1
UMUM
1) Apakah GST?
Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST adalah cukai kepenggunaan
berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai
perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, GST adalah cukai berperingkat.
Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses
pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos
kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah
dikenakan ke atas input perniagaan mereka.
GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran
dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan
perkhidmatan.
2) Adakah ia merupakan satu cukai baru?
Tidak, ia adalah cukai untuk menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan
(SST) semasa.
3) Mengapa Kerajaan ingin melaksanakan GST? Mengapa sekarang?
Kebanyakan negara telah melaksanakan GST/VAT kerana tidak berpuas hati
dengan struktur cukai kepenggunaan mereka. Ketidakpuasan ini adalah kerana
salah satu atau kesemua perkara-perkara berikut:
(i) cukai kepenggunaan dalam bentuk cukai jualan yang sedia ada tidak
memuaskan;
(ii) permintaan untuk mengurangkan kadar cukai lain; atau
(iii) sistem cukai yang sedia ada tidak seiring dengan pembangunan ekonomi.
Bagi Malaysia, pengenalan GST adalah merupakan sebahagian daripada program
penyusunan semula cukai oleh Kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian
2
lebih cekap, berkesan, telus, mesra perniagaan dan berupaya menjana punca
hasil yang stabil. GST adalah menggantikan cukai kepenggunaan semasa yang
terdiri daripada SST. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Kewangan, GST boleh mengatasi pelbagai kelemahan yang wujud di bawah SST
iaitu:
(i) cukai bertindih;
(ii) isu pindahan harga dan pindahan nilai;
(iii) tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barang yang dieksport;
(iv) tidak menggalakkan integrasi menegak; dan
(v) karenah birokrasi.
Gambarajah 1: Kesan cukai bertindih (SST)
3
Gambarajah 2: Kesan cukai bertindih (cukai perkhidmatan)
Mengapa sekarang? Kini terdapat pelbagai pengalaman untuk dipergunakan.
Dalam erti kata lain, peluang untuk melaksanakan GST dengan jayanya adalah
tinggi kerana Malaysia boleh mengambil pengalaman negara-negara lain untuk
membangunkan model GST Malaysia. Selama bertahun-tahun, GST/VAT telah
diterima pakai sebagai satu bentuk percukaian yang utama. Pada masa ini,
terdapat lebih daripada 160 negara telah melaksanakan GST/VAT.
4) Apakah kepentingan GST?
GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih baik. Ia lebih telus, cekap,
berkesan, berkawalan kendiri dan kurang birokrasi. GST akan menghapuskan
cukai berganda di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih
berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.
4
SEBELUM GST (SST) GST
Jualan oleh pengilang (jus) 2.00 2.00
Cukai (10% cukai jualan)
0.20 (6% GST) 0.12
Harga dibayar oleh hotel
2.20 2.12
Kredit Input tax nil -0.12
Kos kepada hotel
2.20 2.00
Mark up (100%)
2.20 2.00
Harga jualan sebelum cukai
4.40 4.00
Cukai (6% cukai perkhidmatan)
0.26 (6% GST) 0.24
Harga dibayar oleh pengguna
4.66 4.24
0.46
0.36 Penjimatan (0.46 – 0.36) =
0.10
Bagi perniagaan, kos dalam menjalankan perniagaan dapat dikurangkan kerana
GST yang dikenakan ke atas input perniagaan mereka dapat dituntut semula.
Sebagai contoh, di bawah sistem percukaian semasa, kebanyakan pengilang tidak
dibenarkan menuntut semula cukai perkhidmatan ke atas telekomunikasi,
perakaunan dan perkhidmatan guaman, dan cukai jualan ke atas input tidak
langsung seperti peralatan pejabat dan perabot. Cukai-cukai ini adalah
terselindung di dalam harga barang yang dijual. Oleh itu, kos untuk menjalankan
perniagaan meningkat. Di bawah sistem GST, mana-mana GST yang dikenakan
ke atas perolehan boleh dituntut semula dan tidak merupakan kos perniagaan.
Dengan yang demikian, eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di
pasaran global memandangkan tiada GST dikenakan ke atas pengeksportan
barang dan perkhidmatan. Ini akan mengukuhkan sektor eksport yang akan
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
5) Adakah semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST?
Tidak semua barang dan perkhidmatan akan tertakluk kepada GST. Beberapa
makanan utama dan kemudahan asas seperti beras, ayam, ikan, daging, sayur-
5
sayuran, gula, tepung dan minyak masak adalah bebas daripada cukai.
Sementara itu, jual beli dan penyewaan hartanah pertanian dan rumah kediaman
dan perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta serta
pengangkutan awam adalah dikecualikan daripada GST.
6) Adakah GST dikenakan ke atas eksport?
Tidak. Untuk menjadikan eksport negara lebih berdaya saing, GST ke atas eksport
akan berkadar sifar dan pengeksport boleh mendapatkan semua cukai input yang
ditanggung dalam menjalankan perniagaannya.
7) Apakah mekanisme GST?
