Download - TUGASAN 2 KRM3053.pdf
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
1/13
RIS
SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KRM 3053 : KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
UPSI 12 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SIMBA ANAK JELUM D20102046661 014-8701997
TUTOR E-LEARNING: DR. MAZLINI BINTI ADNAN
TARIKH SERAH: 27 APRIL 2014
TUGASAN 2
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
2/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 2
TAJUK 1 : HEURISTIK ANALOGI
Untuk menyelesaikan masalah dengan cara analogi, Novick dan Holyoak (1991) telah
menyenaraikan empat langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru. Iaitu retrieval , mengenalpasti
masalah yang hampir sama dan sudah pernah diselesaikan sebelum ini. Seterusnya,melaksanakan proses mapping , iaitu membentuk kaitan masalah yang sedang dihadapi (target
problem). Kaedah ini memerlukan pelajar mengimbas kembali pengalaman lepastentang soalan
tersebut. Kemudian mengadakan adaptation , iaitu penyesuaian cara penggunaan prosedur yang
sama untuk masalah baru yang dihadapi. Akhir sekali, proses learning , iaitu menentukan skema
abstrak secara keseluruhan untuk masalah yang dihadapi.
Pengalaman lepas (previous experience) : Murid telah belajar bagaimana untuk
membundarkan kepada sa terdekat
Masalah baru : Murid diarahkan untuk membundarkan kepada puluh terdekat. Kedua -
dua kaedah pembundaran adalah asma. Oleh yang demikian, murid boleh menggunakan strategi
yang sama berdasarkan pengalaman lepas untuk menyelesaikan masalah yang baru.
Aktiviti Pengajaran
Kelas : 2 Iswara
Masa : 7.45 am 8.15 am
Bidang : Nombo
Tajuk : Nombor Bulat Hingga 1 000
Tandard kandungan : Membundarkan sebarang nomborh ingga 1000 kepada puluh dan ratus
yang terdekat
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
3/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 3
Langkah Pengajaran
Permulaan pengajaran, guru memberikan set induksi kepada murid.
~ Guru memberikan satu situasi kepada murid.
Semasa dalam perjalanan menghantar barang dari Bandar Tawau ke Luasong, tiba -tiba lori
yang dipandu oleh Pak Cik Husin mengalami kemalangan. Salah sebuah tayar lori Pak Cik
Husin meletup. Pak Cik Husin perlu mencari bengkel yang terdekat untuk membaiki tayar lori
yang meletup itu. Lokasi kemalangan berada di antara Bengkel Ah Beng dan juga Bengkel
Ringgo. Pada pandangan kamu, bengkel yang mana akan dipilih oleh Pak Cik Husin untuk
membaiki tayar lori yang meletup itu?
-Proses Retrival
~ Seterusnya guru mengeluarkan kad gambar dan kad garis nombor. Guru menerangkan
kegunaan kad gambar dan kad garis nombor tersebut dan dilekatkan pada papan putih.
Bengkel Ah Beng Lori Pak Cik Husin Bengkel Ringgo
450 451 452 453 454 455 456 457 458 459 460
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
4/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 4
Proses Mapping dan Adaptation
254 adalah hampir dengan 250.
Oleh itu, 454 dibundarkan kepada puluh yang terdekat ialah 450.
Disitu letaknya Bengkel Ah Beng
Bengkel Ah Beng Lori Pak Cik Husin Bengkel Ringgo
450 451 452 453 454 455 456 457 458 459 460
Proses Mapping dan Adaptation
457 adalah hampir dengan 460.
Oleh itu, 457 dibundarkan kepada puluh yang terdekat ialah 460.
Disitu letaknya Bengkel Ringgo.
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
5/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 5
~ Guru kemudiannya menerangkan konsep pembundaran yang pernah diajarkan kepada murid.
