Download - Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013
KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM
PENGERTIAN AKHLAK
Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada
perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat
kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-
Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Al-Qalam:4)
Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian
yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur
tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam
semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut
undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang
merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain
firman Allah subhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam,
bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah
matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran
angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-
tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan
siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang
mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami,
tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah
kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)
Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,
penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan
jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di
dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan
pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji
menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya
apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam
menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi
sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan
kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua
sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi
mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-
sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi
mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang
melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna
berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.Dengan kata lain, akhlak
ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu,
kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu,
kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama
manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
KESYUMULAN AKHLAK ISLAM
Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek
perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan
perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang
terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak
berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap
seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam
menetapkan penilaian ini. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam,
manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan
yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia
sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu
perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal
sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.
Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadis-hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
merumuskan kedudukan akhlak sebagai:
Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak
yang baik.
Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.
CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH
Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:
Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh
dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna
kulit, pangkat, tempat, dan masa.
Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian
manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi
semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua
tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk
kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang.
Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana,
tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga
menimbulkan bahaya dan kerosakan.
Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak
Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau
mengabaikan mana-mana aspek tersebut.
Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah
memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu
hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak
Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih
menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan
cara.
Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti
hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan
akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.
SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM
Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk
(good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan
kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar
dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk,
betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu
akhlak.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan
kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang
menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga
yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh
terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan
yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan
persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami
akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai
matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di
sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia.
Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut,
itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang
dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang
menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan
oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cubamenerangkan matlamat
yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui
untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.
Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan
manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang
tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi
(bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam
skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik
atau buruk.
Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan
dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri
sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang
berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya
mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka
yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan
dalam lingkungan dan suasana berikut:
Dilakukan dengan sedar dan niat.
Dilakukan denganikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja,
Tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.
PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL
Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada
perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of
Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-
batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar,
salah, baik, atau buruk. Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa
Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan
sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang
mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan
tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran
dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan,
masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu.
Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut
sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.
Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada
bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.
Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu
cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap
orang.
Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,membina insaniyyah,
membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping
mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha
menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.
Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi
dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu
Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak
menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.
Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan
beberapa prinsip utama; antaranya lain:
Beriman kepada Allah
Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta
menjadikannya uswah hasanah
Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan
dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya
Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik
Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
Keadilan syara’
Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat
Perbezaan Antara Akhlak dan Moral @ Etika
i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral
ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.
ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia
dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral
mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan
manusia sahaja.
iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah
saw manakala moral ditentukan oleh manusia.
iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat
relatif, subjektif dan sementara.
Contoh-contoh Perbezaan Antara Akhlak dan Moral
1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya
mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana
telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika
seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka
masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.
2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi
suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara
ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan
sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.
3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah
haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini
dibolehkan dalam sistem moral.
Skop Akhlak Islam
Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan
manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan
hubungan manusia dengan makhluk lain.
a) Akhlak dengan Allah : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah :
o Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu
wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di
samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.
o Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu
melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas
semata-mata kerana Allah swt.
o Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau
jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar
dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.
o Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha
dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah
dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa
membuat sesuatu kerja yang menyebabkan kemarahan manusia.
o Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.
o Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia
bersabar maka menjadilah baik baginya."
b) Akhlak dengan manusia :
o Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi
Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah
kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan
ataupun larangan.
o Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di
sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku.
Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya
dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman
Allah swt yang bermaksud : " Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapa."
o Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang
kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati
gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting
di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan
terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia
ataupun di akhirat.
o Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran
tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan
radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati
mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah
berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu
pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.
o Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu isteri-
isteri itu dengan baik."
o Akhlak dengan anak-anak : Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari
ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia
daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah
diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."
o Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum
kerabat."
c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia :
o Malaikat :Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikat
dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.
o Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas kecil
di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw
yang bermaksud :"Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan
tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu
dari kalangan jin."
o Haiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh
mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika
hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan
dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam,
tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping
haiwan-haiwan yang lain.
o Haiwan bukan ternakan : tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti
mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.
o Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan
bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang
boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.
Sumber Akhlak Islam
Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-
Sunnah. Ini ditegaskan leh Rasulullah saw dalam sepotong hadith yang
bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia."
Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-
Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi
yang agung (mulia)."
Kedudukan Akhlak dalam Islam
Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam. Antaranya :
o Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama
Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Pernyataan Rasulullah itu menunjukkan
pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.
o Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang
baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud : "Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun
timbangan melainkan akhlak yang baik."
o Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah saw
yang bermaksud : "Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang
paling baik akhlaknya."
o Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh
merosakkan pahala. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlak yang baik
mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak merosakkan amalan
seperti cuka merosakkan madu."
o Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji Rasulullah
kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang
bermaksud :"Sesungguhnya engkau seorang yang memiliki peribadi yang
agung )mulia)." Pujian allah swt terhadap RasulNya dengan akhlak yang mulia
menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Banak lagi
ayat-ayat dan hadith-hadith Rasulullah saw yang menunjukkan ketinggian kedudukan
akhlak dan menggalakkan kita supaya berusaha menghiasi jiwa kita dengan akhlak yang
mulia.
o Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith
diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : "Wahai Rasulullah,
apakah itu agama?" Rasulullah menjawab : "Akhlak yang baik."
o Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka sebaliknya
akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga. Sebuah hadith
menerangkan bahawa, "Si fulan pada siang harinya berpuasa dan pada malamnya
bersembahyang sedangkan akhlaknya buruk, menganggu jiran tetangganya dengan
perkataannya. Baginda bersabda : tidak ada kebaikan dalam ibadahnya, dia adalah ahli
neraka."
o Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang
muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada allah seolah-olah kita melihatNya kerana walauun
kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.
Kepentingan Akhlak dalam Kehidupan Manusia
Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak.
Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang
tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina
kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran
penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.
Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh berpunca
daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang
anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang
rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak
ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama.
Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam
menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang
itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya,
sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga.
Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang
kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam
hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya ialah mereka
yang paling baik akhlaknya."
Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya
sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam
kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud,
kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada
di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman
Rasulullah saw.
Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku
pelbagaikrisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga,
masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara.
Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan Perancis di
tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak."
Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang
ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah
merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah
yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut.
Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri seseorang hasil
daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka.
Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan
mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.
Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan.
Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan
membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh
asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang
dibina di atasnya.
Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika
memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya
Tanzim al-Islam Li al-Mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia
adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih,
ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.
Ciri-ciri Akhlak Islam
1. Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri
dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan burukna adalah syarak, iaitu apa yang
diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk.
2. Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah,
manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia.
3. Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya
ialah orang yang paling baik akhlaknya.
4. Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang
berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.
Jalan-jalan Pembentukan Akhlak Mulia
Akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, contohnya Saidina Umar al-
Khattab, sebagaimana keadaan beliau semasa berada di zaman jahiliyyah berbanding keadaannya
sesudah memeluk agama Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu
yang semulajadi tetapi ianya perlu dibentuk. Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan
membina akhlak mulia. Antara cara-cara itu ialah melalui :
a) Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang
beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak
disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang
berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan
menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.
Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia daripada
melakukan perbuatan mungkar. Biasanya didahului dengan panggilan "Wahai orang-orang yang
beriman"kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan. Iman yang teguh tetap
memerlukan akhlak yang teguh. Jika berlaku kemerosotan akhlak di kalangan manusia,
puncanya adalah kelemahan iman dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan
oleh seseorang.
Pendidikan iman bolehlah disimpulkan sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan seseorang
supaya dapat mempertahankan diri manusia daripada segala kerendahan dan keburukan serta
dapat mendorong manusia ke arah kemuliaan.
b) Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidik Berkualiti
Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa.
Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi
pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang
mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan,
sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.
Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi
seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi
semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu,
bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan
berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa
berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke
arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin
menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.Sekarang dapat dilihat persamaan antara
ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan
keputusan baik atau buruk.
Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai
perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal
fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.
AKHLAK YANG AGUNG
Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad
sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-
sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh
kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu
alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)
Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh
perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup
Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik
jasmani mahupun rohani.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia
dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi
pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi
kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan
dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan
wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan
dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah
yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu
dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.
Akhlak Terpuji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Muhammad ibn Abdullah, al-amin kekasih Allah. Seorang insan sempurna,berakhlak mulia.