GST adalah cukai yang dikenakan ke atas pembekalan (termasuk jualan) barang
dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan ke atas pengimportan barang dan
perkhidmatan ke Malaysia. Walaupun GST dikenakan ke atas harga jualan barang
atau perkhidmatan, jumlah yang akan dibayar kepada Kerajaan hanyalah atas nilai
tambah barang atau perkhidmatan di setiap peringkat rantaian
pengedaran/bekalan. Nilai tambah adalah nilai yang pengeluar (sama ada
pengilang atau pengedar dan lain-lain) tambah kepada bahan mentah atau
pembelian sebelum menjual produk atau perkhidmatan baru atau yang telah
diperbaiki. Untuk membolehkan ini, GST menggunakan mekanisme penolakan
(offset) kredit cukai di mana GST yang dikenakan ke atas output perniagaan
(contohnya jualan produk yang dikilangkan atau perkhidmatan yang dibekalkan)
ditolak daripada GST yang dibayar ke atas barang atau perkhidmatan yang
diperolehi sebagai input (contohnya bahan mentah atau utiliti yang digunakan
dalam pengilangan) oleh perniagaan. GST yang dikenakan ke atas output
dipanggil cukai output. Manakala, GST yang dikenakan ke atas perolehan
dipanggil cukai input. Mekanisme secara offsetting ini adalah untuk memastikan
GST yang dibayar oleh perniagaan boleh diperolehi semula dan dengan itu
membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
6
Gambarajah 1: Cukai input dan cukai output
Terdapat tiga jenis pembekalan yang disenaraikan di bawah GST iaitu:
(i) Pembekalan berkadar standard adalah pembekalan bercukai barang dan
perkhidmatan yang tertakluk kepada kadar positif;
(ii) Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan yang tertakluk kepada kadar
sifar yang mana tidak dikenakan GST pada peringkat output atau input; dan
(iii) Pembekalan dikecualikan adalah pembekalan yang tidak tertakluk kepada
GST pada peringkat output iaitu apabila dibekalkan kepada pengguna. Walau
bagaimanapun, GST yang dibayar ke atas input oleh perniagaan tidak boleh
dituntut sebagai kredit cukai.
7
Gambarajah 2: Pembekalan berkadar standard
Gambarajah 3: Pembekalan berkadar sifar
8
Gambarajah 4: Pembekalan dikecualikan
8) Apakah kadar GST di negara ASEAN?
Kadar GST di negara ASEAN adalah seperti berikut:
9) GST membawa banyak faedah kepada rakyat, peniaga dan negara. Sekiranya
begitu, mengapakah ianya tidak dilaksanakan dari dulu lagi? Mengapa
sekarang?
Di awal tahun 1990an, terdapat sumbangan hasil di antara cukai langsung dan
cukai tidak langsung yang seimbang. Sebagai contoh, pada tahun 1990,
sumbangan daripada cukai langsung adalah 35.2% dan dari cukai tidak langsung
Negara Tahun Pelaksanaan Kadar Asal (%) Kadar Terkini (%)
Indonesia 1984 10 10
Thailand 1992 10 7
Singapura 1993 3 7
Filipina 1998 10 12
Kemboja 1999 10 10
Vietnam 1999 10 10
Laos 2009 10 10
9
36.7%. Walau bagaimanapun, dengan adanya Dasar Liberalisasi Perdagangan
pada tahun 1990an, nisbah ini telah berubah dengan mendadak dan pada tahun
2012, sumbangan daripada cukai langsung adalah 56.4% manakala dari cukai
tidak langsung adalah 17.2%. Kajian oleh pakar-pakar ekonomi menunjukkan
bahawa terlampau bergantung ke atas sesuatu cukai tertentu akan membawa
kepada kesan yang buruk ke atas kedudukan kewangan negara. Pada masa ini,
Malaysia lebih bergantung ke atas cukai langsung dan hasil petroleum dan
sekarang adalah masa yang bersesuaian untuk Kerajaan mengambil langkah bagi
menstruktur semula sistem percukaian bagi memperbetulkan ketidakseimbangan.
Salah satu langkah ialah dengan memperkenalkan GST yang merupakan satu
sistem yang lebih efisyen berbanding dengan sistem percukaian semasa.
Dalam bajet 2005, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan GST. Walau
bagaimanpun, ia telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan
kemudian. Di dalam bulan Disember 2009, Rang Undang-Undang GST telah
dibentangkan di Dewan Rakyat untuk Bacaan Pertama dan dalam tahun 2010,
pelaksanaan GST telah ditunda untuk:
i. membolehkan Kerajaan untuk melibatkan secara inklusif dengan semua
segmen rakyat; dan
ii. mengambilkira kepentingan dan kebajikan masyarakat bagi memastikan
pelaksanaan GST dapat diterima baik.
Walaupun terdapat penangguhan, Kerajaan mengakui kepentingan GST bagi
memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan berdaya tahan untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang.
