Download - Tugasan EDU3117

Transcript
Page 1: Tugasan EDU3117

1.0Konsep, Matlamat Dan Keperluan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di

Sekolah.

1.1Konsep Bimbingan Dan Kaunseling.

Dalam dunia yang serba moden kini, ilmu pengetahuan sangat diutamakan agar

kita dapat menjalani kehidupan seharian yang lancar. Terdapat banyak perkara yang

menjadi penting dalam hidup kita kini antaranya ialah tahap pendidikan, tahap

kewangan, institusi kekeluargaan dan banyak lagi. Perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling juga telah dianggap penting oleh sebahagian lapisan masyarakat.

Faktor cabaran yang dihadapi dalam menjalani kehidupan seharian menjadikan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin mendapat tempat. Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling diperlukan oleh golongan-golongan yang memerlukan

khidmat nasihat daripada pakar. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan

bidang yang memberi khidmat melalui motivasi, nasihat dan cadangan untuk

menambahbaik ataupun menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Sebelum kita pergi secara lebih terperinci berkaitan dengan Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling ini, adalah lebih baik jika kita mengetahui dan memahami

konsep Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Perkara yang asas perlulah

difahami terlebih dahulu agar dapat memudahkan kefahaman kita berkaitan dengan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini.

1

Page 2: Tugasan EDU3117

Bimbingan merupakan salah satu perkara yang tidak asing lagi dalam

kehidupan seharian kita. Adalah lebih tepat lagi jika saya nyatakan bahawa proses

bimbingan telah kita hadapi sejak kita kecil lagi. Sebagai contoh, ibu dan bapa kita

telah mendidik dan juga membimbing kita sejak kita semua masih kecil lagi. Kedua ibu

dan bapa kita telah menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri kita agar kita menjadi

insan yang berguna.

Selain daripada itu juga, proses bimbingan juga boleh kita anggap sebagai salah

satu proses yang membantu seseorang individu untuk membuat keputusan yang akan

memberi kesan kepada kehidupan mereka. Jika kita amati, kita dapat menganggap

bahawa proses bimbingan ini merupakan satu proses yang penting. Ia merupakan satu

proses yang penting kerana ia boleh mempengaruhi kehidupan seseorang individu

yang telah membuat sesebuah keputusan.

Menurut McDaniel dan Shaftel (1956), mereka berpendapat bahawa bimbingan

merupakan suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan

kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan. Dalam erti

kata yang lain, McDaniel dan Shaftel menyatakan bahawa proses bimbingan

merupakan proses yang merangkumi beberapa perkara asas iaitu orientasi maklumat

pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti

susulan. Setiap perkara asas yang telah dinyatakan ini merupakan elemen penting

dalam proses bimbingan dan setiap perkara asas tersebut saling berkaitan.

2

Page 3: Tugasan EDU3117

Seterusnya, menurut Abd Rahman Khalid (2005) pula, beliau memberi maksud

bimbingan sebagai satu konsep pendidikan yang melibatkan pengalaman yang

membantu setiap murid untuk memahami, menerima dirinya dan dapat menyesuaikan

diri secara efektif dalam masyarakat. Penerangan ini lebih merujuk kepada situasi

murid-murid yang masih belajar di sekolah. Beliau berpendapat bahawa, setiap

perkara yang dilalui oleh murid-murid ketika alam persekolahan merupakan salah satu

cara memberi bimbingan terhadapa murid-murid tersebut agar murid-murid tersebut

berupaya menerima kekurangan dan kelebihan diri, menyesuaikan diri dengan

keadaan sekeliling dan berupaya berkomunikasi dengan baik terhadap guru-guru dan

juga rakan-rakan di sekolah.

Secara asasnya, proses bimbingan merupakan satu proses memberi

pertolongan. Pertolongan diberikan oleh guru sebagai pembimbing kepada murid yang

memerlukan bimbingan dan juga nasihat. Pertolongan dan bimbingan yang diberikan

tidak seharusnya berkaitan dengan hal pelajaran sahaja, malahan pertolongan dan

bimbingan boleh diberi berkaitan dengan hal-hal disiplin, kewangan, kerjaya dan juga

hubungan sosial.

Daripada pendapat-pendapat yang telah dikeluarkan oleh tokoh-tokoh tersebut

berkenaan dengan proses bimbingan, di sini dapat disimpulkan bahawa proses

bimbingan merupakan salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh kita sebagai

warga guru untuk mendidik, membimbing, menasihati dan memberi bantuan dalam

usaha untuk menjamin masa depan murid-murid yang sihat dan positif.

