Download - Tugasan Od Unimap
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
1.0 Pengenalan
Dalam menghadapi era globalisasi di mana hilangnya persempadanan dalam
urusan sesebuah organisasi, pengaruh dan suasana persekitaran sudah mula
berubah dan daya saing sumber manusia yang merupakan aset penting dalam
sesebuah organisasi menjadi semakin sengit. Setiap hari ada sahaja inovasi dan
penemuan baru yang dihasilkan di dunia sekeliling yang sudah pasti memberikan
kesan dan impak kepada sesebuah organisasi. Sekiranya organisasi tidak
merancang program perubahan kepada ahlinya dengan sistematik dan teratur
sudah tentunya organisasi tersebut tidak akan dapat mengharungi cabaran dan
kesan globalisasi berkenaan dan seterusya membawa kepada kegagalan.
Pengembangan organisasi menurut Beckhard (2001) merupakan satu
usaha terancang yang melibatkan diagnosis yang sistematik dalam keseluruhan
organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam organisasi.
Menurut Steve McShane dan Mary Ann (2003), pengembangan organisasi
merupakan sistem perancangan yang luas yang melibatkan pengurusan atasan
dengan sokongan daripada agen perubahan yang menggunakan pengetahuan
sains gelagat untuk meningkatkan kecekapan organisasi.
Dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan, organisasi perlu
melalui beberapa proses-proses intervensi dengan menggunakan pengetahuan
sains gelagat (Beckhard, 2001). Pengembangan organisasi merupakan usaha
jangka panjang dalam meningkatkan penyelesaian masalah dalam organisasi dan
proses pembaharuan melalui usaha sama, budaya dan juga sokongan daripada
1
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
agen perubahan yang menjadi panduan mengunakan teori dan teknologi gelagat
sains yang melibatkan metodologi dalam kajian tindakan. Kajian tindakan
merupakan proses pengumpulan data, yang berorientasikan masalah yang
memerlukan diagnosis dilakukan untuk melakukan perubahan dan kajian tindakan
ini turut memperkenalkan intervensi dalam pengembangan organisasi dan
penilaian untuk mengekalkan perubahan yang diinginkan dalam organisasi
(McShane. S. & Mary Ann, 2003: 488).
2.0 Latar belakang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah ditubuhkan sebagai sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP adalah
bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan
menyokong Pelan Perindustian Negara dan untuk memberi alternatif bagi pelajar
yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis memandangkan
pendekatannya yang mengintegrasikan gunaan dan kemahiran. Aktiviti dan
pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula
selepas pelantikan Rektor dan Timbalan Rektor pada 16 Februari 2002 yang lalu.
Pada 2 Mei 2002, KUKUM mula beroperasi di kampus sementara di Kubang
Gajah, Arau, Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik
2002/2003 seramai 116 orang pada 20 Jun 2002.
Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai
Chuchuh seluas 300 ekar dan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini,
kampus UniMAP adalah merupakan sebuah kampus yang bersifat bertaburan
2
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
(distributed) di lokasi-lokasi seperti di Kangar, Jejawi, Kubang Gajah, Bintong dan
Kuala Perlis.
UniMAP terdapat tujuh jabatan utama yang menjalankan tugas dalam
memastikan kelancaran pengurusan dan pentadbiran universiti ini. Jabatan-
jabatan tersebut ialah Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Jabatan
Perpustakaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pembangunan dan Pusat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jabatan Pendaftar adalah
bertanggungjawab untuk mengendalikan pentadbiran UniMAP dengan memberi
perkhidmatan pentadbiran dan kesetiausahaan supaya aktiviti-aktiviti pengajaran,
penyelidikan dan perkhidmatan akademik dapat dijalankan dengan licin dan
berkesan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Jabatan Pendaftar dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pengurusan
Akademik.
Jabatan Bendahari ialah merupakan satu jabatan pentadbiran yang
terpenting di UniMAP. Tugas utama Jabatan Bendahari ialah untuk mentadbir,
mengurus dan mengawal kewangan UniMAP tertakluk kepada peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Di dalam mentadbir dan menguruskan kewangan
UniMAP, Jabatan ini akan mewujudkan satu sistem kewangan berinteraksi kepada
sistem kewangan. Di samping itu, ciri-ciri ketulusan dan akauntabiliti harus wujud
di dalam pentadbiran Jabatan Bendahari. Perpustakaan UniMAP telah ditubuhkan
pada tahun 2002 untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang
berkualiti bagi menyokong rancangan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan
3
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
di Universiti ini. Sebagai sebuah perpustakaan akademik dalam bidang
kejuruteraan, perpustakaan berazam manjadi pusat sumber ilmu yang bergerak
maju selaras dengan perkembangan IT pada masa ini. Jabatan Hal Ehwal Pelajar
(HEP) diketuai oleh seorang Pemangku Dekan. Jabatan ini adalah salah satu
jabatan yang penting dalam pentadbiran di kolej universiti ini dan ia beroperasi di
kampus yang terletak di Taman JKKK, Kubang Gajah, Arau Perlis. Jabatan ini
menguruskan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan biasiswa atau pinjaman,
persatuan pelajar, tatatertib pelajar, kewangan, sukan dan rekreasi, kebudayaan,
penempatan pelajar dan latihan serta pembangunan pelajar kolej universiti.
Jabatan Pembangunan menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam
khususnya jalan, bekalan air, penyelenggaraan bangunan dan kemudahan asas
ringan. Secara umumnya, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah
jabatan yang merancang serta melaksanakan program-program teknologi
maklumat universiti. Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah diwujudkan
untuk menyokong penggunaan ICT dalam menjalankan fungsi akademik dan
pentadbiran universiti.
Skop penulisan kajian adalah lebih menumpukan kepada kajian masalah
dan isu-isu semasa yang dihadapi oleh UniMAP dan mencadangkan intervensi-
intervensi yang bersesuaian bagi membantu organisasi tersebut melakukan
penambahbaikan terhadap organisasi untuk meningkatkan kecekapan dan
mendorong organisasi mencapai matlamatnya melalui cadangan-cadangan
intervensi bagi setiap masalah yang dihadapi.
