draf teks ucapan ybhg. datuk abdul rahman bin … ucapan/teks__ucapan_yb_menteri... · kita...

14
1 DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Perhimpunan Bulanan KPKT 7 Disember 2015 Yang saya muliakan, Saudara/Saudari Pengacara Majlis, YB Datuk Halimah binti Mohamad Sadique Timbalan Menteri KPKT YBhg Datuk Mohamad Bin Mentek Ketua Setiausaha, KPKT YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pembangunan, KPKT YBhg. Dato' Halimi bin Abdul Manaf Timbalan Ketua Setiausaha Kesejahteraan Bandar, KPKT YBerusaha Puan Nor Inchun Binti Mohamed Salleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, KPKT Yang Amat Setia Dato’ Wira Haji Wan Mohd Noor Haji Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Peyelamat Malaysia Ketua-ketua Jabatan dan Setiausaha Bahagian KPKT,

Upload: buithien

Post on 04-Mar-2018

219 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

1

DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Perhimpunan Bulanan KPKT 7 Disember 2015

Yang saya muliakan, Saudara/Saudari Pengacara Majlis,

YB Datuk Halimah binti Mohamad Sadique

Timbalan Menteri KPKT

YBhg Datuk Mohamad Bin Mentek

Ketua Setiausaha, KPKT

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah

Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pembangunan, KPKT

YBhg. Dato' Halimi bin Abdul Manaf

Timbalan Ketua Setiausaha Kesejahteraan Bandar, KPKT

YBerusaha Puan Nor Inchun Binti Mohamed Salleh

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, KPKT

Yang Amat Setia Dato’ Wira Haji Wan Mohd Noor Haji Ibrahim

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Peyelamat Malaysia

Ketua-ketua Jabatan dan Setiausaha Bahagian KPKT,

Page 2: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

2

YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya

hormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. “Success is the sum of small efforts – repeated day in and day out,” kata

Robert Collier, penulis motivasi dari Amerika Syarikat. Kita berhimpun di

sini pada Perhimpunan Bulanan KPKT yang terakhir untuk tahun 2015,

maka pada hari ini eloklah kita tinjau semula segala pencapaian yang

kita berjaya tempuhi sebelum ini, dan kita garap pula cita-cita yang lebih

tinggi untuk tahun hadapan, insya-Allah.

2. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-

Nya dapat kita berkumpul lagi pagi ini. Kita tiba di penghujung tahun,

maka kita berasa lega kerana apa yang kita usahakan sepanjang tahun

sudah menampakkan hasil, namun ini tidak bermakna kita boleh terus

melupakan tugas dan tanggungjawab kita.

3. Acapkali saya berkata kepada kakitangan Kementerian, “You are part of

something big.” Saya selalu berpesan agar kita semua datang ke

pejabat setiap hari untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang

sangat besar dan penting. Tugas dan tanggungjawab kita, dari yang

kecil hinggalah besar, membawa banyak makna dan kebaikan dalam

kehidupan masyarakat.

Page 3: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

3

4. Saya pernah bertanya kepada seorang penghuni Projek Perumahan

Rakyat tentang apakah yang beliau tahu atau faham tentang

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan. Jawapan beliau ringkas dan sangat bermakna. Beliau

menjawab, “KPKT adalah Perumahan Rakyat.”

5. Pada waktu yang lain pula, saya bertanya kepada seorang mangsa

kebakaran yang telah menyaksikan anggota-anggota bomba

bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dan menyelamatkan nyawa

dan harta benda. Beliau juga menjawab ringkas dan penuh makna.

“KPKT adalah perkhidmatan bomba,” jawab beliau.

6. Jelaslah bahawa tugas dan tanggungjawab kita di Kementerian ini

sangatlah besar walaupun kadang-kadang ianya nampak kecil. Kita

bertanggungjawab mendukung aspirasi Kerajaan dalam penyampaian

perkhidmatan yang berkesan dan membawa perubahan dalam

kehidupan rakyat. Berbanggalah dengan tanggungjawab dan amanah

yang kita pegang ini. Cintailah tugas kita, dan berbanggalah dengan

setiap pencapaian yang kita perolehi. Bak kata penulis Inggeris J.M.

