j huruf kesepuluh abjad rumi - lamanbahasa's … · web viewjangkat i 1. bahagian yg cetek (di...

183
j huruf kesepuluh abjad Rumi. jaat (Sunda) ark sj kacang panjang, Psophocarpus tetragonolobus. jab Jh tetap (hati, fikiran, dll), pasti: ~ hati. jabal I Ar gunung, bukit: ~ Kaf; ~ Uhud; menjabal ark kelihatan besar spt gunung. jabal II Jk; menjabal merebut (milik orang), merampas, menyamun; penjabalan perampasan, perebutan, penyamunan. jabang I kayu bercabang yg digunakan utk meletakkan meriam, cagak. jabang II Mn ark jambang. jabang III; ~ bayi Jw kanak-kanak yg baru lahir, bayi. jabar I Ar nama yg digunakan utk gugusan bintang belantik, bintang tiga beradik (Orion). jabar II; menjabarkan Id mengubah sesuatu bentuk menjadi bentuk yg lebih mudah difahami: ~ pecahan; penjabaran perihal (perbuatan) menjabarkan. jabat; sejabat sepekerjaan: teman ~; berjabat = berjabat tangan; menjabat 1.= menjabat tangan memegang; 2. Id memegang sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun; jabatan 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan,

Upload: duongcong

Post on 14-Mar-2019

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

j huruf kesepuluh abjad Rumi.

jaat (Sunda) ark sj kacang panjang, Psophocarpus tetragonolobus.

jab Jh tetap (hati, fikiran, dll), pasti: ~ hati.

jabal I Ar gunung, bukit: ~ Kaf; ~ Uhud;

menjabal ark kelihatan besar spt gunung.

jabal II Jk; menjabal merebut (milik orang), merampas, menyamun;

penjabalan perampasan, perebutan, penyamunan.

jabang I kayu bercabang yg digunakan utk meletakkan meriam, cagak.

jabang II Mn ark jambang.

jabang III; ~ bayi Jw kanak-kanak yg baru lahir, bayi.

jabar I Ar nama yg digunakan utk gugusan bintang belantik, bintang tiga

beradik (Orion).

jabar II; menjabarkan Id mengubah sesuatu bentuk menjadi bentuk yg

lebih mudah difahami: ~ pecahan;

penjabaran perihal (perbuatan) menjabarkan.

jabat; sejabat sepekerjaan: teman ~;

berjabat = berjabat tangan;

menjabat 1.= menjabat tangan memegang; 2. Id memegang

sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua

tahun;

jabatan 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus

tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di

Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan,

pentadbiran, organisasi, dll) jawatan: menteri itu telah meletakkan

~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab),

fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa;

berjabatan Id mempunyai (memegang) jawatan, berjawatan;

penjabatan jabatan;

penjabat Id 1. pegawai dll yg memegang sesuatu jawatan,

pemegang jawatan; 2. orang yg mengerjakan pekerjaan (atau

memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu

jawatan);

pejabat 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat

diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga

bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penyelenggara pejabat, peon;

ibu ~ pusat pentadbiran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2.

Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg memegang jawatan penting,

pemegang jawatan, penjabat.

jabat tangan; berjabat tangan memegang (menggenggam) tangan (satu

sama lain) sambil menggoncang-goncangnya (sewaktu berjumpa,

diperkenalkan, dll) sbg tanda kemesraan, (saling) bersalaman:

setelah ~ dgn sekalian yg hadir barulah dia duduk;

menjabat tangan berjabat tangan (dgn seseorang),bersalaman: dia

~ kami semua sebelum masuk ke dlm rumah.

jabil Pr pundi-pundi, uncang, undil (dibuat drpd kain atau mengkuang).

jabing; telinga ~ telinga yg besar;

menjabing menarik telinga.

jabir I; berjabir-jabir 1. cobak-cabik, bercabiran, koyak-koyak; 2. Id

longgar terkulai-kulai (bkn baju yg longgar).

jabir II Kl tempat mengisi barang-barang (dibuat drpd kain, mengkuang,

plastik), raga, bakul.

jabu I Kd; berjabu berkepul (abu, asap).

jabu II Kl bulu;

berjabu berbulu, berserabut.

jabun 1. belukar, semak; 2. daun pokok (yg lebat).

jabung I sj perekat yg dibuat drpd gambir dan damar (digunakan utk

melekatkan keris pd hulunya), gala-gala, pakal.

jabung II jebung.

jadah kata makian (selalunya utk menunjukkan kemarahan): apa ~nya yg

dia menyibuk itu?; haram ~ a) anak yg lahir drpd ibu dan bapa yg

tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah; b) kata makian.

jadam I sj ubat berwarna hitam yg digunakan utk perut (dibuat drpd kayu

gaharu atau daun lidah buaya).

jadam II campuran logam yg berwarna biru tua atau hitam (digunakan

utk melekatkan atau melapiskan perak).

jadar I Kl merempuh, menyerbu.

jadar II sj tumbuhan (pokok besar), mempari, Melletia hemsleyana.

jadi I 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan

sesuatu, berlangsung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya:

akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~

gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan;

b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak

lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya

sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~

hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu,

~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa

setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap

(dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~ ;

boleh ~ mungkin, barangkali;

~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd

seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah

menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka

berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat

sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~

dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~

kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki tangan = ~

penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi

pertolongan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg

menyampaikan pesanan seseorang; ~ teluk olakan air prb

perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pantai,

pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, adakalanya

senang, adakalanya susah;

sejadinya asalnya (semula jadi): akal manusia dgn keadaan ~

mengandungi sebahagian drpd makrifat semula jadi;

sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya:

berteriak ~ ;

menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk

memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya;

dilantik ~ pengerusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak,

memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu;

3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat

yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya

jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu

bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang

menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang

lagi pengurus bank; 5. menjelma sbg;

menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar,

hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~;

menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana

hingar bingar; 2. menyebabkan: kelakuan beginilah yg selalu ~

orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu

telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah

yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya

telah ~nya pengawas perusahaan itu;

terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~

disebabkan oleh kerosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (terbentuk)

drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur;

jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya

menjadi binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu

yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang

dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;

kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~

itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan

bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan

hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd

setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat;

penjadian perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan;

penjadi ark orang dll yg membuat (menjadikan) sesuatu.

Jadi II; bintang ~ gugusan bintang yg kesepuluh (Capricornus) dlm

zodiak (bintang dua belas); garisan ~ garis lintang yg letaknya

23° 26' di selatan khatulistiwa.

jadual 1. daftar atau senarai fakta (keterangan dll) yg tersusun biasanya

dlm bentuk lajur; 2. susunan acara atau perkara-perkara yg diatur

mengikut masa yg ditentukan: menurut ~, persidangan itu akan

diadakan pd pertengahan bulan November ini;

~ berkala (Kim) susunan unsur-unsur mengikut tertib

pertambahan nombor atom, dgn unsur yg mempunyai sifat kimia

yg serupa ditempatkan dlm kumpulan yg sama (ada lapan belas

kumpulan mengikut susunan menegak dan tujuh kala mengikut

susunan mendatar); ~ waktu susunan perkara-perkara (mata

pelajaran di sekolah dll) mengikut waktu (jam dan hari);

berjadual berperancangan (dr segi tempoh melaksanakan sesuatu):

sukar bagi kita mengawal pelaksanaan kerja yg tidak ~;

menjadualkan 1. membuat jadual (waktu dll); 2. menentukan

waktu (utk mengerjakan sesuatu): kursus itu dijadualkan bermula

pd minggu depan;

penjadualan perbuatan (kerja, tindakan) menjadualkan (membuat

jadual);

penjadual 1. orang yg menyediakan jadual; 2. alat pd mesin taip

yg digunakan utk menyusun data dlm lajur.

jae (jaé) jahe.

jag bekas (biasanya bertangkai dan berbibir) utk mengisi air dsb; ~ cerek

jag yg boleh digunakan utk memasak air.

jaga 1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanak-

kanak itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi

(supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang

itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~ rumah tempat

orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk

digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal

(mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp

atendan letak kereta;

berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~

hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan

perompakan itu;

berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri

kahwin dll), merayakan (perkahwinan dll) beberapa hari berturut-

turut: maka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda

baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-

awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu;

menjaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal

bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok

itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh:

dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd,

memelihara: tiap-tiap orang patut ~ kesihatan dirinya sendiri; 4.

berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ bersungguh-

sungguh supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi;

menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu

~nya pd pukul enam pagi;

terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur

kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur

katanya ~ ;

jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2.

peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya;

kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk;

penjagaan hal atau perbuatan menjaga;

penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi

perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2.

penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu

tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya

bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat

(berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga.

jagabaya Jw ark pegawai keamanan kampung.

jagak Kl; ~ lelanang kacak dan berani, sombong dan berani mati.

jagal I perniagaan (secara) kecil-kecilan, dagang runcit;

berjagal berniaga secara kecil-kecilan, berdagang runcit;

jagalan 1. barang yg dijual secara runcit; 2. barang yg rendah

mutunya;

penjagalan perbuatan atau usaha berniaga secara kecil-kecilan;

penjagal orang yg berniaga secara kecil-kecilan, pedagang runcit.

jagal II Jw orang yg menyembelih (lembu dll), pembantai;

menjagal menyembelih (lembu dll), membantai;

penjagalan 1. perbuatan menjagal; 2. = pejagalan tempat orang

menyembelih lembu dll.

jagang Jw 1. tiang utk menyokong (rumah dll), tiang penopang

(penyokong); 2. sj parit (yg dibuat di sekeliling benteng, istana,

dll).

jagat I alam, dunia;

sejagat seluruh dunia, sedunia, antarabangsa: manusia ~ ;

menyejagatkan menjadikan sesuatu (nilai, alam, dll) sejagat: nilai-

nilai klasik baru yg disejagatkan;

kesejagatan hal (keadaan, sifat) sejagat, keuniversalan : ~ Islam yg

tidak membezakan asal-usul keturunan dan bangsa;

penyejagatan perihal atau proses menyejagatkan sesuatu: ~ alam

tempatan dlm alam Islam.

jagat II bintik-bintik perang kehitam-hitaman pd kulit (biasanya pd

muka) kerana kena cahaya matahari, tetua.

jagatraya ark seluruh dunia.

jago Jw jaguh.

jaguar sj binatang liar yg rupanya seakan-akan harimau bintang tetapi

ekornya lebih pendek dan tompok-tompok pd badannya lebih

besar, biasanya terdapat di Amerika Selatan dan Amerika Tengah,

Panthera onca.

jaguh I 1. ayam jantan; 2. calon (dlm sesuatu pemilihan): dlm pilihan

raya yg akan datang dialah ~ UMNO di kawasan ini; 3. = jagoan

Jk orang yg terkemuka (ahli) dlm sesuatu lapangan: Rustam

seorang ~ politik;

~ gelut orang yg suka berkelahi (bergomol); ~ kapuk Id bekas

pemain (bola dsb); ~ keprok Id ark orang yg menjadi tukang pukul;

~ tinju johan tinju, orang yg kerjanya bertinju;

menjaguhi menjadi jaguh (terkemuka) dlm (sesuatu bidang dsb):

dia memang berusaha keras utk ~ permainan itu kali ini;

menjaguhkan menjadikan calon, mencalonkan;

kejaguhan perihal menjadi jaguh (orang yg ahli dlm sesuatu

lapangan), kehandalan, keunggulan: Bahri memperlihatkan ~nya.

jaguh II 1. ~ padang, sj burung, Eupodetis bengalensis; 2. ~ rumput, sj

burung, Otis tarda.

jagung sj tumbuhan yg buahnya bertongkol dan berbijirin yg boleh

dimakan, Zea mays;

setahun ~ = seumur ~ a) lebih kurang 100 hari (tiga bulan); b)

terlalu muda;

berjagung-jagung; baik ~ sementara padi belum masak prb

sementara menunggu sesuatu yg lebih baik, yg kurang baik pun

boleh dipakai dahulu;

menjagung 1. menyerupai biji jagung; 2. mulai tumbuh (padi, gigi,

penyakit cacar, dll).

jagur bagur, besar tubuh (jika dibandingkan dgn umurnya); si ~ =

penjagur Id meriam kuno yg besar (sekarang disimpan di muzium

Jakarta).

jah I kebesaran, kemegahan, kemuliaan.

jah II Kl sahaja.

jaha sj tumbuhan (pokok), johar, Cassia siamea.

Jahai penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg

tinggal di Hulu Perak (Banun, Sungai Tiang dan Persisiran

Empangan Temenggor) dan Hulu Kelantan (Sungai Rual dan Jeli).

jahan 1. sj ikan laut (ridipnya berbisa), Arius thalassinus; 2. sj ikan laut

Neroma thalassinus.

jahanam Ar 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak

mengikut perintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak

mengikut perintah Allah akan dimasukkan ke dlm neraka ~; 2.

orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~ ; 3. rosak:

jam itu telah~;

menjahanamkan 1. membinasakan, memusnahkan: bom yg

digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan; 2. merosakkan:

mereka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan:

kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk,

menyerapah;

penjahanam orang yg menjahanamkan sesuatu (harta benda,

kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg

bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba

hal.

jahang I (warna) merah tua.

jahang II bahasa yg kasar;

menjahang 1. mengherdik; 2. menghamun, memaki hamun.

jahar Ar nyaring, lantang.

jaharu sl 1. (orang yg) hina: 2. penjahat.

jahat buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang

yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan

sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan,

pekerjaan yg buruk hendaklah dihindarkan;

sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat sekalipun: ~ harimau itu

tidak akan sanggup memakan anaknya sendiri;

berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn

Tipah;

berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana

berdatang sembah ~ Bendahara;

menjahati melakukan perbuatan jahat terhadap: kita dilarang ~

orang yg lemah;

menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. memfitnah, memburukkan;

kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat;

penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll);

~ perang a) orang yg menyebabkan (menimbulkan) peperangan; b)

askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri

yg diduduki.

jahe (jahé) Id halia, Zingiber officinale.

jahid zahid.

jahil 1. Ar tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll),

bodoh: Dolah ~ dlm hal agama; 2. cetek pengetahuannya;

~ basit (orang yg) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; ~ murakab

(orang yg) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; ~

teropong Kl bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang;

~ tukil Kl terlalu jahil;

menjahilkan menjadikan (menyebabkan atau menganggap) jahil:

janganlah begitu mudah kita ~ orang lain;

kejahilan perihal jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu

perkara, dll).

jahiliah Ar gelaran kpd umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad)

yg tidak menerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum

kedatangan Islam); zaman ~ zaman sebelum kedatangan Islam.

jahit menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan

benang; jenis-jenisnya: ~ cengkam; ~ bunga padi;~ lubang; ~

sangkut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit;

berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai

kain putih yg sudah siap ~;

menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan

jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit;

2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya;

jahit-menjahit pekerjaan menjahit (membuat pakaian dsb): dia

membuka sebuah sekolah ~;

menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju;

2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn

bahagian badannya;

jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit;

penjahitan perbuatan (kerja) menjahit;

penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2.

jarum yg digunakan utk menjahit.

Jahut penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi yg

tinggal di daerah Temerloh dan Jerantut di Pahang.

jail I; tali ~ = penjail joran yg digunakan utk menangkap udang (punai

dll).

jail II Jk 1. dengki; 2. suka mengusik;

menjaili 1. mendengki; 2. mengusik.

jaing sj tumbuhan (pokok), Rhodamnia trinervia.

jais tidak berbekas; kalis.

jaiz Ar apa yg diharuskan (menurut agama Islam) tetapi boleh juga tidak

dikerjakan.

jaja; berjaja 1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn membawa

barang dagangan berkeliling utk dijual: Yahya didenda kerana ~

tanpa lesen; 2. berjual: dia dilarang ~ di situ;

menjajakan 1. menjual barang dagangan dgn membawanya

berkeliling: riuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masing-

masing; 2. ki menyebarkan (menyatakan dsb) ke sana sini atau

merata-rata: Menteri Pendidikan menasihatkan rakyat supaya tidak

terperangkap dgn fikiran sempit golongan yg ~ pendapat mereka

sbg sesuatu yg mutlak; ~ khabar;

jajaan benda atau barang yg dijajakan;

penjajaan perbuatan (kerja) menjajakan;

penjaja orang yg berjaja: seorang ~ telah dikenakan denda

sebanyak RM100.

jajah; menjajah 1. pergi dr satu tempat ke tempat lain, menjelajah: kami

telah ~ ke seluruh tempat itu; 2. menakluk dan memerintah sesuatu

daerah: sebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan

pusat kebudayaan Melayu; 3. ki menakluki, menguasai: peristiwa

semalam sedang ~ pemikiran Sagid;

terjajah dlm keadaan dijajah: kita mesti membantu perjuangan

rakyat yg masih ~;

jajahan 1. kawasan yg termasuk dlm satu pentadbiran: negeri

Johor dgn segala ~nya; 2. daerah atau kawasan (negeri dll) yg

ditakluki: tanah ~ British; jalan ~ Id jalan kecil, lorong;

penjajahan perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau

kawasan lain): dia berjuang utk menamatkan ~ di negeri itu;

penjajah bangsa (negeri) yg menjajah sesebuah negeri lain.

jajak Jk; menjajak, menjajaki menduga, mengajuk.

jajal Jk; menjajal mencuba.

jajan Jk = berjajan membeli kuih dll, mengudap; wang ~ wang pembeli

kuih dll.

jajap; menjajap menjelajah;

penjajap sj kapal perang Bugis; spt ~ berpaling hendak hilir prb

perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebatnya serta

menarik.

jajar I banjar, baris, deret;

sejajar 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn

rumah saya; 2. sama (tingkat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya

sekarang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah

dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~;

menyejajarkan 1. membuat supaya sebaris, sederet; 2.

menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan;

kesejajaran perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik

apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan

perwatakan;

penyejajaran 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian,

persamaan arah dan jarak di antaranya;

berjajar berderet, berbaris, berbanjar;

berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, berbanjar-banjar: pokok

kelapa ~ di sepanjang jalan itu;

menjajarkan 1. mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris),

menjadikan selaras; 2. menyamakan kedudukan (darjat dll),

menyetarafkan;

jajaran deretan, barisan, banjaran; ~ genjang Id segi empat selari;

penjajaran perihal (perbuatan dsb) menjajarkan.

jajar II Mn = jajaran alur bekas ditenggala, parit;

menjajar menenggala;

menjajarkan mengheret, menyeret;

terjajar terseret: pemuda itu ~ ke belakang.

jajat I mengejek, mengajuk, menggiat.

jajat II Kl; menjajat berjalan merata-rata, mengembara.

jak I Kl cara menikam (dgn deras).

jak II Kl raga besar.

jak III Kl semenjak, dari.

jaka I bermain guli.

jaka II Jw jejaka.

jakah Kl langkah.

jakal sj anjing hutan yg berbulu kuning, Canis aureus.

jakas sj tumbuhan (pokok), mengkuang, Pandanus spp.

jaket (jakét) 1. sj kot pendek berlengan dan terbuka di depan, labuhnya

hingga ke punggung; ~ keselamatan sj jaket tidak berlengan yg

boleh dikembungkan, biasanya digunakan ketika kecemasan dlm

air; 2. balutan yg direka bentuk utk melindungi kulit buku;

berjaket memakai jaket: Emil ~ kulit berwarna hitam.

jaki berasa marah, meradang.

JAKIM akronim bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

jaksa Id pendakwa raya, pegawai undang-undang yg mengemukakan

tuduhan dan menyampaikan dakwaan dlm proses perbicaraan di

mahkamah;

~ agung peguam negara; ~ panitera pegawai yg menuntut perkara

dlm pengadilan negeri; ~ tinggi jaksa yg bekerja di mahkamah

tinggi;

kejaksaan 1. pejabat jaksa; 2. kekuasaan utk menuntut perkara.

jaksi Id; topi ~ sj topi (yg dibuat drpd mengkuang).

jakun I Mn halkum.

Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan).

jakuzi sj tab mandi, kolam dsb yg airnya sentiasa berpusar utk mengurut

badan.

jala I sj alat berbentuk jaring yg digunakan utk menangkap ikan;

~ anding sj jala utk menangkap ikan anding; ~ rambang sj jala yg

mempunyai mulut besar; ~ rambut kain net kecil drpd nilon yg

digunakan utk menutup rambut wanita agar kelihatan kemas; ~

tambang sj jala utk menangkap ikan tambang; ~ udang sj jala kecil

utk menangkap udang; ikan terkilat, ~ tiba prb sangat cepat dapat

menangkap maksud perkataan orang, tindakan yg cepat;

jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala (kisi-kisi dll),

bahagian atau dinding rumah yg berlubang-lubang (berkerawang

dll) tempat angin masuk; ~ rambut jala rambut;

berjala 1. mempunyai jala; 2. menyerupai (berbentuk) jala:

tumbuhan itu, uratnya berkayu dan ~;

menjala menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa

terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha;

penjalaan perbuatan (kerja) menjala;

penjala orang yg menjala.

jala II; ~ mas Kl sj kuih yg dibuat drpd telur.

jalad I Ar algojo, pertanda.

jalad II Id hawa sejuk yg boleh membekukan air.

jalak I 1. sj burung (termasuk jenis burung tiung, tetapi agak kecil

sedikit), Sturnupostor jalla; 2. = ayam ~ ayam jantan yg berani

(digunakan utk bersabung); 3. ki orang yg berani.

jalak II sj perahu layar (bertiang satu atau dua) yg digunakan di Pantai

Timur Semenanjung Malaysia.

jalal Ar kebebasan, kemuliaan, keluhuran.

jalan 1. tempat lalu lintas (utk orang, kenderaan, dll): belanja membuat

~; 2. tempat yg harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat

(ruang) tertentu, laluan: tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk

penghulu; ~ laut laluan yg diikuti di laut utk pergi ke sesuatu

tempat; 3. gerakan (kereta, enjin, dll): kereta itu sangat laju ~nya;

jam itu cepat ~nya; 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita,

perundingan, dll): ~ cerita; 5. cara, ikhtiar, usaha: semua ~ utk

mencapai perdamaian telah pun difikirkan; itulah ~ yg baik sekali

utk kamu; mencari ~ berikhtiar, berusaha; 6. bp dapat diterima

(atau dipakai), laku, berhasil: temberang engkau itu tak ~ di sini; 7.