3

Page 4: Tugasan EDU3117

Sementara itu, konsep kaunseling pula sedikit berlainan dengan konsep

bimbingan. Perkataan kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu

‘counselling’. Perkataan tersebut membawa maksud memberi bantuan psikologi dan

nasihat kepada seseorang. Secara umumnya, setiap individu sememangnya

memerlukan aktiviti kaunseling sama ada secara langsung ataupun secara tidak

langsung. Melalui aktiviti kaunseling, seseorang itu akan mendapat khidmat nasihat

dan tunjuk ajar daripada kaunselor dalam sesuatu bidang yang dirujuk oleh klien.

Pada hemat saya, kaunseling membawa maksud hubungan dan komunikasi

antara dua pihak dalam usaha untuk menyelesaikan konflik dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya, kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan masalah.

Adakalanya, kita mudah berasa terbeban dengan kerja-kerja ataupun tugasan-tugasan

yang diberikan oleh pihak pentadbiran kepada kita sebagai guru. Kerja kita bertambah

banyak sedangkan kita sebagai guru perlu membuat rancangan pengajaran harian,

alat bantuan mengajar dan juga langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Merujuk kepada Kamus Dewan (1998), sesi kaunseling merupakan satu proses

yang bersistematik yang melibatkan perbincangan yang rapi serta proses ini

melibatkan bimbingan dan juga nasihat dalam usaha untuk mengatasi dan

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang. Pengertian yang dikeluarkan

oleh Kamus Dewan ini bertepatan dengan pendapat daripada pihak Akta Kaunselor

(1998) yang menyatakan bahawa kaunseling sebagai satu proses hubungan menolong

yang mempunyai sistem berasaskan kepada prinsip psikologi yang dilakukan oleh

kaunselor professional.

4

Page 5: Tugasan EDU3117

Menurut Shertzer dan Stone (1974), mereka telah mendefinisikan kaunseling

sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan

persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan

menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan. Melalui petikan definisi

kaunseling daripada Shertzer dan Stone ini, dapat kita nyatakan bahawa sesi

kaunseling juga boleh dijadikan sebagai medium untuk menimba ilmu terutamanya

kepada murid. Sesi kaunseling membolehkan seseorang murid itu untuk melalui

proses pelajaran secara tidak langsung.

Sementara itu, Burks dan Stefflre (1979) pula merujuk sesi kaunseling sebagai

satu perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dengan klien. Menurut

kedua-dua tokoh tersebut, perhubungan ini biasanya bersifat bersemuka walaupun

pada sesetengah situasi sesi kaunseling ini melibatkan lebih daripada dua orang pada

satu-satu masa. Menurut mereka lagi, perhubungan ini dibentuk bertujuan untuk

membantu klien memahami dan membolehkan mereka menyatakan pandangan

berkaitan perihal kehidupan seharian mereka. Selain daripada itu juga, tujuan

perhubungan ini dibentuk adalah untuk mempelajari bagaimana mencapai matlamat

melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang

bersifat emosional dan interpersonal.

5

Page 6: Tugasan EDU3117

1.2Matlamat Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah.

Setiap pelaksanaan yang dijalankan oleh sesuatu pihak sudah tentunya

mempunyai sesuatu tujuan ataupun matlamat yang tertentu. Begitu juga dengan

pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah ini yang

sudah tentunya mempunyai tujuan ataupun matlamat yang ingin dicapai. Dengan

mempunyai tujuan ataupun matlamat yang ingin dicapai, sesuatu perancangan akan

memberi kesan dan berupaya membuahkan hasil yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilaksanakan untuk mencapai

beberapa matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat banyak matlamat yang telah

dirancang melalui pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini. Antara

matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang pertama ialah untuk mengubah

tingkah laku yang bermasalah kepada kehidupan yang lebih baik. Tingkah laku yang

tidak sihat sudah tentunya tidak dapat menjamin kesejahteraan dalam kehidupan

seharian kita. Oleh sebab itu, adalah sangat penting bagi kita untuk mengubah tingkah

laku yang negatif kepada tingkah laku yang positif. Sebagai contoh, jika seseorang

murid suka ponteng kelas dan tidak berminat dengan proses pengajaran dan

pembelajaran perlulah mengubah sikap yang tidak baik tersebut. Tingkah laku yang

tidak baik perlu diubah kerana sikap negatif tersebut tidak mendatangkan sebarang

kebaikan malahan sikap buruk yang dipamerkan akan memberi kemudaratan

terutamanya dari aspek pelajaran murid bermasalah itu.

6

Page 7: Tugasan EDU3117

Matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang kedua pula ialah untuk

membantu klien berkembang secara positif. Perkembangan klien yang positif adalah

sangat penting kerana ia dapat mengelakkan sebarang konflik antara klien dengan

orang yang terdapat di sekelilingnya contohnya jika klien yang baru sahaja mendapat

keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah dan sedang berada

dalam dilemma untuk membuat sesuatu keputusan sama ada memilih bidang sains

tulen yang disarankan oleh ibu dan bapanya ataupun memilih bidang teknikal yang

diminati oleh dirinya sendiri. Klien tersebut mungkin berasa bahawa jika memilih bidang

sains tulen, ibu dan bapanya akan gembira namun begitu perasaan klien itu sendiri

tidak berasa gembira. Sebaliknya, jika klien tersebut memilih bidang teknikal, klien juga

risau apabila memikirkan perasaan ibu dan bapanya yang mungkin kecewa dengan

pemilihan keputusan tersebut. Oleh itu, di sinilah perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling memainkan peranan yang penting dengan memberi khidmat nasihat dan

juga bimbingan agar klien dapat membuat keputusan yang dirasakannya tepat.