Kini terdapat pelbagai pengalaman untuk dipergunakan. Dalam erti kata lain,
peluang untuk melaksanakan GST dengan jayanya adalah tinggi kerana Malaysia
boleh mengambil pengalaman negara-negara lain untuk membangunkan model
GST Malaysia. Selama bertahun-tahun, GST/VAT telah diterima pakai sebagai
10
satu bentuk percukaian yang utama. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 160
negara telah melaksanakan GST/VAT.
10) Bilakah masa yang sesuai untuk Kerajaan melaksanakan GST?
Dari pandangan pakar ekonomi Malaysia, sekarang adalah masa yang sesuai bagi
Kerajaan melaksanakan GST. Terdapat juga sesetengah pihak yang
berpandangan bahawa GST hanya sesuai dilaksanakan apabila Malaysia
mencapai status negara maju. Dari aspek sistem percukaian, yang menjadi
pertimbangan utama adalah untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam
sistem percukaian semasa khususnya cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Pada
masa ini, terdapat lebih daripada 160 negara yang melaksanakan GST sebagai
satu usaha ke arah sistem percukaian yang lebih cekap dan berkesan.
Pelaksanaan GST akan menyumbang ke arah Malaysia mencapai status negara
berpendapatan tinggi.
11) Apakah impak GST ke atas barang yang diimport? Adakah ia akan
menjadikan barang yang diimport menjadi lebih murah atau lebih mahal?
Pada masa ini, barang yang diimport adalah tertakluk kepada duti import dan
cukai jualan melainkan ia dikecualikan. Di bawah GST, barang yang diimport
masih tertakluk kepada duti import tetapi cukai jualan akan digantikan dengan
GST. Samada barang import tersebut menjadi lebih murah atau mahal akan
bergantung ke atas beberapa faktor selain daripada kadar GST.
12) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk
memastikan GST dapat dilaksanakan dengan lancar?
Kerajaan telah memberi masa yang mencukupi kepada peniaga untuk bersiap
sedia melaksanakan GST. Pendidikan, latihan, program kesedaran dan lawatan
khidmat nasihat mengenai pelaksanaan GST telah dan akan dijalankan secara
berterusan. Peniaga akan dibenarkan untuk mendaftar awal sebelum tarikh
pelaksanaan GST. Sebelum pelaksanaan GST, Kerajaan akan menjalankan
beberapa ujian perintis ke atas sistem. Kerajaan juga telah mewujudkan Pusat
11
Panggilan Kastam (CCC) untuk membolehkan orang awam untuk membuat
pertanyaan mengenai GST dan Portal GST akan menyampaikan maklumat
berkenaan GST bagi memastikan pematuhan yang tinggi apabila GST
dilaksanakan.
13) Adakah jentera kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan GST?
Ya, Kerajaan telah bersiap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan GST.
Perundangan GST, infrastruktur, sistem komputer, kakitangan dan semua proses
dan prosedur telah tersedia untuk pelaksanaan GST.
12
PENGGUNA
14) Apakah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat?
Kerajaan telah menjalankan kajian impak sosial yang menunjukkan bahawa
kemungkinan besar pengguna akan menanggung sedikit penambahan kepada
bebanan cukai bergantung kepada corak perbelanjaan pengguna serta kadar GST
yang akan ditetapkan. Untuk meringankan tambahan bebanan cukai, pakej
bantuan cukai dan bukan cukai (tax and non-tax package) mungkin diberi. Walau
bagaimanapun, barang-barang makanan asas seperti beras, ayam, daging,
sayuran, tepung, minyak masak, gula, hartanah pertanian dan rumah kediaman,
pendidikan dan perkhidmatan kesihatan adalah tidak dikenakan GST.
15) Sejauh manakah benarnya GST akan membebankan rakyat?
Tujuan memperkenalkan GST adalah untuk mewujudkan sistem percukaian lebih
efektif, efisyen, telus, mesra peniaga dan berkemampuan menjana suatu hasil
yang stabil. Dalam pembentukan model GST, Kerajaan amat prihatin supaya
ianya tidak membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan
rendah dan pertengahan. Oleh itu, kebanyakan barang dan perkhidmatan yang
asas dan perlu kepada golongan tersebut telah dicadang untuk tidak dikenakan
GST.
16) Mengapakah sukar bagi rakyat menerima GST jika sebenarnya ia memberi
manfaat kepada mereka?
Halangan yang pertama adalah cukai bukan satu topik yang popular dan secara
amnya tidak semua orang suka dikenakan cukai atau perkataan “cukai”
merupakan satu perkataan yang dipantangi oleh orang ramai. Walau
bagaimanapun, kerajaan di seluruh dunia perlu mengenakan cukai untuk
mendapatkan hasil bagi membolehkan keperluan sosial rakyat (infrastruktur,
kesihatan dan pendidikan), pertumbuhan industri yang membawa kepada
peluang-peluang pekerjaan, keperluan sekuriti dan sebagainya diberi. Rakyat
13
sukar untuk menerima GST kerana kurang pengetahuan berkenaan GST dan
bagaimana GST memberi manfaat kepada mereka.