4
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
3.0 Metodologi
Metadologi yang digunakan dalam menghasilkan penulisan ini adalah melalui:
i. Temubual
Membuat sesi temubual bersama Encik Muhamad Azan Jaafar, Pegawai Tadbir,
Jabatan Pendaftar, UniMAP pada 16 Mei 2011.
ii. Data organisasi
Mendapatkan maklumat kajian daripada Laporan Tahunan UniMAP pada tahun
2010.
iii. Laman web – www.unimap.edu.my dan melalui kaedah pemerhatian
(observation)
4.0 Tahap pertama: Diagnosis
Diagnosis atau pernilaian merupakan usaha-usaha untuk mengenalpasti masalah
yang wujud dalam sesebuah organisasi. Tujuan-tujuan diagnosis dilakukan dalam
organisasi ini adalah untuk menilai keadaan semasa iaitu dengan mengenalpasti
masalah dan isu bagi meningkatkan keberkesanan organisasi. Kedua adalah
untuk memberi dan mendapatkan maklumat daripada pelanggan, analisis dan
maklum balas daripada pelanggan. Ketiga adalah untuk merancang perubahan
untuk melakukan intervensi dari maklumat yang diperolehi. Diagnosis di UniMAP
dilakukan melalui tiga peringkat bagi mengenalpasti masalah dan isu-isu semasa
yang wujud dalam organisasi tersebut. Peringkat-peringkat tersebut melibatkan:
5
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
4.1 Diagnosis peringkat organisasi
4.1.1 Inputs
Inputs peringkat organisasi di UniMAP melibatkan persekitaran umum dan elemen-
elemen luar yang memberi kesan terhadap pencapaian matlamat organisasi.
Ianya melibatkan keadaan yang tidak dapat dijangkakan oleh organisasi.
Persekitaran umum melibatkan:
a) Politik
Dalam organisasi badan berkanun seperti UniMAP sudah semestinya organisasi
perlu mengikut keadaan politik yang bergantung kepada penetapan dasar-dasar
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai contoh, penubuhan UniMAP adalah
bertujuan untuk melahirkan jurutera yang sebagai pemangkin pembangunan
negara ini selaras dengan pelaksanaan Pelan Perindustrian Negara.
b) Teknologi
UniMAP telah mewujudkan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada tahun
2005 bagi memenuhi keperluan universiti semasa pelaksanaan projek strategik
dan juga perubahan dari segi pentadbiran pengurusan. Dalam pentadbiran
UniMAP, tidak wujud sebarang masalah dalam teknologi dari segi sistem
pentadbiran seperti Sistem Kedatangan ini kerana pihak organisasi sentiasa
menjalankan kajian dan pembangunan teknologi yang terkini seiring dengan
persekitaran semasa. UniMAP telah banyak memenagi anugerah dalam bidang
teknologi seperti di MAMPU.
6
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
c) Ekonomi
Faktor ekonomi juga merupakan faktor penting dalam penambahbaikan di
UniMAP. UniMAP sebagai sebuah IPTA yang masih lagi muda dan belum stabil
secara sepenuhnya sama ada dari aspek prestasi, kewangan, operasi dan
sebagainya berbanding dengan IPTA-IPTA lain yang telah lama beroperasi dan
kukuh. Keadaan ini diburukkan lagi kerana UniMAP bukan sahaja terpaksa
membangunkan organisasi yang masih muda, tetapi juga terpaksa bersaing
dengan pesaing-pesaingnya yang lain iaitu universiti-universiti tempatan yang lain.
Dunia persaingan menuntut pelaburan yang tinggi dari UniMAP sama ada
dari aspek kewangan, pengetahuan, sumber-sumber strategik dan sebagainya.
Kesannya, proses perkembangan UniMAP dan proses kerja di dalam organisasi
tersebut menjadi lembab dan terganggu kerana tidak mempunyai sumber yang
mencukupi untuk pembangunan organisasi.
d) Sosial
Dalam hal ini, terdapat beberapa elemen atau faktor sosial yang mempengaruhi
bentuk dan perjalanan proses organisasi. Antara elemen-elemen tersebut adalah
seperti perubahan terhadap gaya hidup masyarakat, faktor sikap masyarakat
terhadap kerja dan pekerjaan, dan faktor kemahiran yang dimiliki oleh seseorang.
Perubahan gaya hidup (life style change) berpotensi membentuk satu identiti baru
dan berbeza-beza terhadap seseorang. Perubahan gaya hidup ini dapat dilihat
dari segi corak komunikasi, sikap terhadap sesuatu perkara, aspek pemikiran dan
7
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
sebagainya. Gaya hidup seseorang individu adalah tidak sama dengan individu
yang lain.
Jadi, perkara ini berupaya mewujudkan konflik iaitu ia akan wujud melalui
pertentangan pendapat, komunikasi yang bermasalah serta pertentangan norma-
norma yang diamalkan. Sebagai organisasi yang bertunjangkan teknologi,
Unimap memerlukan individu yang mempunyai kemahiran untuk mengendalikan
pengurusan dalam bentuk teknologi. Oleh itu, UniMAP memerlukan tahap
kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan proses dan aliran kerja dalam
memastikan matlamat dan objektifnya tercapai.