Baginda adalah contoh dan tauladan. Mengikuti sunnahnya, bererti menyintainya. Menyintainya
bererti patuh kita pada seruan Ilahi.
Rasulullah S.A.W. dari zaman mudanya tidak pernah berseronok dan leka dengan keduniaan.
Masa mudanya tidak dipersia, sebaliknya dipergunakan tenaga untuk mengembala dan berniaga.
baginda seorang yang jujur dalam tingkahlaku dan perkataan.
Baginda adalah seorang pemimpin agung umat Islam yang tiada bandingannya. Baginda
memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam semua aspek yang diperlukan. Keperibadian baginda dihiasi
dengan akhlak yang mulia lagi terpuji. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Qalam
ayat 4,
maksudnya:
‘Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat
mulia’.
Ini menunjukkan akhlak baginda adalah cukup sempurna kerana baginda mempraktikkan apa jua
yang diajarkan melalui al-Quran.Inilah salah satu sebab seluruh umat manusia diperintahkan
supaya mencontohi akhlak baginda Rasulullah S.A.W. Satu perkara yang perlu difahami bahawa
Rasulullah S.A.W. bukan sahaja diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia, tetapi juga
sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam semesta. Sebagaimana firman Allah S.W.T.
dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107, maksudnya:
‘Dan tiadalah kami mengutuskan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam’.
Baginda menyeru manusia berbuat kebaikan (hasanah) dan meninggalkan perbuatan mungkar
(sayyi'ah). Dengan akhlak dan keperibadian yang baginda miliki itu, baginda berjaya dalam
menjalankan dakwah dan diterima oleh umat manusia dengan senang hati. Di mana kehidupan
jahiliyah bertukar menjadi bertamadun dan berjaya.
Akhlak Rasulullah adalah al-Quran, sepertimana jawapan Sayyidatina ‘Aisyah ketika ditanyakan
perihal gambaran pekerti baginda. Rasulullah S.A.W. telah mewariskan akhlaknya sebagai
tauladan ummah. Inilah sebenarnya idola bagi setiap jiwa yang beriman kepada Allah dan
RasulNya.
Keperibadian nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bertindak, kehidupannya,
semangat dan perjuangannya – semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan al-Quran. Apa
yang baginda lakukan adalah melaksanakan anjuran al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan
adalah apa yang dilarang al-Quran. Baginda menyampaikan al-Quran, dan dirinya sendiri
menghayati semangat dan isi al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah hasil
asuhan al-Quran.
Salah satu kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah dakwah ialah dengan
memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan baginda seperti hubungan
dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan orang kafir juga baginda sering
menunjukkan akhlak mulia.
Para ulama’ menyatakan bahawa baginda tercipta di dalam keaslian fitrahnya melalui tarbiyyah
Ilahi. Ia adalah anugerah Allah S.W.T. ke atas kekasih-Nya Rasul utusan terakhir junjungan
mulia Nabi Muhammad S.A.W. Keistimewaan yang tiada taranya menjadikan baginda dipilih
dan dilantik oleh Allah S.W.T. sebagai penghulu kepada sekalian para nabi dan rasul .
Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul S.A.W. adalah sebagai contoh tauladan
yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana
setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku baginda mengandungi hikmah dan
sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung di dalam al-Quran. Maka sudah tentu,
setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan baginda, tidak
akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat .
Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W. adalah modal utama yang dapat menarik
minat golongan bukan Islam kepada Islam. Contohnya, kisah tauladan seorang Badwi
membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ,
naik berang dan hendak memukul Badwi tersebut. Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh
Rasulullah S.A.W., sebaliknya baginda membiarkan Badwi itu selesai membuang air kecil.
Kemudian baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut . Rasulullah
S.A.W. bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan
memukul Badwi itu semasa sedang membuang air kecil. Maka jawab sahabat, seluruh kawasan
masjid akan terkena najis air kencingnya. Kisah ini menjadikan Badwi yang menyaksikan
tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak baginda, lalu beliau pun
menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam .
Di antara akhlak Baginda Rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi:
1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui.
2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan
kanak-kanak.
3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada
orang yang bercakap dengannya.
4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan
mereka.
5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya
7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan.
Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran dan dalam
menghadapi tentangan daripada perjuangannya. Baginda menolak tawaran kemewahan dan
kesenangan hidup dan bersedia menghadapi pelbagai risiko demi menegakkan kebenaran.
Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda amat meninggikan
kedudukan ilmu. Di akhir Perang Badar, baginda menawarkan keampunan dan kebebasan
kepada setiap tawanan perang yang sempurna untuk mengajar 10 kanak-kanak di Madinah.
Baginda juga pernah bersabda :
Ertinya: “Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya), adalah
seperti kelebihanku daripada orang yang paling rendah dari kamu.” (Riwayat Termidzi).
Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip persamaan dan persaudaraan.
Status seorang hamba seperti Zaid bin Harithah, diangkat dengan mengisytiharkannya sebagai
kerabat baginda, keturunan bangsawan Quraisy. Ketika sebahagian sahabat masih taksub kepada
sentimen kebangsaan Arab, baginda mengistiharkan Salman dari Farsi sebagai kerabatnya, dan
sekaligus melunturkan sentimen sempit tersebut. Peristiwa Uhud adalah contoh di atas kemuliaan
akhlak baginda. Sifat pemaafnya serta kesabaran baginda begitu tinggi walaupun baginda
tercedera di dalam peperangan tersebut, sehingga patah gigi dan berdarah wajahnya. Para sahabat
begitu sedih. Mereka meminta baginda untuk berdoa agar dihancurkan musuh. Tetapi baginda
menjawab:
‘Sesungguhnya aku bukan diutus sebagai pembawa bencana, tetapi sebagai mengajak
kepada kebaikan dan sebagai rahmat pembawa kasih sayang. Ya Allah, ampunkanlah
kaumku kerana mereka tidak mengetahui’.
Setiap insan yang melihat Rasulullah S.A.W. akan timbul perasaan cinta kepada baginda kerana
kehalusan budi pekertinya. Oleh itu, kita dapati sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. begitu cinta
kepadanya sehingga sanggup berjuang demi mempertahankan Rasulullah S.A.W. dari musuh.
Kita telah membaca atau mendengar kisah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq di dalam peristiwa
Hijrah umpamanya. Begitu juga Sayyidina Umar al-Khattab yang bangun mempertahankan
baginda tatkala datang musuh dan mereka yang biadab terhadap Rasulullah S.A.W.
Para sahabat berjuang untuk mencontohi baginda bukan sahaja di dalam amalan zahiri seperti
pakaian, ibadah solat, puasa, sedekah, corak kehidupan zahir dan sebagainya. Namun lebih dari
itu, mereka berjuang mencontohi baginda di dalam cara bertutur, berreaksi, kepimpinan,
kemaafan, kasih, kesatuan dan cara pemikiran serta cara menyelesaikan masalah.
Walaupun berbeza keturunan atau warna kulit, mereka tetap melihat diri mereka sama sahaja,
dan mereka mengutamakan persaudaraan Islam yang telah ditanamkan oleh baginda S.A.W.
Setiap jiran mengasihi jirannya, bahkan ada yang mengutamakan tetangganya lebih dari dirinya
sendiri. Sahabat-sahabat baginda tidak pernah hidup mementingkan diri sendiri, kerana itulah
yang ditunjukkan oleh baginda S.A.W.
Yang jelas, kasih mereka kepada Rasulullah S.A.W. bersifat menyeluruh, merangkumi segala
aspek dan bentuk kehidupan. Mereka tidak memilih untuk mencontohi sebahagian, dan
melupakan sebahagian yang lain. Mereka berpandukan firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran
surah al-Ahzab ayat 21 :
Yang bermaksud ‘Sesungguhnya terdapat bagi kamu pada diri Rasulullah (secara
keseluruhannya) contoh yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan Allah. dan hari
akhirat, dan mengingati Allah dengan sebanyaknya’.
Rasulullah S.A.W. contoh di dalam kehidupan yang sentiasa bersyukur kepada Allah di atas
segala pemberian-Nya. Rasulullah S.A.W. contoh di dalam kegigihan menimba ilmu dan
memajukan diri. Rasulullah S.A.W. contoh di dalam sikap dan budi pekerti yang halus.
Rasulullah S.A.W. contoh di dalam menyayangi anak kecil dan menghormati golongan tua.
Rasulullah S.A.W. contoh di dalam berinteraksi dengan setiap golongan termasuk dengan orang
yang tidak kita senangi. Baginda juga adalah contoh di dalam kesabaran dan kemaafan.