Id perangai, tingkah laku; 8. bp berangkat, pergi (meninggalkan

sesuatu tempat): selamat ~;

~ bahasa cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; ~

belakang a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara

melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah

ditentukan; ~ buntu a) jalan yg tidak bersambung lagi; b) =

menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata

sepakat, kandas; ~ cagak (tiga, empat, dll) jalan yg bercabang

(tiga, empat, dll); ~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian; ~

enam tahun belum genap enam tahun; ~ fikiran cara pemikiran; ~

jajahan Id jalan kecil, lorong; ~ keluar a) jalan utk keluar (dr

sesuatu tempat); b) cara utk menyelesaikan sesuatu perkara

(masalah dll); ~ kereta api landasan kereta api; ~ masuk jalan utk

masuk ke sesuatu tempat atau kawasan; ~ mati jalan yg tidak

digunakan lagi; ~ memintas = ~ rentas jalan potong (yg lebih

pendek) yg merentasi atau memintas sesuatu kawasan; ~ nafas

rongga tempat nafas keluar masuk; ~ pengajaran cara menyusun

dan memberikan pelajaran; ~ raya jalan besar; ~ samping a) jalan

kecil yg selari dgn jalan besar; b) jalan di tepi rumah; ~ sehala

jalan yg boleh dilalui kenderaan yg bergerak satu hala sahaja; ~

serap jalan kecil yg hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap

dilalui); ~ serong a) jalan bengkok; b) niat jahat; c) perbuatan yg

tidak baik; ~ simpangan jalan yg menyimpang dr jalan besar; ~

simpang tiga (empat) jalan yg bersimpang tiga (empat); ~ susur

jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke

kawasan perumahan, kompleks, kedai dsb; ~ tengah a) jalan yg

terletak di tengah; b) keputusan (pendapat) yg diambil antara dua

(atau beberapa) pendapat yg berbeza; ~ tikus jalan yg kecil (yg

terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan); ~ umum jalan

utk semua orang dan kenderaan;

~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat

istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di

situ (suatu keaiban); ~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan

dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan

santun; ~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa prb orang yg

berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan; ~ raya

titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum

berubah-ubah; ~ spt orang berak di tengah ~ prb sindiran kpd

orang yg pemalu; sedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang prb

hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya; seiring

bertukar ~ prb mempunyai haluan (tujuan) yg berbeza; sekali ~

terkena, dua kali ~ tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali

sahaja; sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ prb kalau berbuat

salah pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya;

sejalan 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn

hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua

garisan yg sejajar; saudara ~ jadi saudara seibu;

berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat

kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat

lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan; 3.

berangkat, pergi (menuju) ke: ... baiklah engkau bawa sedikit

bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; 4. berlangsung, berlaku,

terjadi: persidangan itu ~ dgn lancarnya; peraduan itu akan ~

selama tiga bulan;

~ darat pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara); ~

kaki berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan dll; ~ serong

(bersikap) tidak jujur; ~ dr pintu belakang prb tidak mengikut

peraturan yg ditentukan, tidak jujur; ~ jauh banyak dilihat prb

orang yg banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman; ~

peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah

menghadap surut, berkata sepatah difikirkan prb dlm melakukan

sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati; ~ sampai ke

batas, belayar sampai ke pulau prb hendaklah mengerjakan

sesuatu pekerjaan itu hingga selesai;

berjalan-jalan 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali

pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap

musim cuti, mereka pergi ~ ;

menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;

menjalankan 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan

(kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu

tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~

perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak

Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang

penarik beca;

terjalan dapat berjalan: dia keletihan dan tidak ~ lagi;

jalanan bp 1. jalan, lorong; 2. dlm perjalanan;

perjalanan 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia

bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~

koperasi; 2. = kejalanan ark perihal berpergian (kepergian):

ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran

menghalang ~ minyak itu;

penjalan ark(orang) yg menjalankan (kereta, perintah, dll): ~

kereta kuda itu ialah seorang tua yg berjanggut; orang yg suka

berjalan;

pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih

banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi

jalan.

jalang I tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap, liar;

kerbau ~ kerbau yg tidak dipelihara orang, kerbau liar; perempuan

~ perempuan jahat, pelacur;

menjalang menjadi buas, menjadi liar: dia ke kota dan ~ di sana;

kejalangan perihal jalang, (kebuasan, keliaran): di daerah

terpencil itu ~ masih berleluasa.

jalang II; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing,

Ageratum conyzoides.

jalang III Mn jelang II.

jalangkah jalan raya yg berupa jambatan yg melintasi jalan raya yg lain.

jalangkung ark sj permainan yg dimainkan dgn memanggil orang halus.

jalar; ubi ~ ubi yg pokoknya melata;

berjalaran, berjalar-jalar merayap, melata (bkn pokok dll),

bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan,

dsb): cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj

tumbuhan, akar gegerit besi;

menjalar 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke

arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok

labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api

dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke

daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak

(meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di

Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar

Eropah;

menjalari 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai

telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~

keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti:

demam selesema ~ ramai pelajar;

menjalarkan 1. menjadikan (membiarkan) menjalar; 2.

menjangkitkan, merebakkan, meluaskan;

terjalar seakan-akan (spt) menjalar; jatuh ~ jatuh terlungkup;

jalaran tempat menjalar (tumbuh-tumbuhan dll);

penjalaran perihal menjalar (tumbuh-tumbuhan dll);

penjalar (Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau

memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis

pokok labu dan tembikai.

jalat Kl berasa hendak muntah (kerana makan sesuatu).

jaleh (jaléh) Mn jelas.

jali I Ar jelas, nyata, terang;

terjali menerima wahyu (ilham).

jali II; ~ batu sj tumbuhan (pokok), banton, medang pupoi, meroyan

batu, Vitex coriacea.

jalia ark sj kapal perang pd masa dahulu.

jalibut sj perahu yg didayung.

jalin 1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar

rotan (tersusun); 2. rangkai;

berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~ ; 2. berangkai (benda

panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah

kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah;

berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepang-

kepang; 2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung;

menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2.

menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah

penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang)

cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~

persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim;

menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2.

menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm

novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan;

memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai;

terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terangkai; 3. terselip; 4. telah

wujud, ada (persahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan

Kanada telah lama ~;

jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin);

keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur

karya;

penjalinan perbuatan menjalin (menjalinkan);

penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk

meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin

sesuatu.

jalir; menjalir, menjalirkan mengalir(kan);

penjaliran pengaliran.

jalis Ar kawan, sahabat.

jaloi sj ikan darat, Ophicephalus merulioides.

jalu susuh ayam jantan;

berjalu bersusuh;

menjalu memukul (menikam, mencucuk) dgn jalu.

jalur I 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus,

belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas,

deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis

dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5.

(Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg

ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera,

katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat

menyimpan data;

~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal,

sebelum isyarat tersebut diproses; J~ Gemilang nama bendera

negara Malaysia; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran

penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara

3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras

tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur;

berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan

warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2.

mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu

dipotong ~ ;

jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal

berjalur: saraf ~ .

jalur II sj perahu (dibuat drpd sebatang kayu yg dikorek).

jalur-jalur sj ikan laut, Gymnocaesio spp.

jam 1. sj alat utk menunjukkan (mengukur) waktu; 2. = satu ~ waktu yg

lamanya 60 minit atau 1/24 hari; 3. tanda waktu, pukul: dia tiba di

pejabat sebelum ~ lapan pagi; 4. ketika, saat, waktu: ~ orang

hendak berangkat ~ itulah engkau hendak mandi;

~ bicara waktu yg ditetapkan utk menerima tetamu; ~ dalaman

(Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan

atau pembilangan dlm sistem komputer; ~ digital (Komp) a)

deretan isyarat berdenyut yg dijanakan dlm sistem digital sbg

isyarat rujukan utk menyegerakkan sistem; b) penyata waktu yg

memaparkan nilai waktu dlm bentuk digital; ~ dinding sj jam yg

digantungkan di dinding; ~ induk (Komp) a) sj peranti elektronik

yg menjanakan isyarat masa utk digunakan sbg rujukan bagi semua

pengendalian komputer yg segerak; b) isyarat masa yg digunakan

sbg rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem

segerak; ~ kawalan (Komp) jam elektronik dlm perkakasan sistem

yg digunakan oleh sistem tersebut utk menentukan masa

pengaliran suruhan dan data; ~ kerja masa yg ditentukan utk

bekerja, waktu kerja; ~ kuarza jam yg berfungsi dgn menggunakan

getaran hablur kuarza yg dikawal oleh mikrolitar; ~ loceng jam

berloceng yg boleh berbunyi pd waktu yg ditetapkan; ~ luaran

(Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan

atau pembilangan di luar sistem utama komputer; ~ masa nyata

(Komp) a) peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn

masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila

komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh

atur cara); b) isyarat jam yg ditentukan oleh masa sebenar; ~

matahari sj peranti (digunakan pd masa dahulu) yg menunjukkan

waktu dgn bayangan sesuatu yg terhasil drpd pancaran matahari; ~

pasir alat mengukur waktu dgn menggunakan pasir; ~ pelajaran

waktu yg ditentukan utk memberi pelajaran; ~ penggera jam yg

mempunyai peranti yg berbunyi apabila sampai pd waktu yg

ditetapkan; ~ randik = ~ detik jam utk mengukur dgn detik; ~ saku

sj jam yg diletakkan di dlm saku; ~ tangan sj jam yg dipakai di

tangan;

berjam-jam beberapa jam berturut-turut: ~ dia menunggu

kawannya.

jama Kl sj pisau.

jamadat Ar ark segala benda yg tidak bernyawa (bukan organik).

Jamadilakhir bulan keenam dlm tahun Hijrah.

Jamadilawal bulan kelima dlm tahun Hijrah.

jamah; menjamah 1. menyentuh (dgn tangan dsb), memegang; 2. makan

sedikit, merasa: seumur hidupnya dia belum pernah ~ makanan spt

itu; 3. ki menyetubuhi, meniduri (perempuan): gadis yg sudah

dijamah orang;

jamah-jamahan sl hamba perempuan yg juga dijadikan gundik;

jamahan ki sentuhan;

penjamahan 1. perbuatan menjamah; 2. ark pegangan, pekerjaan

(yg dipegang).

jamak I Ar kelonggaran yg diberikan utk menghimpunkan solat fardu

(dgn syarat yg dibolehkan): sembahyang ~;

~ takdim perbuatan menghimpunkan sembahyang (zohor dan asar,

atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan pd waktu sembahyang yg

pertama (zohor atau maghrib); ~ takhir perbuatan menghimpunkan

sembahyang (zohor dan asar, atau maghrib dan isyak) yg

ditunaikan pd waktu sembahyang yg kedua (asar atau isyak);

menjamakkan menghimpunkan dua solat (zohor dan asar atau

maghrib dan isyak) dlm satu waktu.

jamak II 1. sudah sememangnya; 2. biasa, lazim: sudah ~ nya;

sejamaknya 1. sememangnya, sewajarnya, sepatutnya; 2.

selazimnya;

menjamakkan membuat menjadi biasa (lazim), melazimkan;

kejamakan hal yg biasa, lazim.

jamak III (Lin) lebih drpd satu, banyak;

menjamakkan menjadikan banyak (bentuk jamak);

jamang I = jejamang sj perhiasan yg dibuat drpd emas atau perak dan

dipakai di dahi atau di kepala.

jamang II Mn; sejamang sebentar.

jamba sj tumbuhan (herba), Neuwiedia lindleyi.

jambak I 1. karangan (bunga, kunci, dll), rangkai, berkas: se~ bunga;

orang se~ orang yg seketurunan; 2. gombak (atau bulu) pd dahi

kuda;

berjambak-jambak berkarang-karang, berangkai-rangkai: daun

pokok itu tumbuh ~ spt rambut; di langit dilihatnya awan putih

berarak ~.

jambak II; menjambak Jw meragut rambut.

jambak III Mn sj jambu merah, Eugenia jambos.

jambal sj ikan laut, Wallago attu.

jamban 1. tempat buang air, tandas; 2. Ph tempat mandi atau basuh kain.

jambang I = jambangan 1. tempat meletakkan bunga; 2. pasu bunga; 3.

Jw pasu; 4. belanga besar.

jambang II bulu (atau rambut) yg tumbuh di pipi.

jambar I ark pondok, bangsal, gubuk.

jambar II hidangan; makan se~ makan bersama-sama sehidangan.

jambat; jambatan 1. titi yg besar (yg dibuat drpd kayu atau batu) utk

lalu lintas menyeberangi sungai, jalan kereta api dll; 2. ki

penghubung, perantara: peranan saya ialah sbg ~ utk

menghubungkan kesarjanaan saya dgn dunia politik saudara;

~ angkat-angkat = ~ jungkatan Id jambatan yg boleh dinaikkan dan diturunkan; ~ gantung jambatan yg hanya menggunakan tali utk menyambung kedua-dua tebing; ~ pelampung jambatan yg terapung di atas air; ~ timbang sj mesin yg pelantarnya dipasang pd permukaan jalan utk menimbang kenderaan; ~ udara jambatan automatik dan tertutup spt terowong yg menghubungkan kapal terbang dgn bangunan terminal utk memberi kemudahan penumpang keluar masuk dr kapal terbang ke dlm terminal; menjambatani 1. membuat jambatan; 2. menjadi perantara

(penghubung).

jambelang (jambélang) sj tumbuhan (pokok), jiwat, juwat-juwat, salam,

Eugenia cumini.

jambiah sl golok (bengkok dan bermata dua), kerambit.

jambian sj ikan laut, Lutianus argentimaculatus forak.

jambori perhimpunan besar pengakap (atau pandu puteri) biasanya

bertaraf antarabangsa.

jambret (jambrét) Jk; menjambret merampas, merenggut.

jambu 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); merah ~ merah muda; ~ air

sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia aquea; ~ (air) laut = ~

jembah sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia grandis; ~

(air) mawar sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia jambos; ~

batu = ~ biji = ~ berasa sj tumbuhan (pokok dan buahnya),

Psidium guajava; ~ bol = ~ keling = ~ melaka = ~ merah sj

tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia malaccensis; ~ golok = ~

monyet = ~ iros = ~ terung sj tumbuhan (pokok dan buahnya),

gajus, Anacardium occidentale; 2. ki cantik, lawa: dia memiliki

wajah yg ~.

jambua sj limau (yg besar), limau bali, Citrus decumana.

jambu-jambu jambul, gombak, bulu (di hujung tombak).

jambul 1. segumpal rambut (di kepala atau dahi); 2. bulu yg bergumpal

di kepala burung dll; 3. jambu-jambu (pd kopiah dll);

~ merak sj tumbuhan a) (pokok), Caesalpinia pulcherrima; b)

(pokok), Jacaranda mimosifolia; c) (herba), ekor merak,

Selaginella atroviridis; ~ siul sj tumbuhan (pokok renek), pecah

periuk jantan, Ixora pendula;

berjambul mempunyai jambul; burung ~ sj burung, burung

menjerit, Platylophus galericulatus ardesiacus.

jambung sj ikan laut, Cheilinus chlorurus; jampung.

jame Tr tikar yg belum siap dianyam: kamu jangan main di atas tikar ~

itu.

jamhur Ar ark cerdik pandai (dlm pengetahuan agama), ulama.

jamiah Ar perhimpunan, pertubuhan.

jamik Ar tempat perkumpulan orang Islam utk beribadah; masjid ~

masjid utama dlm sesuatu kawasan (utk bersembahyang dan

kegiatan-kegiatan keagamaan yg lain).

jamin 1. = jaminan cagaran, tanggungan; surat ~ surat yg menyatakan

jaminan atas seseorang atau sesuatu; wang ~ wang yg dibayar kpd

pihak tertentu utk menjamin seseorang; 2. = penjamin;

menjamin 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt

membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi

kewajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia

dibebaskan setelah dijamin oleh abangnya; 2. menanggung

keselamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa

dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan

kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari

(makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti

kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia?

terjamin tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat

pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~;

jaminan 1. akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu

(akibat dll), cagaran, tanggungan; ~ bank (Eko) jaminan yg

diberikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika

penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg

dijamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jaminan yg diberikan oleh

pihak insurans utk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans

mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya

dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah

dijadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat;

keterjaminan keadaan terjamin: utk memastikan ~ masa depan

parti ini, perlulah kita bersatu teguh;

penjaminan perbuatan menjamin;

penjamin 1. orang yg sanggup menjaga (menanggung)

keselamatan orang lain; 2. orang yg sanggup memenuhi kewajiban

(membayar hutang dll) orang lain apabila orang itu tidak dapat

menepati janjinya; 3. orang yg menjanjikan sesuatu.

jamiz ark sj pokok (di Mesir).

jampal ark sukatan berat emas ( 1/2 bungkal), nilai wang (1/4 rial).

jampi kata-kata tertentu yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt

boleh menyembuhkan penyakit dll), mantera: kebanyakan orang

zaman sekarang tidak percaya pd ~ lagi;

~-jampah = ~ serapah berbagai-bagai jenis jampi: ~ serapah pun

berhamburan drpd mulut Siti Faezah yg kecil molek itu;

berjampi bermantera, telah dimanterai (dijampi): Madon

membawa sebilah parang panjang ~ ;

menjampi, menjampikan membaca jampi, memanterai: pawang

itu ~ air yg diberikan kepadanya;

jampian 1. jampi mantera; 2. (yg) telah dimanterai; 3. menjampi;

kejampian kena jampi (mantera);

penjampian perbuatan menjampi (memanterai).

jampuk I sj burung hantu, hantu reban, Otus bakkamonea; ~ kubur, Tyto

alba; ~ pantai, Phodilus badius; ~ rumput, Tyto capensis; bagai ~

kesiangan hari prb seseorang yg bingung kerana kehilangan akal.

jampuk II; menjampuk mencelah (memotong) percakapan orang,

menyampuk: awak ini biadab, suka ~ percakapan orang.

jampul sj sampan (drpd kayu meranti atau kayu ringan lain).

jampung sj ikan laut; jambung.

jamrah Ar batu kerikil yg digunakan utk dilontarkan di ketiga-tiga

tempat (Jamratul Ula, Jamratul Wusta, dan Jamratul Aqabah)

semasa menunaikan fardu haji.

jamu I; berjamu 1. melayani atau memberi makan dan minum kpd

orang(-orang) lain (tetamu): mereka sedang sibuk ~; 2. pergi

berkunjung (bertandang): ~ ke rumah Ali;

menjamu, menjamui, memperjamu memberi makan dan minum

kpd orang-orang lain (tetamu): mereka ~ sekalian orang yg datang

itu; mereka itu sekalian di(per)jamu minuman teh dan kopi; ~ mata

ki melihat sekehendak hati (barang-barang yg dipamerkan dll); ~

selera makan dgn sepuas-puasnya: mereka ~ selera dgn makanan

yg dihidangkan;

jamuan 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya

menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan

makan;

~ berselerak jamuan apabila tetamu duduk berselerak dan

mengambil makanan sendiri di suatu tempat yg telah disediakan; ~

besar majlis jamuan utk bilangan jemputan yg ramai dan biasanya

diikuti oleh ucapan bankuet; ~ negara jamuan besar yg diadakan

oleh kerajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing

yg mengunjungi negara secara rasmi); ~ ringan makanan yg tidak

berat (spt kuih, buah-buahan, dsb) dihidangkan; ~ teh majlis yg

menyajikan teh, minuman, dan makanan ringan lain;

perjamuan perjumpaan utk makan minum, peralatan: saya rasa

patut sungguh kita hadir di ~ itu; ~ suci Id santapan yg diadakan

oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian);

penjamuan perbuatan menjamu.

jamu II = jamu-jamu, jejamu sj ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai

akar dan daun kayu.

jamu-jamu sj tumbuhan (pokok renek), beberas padi, mesirah hutan,

Aprosa microcalyx.

jamung andang, suluh: dr jauh mereka sudah nampak api ~ yg di tengah

sawah itu.

jamur Jk cendawan, kulat;

berjamuran bercendawan, berkulat.

Jan kep Januari.

jana 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir;

menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan,

mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor

pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga;

terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil;

penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau

menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala

kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan

berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah

menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula

(Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd

tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg

telah putus;

penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat

ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

janabat Ar junub.

jana kuasa alat yg menghasilkan tenaga elektrik;

menjana kuasa menghasilkan tenaga elektrik (terutamanya di

stesen jana kuasa).

janda I orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi

kerana bercerai atau kematian;

~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian

ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b)

(pengantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya

sebelum berseketiduran dengannya; ~ kepulangan minuman yg

dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari

perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn

suaminya;

laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik

hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi

pemalu;

berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda;

sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi

prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi;

menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi):

Lah akan ~ sampai ke mati;

kejandaan keadaan menjanda.

janda II; ~ baik sj tumbuhan (pokok besar), balung ayam, melunak,

Pentace triptera.

jangak I = penjangak orang yg berkelakuan tidak senonoh (cabul,

jahat); perempuan ~ perempuan lacur;

menjangak 1. hidup secara tidak senonoh; 2. berzina.

jangak II Kl cantik, kacak.

jangan kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak,

usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata

lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi

melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak

boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan

dsb), acuh tak acuh;

jangan-jangan entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari;

~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti;

jangankan usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu;

menjangankan ark menegah, melarang.

janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-

sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng).

jangar sj penyakit, pening kepala.

jangas sj ikan, bandang, Chanos chanos.

jangat I 1. kulit (rotan, kayu, dll) di luar; 2. kulit rotan yg sudah diraut

(utk dibuat tikar dll); 3. kulit haiwan atau manusia; 4. Jw tali yg

dibuat drpd kulit;

akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gueh, akar sarik, akar

sejangat, akar sekuiet, Spatholobus ferrugineus; keras ~nya kebal;

makan ~ sangat miskin, papa; tebal ~nya tidak berperasaan;

~ liat kurang panggang prb keras hati, tidak dapat diajari; tinggal ~

pemalut tulang prb sangat kurus;

menjangat, menjangati, menjangatkan membersihkan atau

melicinkan rotan yg telah dibelah, menguliti, meraut: tolong

jangatkan rotan ribu yg aku belah tadi;

penjangat alat utk menjangat: pisau ~.

jangat II Kl menekan perut ketika hendak melahirkan anak.

janggai I kuku palsu drpd perak atau suasa (dipakai oleh penari).

janggai II bentuk badan yg tinggi dan kurus kering (biasanya orang

lelaki): setelah pulih drpd sakit, badannya yg dulunya gemuk

berubah menjadi ~.

janggal I tidak sedap dilihat (didengar), canggung, tidak sesuai (tepat),

tidak selaras: bunyinya agak ~; kekasaran seorang isteri sangat ~

nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut;

menjanggalkan menyebabkan (menjadikan) janggal, membuat

sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan;

kejanggalan 1. perihal janggal, kecanggungan; 2. sesuatu yg

janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini

akan menjadi kebiasaan.

janggal II Kl tidak lekat pd tempurung (isi buah kelapa).

janggi I 1. orang Habsyi (berkulit hitam dan pd amnya tinggi dan besar);

2. ki segala sesuatu yg ajaib (benda dll);

janggi II; ~ padang sj tumbuhan (pokok renek), akar bunga, pokok hujan

panas, saga, Breynia reclinata; pauh ~ sj buah, nyiur laut,

Lodoicea maldivica.

janggul sj ikan laut, Dussumieria hasselti.

janggus sj tumbuhan (pokok dan buah), gajus, jambu golok, jambu

monyet, Anarcardium occidentale.

janggut I 1. bulu yg tumbuh di dagu; 2. Jw dagu; ~ labium (Bio) janggut

berhampiran mulut (pd Artropoda spt udang dll); kebakaran ~ bp

dlm keadaan bingung; pak ~ ki orang Benggali; sebesar ~ udang

Kl ki perihal sedikitnya (halusnya) emas yg dipunyai;

berjanggut mempunyai (memakai) janggut; sungguh ~ tiada

berjubah prb tidak sempurna syarat.

janggut II; 1. ~ keli a) sj tumbuhan, geronggong semut; b) sj tumbuhan,

bongbong; 2. ~ rimau sj tumbuhan, bunga kawah; akar ~ baung sj

tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes polita; 3. rumput ~ ali

sj rumput yg tinggi, Panicum sarmentosum; rumput ~ kuau sj

rumput tinggi, rumput purun batu, rumput serai jantan, Fimbristylis

aestivalis;

jangka I 1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau

disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta

dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan

menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu

(suhu, arus elektrik, dll);

~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk

menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan

kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat

utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk

mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat

jangka masa atau tempoh hidup seseorang atau kegunaan sesuatu

(alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg

dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk

menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau

sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk

mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk

menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~

tekanan alat utk menyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan

gas alat utk menyukat tekanan gas, manometer; ~ tinggi alat utk

menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat

utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan menentukan jarak jauh;

~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hidrometer.