4.1.2 Komponen Rekabentuk organisasi
a) Strategi
Strategi di UniMAP ditunjukkan menerusi misi, visi dan KPI untuk mencapai
objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Semua pendekatan dalam misi dan
visi adalah selaras dengan budaya dan personaliti di UniMAP. Visi dan Misi
mewakili sifat sesebuah organisasi. Dekan dan ketua jabatan boleh memainkan
peranan dengan mengadakan slot ringkas setiap minggu untuk mengingatkan staf
tentang misi dan visi ini. UniMAP mensasarkan untuk menjadi universiti yang
terbaik di dunia dalam bidang kejuruteraan. Dengan ini, UniMAP melaksanakan
corak pembelajaran secara lab-intensive bagi menghasilkan jurutera yang
berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program
akademik Unimap adalah berasaskan kepada 60 peratus pengajaran dalam
bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40 peratus dalam bentuk kuliah
8
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan
mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.
b) Teknologi
UniMAP merupakan organisasi yang menggunakan teknologi sebagai tunjang
utamanya. Segala kelengkapan yang terdapat di UniMAP adalah merupakan
antara inovasi proses teknologi yang terkini dan ia mampu untuk menjana
perkembangan UniMAP untuk bersaing dengan IPTA-IPTA yang lain pada masa
depan. Antara teknologi yang dimiliki oleh UniMAP adalah seperti Clean Room
iaitu tempat untuk menjalankan eksperimen dan sistem kedatangan elektronik atau
K-Kedatangan yang dapat merakamkan rekod kedatangan pekerja walau di mana
pun mereka berada. Justeru dalam hal ini, pihak UniMAP tidak menghadapi
sebarang masalah dalam hal yang berkaitan dengan teknologi kerana UniMAP
sering menjalankan penyelidikan dan kajian dari masa ke semasa.
c) Struktur
UniMAP mengamalkan struktur pentadbiran mengikut fungsi ini adalah disebabkan
oleh keadaan fizikal UniMAP yang berselerak. Kesemua kampus UniMAP adalah
terletak di serata negeri Perlis dan menggunakan bangunan yang disewa untuk
dijadikan pejabat pentadbiran, bilik kuliah, makmal, dan kediaman pelajarnya.
Terdapat lima kawasan tumpuan yang telah dipilih oleh pihak UniMAP untuk
menggerakkan proses organisasinya. Antara kawasan tersebut adalah:
KANGARKUBANG
JEJAWI BINTONGKUALA
9
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
GAJAH PERLIS
Jabatan
Canselori
Jabatan Hal
Ehwal Pelajar
Pusat Pengajian
Kejuruteraan
Sistem Elektrik
Kolej
Kediaman
Pelajar
Kolej
Kediaman
Pelajar
Jabatan
Pendaftar
Pusat
Teknologi
Maklumat &
Komunikasi
Pusat Pengajian
Kejuruteraan
Komputer &
Perhubungan
Pusat
Kejuruteraan
Jabatan
Bendahari
Dewan kuliah
& makmal
Pusat Pengajian
Kejuruteraan
Bahan
Pusat
Kerjasama
Industri
Jabatan
Pembangunan
Pusat Pengajian
Kejuruteraan
Mekatronik
Bilik Bersih
(Clean Room)
Unit
Keselamatan
Pusat
Kemahiran
Komunikasi &
Keusahawanan
Dewan Kuliah
d) Sistem sumber manusia
10
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Dalam sistem pengurusan sumber manusia UniMAP mengadakan sistem
perekrutan secara berterusan melalui perekrutan luaran dan juga perekrutan
dalaman. Kakitangan di UniMAP diambil mengikut kelayakan tertentu dan
berasaskan kepada kriteria tertentu. Selain itu, UniMAP juga mengadakan kursus-
kursus tertentu untuk memberikan latihan kepada pekerja seperti Kumpulan
pengurusan yang berjawatan tetap perlu menghadiri Kursus Induksi Umum.
Kursus ini diwajibkan kepada semua kakitangan yang berjawatan tetap sebagai
syarat pengesahan dalam perkhidmatan selaras dengan syarat-syarat yang telah
digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam bilangan 9 tahun 1991. Kursus
ini pertama kalinya telah diadakan bermula pada 11 April 2005 hingga 26 April
2005 yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat Kejuruteraan, Kuala Perlis yang
melibatkan seramai 67 staf daripada pelbagai skim perkhidmatan.
Bagi kakitangan tenaga pengajar pula, UniMAP menyediakan Skim Latihan
Tenaga Pengajar Akademik (SLTPA) melalui skim ini UniMAP telah menghantar
seramai 28 orang fellow untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan
Ijazah Kedoktoran di bawah skim ini. Tenaga pengajar akan dihantar ke beberapa
universiti di dalam dan di luar negara mengikut bidang pengajian yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Pemilihan Calon Lanjutan fellow berdasarkan perancangan
akademik yang telah ditetapkan. Selain itu, kakitangan juga akan dibuat penilaian
prestasi menerusi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan juga Pernilaian Tahap
Kecekapan (PTK) serta peperiksaan perkhidmatan bagi Kumpulan Sokongan II
yang terdiri daripada skim perkhidmatan Pembantu Teknik, Juruteknik, Setiausaha
11
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Pejabat, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Perpustakaan.
Peperiksaan ini mula diadakan pada 22 September dan 23 September 2003.
4.1.3 Output
Produktiviti yang masih tidak memberansangkan walaupun mempunyai teknologi
yang canggih ini kerana seperti agensi kerajaan yang lain UniMAP masih
berorientasikan manusia bagi menghasilkan output. Walaupun dari segi teknologi
tidak mempunyai masalah tetapi produktiviti pekerja masih perlu dipantau dari
masa ke semasa. Disebabkan UniMAP baru saja ditubuhkan pada tahun 2005
dan baru dinaiktaraf sebagai universiti pada tahun 2007 maka UniMAP tidak
berjaya mencapai sasaran bagi memperolehi bilangan pelajar seperti yang telah
disasarkan bagi satu-satu sesi kemasukan.
Selain itu, faktor ini juga disebabkan oleh kekurangan jumlah tenaga pengajar
di UniMAP itu sendiri. Selain itu, terdapat beberapa masalah dan isu yang
dihadapi di peringkat organisasi yang perlu disesuaikan dengan persekitaran
seperti:
a) Tiada kampus tetap
UniMAP merupakan universiti yang menjalankan pentadbiran secara distributed
campus. Ini disebabkan oleh struktur pentadbiran UniMAP yang berselerak maka
ianya telah menyebabkan beberapa masalah lain wujud kesan daripada masalah
tersebut. Antara masalah lain yang wujud ialah masalah dalam pentadbiran.
b) Masalah dalam pentadbiran disebabkan struktur yang tidak fleksibel
12
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Masalah pentadbiran dalam organisasi berpunca daripada keadaan organisasi
yang tidak mempunyai kampus tetap ini kerana pihak organisasi terpaksa
menyewa atau membeli bangunan-bangunan tertentu untuk dijadikan sebagai
pusat pentadbiran sementara. Masalah ini turut memberi kesan ke atas
perbelanjaan organisasi. Ini kerana organisasi perlu mengeluarkan perbelanjaan
yang banyak untuk membayar sewa dan membeli bangunan.
c) Masalah komunikasi antara jabatan dan unit-unit
Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ke atas UniMAP wujud masalah
komunikasi di peringkat organisasi ini adalah disebabkan oleh masalah jabatan
dan unit pentadbiran dalam UniMAP berada jauh di antara satu sama lain ini
menyukarkan penyampaian maklumat dalam organisasi tersebut.
