e-buku panduan penjagaan kereta & keselamatan -...

19
E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat) e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN KLIK DISINI JIKA ANDA BELUM MENYERTAINYA TAJUK ARTIKEL 1. Bateri rosak boleh dibaiki 2. Punca stereng kereta menjadi berat 3. Punca kerosakan radiator dan cara membaikinya 4. Tindakan perlu jika asap ekzos kereta bertukar warna 5. Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul 6. Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar 7. Punca penggunaan minyak petrol bertambah 8. Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder 9. Memeriksa punca stereng kereta berat 10. Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi PANDUAN 1. Langkah sebelum mulakan perjalanan 2. Cara kawal kenderaan semasa kecemasan 3. Panduan jika brek tak berfungsi 4. Tip memandu ketika kecemasan 5. Jaga bateri kereta secara berkala Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat. ( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Upload: doandat

Post on 08-Mar-2018

306 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN

KLIK DISINI JIKA ANDA BELUM MENYERTAINYA

TAJUK ARTIKEL1. Bateri rosak boleh dibaiki

2. Punca stereng kereta menjadi berat

3. Punca kerosakan radiator dan cara membaikinya

4. Tindakan perlu jika asap ekzos kereta bertukar warna

5. Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul

6. Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar

7. Punca penggunaan minyak petrol bertambah

8. Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder

9. Memeriksa punca stereng kereta berat

10. Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi

PANDUAN1. Langkah sebelum mulakan perjalanan

2. Cara kawal kenderaan semasa kecemasan

3. Panduan jika brek tak berfungsi

4. Tip memandu ketika kecemasan

5. Jaga bateri kereta secara berkala

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 2: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Bateri rosak boleh dibaikiBATERI adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Malah, kereta yang tidak dihidupkan selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri lemah.

Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki, tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.

Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.

Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak dengan membaiki semula, boleh berbuat demikian dengan mengambil beberapa langkah tertentu.

Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan plastik. Bersihkan bahagian luar bateri itu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk untuk menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen khas dikenali sebagai Batrepair ini boleh dibeli di kedai aksesori kereta.

Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lain.

Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan. Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas.

Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan. Terlalu lama mengecas bateri itu juga boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum seperti retak.

Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan dan sekali gus, petanda anda perlu menukar kepada bateri baru. Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas ke kedua-dua terminal itu.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 3: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri berkarat dan mudah terputus.

Punca stereng kereta menjadi beratADA ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutama ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku ialah tekanan angin tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Dalam pada itu, stereng automatik dan biasa memang berbeza. Namun, untuk tujuan meletak kereta, mengundur atau membelok, stereng automatik lebih mudah dan selesa.

Namun, ada ketikanya masalah stereng berlaku ketika anda memandu laju. Ketika kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi di atas jalan yang rata, roda depan terasa meliar dan stereng sukar dikendalikan.

Keadaan ini berbahaya terutama jika kenderaan bergerak laju melebihi 100 kilometer sejam apa lagi jika melalui jalan basah dan licin.

Punca keadaan ini terjadi antara lain disebabkan kehausan sambungan sistem roda kemudi terutama hujung dan pangkal rod pengikat, kehausan atau kesalahan penyelarasan alat pengemudian. Malah terlalu banyak gerak bebas pada pengalas roda depan dan kelonggaran pada stereng (di dalam kotak gear stereng) juga boleh menjadi puncanya.

Sistem pengemudian lazimnya membabitkan kerangka kereta. Dalam situasi roda depan meliar dan stereng sukar dikendalikan adalah masalah yang sering melanda sistem pengemudian apabila terlalu banyak gerak bebas pada stereng.

Jadi, apabila berhadapan dengan masalah stereng sukar dikawal, mula-mula usahakanlah agar kenderaan dapat bergerak lurus. Tetapi biasanya apabila ada kerosakan pada sistem penggerak roda depan, kenderaan tidak dapat bergerak lurus. Kenderaan akan bergerak seolah-olah ‘hanyut’ ke kiri dan kanan.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, antara pemeriksaan dan pembaikan kecemasan yang boleh dilakukan termasuk memeriksa gerak bebas stereng. Gerak bebas stereng adalah gerakan berputar stereng

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 4: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

yang tidak menyebabkan roda depan bergerak ke kiri atau kanan. Gerak bebas normal stereng adalah sebesar 10-30mm dari suatu tanda tetap.

