Download - Tugasan Satu Gsa
1. PENGENALAN
Apa itu statistik? Statistik bermaksud ‘angka’ yang direkodkan mengikut kategori
tertentu.Menurut (Sudjana, 1982) statistik adalah pengetahuan yang berhubungan dengan cara
– cara pengumpulan fakta, pengolahan serta penganalisaannya, pernarikan kesimpulan serta
pembuatan keputusan yang cukup beralasan berdasarkan fakta dan penganalisaan yang
dilakukan. Menurut (Antory, 2004) statistik ialah ringkasan ciri-ciri bagi sesuatu set data dalam
sesuatu bentuk dan cara yang jelas serta mudah. Secara mudahnya, statistik adalah satu
bentuk maklumat yang lebih mudah difahami jika ianya melibatkan pengiraan skala yang besar.
Statistik dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu statistik inferensi dan statistik
deskriptif. Menurut Sugiyono (2010:147) menyatakan bahwa: “Metode Analisis Deskriptif adalah
statistik yang digunakan untuk menganalisis data dengan cara mendeskripsikan atau
menggambarkan data yang telah terkumpul sebagaimana adanya tanpa bermaksud membuat
kesimpulan yang berlaku untuk umum atau generalisasi. Pada asasnya tujuan statistik adalah
untuk meringkaskan ciri-ciri bagi sesuatu set data dalam bentuk dan cara yang jelas serta
memudahkan. Ini disempurnakan melalui apa yang dipanggil statistik diskriptif. Misalnya,
markah GPA (Purata Markah Gred) dianggap suatu cara yang mudah untuk memberi gelaran
kepada keputusan peperiksaan. Pendek kata, statistik diskriptif bertujuan menghitung data dan
berusaha memahami data-data dalam jumlah yang besar.
Namun, tidak semua jumlah data dapat dihitung dan dikira,maka kita memerlukan satu
cara untuk memahami data-data atau populasi yang besar. Salah satu caranya adalah dengan
membuat kesimpulan tentang apa yang berlaku dalam populasi berasakan satu sampel
daripada populasi. Ini dinamakan statistik inferens iaitu digunakan untuk membuat keputusan
tentang kuantiti bernombor yang digelar sebagai parameter yang diperoleh daripada sampel-
sampel. Tanda campuran seperti ∑ (summation sign) sering terdapat dalam kerja-kerja statistik.
Selain itu,statistik deskriptif adalah teknik statistik digunakan bagi merumus dan
menerangkan tentang sesuatu set data. Penjadualan dan persembahan data adalah juga
contoh statistik deskriptif. Begitu juga perumusan dan penerangan tentang ukuran
kecenderungan memusat dan ukuran serakan termasuk dalam statistik deskriptif. Statistik
inferensi atau statistik induktif adalah penggunaan statistik dalam memperihalkan beberapa
aspek yang tidak diketahui dalam populasi berdasarkan sampel. Statistik inferensi digunakan
dalam penganggaran, mengukur selang keyakinan, pengujian hipotesis, analisis regresi dan
korelasi dan lain-lain lagi.Kesimpulannya statistik diskriptif digunakan untuk menjelaskan
sesuatu ukuran seperti min dan sisihan piawai,manakala statistik inferensi digunakan untuk
menguji hipotesis.
Peranan statistik ditunjukkan pada rajah di bawah:
Kumpul data Persembahan Data Analisis Data Interpretasi
2.0 TUGASAN SATU
2.1 PENGUMPULAN DATA
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan borang kajian soal selidik yang bertajuk bilangan baju
kuliah yang dimiliki oleh guru pelatih PPISMP Semester 2 yang menuntut di Institut Pendidikan
Guru Kampus Kota Bharu. Data yang telah diperoleh dinyatakan dalam jadual 1.