Selain itu, terdapat juga makluat yang lewat diterima oleh satu-satu jabatan
memandangkan lokasi terletak jauh dari pusat pentadbiran UniMAP.
d) Kekurangan tenaga pengajar
Disebabkan UniMAP baru ditubuhkan ia berhadapan dengan masalah kekurangan
tenaga pengajar yang melibatkan staf akademik. Ini meyebabkan bilangan
pengambilan pelajar bagi sesi kemasukan yang pertama dihadkan kepada jumlah
tertentu sahaja, jika dilihat pada sesi kemasukan di awal penubuhan UniMAP
bilangan pelajar adalah seramai 116 orang sahaja.
13
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
4.2 Diagnosis peringkat kumpulan
4.2.1 Inputs
Disebabkan UniMAP menekankan kepada penggunaan teknologi dalam
pengurusan maka UniMAP telah membentuk satu Pusat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi pada tahun 2005 bertujuan untuk memperkukuhkan penggunaan
KUKUMNET: pengurusan Distributed Campus menggunakan Rangkaian
Berkelajuan tinggi. Selain itu, struktur fungsian yang digunakan di UniMAP turut
memberi kesan terhadap pencapaian di peringkat kumpulan. Pengurusan Sumber
Manusia di UniMAP merupakan aspek penting dalam meningkatkan keberkesanan
dan kecekapan di peringkat kumpulan.
4.2.2 Komponen Rekabentuk
Terdapat beberapa aspek yang akan dinilai iaitu:
a) Kejelasan Matlamat
Matlamat yang telah ditetapkan oleh UniMAP adalah jelas dan difahami oleh setiap
jabatan dan unit-unit di dalam organisasi ini kerana matlamat yang ditetapkan yang
ditetapkan seiring dengan cabaran pada masa kini.
b) Struktur Tugas
Bagi memastikan stuktur tugas pekerja dalam keadaan yang baik, setiap pekerja di
UniMAP diberikan manual prosedur kerja dan fail meja masing-masing yang akan
memudahkan pembahagian kerja kepada pekerja. Selain itu, bagi memastikan
struktur tugas ini berjalan lancar, pada setiap minggu ketua di setiap jabatan akan
melakukan satu tugasan lain pada sepanjang minggu berkenaan. Ini akan
14
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
mengelakkan kebergantungan pekerja terhadap ketua. Sebagai contoh, UniMAP
mengadakan Mesyuarat Pagi dan Tea Talk pada setiap minggu untuk memantau
masalah yang dihadapi dalam setiap jabatan dan unit.
c) Komposisi Kumpulan
Penyelarasan kerja mengikut demografi di UniMAP akan dilaksanakan dengan
sebaik mungkin. Namun begitu terdapat beberapa keadaan yang mengakibatkan
penyelarasan kerja mengikut demografi tidak dapat dilaksanakan. Hal ini berikutan
kerana organisasi kekurangan pekerja atau kakitangan dan juga berkaitan dengan
pelaksanaan aktiviti atau kerja yang baru dirancang.
d) Fungsi Kumpulan
Dalam aspek ini, kesemua pekerja dalam setiap jabatan dapat bekerjasama
dengan baik tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, pihak organisasi
masih perlu melakukan persediaan pada peringkat awal memandangkan terdapat
pekerja yang kurang berpengalaman terutamanya di Jabatan Bendahari kerana
kakitangan di jabatan ini perlu mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan
supaya proses kerja dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan.
e) Norma kumpulan
Setiap anggota kumpulan, jabatan atau unit begitu jelas bahawa sekiranya bekerja
secara berpasukan dengan baik, maka hasil yang cemerlang akan di peroleh
berdasarkan kerjasama setiap anggota kumpulan. UniMAP mengamalkan motto
Ikhlas yang merupakan sebahagian daripada motto iaitu Ilmu, Keikhlasan,
15
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Kecemerlangan. UniMAP menekankan kepada kakitangan untuk mewujudkan
perasaan ikhlas dan menangani konflik dalam kalangan staf UniMAP, perasaan
dan semangat kerja berpasukan mesti diterapkan dalam diri setiap staf UniMAP.
4.2.3 Outputs
Pada tahap ini, diagnosis dilakukan bagi melihat keselarasan dan kesepakatan
setiap jabatan, unit atau kumpulan dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam
organisasi. Di UniMAP, keselarasan dan kesepakatan ini dapat dilihat ketika
berlangsungnya mesyuarat di antara jabatan seperti Diskusi bersama Naib
Canselor yang melibatkan kumpulan atasan seperti Naib Canselor, Timbalan-
timbalan Naib Canselor, dekan-dekan dan ketua-ketua jabatan bagi memantau
permasalahan yang dihadapi dalam setiap jabatan. Ketika mesyuarat diadakan,
setiap jabatan diwajibkan untuk menghantar wakil yang berkenaan untuk hadir
dalam mesyuarat tersebut. Di peringkat kumpulan, terdapat masalah dari segi
penglibatan antara ketua-ketua jabatan dan staf-staf terutamanya dalam
penglibatan pekerja dengan unit-unit tertentu menyebabkan kerja tidak dapat
diselaraskan di antara satu jabatan dengan unit-unit yang lain disebabkan faktor
jarak antara satu jabatan dengan jabatan yang lain.
