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak

pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam

(bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai,

orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang

yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya

dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal

bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~

sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat

di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan

kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku

kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan

Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti

utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan

a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll),

utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana

disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani

peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg

tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika

tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~

tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg

berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-

barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara

pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua

a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg

dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu

suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg

berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau

kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal

Page 27: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan;

~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg

tidak baik;

~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa

hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia

prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang

miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua

menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya

(nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) =

jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai

dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia

mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat

wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg

berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar

sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati

= makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang

itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu,

mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~

tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu

terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi);

seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg

banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung

seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiatnya (iaitu seorang

suka berahsia dan yg satu lagi lurus);

seseorang seorang (drpd yg banyak) yg tidak dapat dipastikan: ~

calon itu hendaklah lulus ujian;

berseorangan, berseorang 1. dgn cara seorang-seorang;

pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang

diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~;

Page 28: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

keseorangan terasing seorang diri, tinggal seorang diri, kesunyian:

dia betul-betul ~ jauh dr segalanya;

perseorangan dgn cara berseorang-seorang (tidak secara

berkumpulan dsb), satu-satu orang (tidak bersama atau dgn

pelibatan orang lain): usaha menulis bahasa Melayu dgn

menggunakan huruf-huruf Rumi telah dijalankan oleh beberapa

orang sarjana Eropah secara ~; johan ~ johan atau juara yg terdiri

drpd satu orang pemenang sahaja (bukan pasangan atau pasukan);

orang ~ orang bersendiri, individu;

orang-orangan, orang-orang 1. tiruan orang, boneka, patung:

kami dianggap ~; 2. sj patung yg dibuat utk menakutkan burung:

mereka buat ~ drpd kain baju yg buruk-buruk; ~ mata bahagian yg

hitam pd biji mata;

berorang ada orang: rumah itu sepi tidak ~;

berorang-orang Mn secara dgn orang lain (bukan secara sanak-

saudara);

perorangan perihal orang seorang: sajak ini menyiarkan teknik ~

bagi menghidupkan perasaan manusia.

orang-aring 1. sj tumbuhan (rumpai), aring-aring, keremak jantan

(hutan), rumput migus (kunang putih), Eclipta alba; 2. sj tumbuhan

(herba), akar batu babi, daun balam, kica, kuda paya, pokok

kedudu paya, rubai, ubai-ubai, ubai itik, Pouzolzia zeylanica.

orbit (Fiz) 1. laluan yg diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dsb dlm

pergerakannya mengelilingi jasad cakerawala yg lain di bawah

pengaruh graviti; ~ rendah orbit yg biasanya bulat, altitudnya

kurang drpd 1 000 km dan tempoh bergerak dlm orbit kira-kira 90

minit; 2. laluan elektron mengelilingi nukleus atom;

mengorbit 1. bergerak mengikut peredaran orbit: tempoh ~ kira-

kira 90 minit; 2. ki mencari jalan memburu kejayaan (nama) dlm

Page 29: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

bidang tertentu: manusia hanya sekadar makhluk tidak bererti yg ~

dlm dunia yg maha luas.

orbital (Fiz) kawasan di sekitar nukleus sesuatu atom.

orde = order IB sistem, peraturan, susunan; ~ baru a) peraturan

(pemerintahan, dll) secara baru (sistem pemerintahan sesudah

jatuhnya Sukarno); b) peraturan (golongan, aliran, dsb) yg baru

atau yg muncul pd waktu-waktu kebelakangan; ~ lama a) sistem

pemerintahan pd zaman Sukarno; b) peraturan (golongan, aliran,

dsb) yg lama.

order salah satu kategori pengelasan benda hidup, sebelum famili.

ordi 1. perintah; 2. rodi; wardi.

ordinal; nombor ~ (Mat) nombor yg menunjukkan kedudukan relatif

(sesuatu benda) dlm satu urutan (kumpulan): pertama, ketujuh, dan

kesepuluh adalah contoh nombor ~.

ordinan perintah, peraturan, statut, dsb oleh sesuatu pihak berkuasa,

undang-undang.

ordinat garisan yg antara lain dipakai utk menentukan titik dlm suatu

ruang.