BIL. NAMA GURU PELATIH BIL. BAJU YANG DIMILIKI
1. NUR SHAHIDAH BINTI PUTIT 15
2. NUR FARAHIN BINTI NORDIN 20
3. SITI NURASYIKIN BINTI ABDUL HALIM 8
4. IVIANITA JALIUS 20
5. MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN M NAZLI 9
6. MUHAMAD HAZIM BIN RAHMAT 27
7. MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN ABDUL RAHMAN 20
8. MUHD FAHIM BIN MUHAMMAD FAUZI 27
9. AHMAD HAIZAN BIN BAHRIN 10
10. MUHAMMAD ZULFADHLI BIN MUHAMMAD
ZAIRI
4
11. AHMAD SYAHMI BIN AHMAD SUDIR 30
12. WAN HANIF BIN WAN IBRAHIM 4
13. LAYAH ANAK KUJAT 18
14. SHANNEN ANAK DAY 10
15. PHOON HUEY SHAN 15
16. NUR HIKMAH BINTI ARIFF 10
17. AFIZAH BINTI BASRAN 15
18. NUR FARHANAH BINTI HALIM 10
19. NUR AQILAH BINTI ALIAS 21
20. MUHAMAD AMIR FIRDAUS BIN ROSLEE 10
21. MUHAMMAD AZRUL BIN ROSLAN 7
22. AMINUDDIN FADHIL BIN AZMIL 8
23. MUHAMMAD HAZMAN FAIZ BIN OTHMAN 11
24. KHOR QIAO ER 21
25. ONG HOAR HAR 16
26. CHEW KIAN MAY 18
27. TAN POH RONG 25
28. KHOR SUE YING 15
29. NUR AINUL HAYAT BINTI MOHD ZAMRI 30
30. NOOR ILYANA BINTI ALI 4
31. AHMAD NASUHA BIN MOHAMAD IZANI 15
32. HOH RUI YING 10
JADUAL 1
2.2 DATA TIDAK TERKUMPUL
Data dalam jadual 1 dipindahkan dalam bentuk data tidak terkumpul berdasarkan bilangan baju
kuliah yang dimiliki oleh guru pelatih PPISMP Semester 2 di Institut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu. Jadual 2 merujuk kepada data tidak terkumpul.
JADUAL 2
BIL. BAJU KULIAH YANG DIMILIKI OLEH GURU PELATIH PPISMP SEMESTER 2 IPGKKB
15 20 8 20 15 30 20
30 9 3 30 4 18 10
15 10 10 10 22 10 7
8 11 21 16 18 26 15
30 4 15 10
2.3 DATA TERKUMPUL
Kemudian, data tidak terkumpul disusun menjadi data terkumpul dimana bilangan baju kuliah
guru pelatih PPISMP dikumpulkan dan disusun mengikut angka menaik. Hasilnya boleh
diperhatikan pada jadual 3.
JADUAL 3
Saya telah mengumpul data dan membahagikannya dalam bentuk selang kelas. Jadual di
bawah menunjukkan selang kelas bagi bilangan baju kuliah guru pelatih PPISMP.
JADUAL 4
BILANGAN BAJU KULIAH GURU PELATIH PPISMP SEMESTER 2 IPGKKB
3 8 10 15 18 21 30 4 9 10 15 18 22 30 4 10 10 15 20 25 7 10 11 15 20 27 8 10 15 16 20 27
SELANG KELAS BAGI BILANGAN BAJU KULIAH GURU PELATIH PPISMP IPGKKB
0−4
5−9
10−14
15−19
20−24
25−29
30−34
2.4 TABURAN KEKERAPAN
Seterusnya data-data yang telah dikumpul dan disusun dipersembahkan dalam bentuk jadual
taburan frekuensi. Katakan selang kelas diambil sebanyak 5 dan gundalan dan frekuensi
dihitung. Jadual berikut menunjukkan taburan frekuensi bagi data-data tersebut.
BIL. BAJU KULIAH GURU
PELATIH PPISMP
GUNDALAN FREKUENSI
0−4 /// 3
5−9 //// 4
10−14 //// // 7
15−19 //// /// 8
20−24 //// 5
25−29 /// 3
30−34 // 2
JUMLAH KESELURUHAN 32
JADUAL 5
2.5 TABURAN KEKERAPAN LONGGOKKAN
Taburan ini boleh dibentuk dengan cara menjumlah frekuensi pada setiap selang
dengan selang sebelumnya, Jadual taburan kekerapan longgokkan dibentuk bertujuan untuk
melihat jumlah terkumpul pada sesuatu selang tertentu.
BIL. BAJU KULIAH GURU
PELATIH PPISMP
FREKUENSI KEKERAPAN LONGGOKKAN
0−4 3 3
5−9 4 3 + 4 = 7
10−14 7 7 + 7 = 14
15−19 8 14 + 8 = 22
20−24 5 22 + 5 = 27
25−29 3 27 + 3 = 30
30−34 2 30 + 2 = 32
3.0 PERSEMBAHAN DATA
3.1 Histogram
Data-data yang telah diperoleh berdasarkan jadual yang telah dibina sebelum ini
boleh dipersembahkan dalam beberapa bentuk graf seperti histogram. Histrogram boleh dibina
berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada jadual yang diperolehi sebelum ini. Dengan
menggunakan histogram, mod sesuatu data boleh dianggar.
