draf permainan bahasa

Upload: mond-niel

Post on 07-Jul-2015

396 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

1.0 Pendahuluan

Mempelajari sesuatu bahasa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang mendalam. Hal ini amat disedari oleh semua pihak yeng terlibat dengan pendidikan bahasa. Guru guru bahasa mengeluh kerana pelajar pelajar mereka yang mengikuti pembelajaran bahasa tidak menunjukkan minat yang baik serta bersikap negatif (Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz (1995;2). Sebagai contoh, semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu d i dalam kelas murid murid berbual antara satu sama lain dan tidak menghiraukan guru yang mengajar. Ini kerana pendekatan yang digunakan tidak dapat menarik minat para murid terhadap penyampaian tersebut. Justeru, penggunaan permainan bahasa mampu mengemb alikan minat murid murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan bahasa merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang mengandungi unsur main bermain yang mengembirakan. Main merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan, mengalam i sendiri atau terlibat secara langsung, memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif serta kesannya juga berlaku secara langsung ke atas individu yang mengalami atau yang melakukannya (Noriati, Boon & Sharifah, 2009). Bermain pula merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar berkenaan diri sendiri dan hubungan dengan alam persekitarannya. Main adalah proses di mana pembelajaran berlaku, main ialah tugas belajar kanak-kanak. Oleh itu, permainan bahasa mampu membantu dan memberikan pemahaman secara langsung kepada murid murid kerana apa yang dipelajari diaplikasikan dalam keadaan sebenar. Contohnya guru menggunakan model huruf dalam mengajar murid murid tahun 1.

1.0 Permainan Bahasa

Permainan bahasa merupakan satu pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif pembelajaran dengan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Contohnya, murid akan melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti permainan kerana sesuatu permainan memer lukan penglibatan semua murid.1

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

1.1 Definisi Konsep

Menurut Kamarudin & Siti Hajar ( 1995:3), permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan , teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekol ah rendah kepada peringkat sekolah menengah. Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang telah dilontarkan oleh pakar -pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka banyak membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat, bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan membina st uktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan sebagainya. Secara kesimpulannya, murid akan dapat memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka sekaligus mengetahui sejauh mana kefahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran yang dijalankan.1.2 Matlamat Permainan Bahasa

Permainan bahasa ialah satu aktivit pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai matlamat yang tertentu kepada murid murid di dalam kelas. Antara matlamat tersebut adalah untuk mengisi masa lapang, keseronokan dan latihan kemahiran.y

Mengisi Masa Lapang - Permainan bahasa boleh menjadi aktiviti tambahan kepada murid murid cerdas untuk mengisi masa lapang mereka. - Permainan bahasa juga dijadikan sebagai aktiviti untuk murid yang kurang cerdas. Keseronokan - Permainan bahasa dapat mewujudkan satu situasi pembelajaran yang selesa. Suasana ini akan menghilangkan perasaan bosan di kalangan murid. - Malah, mampu menarik dan menimbulkan minat yang mendalam untuk mereka terus belajar. Latihan Kemahiran - Murid murid berpeluang menggunakan bahasa secara berulang ulang dalam situasi yang bermakna. - Latih tubi membolehkan murid murid menguasai sesuatu kemahiran bahasa dengan lebih berkesan berbanding dengan latih tubi mekanikal.

y

Matlamat Permainan Bahasa

y

Rajah 1: Matlamat Permainan Bahasa2

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

Selain daripada matlamat di atas, terdapat juga matlamat lain yang hendak dicapai dalam penggunaan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Antaranya adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang dan berbeza dengan suasana f ormal. Contohnya, prinsip main yang digunakan memberi keseronokkan kepada para pelajar dan mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan seronok dan tenang. Jika dengan pembelajaran yang menekankan hafalan misalnya menghafal formula sedikit memberi tekanan ke pada murid murid terutama yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Malah, permainan bahasa ini mampu mewujudkan satu situasi sosial yang sihat yang membolehkan pelajar berinteraksi sesama rakan sebaya. Ini sekaligus dapat menghilangkan rasa malu dan menimbulkan minat pelajar untuk bekerjasama dalam kegiatan kegiatan lain di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam pada itu juga, permainan bahasa ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar malah para guru juga mendapat kelebihan daripada kaedah ini. Antaranya, untuk memudahkan tugas guru di samping tidak mengabaikan konsep pembelajaran. Pelajar sendiri juga mempunyai daya inisiatif yang kuat untuk belajar dan mengusai sesuatu permainan. Tambahan juga dapat membantu menyampaikan nahu kepada pelajar dengan betul. Contohnya cara sebutan sesuatu huruf. Kesimpulannya, melalui kaedah ini dapat memahirkan para pelajar kepada sistem bunyi bahasa yang dipelajari.