Halangan kedua adalah tahap pengetahuan berhubung GST. Bukan mudah untuk
mendidik pengguna berhubung GST kerana apabila disebut bahawa GST adalah
satu bentuk cukai, kebiasaannya anda akan berhadapan dengan tentangan. Oleh
itu, GST serta manfaatnya hendaklah diterangkan secara berterusan kepada
rakyat untuk mengelak atau menghapuskan apa-apa tanggapan atau gambaran
salah yang dimaklumkan kepada mereka berkenaan GST. Ke arah itu, Kerajaan
menekankan bahawa adalah penting rakyat memahami GST sebelum ianya
dilaksanakan. Kini rakyat tidak sedar bahawa GST akan menggantikan cukai
jualan dan cukai perkhidmatan semasa. Malahan, orang ramai juga tidak sedar
bahawa mereka sedang membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas
kebanyakan barang dan perkhidmatan kerana ia adalah cukai seperingkat.
17) Bolehkah anda komen ke atas kenyataan bahawa dengan GST, 12 juta
tenaga kerja akan terpaksa membayar cukai?
Pada masa ini, 12 juta tenaga kerja itu telahpun membayar cukai dalam bentuk
cukai pendapatan dan SST, atau SST sahaja. GST bukan merupakan satu cukai
baru, ia hanya menggantikan cukai kepenggunaan semasa yang terdiri daripada
cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Oleh itu, isu 12 juta tenaga kerja terpaksa
membayar cukai tidak wujud.
18) Bagaimanakah hasil boleh bertambah sedangkan kadar cukai GST adalah
lebih rendah daripada kadar SST? Adakah rakyat akan menanggung
bebanan untuk membayar cukai?
Peningkatan hasil di bawah GST berbanding dengan SST adalah disebabkan:
(i) asas percukaian yang lebih luas;
(ii) peningkatan dalam tahap pematuhan (compliance); dan
(iii) kutipan hasil yang lebih efisyen.
14
Akibat asas percukaian yang lebih luas, kemungkinan besar pengguna akan
menanggung tambahan bebanan cukai bergantung kepada corak perbelanjaan
pengguna serta kadar GST yang akan ditetapkan. Walau pun begitu, pakej
bantuan cukai dan bukan cukai (tax and non-tax package) yang mungkin diberi
dapat meringankan tambahan bebanan cukai.
19) Pada kadar 6%, pengguna akan akhirnya membayar 24% GST ke atas harga
belian.
Secara prinsipnya, kenyataan tersebut adalah tidak betul. Ini adalah kerana, GST
adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai tambah di setiap
peringkat rantaian pembekalan. Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat
rantaian pembekalan, peniaga boleh menuntut semula GST yang dikenakan ke
atas input. Mekanisme tersebut bermakna pengguna akhir pada hanya membayar
GST pada kadar 6% dan bukannya 24%.
GST 6%
Mekanisme GST– kadar standard
Pengilang Pemborong Peruncit Pengguna
Pengilang menuntut
balik GST
Pemborong menuntut
balik GST
Peruncit menuntut
balik GST
Pengguna bayar GST pada kadar
6% sahaja
15
Mekanisme pengiraan GST adalah seperti berikut:
Jadual di bawah menunjukkan contoh pengiraan GST pada setiap peringkat
rantaian pembekalan pada kadar GST 6% dan margin keuntungan 20%:
(1)
Kos
(2) Cukai Output
(3) Cukai Input
(4) Cukai
Dibayar (2) – (3)
(5) Harga Jualan
(1) + (2)
Pengilang RM50 RM3.00 - RM3.00 RM53.00
Pemborong RM60
(RM50+20% margin)
RM3.60 RM3.00 RM0.60 RM63.60
Peruncit RM72
(RM60+20% margin)
RM4.32 RM3.60 RM0.72 RM76.32
Jumlah GST yang dikutip oleh Kerajaan = RM3.00 + RM0.60 + RM0.72 = RM4.32
GST akan dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan bermula
daripada peringkat pengilangan sehingga peringkat akhir iaitu pengguna.
Mekanisme pengiraan adalah seperti berikut:
Peringkat pengilang:
Menjual kepada pemborong pada harga RM50 pada kadar GST 6%.
GST penjualan yang perlu dibayar kepada Kerajaan adalah RM3.00 (RM50 x 6%)
Harga jualan kepada pemborong adalah RM53.00 (RM50 + RM3.00)
Peringkat pemborong:
Pemborong membeli dari pengilang pada harga RM53.00 (RM50 + RM3.00 GST)
RM3.00 adalah cukai input kepada pemborong
Pemborong menjual kepada peruncit pada harga RM60 pada kadar cukai GST 6%
Harga jualan kepada peruncit adalah adalah RM63.60 (RM60 + RM3.60 GST)
RM3.60 adalah cukai output ke atas jualan pemborong
16
Setelah membuat offset antara cukai output RM3.60 dengan cukai input RM3.00,
GST yang perlu dibayar kepada Kerajaan di dalam penyata GST adalah RM0.60
(RM3.60 - RM3.00)
Peringkat peruncit:
Membeli dari pemborong pada harga RM63.60 (RM60 + RM3.60 GST)
RM3.60 adalah cukai input kepada peruncit
Menjual kepada pengguna pada harga RM72 pada kadar cukai GST 6%
Harga jualan kepada peruncit adalah RM76.32 (RM72 + RM4.32 GST)
RM4.32 adalah cukai output keatas jualan peruncit
Setelah membuat offset antara cukai output RM4.32 dengan cukai input RM3.60,
GST yang perlu dibayar kepada Kerajaan di dalam penyata GST adalah RM0.72
(RM4.32 – RM3.60)
20) Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengawal kenaikan harga
apabila GST dilaksanakan?
Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan peniaga
tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk
menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan.
Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan
sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, memperhebatkan
penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan
Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga
(price setter). Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan,
pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan.
21) Isu utama GST di kalangan rakyat adalah berkaitan dengan harga barang
memandangkan asas GST adalah luas. Bagaimanakah anda hendak
menerangkannya kepada rakyat?
Pendidikan cukai harus diberikan secara berterusan kepada rakyat. Cukai
merupakan sumber hasil negara bagi tujuan pembangunan. Kerajaan akhirnya
17
akan mengembalikan hasil yang dipungut kepada rakyat dalam bentuk sekuriti,
kesihatan, pendidikan dan memperbaiki taraf kehidupan. Falsafah membayar
cukai perlu disemai di kalangan rakyat, khususnya kepada generasi muda
bagaimana pentingnya menyumbang kepada pembangunan negara.
Model GST mengambil kira kepentingan golongan berpendapatan rendah dengan
memastikan barang dan perkhidmatan asas tidak tertakluk kepada GST. Sebagai
satu sistem percukaian yang lebih efisyen dan efektif, ia akan memacu
pertumbuhan ekonomi dan ini akan memanfaatkan rakyat dalam bentuk lebih
peluang pekerjaan dan taraf hidup yang lebih tinggi. Oleh itu, GST janganlah
dilihat dari segi kenaikan harga sahaja, tetapi sebagai suatu pakej total yang akan
memberi manfaat kepada rakyat, peniaga dan negara.
22) Apabila GST dilaksanakan, kemungkinan akan terdapat penjimatan kos
kepada peniaga kerana peniaga boleh mendapat semula GST yang telah
dibayar ke atas input perniagaan. Bagaimanakah Kerajaan dapat
memastikan bahawa peniaga akan memindahkan penjimatan kos kepada
pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah?
Pada masa ini, rakyat tidak sedar bahawa harga barang dan perkhidmatan adalah
termasuk cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Dengan GST, peniaga harus
mengkaji semula harga jualan untuk mengeluarkan elemen cukai jualan dan cukai
perkhidmatan dari harga jualan. Peniaga dan pengguna telahpun dimaklumkan
perkara ini melalui program kesedaran.
Kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan penjimatan di
peringkat peniaga disalurkan kepada pengguna:
(i) menguatkuasa sepenuhnya peruntukan Akta Kawalan Harga dan Anti-
Pencatutan 2011. Akta tersebut memberi kuasa kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memantau
18
dan mengawal sebarang kenaikan harga yang disebabkan keuntungan
berlebihan.
(ii) mengedar Panduan Harga Pengguna tiga bulan sebelum dan selepas
pelaksanaan GST yang menunjukkan anggaran harga barang dan
perkhidmatan dari segi peratusan kenaikan atau penurunan yang dijangka.
Panduan Harga Pengguna ini dapat membantu rakyat melaksanakan hak
mereka sebagai pengguna; dan
(iii) berkerjasama dengan pasaraya besar supaya mereka menjadi penentu
harga (price setter) barang.
23) Rumah kediaman adalah dikecualikan daripada GST. Harga rumah kediaman
akan meningkat apabila GST dilaksanakan memandangkan cukai input tidak
dapat dituntut oleh pemaju hartanah. Bagaimana hendak meyakinkan rakyat
bahawa kenaikan harga yang ketara bukan disebabkan oleh GST tetapi lebih
disebabkan keuntungan berlebihan?
Layanan untuk mengecualikan rumah kediaman adalah untuk mengurangkan
bebanan cukai kerana rumah merupakan keperluan asas kepada rakyat. Layanan
ini melengkapkan inisiatif Kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu
milik kepada mereka yang berkelayakan khususnya golongan berpendapatan
rendah. Ini akan memberi kesan yang lebih minimum berbanding dengan keadaan
di mana GST dikenakan pada kadar standard ke atas rumah kediaman. Harga
rumah kediaman terutamanya di bandar-bandar utama adalah sangat tinggi yang
mana antara sebabnya adalah oleh kerana pembekalan yang terhad. Oleh itu,
GST tidak seharusnya dijadikan sebagai satu alasan untuk sebarang kenaikan
harga.
19
24) Terdapat banyak kebimbangan di kalangan orang ramai terhadap GST dan
bagaimana mekanismenya. Adakah GST akan mengakibatkan orang ramai
membayar harga lebih untuk barang dan perkhidmatan daripada sekarang?
Jika tidak, mengapa tidak? Jika ya, bagaimana untuk memberi justifikasi ke
atasnya?