Jadual di bawah merujuk kepada bilangan baju kuliah bagi guru pelatih PPISMP di IPGKKB
BIL. BAJU KULIAH KEKERAPAN
0−4 3
5−9 4
10−14 7
15−19 8
20−24 5
25−29 3
30−34 2
2 7 12 17 22 27 320123456789
BIL. BAJU KULIAH GURU PELATIH PPISMP
Bil. Baju Kuliah
KEK
ERA
PAN
3.2 Carta palang
Carta palang merupakan data yang mudah untuk difahami. Carta palnag dalam data ini dibina berdasarkan selang kelas dan kekerapan. Melalui carta palang, kita dapat melihat perbandingan diantara selang kelas dengan mudah. Selain daripada histogram, carta palang juga memudahkan mod sesuatu data dianggarkan.
BIL. BAJU KULIAH KEKERAPAN
0−4 3
5−9 4
10−14 7
15−19 8
20−24 5
25−29 3
30−34 2
0−4 5−9 10−14 15−19 20−24 25−29 30−340
1
2
3
4
5
6
7
8
9
BIL. BAJU KULIAH GURU PELATIH PPISMP
BIL. BAJU KULIAH GURU PELATIH PPISMP
3.3 Ogif
Ogif merupakan graf bagi taburan kekerapan longgokkan. Ogif dibina dalam bentuk
melengkung dan biasanya melalui ogif, nilai median boleh dianggarkan.
BIL. BAJU KULIAH KEKERAPAN SEMPADAN ATAS KEKERAPAN LONGGOKKAN
0−4 3 4.5 3
5−9 4 9.5 7
10−14 7 14.5 14
15−19 8 19.5 22
20−24 5 24.5 27
25−29 3 29.5 30
30−34 2 34.5 32
4.5 9.5 14.5 19.5 24.5 29.5 34.5
0
5
10
15
20
25
30
35
BIL. BAJU KULIAH GURU PELATIH PPISMP
BIL. BAJU KULIAH GURU PELATIH PPISMP
4.0 ANALISIS DATA
4.1 Min
BIL. BAJU KULIAH KEKERAPAN (f) TITIK TENGAH (x) f(x)
0−4 3 2 6
5−9 4 7 28
10−14 7 12 84
15−19 8 17 136
20−24 5 22 110
25−29 3 27 81
30−34 2 32 64
Min =∑f (x )∑ f
= 6+28+84+136+110+81+6432
= 50932
= 15.906
4.2 Median
Median merupakan skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau
nilai purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap
dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Satu titik di tengah-tengah yang
membahagikan semua skor kepada dua bahagian. Formula median bagi data terkumpul
adalah seperti :
M= L + ( n2−Ffm )(i)
Lm = kelas sempadan bawah
n = jumlah bilangan
4.3 Varian
Varian merupakan ganda dua sisihan piawai dan juga indeks pengukuran tentang
perubahan dalam satu-satu set data. Varian juga digunakan untuk menentukan sisihan piawai.
Sisihan piawai amat sesuai digunakan untuk mengukur serakan data. Sisihan piawai yang
diperoleh memberikan nilai bagi kedudukan data yang bertabur sekitar min. Bagi data
terkumpulformula yang digunakan adalah seperti :
Varian, s2 =
S2=∑ ( x i− x̄ )2
( n−1 )
=
∑ xi2−n x̄2
(n−1 )=∑ fx
i2−(∑ fxi )
2/n
(n−1)
SELANG
KELAS
KEKERAPAN
(f)
TITIK
TENGAH (x)
fxx2 fx2
0−4 3 2 64 36
5−9 4 7 2849 784
10−14 7 12 84144 7056
15−19 8 17 136289 18496
20−24 5 22 110484 12100
25−29 3 27 81729 6561
30−34 2 32 641024 4096
4.4 Mod
5.0 INTEPRETASI DATA
Saya telah memilih tajuk kerja kursus iaitu, bilangan baju kuliah yang dimiliki oleh guru pelatih PPISMP Semester 2 di IPGKKB. Pertama, saya telah menyediakan boring kaji selidik kepada setiap guru pelatih PPISMP Semester 2 di IPGKKB tentang bilangan baju kuliah yang dimiliki oleh mereka. Kemudian saya mengumpulkan semua data dengan membuat jadual berdasarkan data tidak terkumpul dan data terkumpul. Seterusnya, kesemua data disembahkan dalam beberapa bentuk yang saya pilih antaranya,histogram, ogif dan carta palang.