Barrie, “It is not in doing what you like, but in liking what you do that is

the secret of happiness.”

Hadirin-hadirat sekalian,

7. Pada bulan Mei 2013, saya telah dilantik menjadi Menteri Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi saya secara

peribadi, saya menganggap pelantikan saya itu sebagai satu

Page 4: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

4

tanggungjawab yang amat besar. Saya sedar tugas yang diamanahkan

kepada saya ini memerlukan proses adaptasi yang pantas, atau quick

learning. Saya ucapkan setinggi penghargaan kepada semua warga

KPKT atas sokongan padu yang diberikan kepada saya. Setelah dua

tahun tujuh bulan saya menerajui Kementerian ini, YBhg. Datuk-Datuk,

Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian telah

bersama-sama saya dalam satu perjalanan baru yang sangat

bermakna. Perjalanan ini masih panjang, insya-Allah, maka saya

menyeru seluruh warga KPKT terus berganding bahu demi menjayakan

hasrat dan objektif Kementerian dalam pelbagai bidang.

PERUMAHAN MAMPU MILIK

8. Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib

Razak Oktober lepas memperuntukkan sejumlah RM1.1 bilion kepada

KPKT untuk projek-projek berkaitan perumahan mampu milik.

Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

usaha-usaha membangunkan negara dan mensejahterakan kehidupan

rakyat. Ini bermakna, lebih banyak lagi yang harus kita usaha dan capai,

terutamanya dalam aspek penyelenggaraan perumahan awam kos

rendah, dan membantu rakyat untuk membeli rumah pertama.

9. Usaha-usaha Kementerian adalah selari dengan hasrat dan objektif

Dasar Perumahan Negara. Kementerian akan meneruskan

pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana ianya adalah

satu mekanisme Kerajaan yang memindahkan kekayaan negara kepada

golongan berpendapatan rendah. Bila Kerajaan membina unit-unit PPR

Page 5: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

5

dengan kos yang menjangkaui RM120,000 seunit dan menjualnya

dengan harga RM35,000 seunit, Kerajaan sebenarnya menjual aset

bernilai RM120,000 kepada rakyat berpendapatan rendah dengan harga

RM35,000 sahaja.

10. Bajet 2016 memperuntukkan sejumlah RM863 juta untuk tujuan ini.

KPKT juga telah dipertanggungjawabkan dengan dana berjumlah

RM200 juta untuk Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama untuk

membantu golongan muda memulakan langkah membeli rumah sendiri,

dan juga RM40 juta untuk pemulihan projek perumahan swasta yang

terbengkalai.

11. Dalam membantu golongan muda yang baru memulakan kehidupan

sebagai pasangan, PPR juga menjadi platform program Rumah Transit

yang menyediakan sewaan unit PPR yang sangat rendah iaitu RM250

sebulan. Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk

membantu meringankan beban golongan muda yang tinggal di kota dan

bandar.

12. Di samping itu, program TEDUH atau Bank Data Perumahan Negara

diwujudkan untuk memantau kenaikan harga rumah di pasaran. Bank

data ini akan mengintegrasikan semua sistem berkaitan perumahan di

agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta.

Melalui Bank Data Perumahan Negara ini, kajian akan menjadi lebih

berstruktur dan efisyen dengan bekalan data yang lengkap dan

mencukupi.

Page 6: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

6

PENJENAMAAN SEMULA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

Hadirin-hadirat sekalian,

13. Awal tahun ini, kita telah melalui satu proses evolusi yang saya kira

amat penting sekali. Penjenamaan semula Perbadanan Pengurusan

Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kepada nama barunya

SWCorp adalah satu usaha Kementerian untuk mendekati hati

masyarakat. Kita mahu SWCorp dilihat sebagai sebuah organisasi yang

cekap, proaktif, berprestasi tinggi dan mesra di hati masyarakat.

14. Bila kita sebut sisa pepejal dan pembersihan awam, selalunya

masyarakat akan memandang jijik. Sebenarnya, sisa pepejal, ataupun

nama ringkasnya sampah, boleh membawa pelbagai manfaat dari segi

ekonomi. Kaedah kita menguruskan sisa pepejal boleh menjadi satu

tanda aras kepada kemajuan kita.

