dr mahathir rasis?

3

Click here to load reader

Upload: egahmulia

Post on 30-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DR MAHATHIR RASIS?

8/9/2019 DR MAHATHIR RASIS?

http://slidepdf.com/reader/full/dr-mahathir-rasis 1/3

1

DR MAHATHIR RASIS?

TULISAN terbaru mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam blognya Che

Det bertajuk Kaki Dalam Kasut, mengundang pelbagai reaksi.

Majoriti Melayu memberikan respons positif dan menyokong apa yang Dr.

Mahathir luahkan. Bagaimanapun banyak pihak bukan Melayu terutama parti-partipolitik Cina kurang senang dan menuduh beliau rasis.

  Awang tidak terkejut dengan reaksi sedemikian kerana itulah senario di

Malaysia sekarang. Orang Melayu tidak lagi boleh bersuara dalam

mempertahankan kepentingan Melayu. Apabila Melayu bersuara walaupun untuk

menyanggah tuntutan dan sikap keterlaluan pihak tertentu bukan Melayu, ia dengan

semborono dituduh rasis. Tetapi jika pihak bukan Melayu memperjuangkan

kepentingan kaum mereka secara berlebihan sehingga menolak semangat

perlembagaan negara dan menafikan hak Melayu, ia tidak dianggap rasis 

sebaliknya itu dibuat kononnya atas nama kebebasan dan demokrasi.

Itulah juga gelombang reaksi yang Awang terima setiap kali menyentuh soal

sikap perkauman yang ditunjukkan oleh sebahagian pihak bukan Melayu. Dengan

kata lain, Melayu yang merupakan kaum teras kini menjadi seperti minoriti

sementara bukan Melayu pula bertindak sebagai majoriti. Inilah yang ditafsir oleh

orang Melayu dan pertubuhan bumiputera sebagai kaduk naik junjung.

Walaupun tulisan Dr. Mahathir sarat dengan hujah yang bernas dan

bersandarkan fakta, negarawan itu turut menjadi mangsa kritikan banyak pihak

bukan Melayu.

Sedangkan Dr. Mahathir dalam tulisannya memberikan perspektif yang tepatdan jelas terhadap kedudukan Melayu, yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai

bidang terutama kekayaan negara yang dikuasai oleh kaum Cina. "Orang bukan

Melayu yang menjadi tuan (di negara ini) sebenarnya," kata beliau yang turut

mengulas tentang kemajuan ekonomi kaum Cina yang tidak terjejas biarpun di

sebalik pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). (Awang tertarik dengan tulisan A

Kadir Jasin berhubung isu DEB dalam blognya bertajuk Wajarkah Korbankan DEB

Kerana Undi Minoriti?)

Soal pengorbanan orang Melayu sejak merdeka lagi turut disentuh oleh Dr.

Mahathir. Antaranya pemberian banyak kerusi pilihan raya kepada bukan Melayu,

status kewarganegaraan kepada sejuta imigran sehingga peratusan Melayu jatuh

daripada 82 peratus kepada 60 peratus dan penggunaan bahasa ibunda di sekolah

bantuan kerajaan (yang tidak berlaku di negara lain).

"Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum

lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka demi keamanan dan

perpaduan rakyat dan negara," jelas beliau.

Page 2: DR MAHATHIR RASIS?

8/9/2019 DR MAHATHIR RASIS?

http://slidepdf.com/reader/full/dr-mahathir-rasis 2/3

Tulis Dr. Mahathir lagi: ³tetapi kalau mereka sanggup menerima yang

benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini

dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

"Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan

kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak

sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung

beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hendak hidup

mewah.

"Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi

kepada kaum lain bukan caranya - lebih-lebih lagi mengambil daripada yang

kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada ."

Sememangnya, Awang setuju 100 peratus pandangan beliau bahawa orang

Melayu sudah banyak berkorban kepada kaum lain tetapi kini bukan Melayu tidak

lagi mengambilkira perasaan orang Melayu.

Selalu Awang bertanya dalam hati apa pengorbanan bukan Melayu? Mereka

sahaja yang mahu untung dan terus untung dengan menuntut orang Melayu 

menyerahkan segala-galanya. Keadaan itu tidak berlaku di negara lain dan contoh

terdekat ialah di Singapura.

Sebab itu, Awang tidak dapat berkompromi dengan sikap perkauman part i

pembangkang tertentu. Malah ada yang berulang kali menuduh kerajaan pimpinan

Melayu mengamalkan dasar aparteid dalam melayan bukan Melayu, pada hal itu

tidak benar dan fitnah. Realitinya masyarakat Melayu yang kini ditindas oleh kaum

tertentu yang menguasai ekonomi negara.

Dalam kaitan ini, Awang pernah melahirkan kebimbangan tentang pendekatan

parti kaum Cina tertentu yang mirip pemikiran Yahudi - minoriti yang menghalal apa

sahaja cara untuk menguasai majoriti dengan melenyapkan asas kenegaraan dan

realiti sejarah.

Ternyata banyak pihak bukan Melayu mahu mengambil kesempatan daripada

keputusan pilihan raya umum lalu untuk melemahkan struktur politik Melayu bagi

menjayakan impian mereka. Sedihnya, ada juga pemimpin pembangkang Melayu 

merelakan diri mereka menjadi alas atau sengaja berbuat demikian kerana mahu

berkuasa, yang kuasa itu sebenarnya di tangan pihak lain.

Maka dalam menilai penulisan Dr. Mahathir, semua pihak harus rasional

menerima pandangan beliau. Mantan Perdana Menteri itu dikenali cukup realistik

dalam pendekatan dan perjuangannya untuk kesejahteraan semua kaum. Kenapa

bukan Melayu mesti melenting? Mahathir juga banyak mengkritik orang Melayu 

berhubung sikap mereka yang tidak sesuai dengan kemajuan.

Page 3: DR MAHATHIR RASIS?

8/9/2019 DR MAHATHIR RASIS?

http://slidepdf.com/reader/full/dr-mahathir-rasis 3/3

Sebahagian kritikan itu dianggap keras sehingga ramai orang Melayu yang

marah dan kecil hati. Beliau juga menjadi pemimpin yang berani melindungi hak dan

kepentingan kaum minoriti terutama daripada ekstremisme kaum dan agama. Tetapi

itulah Dr. Mahathir, beliau tidak gentar menyuarakan apa yang beliau yakin benar.

 Awang harap tulisan beliau dalam blog tersebut dijadikan renungan kerana itu

  jugalah keresahan Melayu yang kian meluap-luap, yang dikhuatiri akan menjadi

ledakan suatu masa nanti.

BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT

M ingguan M alaysia, Ahad 26 Julai 2009