Saya menggunakan kemahiran dalam Microsoft Excel untuk menghasilkan histrogram. Dengan adanya histrogram, hal ini akan memudahkan mod sesuatu data ditentukan dimana mod merupakan jumlah bilangan tertinggi bagi sesuatu data. Histogram dihasilkan berdasarkan data-data yang telah dikumpul. Titik tengah ditulis dibahagian paksi-x mankala kekerapan berada di paksi-y. Hal ini akan memudahkan kita melihat susunan data dengan lebih jelas.
Selain itu carta palang juga menjadi pilihan saya dalam mempersembahkan data kerana ianya mudah difahami. Carta palang juga dihasilkan melalui Microsoft Excel dan dipindahkan ke dalam Microsoft Word. Cara pembacaan carta palang hamper sama dengan histogram namun terdapat sedikit perbezaan iaitu, selang kelas bagi data tersebut ditulis dibahagian paksi-x carta palang dan pada paksi-y ditulis sebagai kekerapan. Melalui hal ini, kita dapat membezakan antara carta palang dan histogram. Melalui carta palang juga, pembacaan mod yang mudah dapat diperolehi.
Disamping itu, saya turut mempersembahkan data-data yang telah saya kumpul dalam bentuk ogif. Ogif merupakan graf bagi taburan kekerapan longgokkan. Ogif dihasilkan dalam bentuk melengkung dan kebiasaannya, nilai median sesuatu data juga dapat dianggarkan melalui pembacaan ogif. Hal ini akan memudahkan pencarian nilai median ditentukan selain daripada menggunakan formula yang diberikan.
Melalui ketiga-tiga persembahan data yang telah saya pilih, iaitu histogram, carta palang dan ogif, dapat saya rumuskan bahawa kemahiran menggunakan Microsoft Excel amat penting dalam melaksanakan tugasan ini. Sekiranya kita tidak mempunyai kemahiran tentang Microsoft Excel ini, belum tentu kita dapat mempersembahkan data yang sebaik mungkin.
Tambahan pula, terdapat empat cara pengiraan yang saya gunakan dalam melaksanakan tugasan ini. Saya menggunakan min. Min merupakan purata bagi sesuatu jumlah data. Min dikira berdasarkan formula yang telah saya nyatakan dalam pengiraan saya. Setelah data dikumpulkan, min dikira mengikut formulanya iaitu dengan menambah kesemua hasil darab jumlah kekerapan dan titik tengah dan kemudian dibahagikan dengan jumlah data.
Selain daripada itu, saya menggunakan median sebahagian langkah pengiraan. Median
merupakan skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor di
tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan
menaik atau menurun. Satu titik di tengah-tengah yang membahagikan semua skor kepada dua
bahagian.
Seterusnya, varians juga merupakan langkah pengiraan yang saya pilih dalam data ini.
Varian merupakan ganda dua sisihan piawai dan juga indeks pengukuran tentang perubahan
dalam satu-satu set data. Varian juga digunakan untuk menentukan sisihan piawai. Sisihan
piawai amat sesuai digunakan untuk mengukur serakan data. Sisihan piawai yang diperoleh
memberikan nilai bagi kedudukan data yang bertabur sekitar min. Untuk mengira varian,
memerlukan selang kelas, kekerapan data tersebut, titik tengah kemudian hasil darab titik
tengah dan kekerapan.
Pengiraan yang keempat merupakan mod. Mod ialah jumlah bilangan yang terbanyak
dalam sesuatu data. Mod hanya ditentukan melalui pembacaan carta palang ataupun
histogram, iaitu dengan memerhati bilangan yang tertinggi sekali dalam sesuatu carta.
Akhir sekali, sebagai konklusinya dapat saya nyatakan bahawa kesemua pengiraan
yang saya lakukan ini merupakan hasil daripada pengaplikasian saya sewaktu tingkatan lima
iaitu dalam subjek Matematik Tambahan. Kesemua langkah pengiraan ini hendaklah mengikut
formulanya tersendiri.
