dr. mastura mohtar

8
102 MASTURA MOHTAR BIODATA Mastura dilahirkan pada 7 Jun 1969 di Kajang, Selangor dan merupakan anak sulung daripada dua beradik. Mastura telah mendirikan rumah tangga dengan seorang Pegawai Penyelidik FRIM, Mahmudin Saleh dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Irfan (12 tahun) dan Muhammad Imran (8 tahun). Mastura mula bertugas di FRIM sebagai Pegawai Penyelidik di Bahagian Tumbuhan Ubatan pada tahun 1995. Kini Dr Mastura ditempatkan di Program Bioaktiviti, Bahagian Hasilan Semula Jadi. Mastura mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Infant Jesus Convent Kajang dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu. Keputusan cemerlang yang diperoleh dalam Sijil Pelajaran Malaysia melayakkan beliau diterima belajar di Fakulti Sains Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Biologi) pada tahun 1992. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan memperoleh Sarjana Sains (Biologi) pada 1995 dari Universiti yang sama. Kejayaan ini mendorong Mastura meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dan berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah (Sains Bioperubatan) juga daripada UKM. Mastura sewaktu berusia 6 tahun Mastura semasa di Okayama

Upload: nguyenhanh

Post on 04-Feb-2017

272 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dr. Mastura Mohtar

102

MASTURA MOHTAR

BIODATA

Mastura dilahirkan pada 7 Jun 1969 di Kajang, Selangor dan merupakan anak sulung daripada dua beradik. Mastura telah mendirikan rumah tangga dengan seorang Pegawai Penyelidik FRIM, Mahmudin Saleh dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Irfan (12 tahun) dan Muhammad Imran (8 tahun). Mastura mula bertugas di FRIM sebagai Pegawai Penyelidik di Bahagian Tumbuhan Ubatan pada tahun 1995. Kini Dr Mastura ditempatkan di Program Bioaktiviti, Bahagian Hasilan Semula Jadi.

Mastura mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Infant Jesus Convent Kajang dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu. Keputusan cemerlang yang diperoleh dalam Sijil Pelajaran Malaysia melayakkan beliau diterima belajar di Fakulti Sains Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Biologi) pada tahun 1992. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan memperoleh Sarjana Sains (Biologi) pada 1995 dari Universiti yang sama. Kejayaan ini mendorong Mastura meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dan berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah (Sains Bioperubatan) juga daripada UKM.

Mastura sewaktu berusia 6 tahun

Mastura semasa di Okayama

Page 2: Dr. Mastura Mohtar

103

BIDANG PENGKHUSUSAN

Dengan pengkhususan dalam bidang Biologi/Antimikrob, iaitu dalam penerokaan dan penemuan agen mikrobiosid daripada sumber semula jadi untuk dibangunkan sebagai produk-produk antiseptik dan disinfektan, Mastura telah terlibat dalam pelbagai projek penyelidikan berkaitan kajian antimikrob yang dibiaya oleh kerajaan sama ada sebagai ketua projek dan atau penyelidik bersama mulai 1995 hinggalah sekarang.

PENGALAMAN PROFESIONAL

Mastura berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan serta pelbagai aktiviti yang berkaitan R&D, antara lain:

Terlibat dalam lebih daripada 20 projek penyelidikan Pemilik teknologi dan penasihat teknikal pembangunan produk-produk

berasaskan antiseptik dan disinfektan Syarikat Nature Profusion Sdn. Bhd. di bawah program FMBIOSIS TM (Kerjasama FRIM – Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

Menyelaras projek kerjasama antara kementerian (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar–Kementerian Pembangunan Usahawan): Program peningkatan kualiti produk herba FRIM-MECD yang melibatkan 25 syarikat penggiat industri herba tempatan.

Penyelia / penyelia bersama 18 orang pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta dan kolej bagi projek-projek sarjana dan latihan industri masing-masing.

