Download - Tugasan individu
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
KPT 4033 TEKNOLOGI DAN INOVASI
DALAM PENDIDIKAN
TUGASAN INDIVIDU
DISEDIAKAN OLEH : ZURINA BINTI MOHAMED ARSHAD
NO. MATRIK : L20111006518
KURSUS : AT63D EKONOMI RUMAH TANGGA
DISEDIAKAN UNTUK : DR. SULAIMAN BIN SARKAWI
1
Kemukakan satu idea inovasi tentang penggunaan teknologi maklumat dalam P&P
untuk satu tajuk yang anda pilih dalam matapelajaran major anda.
Tajuk : Pemilihan Dan Penyimpanan Makanan
Matapelajaran : Ekonomi Rumah Tangga (Tingkatan 4).
Hasil Pembelajaran.
Pemilihan dan Penyimpanan Makanan ini adalah subtopik dalam topik Makanan Dan
Pemakanan dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga ( tingkatan 4). Dalam subtopik Pemilihan
dan Penyimpanan Makanan ini akan menerangkan pelajar tentang definisi makanan,
klasifikasi, jenis, ciri dan cara penyimpanan bagi setiap jenis makanan segar, kering dan
mudah. Selain itu turut menerangkan kepada pelajar kebaikan serta kelemahan bagi setiap
jenis makanan tersebut.
Kesemua isi-isi kandungan tersebut dimuatkan kedalam powerpoint untuk memudahkan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Sebelum pengajaran bermula guru akan menunjukkan set
induksi kepada pelajar berkenaan dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan jenis-jenis
makanan. Gambar-gambar tersebut dimuat naik kedalam “window movie maker” untuk
dijadikan “slideshow” kepada pelajar. “slideshow” tersebut turut mengandungi audio yang
disertakan sekali bersama gambar-gambar tersebut. Tujuan video ini ditunjukkan kepada
pelajar adalah untuk memberi gambaran awal berkenaan dengan tajuk yang akan di ajar
oleh guru. Disamping itu untuk menarik minat pelajar dan memastikan pelajar berada dalam
keadaan bersedia untuk menerima pengajaran. Disamping menunjukkan video tersebut guru
juga akan bertanya kepada pelajar cara mereka memilih makanan terutamanya makanan
segar sewaktu membeli.
Setelah pengajaran di sampaikan kepada pelajar dengan menggunakan powerpoint yang
interaktif guru akan memastikan pembelajaran dikalangan pelajar berlaku. Dengan itu guru
menyelitkan sedikit aktiviti yang boleh dilakukan sendiri oleh pelajar di dalam powerpoint
tersebut untuk menguji minda. Ini untuk memastikan pembelajaran topik tersebut dapat
dikuasai oleh pelajar dengan baik. Untuk uji minda, teknik yang digunakan adalah power
point Macro Enable. Akhir sekali untuk bahagian penilaian masih menggunakan perisian
powerpoint dimana setiap jawapan yang betul dan salah diselitkan sekali audio bunyi yang
dirakam sendiri menggunakan sound recorder.
Disini akan ditunjukkan langkah-langkah penggunaan teknologi koswer tersebut yang akan
digunakan dalam pengajaran subtopik bertajuk Pemilihan dan Penyimpanan Makanan.
2
KLIK UNTUK KE
HOMEPAGE
Arahan Khusus.
SIMBOL PENERANGAN
Simbol ini apabila ditekan akan kembali
ke halaman utama iaitu slide pertama.
Simbol ini kembali ke halaman utama
makanan segar.
Simbol ini untuk ke slide seterusnya.
Simbol ini untuk kembali.
Simbol ini untuk ke halaman jenis-jenis
makanan.
Bunyi audio.
3
LANGKAH 1
Pada slide pertama terdapat tajuk-tajuk kecil yang telah di “hyperlink” ke slide yang
berkenaan.
Terdapat lima tajuk kecil pada slide pertama iaitu:
a) Induksi “video.
b) Nota
c) Uji minda
d) Latihan
e) Keluar
LANGKAH 2
Butang pertama yang akan di klik adalah pada induksi. Ia adalah sesi permulaan
sebelum memulakan pengajaran di mana mengandungi video untuk melihat
slideshow gambar makanan yang telah dihasilkan melalui “window movie maker”.