6.0 PROSEDUR PROSES PENGUMPULAN DATA
Pelajar PPISMP Semester 2 telah diberi tugasan GSA1072 untuk mengumpul sesebuah
data dan mempersembahkannya ke dalam pelbagai bentuk carta serta langkah pengiraan.
Pada mulanya saya memilih tajuk berkaitan bilangan baju kuliah yang dimiliki oleh pelajar
PPISMP Semester 2 di IPGKKB. Kemudian, menyediakan borang soal selidik tersebut dan
menyerahkannya kepada semua guru pelatih PPISMP Semester 2 untuk mengisi borang
tersebut. Saya melakukan hal yang sedemikian untuk mengumpul data-data mereka dan
dimasukkan ke dalam tugasan ini. Saya memilih guru pelatih PPISMP Semester 2 kerana
mudah untuk berurusan.
Seterusnya, setelah mendapat kesemua maklumat data, saya cuba memindahkan data
tersebut dalam bentuk jadual, iaitu dalam bentuk data terkumpul dan tidak terkumpul. Hal ini
untuk memudahkan saya memahami dan merujuk semula untuk melakukan pengiraan. Selain
itu, saya juga membuat selang kelas bagi data-data yang telah saya kumpul dan membuat
gundalan.
Melalui jadual yang telah saya buat, saya juga mempersembahkan data-data saya ke
dalam beberapa bentuk antaranya, histogram, carta palang dan ogif. Saya memilih ketiga-tiga
bentuk data ini kerana hal ini akan memudahkan saya dalam pengiraan data. Langkah
seterusnya, saya mempersembahkan histogram menggunakan Microsoft Excel dan
memindahkannya ke Microsoft Word. Saya menggunakan titk tengah pada paksi-x histogram
dan kekerapan pada paksi-y histogram.
Kemudian saya juga mempersembahkan data dalam bentuk carta palang dan ogif.
Carta palang dan ogif juga menggunakan Microsoft Excel. Kemudian saya memasukkan data
ke dalam carta palang dan ogif agar mudah difahami.
Seterusnya, langkah pengiran dilakukan berdasarkan min, median, varian dan mod.
Keempat-empat langkah pengiraan ini dipilih dan dibuat berdasarkan forulanya masing-masing
untuk mendapatkan hasil jawapan yang betul. Kemudian, semua pengiraan dan data-data yang
telah siap ditaip dimasukkan ke dalam satu dokumen dalam Microsoft Word untuk
menghasilkan kerja kursus ini.
7.0 TUGASAN B
7.1 SEJAUH MANAKAH AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DIBAHAGIAN (A) DAPAT MEMBANTU DALAM PEROSES MENGURUSKAN DATA
Setelah berjaya mengumpul semua data berkaitan bilangan baju yang dimiliki oleh guru
pelatih PPISMP Semester 2 di IPGKKB tahun 2015, dan akhirnya saya telah berjaya
menyiapkan tugasan ini. Berdasarkan tugasan ini, banyak perkara yang telah saya perolehi
lebih-lebih lagi dalam proses pengumpulan data. Saya tidak mempunyai banyak pengalaman
dalam proses pengumpulan data lebih-lebih dalam penguasaan bidang teknologi seperti
Microsoft Excel dan Microsoft Word. Bagi saya, untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan
daya pemikiran dan kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi.
Terdapat berbagai-bagai jenis maklumat yang saya perolehi berdasarkan kajian saya
tentang bilangan baju kuliah yang dimiliki oleh guru pelatih PPISMP Semester 2 di IPGKKB.
Saya mendapati bahawa bilangan jumlah pakaian yang dimiliki oleh mereka adalah berbeza-
beza. Hal ini adalah disebabkan faktor saiz, cita rasa seseorang, faktor kewangan dan
sebagainya. Misalnya, terdapat beberapa orang guru pelatih yang memiliki baju kuliah tidak
lebih dari sepuluh pasang. Hal ini berkemungkinan, guru pelatih tersebut sukar untuk mencari
saiz pakaian yang padan dengan dirinya samada saiznya terlalu besar mahupun terlalu kecil.
