dr.-burhanuddin-helmy-

9
3.0 Pemikiran Dr.Burhanuddin Al Helmy Dalam Politik Biografi hidup Dr Burhanuddin menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang yang warak dan begitu aktif dalam arena politik. Hasil daripada pembacaan yang banyak tentang politik, gerakan Islam, pendidikan dan sebagainya, beliau mempunyai kesedaran yang mendalam tentang agama, bangsa dan negara. Baginya politik ialah alat kepada agama, kerana politik boleh berubah-ubah tetapi agama adalah tetap. Beliau mengesahkan dalam karyanya Agama dan Politik pada tahun 1954: Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik itu bukan agama (Kamarudin 1980: 158) Kegiatan politiknya dikesan semenjak awal 30-an iaitu apabila beliau ditahan oleh British akibat penentangan terhadap Deklarasi Belfour di Palestin. Beliau telah ditahan beberapa bulan di sana (W. Mohad Azam 1997: 68). Namun penglibatan politiknya di tanah air bermula sekitar tahun 1935 setelah kembali daripada luar negara dan sehingga akhir hayatnya pada tahun 1969. Cara politik Dr. Burhanuddin adalah bercorak situational politics (siyasah waqi ). Beliau amat menekankan keterbukaan dalam pendekatan dakwah yang sesuai dengan naluri masyarakat dimana pendakwah tidak menghukum,tetapi memujuk dan menasihati. Dalam tempoh melebihi tiga dekad itu, apa yang dapat dilihat ialah Dr Burhanuddin mempunyai idealisme politik yang tersendiri yang terpancar daripada tindakan, ucapan serta tulisan beliau. Kamarudin Jaafar merumuskan Dr Burhanuddin mempunyai tiga ciri utama iaitu: (i) Merdeka, (ii) Kebangsaan Melayu dan (iii) Islam (Kamarudin 1980: 9). Kenyataan tersebut diperjelaskan lagi oleh W. Mohd Azam Mohd Amin yang merumuskan idealisme politik Dr Burhanuddin menjurus kepada

Upload: musliha-ismail

Post on 21-Dec-2015

6 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tokoh perjuang negara aliran kiri

TRANSCRIPT

Page 1: dr.-burhanuddin-helmy-

3.0 Pemikiran Dr.Burhanuddin Al Helmy Dalam Politik

Biografi hidup Dr Burhanuddin menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang

yang warak dan begitu aktif dalam arena politik. Hasil daripada pembacaan yang banyak

tentang politik, gerakan Islam, pendidikan dan sebagainya, beliau mempunyai kesedaran

yang mendalam tentang agama, bangsa dan negara. Baginya politik ialah alat kepada

agama, kerana politik boleh berubah-ubah tetapi agama adalah tetap. Beliau mengesahkan

dalam karyanya Agama dan Politik pada tahun 1954:

Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan

politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan

sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik itu bukan agama (Kamarudin

1980: 158)

Kegiatan politiknya dikesan semenjak awal 30-an iaitu apabila beliau ditahan oleh

British akibat penentangan terhadap Deklarasi Belfour di Palestin. Beliau telah ditahan

beberapa bulan di sana (W. Mohad Azam 1997: 68). Namun penglibatan politiknya di

tanah air bermula sekitar tahun 1935 setelah kembali daripada luar negara dan sehingga

akhir hayatnya pada tahun 1969. Cara politik Dr. Burhanuddin adalah bercorak situational

politics (siyasah waqi„). Beliau amat menekankan keterbukaan dalam pendekatan dakwah

yang sesuai dengan naluri masyarakat dimana pendakwah tidak menghukum,tetapi

memujuk dan menasihati.

Dalam tempoh melebihi tiga dekad itu, apa yang dapat dilihat ialah Dr

Burhanuddin mempunyai idealisme politik yang tersendiri yang terpancar daripada

tindakan, ucapan serta tulisan beliau. Kamarudin Jaafar merumuskan Dr Burhanuddin

mempunyai tiga ciri utama iaitu: (i) Merdeka, (ii) Kebangsaan Melayu dan (iii) Islam

(Kamarudin 1980: 9). Kenyataan tersebut diperjelaskan lagi oleh W. Mohd Azam Mohd

Amin yang merumuskan idealisme politik Dr Burhanuddin menjurus kepada tiga dasar

Page 2: dr.-burhanuddin-helmy-

yang utama: (i) Semangat keIslaman, (ii) Semangat Kebangsaan yang luas dan (iii)

Penentangan terhadap penjajah (W. Mohd Azam 1997: 75).