Seterusnya, matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ketiga pula

ialah agar klien dapat menguruskan kendiri secara efektif ketika berada dalam

kesulitan. Menurut kebiasaan, seseorang yang sedang ditimpa masalah dan sedang

berada dalam kesulitan lebih cenderung untuk mengabaikan perkara-perkara yang

penting. Mereka berasa sangat tertekan dan sesetengahnya berasa sedih apabila

ditimpa masalah dan kesulitan menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara

rasional. Tindakan mereka juga boleh memudaratkan dan memberi impak yang tidak

baik terhadap kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, jika seseorang klien

sedang menghadapi masalah kerana bapanya sedang sakit menyebabkan klien sering

7

Page 8: Tugasan EDU3117

berada dalam keadaan murung. Disebabkan klien sering kemurungan, klien tidak dapat

menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyebabkan tahap pencapaian klien

dalam pelajaran semakin merosot. Melalui situasi sebegini, perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling boleh diberikan kepada klien melalui berbagai-bagai cara. Kaunselor

perlulah cuba mendekati klien tersebut dan membina perspektif yang elok agar dapat

diterima oleh klien. Setelah itu, kaunselor perlulah memberi nasihat dan bimbingan agar

klien tidak berasa terbeban dengan masalah yang sedang menimpanya.

Matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang keempat pula ialah

bertujuan untuk meningkatkan keupayaan klien dalam memulakan dan meneruskan

perhubungan. Perkataan perhubungan boleh juga dianggap sebagai interaksi dan

kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi adalah sangat penting namun

terdapat klien yang menghadapi masalah komunikasi dan interaksi dengan orang lain.

Mereka lebih suka berdiam diri jika berada dalam sesuatu kumpulan. Selain daripada

itu juga, mereka seakan-akan sengaja memencilkan diri mereka daripada melibatkan

diri dalam sesuatu program. Perkara seperti ini berlaku kerana kurangnya kemahiran

intrapersonal dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Melalui situasi sebegini,

matlamat kaunselor ialah berusaha untuk mencari jalan supaya kemahiran interaksi

klien dapat ditingkatkan.

8

Page 9: Tugasan EDU3117

9

Mengubah tingkah laku yang bermasalah kepada kehidupan yang lebih baik

Untuk membantu klien berkembang secara positif

Agar klien dapat menguruskan kendiri secara efektif ketika berada dalam kesulitan

Untuk meningkatkan keupayaan klien dalam memulakan dan meneruskan perhubungan

M a t l a m a t B i m b i n g a n

& K a u n s e l i n g D i S e k o l a h

Page 10: Tugasan EDU3117

1.3Keperluan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap sekolah memerlukan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling. Terdapat banyak sebab yang mengukuhkan lagi hujah

mengapa setiap sekolah sangat memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Sebab yang pertama mengapa pihak sekolah memerlukan perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling ialah kerana unit bimbingan dan kaunseling boleh bertindak sebagai

pihak yang menyampaikan segala maklumat-maklumat penting di sekolah.

Kebiasaannya, masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ialah tidak mendapat

informasi ataupun maklumat yang jelas. Dengan terdapatnya unit bimbingan dan

kaunseling di sekolah, masalah penyampaian maklumat dan informasi kepada warga

sekolah dapat diselesaikan. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah boleh mengambil

langkah menyampaiakan informasi dan maklumat dengan cara menampal maklumat

penting pada papan kenyataan unit bimbingan dan kaunseling.

Seterusnya, sebab kedua mengapa pihak sekolah memerlukan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling ialah kerana murid dapat merujuk kaunselor untuk mendapat

gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu masalah yang dihadapi. Murid-murid boleh

juga merujuk kepada guru-guru yang lain tetapi adalah lebih baik sekiranya murid-murid

terus berjumpa dengan kaunselor untuk berbincang tentang permasalahan yang

dihadapi. Tindakan untuk terus merujuk kepada kaunselor adalah satu tindakan yang

wajar kerana kaunselor merupakan golongan yang telah terlatih untuk memberi

bimbingan dan nasihat kepada murid untuk menangani sesuatu masalah yang dihadapi.

Namun begitu, murid-murid tidak semestinya menerima bulat-bulat keputusan

kaunselor tetapi hendaklah mempertimbangkan terlebih dahulu pilihan yang ada.