Apabila gerak bebas stereng terlalu besar, maka akan terjadi kenderaan bergerak dalam keadaan liar. Memang sukar untuk memeriksa sendiri rod kemudi dan sambungan yang longgar, jadi bawalah ke bengkel.

Kerosakan sistem gantungan terutama belakang juga menyebabkan pemanduan yang tidak selesa. Ketika sedang dipandu di atas jalan datar, bahagian belakang kenderaan bergoyang kuat sehingga menjejaskan keselesaan penumpang belakang.

Keadaan itu boleh terjadi disebabkan bolt pegas daun penyerap hentak belakang patah. Akibatnya kenderaan tidak stabil dan tidak dapat dipandu dengan mudah terutama pada kelajuan tinggi. Keadaan ini sering terjadi terutama pada kenderaan besar.

Gejala yang sama mungkin terjadi disebabkan tiupan angin sampingan yang kuat. Bagaimanapun, keadaan ini banyak terjadi pada kenderaan ringan.

Keadaan sistem pengemudian hendaklah diperiksa dengan teliti kerana ia berkaitan dengan keselamatan penumpang.

Punca kerosakan radiator dan cara membaikinya

RADIATOR adalah antara komponan penting dalam enjin kereta. Kerosakan pada radiator boleh menyebabkan enjin panas dan pecutannya kurang baik.

Sekiranya keadaan itu berlaku, anda tidak perlu panik sebaliknya berhentikan kenderaan dan cuba lakukan pemeriksaan. Cara ini lebih baik daripada membiarkan enjin kereta anda panas dan mungkin terbakar.

Panas pada bahagian enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.

Selain itu, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 5: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukkannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 6: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.

Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.

Tindakan perlu jika asap ekzos kereta bertukar warna

LAZIMNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator.

Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak.

Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 7: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

kedudukannya.

Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih.

Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.

Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul

PEMILIK kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidal dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 8: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.

Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, cat akan cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar

SETELAH beberapa tahun menggunakan kereta yang sama, anda mungkin berhadapan dengan situasi bahawa enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh. Keadaan sebegini biasanya mudah dirasai ketika mendaki bukit.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 9: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Ada ketikanya anda berasa enjin kereta sudah mengaum tetapi kereta tidak meluncur laju. Selain disebabkan kerosakan dan kebocoran ekzos, mungkin ada masalah lain yang perlu diteliti.

Malah, dalam keadaan biasa kereta dapat bergerak menaiki bukit dengan menggunakan gear ketiga. Tetapi, sejak kebelakangan ini pada gear ketiga kereta seolah-olah merangkak dan akhirnya terpaksa menukar kepada gear kedua dengan enjin yang mengaum kuat.

Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara puncanya ialah kerosakan pada sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, apabila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap sebab-sebab dan pembaikan kecemasan sebegini boleh dilakukan:

· Pertama; periksa sama ada saat penyalaan sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis-suis penutup arus.

· Kedua; periksa sama ada sistem penyaluran petrol berada dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara yang kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas.

Periksa juga adakah cekam rosak atau brek yang bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh.

Masalah berkenaan sering menjadi kekeliruan utama kerana setiap kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan diberikan kepada mencari masalah enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya.

Seterusnya, enjin juga tidak mengeluarkan daya penuh apabila mampatan enjin tidak cukup tinggi. Biasanya kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua atau gasket kepala selinder bocor. Masalah ini sering terjadi kepada kereta yang menggunakan suntikan terus dan selalu dipandu laju dalam perjalanan jauh. Bagaimanapun, gejala ini kurang menjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 10: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Punca penggunaan minyak petrol bertambah

SEBELUM ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.

Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.

Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.

Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 11: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kalimemulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder

MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.

Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.

Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 12: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.

Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.

Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 13: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Memeriksa punca stereng kereta berat

ADA ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.

Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 14: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

roda depan tidak boleh dipandang ringan.

Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi

ENJIN adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.

Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.

Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak.

Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

l Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin.

Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Prosedur kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta

automatik.

l Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi tetapi enjin tidak dapat dihidupkan.