Di antara keistimewaan yang di miliki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah konsisten
akhlaknya yang terpuji kepada keluarga yang dekat dan jauh, kepada teman dan musuh serta
keadilan yang diberikan.
.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan
mungkar serta permusuhan (kezaliman). Dia memberi pengajaran kepadamu supaya kamu
mengambil peringatan mematuhiNya.” (Surah An-Nahl :90)
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:- “Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa
kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan
perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut
perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat
keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan
dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang
yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau
merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada
setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia
dengan rahsia dan yang terang dengan terang.”
.
Baginda menyambut seseorang dengan sambutan yang baik yang tidak lepas dari senyuman di
wajahnya, berkata dengan baik, membalas kejahatan dengan kebaikan, mengelakkan perkara-
perkara yang tidak perlu.
Baginda mengajar umatnya bahawa sebaik-baik orang adalah mereka yang paling bagus
akhlaknya, Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah
yang paling baik akhlaknya.”
.
Bahkan Baginda mengajarkan pengikutnya bahawa yang paling dekat tempatnya dengan
Baginda nanti pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya. Baginda
bersabda:“Sesungguhnya orang yang paling daku sukai di antara kamu dan yang paling
dekat tempatnya dengan daku nanti di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya.”
.
Akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang terpuji tidak hanya untuk para pengikutnya
saja, bahkan Baginda juga melakukan hal yang sama terhadap musuh-musuhnya, ketika Baginda
di minta untuk mendoakan orang-orang musyrik, Baginda bersabda: “Sesungguhnya daku tidak
di utuskan sebagai pelaknat, tapi daku di utus sebagai pembawa rahmat (kasih sayang).”
Sesiapa yang membaca dan meneliti sejarah kehidupan nama-nama besar dan para pemimpin
yang meraih kemenangan setelah mengalami kekalahan, kita akan dapati pada diri mereka semua
itu tidak terlepas dari satu sifat yang tidak dimiliki oleh para Nabi iaitu sifat membalas dendam.
.
Di permulaan kenabian, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diusir dari Makkah dan
ditahan semua harta benda dan dianiya oleh penduduk Makkah dengan penganiyaan yang sangat
pedih, akan tetapi setelah Baginda meraih kemenangan, jiwanya yang agung dan akhlaknya yang
mulia tidak membenarkan para sahabat membalas dendam, bahkan Baginda memaafkan setiap
orang yang telah menzaliminya dan memaafkan mereka, walaupun Baginda mampu untuk
membalas dendam kepada mereka dengan balasan yang pedih.
Baginda bersabda kepada mereka: “Pergilah kamu! Kerana kamu tidak .. .”
.
Islam telah mendidik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para pengikutnya
dengan akhlak mulia yang bebas dari segala sifat aniya dan ego. Baginda suka mempermudah
urusan orang lain dan tidak menyukai sikap keras terhadap orang lain dan menyukarkan urusan
mereka.
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada para pengikutnya: “Gembirakanlah
mereka dan jangan bersikap kasar terhadap mereka, mudahkanlah dan jangan menyusahkan
mereka.”
Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya kamu di utus untuk mempermudah mereka, dan
kamu tidak di utus untuk menyukarkan mereka.”
.
Firman Allah SWT:
“Terimalah apa yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah orang mengerjakan yang
ma’ruf (baik) serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil
dengan kejahilannya).” (Surah Al-A’raaf: Ayat 199)
.
Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke
hadhrat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan akhlak
dan budi pekerti.
.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu
bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat,
serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan
senang).” (Surah al-Ahzab: Ayat 21)
.
Maka Allah SWT menganugerahkan Baginda Al–Qur’anul Karim yang mengandungi pengajaran
mengenai adab dan kesopanan. “Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW
dengan Al-Qur’an.” (Riwayat Muslim – Saad Hisham)
.
Firman Allah SWT:-
“Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang
tinggi (mulia).” (Surah Al-Qalam : 4)
BAHAN RUJUKAN
1. ILHAM Bahan kendiri PJJ
2. http://ciptaan-mulia.blogspot.com
3. http://www.dakwatuna.com/2013/05/29/34020/meneladani-akhlak-rasulullah/
#ixzz2kzowUViN
4. https://sites.google.com/site/khazalii/4udi2052akhlakdalamislam