10

Page 11: Tugasan EDU3117

Selain daripada itu, sebab ketiga mengapa pihak sekolah memerlukan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah bertujuan untuk meredakan ketegangan

dan rasa tidak puas hati yang timbul antara dua pihak. Jika kita mengambil contoh satu

situasi yang biasa berlaku di sekolah contohnya seorang murid berasa tidak puas hati

dengan tindakan seorang guru yang memarahinya kerana tidak menyiapkan tugasan

yang diberikan. Seorang kaunselor dari unit bimbingan dan kaunseling perlulah

berusaha menyelesaikan ketegangan yang berlaku antara dua pihak ini. Kaunselor

tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak dan kaunselor perlu menyatakan perkara

yang benar. Kaunselor perlu membantu mereka menerima perbezaan dan cuba untuk

mencapai persetujuan. Murid tersebut perlulah meminta maaf kepada guru kerana telah

melakukan kesilapan dengan tidak menyiapkan tugasan. Kaunselor juga perlulah

menerangkan kepada murid tersebut bahawa tujuan guru memarahinya ialah bertujuan

untuk mencegah murid tersebut daripada mengulangi kesilapan yang sama.

Akhir sekali, pihak sekolah memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

kerana di sekolah terdapat kegiatan-kegiatan dalam rangka atau program-program

pendidikan yang harus dilakukan oleh petugas sekolah yang bukan terdiri dari kalangan

guru. Di sinilah unit bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting mereka.

Contohnya, menjelang peperiksaan penting seperti UPSR, PMR dan SPM, pihak

bimbingan dan kaunseling akan menganjurkan berbagai-bagai program yang

berunsurkan motivasi kepada murid. Pengajuran program motivasi ini bertujuan untuk

menaikkan semangat murid untuk mencapai kejayaan. Program-program sebegini

sememangnya lebih baik dianjurkan oleh pihak bimbingan dan kaunseling kerana

mereka sememangnya mempunyai kemahiran dalam bidang sebegini.

11

Page 12: Tugasan EDU3117

12

Unit bimbingan dan kaunseling boleh bertindak sebagai pihak yang menyampaikan segala maklumat-maklumat penting

Murid dapat merujuk kaunselor untuk mendapat gambaran yang lebih jelas

Meredakan ketegangan dan rasa tidak puas hati yang timbul antara dua pihak

Program-program pendidikan yang harus dilakukan oleh petugas sekolah yang bukan terdiri dari kalangan guru

K e p e r l u a n P e r k h i d m a t an B i m b i n g a n

D a n K a u n s e l i n g

D i S e k o l a h

Page 13: Tugasan EDU3117

2.0Perbezaan Antara Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan Peranan

Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing.

Terdapat banyak aspek perbezaan antara peranan guru bimbingan dan

kaunseling dengan peranan guru biasa yang bertindak sebagai guru pembimbing.

Antara aspek perbezaan yang pertama ialah dari segi keutamaan yang diberikan. Bagi

guru bimbingan dan kaunseling, keutamaan diberikan dalam membentuk personaliti

murid manakala keutamaan yang diberikan oleh guru biasa sebagai guru pembimbing

ialah mata pelajaran yang diajarkan.

Perbezaan yang kedua pula ialah dari aspek keputusan ujian. Bagi guru

bimbingan dan kaunseling, keputusan ujian menunjukkan keperluan peribadi dan

pelbagai halangan untuk membuat penyesuaian diri. Manakala bagi guru biasa sebagai

guru pembimbing pula melihat keputusan ujian akan menentukan aras potensi

pencapaian dalam mana-mana mata pelajaran.

Perbezaan yang ketiga pula ialah dari aspek tahap kesensitifan dua golongan

guru ini. Guru bimbingan dan kaunseling dikatakan sentiasa sensitive dan peka

terhadap emosi keseluruhan murid di bilik darjah dan emosi murid secara individu

manakala guru biasa sebagai guru bimbingan dikatakan kurang sensitif terhadap emosi

yang disampaikan oleh murid-murid.

13

Page 14: Tugasan EDU3117

Seterusnya, perbezaan yang keempat pula ialah dari aspek kaedah mencapai

matlamat. Selalunya, guru bimbingan dan kaunseling menggunakan pelbagai cara

untuk mencapai kejayaan untuk disesuaikan dengan pelbagai tahap kecerdasan murid.

Manakala guru biasa sebagai guru pembimbing pula dikatakan hanya mengutamakan

pencapaian akademik murid tanpa mengambil berat kaedah pengajaran dan

pembelajaran.

Selain daripada itu, perbezaan yang kelima antara dua golongan guru ini ialah

dari aspek penyasaran gred. Kebiasaannya, guru bimbingan dan kaunseling

menganggap gred menunjukkan pelbagai jenis pencapaian misalnya pencapaian social,

psikologi, estetik dan lain-lain manakala guru biasa sebagai guru bimbingan

menganggap gred merupakan fungsi penilaian bagi pembelajaran mata pelajaran

sahaja.