Masalah yang kedua ialah tekanan kerja yang banyak yang terpaksa dipikul
oleh ketua jabatan dan dekan terutama bagi yang berjawatan tinggi. Akibat
bebanan tugas maka tugas tersebut terpaksa diagihkan kepada staf bawahan ini
menyebabkan tugas yang diberikan tidak signifikan dengan bidang tugas
kakitangan bawahan. Sebagai contoh, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
16
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
tugas hakiki adalah menguruskan rekod-rekod cuti pekerja tapi pada masa yang
sama merupakan pemain muzik. Ini mengakibatkan berlakunya pertindihan tugas
dalam sesebuah jabatan.
4.3 Peringkat Individu
4.3.1 Input
Dalam persekitaran organisasi di UniMAP, aspek sistem sumber manusia
memainkan peranan yang penting terutama dalam aspek pemilihan pekerja yang
berkelayakan dan memberi latihan dan pembangunan. Hal ini kerana kebanyakan
pekerja di organisasi adalah mereka yang masih muda dan kurang dalam
pengalaman kerja.
4.3.2 Komponen reka bentuk
Aspek-aspek yang akan dikaji dalam melakukan perubahan dan penambahbaikan
dalam UniMAP ialah seperti berikut:
a) Kemahiran
Bagi memastikan individu tersebu mampu menghasilkan kerja yang berkualiti,
setiap individu haruslah mempunyai kepelbagaian kemahiran. Dari aspek UniMAP,
setiap kakitangan mempunyai kepelbagaian kemahiran dalam melakukan kerja,
terutama dalam kemahiran berkomunikasi dan menggunakan alat-alat elektronik.
Tetapi terdapat juga pekerja yang kurang mempunyai kemahiran dalam
melaksanakan tugas-tugas tertentu.
17
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
b) Identiti kerja
Setiap individu di UniMAP merasakan tanggungjawab terhadap kerja adalah
penting dan ianya memberikan kesan terhadap organisasi ini kerana setiap
individu merasakan tugasan yang diberikan adalah satu amanah dan ianya harus
disempurnakan dengan sebaik yang mungkin.
c) Signifikasi kerja
Setiap individu pekerja di UniMAP merasakan pekerjaan yang dilakukannya itu
sangat penting serta memberikan impak kepada orang lain. Selain itu, mereka juga
beranggapan bahawa tugas yang diberikan tersebut mempunyai kaitan antara satu
unit dengan unit yang lain. Justeru, ia mungkin boleh memberikan kesan yang
negatif kepada organisasi. Sekiranya tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan
baik.
d) Maklum balas terhadap prestasi
Di UniMAP, penilaian prestasi diukur berdasarkan permerhatian dan penilaian
mengikut kumpulan perkhidmatan dan kumpulan pentadbiran. Setiap individu
pekerja mengetahui tentang penilaian terhadap prestasi sebaliknya mereka tidak
dimaklumkan tentang penilaian prestasi tersebut. Sebagai contoh, bagi jawatan
Setiausaha Pejabat, penilaian prestasi dibuat oleh majikan mereka sahaja ini
berbeza dengan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) mereka dinilai oleh
Pegawai Tadbir selaku Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan juga Ketua Jabatan
bagi setiap jabatan masing-masing selaku Pegawai Penilai Kedua (PPK).
18
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
e) Autonomi
Bagi aspek autonomi, setiap individu pekerja hanya diberikan kebebasan kerja
dalam bidang dan ruang lingkup kerja mereka sahaja. Bagi hal-hal di luar bidang
kuasa mereka, setiap individu dimestikan untuk merujuk dan mendapat
pengesahan daripada ketua jabatan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dan
kesilapan dalam melaksanakan tugas yang diberi.
f) Pengukuran sistem
Sistem pengukuran di UniMAP adalah berasaskan kepada penilaian prestasi dan
peperiksaan perkhidmatan yang dijalankan. Hasil penilaian tersebut tidak
dimaklumkan kepada pekerja sebaliknya UniMAP menyediakan ganjaran-ganjaran
tertentu menghargai dan memberikan dorongan terhadap usaha yang telah
dilakukan oleh pekerja seperti Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC).
4.3.3 Output
Keberkesanan individu bergantung kepada elemen di peringkat organisasi bagi
kes di UniMAP, aspek pengurusan sumber manusia merupakan aspek yang
penting. Ini kerana pekerja akan berpuas hati sekiranya mereka dimaklumkan
mengenai pencapaian prestasi kerjanya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
masalah yang wujud di peringkat individu iaitu:
a) Tiada kemahiran
Kakitangan tidak dapat melaksanakan tugas dengan cekap kerana pekerja
kekurangan dari segi kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tugas
19
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
menyebabkan pekerja terpaksa merujuk sesuatu tugas dengan pihak atasan
sebelum melaksanakan tugas mereka ini melambatkan sesuatu proses kerja.
Sebagai contoh, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang tidak mempunyai
kemahiran terpaksa merujuk kepada Penolong Pendaftar terlebih dahulu
disebabkan kurang kemahiran terutamanya melibatkan aspek kewangan.
b) Pengalaman dan latar belakang pendidikan yang berbeza-beza
Selain itu, kakitangan di UniMAP mempunyai pengalaman dan latar belakang
pendidikan yang berbeza ini menyebabkan wujud masalah dari segi pembahagian
tugas terutamanya melibatkan kakitangan sokongan di bahagian pentadbiran.
Selain itu, kakitangan juga mempunyai pengalaman yang berbeza dalam setiap
jabatan.
c) Tiada komitmen dalam melaksanakan tugas
Tidak komited dalam melaksanakan tugas antaranya adalah disebabkan oleh
persekitaran yang tidak kemas, rakan sejawat yang tidak bekerjasama dan ketua
yang tidak menghargai staf bawahannya. Sikap sesetengah staf yang bertindak
suka menangguh-nangguhkan kerja dan tidak bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tugas akan menjadikan dia tidak ikhlas untuk bekerja. Ini akan
menyebabkan dia tidak merasai keseronokan untuk bekerja.
d) Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran ini boleh dipengaruhi oleh kawan-kawan dan juga staf atasan
yang boleh menyebabkan berlakunya rasa tidak seronok untuk bekerja.