Untuk kembali pada halaman utama ini, hanya perlu klik pada simbol “klik untuk ke
homepage”.
4
Klik pada tajuk yang menjadi pilihan
Klik disini untuk kembali
LANGKAH 3
Setelah kembali ke halaman utama, butang seterusnya yang akan di klik ialah “nota”
Setelah di klik pada butang nota, slide akan menunjukkan tajuk pemilihan makanan.
Terdapat 3 jenis pemilihan makanan yang akan dipaparkan iaitu:
a) Makanan segar
b) Makanan kering
c) Makanan mudah.
LANGKAH 4
Sebagai contoh, sekiranya di klik pada makanan segar ia akan menunjukkann 5
subtopik yang berada pada tajuk Pemilihan dan Penyimpanan Makanan Segar iaitu:
a) Definisi
b) Sayur-sayuran
c) Ikan
d) Daging
e) Kebaikan dan kelemahan.
Kandungan nota untuk makanan kering dan juga makanan mudah juga sama seperti
makanan segar, tetapi yang membezakan hanyalah makanan segar terbahagi
kepada 3 jenis iaitu sayur-sayuran, ikan, dan daging.
LANGKAH 5
5
Klik pada mana-mana tajuk.
Klik pada mana-mana tajuk.
Apabila klik pada kotak definisi slide hanya akan menunjukkan definisi sahaja.
Apabila ingin kembali ke menu sebelumnya hanya klik pada butang rumah.
Apabila klik pada kotak sayur-sayuran slide akan menunjukkan nota dimana sayur-
sayuran terbahagi kepada dua subtopik kecil iaitu klasifikasi dan pemilihan dan
penyimpanan.
Sekiranya telah membuka klasifikasi sayur-sayuran dan ingin kembali pada pemilihan
dan penyimpanan makanan hanya klik pada anak panah untuk kembali. Tetapi pada
akhir slide untuk pemilihan dan penyimpanan, klik pada rumah dan ia akan kembali
slide ke 3 yang mengandungi 5 subtopik kecil makanan segar. Ianya turut sama
digunakan untuk tajuk-tajuk yang lain.
6
Klik pada rumah untuk kembali
Klik pada mana-mana tajuk.
Klik disini untuk kembali
LANGKAH 6
Setelah selesai nota dipaparkan klik pada button uji minda di homepage untuk
menguji minda pelajar dan juga untuk memastikan pembelajaran berlaku apabila
menggunakan koswer ini.
Pelajar akan “ klik di sini” dan akan terus di “hyperlink” ke soalan uji minda.
LANGKAH 7
Di soalan uji minda, teknik yang digunakan adalah Macro Enable yang mana
membolehkan pelajar menggerakkan gambar-gambar dan diletakkan ke dalam kotak
yang disediakan mengikut jenis makanan yang betul.
Terdapat button kembali untuk kembali ke slide uji minda.
Setelah itu “klik untuk ke homepage”
untuk kembali ke halaman utama untuk meneruskan aktiviti.
7
Klik disini untuk ke soalan uji minda.
Klik disini untuk kembali
Langkah 8
Butang yang harus di klik seterusnya adalah latihan yang mana untuk mengetahui
pemahaman pelajar melalui penilaian yang akan di buat oleh pelajar.
Butang latihan akan di “hyperlink” ke soalan-soalan yang telah disediakan.
Sekiranya pelajar menjawab dengan betul, slide jawapan yang betul akan ditunjukkan
dan dalam masa yang sama audio yang mengatakan jawapan betul akan berbunyi.
Pelajar akan ke soalan seterusnya dengan menekan butang “next”.
Tetapi sekiranya pelajar menjawab
jawapan yang salah slide jawapan
yang salah akan ditunjukkan dan
dalam masa yang sama audio yang mengatakan jawapan salah akan berbunyi.
Pelajar akan ke soalan yang sama dengan menekan butang anak panah kembali.
8
Klik pada gambar untuk menggerakaanya.
Klik pada jawapan.
Klik untuk ke soalan seterusnya.