Ahli jawatankuasa pemantau pelaksanaan projek-projek R&D (sektor Bioteknologi) di bawah dana ScienceFund (MOSTI dan MOA) (Peringkat FRIM)

PENERBITAN

Di samping giat menjalankan penyelidikan, Mastura turut aktif menyebarkan hasil-hasil penyelidikannya baik di dalam buku, jurnal, bab di dalam buku mahupun prosiding. Antaranya, Mastura telah menulis atau bertindak sebagai penulis bersama lebih daripada 100 penerbitan (termasuklah buku, bab dalam buku, jurnal dan prosiding), penyunting bersama tiga prosiding seminar dan memperoleh dua pendedahan reka cipta.

Page 3: Dr. Mastura Mohtar

104

Kulit buku ”Khazanah Alam” hasil tulisan Mastura dan rakan-rakan

Mastura bersama-sama suami dan anak-anak

Mastura dan kedua-dua puteranya

Page 4: Dr. Mastura Mohtar

105

Mastura bersama-sama peserta pertukaran saintis perhutanan di Okayama University, Jepun

Page 5: Dr. Mastura Mohtar

106

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN

Pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diterima oleh saintis muda ini. Antaranya ialah:

A. Umum

1 2010: Merck Young Scientist Award (BioScience Category) 2nd runner up.

2 2006: Anugerah Saintis Harapan Instititut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

3 2006: Anugerah Khidmat Cemerlang (Individu) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

4 1996: Program Pertukaran Saintis: Japanese Bioindustry Association (JBA), NEDO & MOSTE—Lab of Chemistry & Biochemistry of Microbial Products, Faculty of Agriculture, Okayama University, Jepun

B: Inovasi/Reka cipta

1 2010: Pingat gangsa, BioInnolAwards at BioMalaysia 2010 Conference and Exhibition (1–3 Nov 2010). Tajuk reka cipta—CieraTM the EcoDisinfectant.

2 2010: Pingat gangsa, PRPI. UPM (20–22 Julai). Tajuk reka cipta—XYLOPIA LEAF OIL—nature’s gift for a safer personal care product ingredient : Bronze : Mohd Puad Abdullah, Siti Humeirah Ab Ghani, Nor Azah Mohd Ali, Muhajir Hamid, Mailina Jamil dan Mastura Mohtar.

3 2009: CASH: HKTA Award for the Best Invention in Sanitation by Hong Kong Toilet Association. Mei 2009. Tajuk reka cipta—EcoNatura Handwash (Mastura Mohtar, Mailina Jamil, Saidatul Husni Saidin, Wan Sabariah Shuib, Saiful Azmi Johari, Mazurah Mohamed Isa dan Ramdan Parman)

4 2009: Pingat Perak—20th International Invention, Innovation, Industrial Design and Technology (ITEX) Exposition (organized by MOSTI) 15–17 May 2009. Title Of Innovation : EcoNatura Handwash. (Mastura Mohtar, Mailina Jamil, Saidatul Husni Saidin, Wan Sabariah Shuib, Saiful Azmi Johari, Mazurah Mohamed Isa dan Ramdan Parman)

Page 6: Dr. Mastura Mohtar

107

5 2008: Pingat Perak—19th International Invention, Innovation, Industrial Design and Technology (ITEX) Exposition (anjuran by MOSTI) 9–11 May 2008. Title Of Innovation: Chromolinex: An Enriched Flavonoid Extract from Pokok Kapal Terbang for Health Care Product. (Dr Ling Sui Kiong, Dr Nor Azah Mohd. Ali, Mastura Mohtar, Mary Khoo Gaik Hong, Vimala Subramaniam, Mazura Md. Pisar, Saidatul Husni Saidin, Salbiah Man, Abdull Rashih Ahmad, Ong Boo Kean dan Dr. Rasadah Mat Ali)

6 2005: Pingat Gangsa—International Invention, Innovation, Industrial Design and Technology (ITEX) Exposition (organized by MOSTI) 19–21 May 2005. Tajuk Inovasi: 3 in 1 NaturaPreservative (Mastura Mohtar, Mazurah Mohd. Isa, Saiful Azmi Johari, Mailina Jamil & Hannan Abd. Wahab)