Ketika suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Pelan bersiar-siar ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka meneruskan misi untuk mengesan masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 15: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start.

Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Apabila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk.

Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburator tetap melimpah. Dalam hal ini, jika tidak tahu membetulkan sendiri, adalah lebih baik bawa ke bengkel untuk dibaiki.

PANDUAN

Langkah sebelum mulakan perjalanan

- Rancang perjalanan anda

Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat menggunakan peta.

- Dapatkan rehat mencukupi

Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 16: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

- Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk

- Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu

- Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

- Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh

Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan.

Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.

- Sumber Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)

Cara kawal kenderaan semasa kecemasan

ADALAH penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.

Jika sebelum ini, panduan mengenai bagaimana memberhentikan kenderaan sekiranya brek gagal berfungsi, kenderaan terbabas dan pemecut terlekat didedahkan, ikuti panduan seterusnya sekiranya anda menghadapi masalah lain.

Tayar pecah

1. Pegang stereng dengan erat.

2. Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.

3. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.

4. Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.

5. Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.

6. Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 17: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

7. Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

Lampu hadapan kenderaan terpadam

1. Kejadian ini akan mengehadkan pandangan anda.

2. Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.

3. Naik ke atas bahu jalan jauh dari aliran lalu lintas.

4. Hentikan kenderaan dengan segera.

5. Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.

Kenderaan terbakar

1. Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam sistem elektrik.

2. Hentikan kenderaan dengan segera.

3. Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.

4. Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.

5. Gunakan alat pemadam.

Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Panduan jika brek tak berfungsi

SEMALAM satu panduan diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), untuk membantu anda sekiranya menghadapi masalah ketika di jalan raya iaitu brek gagal berfungsi.

Pada hari ini, dua lagi panduan tambahan disediakan iaitu ketika kenderaan anda terbabas dan masalah pemecut terlekat.

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 18: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

Kenderaan terbabas

- Jika bahagian belakang kenderaan anda terbabas, anda dikehendaki melepaskan pedal pemecut dengan segera dan menekan brek kenderaan.

- Kemudian anda dikehendaki memusingkan stereng kenderaan kearah belakang yang terbabas itu dan anda dinasihati supaya tidak menggunakan brek dalam keadaan itu.

Pemecut terlekat

- Jika jalan raya berada dalam keadaan yang selamat, cuba tarik injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.

- Sekiranya cubaan anda untuk menarik injak pemecut yang terlekat dengan hujuang kasut tidak berjaya, anda boleh mematikan suis enjin dan menggunakan brek untuk memberhentikan kenderaan.

- Kemudian anda dikehendaki memegang stereng dengan kuat supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan dan berhenti segera di tempat selamat untuk membaiki injak pemecut yang rosak sebelum menggunakan perkhidmatan mekanik.

- Sumber JPJ

Tip memandu ketika kecemasan

JIKA kenderaan anda mempunyai masalah ketika berada di jalan raya, anda boleh mengikut panduan yang diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti di bawah ini:

1. Brek gagal berfungsi

- Jika pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai, pamkan injak brek segera, bagi memulihkan tekanan.

- Sekiranya gagal, tarik brek tangan, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.

- Sekiranya brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit curam atau kenderaan itu membahayakan pengguna lain, segera cari objek untuk digesel seperti semak di tepi jalan, rel adang dan bahu jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan diperlahankan.

- Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada pemandu lain dan pejalan kaki.

- Sumber JPJ

Jaga bateri kereta secara berkala

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )

Page 19: e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/6861406/1629605757/name/e... · Jaga bateri kereta secara berkala ... Pastikan selaput asid yang melekat

E-BUKU ini diedarkan secara PERCUMA sebagai panduan dan maklumat untuk pengguna (Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)

BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda. Justeru, penjagaan bateri perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus membantutkan aktiviti harian anda.

Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu anda mengelak kejadian tidak diingini.

- Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.

- Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.

- Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.

- Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian.

- Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.

- Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya.

- Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat.

- Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.

- Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi.

– Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.

DAPATKAN e-BUKU SETERUSNYA : Akan dimaklumkan

Terima Kasih Kerana Membaca e-buku ini semoga ia memberi manafaat.( SILA KLIK DISINI SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI e-BUKU INI KEPADA ANDA )