Orang ramai tidak seharusnya bimbang tentang GST. Pertama, ia adalah satu
bentuk cukai kepenggunaan yang telah dilaksanakan oleh lebih daripada 160
buah negara di dunia sama ada negara maju, membangun atau kurang maju.
Kedua, bagi Malaysia, GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada
yang terdiri daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang didapati kurang
berkesan, kurang cekap, kurang mesra peniaga dan kurang telus. Sebagai cukai
kepenggunaan, ia hanya ditanggung oleh orang biasa hanya apabila barang atau
perkhidmatan itu digunakan. Jika penggunaan tidak berlaku, GST tidak perlu
dibayar.
Orang ramai mungkin tidak sedar bahawa pada masa ini cukai jualan pada kadar
5% atau 10% sudah termasuk dalam harga yang mereka bayar untuk kebanyakan
barang contohnya barang elektrik, pakaian, kasut dan perkakasan rumah
memandangkan cukai jualan dikenakan di peringkat pengilangan atau semasa
import. Apabila barang sampai kepada pengguna, cukai jualan yang dibayar pada
peringkat pengilangan akan melimpah ke dalam harga jualan di setiap peringkat
rantaian pembekalan. GST, tidak seperti cukai jualan atau cukai perkhidmatan,
adalah cukai kepenggunaan berperingkat yang akan dikenakan pada setiap
peringkat rantaian pembekalan. Pada setiap peringkat rantaian pembekalan,
peniaga akan dapat menuntut kembali GST yang dibayar ke atas barang dan
perkhidmatan yang diperolehi bagi tujuan perniagaan mereka dan dengan itu
menghapuskan kesan cukai bertindih yang dialami di bawah cukai kepenggunaan
semasa. Oleh itu, seharusnya terdapat penurunan harga barang yang tertakluk
kepada cukai jualan. Pengguna juga sepatutnya di dalam keadaan yang lebih baik
kerana sesetengah barang-barang asas seperti beras, sayur, minyak masak dan
ikan adalah tidak tertakluk kepada GST. Bagaimanapun, kemungkinan akan
20
terdapat kenaikan harga kepada sesetengah barang atau perkhidmatan yang
pada masa ini tidak tertakluk kepada cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Kenaikan itu seharusnya tidak melebihi kadar GST yang dicadangkan oleh
Kerajaan kerana peniaga boleh menuntut balik GST yang dibayar ke atas
pembelian.
25) Bagaimanakah cara untuk memberi kefahaman kepada rakyat bahawa pada
masa ini mereka membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan?
Langkah yang telah diambil untuk meningkatkan kefahaman rakyat bahawa pada
masa ini mereka membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan adalah seperti
berikut:
(i) program kesedaran secara berterusan kepada pengguna seperti konsultasi
awam, forum dan seminar;
(ii) mempertingkatkan aktiviti publisiti melalui media utama dan media sosial;
(iii) memuatnaik maklumat untuk pengguna di dalam Portal GST;
(iv) bekerjasama dengan persatuan pengguna untuk meningkatkan kefahaman
pengguna; dan
(v) Roadshow di kompleks membeli belah, sekolah, pusat komuniti dan lain-lain
tempat awam.
26) Rakyat bimbang walaupun GST diperkenalkan pada awalnya pada kadar
yang rendah, namun ia akan meningkat kepada suatu kadar yang lebih tinggi
pada masa akan datang seperti pengalaman di negara jiran iaitu Singapura.
Cukai jualan telah diperkenalkan pada tahun 1972 manakala cukai perkhidmatan
pada tahun 1975. Sejak dari itu, kenaikan kadar cukai jualan hanya berlaku sekali
sahaja selepas 10 tahun pelaksanaannya iaitu pada tahun 1982 dari kadar 5%
kepada 10%. Manakala kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%
hanya berlaku pada tahun 2011 selepas 36 tahun pelaksanaannya.
21
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah melaksanakan GST seperti
Australia, Jepun dan Singapura, didapati kenaikan kadar cukai hanya berlaku
setelah beberapa tahun pelaksanaan GST. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor
seperti kestabilan ekonomi, kemantapan sistem GST, penerimaan rakyat yang
sangat tinggi serta impak terhadap pengguna mempengaruhi kenaikan kadar
cukai.
Negara GST Dilaksanakan
(Tahun)
Kenaikan Kadar
(Tahun)
Australia 1999 10%
(tiada kenaikan selepas 12 tahun)
Jepun 1989 5%
(tiada kenaikan selepas 25 tahun)
Singapura 1994
3%
(tiada kenaikan selepas 9 tahun)
4% (2003)
5% (2004)
7% (2007 hingga sekarang)
Daripada 160 buah negara yang telah melaksanakan GST, hanya 12 negara telah
mengurangkan kadar GST manakala 55 buah negara yang lain pula telah
meningkatkan kadar GST sejak pelaksanaannya.
27) Apakah kadar purata GST yang digunakan di kebanyakan negara.
Kadar purata ialah 16.9%, kadar yang paling rendah ialah 5% (Jepun, Nigeria,
Taiwan, Iran, Kanada) dan kadar yang paling tinggi ialah 27% (Hungary).
