Download - Tutorial 5.pptx
Tutorial 5:
Merujuk kepada Kod Etika Keguruan Malaysia, seseorang guru mesti
mempunyai akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara.
Bincangankan kewajarannnya.
Oleh :Deen Khairee bin Damit Noor Afuza binti Anuar
Norazmalinda binti Mohd Maszlan
KONSEP ETIKA
• Etika = prinsip-prinsip tingkah laku yang mengawal individu atau kumpulan individu
(profesional).
KONSEP KOD ETIKA
• Satu koleksi peraturan dan prosedur bertingkah laku yang dikemukakan oleh
sesebuah organisasi (khususnya organisasi profesional) kepada ahli-ahlinya untuk
membantu mereka agar dapat mengendalikan tingkah laku mengikut nilai-nilai utama
serta piawaian bertingkah laku secara betul dan bertanggungjawab di mana
pengamal sesuatu profesion dijangkakan akan mematuhinya.
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikanialah berusaha menuju ke
arah pembentukan warganegara yangberilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan,yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenarandan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percayakepada demokrasi, kebebasan
perseorangan dan Prinsip-Prinsip RukunNegara.Melalui pendidikan, masyarakat dapat
membantu anak mudanyamemahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan
yangtelah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai
cabaran pada masa hadapan.Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab
membimbing anakmuda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan
inikami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untukmembolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke tarafkesusilaan yang setinggi-tinggnya.
KONSEP AKAUNTABILITI KEGURUAN
• Akauntabiliti merujuk kepada sifat tanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan , keputusan serta bersedia memberikan penjelasan
dan justifikasi yang diperlukan.
• Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab guru terhadap profesion
keguruannya.
Aspek-aspek Akauntabiliti Guru
• Akauntabiliti terhadap pelajar
• Akauntabiliti terhadap diri sendiri
• Akauntabiliti Ibu bapa
• Akauntabiliti Masyarakat dan negara
• Akauntabiliti Rakan sejawat dan profesion keguruan
AKAUNTABILITI TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
• Guru mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai
rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun
Negara.
• Guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin demi
mencapai aspirasi dalam FPK.
• Guru harus peka terhadap persekitaran komuniti.
• Guru perlu menghindarkan diri daripada dipengaruhi unsur-unsur negatif.
• Guru perlu sentiasa bersikap positif.
• Guru perlu sentiasa mengemaskini diri dengan pengetahuan terbaharu.
• Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang positif.
• Menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat.
• Memenuhi segala tanggungjawab sebagai ahli masyarakat.
• Menjalin hubungan erat dan bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat
Wajarkah guru berakauntabiliti terhadap masyarakat dan negara ?
YA, WAJAR !
Guru mesti mempunyai akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara
Kesan guru mempunyai akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara
• Dapat meningkatkan martabat profesion keguruan dalam khalayak masyarakat.
• Masyarakat yakin dengan kredibiliti seorang guru bagi mendidik anak bangsa.
• Dapat melahirkan generasi masa depan yang dinamik dn proaktif .
• Dapat membentuk pelajar menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati semua orang daripada pelbagai budaya, keturunana dan agama.
• Melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas dan berkualiti.
• Melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya ilmu
pengetahuan dan kemajuan dalam kehidupan.
• Melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sokongan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
• Dapat mewujudkan suasana yang harmoni antara sekolah dengan masyarakat.
• Dapat mewujudkan perpaduan.
• Dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat serta
memperlihatkan kredibiliti guru serta pandangan positif mereka terhadap guru.
Kesan guru tidak berakauntabiliti terhadap masyarakat dan negara.
• Matlamat FPK tidak tercapai.
• Masyarakat hilang hormat terhadap profesion perguruan.
• Lahirnya masyarakat cetek ilmu.
• Ranking pendidikan Malaysia menurun.
• Tiada pemimpin berwibawa.
• Bilangan guru berkurangan.
Cadangan cara mengatasi
• Mempertingkatkan sistem pemantauan.
• Bimbingan rakan sejawat.
• Bijak memilih kawan.
• Kesedaran diri sendiri.
Rumusan
• Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang
atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta
bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.
(Kamus Dewan, 2007).
• Akauntabiliti diperlukan untuk mendukung prinsip-prinsip Rukun
Negara serta mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, Muhammad Kushairi Jusoh (2012). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur : Freemind Horizon Sdn. BhdNoriati A. Rashd, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.