15. Apabila kita berubah daripada tabiat membuang sisa pepejal sesuka

hati dan mula mengaplikasikan kitar semula dan pengasingan di punca,

kita sebenarnya telah memajukan diri sendiri dan seterusnya

memakmurkan negara. Saya harap warga kerja KPKT turut serta dalam

segala kempen berkaitan kitar semula dan pengasingan sisa di punca.

Jika kita sendiri tidak lakukan, bagaimana rakyat mahu ikut?

Page 7: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

7

MENINGKATKAN IMEJ DAN MERTABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

16. Antara perancangan dan pelaksanaan yang paling dekat di hati saya

di Kementerian ini adalah penambaikan imej serta mertabat wira-wira

negara kita iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kita akan

pastikan peranan serta khidmat Jabatan Bomba dihargai agar tiada

pertindihan dengan Jabatan-Jabatan lain. Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia akan tetap berpayung di bawah KPKT.

17. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah wajah-wajah

kemanusiaan KPKT. Bila disebut wira-wira sebagai benteng pertahanan

negara, selalunya Jabatan Bomba dilupakan. Kita tidak mahu persepsi

ini berlarutan, kerana sama seperti Tentera Diraja Malaysia dan Polis

Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga

dianggotai wira-wira yang sentiasa bersedia berkhidmat tidak mengira

masa. Mereka juga adalah Hero kita!

18. Mungkin ramai antara kita yang telah ada Kalendar Bomba 2014 dan

2015. Mungkin tidak salah untuk saya katakan bahawa Kalendar Bomba

KPKT adalah produk Kementerian yang paling laris sekali. Untuk tahun

hadapan, kita ada rancangan siri televisyen khusus tentang Jabatan

Bomba dan Penyelamat. Sesuai dengan namanya, Hero, ayuh kita

tonton kehidupan dan kerjaya saudara-saudari kita yang berkhidmat di

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Page 8: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

8

PELAN TRANFORMASI PBT Hadirin-hadirat sekalian,

19. Salah satu perkara yang akan menjadi keutamaan kita pada tahun

hadapan adalah Pelan Transformasi PBT yang kita telah rancang

sepanjang tahun ini. Kerajaan tempatan adalah satu tahap kerajaan

yang walaupun nampak kecil tapi setiap tingkahlaku serta tindakannya

lebih dekat kepada rakyat. Pelan Transformasi Pihak Berkuasa

Tempatan ini adalah satu gerak kerja strategik yang dibangunkan untuk

meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT dalam semua aspek dan

mewujudkan suasana persekitaran hidup yang lebih kondusif, lestari

dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat setempat.

20. Pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan menjurus kepada

Pelan Transformasi ini. Program yang berimpak tinggi dan punya wow

factor yang tersediri mampu mengubah cara pengendalian dan

perkhidmatan PBT kepada rakyat. Antaranya ialah Penubuhan

Suruhanjaya Perkhidmatan PBT, penubuhan Centre of Excellence

(COE) di i-KPKT, paparan penyata kewangan PBT kepada umum,

Aplikasi CAKNA, dan yang saya ingin lihat kewujudan tidak lama lagi

Live Streaming Mesyuarat Majlis bagi tontonan seluruh rakyat Malaysia.

21. Saya yakin, Pelan Transformasi ini bakal bawa anjakan baru dalam

memberikan perkhidmatan kepada rakyat. YB Timbalan Menteri Datuk

Page 9: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

9

Halimah sendiri telah turun padang melalui program Tautan Hati

berjumpa dengan Pihak Berkuasa Negeri bagi mendapatkan

maklumbalas dan pandangan berhubung pelan ini. Sepanjang

perjumpaan Datuk Halimah, ternyata Pihak Berkuasa Negeri turut sama

yakin dan menyokong inisiatif ini.

22. Semua pihak haruslah bekerjasama dan berganding bahu bekerja

bersama-sama bagi menjayakan program ini dan harapan perlulah

didakap dengan usaha dalam merealisasikan aspirasi menjadikan PBT

sebagai Kerajaan di hati rakyat.

23. Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga perlu mengambil inisiatif

untuk memberikan makluman awal kepada pemimpin-pemimpin

setempat tentang senarai projek-projek yang diluluskan supaya mereka

tahu apa yang kita usahakan. Usaha-usaha kerajaan yang telus demi

mensejahterakan kehidupan rakyat haruslah dekat di hati rakyat, dan

rakyat pula patut nampak akan segala usaha-usaha Kerajaan.

2016 TAHUN KEGEMILANGAN Hadirin-hadirat sekalian,

24. Saya ingin melihat tahun 2016 menjadi tahun yang bermakna buat

kita semua. Segala yang dirancang hendaklah dilaksanakan dengan

sempurna. Kita mulakan tahun hadapan dengan semangat dan kupasan

idea-idea baru yang segar supaya nikmatnya dapat dirasai rakyat.

Page 10: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

10

25. Contohnya, Ogos lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan

penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN)

yang bertujuan menguruskan aspek-aspek pelaksanaan dan

pemantauan rumah-rumah PPR dengan lebih efisien. 3PAN ini akan

menjadi lembaran baru buat Kementerian di mana ia akan membantu

Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyelia dan

menyelenggara rumah-rumah PPR dengan lebih sistematik.

26. Kita juga telah merancang membangunkan aplikasi Orang-E yang

untuk membantu komuniti bandar mencari pendapatan sampingan

melalui konsep permintaan dan penawaran perkhidmatan. Saya ingin

lihat pada tahun 2016 nanti aplikasi ini akan menjadi sebutan komuniti

bandar dalam menjalani kehidupan harian mereka.

27. Kita juga harus mengapai peluang pada tahun 2016 nanti untuk

melebarkan sayap kita ke luar negara sekurang-kurangnya di peringkat

ASEAN. Perlu ada perkongsian idea dan kerjasama antara

Kementerian-Kementerian di luar negara yang mengendali isu-isu yang

kita hadapi seperti masalah perbandaran, kemiskinan bandar, isu

pengangkutan, kos sara hidup yang meningkat kerana pertukaran

pendapat, pengalaman dan kepakaran ini mampu membantu

menambahbaik mutu perkhidmatan dan kita dapat mempelajari perkara-

perkara baru untuk dipraktikkan di dalam gerak kerja Kementerian.

28. Saya berharap pada tahun 2016 nanti cadangan untuk mengadakan

mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Kesejahteraan Bandar dapat

direalisasikan dan sesi kerjasama dua-hala dapat dijalankan. Saya

Page 11: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

11

menggalakkan kita agar kerap berjumpa dengan Kementerian-

Kementerian berkaitan dari negara-negara ASEAN untuk

memperkukuhkan agenda Komuniti ASEAN. Kita juga boleh beroleh

manfaat melalui networking atau jaringan antarabangsa melalui usaha-

usaha ini.

TERUS KE HADAPAN Hadirin-hadirat sekalian,

29. Moving forward, saya ingin menyeru seluruh warga kerja KPKT agar

tidak segan silu untuk berhubung dengan saya sekiranya anda

mempunyai idea-idea baru yang boleh kita aplikasikan dalam

memantapkan usaha-usaha Kementerian. Saya sebenarnya suka

kepada open communications walaupun ianya tidak berapa serasi

dengan birokrasi. Atas sebab ini saya membuka saluran-saluran media

sosial saya agar setiap seorang daripada anda semua boleh

berinteraksi bersama saya secara langsung.

30. Saya juga menggalakkan sebarang critical review ataupun ulasan-

ulasan bernas tentang dasar-dasar yang kita sedang rancang atau

laksanakan. Janganlah takut untuk menyuarakan pendapat dan

pandangan anda. Kita harus berani untuk tampil ke hadapan dengan

idea-idea inovasi yang boleh membawa penambahbaikan dan

pembaharuan.

Page 12: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

12

31. Walaupun begitu, saya di sini menekankan agar warga kerja KPKT

menjaga kerahsiaan kerajaan. Bukanlah bermakna kita mahu

sembunyikan apa-apa daripada rakyat, tapi tidak ada mana-mana

organisasi pun dalam dunia ini yang akan dapat beroperasi dengan baik

sekiranya rahsia-rahsia mereka disebarkan kepada umum.

