1
1/2018
1
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
2
10 JANUARI 2018 | PUTRAJAYA
17 JANUARI 2018 | MUADZAM SHAH
ASPIRASI NAIB CANSELOR: ANOTHER YEAR OF DELIVERY
Aspirasi Naib Canselor telah berlangsung pada 10 dan 17 Januari yang lalu di UNITEN
Kampus Putrajaya dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) yang telah disampaikan oleh
YBhg. Dato’ Naib Canselor dengan membawa tema Another Year of Delivery. Pada
majlis tersebut, YBhg. Dato’ Naib Canselor telah menyampaikan inspirasi yang ingin dicapai
pada tahun 2018 dengan memberi beberapa kayu ukur yang perlu dijadikan penanda aras
untuk memastikan aspirasi ini tercapai. Di awal majlis, Y.Bhg Dato’ telah menyampaikan
hadiah kemenangan kepada wakil Kontinjen Maulidur Rasul UNITEN yang telah menjadi
Johan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul kategori IPT peringkat negeri Selangor. Pada
majlis ini juga, telah berlangsung majlis penyerahan basikal eletrik kepada unit yang terpilih
di kedua-dua Kampus. Unit bisnes ini dipilih berdasarkan keperluan pergerakan anggota kerja
di dalam kampus. Pada majlis yang sama, YBhg. Dato’ juga telah merasmikan Dana Wakaf
Ilmu UNITEN. Ianya diperkenal untuk menyahut seruan KPT agar semua IPT berusaha
mengumpul dana bagi kemajuan dan perkembangan pendidikan, ia diyakini dan terbukti
mampu menjadi sumber alternatif bagi pembangunan pendidikan. Bagi memudahkan ang-
gota kerja UNITEN untuk berwakaf, mereka juga boleh berbuat demikian melalui potongan
gaji (SPG) dan pembayaran wang tunai.
3
10 JANUARI 2018 | PUTRAJAYA
17 JANUARI 2018 | MUADZAM SHAH
4
12 JANUARI 2018 | PUTRAJAYA
HUFFAZ PROFESIONAL UNITEN : KHATAM HAFAZAN AL-QURAN
Tahniah diucapkan kepada Norfadilah Mansyur dan Fatin Zahidah Awang Adi yang
merupakan pelajar Huffaz generasi yang kelima UNITEN, kerana telah menamatkan hafazan
al-Quran. Motivasi yang tidak putus dari Pensyarah Tasmi, Ustazah Suhaili Noredan serta
keluarga Tahfiz yang lain menjadi inspirasi kepada kedua-dua pelajar dari Sabah ini, untuk
menamatkan hafazan satu semester lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan.
Norfadhilah Mansyur yang juga merupakan Timbalan Presiden 2, Intellectual Tahfiz
Engineering Committee (iTEC), Kelab Pelajar Tahfiz di UNITEN, dan merupakan pelajar
tajaan Majlis Ugama Sabah (MUIS). Turut khatam hafazan pada hari yang sama adalah Adi
Hakim Adinor, pelajar semester akhir Pensijilan Tahfiz dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal
UNITEN. Diharapkan kesungguhan mereka menjadi contoh tauladan buat adik-adik Tahfiz
yang lain, semoga kefahaman al-Quran yang telah disempurnakan, dapat dimanfaatkan
untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Sumber: Facebook Huffaz Profesional UNITEN
5
TNB-Nurturing Future Leaders merupakan program anjuran bersama Yayasan Tenaga
Nasional (YTN) dan UNITEN yang melibatkan 140 orang pelajar daripada Sekolah Berasrama
Penuh (SBP) seluruh Malaysia. Program yang berlangsung selama empat hari ini, merupakan
satu platform untuk mencungkil bakat kepimpinan dalam diri pelajar cemerlang yang telah
terpilih. Di samping itu, pelajar-pelajar ini turut diberikan pendedahan dan cetusan
aspirasi disamping memberi peluang kepada mereka untuk memperolehi pengetahuan dan
maklumat mengenai peranan yang dimainkan oleh UNITEN dalam pembangunan sektor
pendidikan di Malaysia. Antara tetamu kehormat yang turut hadir bersama-sama di dalam
program ini adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Dr. Mohd Zamri
Yusoff, dan Dekan Kolej Kejuruteraan, Prof. Dr. Izham Zainal Abidin. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada Warga Kolej Kejuruteraan (COE) di atas peranan mereka membantu
melancarkan lagi program ini.
16 JANUARI 2018 | PUTRAJAYA
TNB-NURTURING FUTURE LEADERS—PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2018 BERSAMA UNITEN & YTN
6
9 JANUARI 2018
Courtesy Visit by Professor Dr. Lam Kwok Yan from Nanyang Technological University, Singapore.
External Examiner for BCS (Cyber Security)(Hons.) Programme
16 JANUARI 2018
Courtesy Visit by Professor Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat, Department of Multimedia, Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia. External Examiner for BIT(Visual Media) (Hons.) Programme
16 JANUARI 2018
Opening Meeting ISO Internal Audit
DARI PEJABAT ANSELORI
7
DARI KACA MA TA
TOTAL WELLNESS: DANCE & RHYTHM WITH ILSE BOS
MAJLIS PERJUMPAAN PASUKAN HOKI WANITA PKS UNITEN KPT
KARNIVAL SUKAN KELOMPOK AMANAH 2.0
(KASMA) SUKAN NADI AMANAH
8
PROGRAM KONSERVASI MARINA
STAR EDUCATION FAIR 2018
MEETING WITH DEPARTMENT OF
STATISTICS MALAYSIA (DOSM)