1.3 Objektif Permainan Bahasa

Antara objektif permainan bah asa yang hendak dicapai adalah seperti yang tertera pada rajah di bawah.Menambah Merangsangkan interaksi verbal pelajar Objektif Permainan Menyediakan konteks pembelajaran Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan Bahasa kefasihan dan keyakinan Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

Rajah 2: Objektif Permainan Bahasa3

pengayaan

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

Objektif pertama yakni merangsang interaksi verbal pelajar merupakan salah satu hasil yang boleh diperolehi daripada permainan bahasa ini. Para pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan dan memberikan alasan alasan tertentu yang berkaitan contohnya memberikan jawapan kepada permainan yang disediakan. Malahan, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan yang dilakukan. Objektif kedua iaitu mampu menambah kefasihan dan keyakinan para pelajar. Ini kerana permainan boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa dan menambah keyakinan diri. Misalnya, guru akan meminta pelajar untuk memberikan jawapa n terhadap soalan yang dikemukakan dalam sesuatu permainan. Pelajar juga akan merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelaj ari. Contohnya, pelajar akan mengetahui sejauh mana kefahaman mereka dalam mengklasifikasikan apa itu huruf, perkataan, jenis suku kata dan bentuknya serta jenis jenis ayat. Selain itu juga, apabila guru menjadikan permainan bahasa itu sebagai satu pertandingan, mereka dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam satu kumpulan. Di sini dapatlah dilihat keyakinan pada setiap diri mereka. Objektif seterusnya menjurus kepada penyampaian para guru. Permainan bahasa mampu menyediakan konteks pembelajaran ke arah perkembangan perhubungan yang positif antara individu, bukan sahaja pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. In i kerana pelajar akan berinteraksi dengan guru lebih kerap dan rancak terutama sekali dalam permainan yang dilaksanakan oleh guru. Permainan juga membantu merapatkan perhubungan dan kerjasama antara mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan sangat berfaedah kepada pelajar khususnya yang pemalu dan pasif. Justeru, dengan adanya permainan bahasa dapat menunjukkan kecergasan di samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. Kemudian, bertindak sebagai alat yang dapat mengi kis rasa bosan. Misalnya, pada waktu tengah hari pelajar akan menjadi bosan, mengantuk dan lapar. Apabila guru menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek aspek

pemahaman pada masa ini boleh mengakibatkan aktiviti pembelajaran bosan disebabkan faktor faktor di atas. Justeru, dengan adanya permainan mampu4

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

menimbulkan perasaan gembira mereka kerana prinsip permainan adalah melibatkan penyertaan pelajar secara menyeluruh. Pelajar akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain terutama sekali ketika permainan tersebut dijadikan sebagai satu pertandingan. Permainan ini mampu merangsang pelajar untuk bertindak balas terhadap pembelajaran guru. Objektif terakhir adalah permainan bahasa ini dapat bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan p engayaan. Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk, mengikut peranan dan fungsinya. Oleh itu, bertepatan dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah dalam pengamatan dan pendengaran. Namun, kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti aktiviti permainan yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar yang terlibat akan menemui kesukaran dalam menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan perkataan. Melalui permainan bahasa yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mampu membantu dalam mengatasi kelemahan ini kerana penggunaan TMK dapat membantu pelajar membunyikan sesuatu fonem. Bagi aktiviti pengukuhan pula akan diberikan selepas sesuatu pengajaran gerak kerja dijalankan. Aktiviti pengukuhan itu juga pelu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti aktiviti permainan bilik darjah agar tidak membosankan para pelajar. Contohnya, memberikan latihan bertulis kepada pelajar sebagai latih tubi. Guru juga boleh mengadakan ujian insentif bagi menggalakan diri pelajar dan memberikan peneguhan sebagai galakan kepada mereka. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam dan tidak begitu peramah. Pelajar yang pendiam dan pasif seperti ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Sebaliknya mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan . Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian bersama sama dengan pelajar cergas melalui permainan permainan yang diadakan. Tetapi mereka harus diberikan tugas yang mudah dan bersesuaian dengan kebolehan serta kemampuan mereka agar minat untuk terus belajar tidak terhapus. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam aktiviti pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka.