jangka II = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang

utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg

(agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu

siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa)

pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui

~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg

telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg

memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya

(masanya); tiada ~nya tiada batasnya (hadnya);

berjangka mempunyai jangka (waktu, rancangan); ~ panjang

(pendek) mempunyai ketentuan waktu yg lama (singkat);

menjangka, menjangkakan 1. menetapkan waktu (ukuran) atau

apa yg harus dikerjakan (dan masanya): pekerjaan itu dijangka

siap dlm masa satu tahun; 2. menduga, menyangka: hujan sudah

berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan;

jangkaan apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan: pertemuan ini

pun di luar ~ sama sekali.

jangka III harapan, niat, tujuan: ~ teman makan anak-beranak lepaslah;

menjangka mengharapkan: dia mencuba menenangkan fikirannya

itu dgn berbagai-bagai alasan yg dijangka dapat memujuk hatinya.

jangkah langkah: ~nya panjang;

menjangkah melangkah;

jangkahan gerakan kaki ketika menjangkah, langkahan: dia

mencepatkan ~nya utk sampai ke Sri Tanjung.

jangkak sj tumbuhan (pokok), jangkang betina, Xylopia ferruginea.

jangkang I = terjangkang berjalan dgn kaki terbuka luas, terkengkang,

terkangkang: perempuan itu jatuh ~;

menjangkang 1. berjalan dgn kaki terbuka luas, melangkah lebar-

lebar; 2. bp mati dgn kaki terkangkang.

jangkang II = ~ betina = ~ merah = ~ paya sj tumbuhan (pokok),

jangkak, Xylopia ferruginea; ~ paya sj tumbuhan (pokok), bunga

campa paya, merabung bukit, Vernonia javanica.

jangkap Jw ark genap, lengkap.

jangkar I akar yg bercabang-cabang di atas tanah (spt akar pandan,

bakau, dll); bakau ~ sj pokok bakau, Rhizophora mucronata.

jangkar II sauh.

jangkarit alat utk melukis bulatan yg besar.

jangkat I 1. bahagian yg cetek (di sungai) tempat orang menyeberang

(memandikan kerbau, dll); 2. cetek, dangkal: sungai-sungai ini

sudah menjadi cetek atau ~ hingga setiap kali turun hujan lebat

airnya melimpahi tebing.

jangkat II sj bakul.

jangkau; menjangkau 1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu:

dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat

tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~

sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk

mencapai maksudnya);

terjangkau 1. tercapai atau dapat (apabila dijangkau); 2. tertafsir:

dia cuba mencapai kebahagiaan yg ketinggiannya tidak ~ oleh

pemahaman;

jangkauan 1. hasil atau gerakan menjangkau: ia mengelakkan beg

suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd

alam kebendaan sahaja;

penjangkauan perbuatan menjangkau;

sejangkauan, sepenjangkauan sejauh dapat dijangkau dgn

tangan, jengkau, jingkau.

jangkerik sj serangga (spt belalang), cengkerik, keridik.

jangkih I; ~-mangkih tidak teratur, tidak keruan, jongkang-jangking.

jangkih II 1. tali yg digunakan utk menggalas ambung; 2. sj keranjang,

ambung;

menjangkih menggalas (menyandang) dgn ambung.

jangkir jari (kuku) burung dll yg letaknya di sebelah belakang.

jangkit; berjangkit, menjangkit 1. berpindah drpd seorang kpd seorang,

menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2.

mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya;

berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll);

keberjangkitan perihal berjangkit;

menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu

membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai;

menjangkitkan menularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan

menyuntik;

terjangkit dihinggapi penyakit dsb, dijangkiti, kejangkitan: umbai

yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu keadaan

yg diketahui sbg radang umbai;

jangkitan kejadian (penyakit dsb) berjangkit;

kejangkitan dihinggapi penyakit (yg berjangkit), ketularan: dia

takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit;

penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~

penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg

parah hingga boleh merugikan petani;

perjangkitan perihal berjangkit;

penjangkit yg menyebabkan berlakunya jangkitan, yg

menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini

mempunyai tempat biak yg tersendiri.

jangkung 1. sj burung yg berkaki panjang; 2. tinggi dan kurus serta

bongkok sedikit (badan orang);

jangkungan dua batang kayu (tongkat) yg bertakuk atau

mempunyai tempat letak kaki sbg tempat berdiri (permainan

kanak-kanak supaya menjadi tinggi).

jangla suka merayau, liar.

janguk Kl cantik, kacak, lawa;

berjanguk berhias, bersolek.

janik sj binatang laut spt teripang, kulitnya berduri-duri, babi laut.

janin (yg masih dlm kandungan) lembaga, mudghah (manusia) yg cukup

sifat.

janjang Mn tangga;

berjanjang 1. bertangga; 2. melalui tangga (naik atau turun); ~

naik, bertangga turun prb menurut darjatnya masing-masing,

menurut peraturan yg biasa.

janji 1. pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau

mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; menepati

~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~

membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, memungkiri

janji; sampai ~ dapat menepati (menunaikan) janji; 2. syarat,

ketentuan, tuntutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu,

tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya

meminta ~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal,

had, waktu; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati;

~ kosong janji yg dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan; ~ manis

janji yg mengandungi harapan yg indah-indah; ~ palsu janji yg

hanya bertujuan utk memperdayakan, mengelirukan atau menipu

orang; ~ temu janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di

tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb;

~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah

sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu

hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan);

berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah

saya;

menjanjikan 1. berjanji utk memberi (membuat dsb) sesuatu:

bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm peperiksaan itu;

2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya

(terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jambatan

yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat;

Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani;

memperjanjikan ark menjanjikan;

perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih,

permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~

perdagangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program

persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana

aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan

kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb)

mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab

suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil.

janka sj tumbuhan (pokok renek), manik-manik hutan, telinga rusa,

Lasianthus maingayi.

jannah, jannat Ar syurga, taman firdaus.

jannatunnaim Ar syurga yg nikmat.

jantan 1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang,

tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya

berbunga tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa

yg ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat

laki-laki (besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip;

embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau

perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau

soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas;

pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki

perempuan serta rendah akhlaknya;

berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn

orang laki-laki;

menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang);

kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi

lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu;

kejantan-jantanan seakan-akan jantan, spt jantan: kecantikannya

memukau semua orang, tetapi keletah ~nya itu mengurangi

keayuannya.

jantang I; berjantang, menjantang jelas kelihatan (bkn urat dll),

lantang.

jantang II; ark kaki ~ kaki bengkok (bkn kaki kuda).

jantayu jentayu

jantina jenis kelamin (laki-laki atau perempuan); dua ~ dua jenis

kelamin, pondan;

sejantina 1. (bagi tumbuh-tumbuhan) bunga jantan dan bunga

betina terdapat pd pokok yg berasingan; 2. (bagi binatang) benih

jantan dan benih betina yg dihasilkan oleh jenisnya masing-

masing;

kejantinaan keadaan jantina (sama ada laki-laki atau perempuan),

jenis kelamin: meminda perlembagaan utk menghapuskan beza-

membeza yg berdasarkan ~.

jantung I 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar

~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung;

~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~

hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~

paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~

tangan daging yg terdapat pd tangan.

jantung II; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia

hirta;

jantur I Jw ilmu sihir, sulap;

menjantur membuat sihir, menyihir, menyulap;

terjantur terkena sihir, tersihir, tersulap.

jantur II; janturan cerita (penjelasan) yg dilafazkan oleh dalang (dlm

permainan wayang kulit).

Januari bulan pertama dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.

janubi Ar; kutub ~ kutub selatan.

janur Jw daun kelapa muda.

jap I ark sempurna (cukup), rapat (anyaman dll), sudah menjadi satu,

sudah sepakat.

jap II bp menyuntik atau mencucuk jarum yg mengandungi dadah ke

dlm tubuh.

japuk, japu Jk sj ikan kecil, Osmerus eperlanus.

jara 1. bor, gerudi; 2. alat utk membersihkan kapas, busar;

menjara 1. membuat lubang dgn jara, menggerek; 2.

membersihkan kapas (dgn jara), membusar;

penjaraan 1. perbuatan (kerja, proses) menjara, penggerekan; 2.

perbuatan (kerja, proses) menjara (membusar), pembusaran.

jarab Ar sj kudis.

jarah I barang dll yg dirampas; duduk meraut ranjau, berdiri mengintai

~ prb dlm setiap pekerjaan harus diingati faedah akan diri sendiri;

menjarah merampas milik orang lain (dlm perang dll); ~-rayah

merampas, merompak, menyamun;

jarahan jarah, rampasan; anak ~ anak rampasan;

penjarahan perbuatan menjarah;

penjarah 1. orang yg merampas; 2. suka merampas: tiada

dinafikan ada juga bangsa ~ di situ.

jarah II; berjarah Sr bersalam dgn orang tua-tua (dgn cara mencium

tangan dan kepala lutut pd masa perkahwinan).

jaraih; ~ lau Kd bekas (bakul anyaman) utk mengisi padi.

jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb:

kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari

bulatan;

~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh

pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di landasan;

~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan

jarak yg membolehkan seseorang yg normal pelihatannya melihat

sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara

pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur perbezaan umur; ~

serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau

berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-

kasihan;

berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, berenggang: rumah-rumah

itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2.

terpisah, menjauhi;

menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah:

kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-

cahaya berwarna akan lebih ~;

menjaraki 1. membuat berjarak; 2. menjauhi;

menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu

hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman;

terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr;

penjarakan perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan,

perenggangan.

jarak II 1. sj tumbuhan (pokok renek, buahnya dibuat minyak), Ricinus

communis; minyak ~ a) minyak yg dibuat drpd buah jarak pagar

(biasanya utk pelita dsb); b) = ~ benggala minyak utk mencuci

perut; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha spp.; ~ belanda

(keling, melaka, pagar putih) sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha

curcas; ~ cina sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha multifida.

jaram = penjaram, jaraman benda (air daun-daun kayu dll) yg

digunakan utk menyejukkan kepala (apabila demam atau sakit

kepala);

menjaram menyejukkan kepala dgn air daun-daun kayu dll.

jaran I Jw kuda.

jaran II; ~ goyang sl sj jampi (mantera).

jaran III; pohon ~ Jw sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan utk

makanan kambing).

jarang I 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya

dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. =

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~

berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~

datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

menjarangkan 1. = memperjarang membuat supaya jarang

(renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap

atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak;

penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) menjadikan renggang atau

bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap

(tidak selalu).

jarang II; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp.

jarang III Mn; menjarang memasak air; jerang.

jarang-jarang; daun ~ sj tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang,

Cyathula prostrata.

jaras I berkas, ikat, kebat (benda-benda yg panjang);

menjaras 1. mengikat menjadi segabung (seikat, seberkas); 2.

mengatur serta menyusun baik-baik (rambut dll).

jaras II sj bakul yg dianyam jarang-jarang (utk membawa buah-buahan

dll); ~ dikatakan raga jarang prb orang yg mencela orang lain

padahal diri sendiri ada celanya juga.

jarem Jk masih terasa sakit (pd bekas dipukul, bekas luka, dll).

jargon bahasa khusus yg digunakan dlm bidang tertentu: perdebatan dgn

~ yg aneh-aneh yg menjadikan rakyat kebanyakan berasa semakin

jahil; ~ politik.

jari I 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya

telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari

kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan

panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya

mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg

mempunyai rupa spt jari;

~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu

(malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang

(letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ kelengkeng = ~ anak

(renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari

tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd

daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari

tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~

telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu;

~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg

lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~

kecewa;

penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat

muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada.

jari II; ~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang

betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg

memanjat, Trichosanthes wallichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba),

beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica.

jari III; ~ lima sj binatang laut (spt bintang berpenjuru lima).

jariah I Ar hamba perempuan.

jariah II Ar; amal ~ amalan baik yg memberi manfaat kpd pelakunya

hingga ke akhirat.

jariamun (Sumatera) sj tumbuhan (herba laut), deringan (jerangan,

jeringan) laut, Enhalus acoroides.

jari-jari 1. kisi-kisi (jerjak) pd pintu atau jendela; 2. besi (kayu) yg

menghubungkan pusat dgn lingkaran; 3. jejari.

jariji ark jari.

jaring benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt menangkap ikan,

burung, dsb, juga digunakan dlm permainan dll); menahan

(merentang) ~ memasang jaring;

jaring-jaring jala-jala; ~ bahu Id bahagian dada di bawah bahu;

menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: dia ~ ikan di sungai

itu; ~ angin prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;

menjaringkan memasukkan sesuatu ke dlm jaring: dia telah dapat

~ empat gol;

terjaring termasuk (dlm) jaring, termasuk perangkap, tertangkap;

jaringan 1. sesuatu yg menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-

bahagian hidupan yg terdiri drpd sel-sel yg serupa (tela); ilmu ~

tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yg telah masuk (dlm)

jaring;

penjaringan perbuatan menjaringkan;

penjaring orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak.

JARING akronim bagi Joint Advanced Research Integrated Networking

(iaitu sistem perangkaian komputer yg dikendalikan oleh MIMOS).

jaro Jk buluh (yg dilubangi) utk tiang pagar; pagar ~ pagar drpd buluh

yg dipancang-pancang.

jaru jaharu.

jarum I 1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang

(tempat memasukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian

mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda

tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk,

menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~

kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg

halus: Presiden Nasser pula memainkan ~nya mengenai

pengiriman senjata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel;

~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni

(karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk

membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~

panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg

menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju

dll; ~ tisik jarum utk menisik;

~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; bagai

tuntung ~ dilaga prb tidak tetap (lekas berubah, rosak, dll); lulus ~,

lulus kelindan prb kalau kehendak pertama itu tercapai, kehendak-

kehendak lain akan menurut; mengadu hujung ~ prb melakukan

sesuatu pekerjaan yg sangat sulit; mengenakan (memasukkan,

menjalankan) ~ halusnya prb melakukan tipu daya secara halus utk

mencapai sesuatu maksud;

jarum-jarum jarum penunjuk pd alat timbang;

berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik;

menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum;

2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi,

rambut);

menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya

lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan

cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan;

terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus);

jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman

barua, muncikari.

jarum II; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu tajam, segading jantan,

meroyan, Ixora grandifolia; ~ merah sj tumbuhan (pokok renek),

mata pelanduk, kepayang air, Ixora arguta; bunga ~ sj tumbuhan

(pokok), jarum-jarum, gading-gading, Pavetta indica; rumput ~ sj

rumput yg buahnya tajam-tajam.

jarum-jarum = jejarum ~ merah sj tumbuhan (pokok), jejarum merah,

menjarum merah, siantan hutan, Ixora concinna.

jarwa Jw ark terjemahan ke dlm bahasa Jawa Baru drpd bahasa Jawa

Kuno (Kawi).

jas IB = baju ~ baju yg digunting mengikut potongan Eropah; jenis-

jenisnya: ~ buka; ~ hujan; ~ tutup.

JAS kep Jabatan Alam Sekitar.

jasa pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap

nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua;

berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti;

wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c)

upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg

digunakan utk menyelesaikan sesuatu perkara;

berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil,

berfaedah, berharga;

menjasai ark menghargai;

keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh.

jasad 1. tubuh atau badan (manusia) yg wujud (sbg lawan roh): hanya

~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isterinya

di kampung; 2. Ar tubuh atau badan yg tidak bernyawa lagi: ~nya

terbujur di perbaringan; 3. (Fiz) sesuatu yg wujud yg boleh

dipegang atau dilihat: meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas;

~ hitam (Fiz) objek hipotetikal yg dapat menyerap semua haba atau

sinaran cahaya yg mengenainya; ~ renik ark benda hidup yg kecil-

kecil; ~ samawi objek di langit di sebelah luar lapisan atmosfera

bumi, iaitu matahari, bulan, bintang, planet dan satelit masing-

masing, meteor, komet, nebula dan galaksi luar yg dapat dicerap.

jasadi Ar mempunyai sifat jasad, perihal jasad.

jasmani Ar 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn

rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan;

kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau

benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sahaja

akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga

akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral.

jasmaniah Ar kejasmanian: walaupun secara ~ manusia itu terikat,

namun secara rohaniah ia bebas.

jasper sj kuarza legap yg berwarna merah, hijau tua, coklat atau kuning.

jata lambang kebesaran negeri atau negara: ~ kebesaran negeri

Terengganu.

jatah Id jumlah yg diperuntukkan bagi sesuatu maksud (spt barang yg

harus dikirim ke suatu tempat, orang yg boleh naik haji pd tahun

tertentu, dll).

jati I = sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik

Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka;

Hamidah seorang wanita ~;

kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini

diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah;

Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi

kenyataan jujur ataupun asli;

penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll);

~ awak, kepantangan orang prb perihal orang yg mempunyai

pendapat yg bertentangan dgn pendapat orang ramai; ~ bulan, padi

rebah prb sesuatu yg selalu dicita-citakan.

jati II sj tumbuhan (pokok) yg kayunya baik utk dibuat perkakas rumah

dll, Tectona grandis; hutan ~ hutan yg terdiri drpd pokok jati; ~

bukit sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; ~

laut sj tumbuhan (pokok), se(n)tada, Podocarpus polystachyus.

jati diri sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa,

budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian

seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti: pembinaan

negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan ~ bangsa dan

semangat patriotik yg utuh; pengisian program kebudayaan ini

penting bagi membentuk sahsiah dan ~ belia masa ini.

jatik; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), cematung merah, medang manik,

Elacocarpus jackianus.

jatuh 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur,

luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, tersungkur,

tertiarap); pandai ~ dapat mengelakkan celaan (kritikan dll); 2.

menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata

wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah

matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, bertepatan dgn,

tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet,

dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak

berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6.

bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7.

tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8.

tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke

tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~

di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);

~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki

maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu

jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain

yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~

colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih

(cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~

ke atas memperoleh keuntungan (naik pangkat dll); ~ ke bawah ki

turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh

dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a)

memperoleh kesenangan (kekayaan dll); b) walaupun mendapat

kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~

merek Id mendapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi

miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi

pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~

tempoh sudah lewat tempohnya (waktunya);

~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab

(tidak) diminta (diharapkan); biar ~ terletak, jangan ~ terhempas

(terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih

baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan

kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang

juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-

turut;

berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll);

dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan

tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba;

menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu,

nanti ~ tanaman;

menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn

sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan

(nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa

cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan,

menumbangkan: parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan

dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll);

5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu;

ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-

penyokong komunis;

~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap

sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak

menceraikan (isteri); ~ tangan kpd menghukum, menangani;

terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja);

~ dihimpit jenjang prb berturut-turut mendapat kesusahan;

kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh

PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg

jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan).

jauh 1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~

perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg

besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka

datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke

Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~

lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini;

~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~

drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut

malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas

pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya;

~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll)

berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling

berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak

dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu

sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~

menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap

besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawaban atau

sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak

tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh

mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~

maka dipanggil prb telah terlambat;

sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had

mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang

dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata;

jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada

sesiapa pun boleh mengganggumu;

berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-

mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati;

b) segan-segan;

berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah

mereka tidak ~ antara satu sama lain;

berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak

berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara

dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari:

mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh;

menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh);

menjauhi menjauhkan diri drpd, menghindari: orang kampung

berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya;

menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan,

menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya

itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~

bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan

(menyisihkan) diri;

kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di

~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh.

jauhar Ar 1. sl permata, intan; 2. ark mani, benih manusia.

jauhari Ar 1. sl tukang (saudagar) permata; 2. cerdik pandai, ahli;

~ juga yg mengenal manikam prb hanya orang yg bijak sahaja yg

mengetahui tentang keelokan ilmu.

jaundis (Ubat) penyakit yg menyebabkan kekuningan pd kulit dan mata

putih akibat meningkatnya pigmen hempedu di dlm darah.

jaur; berjaur Sr pergi ke mana-mana tanpa arah tujuan: ibu selalu

memarahi kakak kerana suka ~ dr pagi hingga ke petang.

jawa I; gula ~ gula kelapa; tembakau ~ sj tembakau dr Jawa.

jawa II; asam ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Tamarindus indica.

jawa III; burung ~ sj burung, Aceros plicatus subruficollis.

jawa IV Kl antara mahu dgn tidak.

Jawa V 1. peribumi atau penduduk asli Pulau Jawa, Indonesia; 2. orang

yg mempunyai darah keturunan peribumi dr Pulau Jawa;

kejawaan hal (ciri atau sifat) yg berkaitan dgn atau

memperlihatkan keperibadian orang Jawa: suatu kelompok

masyarakat yg masih kental ~nya.

jawab balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~

pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai

perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb);

berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih

belum ~ lagi;

menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak

~ sepatah pun;

terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat

diberikan jawabannya atau penjelasannya;

jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya

dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau

keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm

ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg

berikut;

penjawab orang yg menjawab: sepuluh soalan yg meminta ~

mengenal jenis-jenis kata.

jawang sj binatang, biawak pohon; jiawang.

jawat jabat, pegang;

sejawat 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan,

sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya,

Perdana Menteri Jepun;

berjawat berjabat, berpegang; ~ tangan berjabat tangan,

bersalaman;

menjawat 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2.

menyambut, menerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir;

3. menjabat, menerima sesuatu kedudukan atau pelantikan dan

menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia

anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal

terbang;

jawatan 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas

seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik,

Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian

sejak lima tahun yg lalu; meletakkan ~; 2. sl tanda atau alat

kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana,

bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id

bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg

berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg

dipegang (dibawa dll);

~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan

pemeriksaan timbangan dll);

sejawatan sama jawatan: rakan ~;

berjawatan 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~

kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi;

perjawatan (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan

(pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan

Perkhidmatan Awam;

penjawat sl 1. penjabat, pemegang jawatan; ~ istana pekerja

(pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di

istana.

jawatankuasa sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk

melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia;

~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan

tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg

dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti,

biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil

jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk

menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil;

~ pemandu jawatankuasa yg berfungsi menentukan tertib kegiatan

tertentu serta mengawasi arah perjalanannya agar mencapai

matlamat yg dikehendaki.

jawawut Jw sekoi, Panicum viride.

jawen (jawén) Id; Quran ~ ark terjemahan kitab Quran; Jawi II.

jawi I lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi;

bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan

ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa

berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb

sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu

ditimbangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb

orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong

oleh adat.

Jawi II Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan

India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa

huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu;

masuk ~ berkhatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut);

tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi;

menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke

dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi:

rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi;

penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah

kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan

Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan

tulisan Jawi.

JAWI akronim bagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

jawi-jawi sj tumbuhan (pokok), beringin, kelat sega, Ficus benjamina.

jawil Jw; menjawil mencolek, menggamit, menyentuh dgn jari (supaya

mendapat perhatian).

jaya 1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. =

berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~;

berjaya beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil: tidak

ada harapan cita-citanya akan ~;

menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu

memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan;

kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah

mendapat ~ dlm pelajaran barulah hal rumah tangga

dirancangkan.

jayeng (jayéng) Jw, sl menang (atas); ~ seteru menang atas musuh.

jaz muzik yg kuat dan rancak yg berasal drpd kalangan orang Negro di

Amerika Syarikat: pancaragam ~.

jazam Ar tanda baca yg dipakai utk huruf Arab (º) diletakkan di atas

huruf konsonan utk menunjukkan bahawa huruf itu mati (tidak

dibunyikan lagi);

menjazamkan 1. memotong, mengerat, memenggal; 2.

memutuskan, menentukan: segala harta dan hak kepunyaanku

telah kujazamkan, iaitu kuserahkan supaya dibahagikan dua

pertiga daripadanya kpd Puan Normah.

jazbah Ar keadaan diri yg sedar bahawa Allah mendahului segala-

galanya apabila melihat sesuatu.

jazirah Ar semenanjung: ~ Arab.