28) Adakah harga yang tertera termasuk unsur GST atau tidak?
Harga yang tertera adalah termasuk unsur GST.
22
29) Adakah GST akan mempengaruhi dasar subsidi Kerajaan ke atas barangan
pengguna?
Dasar Kerajaan dalam memberikan subsidi adalah perkara yang berasingan
daripada pelaksanaan GST.
30) Adakah kos untuk pendidikan dan kesihatan akan meningkat dengan
pelaksanaan GST?
Kos perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak akan meningkat dengan ketara
kerana layanan GST ke atas perkhidmatan pendidikan dan kesihatan adalah lebih
kurang sama dengan layanan semasa di bawah SST.
23
PERNIAGAAN
31) Apakah faedah yang akan diperolehi oleh peniaga daripada GST?
Kajian kami menunjukkan bahawa akan terdapat pengurangan kos perniagaan
disebabkan:
(i) GST yang dibayar ke atas input boleh dituntut semula;
(ii) pengeksportan adalah berkadar sifar;
(iii) cukai input tidak dipadankan dengan cukai output; dan
(iv) kewujudan skim khas bagi mengurangkan kesan aliran tunai.
32) Adakah semua perniagaan perlu didaftarkan di bawah GST?
Perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai yang
melebihi nilai ambang RM500,000 dikehendaki untuk mendaftar secara mandatori.
Walau bagaimanapun, perniagaan yang tidak mencapai nilai ambang tersebut
masih boleh mendaftar secara sukarela.
33) Bolehkah kami mendaftar untuk GST secara atas talian?
Ya, pendaftaran secara atas talian adalah digalakkan.
34) Bagaimanakah cara untuk kami mendaftar GST?
Melalui pendaftaran secara manual atau atas talian.
35) Dimanakah dan bilakah saya perlu memohon untuk mendaftar GST?
Permohonan untuk pendaftaran GST boleh dibuat melalui kaedah berikut:
(i) memohon secara elektronik melalui laman web www.gst.customs.gov.my;
(ii) memohon di kiosk pendaftaran yang terdapat di mana-mana stesen
Kastam; atau
(iii) penghantaran manual secara pos.
24
36) Bagaimanakah Kerajaan menangani pemalsuan tuntutan kredit cukai input?
Langkah-langkah berikut telah diambil bagi menangani pemalsuan tuntutan kredit
cukai input:
(i) membangunkan satu sistem pengurusan risiko yang komprehensif;
(ii) menggunakan tax performance ratio bagi mengenalpasti peniaga yang
menyeleweng;
(iii) menggunakan computerised auditing technique dan forensic tools;
(iv) audit meja, audit pematuhan dan audit pulangbalik untuk memantau
pemalsuan tuntutan kredit cukai input;
(v) maklumat daripada orang awam dan peniaga; dan
(vi) pertukaran maklumat dengan lain-lain agensi Kerajaan.
37) Apakah bantuan yang akan diberikan kepada PKS sebagai persediaan ke
arah pelaksanaan GST?
Kerajaan akan membantu PKS dengan mengurangkan kos pematuhan yang
terlibat. Kerajaan akan menyediakan latihan dan pendidikan secara percuma serta
membantu PKS dalam memperolehi perisian asas yang diperlukan untuk
pelaksanaan GST.
38) Bagaimanakah Kerajaan akan memastikan bahawa perniagaan akan
membayar amaun cukai yang dipungut dengan betul kepada Kerajaan?
Orang berdaftar GST dikehendaki untuk mengemukakan penyata secara berkala
dan membayar cukai kepada Kerajaan. Pasukan Audit GST akan menjalankan
audit ke atas orang berdaftar secara berkala dan apabila diperlukan. Selain itu,
sistem penilaian risiko GST akan menghantar amaran berkenaan orang berdaftar
yang berisiko tinggi, tuntutan cukai input atau pembayaran yang dicurigai.
25
39) Sumbangan besar kutipan hasil diperolehi melalui syarikat-syarikat besar
(large taxpayer). Sekiranya berlakunya sebarang unsur frod di dalam
pembayaran cukai dan tuntutan kredit cukai input, ianya akan
mengakibatkan impak yang besar kepada hasil negara. Bagaimanakah
Kerajaan akan menangani masalah penyelewengan cukai oleh pembayar
cukai?
Pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
(i) membangunkan satu sistem pengurusan risiko yang komprehensif;
(ii) menggunakan tax performance ratio bagi mengenalpasti peniaga yang
berhasrat untuk mengelak dari membayar GST;
(iii) menyediakan senarai pengeksport utama untuk menangani tuntutan kredit
cukai input yang berkaitan dengan pengeksportan palsu;
(iv) menggunakan computerised auditing technique dan forensic tools;
(v) mengadakan auditan bersama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri; dan
(vi) mewujudkan unit large taxpayer.
40) Adakah GST akan memberi kesan terhadap peniaga kecil seperti peniaga di
pasar malam yang menjual pakaian atau barang? Adakah mereka juga perlu
mengenakan dan membayar GST?