Idealisme-idealisme politiknya diperjuangkan menurut kesesuaian dengan

perkembangan politik mengikut tahap perjuangan. Misalnya dimula dengan proses

membangkitkan kesedaran umat Melayu untuk merdeka dan memerintah sendiri. Ini

diikuti dengan menyatupadukan jiwa-jiwa yang telah disedarkan dan bermaruah ini ke

dalam satu pergerakan yang berkesan dan mampu untuk menentukan rupa bangsa dan asas-

asas pemerintahannya sendiri (Saliha 1974: 38-39).

Perjuangan dan Pemikiran Politik Dr Burhanuddin al-Helmy dapat dirumuskan

bahawa dalam tiga dekad perjuangannya, riwayat politik Dr Burhanuddin dapat dirangkum

dalam tiga ciri utama: kemerdekaan, kebangsaan Melayu dan Islam. Nilai-nilai ini ditanam

dalam perjuangannya menentang penjajah dengan semangat dan daya tahan yang kental,

dengan usaha menyemarakkan nilai progresif dan ide radikal dalam ideologi dan aqidah

perjuangan PAS. Perjuangan beliau terbukti sukar ditandingi pemimpin lain pada ketika itu

apabila diberi mandat memimpin satu pergerakan atau pertubuhan. Kepimpinannya

menggerakkan KMM (1945), Presiden KRIS (1945), Presiden PKMM (1946), Pengerusi

PUTERA (1947), Penasihat PKMM (1947) dan Presiden PAS (1956) tetap unggul dan

karismatik.

Selain itu, Pendekatan politik Dr Burhanuddin al-Helmy juga berteraskan amalan

perlembagaan dan undang-undang, dengan memilih cara aman untuk menuntut perubahan.

Beliau pernah mengungkapkan pada persidangan PAS pada tahun 1956, “Jalan kekerasan

tidaklah lagi jalan yang sesuai untuk menyelesaikan segala soal hidup manusia. PAS

menentang kekerasan kerana kekerasan adalah bertentangan dengan dasar dan ideologi

PAS. Perjuangan kemerdekaan tanah air akan diteruskan oleh PAS dengan jalan aman dan

damai, dengan jalan berperlembagaan”.

Page 3: dr.-burhanuddin-helmy-

3.1 Penglibatan Awal dalam Politik

Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin Al-Helmy

berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Serekat Islam Indonesia. Di samping itu

guru-guru yang mengajar dan mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum

Muda. Beliau tidak mahu meneruskan pengajian di sana kerana tidak setuju dengan cara

pendidikan yang dijalankan di sekolah itu. Beliau dihantar pula oleh ayahnya ke Pondok

Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya , beliau menyambung pengajian di Madrasah Al-

Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas.

Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas, Burhanuddin Al-

Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda. Aliran inilah yang telah menyalakan

semangat anti-penjajah dan pro-kemerdekaan dalam diri beliau. Beliau menyambung

pengajian di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan

Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan

pemimpin-pemimpin kemerdekaan India yang lain (Kamaruddin Jaffar, 1980). Selepas

tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al-Helmy telah mengembara

ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana. Pengalaman-

pengalaman yang diperoleh di perantauan dijadikan pedoman dan inspirasi perjuangan

membebaskan negara dari penjajahan kuasa Barat.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalam

pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan majalah Taman

Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia ditahan oleh pihak British di sana.

Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British.

Beliau dipenjarakan selama enam bulan. Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau

dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000. Selepas itu, Burhanuddin

Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan Jama’atul Islamiah dan menjadi penyunting

Page 4: dr.-burhanuddin-helmy-

majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Mutu Kerajinan, Asuhan Kesihatan, Mencari Allah dan

lain-lain (Roslan Saadon, 2009).