ordonan IB orang suruhan dlm perkhidmatan ketenteraan.

ordonansi IB peraturan kerajaan.

oregano (orégano) sj tumbuhan herba yg daunnya digunakan sbg perasa

dlm masakan Itali dan Mexico, Origanum vulgare.

oren (orén) 1. sj buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) drpd

tumbuhan Citrus sinensis; 2. = air ~ air limau; 3. warna kuning

kemerah-merahan, jingga.

oreng (oréng) Mn alur antara hidung dgn bibir, uring.

organ I 1. alat dlm tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yg mempunyai

tugas yg penting; 2. institusi (badan dsb) yg melaksanakan sesuatu

Page 30: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

bidang tugas dan tanggungjawab: tiga ~ asas negara – eksekutif,

legislatif dan kehakiman menjalankan tugas secara berasingan.

organ II IB majalah atau akhbar sesebuah parti politik dll.

organ III alat muzik yg mempunyai papan nada yg memerlukan kuasa

elektronik utk menghasilkan bunyi; ~ elektrik organ yg bunyinya

diubah suai secara elektronik.

organdi (Tks) sj fabrik kapas yg nipis dan agak keras.

organik; bahan ~ a) bkn bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber)

haiwan atau tumbuhan; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur

karbon; c) bkn tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan

atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;

kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn sebatian karbon; penyakit ~

penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh.

organisasi kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian

(orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll)

utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan:

~ kaum wanita; ~ politik;

berorganisasi mempunyai organisasi, tersusun dgn baik dan rapi:

kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup

berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan

yg dilakukan secara ~;

mengorganisasikan mengatur dlm organisasi, menyusun menjadi

kesatuan dsb yg teratur: ~ badan politik;

pengorganisasian perihal (proses) mengorganisasikan sesuatu:

institusi itu menitikberatkan ~ ilmu.

organisator IB orang yg mengorganisasikan, penyusun, pengatur.

organisir IB; mengorganisir mengorganisasikan.

organisma haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yg berupaya menjalani

proses kehidupan spt bernafas, makan, membesar, dan membiak.

Page 31: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

organza (Tks) sj fabrik nipis, jarang dan keras yg diperbuat drpd benang

kapas, sutera, rayon dsb.

orgasma puncak kenikmatan syahwat.

orgel organ.

orgi pesta liar, biasanya disertai dgn minum minuman keras secara

berlebih-lebihan dan kegiatan seks.

ori bp singkatan bagi original.

ORI ark Id kep Oeang Repoeblik Indonesia, iaitu mata wang yg

digunakan pd zaman revolusi (1945 – 1955).

orientalis (oriéntalis) pakar dlm bahasa, kebudayaan, dll bangsa timur.

orientalisme (oriéntalisme) nilai (ciri, gaya, pandangan, tatalaku dsb) yg

berkaitan dgn atau berasaskan bangsa Timur.

orientalistik (oriéntalistik) berkaitan dgn (berasaskan dsb) orientalisme:

kita tidak harus terpengaruh oleh kecenderungan ~ dlm

menentukan pandangan kita tentang khazanah bangsa.

orientasi (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan

bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~

intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg

berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan

dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat

menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu

dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-

pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di

universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka;

berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih

kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn

sesuatu keadaan dll);

berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu

orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~

Page 32: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi

ekonomi yg ~ pertumbuhan;

mengorientasikan menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd

sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau

latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan

pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah

diorientasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi

dan disiplin di kalangan para pelajar.

origami (Jepun) seni lipat kertas utk membuat objek hiasan yg berbentuk

spt manusia, binatang dsb.

original bp bukan tiruan (bkn karya, produk, idea dsb), asli, tulen.