Pelaksanaan GST hanya boleh memberi kesan terhadap perniagaan-perniagaan
kecil seperti pengendali pasar malam sekiranya perolehan tahunan mereka
melebihi nilai ambang yang ditetapkan yang mengkehendaki mereka untuk
berdaftar di bawah GST.
26
LAIN-LAIN
41) Adakah GST boleh membantu mengurangkan defisit fiskal di Malaysia?
Pengenalan GST di Malaysia bertujuan untuk menggantikan cukai kepenggunaan
semasa (cukai jualan dan cukai perkhidmatan) yang mempunyai banyak
kelemahan. GST adalah sebahagian daripada program penyusunan semula
sistem percukaian negara supaya lebih efektif, efisyen, telus, mesra perniagaan
dan mampu menjana sumber hasil yang lebih stabil. Dalam tempoh jangka masa
panjang, sistem percukaian yang lebih efektif dan efisyen akan membantu
mengurangkan defisit fiskal di Malaysia.
42) Apakah perkara/fakta mengenai GST yang perlu diketahui oleh rakyat?
Pada masa kini, Kementerian Kewangan sedang menganjurkan beberapa
program kesedaran mengenai GST khusus untuk orang awam serta peniaga.
Matlamat utama program ini adalah untuk membantu orang awam serta peniaga
supaya mereka lebih memahami model GST yang dicadangkan di Malaysia,
mekanisme GST serta langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi
menangani isu-isu yang berhubungkait dengan GST.
Rakyat perlu tahu bahawa GST dikenakan dan dipungut ke atas semua barang
dan perkhidmatan bercukai yang dihasilkan di dalam negara termasuk barang dan
perkhidmatan yang diimport. Hanya perniagaan yang berdaftar dengan GST boleh
mengenakan GST. GST yang dipungut ke atas output hendaklah dibayar kepada
Kerajaan. Walau bagaimanapun, peniaga dibenarkan untuk menuntut semula
kredit cukai input.
Rakyat hanya perlu membayar GST sekiranya mereka membeli barang atau
menggunakan perkhidmatan yang bercukai. Sekiranya tidak, rakyat tidak akan
terkesan dengan GST.
27
43) Apakah kesan ke atas ekonomi? Penggunaan oleh rakyat menjana ekonomi
tetapi kemungkinan besar rakyat tidak mahu menggunakan/berbelanja
sekiranya mereka dikenakan cukai.
Terdapat impak yang positif ke atas ekonomi yang disebabkan perkara-perkara
berikut:
(i) pengurangan di dalam kos perniagaan -
(a) skim khas bagi tujuan mengurangkan masalah aliran tunai;
(b) mekanisme pengimbangan kredit;
(c) boleh menuntut cukai input yang telah dibayar berdasarkan invois yang
dikeluarkan;
(ii) membawa ke arah harga yang lebih kompetitif;
(iii) menjadikan eksport negara lebih berdaya saing memandangkan eksport
adalah berkadar sifar;
(iv) peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar;
(v) mengurangkan aktiviti ekonomi terselindung; dan
(vi) sebagai kaedah untuk menguruskan ekonomi misalnya Skim Bayar Balik
Pelancong dicadangkan sebagai langkah untuk meningkatkan industri
pelancongan serta perbelanjaan pelancongan di dalam negara ini, eksport
dijadikan berkadar sifar bagi memastikan barang Malaysia adalah lebih
berdaya saing di peringkat global.
Kemungkinan tiada pengurangan ke atas penggunaan disebabkan:
(i) kemungkinan harga bagi sesetengah barang dan perkhidmatan akan menjadi
lebih rendah;
(ii) perubahan dalam corak kepenggunaan. Kaedah GST adalah berdasarkan
konsep kemampuan. Pengguna perlu menentukan barang atau perkhidmatan
yang ingin dibeli atau digunakan dan GST hanya akan dikenakan apabila
barang atau perkhidmatan tersebut digunakan. Pengguna boleh memilih untuk
berbelanja ke atas barang dan perkhidmatan asas berbanding berbelanja ke
atas barang dan perkhidmatan yang mewah.
28
(iii) kebanyakan barang dan perkhidmatan asas adalah tidak tertakluk kepada
GST;
(iv) GST merupakan cukai pengganti; atau
(v) mekanisme kredit cukai input sepatutnya mengurangkan kos perniagaan.
44) Bagaimanakan caranya Kerajaan menangani isu semasa tempoh peralihan
dari era percukaian semasa ke era GST?
Kerajaan akan memastikan bahawa peniaga akan melalui tempoh peralihan dari
sistem percukaian semasa ke GST dengan lancar. Kerajaan juga telah
mengadakan banyak sesi dialog serta konsultasi secara berterusan dengan sektor
peniagaan bagi memaklumkan serta menangani isu-isu yang berkaitan dengan
tempoh peralihan.
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui:
(a) Laman sesawang : www.gst.customs.gov.my
(b) Tel : 03 8882 2417 / 2424 / 2857 / 2827
Faks : 03 8882 2132
E-mel : [email protected]