Perbezaan yang terakhir pula ialah dari aspek kekerapan merujuk kepada pihak

yang lain. Bagi guru bimbingan dan kaunseling, golongan ini dikatakan sering

berbincang bersama kaunselor dan guru lain berkaitan dengan masalah antara murid.

Namun begitu, berbeza pula dengan guru biasa sebagai guru pembimbing yang

dianggap jarang merujuk kepada guru lain atau kaunselor tentang kemajuan ataupun

masalah yang dihadapi murid.

14

Page 15: Tugasan EDU3117

ASPEK

PERBEZAAN

Guru Bimbingan Dan

Kaunseling

Guru Biasa Sebagai Guru

Pembimbing

KEUTAMAAN

Membentuk personaliti murid

lebih diutamakan.

Mata pelajaran diberikan

keutamaan

KEPUTUSAN

UJIAN

Keputusan ujian menunjukkan

keperluan peribadi dan

pelbagai halangan untuk

membuat penyesuaian diri.

Keputusan ujian menentukan aras

potensi pencapaian dalam mata

pelajaran.

TAHAP

KESENTITIFAN

Sentiasa sensitif terhadap

emosi keseluruhan murid di

bilik darjah dan emosi murid

secara individu.

Kurang sensitif terhadap emosi

murid.

KAEDAH

MENCAPAI

MATLAMAT

Pelbagai cara untuk mencapai

kejayaan bagi pelbagai

kecerdasan amatlah penting.

Mengutamakan pencapaian

akademik murid tanpa mengambil

berat kaedah pengajaran dan

pembelajaran.

PENYASARAN

GRED

Gred menunjukkan pelbagai

jenis pencapaian misalnya

pencapaian sosial psikologi,

estetik dan lain-lain.

Gred merupakan fungsi penilaian

bagi pembelajaran mata pelajaran

sahaja.

KEKERAPAN

MERUJUK

KEPADA

ORANG LAIN

Masalah pelajar sering

dibincang dengan kaunselor

dan guru lain.

Jarang merujuk kepada kaunselor

atau guru lain tentang kemajuan

murid.

15

Page 16: Tugasan EDU3117

3.0Pandangan Salah Terhadap Tugas-Tugas Guru Bimbingan Dan Kaunseling Di

Sekolah.

Melalui pemerhatian saya sepanjang menjalankan program pengalaman

berasaskan sekolah dan juga praktikum di beberapa buah sekolah yang berlainan, saya

dapati bahawa terdapat satu persamaan yang dipunyai oleh unit bimbingan dan

kaunseling di setiap sekolah tersebut. Saya juga percaya sekolah-sekolah lain yang

terdapat di luar sana juga mempunyai persamaan yang telah dinyatakan. Persamaan

yang saya maksudkan itu ialah unit bimbingan dan kaunseling di sekolah mempunyai

satu ruangan dan bilik khas untuk unit bimbingan dan kaunseling manjalankan aktiviti.

Pada hemat saya, kemudahan bilik yang disediakan oleh pihak sekolah kepada

unit bimbingan dan kaunseling amatlah bagus kerana setiap aktiviti bimbingan dan

kaunseling dapat dijalankan secara sulit dan di luar pengetahuan umum. Seperti yang

kita semua maklum, guru-guru bimbingan dan kaunseling mempunyai tugas yang

penting untuk membantu memberi pertolongan dan juga khidmat nasihat kepada klien-

klien yang merujuk kepada mereka. Di sekolah-sekolah, klien yang dimaksudkan itu

ialah murid-murid sekolah itu sendiri dan tidak mustahil juga terdapat rakan guru yang

memerlukan khidmat nasihat daripada guru bimbingan dan kaunseling.

16

Page 17: Tugasan EDU3117

Walaupun kita semua sudah umum dengan tugas guru bimbingan dan

kaunseling, namun begitu masih ramai golongan yang salah memberi tanggapan dan

pandangan terhadap tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Golongan

yang masih tidak mengerti akan tugas-tugas sebenar guru bimbingan dan kaunseling

akan menganggap bahawa semua guru bimbingan dan kaunseling hanya perlu

menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Tanggapan ini nyata

sangat tidak tepat kerana guru bimbingan dan kaunseling tidak bertanggungjawab

menyelesaikan masalah murid yang merujuk kepada mereka tetapi guru bimbingan dan

kaunseling hanya boleh memberi langkah mengatasi masalah dan juga menasihati

murid untuk berhadapan dengan masalah dengan cara yang betul.