20
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Contohnya, faktor kawan-kawan akan mendorong staf lebih suka melepak dan
bersembang-sembang dari memberi tumpuan penuh kepada pekerjaan. Staf
atasan yang tidak menghargai staf-stafnya sendiri juga mendorong berlakunya
perasaan bosan terhadap kerja. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti
kerja.
5.0 Isu dan Masalah
5.1 Isu Proses Manusia
a) Masalah komunikasi antara jabatan dan unit
Masalah dalam komunikasi di UniMAP berlaku disebabkan oleh faktor jarak antara
satu jabatan dengan unit-unit yang lain ini menyukarkan dari segi penyampaian
maklumat antara satu sama lain.
b) Matlamat yang kabur dan tidak jelas
Matlamat iaitu visi dan misi yang telah ditetapkan oleh organisasi terlalu ringkas ini
menyukarkan para pekerja untuk memahami dengan lebih jelas mengenai
matlamat yang ingin dicapai dalam organisasi.
5.2 Isu Teknostruktur
a) Tiada kampus tetap
Faktor lokasi kampus UniMAP yang berselerak menyebabkan wujudnya masalah-
masalah lain seperti masalah pentadbiran yang berselerak, kos perbelanjaan yang
tinggi dan sebagainya. Sebagai contoh, kos perbelanjaan yang terpaksa
ditanggung oleh UniMAP meningkat setiap tahun berdasarkan kepada laporan
21
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
tahunan bagi perbelanjaan sewa bangunan melibatkan sejumlah peruntukan yang
besar.
b) Masalah pentadbiran yang berselerak
Disebabkan UniMAP tiada kampus tetap, maka pusat pentadbiran berselerak di
mana Jabatan Canselori ditempatkan di Bangunan KWSP, Kangar, Bendahari di
Bangunan TNB lama, Jabatan Hal ehwal Pelajar di Kuala Perlis, Pusat Pengajian
di Jejawi, Kuala Perlis dan Ulu Pauh dan kolej kediaman pelajar di Kuala Perlis
dan Kampung Wai.
5.3 Isu Pengurusan Sumber Manusia
a) Tugas yang tidak signifikan dengan kelayakan
Selain itu, tugas yang diberikan tidak signifikan dengan kelayakan yang sesuai
untuk menyandang sesuatu jawatan. Sebagai contoh, seseorang kakitangan yang
mempunyai kelulusan Jurusan Ekonomi tidak sesuai memegang jawatan sebagai
Pegawai Kebudayaan. Ini kerana bidang tugas tersebut tidak selaras dengan
kelayakan yang dimiliki oleh pekerja tersebut.
b) Tiada komitmen dalam melaksanakan tugas
Kakitangan di UniMAP juga dilihat tidak komited dalam melaksanakan tugas yang
diberi kerana terdapat sesetengah staf yang suka menghabiskan masa dengan
melepak di kafeteria dan bersembang-sembang sesama sendiri berbanding
menyiapkan tugas mereka.
c) Kekurangan kemahiran dalam melaksanakan tugas
22
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Kakitangan tidak dapat melaksanakan tugas dengan cekap kerana pekerja
kekurangan dari segi kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tugas
menyebabkan pekerja terpaksa merujuk sesuatu tugas dengan pihak atasan
sebelum melaksanakan tugas mereka ini melambatkan sesuatu proses kerja.
Sebagai contoh, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang tidak mempunyai
kemahiran terpaksa merujuk kepada Penolong Pegawai terlebih dahulu
disebabkan kurang kemahiran terutamanya melibatkan aspek pembuatan
keputusan. Selain itu, masalah ini wujud disebabkan oleh pengambilan pekerja
yang baru menamatkan pengajian dan tidak mempunyai sebarang pengalaman
kerja.
d) Kekurangan tenaga Pengajar
Selain itu, UniMAP turut menghadapi masalah kekurangan kakitangan
terutamanya tenaga pengajar, ini menyebabkan UniMAP terpaksa menghadkan
bilangan kemasukan pada setiap sesi. Ini juga menyebabkan Unimap tidak dapat
mencapai objektif dalam pembelajaran kerana UniMAP menekankan kepada
kaedah pembelajaran secara praktikal berbanding teori.
5.4 Isu strategik
a) Persaingan
Persaingan daripada IPTA yang lain seperti Universiti Teknologi Petronas,
Universiti Teknologi Malaysia dan universiti yang baru dibuka ini memberikan
kesan terhadap matlamat yang ingin dicapai oleh UniMAP iaitu ingin menjadi
23
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
universiri yang terbaik dan berada dalam kedudukan ke-500 dalam universiti-
universiti di dunia.
6.0Tahap kedua: Intervensi
6.1 Intervensi Teknostruktur
a) Intervensi Penstrukturan (restructuring intervention)
Kampus tetap UniMAP masih dalam proses pembinaan antara intervensi yang
boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah pentadbiran adalah melalui
pembentuk struktur mengikut fungsian iaitu bagi zon pentadbiran ditempatkan di
Kangar ini bermakna semua jabatan dan unit yang berada di bawah pentadbiran
akan ditempatkan dalam satu bangunan yang sama. Zon pusat pengajian
dikekalkan iaitu di Jejawi dan bagi kolej kediaman ditempatkan di satu kawasan
sahaja iaitu di Kuala Perlis bagi memudahkan pihak keselamatan untuk memantau
para pelajar.
b) Intervensi Rekabentuk Struktur
Bagi memudahkan urus pentadbiran di UniMAP, agen perubahan mencadangkan
supaya menukarkan struktur fungsional kepada struktur matriks yang lebih
fleksibel untuk memperbaiki keadaan pentadbiran UniMAP yang berselerak.
Dengan adanya struktur matriks kakitangan di UniMAP dapat berkongsi kepakaran
sepenuhnya dengan unit-unit lain. Penggunaan pekerja dan kakitangan antara
jabatan dan unit lebih fleksibel dan ini dapat mengekalkan keseimbangan antara
jabatan disebabkan wujudnya masalah komukasi antara jabatan dan unit.