Pada tahun 1939, beliau telah diperkenalkan kepada Kesatuan Melayu Muda

(KMM) oleh Mustapa Hussain iaitu Naib Presiden KMM di Singapura. Semasa penjajahan

Jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun 1941, beliau dan kawan-kawannya yang diketuai

oleh Ibrahim Haji Yaakob telah menjadi penyokong Jepun untuk mendapatkan

kemerdekaan. Di sini bermulanya penglibatan beliau dalam politik di Tanah Melayu.

3.2 Penglibatan dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan

Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Dalam konteks perjuangan, Dr. Burhanuddin dikategorikan dalam golongan

berhaluan kiri atau radikal, yang mana anti-British dan menuntut kemerdekaan. Menurut

Ishak Saat dalam buku “Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran” menyatakan bahawa

sejarah perjuangan gerakan berhaluan kiri atau radikalisme Melayu bermula dengan

semangat yang dipelopori oleh kaum muda dan KMM dalam tahun 1920-an dan 1930-an.

Gerakan ini banyak membangkitkan semangat menentang penjajahan Barat. Penglibatan

Dr. Burhanuddin dapat dilihat dan dibahagikan kepada tiga peringkat. Hal ini di mana,

peringkat pertama adalah sewaktu penjajahan Jepun, kedua pasca penjajahan Jepun dan

ketiga sewaktu beliau dalam PAS.

Pada dasarnya, Dr. Burhanuddin seperti memberi kerjasama kepada pemerintah

tentera Jepun melalui satu konsep yang diperkenalkan oleh pihak Jepun sebagai salah satu

cara untuk mendapatkan kemerdekaan di tanah air masing-masing. Konsep yang

dimaksudkan itu ialah 'Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya' atau 'East Asia Co-

prosperity Sphere' yang meliputi seluruh kawasan Asia bagi menentang penjajah Barat

sejak tahun 1936 lagi.1 Dr. Burhanuddin berharap ungkapan yang diuar-uarkan oleh pihak

Page 5: dr.-burhanuddin-helmy-

Jepun yang bangsa Asia perlu bangkit menentang penjajahan British dan mengagung-

agungkan bangsa mereka sebagai bangsa dari Asia yang berjaya mengalahkan kuasa Barat

iaitu Rusia dalam Perang Jepun-Rusia dalam tahun 1904-1905 menjadi kenyataan.2

Melalui kerjasama tokoh politik zaman silam ini dengan pihak pemerintah Jepun telah

memberi 'manfaat' kepada Dr. Burhanuddin apabila diberi kepercayaan oleh pihak tentera

Jepun memegang jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama dan Adat Istiadat Melayu

Jepun di Taiping, Perak.

Apabila gerakan ini diharamkan oleh pemerintah pada masa itu, beliau tidak

ditangkap kerana dianggap tidak berbahaya oleh Inggeris. Setelah itu beliau, Ibrahim

Yaakob, Oman Siradj dan beberapa pemimpin KMM yang lain untuk membentuk satu

gerakan baru iaitu Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). KRIS yang dirancang

dengan sokongan Jepun untuk menguruskan kemerdekaan Malaya sebagai sebahagian

daripada Indonesia Raya. Namun rencana itu tidak dapat dilaksanakan kerana pihak jepun

telah mengumumkan penyerahan diri mereka sebelum tercapainya kemerdekaan yang

dirancang.

Setelah Inggeris menjajah semula Tanah Melayu, beliau menyertai Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. PKMM

ditubuhkan sebagai satu kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy

menjadi Ketua Umum PKMM yang pertama kerana terpaksa menggantikan tempat

Mukhtaruddin Lasso yang menghilangkan diri beberapa hari selepas dilantik menjadi ketua

pada Kongres Pertama PKMM (Ahmad Boestaman, 1972). Semasa diadakan kongres

PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut

hebat oleh pelbagai lapisan kaum di sana. Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam Pusat

Tenaga Rakyat(PUTERA), Pusat Perekonomian Melayu seMalaya(PEPERMAS), Majlis

Agama Tertinggi seMalaya(MATA) dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948

Page 6: dr.-burhanuddin-helmy-

adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuangan mencapai kemerdekaan Tanah

Melayu.

Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila

Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-

AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) berserta bendera merah putih dua belas

bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka. Kegagalan PUTERA-AMCJA

dengan perlembagaan Rakyatnya dan perjuangan secara sah mengikut undan-undang

benar-benar mengecewakan Parti Komunis Malaya. Pembabitannya melancarkan Parti

Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955

juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Dr. Burhanuddin menyertai PAS pada 14 Disember 1956 kerana perjuangan beliau

adalah berpegang kepada prinsip-prinsip Islam. Dan pada 25 Disember 1956 beliau telah

dilantik menjadi Presiden PAS, suatu tempoh yang singkat. Persatuan Islam Se-Tanah

Melayu atau Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan pada tahun 1951 dalam

persidangan ulama di Kampung Baru dan Tuan Haji Ahmad Fuad sebagai Presiden

pertamanya. Dato’ Fadhil Noor menggariskan perjuangan politik PAS adalah membentuk

sebuah negara yang ditegakkan atas dasar akidah dan syariah Islam seperti yang dituntut

oleh al-Quran dan sunnah.22 Menjadikan sesuatu selain Islam sebagai dasar perjuangan

politik dilihat oleh PAS sebagai satu ketidakadilan dan bukti penyelewengan dalam sistem

politik Islam. Dan penyelewengan itu dianggap sebagai sesuatu yang zalim kerana telah

menafikan hak-hak individu dan masyarakat tertentu dalam mengecap keredhaan Allah

s.w.t.

Pelantikan Dr. Burhanuddin sebagai Yang Dipertua Agung PAS telah

menyebabkan PAS berubah menjadi sebuah parti yang progresif dan tersusun. Di bawah

kepimpinan beliau PAS berkembang menjadi sebuah parti Islam dan mempunyai kedua-

Page 7: dr.-burhanuddin-helmy-

dua sifat nasionalis dan anti penjajah. Dalam usaha mencapai kemerdekaan, beliau cukup

percaya kepada penyatuan gerakan parti-parti politik atau persatuan yang ada untuk

menentang penjajah berasaskan pada pegangan itu, beliau sanggup bekerjasama dengan

semua golongan yang menjadi tenaga anti-penjajahan dalam masyarakat termasuk tenaga

nasionalisme, tenaga keagamaan dan tenaga sosialisme.

Oleh kerana keperibadiannya yang disanjung oleh masyarakat. PAS di bawah

kepimpinannya telah berhasil menguasai negeri Kelantan dan Terengganu pada Pilihan

raya pada tahun 1959 (Ramlah Adam, 1999). Pada Pilihan raya yang berikutnya tahun

1964 beliau tidak layak untuk bersaing kerana Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) telah

mengumumkan bahawa beliau telah dikenakan saman bernilai $25, 360 oleh mahkamah

atas satu kesalah teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.

Pada bulan Januari 1965, beliau telah ditahan di bawah Internal Security Act (ISA)

kerana dituduh cuba mendirikan sebuah kerajaan buangan di Pakistan bersama beberapa

rakannya. Semasa dalam tahanan kesihatan beliau kurang baik dan kerap dimasukkan ke

hospital pada tahun 1969. Beliau dibebaskan apabila kesihatannya semakin teruk. Namun

beliau tidak dapat bergerak aktif lagi dalam politik kerana kesihatan yang semakin teruk.

Akhirnya pada 10 Oktober 1969, Dr .Burhanuddin al-Helmi menghembuskan nafasnya

yang terakhir.

Page 8: dr.-burhanuddin-helmy-

Rujukan

Ahmad Boestamam. 1972. Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur :

Pustaka Kejora.

Ahmad Boestamam..1972. Merintis Jalan ke Puncak. Kuala Lumpur: Pustaka Kejora

Ismail Said. 2008. Dr. Burhanuddin Al-Helmi: Pejuang Melayu Sejati. Selangor : Karisma

Publication Sdn. Bhd.

Kamaruddin Jaffar.1980. Dr Burhanuddin al-Helmy: Politik Melayu dan Islam. Kuala

Lumpur: Yayasan Anda Sdn.

Kamarulnizam Abdullah.2003. The politics of islam in Centemporary Malaysia. Bangi:

Penerbit UKM

Roslan Saadon. 2009. Gagasan Nasionalisme Melayu Raya: Pertumbuhan dan

Perkembangannya. Selangor : Karisma Publication Sdn. Bhd.

Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ramlah Adam. 1993. Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Kajian Mengenai Kegiatannya Dalam

PKMM 1946-1948. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu UM.