Jika kita lihat secara umum, murid-murid di sekolah tidak memanfaatkan guru

bimbingan dan kaunseling dengan sebaik-baiknya bahkan terdapat juga dari kalangan

murid yang tidak mengendahkan kewujudan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Hal ini berlaku kerana murid-murid memandang serong guru bimbingan dan kaunseling

di sekolah mereka. Murid di sekolah juga mempunyai tanggapan yang salah terhadap

tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Tanggapan salah terhadap tugas guru bimbingan dan kaunseling di sekolah

yang pertama ialah murid berasakan bahawa sesi kaunseling ini hanyalah untuk

golongan-golongan yang bermasalah sahaja. Golongan bermaslah yang dimaksudkan

ialah seperti murid-murid yang suka ponteng sekolah, menghisap rokok, bertindak

mencabar integriti guru, kerap bergaduh dengan rakan dan juga murid-murid yang tidak

cemerlang dalam pendidikan. Tanggapan ini nyata salah kerana guru bimbingan dan

kaunseling bertugas untuk semua golongan sama ada bermasalah ataupun tidak.

17

Page 18: Tugasan EDU3117

Tanggapan salah terhadap tugas guru bimbingan dan kaunseling di sekolah

yang kedua pula ialah terdapat individu yang menuduh guru bimbingan dan kaunseling

hanya duduk bersahaja di sekolah dan malas kerana guru bimbingan dan kaunseling

tidak mempunyai masa mengajar seperti guru-guru biasa yang lain. Tanggapan yang

kedua ini juga jelas tidak rasional. Mereka yang mempunyai tanggapan sebegini sudah

tentunya tidak memahami tugas dan kerja yang dilakukan oleh guru bimbingan dan

kaunseling.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga guru bimbingan dan kaunseling

yang tidak mempunyai masa mengajar di sekolah, namun perkara itu tidak semestinya

menggambarkan guru bimbingan dan kaunseling tidak melakukan kerja. Mereka tidak

mengajar tetapi mereka juga mempunyai tugas lain yang saya kira lebih mencabar

daripada tugas guru-guru biasa. Ini kerana, guru bimbingan dan kaunseling perlu

memerah otak untuk menghasilkan jalan untuk membantu murid menyelesaikan

masalah yang dihadapi terutama sekali jika masalah tersebut berkaitan dengan

penguasaan ilmu sesuatu mata pelajaran.

Mereka tidak mempunyai jadual mengajar kerana ia bertujuan untuk

mewujudkan sistem bimbingan dan kaunseling yang mantap, berterusan dan tersedia

setiap masa untuk murid. Tambahan pula, mereka bertanggungjawab untuk

mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang murid yang berada di

sekolah tersebut.

18

Page 19: Tugasan EDU3117

Seterusnya, tanggapan salah terhadap tugas guru bimbingan dan kaunseling di

sekolah yang ketiga pula ialah terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab

mengatakan bahawa guru bimbingan dan kaunseling sering kali melakukan perkara

yang tidak bermoral dan tidak menggambarkan profesinalisme sebagai seorang

kaunselor. Proses kaunseling individu hanya melibatkan seorang kaunselor dan juga

seorang klien, justeru perkara ini sering kali menimbulkan syak wasangka di kalangan

warga sekolah.

Tuduhan yang tidak berasas seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana guru

bimbingan dan kaunseling perlu mematuhi etika sebagai seorang kaunselor. George

dan Cristiani (1990), telah menyatakan dengan jelas bahawa sesi kaunseling sebagai

aktiviti-aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha klien melibatkan diri

dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah

klien mereka.

Disebabkan itu, tanggapan negatif ini tidak patut dilontarkan kepada guru

bimbingan dan kaunseling kerana guru bimbingan dan kaunseling telah memberi segala

nasihat dan bimbingan untuk cuba membantu klien mereka. Selain daripada itu juga,

guru bimbingan dan kaunseling merupakan kerjaya yang profesional dan telah diberi

latihan yang mantap sebelum melayakkan diri mereka menjadi guru bimbingan dan

kaunseling. Jadi adalah tidak wajar sama sekali jika golongan di bidang profesional ini

untuk melakukan kerja-kerja yng tidak bermoral seperti tanggapan salah yang

dilemparkan ini.

19Guru bimbingan dan kaunseling hanya perlu menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Sesi kaunseling ini hanyalah untuk golongan-golongan yang bermasalah sahaja

Guru bimbingan dan kaunseling tidak mempunyai masa mengajar seperti guru-guru biasa

Melakukan perkara yang tidak bermoral dan tidak menggambarkan profesinalisme sebagai seorang kaunselor

P a n d a n g a n S a l a h

T e r h a d a p T u g a s G u r u

B i m b i n g a n &

K a u n s e l i n g D i S e k o l a h

Page 20: Tugasan EDU3117

4.0Bagaimana Guru Bimbingan Dan Kaunseling Menghadapi Kes Klien Yang

Enggan Memberi Kerjasama, Bersikap Prejudis Dan Pasif.