JB kep Johor Baharu.

jean (jin) seluar panjang drpd kain yg tebal dan tahan lasak, dan dipakai

secara kasual;

berjean memakai jean: dia ~ biru dan berbaju batik.

jebah ark lebar (bkn muka).

jebah (jébah); berjebah banyak sangat, berlebih-lebihan: nelayan-

nelayan nampaknya riang benar hari ini kerana ikan ~.

jebai ark; berjebai berserak-serak, tidak teratur.

jebak I = jebakan 1. sj alat (sangkar) utk menangkap burung (binatang

dll), perangkap; 2. muslihat utk menipu (menggoda dll); memasang

~ memasang perangkap, memikat utk menipu (menggoda dll)

orang;

menjebak menangkap dgn jebak, memikat utk menipu (menggoda

dll): ~ burung;

terjebak 1. termasuk ke dlm perangkap (jebak), terperangkap,

terpikat; 2. ki terperangkap atau tercebur ke dlm sesuatu keadaan

yg tidak baik (keji, mengongkong, dsb);

penjebakan 1. perihal menjebak; 2. tempat utk memerangkap

musuh dll;

penjebak 1. orang yg menjebak; 2. alat utk menjebak.

jebak II Kl; berjebak-jebak 1. meleleh keluar; 2. terlampau banyak.

jebang perisai panjang (drpd kayu yg dilapisi dgn kulit).

jebat kesturi; musang ~ sj musang yg menghasilkan kesturi, musang

kesturi;

jebat-jebatan berbagai-bagai jenis bau-bauan yg harum.

jebeh (jebéh) Kl; menjebeh mengerutkan mulut utk menghina orang.

jebeng (jebéng) Kl, Tr bauk, cambang.

jebik; menjebik menyorongkan bibir bawah ke depan (spt hendak

menangis);

terjebik spt hendak menangis (muka): dia ~ apabila emaknya

melarangnya pergi menonton.

jeblok Jk; kejeblok terperosok ke dlm lumpur.

jeblos Jk; menjebloskan 1. memasukkan ke dlm lubang dgn kuat-kuat

(dgn menggunakan paksaan dsb); 2. ki memasukkan ke dlm

penjara;

terjeblos, kejeblos 1. terperosok; 2. ki termasuk perangkap,

terjebak, tertipu.

jebol Jk rosak, tembus;

menjebol merosakkan (pintu dll), menembus;

menjebolkan menyebabkan jebol (rosak, tembus), menembuskan.

jebrol Jk; menjebrolkan 1. melahirkan (anak); 2. ki menerbitkan,

mengeluarkan.

jebuh sj ikan laut, Dussumieria spp.

jebung; ikan ~ sj ikan laut, Abalistes stellatus.

jebur Jk cebur;

menjebur mencebur (terjun ke dlm air).

jed (jéd) sj batu bernilai, biasanya berwarna hijau, yg dijadikan barang

hiasan dan barang kemas.

jeda 1. waktu rehat: sampai waktu ~, belum ada kalah menang; 2. =

berjeda berhenti sebentar; tidak ~ tidak putusnya, tidak henti-

hentinya; 3. masa antara dua peristiwa atau tindakan.

jeding I Jw tangki (air).

jeding II Jk melentik ke atas (bkn bibir).

jegang 1. tegang, kaku, liat; 2. mati keras.

jege (jegé) Kd membeliakkan mata (kerana marah dll).

jegela Pr; orang ~ pelawak, badut.

jegil; menjegil membeliak, membelalak (mata): Minah ~, Bujal

terperanjat;

menjegilkan membeliakkan, membelalakkan (mata): Yusof ~

matanya ke arah murid-murid;

terjegil terbeliak, terbelalak;

jegilan bukaan mata yg besar: Mak Munah terkejut melihat ~ mata

Wak Sudin.

jegung petak di buritan kapal tempat menyimpan tali (layar dll).

jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang),

bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2.

injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau

(hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut)

panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung)

hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-

mula menginjak tanah; bertikam ~ hampir seimbang (sama), hanya

sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~

orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh

perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan

(perbuatan yg kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan

pekerjaan yg sia-sia;

berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di

lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi;

menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll),

menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi:

inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia;

menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah,

mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang

Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris,

India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak

(pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat,

menyelidiki;

menjejakkan menginjakkan (kaki);

penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani):

alat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal

isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser.

jejak II Jk 1. lurus, tegak (tidak condong); 2. teratur baik, tetap (tidak

berubah-ubah).

jejaka anak lelaki yg telah dewasa (tetapi belum berkahwin), (orang)

bujang, pemuda.

jejal; berjejal, berjejal-jejal penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat:

di seberang sana kelihatan motokar ~;

menjejal, menjejali menyumbat, mengisi (lubang dll) dgn penuh,

menutup lubang (celah-celah) dgn sesuatu, memenuhi: setiap tanah

lapang dijejali dgn rumah-rumah kediaman;

terjejal disumbat dgn penuh: tambahan yg ~ pd lubang paip itu.

jejala jala-jala; jala I.

jejamang jamang (sj perhiasan).

jejambat jalan raya yg dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan

lain spt jambatan: ~ yg merentangi jalan kereta api itu penuh

sesak.

jejamu jamu-jamu (sj tumbuhan).

jejantas jambatan (di atas jalan raya) utk pejalan kaki melintas jalan.

jejap jijik.

jejari 1. bilah besi yg menghubungkan pusat roda dgn rim, terutamanya

basikal: ~ basikal; 2. garis lurus dr pusat ke keliling bulatan;

~ atom a) jarak di antara nukleus atom dgn elektron valens atom

tersebut; b) jarak yg merupakan setengah jarak di antara nukleus

dua atom yg serupa; ~ ikan kepingan daging ikan tanpa tulang yg

berbentuk empat segi bujur dan disaluti serbuk roti, biasanya

dipanggang atau digoreng; ~ ion nilai jejari bagi ion dlm pepejal

ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera

dan bersaiz tertentu).

jejarum = ~ merah sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, Ixora

concinna.

jejas 1. luka sedikit, lecet, relas: jangankan terbelah, ~ pun tidak; 2. =

berjejas rosak (punah, haus, binasa) pd barang spt kain baju dll,

menunjukkan tanda atau kesan kerosakan: baju awak ini sudah

lama, tetapi tidak juga ~;

menjejaskan 1. melukakan, merosakkan: tidak seorang lelaki pun

yg pernah ~ hatinya; 2. mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak

baik pd, merosakkan: peristiwa itu tidak sedikit pun ~

perhubungan mereka;

terjejas (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik: mungkin

disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~

walaupun telah 29 tahun mereka bersama;

jejasan perihal jejas (luka dll);

penjejasan perihal menjejaskan: dgn ~ itu, keamanan dan

kedamaian telah hilang.

jejawat orang yg membawa barang hantaran semasa istiadat (spt istiadat

bercukur dll) di istana.

jejawi sj tumbuhan (pokok), jawi-jawi, Ficus benjamina.

jejeh (jéjéh); berjejeh menitik banyak-banyak (bkn benda yg cair tetapi

agak pekat spt darah dll).

jejenang jenang.

jejentik jentik-jentik.

jejer (jéjér) banjar, baris, deret, jajar;

berjejer berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur): motokar-

motokar ~ di jalan raya itu;

berjejeran berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke

restoran;

menjejeri terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh

rumah-rumah nelayan;

menjejerkan mengatur berderet-deret (berbaris): ia ~ barang

dagangan di atas bangku;

jejeran deretan.

jejuang juang-juang.

jejunektomi (jejunéktomi) (Ubat) pembuangan jejunum atau sebahagian

drpd jejunum secara pembedahan.

jejunitis (Ubat) radang pd jejunum.

jejunoileitis (jejunoiléitis) (Ubat) radang pd jejunum dan ileum.

jejunum (Bio) bahagian usus kecil yg terletak di antara duodenum dgn

ileum.

jejurai sj hiasan yg berjurai-jurai yg dipakai pd rambut: pengantin

perempuan Acheh juga memakai sanggul lintang dgn bunga

goyang dan ~.

jek (jék) alat utk menaikkan atau mengangkat benda berat (spt kereta dll),

bicu, dongkerak, pengumpil;

mengejek 1. menaikkan atau mengangkat benda yg berat (spt

kereta dll) dgn jek, mendongkerak, mengumpil: dia sedang ~

keretanya; 2. ki mengampu, membodek.

jekat ark zakat.

jel (jél) penjara; kena ~ dimasukkan ke dlm penjara; masuk ~ bp

menjalani hukuman penjara;

mengejel memasukkan ke dlm penjara: orang itu dijel dua

minggu.

jela (jéla); berjela, berjela-jela tergantung terayun-ayun, berjuntai-

juntai: janggutnya ~ sampai ke tanah; ~ panjang panjang meliuk-

liuk;

terjela 1. terjuntai-juntai, terayun-ayun; 2. terbaring di tanah (spt

mayat).

jelabak; terjelabak roboh, runtuh, pecah berselerak.

jelabas = mulut ~ lepas cakap, suka berleter, suka mengatai orang.

jelabir jabir.

jeladan sj burung, jelatik.

jeladeri sl lautan.

jelaga debu hitam dlm asap atau yg ditinggalkan asap pd permukaan

sesuatu, sulang asap, arang lampu, arang para;

berjelaga diselaputi jelaga;

menjelagakan menjadikan (menyebabkan) berjelaga.

jelah I ark cerah, banglas, jernih, terang.

jelah II; menjelah menangkap burung (dgn menggunakan getah atau

jaring).

jelai I sj tumbuhan (bijinya keras dibuat tasbih dll), Coix lachrymajobi;

enjelai.

jelai II sj jem drpd buah-buahan (dimakan dgn roti dll).

jelajah I; menjelajah pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk

menyelidik dll);

menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll)

sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~

seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki

roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah

dipertingkatkan;

penjelajahan perihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal

terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik;

penjelajah 1. orang yg menjelajah: Amundsen ialah seorang ~

kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu

besar tetapi laju.

jelajah II Mn; menjelajahkan menerangkan, menghuraikan.

jelak I bosan, jemu, kenyang, puas (makan dll); jemu ~ sangat jemu;

terjelak kekenyangan.

jelak II; menjelak Kl, Tr mencuri, melakukan sesuatu secara diam-diam

(dr belakang dll).

jelalat Jk; sejelalat sekejap (mata);

jelalatan memandang sekeliling dgn liar.

jelamprang, jelamperang Jw; kain ~ sj kain panjang.

jelan Kd; menjelan menjelir (lidah).

jelanak I; menjelanak merayap dgn menghendap, menyelinap (di antara

pohon-pohon dll), menyorok.

jelanak II Kl muntah.

jelang I; menjelang 1. datang berkunjung (menengok), menghadap (raja,

orang besar): dia sentiasa sibuk sehingga tidak ada masa utk ~

tetangganya; itulah sebabnya yg membuat Nakhoda Muda pergi ~

Pangeran Kusumaningrat itu; 2. hampir, sudah dekat (bkn waktu,

malam, siang, dll): ~ tengah malam barulah kami sampai di

kampung penghulu itu; 3. menghadapi, menyambut, menyongsong:

~ hari raya; 4. kepada, menghadap (pd alamat surat); 5. melihat,

menatapi: ~ bulan melihat anak bulan pd akhir puasa.

jelang II Mn cair, encer.

jelangak; menjelangak 1. mengangkat kepala ke atas, menengadah,

mendongak: beberapa orang yg berada berhampiran dgn

Jambatan Aioi ~ ke angkasa; 2. Kd tidak begitu cermat

(memandang sewaktu berjalan, melakukan sesuatu).

jelantah I nasi yg kurang masak (setengah mentah).

jelantah II minyak kelapa yg sudah dipakai utk menggoreng.

jelapak Mn; berjelapak, berjelapakan 1. berkaparan di sana sini,

berserak-serak; 2. jatuh ke belakang (terlentang);

terjelapak 1. terkapar, terserak-serak; 2. terlentang.

jelapang tempat menyimpan padi, rengkiang; ~ padi ki kawasan yg

banyak menghasilkan padi.

jelar ark; menjelar 1. menjalar; 2. rebah membujur (memanjang).

jelas I 1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur

(mengelirukan dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya;

keterangan yg diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres

(pekerjaan, hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini;

hutangnya di kedai itu masih belum ~;

sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan

diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd

mereka;

berjelas-jelas berterang-terang, tidak bersembunyi-sembunyi: aku

ini hendak ~ dahulu sebelum aku sampaikan amanat orang;

menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut);

menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan

(sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan):

seorang pegawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru

diluluskan itu hanyalah utk sementara waktu sahaja; 2.

menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll),

menghabiskan, membereskan: dia sekarang bercermat-cermat

kerana hendak ~ harga motokar itu;

memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn

memberi dua contoh;

kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~

imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting

bagi borang dan penerangan yg disertakan;

penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~

sebab-sebab perbuatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan,

pembayaran hutang, dll);

~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah

~ (Eko) tempat menyelesaikan pembayaran cek dll antara bank;

penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan

(hutang dll): wang ~ hutang.

jelas II sj tumbuhan (pokok), bidara merah (pahit), lempedu pahit,

Enrycoma longifolia.

jelat Kl; jauh ~ jauh sangat.

jelata; rakyat ~ rakyat biasa (bukan drpd golongan bangsawan atau

hartawan);

menjelata ark melata; lata III.

jelatang 1. = ~ api = ~ gajah sj tumbuhan (pokok yg daunnya gatal),

Laportea stimulans; ~ ayam sj tumbuhan (herba), Fleurya

interrupta; ~ rusa sj tumbuhan (pokok memanjat), Cnesmone

javanica; akar ~ bulang sj tumbuhan (pokok memanjat),

Sphaerostyli malaccensis; 2. ki pengacau, penghasut; ~ darat Kl

perosak masyarakat, lintah darat; ~ negeri pengganggu keamanan;

~ di hulu air prb perkara yg selalu menyusahkan.

jelatik sj burung pipit jawa (warnanya kebiru-biruan), Lochura

leucogastroides.

jelatuh Kd tempuni.

jelatuk belatuk.

jelau ark; menjelau menjenguk.

jelawai sj tumbuhan (pokok), Terminalia subspathulata; ~ bukit sj

tumbuhan (pokok), tembatu, Neoscortechinia kingii.

jelawardi ark lazuardi.

jelawat sj ikan darat, Leptobarbus hoevenii.

jelebat sj ikan laut, Setipinna taty.

jeleber (jeléber) I; berjeleber 1. berkedut sangat dan berjuntai (kulit

orang yg sudah tua dll); 2. terburai, berumbai (kain dll).

jeleber (jelébér) II; berjeleber Kl mengumpat.

jelejeh (jeléjéh); berjelejeh, menjelejeh meleleh (air liur dll), menjejeh;

menjelejehkan menyebabkan menjelejeh.

jeleket (jelékét); menjeleket melekat (bkn kertas, kelopak mata, dll);

jeleketan (Fiz) tarik-menarik sesama molekul sesuatu benda;

kejeleketan keadaan jeleket.

jelempah; menjelempah bergelimpangan, terlantar di mana-mana.

jelengar; menjelengar, terjelengar memandang dgn kehairan-hairanan:

dlm berjalan itu, sentiasa ia terjelengar-jelengar, memandang

berkeliling dgn hairan.

jelentik; menjelentik menjentik, mengetil.

jelepak; menjelepak; putih ~ sangat putih; lepak I.

jelepak (jelépak) jelepok.

jelepek (jelepék) Kl terkulai kerana tinggi dan lembik.

jelepok (jelépok); menjelepok, terjelepok jatuh terduduk, jatuh tersila:

mereka duduk ~ akibat keletihan.

jeleweh (jeléwéh) terjuntai (bibir), juih.

jeli Jk elok dan bercahaya (mata).

jeli (jéli) sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg

separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-

ubatan, kosmetik, dsb.

jeligur Jw hampas kopi.

jelik buruk, hodoh, jahat, tidak baik: kelakuannya ~;

menjelikkan memburukkan: jangan selalu ~ kawan;

kejelikan keburukan: karya Ibrahim Omar ini menampakkan ~

hidup manusia Melayu di kota-kota.

jelilatan Jw jelalatan; jelalat.

jelimpat ark; menjelimpat menyimpang dr jalan (arah yg dituju).

jeling pandangan dgn ekor mata, kerling;

menjeling memandang dgn ekor mata, mengerling: tidak ada

antara mereka yg memandang, kalau ada pun sekadar memalis

dan ~;

jelingan kerlingan.

jelingah Kl gatal, biang (disebut utk perempuan sahaja).

jelir; menjelir, terjelir keluar sedikit lidah dll: lidahnya terjelir sedikit;

menjelirkan mengeluarkan (lidah dll): tenggiling ini boleh ~

lidahnya keluar dgn panjang.

jelira puas (bkn makanan, minuman, dll), meresap ke segenap anggota

tubuh.

jelit ark; menjelitkan mencantumkan, menyisipkan.

jelita I cantik, elok, molek: dr tingkap rumahnya itu dia dapat melihat

seorang gadis ~ sedang menunggu bas;

kejelitaan perihal jelita, kecantikan: dia terpesona dgn ~ gadis

kampung itu.

jelita II sj tumbuhan (herba), kancing baju, Corchorus capsularis.

jelitawan gadis (wanita) yg jelita.

jeliti sj tumbuhan (pokok), membatu, terak, Planchonella oxyedra.

jelma; menjelma 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang

yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia,

binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm

hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll):

ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya

sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini

menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi

makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~

menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu;

menjelmakan ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan

sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya;

2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis

muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu;

terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu),

tercipta, terwujud;

jelmaan sesuatu yg telah menjelma; hasil drpd menjelma;

batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah bentuknya (rupanya dll)

akibat kuasa matahari dan air serta udara dll;

penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh

atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia

berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal

masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio)

perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu:

perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil

~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan:

sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris

yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita:

novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya.

jelopong Tr comot, kotor: baju kamu kenapa sampai habis ~.

jelu I Jk berasa kesal, sebal hati.

jelu II; ~ masak pisang, sj binatang mamalia (spt memerang), pulasan

tanah, Mustela nudipes.

jeluak; menjeluak 1. berbunyi sewaktu hendak muntah, muntah (kerana

terlalu kenyang); 2. Kl melimpah (air).

jeluang sl kertas atau kain yg dibuat drpd kulit kayu.

jeluas Kl, Tr; berjeluas berlumuran (dgn kotoran, darah, dll).

jeludu; menjeludu bergerak di air (kapal, perahu, itik, dll).

jelujur I jahitan tangan yg jarang dan tidak dimatikan, jahitan sementara;

~ halus sj jahitan yg digunakan apabila membuat kelim panjang pd

kain lembut (dibuat sebelah dlm atau luar); ~ sementara sj jahitan

sementara utk menetapkan kelim di tempatnya sebelum kelim itu

dijahit (dibuat sebelah dlm atau luar);

menjelujur membuat jelujur, menjahit jarang-jarang (dgn tidak

mematikan jahitan).

jelujur II kayu atau buluh yg dipasang mendatar utk menutup pintu

pagar (kandang dll).

jeluk 1. dalam (bkn mangkuk, pinggan, dll); 2. Kl besen.

jelum; berjelum = mandi ~ menyapu air (tidak disiram) pd tubuh;

menjelum membersihkan tubuh dgn menyapu air pd tubuh.

jelungkap; menjelungkap 1. terlepas drpd ikatan atau pasangan,

terkobak dan tidak melekat lagi; 2. melenting kemudian lurus

kembali (buluh dll yg dilengkokkan).

jeluntung penyakit cacar air.

jelunut I Mn; menjelunut pekat, kental, melekat.

jelunut II 1. sj tumbuhan (pokok renek), Columbia serratifolia; 2. sj

tumbuhan (pokok), cenderai hutan, medang gajah, Commerosia

bartramia.

jelur; ~-jelir menjelir berkali-kali.

jelurai sj kuih yg menyerupai jala.

jelus Jk cemburu;

menjeluskan 1. mencemburui; 2. menyebabkan iri hati.

jelut Jk; menjelut 1. berasa sakit (perut); 2. ki kesal, sebal.

jelutung sj tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan

(pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok),

Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang,

kemunting), Daemonorhops geniculatus.

jeluwek (jeluwék) Kl muntah.

jem Jk, bp jam.

jem (jém) sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan yg dimasak dgn gula

hingga likat (biasanya disapu pd roti, biskut, dsb).

jemaah Ar 1. kumpulan orang beribadat; ~ haji rombongan orang naik

haji; 2. orang ramai, perjumpaan ramai;

~ menteri badan eksekutif yg terdiri drpd para menteri, yg secara kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan, kabinet; J~ Pemangku Raja badan yg dilantik utk menjalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dlm negeri ataupun raja tiada upaya;berjemaah beramai-ramai, bersama-sama: sembahyang ~.

jemah I kelak, kemudian; di akhirat ~ di akhirat kelak; kelak ~ kemudian

kelak, di kemudian hari; tidak ~ tidak pernah.

jemah II Kl, Tr; beras ~ beras biasa (bukan pulut).

jemala sl kepala; batu ~ batu kepala, kepala; di atas ~ di atas kepala.

jemalin jurumalim, jurumudi.

jemang Mn; sejemang sebentar.

jemari = jari-~ anak-anak jari.

jemawa sl 1. angkuh, congkak, sombong; 2. suka mencampuri hal orang

lain;

kejemawaan 1. keangkuhan, kecongkakan, kesombongan; 2.

perihal suka mencampuri hal orang lain.

jemba I = jembaan ukuran yg panjangnya lapan hasta atau 3.66 meter.

jemba II; menjemba Mn meluruskan tangan hendak mencapai sesuatu;

dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam prb

mengatur sesuatu (pekerjaan dll) supaya berhasil baik;

menjembakan meluruskan (tangan): dijembakannya tangannya

akan meraba; jeremba.

jemba III Tr 1. tiba, datang; 2. menerpa, menerkam: apabila ternampak

saja tikus, kucing jantan saya terus ~.

jembak; menjembak, terjembak-jembak terurai dan terjela-jela

(rambut budak yg panjang dll).

jembalang sj hantu (hantu tanah) yg kadang-kadang merupakan diri spt

rusa (kerbau dll).

jembel (jémbél) Id sangat miskin;

orang ~ orang miskin, pengemis; rakyat ~ rakyat yg miskin.

jembeng (jémbéng) Kl membimbit, menjinjing.

jemboan pondok kecil.

jembrut zamrud.

jemedi 1. sj ikan laut, bakuk, Thryssa spp.; 2. sj ikan laut, Engraulis

kammalensis.

jemeki ark perhiasan (drpd kertas yg berwarna emas dll) yg terdapat pd

tepi selendang dll, labuci.

jemekian sj tumbuhan; cemekian.

jemeleh (jemeléh) I Kl majlis.

jemeleh (jemeléh) II Kl sembelih.

jemerah sj tumbuhan (pokok memanjat), mambu jantan, merambau,

sekebah, Milletia sericea.

jemerelang sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, timbarayung

(Sabah), Peltophorum spp.

jemerlang ark cemerlang.

jemertas; si ~ sj rumput.

jemeruk Kl 1. berturut-turut (bkn jamuan, peristiwa, dll); 2. berlaku pd

masa yg sama.

jemerung I sj ikan darat, Lobochelius spp.

jemerung II Tr sejenis rumput: kalau hendak menanam padi, ~

hendaklah ditebas dahulu.

jempalik Jw jempalit.

jempalit Jk tonggang-langgang, berguling berbalik-balik (sedang

berjalan, bergantung, berguling, dll); jengkolet.

jempana sl sj tandu, usungan.

jemparing Jw, sl anak panah.

jempol Id 1. ibu jari; 2. = jempolan yg terbaik, johan; cap ~ cap ibu jari

(sbg ganti tandatangan); isapan ~ rekaan sendiri (bkn khabar dll),

omong kosong;

kejempolan bp kehandalan, keunggulan.

jempul 1. sj ikan laut, Liza tude; 2. sj ikan laut, jumpul, Mugil planiceps.

jempung sj ikan laut; jambung.

jemput I; sejemput sebanyak yg dapat diambil dgn hujung jari, secekut:

dia mengambil ~ tembakau;

jemput-jemput 1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula

yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan

tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan

digoreng);

menjemput 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil:

ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput

drpd Sejarah Melayu;

jemputan hasil drpd menjemput (mencekut).

jemput II; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~;

menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg

pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah

masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~

ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang

~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn

mengambil seseorang utk dijadikan menantu:

jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis

perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2.

ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan

menantu;

perjemputan perihal menjemput.

jemu sudah tidak suka lagi (melihat, makan, dll), bosan, jelak, muak:

saya dah ~ dgn masakan itu; ~ menanti;

~ hidup tidak suka hidup lagi (kerana kecewa dll); ~ jelak sangat

jemu; tidak ~nya suka (akan sesuatu);

menjemukan mendatangkan rasa jemu, membosankan,

menjelakkan, memuakkan: syarahannya panjang dan sungguh ~ ;

kejemuan perihal jemu: mukanya menampakkan ~nya.

jemuan Kd jahat sangat (kanak-kanak dll).

jemuas berlumuran (bergelumang) dgn kotoran (pd muka, tangan, dll).

jemudi jurumudi.

jemuduk sj ikan laut, demuduk, Carangoides spp.

jemuju sj jintan atau mu(ng)si.

jemur 1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum

dgn diletakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan

badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~

mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru

sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang

membeli;

berjemur mengeringkan (memanaskan) badan di panas matahari:

dia ~ di atas pasir;

menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~

padinya di tepi bendangnya; ~ dada ki berjalan membusungkan

dada (sombong);

~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah

dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga

kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan

beruntung juga;

terjemur dijemur, kena jemur;

jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah;

penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur.

jen (jén) Id singkatan bagi jeneral.

jenahak sj ikan laut, Lutjanus johni.

jenahar sj ikan laut, Lutjanus roseus.

jenak I waktu yg sangat pendek (tidak lama);

sejenak sebentar, sejurus; ~ panjang agak lama sedikit; ~ pendek

sebentar sahaja, sesaat.

jenak II ark; menjenaki melihat.

jenak III nyenyak (tidur).

jenaka 1. perbuatan atau kata-kata yg menggelikan hati, lawak: ~nya

membuatkan penonton-penonton tidak dapat menahan ketawa; 2.

menggelikan hati, membangkitkan ketawa: lawak ~; cerita ~;

berjenaka berbuat sesuatu perlakuan atau berkata-kata utk

membuat orang ketawa, melawak, berkelakar: dlm perjalanan itu

kami tidak putus-putus ~;

kejenakaan 1. perihal jenaka; 2. kelucuan.

jenakarama jenaka yg diaksikan dgn pelbagai irama (tingkah, gaya,

ragam, dll).

jenama jenis barang yg memakai nama khas yg dikeluarkan oleh

pengeluar (pembuat, pengilang) tertentu;

berjenama mempunyai jenama, ada jenamanya (bkn barang);

menjenamakan memberikan jenama kpd sesuatu;

penjenamaan pemberian jenama (nama tertentu) kpd sesuatu

barang yg dihasilkan: aspek pembungkusan dan ~.

jenang I 1. tiang tempat dipasang pintu (jendela dll): ~ dinding; ~

jendela; ~ pintu; 2. = jejenang, penjenang sl orang yg mengawasi

sesuatu, mandur; 3. = jejenang sl pengapit, pembantu; 4. =

jejenang sj pangkat kepala daerah (di bawah batin); 5. = jejenang

Mn orang yg mengatur dlm sesuatu jamuan, orang yg menjadi

juara atau pelerai dlm upacara penyabungan ayam;

menjenang, menjenangi mengawasi dan mengatur (pekerjaan dll).

jenang II ark; sejenang sebentar, sekejap, sejurus; jenak I.

jenang III Jw 1. bubur; 2. dodol.

jenangau pianggang; cenangau.

jenawi; pedang ~ pedang yg lurus panjang yg digunakan dgn dua belah

tangan (spt pedang samurai Jepun).

jenayah = perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh,

dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi

undang-undang), perbuatan kriminal: polis menganggap perkara

itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad;

~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri,

merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan)

jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang

pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg

berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~

komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem

komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan

kerana melakukan perbuatan jenayah;

penjenayah orang yg melakukan jenayah.

jenazah Ar mayat (bagi orang Islam); kereta ~ kereta yg membawa

jenazah;

menjenazahkan menguburkan (jenazah).

jendal; ~-jendul bengkak-bengkil, berbenggil-benggil, berbencol-bencol.

jendala cendala.

jendela (jendéla) tingkap; ~ langit tingkap magun.

jendera nyenyak tidur, lena; cendera II.

jenderal; sekretaris ~ Id setiausaha agung yg mengurus hal-hal yg

berhubungan dgn pentadbiran dlm sesuatu kementerian (parti

politik dll); total ~ Id jumlah semuanya.

jenderus = ~ burung sj tumbuhan (akar berteras yg memanjat), kabau,

akar berumat, akar pialu, Derris thysifiora.

jendul benjol, bincul, jenggul, tonjol.

jeneng (jénéng) condong, miring;

menjenengkan mencondongkan, memiringkan.

jeneral pegawai tertinggi dlm tentera, perwira tertinggi, panglima perang.

jeneralisimo panglima tertinggi angkatan bersenjata.

jenewer (jenéwer) IB sj arak yg keras, gin.

jengah I; menjengah 1. melihat (menengok) dgn menghulurkan kepala,

menjenguk: sekali-sekala ia ~ keluar tingkap memerhatikan

ketibaan anaknya; 2. (datang) mengunjungi: sudah lama betul

awak tak ~ ke sini;

menjengahkan menghulurkan (kepala): kadang-kadang aku ~

kepalaku keluar.

jengah II Jk malu, kemalu-maluan.

jengah III; menjengah mendedah: cermin itu ~ rupa mukanya yg

menggerunkan.

jengat ark; hitam ~ hitam sangat.

jengek (jengék, jéngék) Jw; menjengek-jengek berteriak-teriak

(mengejek dll);

menjengeki mengejek, mentertawakan, memperolok-olok;

jengekan ejekan, olok-olok.

jenggala sl hutan rimba; hantu ~ hantu hutan.

jenggar; ~-jenggur cepat besar (anak, binatang, tumbuhan), terlampau

besar.

jengger (jénggér) Jw balung pd kepala ayam.

jengget (jénggét) ark jengket.

jengguk ark; menjenggukkan = ~ kepala menjengahkan (menghulurkan)

kepala (ke dlm pintu dll); jenguk.

jenggul benjol, bincul, jendul.

jenggur; jenggar-~; jenggar.

jenggut Jk janggut; kebakaran ~ bp bingung dgn tidak keruan;

jenggutan berjanggut.

jengit; menjengit, menjengit-jengit menggerak-gerakkan (kepala, ekor,

dll) turun naik atau ke hadapan dan ke belakang.

jengkal I jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari yg lain: ~

kelengkeng; ~ manis; ~ hantu; ~ telunjuk;

cakapan se~ dibawa sehasta prb perkara yg kecil diperbesar-

besarkan; yg se~ tiada dapat jadi sehasta prb kalau nasib sudah

tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya;

menjengkal mengukur dgn jengkal; ~ dada mengecilkan

keberanian (kebolehan dll) orang lain; ~ muka menghina

(menjatuhkan martabat dll) orang.

jengkal II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berbunga putih),

akar cina putih, akar orang merah, Neuropeltis racemosa.

jengkang; menjengkang, terjengkang 1. terbaring menelentang

(menggeletak) spt mati; 2. bk mati, mampus; kejengkang.

jengkang (jéngkang); ~-jengkot berjalan tempang, capik;

menjengkang mengangkat kaki sebelah, berdiri di atas sebelah

kaki.

jengkau; menjengkau menghulurkan tangan hendak mencapai sesuatu;

jangkau, jingkau.

jengkek (jéngkék), berjengkek, berjengkek-jengkek 1. melompat-

lompat (kegirangan dll); 2. berjengket, berjingkat.

jengkel (jéngkél) berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll),

sebal hati, mendongkol: ~ hatiku melihat kelakuan gadis itu;

menjengkeli sebal hati terhadap: kebanyakan orang kampung ~nya

kerana tingkah lakunya;

menjengkelkan 1. berasa jengkel tentang sesuatu hal,

mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2.

menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya;

kejengkelan perihal jengkel (sebal dll): tindakan yg diambil itu

ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu.

jengkelenan sl sj bunga.

jengkelit Jw; menjengkelit menjempalit, menjengkolet.

jengkeng (jéngkéng) I; menjengkeng berjengket; jengket.

jengkeng (jéngkéng) II; berjengkengan berjalan dgn tidak keruan

arahnya, mencongkah; jengking.

jengker Jk kaku.

jengkerik cengkerik, keridik.

jengket (jéngkét); berjengket, menjengket berdiri (berjalan) dgn hanya

hujung jari kaki yg berjejak;

bersejengket, bersijengket menjengket;

terjengket-jengket; lari ~ lari di atas hujung kaki; jengkeng I.

jengket-jengket (jéngkét- jéngkét) Kd sj permainan, tingting.

jengki (jéngki); celana (seluar) ~ bp seluar yg sempit kakinya (spt seluar

koboi di Amerika).

jengking I menonggeng.

jengking II; kala ~ sj kala kecil (yg menjengkitkan ekornya sewaktu

hendak menyengat).

jengkit; menjengkit melentik ke atas (bkn ekor, hujung jari, rambut, dll);

menjengkitkan melentikkan ke atas, menegakkan: anjing itu ~

telinganya.

jengkol (jéngkol) Jk jering;

jengkolan, kejengkolan Jk sakit apabila kencing (kerana terlalu

banyak makan jengkol).

jengkolet (jéngkolet); menjengkolet terguling atau jatuh terbalik (dgn

kepala ke bawah), menjempalit, menjengkelit.

jengkot (jéngkot); berjengkot, menjengkot berjalan tempang (capik,

pincang).

jengkus = ~ basong sj ikan darat, Morulius chrysophekadion.

jengoi Kd jenguk.

jenguk; menjenguk 1. melihat (memandang) dgn menghulurkan kepala

ke hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar

bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar

utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = menjenguk-jenguk

mengunjungi, menengok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak

cik di kampung ini;

menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala (keluar dll);

terjenguk dlm keadaan terhulur ke hadapan (bkn kepala, muka):

kepalanya ~ dr daun pintu yg terbuka perlahan-lahan;

terjenguk-jenguk mencari-cari atau melihat-lihat sesuatu dgn

menjengukkan kepala: dia ~ spt mencari seseorang yg

dikenalinya; yg menunggu ketibaan sanak saudara kelihatan ~

memandang kereta api itu.

jengul; menjengul, terjengul tersembul keluar, menonjol keluar: dr

bawah kelihatan satu kepala ~ dr pintu bilik itu;

menjengulkan mengeluarkan (kepala dr lubang dll),

menyembulkan: ~ kepala.

jeni I IB 1. bakat semula jadi yg kuat utk mencipta sesuatu; 2. orang yg

berbakat (mempunyai bakat yg besar) utk mencipta sesuatu.

jeni II IB bahagian drpd tentera yg mengurus persenjataan dan

perlengkapan.

jenin; mat ~; mat I.

jenis 1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai

sifat-sifat yg sama, bangsa: tikus dan arnab termasuk ~ binatang

yg mengerip; 2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau

perempuan): perkataan-perkataan dlm bahasa Inggeris

mempunyai perbezaan ~ kelamin; 3. bagai, macam: barang ini

agak mahal harganya kerana drpd ~ yg baik; berbagai-bagai ~ =

serba ~ bermacam-macam; 4. kasta, golongan (dlm masyarakat

dll): di Minangkabau terdapat orang yg tiga ~, iaitu malim,

hulubalang, dan menteri;

berjenis bp elok (barang, perangai);

berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai;

menjeniskan membahagi-bahagikan (menggolong-golongkan)

menurut jenis;

penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menjeniskan,

pembahagian kpd beberapa jenis: digambarkan dgn rajah pohon

yg menunjukkan ~ struktur sintaksis.

jenitan sj tumbuhan (pokok), Memecylon minutiflorum.

jenjagung sj tumbuhan (pokok kecil), bunga menjagung, pagar anak

betina, pagar anak merah, Ixonanthes icosandra.

jenjala sl lancang mulut.

jenjalau sj ikan laut, Caesio lunaris (pinjalu).

jenjalu sj ikan laut, Pinjalo pinjalo.

jenjam Jw tenang (hati).

jenjang I tangga; menaiki ~ pelamin menaiki tangga pelamin,

melangsungkan perkahwinan;

berjenjang, berjenjang-jenjang bertangga, bertingkat-tingkat;

pemilihan ~ pemilihan secara bertingkat (tidak secara langsung

drpd rakyat); sawah ~ sawah yg bertingkat-tingkat.

jenjang II panjang (leher dll).

jenjang III; burung ~ sj burung yg berleher panjang.

jenjarum sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum, Ixora concinna.

jenjuang juang-juang.

jenjulung I sj ikan laut, julung-julung, Hemiramphus spp.

jenjulung II = julung-julung sj tumbuhan (pokok) dlm famili

Euphorbiaceae, kayu garang (Sabah), Agrostistachys spp.

jenlidah sj tumbuhan (herba), bujang semalam, pujung malam, Jussiaea

suffruticosa.

jenohong sj ikan laut, Polynemus tetradactylus.

jentaka ark sl celaka, sial, sengsara.

jentat; menjentat meloncat (bkn binatang-binatang kecil).

jentayu sl 1. sj burung geruda; 2. burung yg selalu berseru meminta

hujan; spt ~ menantikan hujan prb orang yg sangat rindu akan

sesuatu (kekasih dll).

jentelmen (jéntelmén) bp orang (lelaki) yg mempunyai sifat-sifat terpuji

spt lemah-lembut, berbudi bahasa, toleran, dan berpendidikan.

jentera 1. roda; 2. roda utk memintal benang, roda pd kincir; 3. mesin,

pesawat: banyak pekerjaan di dunia ini dikerjakan oleh ~; ~

pembajak jentera utk membajak; 4. keseluruhan sistem yg meliputi

tenaga manusia (alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb) yg

dapat menjalankan atau melaksanakan sesuatu: segala usaha DBP

dan ~nya termasuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan

MABBIM; ~ parti berjalan lancar;

berjentera 1. beroda; 2. bermesin, berpesawat; senapang ~

senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat

bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar;

kejenteraan yg berkaitan dgn jentera: industri ~.

jentik I; sejentik sedikit: ~ tiada sedarkan diri;

menjentik 1. memukul atau menguis sesuatu dgn belakang hujung

jari yg dibidaskan dgn ibu jari: guru ~ telinga budak yg nakal itu;

2. menyepit dgn ibu jari dan jari yg lain, mencubit; 3. ki, bp

menegur, memarahi;

jentikan 1. hasil atau perbuatan menjentik; 2. ki, bp teguran.

jentik II Jw ark kelengkeng.

jentik-jentik anak nyamuk yg masih berupa ulat dlm air.

jentolak traktor penyodok yg kuat utk meratakan atau mengangkut tanah,

batu, dll, buldozer: pinggir hutan itu sedikit demi sedikit telah

dikikis oleh beberapa buah ~.

jentu tangkai bunga (yg terbesar pd bunga yg berkarang).

jentuai mesin yg digunakan utk menuai (padi dll).

jenu Jw tuba (utk memabukkan ikan).

jenuh I 1. puas, kenyang sekali (sehingga menjadi jemu); 2. jemu, bosan:

~ mencari tidak berjumpa;

menjenuhkan menjadikan jenuh, menjemukan, membosankan;

kejenuhan perihal jenuh, kekenyangan, kejemuan.

jenuh II Kl banyak.

jenulung 1. sj ikan darat, julung(-julung), Xenentodon canciloides; 2. sj

ikan laut, Hemirhamphus spp.

jenut tempat binatang menjilat garam, sira, taram, sesapan.

jepit, menjepit mengapit (menekan dsb) sesuatu di antara dua benda yg

dikatup, menyepit: dia menggunakan ragum utk ~ serta

mengangkat besi yg panas itu;

terjepit 1. terhimpit di antara dua benda, tersepit: kakinya ~ di

celah dahan-dahan kayu; 2. ki terperangkap (terkepung dll) kerana

terdesak dr kiri kanan, tidak dapat bergerak kerana tergencet drpd

dua pihak: India dan negara-negara Asia lainnya akan ~ oleh

Jerman dr barat dan Jepun dr timur;

jepitan penjepit;

penjepit alat utk menjepit, penyepit.

jeprat Id ark; menjeprat memercik.

jepret (jeprét) Id bunyi spt bunyi pisau yg ditikamkan pd batang pisang

dll;

menjepret melontar batu yg kecil dll dgn alat pelontar (lastik);

jepretan alat pelontar batu dll, lastik.

jepun I sj ikan laut, Ariomma indica.

jepun II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok kecil yg senantiasa menghijau),

jitung, zetun, Thevetia peruviana.

jeput I; sejeput sejemput;

menjeput menjemput; jemput I

jeput II; sehari ~ = se~ hari Jk sehari suntuk, sehari-harian.

jer Id, bp kep juru; ~ batu jurubatu.

jera tidak mahu (berani dll) berbuat lagi, serik, kapok, jeran: ia telah ~

bergaul dgn pemuda itu;

menjerakan menjadikan jera, menyebabkan serik, menjerankan.

jerab Kd tidur yg nyenyak, lena.

jerabai; berjerabai berumbai-umbai, berjumbai-jumbai; jerambai.

jerabar Kl mengambil dgn pantas, menyambar, merampas.

jerabut penuh dgn bulu, rambut (spt sabut), serabut;

berjerabut berbulu, berserabut.

jeradik sj kuih yg dibuat drpd tepung.

jeragat bintik-bintik (atau tompok-tompok) gelap pd muka.

jeragur sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk, petai belalang, sebusuk,

Cassia siamea.

jerah I sedang banyak (buah-buahan dll kerana musimnya), terdapat di

mana-mana (penyakit dll).

jerah II; ~-jerih sangat jerih.

jerah III Kl asah, kilir.

jerahak; terjerahak tidak terpelihara, terbiar, terbengkalai, terlantar.

jerahap; menjerahap menelungkup dgn tangan terentang, meniarap;

terjerahap jatuh tertiarap.

jerai sj tumbuhan (pokok), Ficus spp.

jerait; berjerait, berjeraitan berkait-kait, berjalin-jalin, paut-memaut,

sangkut-menyangkut (jari, akar-akar kayu, dll).

jerak sj tumbuhan (pokok renek), empoyan pedang, pokok salah nama,

Decaspermum fruticosum.

jeram I air terjun di sungai, penderasan;

berjeram mempunyai jeram: perahu jalur ini lebih cekap dan

tahan digunakan bagi sungai yg ~.

jeram II; menjeram membasahkan kepala (dgn air), menjaram.

jeramah; berjeramah pegang-memegang, tangkap-menangkap (orang

berkelahi dll);

menjeramah memegang dgn kuat, mencengkam: dijeramahnya

akan dayung itu, rebah terlentang.

jeramak Ph sj alat menangkap ikan yg serupa dgn jala (tetapi ukurannya

lebih kecil).

jerambah sambungan lantai rumah yg tidak beratap (tempat mencuci

pinggan mangkuk, tempat mandi, dll), pelantaran;

menjerambah 1. menggunakan (memperlakukan, menganggap)

sbg jerambah; 2. ki memperlakukan orang perempuan spt

perempuan lacur.

jerambai; berjerambai berumbai-rumbai, bergantungan, berjumbai-

jumbai; jerabai.

jerambang cahaya api yg timbul dgn tiba-tiba drpd rawa-rawa (dianggap

sbg hantu).

jerami 1. batang padi yg sudah kering yg padinya sudah dituai; 2. urat yg

terdapat di celah-celah isi nangka.

jeram-jeram sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan gula serta digoreng

dgn minyak.

jeran jera, serik;

menjerankan menjerakan, menyerikkan.

jerang; menjerang 1. menjerangkan = meletakkan (periuk dll) di atas

api utk memasak: oleh perempuan itu dijerangkannya periuk di

atas dapur; 2. memasak: ~ nasi;

terjerang terletak di atas api (periuk dll), dimasak;

jerangan tempat meletakkan periuk dll utk memasak (terdiri drpd

tiga kaki).

jerangau sj tumbuhan (herba yg akarnya dibuat ubat), Acorus calamus; ~

padang sj tumbuhan (herba), rumput bagan, Xyris indica.

jerangkah ark ceranggah.

jerangkak ark; menjerangkak merangkak.

jerangkang, berjerangkang, berjerangkangan 1. berceranggah,

terpancang-pancang; 2. terlentang dgn kedua-dua kaki ke atas: dia

jatuh ~;

menjerangkang berbaring dgn kaki (tangan) ke atas;

terjerangkang jatuh terlentang (dgn kaki ke atas).

jerangkap 1. sesuatu yg digunakan utk menangkap musuh atau haiwan:

kadang-kadang ~ itu terkena binatang buas; 2. ki tipu muslihat dsb

yg bertujuan utk memperdayakan orang lain: dia begitu mudah

masuk ke ~ komunis utk mencapai cita-cita politiknya; ~ samar

jerangkap spt bom, periuk api, buluh runcing dsb yg

disembunyikan atau disamarkan sehingga boleh menyebabkan

kecederaan atau kematian kpd mangsa yg tersentuh, terpijak atau

terlanggar jerangkap tersebut.

jerangkung Jw rangka (tulang kerangka) manusia dll; hantu ~ hantu

orang mati.

jerap, menjerap melekat atau merekat kerana sesuatu proses: gelombang

rasa indah ~ lagi masuk ke dalam tubuhnya;

penjerapan, jerapan pelekatan molekul atau organisma seni pd

sesuatu permukaan pepejal atau cecair.

jerat I 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll;

jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; menahan ~

memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan

dll) orang;

~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~

semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~

serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan;

bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi

terpaksa melakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb

mencari keuntungan drpd kesusahan (penderitaan) orang lain;

terpasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong

kepala prb hendak mencelakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg

mendapat celaka;

sejerat Mn seikat, seberkas;

menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung

(kijang dll); 2. ki melakukan tipu muslihat, menyusahkan

(mencelakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan

dijerat oleh perempuan jalang itu;

terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya;

penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat.

jerat II ark jirat I.

jerau merah tua.

jeraus pantas, tangkas, sigap;

menjerauskan menangkaskan.

jerawat bisul kecil pd muka; ~ batu jerawat yg agak besar serta keras; ~

nasi jerawat yg kecil (apabila dipicit, keluar benda putih spt nasi);

berjerawat = jerawatan Jk ditumbuhi jerawat pd muka.

jerayawara persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh

seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg

berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan

hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai,

mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan

program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yg

meliputi seminar dan pameran.

jerba; menjerba 1. menerkam, menerpa; 2. mencondongkan perahu dll.

jerbak; menjerbak berjerabai, bergantungan berjubai-jubai.

jereba jerba.

jerebat Tr meniarap.

jerebu kabut yg bercampur debu yg terapung-apung di udara sehingga

mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan

kotor;

berjerebu dipenuhi (diliputi) jerebu.

jereguk, jeregut Kl besar, rendang, rimbun, tersergam.

jerehek (jeréhék) Kl menjawab dgn kasar, menengking.

jereket (jerékét) melengket, melekat, bercantum; carik-carik bulu ayam

lama-lama akan ~ semula prb perselisihan sesama keluarga akan

berakhir dgn berbaik kembali;

jereketan perihal bercantum (melekat).

jeremak ark jerempak.