Orion nama sekumpulan bintang yg bercahaya terang, bintang belantik,

bintang tiga beradik.

orisinil IB asli, tulen.

orkes (orkés) 1. pasukan pancaragam yg kecil bilangan ahli muziknya

(biasanya setiap pemuzik memainkan hanya satu jenis alat muzik):

~ Ahmad Wan Yet; O~ Sinar Murni; 2. bunyi-bunyian, muzik.

orkestra (orkéstra) pasukan pancaragam yg besar bilangan ahli muziknya

dan sesuatu jenis alat muzik (terutama biola, trompet, saksofon,

dsb) dimainkan oleh beberapa orang pemuzik dgn seorang

memimpin pasukan ini: O~ RTM; ~ simfoni orkestra yg

mempersembahkan atau memainkan simfoni;

mengorkestrakan mempersembahkan atau menggubah (lagu atau

muzik) utk orkestra: dia ~ beberapa buah lagu rakyat.

orkid 1. tumbuhan daratan atau epifit dr famili Orchidaceae yg bunganya

berwarna terang dan cantik, anggerik; 2. bunga dr tumbuhan ini,

anggerik.

orkidektomi (orkidéktomi) (Ubat) pembuangan salah satu atau kedua-

dua testis secara pembedahan.

Page 33: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

ormas Id kep organisasi massa.

orna ark warna.

ornamen sesuatu yg menghiasi, perhiasan (spt lukisan dll).

ornitologi kajian tentang burung, terutama aspek kelakuan, pengelasan,

dan kawasan tempat tinggalnya.

orogeni (orogéni) (Geog) proses pembentukan gunung.

orografi cabang geografi fizikal yg berkaitan dgn gunung.

orok I; anak ~ bayi.

orok II; mengorok mendengkur.

orok-orok Jw sj tumbuhan (pokok), kacang kayu, kacang riang-riang,

kacang sekucuk, Crotalaria striata; ~ cina sj tumbuhan (pokok),

giring landak, Crotalaria retusa.

orong-orong I Mn lubang sumbu meriam (senapang) kuno.

orong-orong II Jw anjing tanah.

orpol Id kep organisasi politik.

ortodoks berpegang teguh pd peraturan, pendapat, prinsip, dsb yg

diterima umum spt dlm agama, kelakuan atau sikap: begitu juga

beberapa ilmu kebatinan yg bertentangan dgn Islam yg ~;

keortodoksan perihal (keadaan) ortodoks: ~ tidak menolong masa

kesusahan dlm amalan sosial.

ortodoksi ketaatan kpd prinsip agama dan undang-undang (peraturan).

ortodontik cabang ilmu pergigian yg berkaitan dgn pengelakan

berlakunya pertumbuhan gigi yg tidak normal (tersusun) dan

perawatan gigi yg bermasalah.

ortografi 1. (sistem) ejaan; 2. ejaan yg betul atau standard.

ortopedik (ortopédik) subbidang ilmu pembedahan yg khususnya

berkaitan dgn pemulihan fungsi sistem rangka serta sendi dan

struktur yg berkaitan.

Page 34: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

ortopnea (ortopnéa) (Ubat) keadaan sukar bernafas kecuali semasa

duduk tegak atau berdiri.

ortoptik (Ubat) rawatan atau teknik pemulihan pelihatan yg cacat, spt

dgn melakukan senaman mata utk memperkuat otot-otot mata yg

lemah.

Os simbol kimia bagi osmium.

oseanarium (oséanarium) akuarium air laut yg besar tempat memelihara

binatang atau hidupan laut.

oseanografi (oséanografi) ilmu tentang segala aspek (termasuk fizik,

biologi, kimia, geologi) yg berkaitan dgn lautan.

osikel (Bio) tulang kecil.

osiloskop sj alat pengujian elektronik yg boleh memaparkan pelbagai

rupa bentuk gelombang pd tabir tiub sinar katod.

oskar hadiah berupa ukiran (patung dsb) yg diberikan kpd pemenang

sesuatu pertandingan (spt nyanyian, lakonan, dsb).

oskeoplasti (oskéoplasti) (Ubat) pembedahan plastik pd kerandut buah

zakar utk tujuan pemulihan atau pembaikan.

osmium (Kim) sj unsur logam yg berwarna putih dan keras.

osmosa Id osmosis.

osmosis (Kim) pengaliran molekul pelarut dr larutan yg kurang pekat ke

larutan yg lebih pekat melalui membran separuh telap.

oso; ~ sekata persetujuan penuh (sebulat suara).

osteofit (ostéofit) (Ubat) tunasan tidak normal pd tulang yg

mengakibatkan rasa sakit pd tulang.

osteologi (ostéologi) kajian tentang struktur dan penyakit tulang.

osteomalasia (ostéomalasia) (Ubat) keadaan tulang menjadi lembut

akibat gangguan proses pembentukan mineral, yg mengakibatkan

rasa sakit, nyeri, lemah otot, kekurangan berat badan, dll.