Jika diperhatikan data tersebut, ramai guru pelatih yang mempunyai bilagan baju kuliah
yang melebihi sepuluh pasang. Hal ini juga mungkin disebabkan faktor kewangan. Contohnya,
bagi guru pelatih yang datang dari keluarga yang berada, sudah tentu mereka mampu memiliki
dan membeli baju kuliah yang banyak. Begitu juga dengan faktor cita rasa seseorang. Terdapat
juga segolongan guru pelatih yang bercita rasa tinggi dan sukar untuk membuat pilihan ketika
membeli baju kuliah. Biasanya mereka yang bercita rasa tinggi ini mementingkan kualiti baju
yang ingin dipakai.
Aktiviti yang dilaksanakan dibahagian a dapat membantu saya dalam proses
pengumpulan data iaitu dengan cara menambahkan pengetahuan saya tentang statistik.
Melalui tugasan ini, saya dapat menganalisis maklumat-maklumat yang rumit disamping
meningkatkan kemahiran pembacaan statistik saya. Kemahiran seperti ini amatlah penting
untung diaplikasikan lebih-lebih lagi sebagai seorang bakal guru yang akan berhadapan dengan
pelbagai cabaran. Misalnya seperti menganalisis markah ujian pelajar. Sekiranya seorang guru
mahir dalam bidang ini, akan memudahkannya menguruskan analisis terhadap markah
pelajarnya tanpa perlu bersusah payah untuk mempelajari semula kemahiran ini. Selain itu guru
juga boleh mengaplikasikan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
Sementalahan itu, saya bukan sahaja saja memperoleh kemahiran tentang pembacaan
statistik, namun saya juga dapat mempersembahkan data dalam pelbagai bentuk. Sejujurnya,
sebelum ini saya tidak pernah menghasilkan ogif dalam bentuk Microsoft Word kerana selama
ini saya hanya menghasilkan ogif dalam bentuk manual sahaja. Namun dengan adanya
tugasan yang diberikan ini, saya dapat mempelajai sesuatu yang baru. Saya juga mampu
mengaplikasikan faedah-faedah menganalisis data ini pada masa hadapan seperti membuat
jadual, graf jumlah pelajar dalam sesebuah sekolah dan sebagainya. Melalui aaktiviti
dibahagian a ini juga dapat membantu saya mennganalisis tahap pencapaian murid saya
setelah saya menjadi guru kelak.
Hal ini dapat dibuktikan melalui graf yang telah saya persembahkan. Melalui ketiga-tiga
graf tersebut saya boleh mencari min dan mod sesuatu data. Begitu juga dengan apa yang
bakal saya lakukan setelah saya menjadi seorang guru nanti. Saya boleh menganalisis dan
memproses data pencapaian ataupun kehadiran murid denga hanya melihat graf dan
menggunakan formula yang diberikan. Sekiranya saya telah menguasai kemahiran ini, sebagai
seorang guru saya dapat merancang strategi pengajaran saya dengan lebih mudah. Hal ini
adalah demi meningkatkan pencapaian murid lebih-lebih lagi sebagai seorang bakal guru
pendidikan khas. Melalui tugasan ini juga, saya dapat memperbaiki kesalahan yang sering saya
lakukan ketika melakar graf lebih-lebih lagi dengan menggunakan Microsoft Excel disamping
mengasah kemahiran dalam bidang ICT.
Tugasan dibahagian a juga turut membantu saya untuk menguruskan data dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, saya boleh mendatakan markah peperiksaan saya pada
setiap sem. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat menganalisis sendiri keputusan
peperiksaan saya bagi setiap sem dan hal ini akan meningkatkan lagi semangat dan usaha
saya sebagai seorang guru pelatih untuk belajar dengan bersungguh-sungguh demi menaikkan
graf pencapaian akademik saya sendiri. Saya juga boleh melihat statistik markah keputusan
peperiksaan saya melalui graf yang dipelajari bahkan, saya boleh membuat graf keputusan
peperiksaan saya sendiri untuk memotivasikan diri saya. Tambahan lagi saya yang bakal
bergelar seorang guru. Mana mungkin saya akan bergelar sebagai seorang guru sekiranya
saya mempunyai gred peperiksaan yang rendah untuk setiap sem. Oleh hal yang demikian,
tugasan dibahagian a amat penting untuk saya pelajari.
Tambahan pula tugasan a m
SELANG KELAS BAGI BILANGAN BAJU KULIAH GURU PELATIH PPISMP IPGKKB
3−7
8−12
13−17
18−22
23−27
28−32