24
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
c) Intervensi lain
Selain daripada intervensi-intervensi yang dicadangkan UniMAP boleh
menggunakan beberapa kaedah untuk memperbaiki kelemahan bagi pekerja yang
mempunyai kurang kemahiran dan pengetahuan adalah melalui rekabentuk kerja
(work design). Intervensi ini perlu dilakukan untuk memperbaiki aliran kerja
kakitangan untuk memberikan motivasi dengan mempelbagaikan kemahiran,
autonomi, signifikasi tugas dan identiti tugas supaya menjadi lebih menarik.
6.2 Intervensi Pengurusan Sumber Manusia
a) Latihan dan pembangunan
Bagi memantapkan lagi kemahiran dan kebolehan pekerja dalam organisasi yang
mempunyai kekurangan kemahiran terutamanya bagi kakitangan sokongan, agen
perubahan mencadangkan agar organisasi mewujudkan satu unit bagi membuat
pantauan terhadap kemahiran yang diperlukan oleh pekerja dan menyediakan
latihan tersebut bagi meningkatkan KSA pekerja. Walaupun pihak organisasi
menyediakan Kursus Induksi Umum kepada para pekerja tetapi kursus tersebut
hanya terhad kepada pekerja tetap sahaja tidak kepada pekerja yang berstatus
sambilan atau kontrak.
Oleh itu, pihak organisasi perlu menyediakan latihan dan kursus yang
melibatkan semua pekerja tanpa dikenakan kriteria tertentu. Intervensi adalah
bertujuan untuk membantu pekerja untuk meningkatkan mutu kerja, kemahiran
dan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas terutamanya dibahagian
pentadbiran. Intervensi latihan dan pembangunan ini melibatkan dua kumpulan
25
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
iaitu kumpulan akademik dan juga staf sokongan. Bagi kumpulan kakitangan
sokongan yang melibatkan kumpulan sokongan II iaitu yang terdiri daripada skim
perkhidmatan Pembantu Teknik, Juruteknik, Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Kewangan.
b) Intervensi Pengurusan Prestasi (Performance Appraisal)
Agen perubahan mencadangkan UniMAP menggunakan pernilaian prestasi untuk
memberikan dorongan dan sokongan kepada pekerja yang tidak komited dalam
melaksanakan tugas mereka. Melalui intervensi ini, pekerja akan diberikan
motivasi sama ada dalam bentuk ganjaran dan sebagainya. UniMAP perlu
menghargai komitmen yang telah dipersembahkan oleh pekerja dengan cara pihak
organisasi perlu mewujudkan sistem ganjaran yang berdasarkan kepada merit
atau pencapaian prestasi pekerja. Ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan
dorongan kepada pekerja supaya pekerja lebih tekun dan ikhlas dalam
melaksanakan tugas mereka.
Selain itu, agen perubahan juga mencadangkan supaya pihak organisasi
memberikan motivasi kepada kakitangan dan motivasi perlulah diadakan sekerap
yang mungkin. Tujuan motivasi ini adalah satu cara untuk menyedarkan staf
bawahan bahawa sentiasa peka dengan keadaan semasa. Sentiasa menjaga
keadaan pejabat, harta benda pejabat, kebersihan, dan lain-lain agar sentiasa
dapat memberi ruang keselesaan untuk bekerja. Ruang yang selesa ini akan
meningkatkan kualiti bekerja. Sebagai contoh Unimap boleh selalu memberikan
motivasi sewaktu senamrobik atau sesi riadah serta memberikan keselesaan
26
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
pejabat supaya motivasi dapat mewujudkan kesedaran di di kalangan staf untuk
lebih menghargai majikan dan telus dalam melaksanakan sesuatu tugas yang
diamanahkan.
c) Intervensi Pengurusan Kerjaya
Selain itu, intervensi yang boleh digunakan untuk membangunkan keyakinan
pekerja supaya komited terhadap tugas mereka adalah dengan pihak organisasi
membantu pekerja membangunkan pengurusan kerjaya pekerja. Bagi pekerja
yang baru memasuki alam pekerjaan seperti fresh graduate pihak Unimap perlu
menyediakan program-program tertentu seperti Progaram Mentor dan Mentee
supaya mereka memperolehi kemahiran, pengetahuan dan kebolehan daripada
pekerja yang lebih senior dalam organisasi tersebut. Selain itu, Unimap juga boleh
membantu pekerja untuk mengembangkan kerjaya mereka dengan menghantar
pekerja menerusi skim-skim yang telah diwujudkan seperti Skim Latihan Tenaga
Pengajar Akademik (SLTPA) dan sebagainya.
6.3 Intervensi lain
Untuk mengatasi masalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar intervensi
yang dicadangkan adalah mewujudkan job rotation. Melalui kaedah ini, kakitangan
tenaga pengajar pengajar boleh ditukarkan kepada pusat pengajian lain ataupun
daripada jabatan tertentu yang mempunyai Jurutera Pengajar bagi membantu
kerana corak pembelajaran di UniMAP adalah bersifat lab-intensive ini
memerlukan kemahiran tertentu bagi mengendalikan sesuatu kursus. Sebagai
contoh, pegawai latihan teknikal daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan
27
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Komunikasi ditukarkan kepada pusat-pusat pengajian yang lain bagi mengatasi
masalah kekurangan tenaga pengajar.
6.3.1 Intervensi Proses Sumber Manusia
a) Intervensi Pembinaan Pasukan
Bagi mengatasi masalah dalam komunikasi antara jabatan dan unit-unit, pihak
UniMAP perlu mewujudkan pembinaan pasukan untuk membaiki proses
penyampaian berasaskan teknologi seperti Sistem Pengurusan Sumber Manusia
dan e-mel sebagai medium untuk menyampaikan maklumat antara jabatan dan
unit selain menggunakan telefon. Teknik pembinaan pasukan dapat membantu
anggota dalam sesebuah kumpulan kerja seperti Jawatankuasa Pengukuhan
Pengurusan di UniMAP supaya bekerjasama dan berkongsi kemahiran bagi
membaiki proses penyampaian dalam organisasi terutamanya bagi jabatan-
jabatan yang berada jauh dari pusat pentadbiran seperti di Kuala Perlis dan
Kubang Gajah. Ini dapat membantu penyampaian maklumat dan aktiviti-aktiviti
organisasi kepada semua kakitangan dengan cepat dan pantas.