Page 35: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

osteopati (ostéopati) (Ubat) 1. sebarang penyakit tulang; 2. cara

mengubati sesetengah penyakit dgn menggerak-gerakkan atau

memicit-micit tulang dan otot.

osteoplasti (ostéoplasti) (Ubat) pembedahan plastik pd tulang.

osteoporosis (ostéoporosis) (Ubat) kelampungan tulang (biasanya

dialami orang tua).

osteotomi (ostéotomi) (Ubat) pemotongan tulang secara pembedahan.

osteotrofi (ostéotrofi) (Ubat) hal yg berkaitan dgn nutrien yg diperlukan

utk pembentukan dan perkembangan tulang.

otak I 1. organ di bahagian atas kepala, yg mengawal pemikiran

(perasaan), benak; 2. alat berfikir, fikiran: terlintas di ~ku

kejadian-kejadian ngeri itu;

~ ayam bodoh; ~ minyak pandai; ~ telur bodoh; ~ udang bodoh;

kepala ~ bk sj makian; kerja ~ kerja yg menggunakan fikiran; picik

~ sempit fikiran;

~ batu kepala sl kepala (dlm percakapan dgn raja dll); ~ telur,

bukan ~ minyak prb perihal seorang yg bodoh;

berotak 1. mempunyai fikiran, berakal, berfikiran: ia seorang yg

~; tidak ~ tidak berfikiran (berakal); 2. mempunyai otak: ~ geliga;

~ udang.

otak II; otak-otakan Jk suka berbuat yg bukan-bukan (supaya dikatakan

berani dll), mengada-ngada, sombong.

otak III; ~ udang 1. sj tumbuhan (pokok), katak udang, pauh pipit,

Buchanania lucida; 2. sj tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal,

medang melukut, serapuh bukit, Norrisia malaccensis.

otak-otak sj lauk yg dibuat drpd ikan dll bercampur rempah (dibalut dgn

daun kelapa dan dipanggang).

otalgia (Ubat) sakit di bahagian tengah atau di dalam telinga.

Page 36: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

otek (oték) I; ikan ~ 1. sj ikan laut, Arius utik; 2. sj ikan laut, Tachysurus

utik.

otek (oték) II Jk goyang, goyah;

mengotekkan menguit-guit: anjing itu ~ ekornya.

otek (oték) III Jw sj biji-bijian, sekoi.

otek (oték) IV; mengotek melakukan sesuatu dgn perlahan-lahan.

otitis (Ubat) radang di dalam telinga yg dicirikan oleh demam, gangguan

pendengaran dsb.

oto I Id motokar; ~ gerobak lori; ~ sedan motokar yg tertutup

bumbungnya (tidak dapat dibuka-buka spt pd motokar sport).

oto II pakaian penutup dada (utk kanak-kanak).

otobis IB bas sewaan.

otokoyok Kl sama kuat (perlawanan dll).

otologi cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian tentang anatomi dan

penyakit telinga.

otoman sj tempat duduk yg panjang, rendah dan berkusyen tanpa

penyandar atau lengan, kadang-kadang digunakan sbg kotak utk

menyimpan barang spt cadar dsb.

otomat IB perkakas yg dapat berjalan atau bekerja sendiri.

otopet (otopét) IB sj basikal kanak-kanak yg tidak berpengayuh (ditolak

dgn kaki).

otorea (otoréa) (Ubat) lelehan dr telinga, terutamanya yg mengandungi

nanah.

otorinolaringologi kajian tentang penyakit telinga, hidung dan

kerongkong.

otoritet (otoritét) IB pembesar, penguasa.

otot (berkas) tisu yg terdiri drpd berkas sel-sel memanjang yg boleh

ditegangkan dan dikendurkan utk menghasilkan pergerakan pd

organ atau bahagian;