5

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

1.4 Jenis Permainan Bahasa

Terdapat beberapa jenis permainan bahasa. Antaranya adalah seperti rajah di bawah.JENIS PERMAINAN BAHASA

Mendengar

Membaca

Bertutur

Menulis

Rajah 3: Jenis jenis Permainan Bahasa Bagi permainan bahasa jenis mendengar adalah bertujuan untuk membimbing murid murid mendengar dan memahami apa yang didengar. Selain itu, permainan jenis ini juga dapat membimbing murid murid membezakan sebutan, intonasi dan mengesan isi isi penting. Sebagai contoh mengecam dan meneka bunyi bunyi tertentu seperti bunyi binatang, alat muzik, kejadian alam dan urutan peristiwa. Jenis kedua adalah bertutur. Permainan jenis ini lebih ditumpukan kepada aktiviti aktiviti lisan yang berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Antara aktiviti yang berkait rapat dengan kemahiran ini adalah menceritakan kembali cerita yang didengar, menyanyi dan meneka sesuatu yang ditunjukkan. Seterusnya adalah kemahiran membaca dan kemahiran ini lebih ditumpukan kepada aktiviti aktiviti mengenal huruf, membaca mekanis dan kefahaman. Contohnya, membaca setiap suku kata dan membentuk perkataan hasil gabungan suku kata yang diberikan dengan betul. Permainan bahasa jenis menulis pula merupakan aktiviti aktiviti yang bertujuan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran mekanis dan menuli s secara spontan. Contohnya, memainkan sebuah cerita menggunakan TMK dan menyediakan lembaran kerja untuk diisi oleh murid dan memberi markah kepada hasil penulisan tersebut.6

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

1.5 Ciri ciri Permainan Bahasa

Terdapat dua ciri yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan dan pelaksanaan sesuatu permainan bahasa. Ciri tersebut adalah ciri umum dan ciri khusus. Rajah di bawah akan menerangkan dengan jelas kedua dua ciri tersebut.Ciri Umum Ciri Khusus

1. Gambar-gambar

untuk

permainan 1. Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. 2. Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan

hendaklah terang dan senang difahami. 2. Arahan dan peraturan permainan

hendaklah jelas dan dapat dipatuhi. 3. Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah

pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan. 3. Dapat merangsang pelajar bertidak

dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca. 4. Beri perhatian kepada pelajar yang

balas secara aktif dan positif. 4. Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.

kurang menyerlah atau menonjol dalam 5. Mencabar dan menggalakkan pelajar permainan. Beri peluang kepadanya untuk berfikir secara rasional dan kritis. 6. Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif itu mempunyai seperti bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu. 5. Pastikan permainan objektif yag hendak dicapai. 6. Hentikan permainan ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya. Rajah 4: Ciri ciri Permainan Bahasa

1.6 Implikasi Kepada Pen gajaran & Pembelajaran Bahasa.

Setiap perkara yang dilakukan mempunyai kesan yang tersendiri sebagai contoh dapat meningkatkan keyakinan kepada diri sendiri. Justeru itu, penggunaan permainan bahasa memberikan implikasi implikasi berikut kepada murid murid. Antaranya adalah: I. II. Murid lebih bermotivasi un tuk mengikuti topik yang diajar; Pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan ceria;7

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

III.

Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan b erani mencuba sesuatu yang baru;

IV. V.

Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat; Murid mampu mengabungjalinkan sesuatu kemahiran misalnya kemahiran bahasa dengan kemahiran TMK;

VI.

Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama, berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

2.0 Pengenalan Kepada TMK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Senn (1998), menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu -guna.Gabungan ketiga -tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.

2.1 Definisi & Konsep TMK

ICT is a convergence of technologies. ICT does not include only the internet but gamut of other tools which could be used individually or in convergence with each other to check the process of change in a manner which reduces the skew in knowledge distribution between rich and poor, educated and uneducated, rural and urban, and men and women. The convergence technologies includes community radios, internet radio, local area network, tele -centre, information kiosks, mobile phone, WAP application etc. They often enhance the reach and penetration of the ICT.

Berdasarkan

petikan

di

atas,

teknologi

maklumat

dan

komunikasi -TMK

(ICT_Information and Communication Technology) boleh didefinisikan sebagai satu set ilmu teknologi yang merangkumi alat dan sumber untuk membina, menyebar, menyimpan, membawa nilai tertentu, dan menguruskan maklumat. Teknologi ini mampu merapatkan jurang penyebaran ilmu antara yang kaya dengan yang miskin,8

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

yang berpendidikan dengan yang tidak berpendidik an, antara yang di bandar dan di luar bandar, dan di antara golongan wanita dan lelaki. Kesimpulannya, penggunaan bahan bahan berasaskan teknologi semasa contohnya komputer, laptop atau notebook, kamus elektronik, dan LCD Projector merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam menerapkan penggunaan TMK dalam pengajaran.

3.0 Permainan Bahasa Berasaskan TMK 3.1 Nama Permainan Bahasa 1

Mari Membunyikan Haiwan3.1.1 Kaedah Pelaksanaan Set induksi

Slide Pembentangan Mari Membunyikan Haiwan. 1. 2. 3. 4. 5. 6 Guru bertanyakan kepada pelajar tentang pengalaman pelajar yang pergi ke zoo dan bertanyakan kepada pelajar beberapa contoh haiwan di zoo Guru memperkenalkan pembentangan tajuk Mari Membunyikan Haiwan Guru bertindak sebagai pembimbing . Terdapat sepuluh soalan yang perlu di pilih oleh pelajar. Pelajar yang dipilih oleh guru perlu memilih soalan dan guru akan membunyikan haiwan . Pelajar dikehendaki meneliti bunyi haiwan dan memilih jawapan berdasarkan soalan yang dipilih. 7. Pelajar juga perlu membunyikan haiwan yang telah di pilih oleh pelajar sebagai jawapan kepada soalan3.1.2 Peraturan Permainan

1. 2. 3.

Murid dikehendaki memilih satu soalan. Murid mengenalpasti jenis bunyi haiwan. Murid datang ke hadapan dan memilih jawapan dengan menggerakan papan tetikus di komputer.

4.

Murid perlu membunyikan haiwan mengikut soalan yang di pilih.

9

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2011

3.2 Nama Permainan Bahasa 2

Jom Kuiz Bahasa3.2.1 Kaedah Pelaksanaan Set induksi

Teknologi Refomatif Jom Kuiz Bahasa. 1. Guru memperkenalkan pembentangan tajuk Jom Kuiz Bahasa 2. Guru bertindak sebagai pembimbing . 3. Terdapat sepuluh soalan yang perlu di pilih oleh pelajar. 4. Sebelum menjawab soalan, pelajar yang di pilih di kehendaki membaca petikan soalan . 5. Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul.

3.2.2 Peraturan Permainan

1. 2. 3.

Murid dikehendaki memilih satu soalan. Murid perlu membaca jenis bunyi haiwan. Murid datang ke hadapan dan memilih jawapan dengan menggerakan papan tetikus di komputer.

4.

Sekiranya murid salah, murid di beri peluang sebanyak dua kali untuk membetulkan jawapan.

5.0 Kesimpulan

Permainan bahasa mempunyai objektif dan fungsi yang tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Oleh itu guru hendaklah menggunakan permainan bahasa dengan sebaik baiknya agar dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa murid murid. Di samping itu, permainan bahasa juga merupakan aktiviti aktiviti yang dapat mengisi waktu senggang murid dan membentuk sikap yang positif dan yakin pada diri sendiri.

10