Dalam usaha murni guru bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-

murid mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan, masih terdapat juga

segelintir murid yang tidak sudi untuk memberikan kerjasama. Pada pandangan saya,

murid-murid yang tergolong dalam kategori ini tidak sudi memberikan kerjasama

disebabkan beberapa faktor contohnya mereka berasa malu untuk meluahkan masalah

mereka terhadap orang lain. Mereka berpendapat bahawa, menceritakan masalah

kepada sahabat handai lebih elok berbanding dengan menceritakan masalah mereka

dengan guru bimbingan dan kaunseling. Selain daripada itu, murid-murid yang tidak

bekerjasama juga mungkin mempunyai sifat tidak mempercayai guru bimbingan dan

kaunseling. Mereka mungkin pernah menceritakan sesuatu masalah yang dihadapi

kepada guru-guruyang lain, tetapi guru berkenaan telah menceritakan masalah murid

tersebut kepada individu yang lain. Perkara sebegini membuatkan murid berkenaan

berasa malu dan telah membuat keputusan untuk tidak mempercayai orang lain.

Disebabkan terdapat golongan murid yang enggan memberikan kerjasama,

bersikap prejudis dan pasif, jadi semua guru bimbingan perlu mempunyai kaedah dan

juga strategi yang bagus untuk menghadapi kes klien yang telah dinyatakan tadi. Antara

contoh strategi bagaimana guru bimbingan dan kaunseling menghadapi kes klien yang

tidak memberikan kerjasama, yang pertama sekali ialah guru bimbingan dan kaunseling

itu sendiri perlu mengenal pasti faktor yang menyebabkan kenapa klien tidak mahu

memberikan kerjasama. Klien yang enggan memberikan kerjasama dalam

perbincangan haruslah diatasi dengan segera. Jika langkah yang pertama ini dilakukan

20

Page 21: Tugasan EDU3117

oleh guru bimbingan dan kaunseling, maka saya pasti ia akan dapat memudahkan guru

bimbingan dan kaunseling membuat perancangan untuk mendekati kliennya dengan

lebih mendalam lagi. Antara cara yang boleh dilakukan oleh guru bimbingan dan

kaunseling untuk mengenal pasti masalah ialah dengan bertanya kepada diri klien itu

sendiri dan juga sesiapa yang rapat dengan diri klien.

Seterusnya, kaedah kedua yang boleh dilakukan oleh guru bimbingan dan

kaunseling untuk menghadapi klien yang enggan memberikan kerjasama ialah dengan

menggunakan pendekatan yang positif untuk mengatasi masalah keengganan klien

untuk memberikan kerjasama. Sebagai contoh,guru bimbingan dan kaunseling haruslah

menggunakan cara yang boleh membina hubungan baik dan menolong klien yang

merujuk kepadanya. Guru bimbingan dan kaunseling perlu membantu kliennya untuk

memahami mengapa kliennya bersikap sedemikian dan nyatakan konflik dalaman yang

terlibat. Guru bimbingan dan kaunseling perlu membimbing klien dengan komited

walaupun ia mengambil masa yang lama dan ini akan memudahkan guru bimbingan

dan kaunseling untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bertujuan untuk

menambahbaik proses kaunseling yang telah dijalankan. Oleh sebab itulah, para guru

bimbingan dan kaunseling perlu mengambil inisiatif secara positif dalam usaha

membantu klien agar klien tersebut dapat dibimbing dan dibantu menyelesaikan

sesuatu konflik yang dihadapi.

21

Page 22: Tugasan EDU3117

Selain daripada itu, kaedah ketiga yang boleh dilakukan oleh guru bimbingan

dan kaunseling untuk menghadapi klien yang enggan memberikan kerjasama ialah

dengan memperbetulkan sikap guru bimbingan dan kaunseling itu sendiri. Guru

bimbingan dan kaunseling yang hendak membimbing kliennya mestilah mempunyai

sikap yang terpuji contohnya mempunyai sikap bertoleransi dan tidak bersikap prejudis

terhadap klien. Setiap klien yang datang berjumpa dengan kaunselor sama ada secara

sukarela atau tidak sedang mengalami masalah yang tersendiri. Guru bimbingan dan

kaunseling yang mempunyai komitmen yang tinggi akan cuba melihat bagaimana

kliennya mempersepsikan masalah yang dihadapi dan ini mempunyai kaitan dengan

tahap penerokaan dalam proses kaunseling. Jika kaunselor dapat menonjolkan sifatnya

sebagai orang yang bersikap terbuka, menerima penceritaan daripada klien, ikhlas

hendak menolong dan memahami diri kliennya, lambat laun ia akan dapat mengatasi

sikap klien yang degil tersebut untuk menjadi lebih bekerjasama.