Page 37: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

~ jalur = ~ kawal (Bio) otot di bawah kawalan otak, yg tisunya

terdiri drpd gentian otot yg jalur-jalur melintangnya kelihatan

melalui mikroskop, mis otot pd tulang rangka; ~ jantung (Bio) otot

jalur yg terdapat pd jantung, yg di luar kawalan otak; ~ licin (Bio)

otot di luar kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd sel berbentuk

gelendong dan tanpa jalur melintang yg ketara, mis otot dinding

usus;

berotot mempunyai otot: tangan yg ~;

mengotot keras (tegar) hati.

output 1. hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran

semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil

pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd

litar elektronik;

~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~

grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik;

mengoutput mengeluarkan data dr sesuatu (sumber dsb): data

input dikawal, disemak, diproses dgn betul menurut tatacara yg

diperlukan, dan dioutput dgn tepat;

pengoutputan proses mengoutput sesuatu.

ovalbumin (Bio) albumin yg terdapat dlm putih telur.

ovari (Bio) 1. salah satu drpd dua organ pembiakan (pd perempuan dan

binatang betina) yg mengeluarkan ovum dan hormon estrogen; 2.

organ pembiakan pd tumbuhan betina yg mengeluarkan biji.

ovariotomi (Ubat) pembuangan ovari atau tumor ovari secara

pembedahan.

overdraf 1. pengambilan wang dr bank yg melebihi simpanan di bank; 2.

jumlah wang dikeluarkan dr bank yg melebihi simpanan.

overhed (overhéd) (Eko) kos bahan dan perkhidmatan yg diperlukan dlm

pengeluaran barang atau perkhidmatan, tetapi tidak boleh dikesan

Page 38: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

secara langsung spt kos bahan mentah tak langsung (mis sewa atau

bayaran elektrik syarikat), buruh tak langsung (tukang sapu,

penjaga stor, dll), dsb.

overtur (Muz) gubahan muzik sbg pengenalan kpd persembahan opera,

balet dsb.

oviduktus (Bio) tiub yg menyalurkan ovum dr ovari, saluran ovum.

oviparus (Bio) bkn haiwan yg bertelur, dgn telur yg dikeluarkan itu

berkembang dan menetas di luar tubuh haiwan itu (spt ayam,

burung, dll).

ovoviviparus (Bio) bkn haiwan yg menghasilkan anak secara

perkembangan dan penetasan telur di dlm badan haiwan tersebut

(spt ular, ikan, dll).

ovul (Bio) struktur yg terdapat di dlm ovari angiosperma yg berkembang

menjadi biji setelah berlakunya persenyawaan.

ovum (Bio) sel telur haiwan betina yg belum tersenyawa yg dihasilkan

oleh ovari;

pengovuman (Bio) penghasilan telur oleh ovari.

oyak I Mn; mengoyak-oyak menggerakkan, menggoncangkan (supaya

lepas), mengogah.

oyak II Jw; mengoyak 1. berlari utk mendapatkan sesuatu atau

seseorang yg sedang bergerak, mis kucing menangkap tikus, polis

menangkap pencuri dsb; 2. berusaha dgn bersungguh-sungguh utk

mendapatkan sesuatu atau memenuhi tujuan.

oyod Jw ark akar.

oyok Jk; mengoyok memburu, mengejar, menghambat; oyak II.

oyong I berayun-ayun, bergerak-gerak, goyang;

mengoyongkan menggerakkan, menggoyangkan hingga condong;

huyung.

Page 39: o I huruf ke-15 abjad Rumi - Efie Emeir | Kalau Tak ... · Web viewhuruf ke-15 abjad Rumi. o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil

oyong II Jk sj tumbuhan (pokok menjalar yg buahnya spt peria), ketola

(hutan), petola sanding (segi), Luffa acutangula.

ozon (Kim) bentuk gas oksigen dgn tiga atom oksigen dlm satu molekul;

lapisan ~ lapisan atmosfera yg tinggi kandungan ozonnya dan

bertindak sbg perisai terhadap sinar ultralembayung matahari yg

memudaratkan kehidupan.

ozonosfera (ozonosféra) (Geog) lapisan atmosfera bumi, tempat yg

terletak di antara 15 - 30 km di atas permukaan bumi, tempat

terdapat ozon dlm jumlah yg paling banyak dan mampu menyerap

sinaran ultraungu.