7 2005: Pingat Gangsa—International Invention, Innovation, Industrial Design and Technology (ITEX) Exposition (anjuran by MOSTI) 19–21 Mei 2005. Tajuk Inovasi : Sayonara MRSa (Saeid Reza Doust Jalali, Mastura Mohtar, Mazurah Mohd. Isa, Saiful Azmi Johari, Nor Datiakma Mat Amin, Hannan Abd. Wahab dan Marzalina Mansor)

8 2004: Pingat Gangsa—Science, Technology and Innovation Expo 2004. Title of Innovation: Green Preservative (Mastura Mohtar, Saiful Azmi Johari, Mazurah Mohd. Isa dan Hannan Abd. Wahab)

9 2004: Tempat ke-4 ‘Anugerah Rekacipta FRIM 2004’. Tajuk Inovasi : Green Preservative. (Mastura Mohtar, Saiful Azmi Johari, Mazurah Mohd. Isa dan Hannan Abd. Wahab)

10 2001: (Kategori Profesional): Pingat Gangsa, Forest Research Institute Malaysia (FRIM)’s Innovation Award. Tajuk Inovasi: Medcandies: Gifts from Dentists’ Offi ce (Mastura Mohtar, Majidah Ariffi n dan Siti Asha Abu Bakar).

Page 7: Dr. Mastura Mohtar

108

Mastura bersama-sama warga Program Bioaktiviti

Mastura turut menjadi ahli beberapa pertubuhan profesional termasuklah Malaysian Society for Microbiology sebagai ahli seumur hidup dan ex-offi cio (2000/01, 2002/02 dan 2002/03); Malaysian Scientifi c Association dan Malaysian Association of Research Scientists (MARS).

PANDANGAN DAN PENGHARAPAN TERHADAP FRIM

Bagi Mastura, FRIM merupakan sebuah institusi yang dikenali kerana sejarah dan pencapaiannya yang cemerlang dalam penyelidikan berkaitan perhutanan tropika. Kecemerlangan yang ada perlu terus dipertahan dan ditingkatkan selaras dengan perkembangan teknologi melangkaui keperluan semasa. Secara peribadi, Mastura amat bersyukur di atas peluang untuk turut sama menyumbang menerusi kajian yang dilaksanakan. Namun kadar penjanaan maklumat penyelidikan dirasakan perlahan, tidak seperti yang diharapkan akibat tumpuan yang kerap terganggu oleh lain-lain tugasan (yang pada hemat Mastura) kurang rapi perancangannya. Mastura berharap semoga Allah mengurniakan kekuatan untuknya mengatasi kekangan yang menjadi hambatan selama ini.

Page 8: Dr. Mastura Mohtar

109

Mastura berpendapat, persekitaran FRIM yang damai di celah-celah kehijauan pepohon dan dendangan unggas sememangnya tenang, indah dan kondusif bagi menerbitkan idea dan pemikiran yang bernas. Perancangan bersistematik dan sokongan berterusan daripada pihak pengurusan diharap bakal membentuk kelompok masyarakat saintis yang tinggi jati dirinya dan boleh diteladani. Kepakaran dan kesungguhan para rakan saintis daripada pelbagai disiplin ilmu andai digembleng pastinya membuahkan hasil penyelidikan yang bermanfaat untuk ummah dan warisan generasi masa depan InsyaAllah.

ULASAN KETUA PENGARAH

Dr Mastura Mokhtar yang saya panggil sebagai ‘Mas’ atau ‘adik kecil’ merupakan seorang Pegawai Penyelidik yang berkebolehan luar biasa, tekun dan komited terhadap tugasan. Ini terbukti melalui aktiviti latihan usahawan herba di bawah program Quest Herba, Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) sekitar tahun 2008-2009. Anugerah-anugerah dan kertas kerja yang beliau peroleh ialah petunjuk kepada kualiti tinggi mutu kerja dihasilkan yang sememangnya kagum dengan pemikiran beliau yang selalunya fokus dan di luar kotak kebiasaan serta tahu dan tegas dalam menyuarakan pendapat.

Saya percaya, beliau adalah saintis harapan yang mampu membawa FRIM melangkah lebih jauh di persada dunia.

Moga Allah SWT memberkati Dr Mastura dan keluarga dan semoga terus berjaya dalam bidang penyelidikan, juga dalam urusan agama dan dunia. Keep it up, Mas.