Akhir sekali, kaedah keempat yang boleh dilakukan oleh guru bimbingan dan

kaunseling untuk menghadapi klien yang enggan memberikan kerjasama ialah dengan

menaruh harapan secara realistik dan mengikut situasi. Guru bimbingan dan kaunseling

hendaklah mempunyai harapan yang realistik terhadap kejayaan proses kaunseling

mereka. Dengan cara begini, guru bimbingan dan kaunseling tidak akan berasa

tertekan dan proses berkomunikasi akan lebih bersifat membantu. Kaunselor perlu

memastikan klien merasakan dirinya dihormati dan tidak terancam. Persepsi positif

klien terhadap kaunselor adalah penting supaya klien dapat menunjukkan sikap yang

berterus terang. Penumpuan harus diberikan kepada kefahaman kendiri klien kerana

perkara utama yang difikirkan oleh klien yang enggan bekerjasama adalah soal kendiri.

22

Page 23: Tugasan EDU3117

23

Mengenal pasti faktor yang menyebabkan kenapa klien tidak mahu memberikan kerjasama

Menggunakan pendekatan yang positif untuk mengatasi masalah keengganan klien untuk memberikan kerjasama

Memperbetulkan sikap guru bimbingan dan kaunseling itu sendiri

Menaruh harapan secara realistik dan mengikut situasi

P a n d a n g a n S a l a h

T e r h a d a p T u g a s G u r u

B i m b i n g a n &

K a u n s e l i n g D i S e k o l a h

Page 24: Tugasan EDU3117

Refleksi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur saya kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan juga rahmat

daripada-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan subjek Bimbingan dan Kaunseling

Kanak-Kanak EDU3107 ini. Selain daripada itu juga, saya juga memanjatkan setinggi-

tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memudahkan proses kerja untuk

menyiapkan tugasan subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU3107 ini.

Pada bulan januari yang lalu, pensyarah yang mengajar subjek Bimbingan dan

Kaunseling Kanak-Kanak EDU3107 ini iaitu Encik Mohd Roslan Bin Aroff telah

mengagihkan tugasan ini kepada kami. Setelah kertas soalan diedarkan kepada kami,

beliau telah memberi penerangan yang mendalam berkenaan dengan langkah

menyiapkan tugasan subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU3107 ini.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan subjek Bimbingan dan Kaunseling

Kanak-Kanak EDU3107 ini, terdapat beberapa perkara yang telah saya pelajari. Apa

yang telah saya pelajari ini amat berguna kepada saya yang berada dalam profesion

perguruan ini. Apa yang telah saya pelajari dapat membantu saya untuk lebih

memahami sifat-sifat dan tingkahlaku murid-murid yang sedang berada dalam proses

perkembangan fizikal dan juga kognitif.

24

Page 25: Tugasan EDU3117

Antara perkara-perkara yang telah saya pelajari ialah seperti saya perlu

menghadapi kerenah murid yang berbagai, saya juga perlu membantu menasihati

murid jika seseorang murid itu mempunyai masalah dan juga saya perlu

mengutamakan murid lebih daripada keutamaan diri saya sendiri. Perkara-perkara

sebegini menunjukkan bahawa murid-murid kita amat penting diberi perhatian yang

penuh kerana mereka merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pensyarah saya iaitu

Encik Mohd Roslan Bin Aroff kerana tidak berputus asa mencurahkan ilmu terhadap

anak didik beliau ini tanpa rasa jemu. Segala ilmu yang telah dicurahkan oleh beliau

terutamanya berkenaan dengan subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

EDU3107 ini amat berguna dan boleh dipraktikkan ketika mengajar di sekolah kelak.

Oleh itu, saya berharap agar pihak pensyarah dapat menerima hasil kerja saya ini

dengan hati terbuka dan saya juga berharap agar hasil kerja saya ini mendapat respon

yang positif daripada pihak pensyarah semua. Sekian, terima kasih.

25

Page 26: Tugasan EDU3117

Bibliografi

1. Zahbah b. Lep, & Mohd. Daud b. Salleh (Eds.). (2007). Himpunan Kajian Kes

Kaunseling GBK Negeri Johor.(1st ed.). Didik Watan Sdn. Bhd.

2. Muhd. Mansur Abdullah, & Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993). Pengantar

Kaunseling. (1st ed.).Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Muhd. Mansur Abdullah (1993). Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah. (2nd ed.).

Fajar Bakti.

4. Muhd. Mansur Abdullah, & Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993). Proses

Kaunseling. (3rd ed.).Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Ishammudin Hj Ismail, 1993, Panduan Asas Kaunselor Muslim, Aras Mega (M)

Sdn. Bhd.

6. Kisah Kelas Kita. (n.d.). http://kisahkelaskita.blogspot.com/2011/01/edu-3107-

tutorial.html

7. Kaunseling. (n.d.). November 22, 2005, from http://gurukaunseling.blogspot.com/

26

Page 27: Tugasan EDU3117

27


Top Related