LANGKAH 9
Sekiranya telah berjaya menjawab kesemua soalan dengan jayanya pelajar akan
“klik untuk ke homepage” untuk kembali ke halaman utama.
LANGKAH 10
9
Klik untuk ke soalan asal.
Klik disini untuk kembali
Butang terakhir ialah keluar yang mana menunjukkan sekian. Ini bermakna pelajar
telah selesai meneroka subtopik ini yang dihasilkan menggunakan powerpoint,
window movie maker, audio dan juga macro enable.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Kebaikan
1) Memperjelaskan penyampaian mesej
Penyampaian pengajaran lebih jelas dan mudah difahami kerana
mempunyai gambar, animasi, bunyi dan muzik.
2) Mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera
Dengan menunjukkan gambar, objek yang tidak dapat dibawa seperti
sayur, daging, ayam dan sebagainya boleh ditunjukkan dalam bentuk
video, menggunakan window movie maker.
3) Meningkatkan minat ndan interaktiviti dalam P&P
Dapat menarik minat pelajar yang pasif bersikap aktif.
Turut meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang subtopik
tersebut.
Penggunaan warna-warna yang menarik juga dapat menarik minat pelajar.
4) Menghasilkan pengalaman dan persepsi yang sama
Ini kerana penggunaan powerpoint, window movie maker, audio dan
macro enable di dalam sesuatu topik membolehkan ianya digunakan
berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asalnya.
Maka dapat membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat
tentang sesuatu konsep.
5) Memberi kuasa kawalan kepada pelajar
10
Penggunaan video membolehkann pelajar memainkan video,
memberhentikan atau mengulang kembali klip-klip yang berkaitan.
Membolehkan proses pembelajaran berlaku mengikut keperluan dan
tahap penerimaan pelajar bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar
semata-mata. Ia bermaksud sekiranya pelajar tidak faham, pelajar boleh
kembali ke nota sebelumnya.
Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan sendiri dan meningkatkan
motivasi.
6) Mengelakkan pelajar bosan berada di dalam kelas.
Kaedah tradisional menyebabkan pelajar mudah bosan kerana guru
hanya bercakap tanpa menggunakan gambaran yang lebih jelas.
Dengan menggunakan inovasi ini maka pelajar akan lebih fokus pada
pengajaran.
7) Penilaian pelajar lebih berkesan.
Menggunakan powerpoint dengan disertakan bunyi dapat menarik minat
pelajar untuk menjawab soalan dan lebih memberi kefahaman kepada
pelajar kerana jawapan diberikan pada masa itu juga.
Ini kerana pelajar hanya akan dibenarkan menjawab soalan yang
seterusnya sekiranya berjaya menjawab soalan tersebut dengan betul.
Sekiranya jawapan tersebut salah, maka pelajar mesti menjawab soalan
itu semula.
Keburukan
1) Guru mengambil masa yang lama untuk menyediakan nota untuk satu-satu
subtopik.
2) Tidak semua pelajar dapat menguasai ICT dengan baik, kerana tidak semua
pelajar berpeluang menggunakannya.
3) Memerlukan sekolah menyediakan alatan yang lengkap seperti komputer,
pembesar suara, skrin dan sebagainya untuk digunakan semasa sesi
pengajaran.
4) Bahan tidak dapat digunakan sekiranya berlaku masalah teknikal seperti tiada
elektrik ataupun sistem tergendala.
5) Data kemungkinan hilang kerana diserang virus.
6) Akan menyebabkan pelajar di sekolah luar bandar tercicir kerana kemudahan
teknologi masih kurang di kawasan luar bandar.
RUJUKAN
11
1. Pemilihan dan Penyimpanan makanan. Diambil dari
http://www.myert.net/v3/index2.php?
option=com_docman&gid=40&task=doc_view&Itemid=150 pada 25 oktober 2011.
2. Huraian sukatan pelajaran Ekonomi Rumah Tangga tingkatan 4& 5. Diambil dari
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Teknikal_13mp
/e%20rumah%20tangga.pdf pada 25 oktober 2011.
3. Powerpoint, movie maker, macro enable, hasil sendiri.
12