jeremang jermang.

jeremba; menjeremba menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu;

jemba II.

jerembab Kd (ter)jerembab bertemu dgn tidak disangka-sangka.

jerembak jerempak.

jerembap; menjerembapkan 1. menjatuhkan tertelungkup; 2. ki

mencelakakan;

terjerembap 1. jatuh tertiarap (dgn muka tertelungkup); 2. ki

termasuk (tercebur) ke dlm kecelakaan atau keadaan yg

menyusahkan: tanpa akidah manusia buta, ~ ke dlm ranjau dan

belukar hidup, terperosok ke dlm kesesatan.

jerembat (jerémbat); terjerembat tersangkut kaki pd sesuatu, tersepak

sesuatu, tergelincir di pinggir sesuatu.

jerembet (jerémbét) jerepet.

jerembun; terjerembun kelihatan (muncul) dgn tiba-tiba sbg satu

timbunan yg besar (bukit, gunung, dll).

jerempak; berjerempak, terjerempak bertemu atau berjumpa

(berhadapan) dgn tiba-tiba: ia telah terjerempak dgn Hartini yg

sedang berjalan pulang dr pasar.

jereng (jéréng) I Jk juling.

jereng (jéréng) II Jw; menjereng membentangkan.

jerepet (jerépét); berjerepet melekat antara satu dgn yg lain (spt jari dll),

melengket, berjerait, jerembet.

jergik Ph kurus kering sehingga menampakkan tulang.

jerging Tr sangat kurus.

jeri bimbang, cemas, takut.

jeriau kayu (buluh dll) yg dipasang melintang di atas kasau (utk

mengatap rumah) atau pd rasuk (utk memasang lantai);

menjeriau memasang jeriau.

jerih lelah, payah; ~ lelah = ~ payah = ~ penat susah payah (bkn usaha);

sakitnya ~ payah, tenat; penyakit ~ sesak nafas, lelah; ubat ~

pelerai demam ki buah hati (anak yg dikasihi dll); ~ menentang

boleh, rugi menentang laba prb memberi pertolongan kerana ingin

mendapat pertolongan (keuntungan dll) pula;

berjerih bersusah payah, berusaha dgn bersungguh-sungguh;

menjerihkan melelahkan, memayahkan;

memperjerihkan mengusahakan dgn bersungguh-sungguh;

kejerihan perihal jerih.

jerih perih susah payah dlm melakukan sesuatu usaha: tamat sudah

segala penat lelah dan ~ belajar hingga larut dinihari;

berjerih perih berusaha dgn jerih perih, berusaha bersungguh-

sungguh: setiap orang harus berusaha dan ~ bagi mengejar

impiannya.

jeriji I jari.

jeriji II kisi-kisi, jeruji, terali.

jerijit Kl sj burung yg panjang paruhnya dan menghisap madu.

jering sj tumbuhan (pokok dan buahnya dijadikan ulam), Pithecellobium

jiringa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), saga gajah, Pithecellobium

ellipticum.

jeringai seringai.

jeringing seringai, meringis.

jerit I jeritan;

menjerit 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut

hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan,

penderitaan, dll);

terjerit-jerit menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu,

terpekik-pekik: anak itu menangis ~; ~ bagai kucing biang prb

perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras.

jeritan 1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran,

kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak

itu dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt

kesakitan, kemiskinan, dll): mereka tidak mengendahkan ~ kaum

ibu utk kebebasan.

jerit II; burung ~ sj burung berjambul, belatuk rimba, Platylophus

galericulatus ardesicus.

jerjak 1. kayu atau besi yg dipasang bersilang (berpalang) pd jendela dll,

kisi-kisi, jeriji, jeruji: mereka melihat dr ~ dlm penjara; 2. bilah-

bilah yg dipasang tegak pd bakul (keranjang dll); 3. tiang kecil-

kecil tempat memasang dinding rumah; tulang ~ Mn tulang rusuk;

berjerjak mempunyai jerjak, ada jerjaknya.

jerjat ark darjat.

jerkah ucapan yg kasar dgn suara yg keras (utk menakutkan atau

mengejutkan), tengking, herdik, sergah;

menjerkah mengucapkan sesuatu dgn kasar dan keras,

menengking, mengherdik, membentak.

jerkat; pinang ~ pinang muda yg dimakan dgn sirih.

jerlai; terjerlai-jerlai sl berjumbai-jumbai, berumbai-rumbai.

jerlus; terjerlus terperlus, terperosok (ke dlm lubang dll).

jermal sl alat utk menangkap ikan (pagar yg merupakan bubu yg

dipasang di tepi laut, di belakangnya terdapat pintu dgn jaring yg

boleh diangkat-angkat).

jermang kayu pendek yg diletakkan secara mendatar utk menopang

perahu dll supaya tidak condong;

berjermang merangkak; patah tongkat ~ prb harus terus berusaha

dlm keadaan bagaimana sekalipun (jangan sekali-kali berputus

asa).

jernang sj damar merah drpd rotan yg digunakan utk membuat cat; rotan

~ rotan merah, rotan cicih landak, rotan air, rotan cernang,

Daemonorhops hygrophilus.

jernih 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening,

tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka),

tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah,

keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu

keadaan), aman: suasana politik yg ~;

menjernihkan 1. menjadikan (menyebabkan dll) jernih,

mengheningkan, membeningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan

jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan

jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan

suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb);

kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai

itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air

muka); 3. perihal jernih (hati dsb), kesucian, keikhlasan, kejujuran:

~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana):

orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya;

penjernihan proses (tindakan dsb) menjernihkan: budaya warisan

kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat;

sistem ~ air asas diperkenalkan menggunakan tiga penakung yg

diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik.

jeroan Jw isi perut.

jerohok; terjerohok terperosok, tersorok.

jerojol; menjerojol, terjerojol tersembul keluar (kepala, ekor, dll).

jerombong Tr kolong tempat laluan air

jerongkah ceranggah, congkah-cangkih;

berjerongkah berceranggah.

jerongkang; ~-korang tunggang-langgang;

terjerongkang jatuh terlentang.

jerongkit jongket.

jerongkoh; terjerongkoh ada tercegat di hadapan mata (orang yg berdiri

tegak, batu, tunggul kayu, dll).

jerongkok; menjerongkok, terjerongkok duduk dgn kedua-dua lutut ke

atas (hampir dgn dagu), mencangkung: kawan Bedul yg berjaga di

pos seberang jalan itu tampak di dlm gelap-gelap samar ~ di

hadapan posnya.

jerongkong; menjerongkong berdiri dgn mencondongkan badan ke

hadapan dan tangan menekan pd lutut;

terjerongkong jatuh tertiarap.

jersi 1. baju berlengan yg dibuat drpd benang bulu, sutera, nilon, dsb. 2.

pakaian yg dipakai oleh anggota sesuatu pasukan, terutamanya

pasukan bola sepak;

berjersi memakai jersi: pasukan Selangor ~ kuning telah

menewaskan pasukan Kedah yg ~ hijau.

jertuh Tr tidur (bahasa kasar): kamu ni tiada kerja lain, ~ saja.

jeru Pr; menjeru datang, singgah.

jeruah Kl, Ph memekik (utk memanggil), melaung, menyorak (utk

menghina, menghalau, dll).

jeruang; ~-jeruit jongkang-jongket (lantai rumah dll), conggang-congget.

jerubung alat (yg dibuat drpd tikar, kajang, papan, dll) digunakan sbg

penutup di tengah-tengah perahu.

jeruji jeriji, kisi-kisi, jerjak.

jeruju sj tumbuhan (pokok renek), beruju, Acanthus ebracteatus.

jeruk I 1. buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yg telah diasamkan (atau

diasinkan): buah ~; ikan ~; telur ~; 2. Id limau; ~ bali limau bali,

Citrus maxima; ~ manis limau manis, Citrus suhuiensis ; ~ nipis

limau nipis, Citrus aurantifolia; ~ purut limau purut, Citrus

hystrix;

menjeruk mengasamkan (mengasinkan) buah-buahan dll;

~ hati ki menyeksa, menyebabkan (batin seseorang) menderita; ~

rasa ki menyimpan atau memendam perasaan di dlm hati hingga

terseksa atau menderita: anak perempuannya pernah menyatakan

bahawa ibunya ~ rasa akibat ayahnya kahwin lain;

penjerukan proses menjeruk.

jeruk II Kl basah; basah ~ = ~ wok terlalu basah, seluruhnya basah.

jerukun; menjerukun menudung, merungkup, menutup.

jerum Jw ark; menjerum menderum.

jerumat; menjerumat menjahit kain yg koyak (berlubang dll), menisik:

pakaian anaknya itu tidak pernah dijerumat;

berjerumat telah dijahit, telah ditisik;

penjerumat jarum yg digunakan utk menjerumat.

jerumau sj tumbuhan (pokok), geremung betina (jantan), temangau,

tempunai, Glochidion superbum.

jerumbai; berjerumbai berumbai-rumbai, berjerabai; jumbai.

jerumbung jerubung.

jerumun I, jerumbun pondok tempat berteduh (yg terdapat di bendang

dll), dangau.

jerumun II 1. rumpunan semak (belukar); 2. sj tumbuhan, derumun,

Elaeocarpus griffithii.

jerumus; menjerumuskan 1. menjatuhkan seseorang hingga tersungkur;

2. ki mencelakakan, menyesatkan, memperdayakan orang ke dlm

kesengsaraan: kecuaian ini akan ~ masyarakat kita kpd penjajahan

budaya; ~ (seseorang) ke lembah maksiat (kekacauan dll)

menyebabkan seseorang melakukan maksiat (berada dlm keadaan

kacau dll);

terjerumus 1. jatuh tertumus, tersungkur, tersembam: jalan baik-

baik, nanti ~ ke dlm lumpur; 2. ki jatuh ke dlm kesengsaraan

(kehinaan dll): Aminah telah ~ ke dlm lembah kehinaan;

penjerumusan proses (individu, masyarakat) menjadi terjerumus:

~ masyarakat ke arah fahaman asabiah yg menzalimi orang lain.

jerun; tekukur ~ sj burung tekukur, Streptopelia chinensis tigrina.

jerunang sj tumbuhan (herba), lengkuas padang, rumput kelemoyang,

Languas conchigera.

jerung I sj ikan yu yg besar serta ganas, Carcharhinus dussumieri.

jerung II Kl sudut (bilik, rumah, dll), bucu, herok.

jerungan Kl menghulur tangan (hendak mengambil sesuatu), menghulur

badan atau kepala (hendak melihat sesuatu).

jerungkau; menjerungkau terjuntai menjulur ke bawah (spt rambut

turun di dahi atau dahan-dahan kayu yg bergantungan di sungai

dll).

jerungkis bengkok ke atas (pd hujungnya), terjongket (hujungnya);

menjerungkis merosakkan, memusnahkan.

jerungkup; menjerungkup menelungkup;

terjerungkup tertiarap.

jerut; menjerut mengikat (membelit dll) sesuatu erat-erat, mencerut;

terjerut dlm keadaan diikat (dibelit dll) dgn sesuatu dgn erat:

mayat itu ditemui di dlm bilik mandi dgn lehernya ~ dgn dawai

elektrik;

jerutan cerutan: bagaikan ikan belanak meradak pukat yg cuba

lari drpd ~ maut; kau tidak akan merasai apa-apa selain ~ yg

lembut;

penjerut alat utk menjerut (spt tali dll).

jet (jét) I 1. pancutan (gas, air, wap, dll) yg keluar dr lubang kecil atau

muncung; 2. = kapal terbang ~ sj kapal terbang yg menggunakan

enjin jet: ~ pejuang; 3. muncung atau lubang kecil dlm karburetor

yg menghantar minyak petrol dr luang pelampung ke enjin (setelah

dicampurkan dgn udara);

~ jumbo kapal terbang yg sangat besar yg boleh membawa beratus-

ratus orang penumpang; ~ pejuang kapal terbang jet yg digunakan

utk membuat serangan terhadap kapal terbang atau sasaran musuh;

jet (jét) II sj bahan galian keras berwarna hitam yg boleh digilap

sehingga berkilat, dan dijadikan sbg barang kemas, barang hiasan

dsb.

jetera Tr sejenis alat utk menaikkan dan menurunkan benang dlm

menenun kain atau songket.

jeti (jéti) binaan yg menganjur ke laut atau sungai (tempat kapal, bot, dsb

singgah).

jetih Kl tunas pokok.

jetis ark; menjetis berbunyi kuat spt mercun.

jewer (jéwér) Jw; menjewer memulas telinga;

jeweran bp teguran (drpd pihak atas).

JHEOA kep Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

JI kep Jemaah Islamiah.

jiawang sj biawak pohon, Varanus dumerili; jawang.

jib layar yg berbentuk segi tiga (dipasang pd tiang yg terdepan).

jibaku (Jepun); berjibaku melakukan penyerangan dgn melanggarkan

diri kpd musuh.

jibillah Ar keadaan (sifat, bentuk) yg semula jadi, tabiat, pembawaan.

Jibrail malaikat yg menyampaikan wahyu kpd rasul atau nabi.

jibun; si ~ ark orang yg hutangnya banyak.

jicing C abu (jelaga) drpd candu.

jidal 1. sarung (hujung) jari drpd logam dll yg dipakai sewaktu menjahit,

didal; 2. (Fiz) sj sarung drpd perak yg terdapat pd bahagian bawah

sj jangka lembap;

~ akar (Tani) sj tudung spt sarung jari yg terdapat pd hujung akar

(utk memelihara akar supaya tidak rosak).

jidar 1. = garisan ~ garisan yg terdapat di keliling surat atau muka surat

dlm buku; 2. kayu pembaris;

menjidari membuat garisan dgn jidar.

jidat Jk dahi.

jidur Jw sj beduk atau gendang besar.

jig (Muz) tarian lama orang Inggeris yg rancak dgn gerak tari yg

melompat-lompat: tarian ~; muzik ~.

jih ark sasaran.

jihad Ar 1. usaha yg bersungguh-sungguh utk mencapai kebaikan yg

diredai Allah; 2. penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir

yg hendak merosakkan negara dll (spt hawa nafsu, diktator, dll);

berjihad melakukan jihad: penduduk negeri diseru supaya ~ utk

menentang rejim diktator itu.

jihat Ar arah, pihak, sisi: cahaya fajar pun menyingsinglah dr ~ timur.

jihin Mn jin.

jijak jejak I.

jijik 1. meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dll): aku

berasa ~ dgn keadaan di rumah sakit itu; banyak orang ~ melihat

perangai buruk Munah; 2. kotor atau keji (yg memualkan, yg tidak

suka dilihat): jangan kau pegang makanan itu, ~;

menjijikkan 1. berasa jijik akan, menganggap jijik; 2.

menimbulkan (mendatangkan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~

kami;

kejijikan perihal jijik;

penjijik orang yg tidak suka akan benda (keadaan) yg kotor: dia ~

orangnya.

jijit; menjijit menjinjing, menjinjit.

jika, jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~

dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya;

kalau.

jila Mn; terjila menggeletak di tanah (spt mayat), terlantar; jela.

jilah Kl, Mn ark bersih, cuci, habis.

jilam Mn; menjilam, menjilami menjilat-jilat (bibir dll).

jilat; berjilat menghulurkan lidah utk merasai sesuatu; ~ besi

menghulurkan lidah mengenai besi hangat (utk menentukan apakah

seseorang itu bersalah ataupun tidak);

menjilat 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg

tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah

besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~

atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan

sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat

pangkat, pujian, dll);

menjilat-jilat menjilat berkali-kali;

~ cak Kl, bk mati; ~ tapak tangan ki sesuatu (benda dll) yg

diharap-harapkan, tetapi tidak didapatinya; sudah diludah, dijilat

kembali prb sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali;

jilatan 1. perihal menjilat; 2. barang apa yg dijilat;

penjilat orang yg menjilat (mengangkat seseorang), tukang angkat.

jilbab Ar pakaian longgar (termasuk kerudung) yg memenuhi keperluan

menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan;

berjilbab memakai jilbab: dlm perhimpunan itu, kelihatan juga

beberapa orang wanita yg ~.

jilid 1. jahitan buku; tukang ~ tukang yg menyusun serta menjahit

lembaran kertas menjadi buku; bahagian ~ bahagian dlm

perusahaan percetakan tempat buku dijahit; 2. penggal atau

bahagian buku: ~ kedua drpd buku sejarah itu masih belum terbit

lagi;

berjilid disusun (dirangkai-rangkaikan) dan dijahit (kertas

dijadikan buku);

berjilid-jilid beberapa jilid;

menjilid menyusun helaian-helaian (buku dsb) dan menjahitnya

sehingga berbentuk buku dsb: kami melihat pekerjaan mengatur

huruf, memotong kertas, mengecap, dan ~ buku;

jilidan hasil drpd menjilid, gabungan helaian-helaian (buku dsb)

yg dijahit sehingga berbentuk buku dsb;

penjilidan perbuatan (kerja-kerja) menjilid;

penjilid 1. tukang jilid; 2. sesuatu yg digunakan utk menjilid:

mesin ~ buku; gam ~ buku.

jim 1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga); tahun ~ tahun

ketiga drpd tahun yg kelapan (dlm daur kecil); 2. huruf kelima

abjad Jawi.

jimak Ar perihal bersetubuh;

berjimak bersetubuh;

menjimak bersetubuh dgn.

jimat I 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu),

hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm

membelanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-

hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat

sebelum terlambat;

berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang

perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa

makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan

dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm

penggunaan wang dll);

menjimatkan menghematkan, mengeluarkan dll dgn cermat: pd

musim kemarau kita harus ~ air;

kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang

dll;

penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan

penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan

akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran

negara;

penjimat orang yg jimat.

jimat II azimat.

jimbam lembap (dlm gerak-geri, pelajaran, dll), tidak cerdas: gurunya

sentiasa memarahinya kerana lemah dan ~ dlm pelajaran; bagai si

~ hendak hilir prb orang yg lembap dlm sesuatu pekerjaan.

jimbit; menjimbit memegang atau mengangkat sesuatu dgn jari,

mencebet; bimbit.

jimpas Ph tidak ada yg tinggal lagi.

jin I sj makhluk Allah yg diciptakan Allah drpd api yg boleh menyerupai

malaikat: ~ afrit; ~ Islam; ~ kafir;

berjin 1. ada jin; 2. menggunakan jin utk sesuatu tujuan.

jin II bp gin; ~ pahit Id kopi yg pekat dan tidak bergula.

jin III ark pelana.

jinak 1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak

takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~;

3. Id tidak bersemangat, tidak revolusioner; ~-~ lalat seseorang yg

bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~

merpati perempuan yg kelihatannya ramah dan mudah didapat,

tetapi apabila didekati menjauhkan diri;

berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan beramah-tamah, bergaul

dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn,

bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain;

semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah;

menjinaki menegur dgn ramah-tamah, beramah-ramah dgn;

menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya

jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ binatang;

2. berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-

rebut ~ diri mereka;

kejinakan perihal (sifat atau keadaan) jinak: kami leka dgn ~

burung-burung itu;

penjinakan perbuatan (usaha dsb) menjinakkan (binatang):

mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini

kebanyakannya berlaku di benua Asia dan Eropah;

penjinak orang yg menjinakkan binatang.

jingap ark jingau.

jingau Mn; menjingau menjenguk.

jingga kuning yg agak kemerah-merahan, oren;

kejingga-jinggaan seakan-akan warna jingga, hampir menyerupai

warna jingga.

jinggang ark ramping.

jinggering Jw; sepatu (sandal) ~ kasut (selipar) yg bertumit tinggi; gelas

~ gelas yg berkaki panjang.

jinggih, jinggir, jinggit jengger.

jingkat; berjingkat, berjingkat-jingkat, terjingkat, terjingkat-jingkat

berjalan tempang, pincang (kerana kaki pendek sebelah), singkat:

dia berjalan terjingkat-jingkat kerana kaki kirinya terseliuh.

jingkau jangkau, jengkau.

jingkir gerai (tempat berdiang bagi orang perempuan yg baru bersalin),

tempat bersalai.

jingkit; berjingkit, berjingkit-jingkit berjalan dgn meloncat-loncat.

jingkrak Jk; berjingkrak, berjingkrak-jingkrak melompat-lompat

(kerana gembira, girang hati, dll).

jingo orang yg menyokong atau menganut faham jingoisme.

jingoisme sikap (pandangan, fahaman dsb) yg terlalu mengagung-agungkan kekuasaan atau kehebatan negara sendiri, dan menyokong dasar peperangan terhadap negara lain: maka lahirlah ~, iaitu aliran fahaman yg boleh membawa kezaliman kpd kumpulan lain.

jinjang 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki

hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi

(menemani) utusan raja;

pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan

jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja;

berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin

(ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana.

jinjing I; menjinjing membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke

bawah, menjinjit, membimbit: seorang daripadanya sedang ~

sebuah cerek besar; ringan sama dijinjing, berat sama dipikul prb

tolong-menolong antara satu sama lain (baik dlm kesenangan

mahupun dlm kesusahan);

jinjingan sesuatu yg dijinjing.

jinjing II sj tumbuhan (pokok) yg dibuat papan, batai, segun, Albizzia

falcata (moluccana).

jinjing III Kl berdiri di atas jari kaki.

jinjit I Jw; berjinjit, berjinjit-jinjit berdiri (berjalan) dgn hujung jari

kaki sahaja yg berjejak ke tanah, berjengket-jengket;

terjinjit-jinjit terjengket-jengket: Puan Milah ~, takut jatuh

kerana papan anak-anak tangga itu tipis-tipis belaka.

jinjit II; menjinjit menjinjing, membimbit: gadis itu kelihatan ~ sebuah

bungkusan di sebelah tangan kanannya.

jinjit III; menjinjit mencubit sambil menarik (getah, telinga, dll),

memulas.

jinsom C sj akar utk dibuat ubat kuat.

jintan 1. sj tumbuhan (pokok), Carum carvi; 2. sj biji-bijian yg dibuat

rempah (ubat dll); jenis-jenisnya: ~ hitam, ~ manis, ~ putih.

jintih; ~ putih sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadih, perincen,

sedamit, Urophyllum streptopodium.

jip sj kenderaan kecil yg kuat serta tahan lasak (banyak digunakan oleh

tentera).

jipang I ark jebang.

jipang II Mn cabang, dahan.

jipang III Jw 1. buah labu; 2. sj kuih yg dibuat drpd pulut dan gula.

jiperak; kain ~ sj anak baju (singlet).

jiplak Jw; menjiplak 1. meniru atau mengutip karangan orang lain

(tanpa izin drpd penulisnya), mencuri karangan orang lain; 2.

meletakkan kertas kosong di atas gambar atau tulisan yg telah ada

dan menirunya;

jiplakan salinan, tiruan, kutipan, dll;

penjiplakan perihal atau perbuatan menjiplak, plagiarisme;

penjiplak orang (pihak) yg menjiplak atau meniru hasil kerja

orang (pihak) lain.

jipro ark IB bp nona, guru perempuan.

jir jih.

jirai ark sedikit (drpd suatu benda, zat, dll).

jirak sj tumbuhan (pokok renek yg buahnya boleh dimakan), beberas,

mempadi, Eurya acuminata.

jiran orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang tetangga: ~nya

ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~

kawan-kawan yg rapat;

berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang; bertetangga;

negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan);

berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~

keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat

(kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau

bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan

Cyberjaya;

kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran:

pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil

kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara

keluarga di kawasan setinggan.

jirat I 1. kubur (utk orang bukan Islam); 2. batu kubur; membuang bunga

ke ~ prb mensia-siakan tenaga (wang, masa, dll).

jirat II Jk jerat.

jirian sj keputihan (pd orang perempuan).

jirik Kl pijak.

jirim (Fiz) bahan yg mengisi ruang dan mempunyai jisim; ~ kelabu (Bio)

tisu saraf kelabu, terutamanya dlm otak dan saraf tunjang, yg

mengandungi badan sel saraf dan juga gentian saraf; ~ putih (Bio)

tisu saraf putih yg sebahagian besarnya terdiri drpd gentian saraf

berselaput mielin.

jirus I; menjirus menyiram dgn air, mendirus: jangan lupa ~ bunga-

bunga yg di tepi rumah itu;

penjirus 1. orang yg menjirus; 2. alat utk menjirus: ~ bunga.

jirus II makin kecil ke hujung, meruncing, tirus.

jisim Ar 1. isi segala benda yg tidak bernyawa; 2. (Fiz) kuantiti jirim dlm

benda yg tidak bernyawa yg tidak tertakluk pd graviti.

jitah; akar ~ sj tumbuhan (akar yg melilit), jitan, Willughbeia tenuiflora.

jitak Jk; menjitak menampar, menempeleng.

jitan jitah.

jitok ark tengkuk.

jitu kena pd tempatnya, tepat benar: dia menjawab pertanyaan itu dgn ~;

menjitukan mengenakan dgn tepat (jawaban, pukulan, dll),

memberikan jawaban, dll secara tepat: ~ pendapat serta

memperoleh jawaban yg tepat;

kejituan perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan

memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya

menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi

seharusnya dapat memancarkan ~ bahasa;

penjituan proses menjitukan sesuatu benda: pembaikan imej boleh

dilakukan melalui komputer dgn menggunakan perisian ~ imej

kodak.

jitung sj tumbuhan (pokok), rengas, rengas air (tembaga), Gluta renghas.

jiwa 1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang

nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati;

membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati;

putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung

dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu

~ pengetahuan mengenai batin manusia, psikologi; penyakit ~

penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan

serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~

pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku,

hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm

menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa

ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah

penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat:

segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian

persahabatan yg telah ditandatangani itu;

~ raga ki daya usaha yg sungguh-sungguh: dia mengorbankan

seluruh ~ raganya utk membesarkan anak-anaknya;

~ bergantung di hujung rambut prb dlm keadaan yg sangat

berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan;

sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~;

berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi

sungai tubuh yg tidak ~ ; 2. bersemangat: banyak pegawai yg

masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina

kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia;

~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu dikuasai (dipengaruhi dll)

orang; b) mempunyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi

pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat

utk menolong rakyat;

menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan

perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu;

kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr

sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk

daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian

mahupun dr segi ~;

kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-

kata;

penjiwaan perihal menjiwai.

jiwang bp kep jiwa-jiwa (perlakuan sentimental).

jiwat sj tumbuhan (pokok), jambulan, krian duat, salam, Eugenia cumini.

jiwit; menjiwit mencubit dan memulas: ~ pipi.

jizyah Ar sj cukai yg dibayar oleh orang (atau negeri) bukan Islam kpd

negeri (atau raja) Islam yg menaklukinya.