6.3.2 Intervensi Strategk
a) Intervensi Perancangan Strategik
Perancangan strategik mestilah menepati dengan misi dan visi UniMAP. Setiap
perancangn mestilah mengikut format dan model tapi terpulang kepada ketua
jabatan atau dekan di pusat pengajian untuk melaksanakannya. Perkara penting
yang perlu ditekankan adalah semua staf di setiap peringkat memahami setiap
perancangan strategik yang dirangka bersesuaian dengan situasi semasa.
28
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Intervensi yang dilaksanakan di semua jabatan dan pusat pengajian mestilah
SWOT technique (strength, weakness, oppotunity, threat) dan dilakukan secara
berterusan dari masa ke semasa.
b) Intervensi Kerjasama
Intervensi ini boleh dilaksanakan di UniMAP untuk menghadapi isu strategik
dengan bekerjasama dengan organisasi lain. UniMAP merupakan universiti awam
yang baru beroperasi dan terdapat banyak persaingan daripada universiti-universiti
awam yang lain di Malaysia. Bagi mengelakkan persaingan di kalangan universiti-
universiti awam yang lain, UniMAP perlu mewujudkan kerjasama dengan universiti
yang lain tidak kira sama ada swasta ataupun awam. Hubungan kerjasama ini
dapat diwujudkan melalui kerjasama antara UniMAP dengan IPTA yang lain.
Sebagai contoh, UniMAP boleh menganjurkan persidangan bagi membolehkan
UniMAP bekerjasama dengan IPTA yang lain. Sebagai contoh, UniMAP
mengadakan hubungan industri dengan syarikat-syarikat seperti Siltera Sdn. Bhd,
Intel Technology Sdn. Bhd., LD Technologies Sdn. Bhd. dan sebagainya bagi
mengaplikasikan aktiviti pengeluaran dan aplikasi kejuruteraan yang sebenar.
Hubungan industri ini juga dapat meningkatkan daya saing di dalam bidang
rekabentuk, pemprosesan dan pengeluaran produk yang berteraskan
kejuruteraan.
7.0 Halangan kepada pelaksanaan intervensi
Dalam melaksanakan intervensi yang dicadangkan terdapat beberapa kekangan
yang terpaksa dihadapi oleh UniMAP dalam melakukan penambahbaikan dan
29
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
meningkatkan keberkesanan dalam organisasinya. Antara halangan-halangan
yang wujud ialah:
i) Kos yang tinggi
Pihak UniMAP terpaksa menghadapi kos perbelanjaan yang tinggi dalam
melakukan perubahan yang telah dicadangkan ini kerana penggunaan teknologi
melibatkan kos yang tinggi.
ii) Kesediaan kakitangan untuk berubah
Dalam melakukan perubahan, kesediaan untuk berubah dalam kalangan
kakitangan adalah penting bagi memastikan sesuatu perubahan yang telah
dirancang mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun,
terdapat juga kakitangan yang suka mempertahankan status quo kerana lebih
suka kepada rutin lama dalam melakukan tugas mereka. Sekiranya perubahan
dilakukan, ianya akan menganggu rutin harian mereka yang telah lama sebati
dalam diri mereka.
8.0 Cara mengatasi halangan
Antara cadangan-cadangan yang boleh digunakan oleh UniMAP dalam mengatasi
halangan dan kekangan yang dihadapi dalam melakukan perubahan akibat kos
yang tinggi boleh diatasi dengan menambahkan subsidi untuk membiayai pelajar
di UniMAP yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.
30
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Selain itu, kesediaan pekerja untuk berubah boleh diatasi dengan menyediakan
pelbagai jenis motivasi sama ada yang melibatkan latihan mahupun ganjaran yang
boleh meningkatkan tahap penerimaan mereka untuk berubah. Cara mengatasi
halangan ini juga boleh diaplikasikan melalui intervensi yang telah dicadangkan
dalam pengurusan sumber manusia melalui intervensi pengurusan prestasi
(performance appraisal management). Dengan adanya sistem ganjaran yang
diperkenalkan diharapkan supaya kakitangan di UniMAP boleh melakukan
perubahan seperti yang telah dicadangkan untuk mencapai matlamat dan objektif
UniMAP sama ada bagi jangka panjang mahupun jangka pendek.
9.0 Kesimpulan
Sebagai rumusan, organisasi memerlukan perubahan yang berterusan bagi
memastikan organisasi mampu bersaing dalam era globalisasi yang semakin
mencabar. Kegagalan untuk merancang dan menguruskan perubahan dalam
sesebuah organisasi akan mengakibatkan organisasi lenyap begitu sahaja. Selain
itu, organisasi juga perlu peka terhadap sebarang perubahan persekitaran kerana
ia boleh memberi kesan terhadap organisasi.
Oleh itu, pengembangan organisasi atau organizational development (OD)
diperlukan sebagai satu bidang yang melaksanakan perubahan secara terancang
dengan menggunakan sains tingkahlaku atau sains sosial. Matlamat OD ialah
untuk mengubah bagi tujuan penambahbaikan sesebuah organisasi secara
keseluruhan, bermatlamat untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
organisasi untuk membantu dalam pembangunan pekerja.
31
GMGM3043 PENGEMBANGAN ORGANISASI
Kepentingan OD dilihat dapat membantu untuk meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan dalam UniMAP di samping membantu UniMAP untuk membuat
perubahan dan membantu organisasi tersebut untuk mengubah cara berfikir para
pekerja dalam organisasi. Selain itu, pengamal OD juga dapat membantu Unimap
dalam mengurus dan mentadbir perubahan terhadap era globalisasi yang kian
mencabar sesuai dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran pada masa
kini.
32