32. Kita mesti dahulukan rakyat dalam penyampaian perkhidmatan kita.

Kita berkhidmat untuk rakyat. Dalam aspek ini, kita harus segera

memberikan respon terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi

rakyat. Setiap jabatan haruslah aktif dalam aplikasi media sosial seperti

Twitter dan Facebook.

33. Kadang-kadang ada juga halaman media sosial jabatan yang tidak

aktif langsung. Di sini saya menasihatkan agar setiap jabatan sentiasa

berkongsi pengetahuan dengan rakyat, walaupun tiada sebarang aktiviti

yang boleh dimuatnaik dalam halaman-halaman media sosial kita, tidak

salah sekiranya kita berkongsi apa-apa berita atau pengetahuan tidak

kira dari mana pun, asalkan ada kena mengena dengan jabatan-jabatan

kita. Tidak salah untuk berkongsi pengetahuan, malahan ianya sangat

digalakkan.

34. Ada juga jabatan yang berkata cukuplah dengan ada laman

sesawang rasmi jabatan. Sebenarnya ini tidak mencukupi. Lawan

sesawang rasmi ini kita anggap sebagai rumah kita, namun tanpa

sebarang interaksi bersama rakyat, samalah umpama kita tidak pernah

keluar dari rumah kita. Gunakan saluran-saluran media sosial untuk

Page 13: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

13

berinteraksi dengan rakyat. Dekatkan diri kita dengan mereka dan

dengarlah segala masalah-masalah yang mereka hadapi.

PENUTUP Hadirin-hadirat sekalian,

35. Tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai coretan dan

cabaran dilalui sepanjang tahun ini. Alhamdulilah saya masih berdiri

teguh di sini dan saya tahu saya sentiasa ada hero-hero seperti YB

Timbalan Menteri Datuk Halimah, KSU Datuk Mohamad Bin Mentek,

TKSU-TKSU Dato' Dr. Tam Weng Wah, Dato' Halimi bin Abdul Manaf

dan Puan Nor Inchun Binti Mohamed Salleh, serta KP Jabatan Bomba

Yang Amat Setia Dato’ Wira Haji Wan Mohd Noor Haji Ibrahim yang

kesemuanya kadang-kadang pulang lewat malam membantu saya

mengemudi Kementerian ini.

36. Saya rasa jika tak ada ‘hero-hero’ ini dalam hidup saya, makin

kuruslah dan makin putihlah rambut saya memikirkan hal kerja

Kementerian setiap hari. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada

ketua-ketua Pengarah dan ahli-ahli Mesyuarat Pasca-Kabinet yang lain

kerana sanggup bekerja around-the-clock demi memastikan

Kementerian ini terus mencapai kegemilangan. Ada yang terpaksa

terima panggilan daripada saya tengah-tengah malam, ada yang terima

panggilan masa tengah makan. Tapi semua on-standby, bersedia

dengan jawapan.

Page 14: DRAF TEKS UCAPAN YBhg. Datuk Abdul Rahman bin … ucapan/Teks__Ucapan_YB_Menteri... · Kita berhimpun di sini pada ... Peruntukan besar ini bukti kepada kepentingan peranan kita dalam

14

37. Buat warga Kementerian yang lain, saya mungkin tidak bersua

bersama anda setiap hari mahupun setiap minggu namun saya tahu

anda semua sentiasa mencurahkan usaha dan tenaga dalam

menjadikan Kementerian ini yang terbaik di antara yang terbaik. Jangan

berhenti mencabar diri anda untuk terus menjadi cemerlang. Jangan

berhenti untuk mencuba perkara baru dalam mencambahkan idea-idea

kepada Kementerian ini. Saya percaya Kementerian ini akan terus

unggul di hati rakyat jika anda terus kreatif dan berani lari dari

kebiasaan. Be different!

38. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

wajah-wajah yang telah bersama-sama melalui wadah perjuangan

Kementerian dan meninggalkan kita pada tahun ini. Antaranya ialah

Dato’ Seri Arpah Binti Abdul Razak, Datin Maziah Binti Adnan dan Mr

Yong Boon Fau yang nama akan menjadi rententan sejarah

Kementerian ini.

39. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ingin saya ucapkan Selamat

Hari Krismas kepada yang menyambutnya, dan Selamat Menyambut

Tahun Baru buat semua!

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.