J/K kep Jawatankuasa.

JKR kep Jabatan Kerja Raya.

Jln kep Jalan.

JMN kep Johan Mangku Negara, pingat kehormatan yg dikurniakan oleh

Yang di-Pertuan Agong (lebih tinggi drpd AMN).

JOA kep Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

jobak ark; berjobak bergelegak.

joblos Jk; kejoblos, terjoblos terperosok; jeblos.

jobon Pr; berjobon, berjobon-jobon bertimbun(-timbun).

jobong Jk, bk pelacur.

jodo Jk jodoh, sesuai; jodoh.

jodoh 1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau

haruslah berhati-hati dlm memilih ~; 2. pertemuan (antara gadis

dgn teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak

ada ~; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan

Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami

isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal

tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya

tidak ~ dgn buatannya;

sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin;

berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), berkahwin (dgn);

menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~

paduka kekanda;

menjodohkan, memperjodohkan mengahwinkan: Salikun

bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz;

perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat

ditentukan;

penjodohan perihal menjodohkan seseorang: Ali menerima ~

anaknya dgn teruna pilihannya;

penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan

yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan

bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll).

jodong; menjodongkan mencebikkan (bibir dgn maksud menghina,

mengejek, dll): Lili ~ bibirnya;

terjodong tercebik.

jogan sl tombak, bendera (sbg tanda kebesaran raja);

~ alam tombak kerajaan (yg dihiasi dgn emas); ~ alamat jogan yg

memberi tanda utk memulakan sesuatu (memukul gendang,

berarak, dll); cogan.

jogar sj permainan (spt permainan dam);

berjogar bermain jogar.

joget (jogét) sj tarian dan lagu Melayu yg agak rancak iramanya,

ronggeng, tandak; buaya ~ laki-laki yg tergila-gilakan perempuan

joget; ~ lambak joget yg berasal dr Melaka, ditarikan dgn gerak

tari yg agak rancak dlm majlis spt perkahwinan dan temasya;

penari (perempuan) ~ wanita yg mencari wang dgn menari joget;

berjoget 1. menari joget; 2. menari (sebarang tarian).

jogi pertapa Hindu.

joging lari perlahan-lahan terutamanya sbg senaman;

berjoging berlari joging, berlari dgn langkah yg tidak kencang atau

pantas, lazimnya utk menyihatkan badan.

johan 1. sl dunia, alam; 2. orang yg menang dlm pertandingan, juara; ~

arifin orang yg utama di antara cerdik pandai; ~ pahlawan

pahlawan dunia, orang yg gagah berani; ~ tinju juara tinju;

kejohanan pertandingan dsb utk menentukan johan, kejuaraan;

~ terbuka pertandingan utk menentukan johan yg dibuka kpd

sesiapa sahaja yg ingin bertanding; ~ tertutup pertandingan utk

menentukan johan yg penyertaannya dibataskan kpd petanding-

petanding tertentu sahaja (misalnya kpd warganegara yg

menganjurkan kejohanan).

johanit (Geo) mineral sekunder yg mengandungi 50.8% uranium.

johar I; bintang ~ bintang timur (Venus); zuhrah.

johar II Jw sj tumbuhan (pokok), Cassia siamea; juar.

johong I sj ilmu yg digunakan supaya orang lain mengikuti kehendak

kita;

menjohong mengenakan ilmu kpd orang lain supaya ia mengikut

kehendak kita.

johong II; ~ beralih sj tumbuhan (pokok renek), tebuk seludang, tuba

seluang, pancis, Polygonum barbatum.

johor I 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia

siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu

rimba, Pellacalyx saccardianus.

Johor II negeri di selatan Semenanjung, keluasan 18985 km2, Johor

Bahru sebagai ibu negeri, Darul Takzim.

jojoba sj pokok renek yg terdapat di kawasan barat daya Amerika Utara,

bijinya menghasilkan minyak yg digunakan dlm pembuatan bahan

kosmetik dsb, Simmondsia chinensis.

jojol tiang dll yg dipancang utk mengepung air (sungai dll);

menjojol, terjojol menonjol keluar, tersembul.

jok Jk tempat duduk pd kereta (beca dll).

joker daun terup yg berlebihan yg digunakan dlm sesetengah permainan

terup.

joki orang yg menunggang kuda dlm perlumbaan terutama sbg

profesionnya; ~ kereta orang yg kerjanya meletakkan kereta

pengunjung hotel dsb di tempat letak kereta yg betul.

jokir Kl, Tr penjuru, sudut.

jokong ark sj perahu; jongkong I.

jola Kl benar, sungguh.

jolak; berjolak, menjolak menyala berkobar-kobar (api).

jolek (jolék); menjolek membungkus (dgn daun dll).

joli I sj usungan.

joli II sepasang (kuda); dua se~ sepasang (laki-laki dan wanita); jori.

joli III; berjoli bersenang-senang atau berfoya-foya dgn menghabiskan

wang: kerjanya ~ sahaja;

menjolikan menghabiskan (wang dll) utk bersenang-senang atau

berfoya-foya: Tuan Yusof ~ wang syarikat itu.

jolok I; menjolok 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya

gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah

rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari

tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-

mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati

orang);

~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan

kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan,

sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati;

~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya;

yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg

diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk

mendapatnya hilang juga;

menjolokkan menjolok utk;

jolokan perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll,

menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang

tanggungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit

hati orang besar itu;

penjolok galah dll utk menjolok.

jolok II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar getah gaharu, akar getah

gegerip, Willughbeia coriacea; ~ hantu sj tumbuhan (pokok),

malas (segan) berdahan, telur obok, Arthrophyllum ovalifolium.

jolong 1. Ph (lebih) tinggi drpd yg lain (manusia dll); 2. Kl tabung buluh

yg panjang utk mengambil air, calung;

menjolong ark menjulur keluar, menonjol panjang keluar.

jolong-jolong I; buaya ~ buaya yg muncungnya panjang tirus,

Tomistoma schlegeli; ikan ~ sj ikan laut yg muncungnya panjang

lancip, julung-julung, Hemirhamphus spp.

jolong-jolong II; perahu ~ sj perahu yg haluannya berparuh panjang.

jolor Mn; menjolor berengsot (mengesot) dgn menghela perut (spt

kanak-kanak), menjalar (spt ular).

jom Kd kata ajakan.

jombak ark jompak.

jombang Mn cantik, tampan;

kejombangan kecantikan, ketampanan.

jompak; berjompak, menjompak mengangkat kaki hadapan ke atas,

melompat dgn mengangkat kaki hadapan ke atas;

berjompakan 1. berloncat-loncatan (dgn kaki hadapan terangkat

ke atas); 2. ki bergolak (air dll); dompak.

jompo Jk sangat tua: dia menziarahi mayat ibunya di sebuah gereja di

asrama tempat tinggal orang ~.

jong I kapal layar Cina; ~ pebujangan sl sj jong diraja; ~ penanggahan sl

jong tempat memasak;

~ pecah yu kenyang prb dlm keadaan kacau (huru-hara) tentu ada

orang yg mendapat keuntungan; dr ~ turun ke sampan prb (orang

yg) turun pangkatnya (kedudukannya); sepuluh ~ masuk, anjing

bercawat ekor juga prb orang yg tidak mengendahkan perubahan

dan kemajuan.

jong II; bintang ~ gugusan bintang (juga disebut biduk).

jongak Kl; ~ angak melihat sesuatu dgn kehairanan.

jongang agak menonjol keluar (bkn gigi bahagian atas), tonggos.

jongek (jongék) sj tumbuhan (pokok yg besar), nyatuh putih, Palaquium

herveyi.

jonget (jongét); menjonget melengkung ke atas (pd hujung atau tepi):

bibirnya ~ .

jongkah jongkang.

jongkaka Kl orang yg mengangkat hidangan dlm majlis jamuan, pelayan

jemputan, bentara.

jongkang; ~-jangking berceranggah, congkah-cangkih; ~-jongket a) turun

naik (papan, lantai rumah, dll) apabila dipijak; b) = permainan ~-

jongket sj permainan kanak-kanak (terdiri drpd papan panjang

bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik);

menjongkang menjongor ke atas (gigi dll).

jongkar; ~-jangkir jongkang-jangking, conggah-canggih;

jongkar-jongkar sl menikam dan mencabut balik berulang-ulang

(keris dll).

jongket (jongkét); menjongket, menjongket-jongket, terjongket

terangkat ke atas hujungnya (ekor dll): anjing itu bertambah

garang, ~ ekornya;

menjongketkan menjadikan terjongket.

jongkir jongkar.

jongkok; berjongkok, menjongkok 1. bercangkung, bertinggung: duduk

~ (menjongkok); 2. membongkokkan badan (hendak mengambil

sesuatu dll): ia menjongkok mengambil surat yg terletak di lantai;

3. = berjongkok-jongkok Id, ki sangat merendahkan diri.

jongkong I sj perahu yg dibuat drpd batang kayu yg dilubangi (lebih

besar drpd kolek); jokong.

jongkong II ketul logam (timah, besi, emas, dll) yg berbentuk bata.

jongkong III Kd sj kuih (dibuat drpd tepung beras dan dimakan dgn air

gula).

jongkong IV jongkong sj tumbuhan (pokok) dlm famili Melastomaceae,

medang tabak (Sabah), merabung (Sarawak), Dactyloclados

stenostachys.

jongol; berjongolan tersembul-sembul;

menjongol menyembul: kepalanya saja yg nampak ~ di atas

permukaan air;

menjongolkan menyembulkan, mengeluarkan (kepala dll dr

lubang dll);

terjongol timbul atau tertonjol keluar sedikit: kepalanya ~ sedikit

dr mulut jendela; jengul.

jongor muncung yg panjang (pd kumbang, ikan, dll): ~ babi; ~ perahu

bahagian hadapan perahu yg panjang tirus;

menjongor menjengul.

jongos Id pelayan, orang gaji.

jonjot cekut, jemput;

sejonjot sejemput (kapas, tembakau, dll);

menjonjot mencekut, menjemput: ~ kapas.

jontoh ark sj dongeng (bertalian dgn adat).

joon, Kl, Tr cuaca yg redup, mendung: tidak dihiraukannya hujan rintik-

rintik yg turun dr langit ~.

jopo Kl; berjopo bertompok, bertimbun.

joran; batang ~ tangkai pancing; ~ (tongkat) ampai sj tongkat yg dipakai

utk mencari mata air (sumber minyak dll).

joreng (joréng) keping kecil (tanah, kain, kertas, dll);

sejoreng sekeping, secarik, sepotong;

menjoreng memotong (menghiris) sedikit.

jori sepasang (kuda yg dipasang di muka kereta dll).

jorok I Mn; menjorok menganjur (keluar atau ke dlm): tanah yg ~ ke

laut;

menjorokkan menganjurkan, menjadikan menganjur.

jorok II Jk 1. kotor, cemar; 2. = penjorok pengotor.

jorong I bulat panjang: pinggan ~ ; mangkuk ~.

jorong II tempat sirih yg berbentuk bulat panjang: ~ emas dan ~ perak.

jorong III cerobong, corong;

menjorong memasukkan sesuatu melalui corong; menonton bagai

dijorong masuk (keluar) satu demi satu (berturut-turut).

jorong IV 1. bahagian drpd buah dll yg membonggol; 2. penjuru, sudut,

pojok, kampung; kepala ~ Id ketua drpd bahagian sebuah

kampung.

joropo (Muz) sj tarian masyarakat Venezuela.

jose (josé) C sj sutera.

jota (Muz) sj tarian masyarakat Sepanyol.

jotos Jw tinju;

berjotos bertinju; jago ~ orang yg kerjanya bertinju;

menjotos meninju;

jotosan pertandingan bertinju.

joule (Fiz) unit kerja atau tenaga, dgn simbol J (1J bersamaan dgn 1watt

per saat, 0.2388 kalori atau 0.738 kaki per paun).

JP kep Jaksa Pendamai.

JPA kep Jabatan Perkhidmatan Awam.

JPJ kep Jabatan Pengangkutan Jalan.

JPM kep Jabatan Perdana Menteri.

JPN kep Jabatan Pendaftaran Negara.

JSM kep Johan Setia Mahkota.

jua 1. hanya, tidak lain drpd, sahaja: walau macam mana sekalipun, kita

~ yg kalah; 2. kata utk memperkuat perkataan yg mendahuluinya:

Zaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun; juga.

juadah 1. sj kuih yg dibuat drpd beras pulut dll; 2. kuih atau penganan

(secara umum); 3. bekal (berupa makanan).

juah Kl jeruah.

juak I; juak-juak hamba raja yg mengiringi raja atau membawa alat

kebesaran, biduanda.

juak II; berjuak berlawan, berlumba, bertanding;

menjuak 1. memberangsangkan ayam sabungan (supaya berlaga

lagi); 2. ki menghasut (supaya berkelahi dll);

penjuak orang yg menjuak, penghasut; ~ perang penghasut

perang.

juak III Mn; menjuak menganjur ke atas;

menjuakkan 1. menaikkan tinggi-tinggi: juakkan kotak itu supaya

dapat dilihat oleh semua orang; 2. ki menaikkan ke tempat atau ke

taraf yg tinggi, memuliakan: perjuangan setiap penyair ialah ~

karyanya ke tingkat kesenian yg tinggi.

juak IV Kl; berjuak berjumpa dgn tiba-tiba.

juak V Kl; berjuak-juak berduyun-duyun.

juak VI sj tumbuhan (pokok kecil), mencabai, tangis sarang burung,

Heynea trijuga.

jual bp = berjual, menjual; ~ lagak menunjuk-nunjukkan lagak,

(berlagak) sombong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima

atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan

harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui

sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual;

berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn

memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~

nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~

lagi;

berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga,

berdagang: di situ ramai juga orang ~ ;

menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk

mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku

itu dan dimintanya aku ~ buku tersebut kepadanya;

~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang)

terlalu berlagak memperagakan diri; ~ bangsa mengkhianati

bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap

sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a)

membuat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar

sewaan; ~ lepas = ~ mutlak menjual tanpa sesuatu perjanjian (tidak

boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn

menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama

orang utk kepentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn

menanggung rugi;

~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur

dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong;

dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan

dahulu masak-masak, barulah dikerjakan;

menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual;

menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak

ke dlm, tolonglah jualkan beta cincin ini;

terjual 1. sudah dijual: semua barang dagangan di kedai itu habis

~; 2. sahaja hendak dijual;

~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya

berani pula dikerjakan sendiri;

jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya

adalah utk ~; 2. berjualan;

~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di

kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan

pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan

sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~

lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah,

biasanya si penjual memanggil-manggil pelanggan; ~ murah jualan

barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~

penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok

barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg

lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg

dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi

tujuan mendapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn

cara membuat tawaran harga;

penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu

akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis

(garam dll);

penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa

pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg

diberi tugas menjual candu.

juala; rumput ~ sj tumbuhan (herba), Bidens pilosa.

jual beli (urusan) menjual dan membeli barang (antara peniaga atau

penjual dan pembeli);

berjual beli menjual dan membeli barang-barang, berniaga,

berdagang;

memperjualbelikan menjual dan membeli, memperdagangkan: di

negeri ini tidak dibenarkan ~ candu.

juandang ark; bujang ~ orang halus yg boleh mendatangkan untung baik

atau buruk kpd orang yg berjudi (bertaruh dll).

juang; semangat ~ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan

atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dsb): semangat ~

yg tinggi dapat membantu mengatasi halangan itu;

berjuang 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-

besar), berlanggaran, berlawan; 2. hendak mencapai atau

mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb)

dgn pihak atau unsur yg menentangnya atau boleh

memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian

utk merebut kemerdekaan drpd penjajah;

gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau

orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah;

berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg

bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan

kudanya;

menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang,

mana tebing akan runtuh, atau kubu akan dijuang;

memperjuangkan hendak memperoleh sesuatu dgn berjuang:

mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi;

perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai,

mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan

peranan guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka

dahulu;

seperjuangan sama-sama berjuang: kawan ~ ;

pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai,

mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa

dicurigai oleh pihak Inggeris;

~ kebebasan orang yg berjuang utk membebaskan diri, tanah air

dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau

kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan

kemerdekaan tanah airnya.

juang-juang 1. sj tumbuhan (herba), lenjuang (bukit), senjuang,

Dracaena congesta; 2. sj tumbuhan (pokok renek), lenjuang,

senjuang, Cordyline fruticosa.

juar; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Oroxylum indicum; johar II.

juara I 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam

jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg

memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan

dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~

bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain

(kerana kedua-duanya mendapat mata dsb yg sama); ~ bertahan =

~ menanti orang yg memegang sesuatu kejohanan dan kini

bertanding utk mempertahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang

karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu

permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua

penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya memulakan dikir

barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak;

adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah

menang (untung rugi); bersahabat dgn ~; selilit benang bulang

tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita

menjadi jahat pula;

menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia

~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2.

memperjuangkan (mempertahankan, menyokong, dsb) dgn

sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~

kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan

pedagang di samping mengaku menjadi orang politik yg seratus

peratus ~ nasib rakyat;

kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2.

pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor

telah memenangi ~ bola sepak Malaysia.

juara II; ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp.

jubah Ar sj baju panjang cara Arab (dipakai oleh haji, paderi, hakim,

dll);

berjubah memakai jubah: orang lelakinya ada yg berketayap dan

~.

jubal sj ikan laut, Polynemus tetradactylus.

jubel Id; berjubel, berjubel-jubel sangat penuh.

jubin kepingan (biasanya berbentuk segi empat) drpd tanah liat bakar utk

menutupi dinding, lantai, dll.

jublek Jk; menjublek tercengang, tertegun.

jubli perayaan utk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari

perkahwinan, hari pertabalan raja, dll);

~ emas perayaan memperingati ulang tahun yg kelima puluh; ~

intan perayaan memperingati ulang tahun yg keenam puluh; ~

perak perayaan memperingati ulang tahun yg kedua puluh lima.

jubung jerubung.

jubur dubur.

judas, judes Jk 1. tajam mulut, suka memfitnah; 2. lekas marah, bengis.

judi permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main

dadu, dll);

~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor

ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam

ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd

nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn

menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar

binatang; main ~ = berjudi;

berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-

tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~ ;

menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg

taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu

habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh

menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada

golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan

kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing

dr luar; ~ nyawa;

perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi;

penjudian hal atau perbuatan menjudikan;

penjudi orang yg suka main judi.

judo (Jepun) sj permainan spt gusti (utk mempertahankan diri);

berjudo mempertahankan diri dgn judo, bermain judo: sejak dulu

lagi dia sudah pandai ~ dan bersilat.

judul tajuk (karangan, majalah, buku, drama, dll): drpd ~ cerpennya

sahaja sudah dapat kita menangkap isi yg hendak dikisahkannya;

berjudul bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~

Kalung Kenangan;

berjudulkan mempunyai sesuatu sbg judul;

menjuduli menjadi judul kpd.

juek (juék) Mn ark; juek-juek; tali ~ tali-temali yg direntangkan di

sawah utk menghalau burung yg hendak memakan padi;

menegakkan ~ sesudah menyabit prb sesudah selesai melakukan

sesuatu pekerjaan, baharu teringat tentang cara yg baik utk

mengerjakannya.

juga 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun:

ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~

demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~,

tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan

perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg

menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-

menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah

mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur)

meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-

alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi

atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti

belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama

lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa,

dia pun berpuasa ~; jua.

jugel; menjugel melambung-lambungkan beberapa objek spt bola dsb

berulang-ulang dan menyambutnya dgn cekap dan pantas: dia

memang cekap ~ ketiga-tiga biji bola itu;

penjugel orang yg menjugel.

juih; menjuih, terjuih (bkn bibir bahagian bawah dll) menganjur ke

bawah: Si Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~

menahan kesakitan;

menjuihkan menjadikan terjuih, menganjurkan (bibir) ke bawah:

dia ~ bibir.

juita 1. nyawa, buah hati, kekasih: ~ku; 2. cantik, elok: emas ~ ; ratna ~.

jujai; berjujai sl tidak putus-putus, tidak berhenti-henti (hujan, orang yg

pergi atau datang, dll).

jujat sl fitnah, celaan, umpat.

jujitsu seni pertahanan diri orang Jepun dgn hanya menggunakan berat

badan dan kekuatan musuh itu sendiri utk menundukkannya.

juju; menjuju menuju, menghala;

menjujukan menujukan, menghalakan, membidikkan.

jujub sj gula-gula yg seakan-akan jeli, berperisa dan kadangkala berubat

utk melegakan sakit tekak.

jujuh I; berjujuh, menjujuh mengalir dgn tidak putus-putus (hujan, air

mata, dll).

jujuh II Kd masa buah-buahan gugur dgn banyak (pd satu-satu musim).

jujuk Kl; berjujuk, berjujuk-jujuk beratur, berbanjar, berduyun-duyun;

berjujukan berderetan mengikut susunan (masa atau tempat):

pencapaian konsep dan ekstrapolasi yg ~;

jujukan urutan, rentetan, susunan: perisian merupakan

sekumpulan ~ arahan atau atur cara yg akan melaksanakan

operasi komputer.

jujur I lurus hati, tulus, ikhlas: orang yg ~ tidak akan berani menikam dr

belakang spt kau;

kejujuran perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih

ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu.

jujur II; wang ~ wang yg diberikan oleh pengantin laki-laki kpd orang

tua pengantin perempuan;

menjujuri membayar (memberi) wang jujur kpd;

jujuran wang jujur.

jujut; berjujut-jujutan tarik-menarik (tali dll), renggut-merenggut;

menjujut 1. menarik; 2. Kl menghisap (darah dll), menghirup

(minuman).

juk Tr sejenis jerat babi.

juku-juku sj kura-kura, kura-kura kepala besar, Orlitia borneensis.

jukut (Sunda) ark rumput.

julah; akar ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Gnetum silvestre.

julai II ranting (kayu) yg hujung sekali, carang;

berjulai, berjulai-julai, menjulai, terjulai berjuntai(-juntai).

Julai I bulan ketujuh dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.

julang; menjulang 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan

dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu:

setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya;

3. membumbung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~

sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung,

amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi

oleh rakyat Inggeris;

julangan tolakan ke atas;

penjulang orang atau sesuatu yg menjulang: ~ baginda pun sudah

bersedia; kayu ~ yg diperbuat drpd kayu perian.

julap sj ubat utk mencuci perut, pencahar.

julat 1. sl ukuran panjang (masa) yg tidak tentu besarnya (lamanya); se~

perahu sepanjang perahu; 2. lingkungan antara dua had (yg

dinyatakan dgn angka): ~ suhu tahunan Malaysia adalah antara

27°C hingga 32°C;

menjulat 1. mencapai sejauh; 2. menjulang (api dll), menjilat;

penjulat alat pd senapang, kamera dsb yg menentukan jarak

sasaran atau objek dr penembak, jurufoto dsb;

sepenjulat sejauh; ~ mata sejauh mata memandang; ~ peluru

meriam sejauh peluru meriam boleh sampai.

juling (bkn mata) terpesong sedikit atau tidak di tengah-tengah

kedudukan mata hitamnya: matanya ~ sedikit;

~ air = ~ bahasa juling sedikit (dianggap sbg salah satu sifat

kecantikan); ~ itik memandang dgn kepala tersenget sedikit;

menjulingi mengerlingi, melirikkan (mata) pd;

kejulingan perihal atau keadaan juling: ~ jenis ini berkaitan dgn

gangguan keupayaan melihat sesuatu dgn kedua-dua belah mata.

julir sj tempuling (utk menombak ikan).

julo pengumpulan wang oleh beberapa orang utk diundikan antara

mereka, arisan, kutu;

berjulo-julo mengadakan kutu.

juluk Kl sj rumput yg tumbuh dlm air.

julukan = nama ~ nama yg diberi sbg ejekan dsb.

julung I 1. pertama, utama; warna ~ warna utama; 2. belum ada lagi

sebelumnya, mulai, baharu;

gadis ~ bersubang = bujang ~ berkeris prb orang yg sangat

berlagak (kerana baru mendapat kekayaan atau dinaikkan pangkat);

julung-julung mula-mula, pertama-tama; buah ~ buah yg mula-

mula; ~ kali = ~ sekali ark pertama sekali, mula-mula sekali, buat

pertama kali.

julung III Jw (orang yg) mempunyai nasib yg buruk sejak lahir lagi (spt

akan dibunuh dll).

julung-julung I; ikan ~ 1. sj ikan laut, Hemiramphus spp.; 2. sj ikan

darat, Xenentodon canciloides.

julung-julung II sj tumbuhan, jenjulung.

julur I; ~-jalar Id keluar masuk, pergi balik;

menjulur menganjur keluar (lidah dr mulut dll), belunjur (kaki

dll): ular sawa itu ~ keluar dr lubang di bawah tangga itu;

menjulurkan mengeluarkan dgn menganjurkan ke hadapan: gadis

itu ~ kepalanya di tingkap;

terjulur menjulur dgn tiba-tiba, sudah dijulurkan.

julur II Mn; menjulur menjalar, merayap.

jum Pn marilah: "~ kita tidur". Ayah menghulurkan tangannya.

Jumaat Ar 1. hari keenam dlm seminggu, selepas hari Khamis;

sembahyang ~ sembahyang beramai-ramai (tidak kurang drpd 40

orang) pd waktu zohor di masjid (surau dll) pd hari Jumaat; 2.

minggu, pekan; dua ~ dua minggu;

berjumaat bersembahyang Jumaat.

jumantan, jumanten sl zamrud.

jumantara sl langit, udara, cakerawala.

jumbai rumbai;

berjumbai, berjumbai-jumbai berumbai-rumbai, berjurai-jurai;

berjumbaian berumbaian, berjuraian;

ada ~ air dgn ... prb Mn ada kena-mengena dgn ...;

terjumbai terjurai; jerumbai.

jumbil gelambir.

jumbo luar biasa besarnya, sangat besar: jet ~; jualan ~.

jumbul; terjumbul-jumbul terapung-apung, terkatung-katung.

jumhur Ar orang ramai; ~ ulama kebanyakan ulama.

jumjumah Ar, sl tengkorak.

jumlah 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar:

~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2.

banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai;

sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): kerajaan telah

membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2.

sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk

negara ini beragama Islam;

berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus

ringgit;

menjumlah membuat kira-kira campur;

menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu:

jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli sebuah

rumah;

terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm

bilangan, terhitung: keluarganya ~ dlm golongan orang yg berada;

terjumlahkan terkumpulkan, tercampurkan; tidak ~ tidak terkira

(terhitung);

penjumlahan perihal atau perbuatan menjumlahkan.

jumpa; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka

hendak ~ dgn Guru Besar;

menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang

rumah mangsa pembunuhan itu;

memperjumpakan mempertemukan;

terjumpa menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja):

kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil;

jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai:

suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba

lain;

perjumpaan perihal berkumpul atau berhimpun (dlm mesyuarat,

majlis keramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana

ramah-tamah;

penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan.

jumpalit Jk; berjumpalit, berjumpalitan berguling-guling dgn kepala di

bawah.

jumpelang 1. kayu melengkung tempat berdiri kaki kerusi (supaya kerusi

dapat berayun ke hadapan dan ke belakang); 2. (Kej) besi yg

melengkung yg terdapat dlm jentera dll.

jumpul Jw; ikan (belanak) ~ sj ikan laut, jempul, Mugil planiceps.

jumput Jk; menjumput menjemput, memungut, mengambil.

jumud Ar beku, kaku, kolot;

menjumudkan menjadikan sesuatu (konsep) jumud: ~ pemikiran

masyarakat;

kejumudan perihal (keadaan) jumud, kebekuan, kekakuan:

kelesuan dan ~ tradisi ilmu.

Jun I bulan keenam dlm tahun Masihi yg mengandungi 30 hari.

jun II Jw buyung.

junam; menjunam bergerak dgn kepala dahulu mengarah ke bawah,

menukik: sekonyong-konyong kapal terbang itu ~ menghala ke

kapalnya;

menjunamkan 1. melayangkan (menerjunkan) arah ke bawah atau

menyerang ke bawah, menukikkan: juruterbang itu ~ kapal

terbangnya ke arah kapal terbang musuh; 2. membenamkan: kalau

puntung berbara dijunamkan ke dlm tabung berisi hidrogen, ia

akan meletus menyala;

terjunam menjunam dgn tidak sengaja: kapal terbang itu jatuh ~

ke dlm laut.

jundai; sijundai Mn ilmu sihir yg dapat menggilakan orang (orang yg

kena sihir itu beryanyi-nyanyi);

bersijundai bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri.

jungat Jk; menjungat terjongket pd bahagian hadapan atau belakang:

kapal ~.

junggang; ~-jungkit bergerak-gerak turun naik, jongkang-jongket.

jungkal Jk; menjungkalkan 1. menggulingkan; 2. ki mengalahkan,

menjatuhkan;

terjungkal terguling, terjatuh; ~ balik terguling-guling.

jungkar; menjungkar kelihatan keluar tercokeng.

jungkat bergerak ke atas (kalau dipijak dll);

perempuan ~ perempuan gatal; ~-jungkit bergerak turun naik;

terjungkat terjongket ke atas;

jungkatan; jambatan ~ jambatan yg dapat diangkat.

jungkel Jk jungkal.

jungkir = jungkir balik;

menjungkir, terjungkir terbalik (dgn kepala ke bawah);

menjungkirkan menterbalikkan (dgn kepala ke bawah).

jungkir balik jatuh terbalik (kepala di bawah), menjengkolet;

menjungkirbalikkan menyebabkan terjungkir.

jungut Mn tanah (gunung) yg menganjur.

junior 1. lebih muda, khususnya antara adik-beradik, ibu bapa dgn anak-

anak, atau antara rakan-rakan di sekolah; 2. berpangkat

(berkedudukan) lebih rendah dlm sesebuah organisasi: dlm

Bahagian Perkamusan, dia lebih ~ drpd Azizah.

juniper sj pokok renek malar hijau drpd genus Juniperus yg buah

berinya menghasilkan minyak yg dapat digunakan dlm ubat dan

sbg perisa dlm gin.

junjung kayu, buluh dsb yg menopang tanam-tanaman yg memanjat atau

menjalar spt sirih, kacang panjang dsb: ~ sirih;

menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua

itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~

titah tuanku; 3. amat menghormati, memuliakan, amat menghargai:

mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~

duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat

menghargai;

~ sangkak ayam prb Mn mendapat malu; dijunjung merekah

kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg

sangat berat dan keras; kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb

lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri;

menjunjungkan mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang

(utk dibawa);

junjungan 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus

utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok

menjalar atau memanjat, jalaran, junjung;

berjunjungan bersuami;

perjunjungan = ~ duli perihal menjunjung duli.

junta majlis (terdiri drpd beberapa orang) yg mentadbirkan negeri.

juntai; berjuntai bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya

~ ke bawah;

berjuntaian berjuntai-juntai: ~ tandan pisang itu;

menjuntaikan menghulurkan supaya bergantung: sambil itu dia ~

kakinya ke pelantar dapur;

terjuntai tergantung atau terjulur ke bawah;

juntaian sesuatu yg berjuntai: di hadapan ~ kakinya.

juntrung Jk; juntrungan aturan, pendirian.

junub Ar keadaan tidak suci yg disebabkan oleh hadas besar, mis keluar

mani (baik dgn bersetubuh ataupun tidak), haid dll; mandi ~ mandi

utk menyucikan tubuh drpd hadas besar.

junun Ar ark gila, tidak siuman; majnun.

jura jurah.

juragan 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda)

tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik).

jurah ark; menjurah membongkok (utk memberi hormat, menyembah,

dll).

jurai 1. jalur (kain dll) yg panjang, lajur: rangka bentuk dibuat drpd ~

besi tuang yg tebalnya 1/4”; 2. ikat benda yg terjuntai (spt benang,

rambut, dll); 3. susunan yg berturut-turut, rangkaian: Haeckel telah

menyelidiki ~ keturunan alam haiwan; ~ keturunan raja-raja; ~-

jemarai jatuh bertitik-titik: hujan panas ~-jemarai;

berjurai 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di

atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum

ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai

berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~

; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai

(bkn air mata, peluh);

menjurai Kl memotong (kuih dll) dgn memanjang;

juraian sesuatu yg terjuntai: dia merengus dan jemarinya

menyirati ~ rambut separas bahu.

jurai-jurai sj tumbuhan (pokok), pokok gajah beranak, putat nasi,

Barringtonia spicata.

juran Kl hiris; se~ sehiris.

jurang 1. lembah yg dalam, lurah; 2. ki = ~ kehidupan kehidupan yg

susah, kemelaratan; 3. ki perbezaan yg memisahkan sesuatu dgn

sesuatu yg lain: dlm masyarakat lain juga, ~ antara praktik dan

ideal selalu wujud; ~ generasi jurang atau perbezaan yg membeza-

kan satu generasi dgn generasi yg lain.

juri 1. sekumpulan orang yg dilantik utk memutuskan sesuatu kes

(berdasarkan fakta dan keterangan) yg dibicarakan di mahkamah;

2. sekumpulan orang yg tugasnya mengadili sesuatu pertandingan,

misalnya pemberian anugerah, utk menentukan pemenangnya: ahli

~ ;

berjuri menggunakan khidmat juri: Jepun tidak mengamalkan

perbicaraan ~ dan hakim menentukan keputusan bicara serta

menjatuhkan hukuman.

jurik Jk hantu.

juring I ulas, pangsa;

sejuring 1. sepangsa, seulas; 2. Ki sebahagian, sepotong (kata-kata

dsb): dgn jalan ini sajalah aku dapat mengembalikan ~

kebahagiaanku yg telah hilang;

juringan juring.

juring II Kl birai (bucu) yg tajam.

jurisprudens kajian tentang prinsip undang-undang.

jurit Jw ark perang; perajurit.

jurnal 1. terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara,

profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3.

buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku.

jurnalis IB wartawan.

jurnalisme pekerjaan mengumpulkan, menulis, dan menerbitkan berita

dlm surat khabar, majalah, radio, dan televisyen, kewartawanan.

jurnalistik berkaitan dgn kewartawanan atau persuratkhabaran.

juru I orang yg mempunyai keahlian dlm sesuatu perkara (biasanya

dipakai dlm kata majmuk dan dieja bersambung sbg satu

perkataan), ahli;

kejuruan kepandaian yg khas, keahlian.

juru II ark; menjuru menjuruk; penjuru.

juruacara orang yg memimpin sesuatu acara (pertunjukan aneka ragam,

majlis, dll).

juruanalisis orang yg terlatih dan mahir dlm menganalisis sesuatu,

penganalisis; ~ sistem orang yg terlatih utk menganalisis keperluan

sesuatu tugas atau projek dan dapat mengatur segala keperluan yg

berkenaan dlm suatu sistem atau bentuk yg memungkinkan

perkakasan dan perisian komputer digunakan utk melaksanakan

projek tersebut.

juruanimasi orang yg ahli dlm membuat filem berbentuk animasi.

juruaudit orang yg terlatih dlm kerja-kerja mengaudit akaun.

juruazan orang yg kerjanya melaungkan azan (bang), jurubang, bilal,

tukang bang.

jurubahasa orang yg menterjemahkan kata-kata atau percakapan orang

lain.

jurubang juruazan, bilal, tukang bang.

jurubank tuan punya (pengurus atau pegawai tinggi) bank.

jurubatu anak buah perahu yg tugasnya mengukur dalamnya laut.

juruberita pemberita.

jurubicara orang yg tugasnya memberi keterangan rasmi dll kpd orang

ramai, jurucakap.

jurubina orang yg berkelayakan utk mereka bentuk bangunan dan

menyelia pembinaannya, arkitek.

jurucerakin ahli kimia yg kerjanya membuat penyelidikan di makmal.

jurudalam Kl tukang perhiasan di rumah orang besar-besar.

jurudapur tukang masak.

juruelektrik (juruéléktrik) orang yg terlatih utk membuat kerja berkaitan

dgn pemasangan atau pembaikan dsb alat-alat elektrik.

jurugambar orang yg kerjanya mengambil gambar, tukang gambar,

jurufoto.

jurugas orang yg tugasnya memeriksa meter gas, menyelenggarakan

radas gas domestik dsb.

jurugegas orang yg mahir memasang atau melaraskan bahagian-bahagian mesin dsb.

juruhebah (juruhébah) 1. orang yg menyeru atau menyerukan

(menyebarkan) sesuatu; 2. orang yg kerjanya menyiarkan berita dll

atau menghebahkan rancangan di radio (televisyen dsb), penyiar.

juruhias orang yg pakar (mahir) melakukan kerja membuat hiasan,

penghias; ~ dalaman orang yg pekerjaannya mereka bentuk cara

menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dgn

memilih warna atau perabot yg sesuai dll.

juruiklan orang atau syarikat yg mengendalikan khidmat pengiklanan

sesuatu produk dsb.

jurujual orang yg kerjanya menjual atau meluaskan penjualan barang

dagangan sesuatu perusahaan;

kejurujualan kemahiran dlm teknik melakukan kerja jualan.

jurukaki sl pesuruh, bentara.

jurukamera (jurukaméra) orang yg kerjanya mengambil gambar atau

filem utk surat khabar (televisyen, filem, dsb).

jurukater jurusaji.

jurukelat anak perahu yg kerjanya memegang tali kelat.

jurukerah sl jawatan yg di bawah batin.

juruketik Id jurutaip.

jurukhat orang yg mahir dlm seni khat.

jurukira orang yg pakar dlm hal kira-mengira.

jurukunci 1. orang yg memegang kunci (tempat keramat dll); 2. Id

pemenang dlm sesuatu pertandingan yg menduduki tempat yg

terakhir.

jurulatih orang yg melatih orang lain (spt ahli sukan dll) supaya mahir;

kejurulatihan yg berkaitan dgn jurulatih dlm segala aspeknya: di

manakah salahnya yg menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem

~ yg menjadi puncanya.

jurulayar anak buah perahu (kapal) yg menjaga layar.

jurulelang (jurulélang) Id jurulelong.

jurulelong (jurulélong) orang yg mengurus lelong.

jurulito orang yg mencetak buku dgn cap batu.

jurumasak tukang masak.

jurumesin (jurumésin) orang yg mengurus (membaiki dll) mesin.

jurumudi anak buah perahu (kapal) yg menjaga kemudi.

jurunikah orang yg bertauliah utk menikahkan pasangan yg ingin

berkahwin.

jurupulih orang yg tugasnya memulihkan seseorang atau sesuatu

(anggota, cara kerja dll); ~ anggota orang yg pakar dlm

memulihkan anggota badan, mis melalui terapi, mengurut dsb.

jurupustaka Id orang yg memimpin serta mengurus perpustakaan,

pustakawan.

jururadiografi orang yg terlatih dan mahir mengendalikan teknik

radiografi.

jururawat orang (lazimnya perempuan) yg kerjanya merawat orang sakit

(di hospital);

kejururawatan hal yg berkaitan dgn (pekerjaan, tugas, urusan,

dsb) jururawat: buku ~ psikiatri itu sedang dicetak.

jurureka (jururéka) orang yg ahli (mahir) dlm mereka sesuatu, pereka.

jururias orang yg mempunyai kemahiran merias (mendandan) orang

lain.

jurus I; sejurus sebentar, sekejap, sejenak; ~ kemudian sekejap

kemudian;

berjurus-jurus beberapa jenak (lamanya): Noor pun berkata

sesudah ~ tinggal membisu.

jurus II lurus, terus, langsung, tegak;

berjurus-jurus bersambung-sambung, tidak henti-hentinya, terus-

menerus: Maskam ~ termenung pd malam itu;

menjurus mengarah, menuju (terus ke atau kpd), tertumpu kpd:

kita harus memilih aspek yg khusus supaya perbincangan kita ~

kpd satu arah sahaja;

menjuruskan mengarahkan, memajukan, mendorongkan

(mendesak terus), menumpukan: akibatnya mereka ~ semua nilai

moral, estetika, dan keagamaan ke jurang cita rasa;

jurusan 1. arah, tujuan: kapal terbang itu datang dr ~ Singapura;

mereka berjalan ke satu ~; 2. bahagian pengajian (ilmu

pengetahuan): dia mengambil kursus dlm ~ ekonomi; sekolah

aneka ~;

penjurusan proses menjuruskan (menjurus kpd) sesuatu (bidang,

aliran fikiran, dll): ~ dlm bidang agama.

jurus III Kl; berjurus 1. berbudi bahasa, berkelakuan baik; 2.

bersungguh-sungguh.

jurusaji (ERT) orang yg menyediakan dan menyajikan makanan utk

sesuatu majlis.

jurusawat orang yg mengurus (membaiki dll) pesawat atau mesin.

juruselam 1. orang yg kerjanya menyelam ke dlm air (utk mencari

mutiara dll); 2. orang yg menyelam ke dlm air utk mendengar

bunyi ikan (biasanya dia juga menjadi pemimpin dlm sesuatu

kelompok orang yg menangkap ikan).

jurusemboyan orang yg tugasnya menghantar dan menerima isyarat,

terutamanya dlm angkatan tentera darat dan tentera laut.

jurusita Id pegawai pengadilan yg diberi tugas utk menyita.

jurusolek (jurusolék) orang yg kerjanya menyolek orang.

jurusurat kerani, jurutulis.

jurutafsir juruulas.

jurutaip orang yg kerjanya menaip surat dll, juruketik.

jurutanak sl orang yg menanak nasi.

juruteknik (jurutéknik) orang yg ahli dlm hal selok-belok jentera dll.

jurutera orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan

(menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang

kejuruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat

(membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya,

jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan

besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat

(membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran

tenaga elektrik, dan sistem perhubungan; ~ jentera orang yg

terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga jentera, kereta, mesin,

dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan

menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka,

membuat (membina), dan menjalankan loji atau jentera yg

digunakan dlm proses kimia industri;

menjuruterai merancang, mengatur, dan melaksanakan sesuatu

(tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~

penerbitannya;

kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat

jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal

terbang; ~ kimia.

juruterapi (jurutérapi) orang yg mahir melakukan sesuatu jenis terapi.

juruterbang pemandu kapal terbang; ~ bersama juruterbang yg

membantu ketua juruterbang, dan kadang-kadang memandu kapal

terbang.

jurutinggi anak buah perahu (kapal) yg kerjanya memasang layar.

jurutol orang yg tugasnya memungut bayaran tol.

jurutrengkas (jurutréngkas) orang yg kerjanya mengambil rencana dgn

trengkas (tulisan pantas yg menggunakan simbol), steno.

jurutulis kerani, jurusurat.

jurutunjuk orang yg memberikan tunjuk ajar atau petunjuk.

juruubat ahli farmasi.

juruukur orang yg kerjanya mengukur tanah; ~ bahan orang yg kerjanya

menganggarkan kos bahan dan buruh yg diperlukan utk sesuatu

kerja pembinaan.

juruulas orang yg memberi tafsiran mengenai soal-soal politik dll (dlm

surat khabar, radio, televisyen, dsb).

juruvideo (juruvidéo) orang yg mengendalikan perakam video utk

mengambil gambar, menayangkan pita video dsb.

juruwang orang yg menerima atau membayar wang (di bank, kedai, dll).

juruwarta juruberita, pemberita.

jus 1. air drpd buah-buahan atau sayur-sayuran: ~ oren; 2. (Bio) cecair

dlm perut atau bahagian lain tubuh yg membantu penghadaman

makanan: ~ usus; ~ pankreas.

JUSA akronim bagi Jawatan Utama Sektor Awam.

jus soli (Udg) hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan

kelahiran di negara itu.

justeru 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau

harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya

mencaci dia, ~ saya puji dia.

justifikasi sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar

dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb)

yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin

mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung;

berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai

~ kpd kelemahan tersebut;

menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu

memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu.

justisi IB kehakiman.

jut I sj pokok yg seratnya boleh dibuat guni dll, rami, Corchorus

capsularis.

jut II Kl sj alat utk menangkap ikan (di bendang atau kolam).

juta seribu ribu (1 000 000);

berjuta, berjuta-juta beberapa juta;

jutaan berjuta-juta.

jutawan orang yg mempunyai wang (harta benda) yg jumlahnya

(nilainya) berjuta-juta ringgit.

jutung; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar perindu, buas-buas,

Premna dibaricata.

juvenil (juvénil) anak muda yg belum matang (mentah), budak-budak.

juz Ar bahagian atau bab drpd Quran (semuanya ada 30 bahagian).

juzuk Ar bahagian;

sejuzuk sebahagian;

menjuzuki menjadi juzuk kpd sesuatu: alam fizikal dan alam

sosial ~ keseluruhan fenomena tabii.