Bundarkan kepada puluh yang terdekat
762 6
7630
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Kurang / kekalkan nombor Banyak / tambahkan satu
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
6/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 6
Lembaran Kerja
Nama :_________________________________ Tarikh :_________________
Asuh Minda: Bundarkan nombor berikut kepada puluh yang terdekat.
a. 291 = b. 829 =
c. 955 = d. 411 =
e. 268 = f. 548 =
g. 423 = h. 355 =
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
7/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 7
TAJUK 2 : HEURISTIK GAMBAR RAJAH JALUR
Heuristik melukis gambar rajah merupakan satu strategi yang amat berguna dan dapat
membantu pelajar membuat perwakilan / model matematik secara separa konkrit ( semi-concrete )
dan seterusnya membantunya menyelesaikan masalah. Heuristik gammbarajah boleh membantu
pelajar memahami sesuatu masalah dengan lebih jelas. Selepas melukis gambarajah secara kasar
tetapi jelas, pelajar boleh menandakan maklumat yang diberikan dalam masalah pada
gambarajah itu. Penggunaan heuristik gambar rajah ini sesuai digunakan dalam menyelesaikan
masalah dalam bentuk ayat matematik. Masalah diwakilkan secara visual dengan menggunakan
gambar rajah yang mudah dan ia juga dapat membantu murid memahami konsep.
Aktiviti Pengajaran
Kelas : 4 Kembara
Masa : 8.15 am 8.45 am ( 30 minit)
Bidang : Nombor Dan Operasi
Tajuk : Pecahan
Standard Kandungan : 7.5 (i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan
penolakan dua pecahan wajar dengan menggunakan pelbagai strategi.
Langkah Pengajaran:
Permulaan pengajaran, guru melaksanakan set induksi. Selepas itu ;
~ Guru memanggil ketua kumpulan ke depan untuk mengambil bahan manipulatif.
Baiklah, sekarang cikgu minta setiap ketua kumpulan untuk datang ke depan mengambil bahan
pengajaran kita sebentar lagi.
Bahan tersebut ialah satu soalan dalam bentuk ayat matematik dan kad gambar reben. Soalan
ayat matematik tersebut ialah :
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
8/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 8
Sabariah membeli 3m reben. Dia menggunakan daripada reben
itu untuk mengikat sebuah hadiah.
Hitung panjang, dalam m , reben yang masih belum diguna?
~ Guru meminta murid menyenaraikan maklumat yang terdapat dalam soalan kepada bentuk
gambar rajah.
Sekarang cikgu mahu dalam kumpulan kamu, cuba senaraikan maklumat yang ada dalam
soalan tu. Pertama sekali kamu perlu tahu, berapakah panjang reben yang ada dengan Sabariah?
Semua sudah dapat?
Kemudian, berapa panjang reben yang telah diguna oleh Sabariah?
Dan yang terakhir, kamu perlu tahu apa yang diminta oleh soalan kamu tu.Kalau masih kurang faham, kamu boleh panggil cikgu dan cikgu akan tolong kamu.
3m
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
9/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 9
a. Reben = 3 meter
b. Reben yang telah diguna =
c. Baki reben yang belum diguna = ?
~ Guru bertanya kepada murid
Reben tersebut telah dibahagi kepada berapa bahagian?
Kemudian murid menjawab Ada 5 bahagian cikgu. berdasarkan maklumat b iaitu pecahan .
Seterusnya, guru mengarahkan murid untuk mewakilkan reben tersebut dengan sebuah gambar
rajah jalur seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Sekarang, cikgu mahu kamu wakilkan reben tersebut dengan jalur yang ada 5 bahagian. Cikgu
mahu setiap murid cuba lukis sendiri jalur masing- masing.
3m
Semua sudah lukis rajah jalur masing -masing?
Bagus!
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
10/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 10
~Langkah seterusnya, guru meminta murid untuk menunjukkan pecahan yang mewakili reben
yang telah digunakan.
Sekarang cikgu mahu kamu lorek atau warnakan berapa bahagian yang telah digunakan oleh
Sabariah untuk mengikat hadiah.
3m
~ Kemudian, guru meminta murid untuk menukarkan nilai pecahan reben yang telah digunakan
kepada bentuk meter ( m ).
Baiklah, kalau sudah lorek dan warnakan bahagian yang diguna. Sekarang cikgu mahu kamu
tukar nilai pecahan tu kepada bentuk meter ( m ). Boleh?
1.8 m
x 3 m = 1.8 m
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
11/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 11
Bagus, nampaknya kamu masih ingat apa yang cikgu ajar dulu tentang cara penukaran nilai
bentuk pecahan kepada unit yang diminta. Iaitu dengann menDA..RAB pecahan dengan
jumlah keseluruhan reben. Kita perlu darab dengan berapa?
(3 cikgu.)
Pandai!
~ Akhir sekali, guru meminta murid menyelesaikan masalah ayat matematik yang diberi
berdasarkan maklumat perwakilan yang telah dilaksanakan.
Baiklah sekarang semua maklumat sudah ada, jadi cikgu mahu kamu selesaikan berapa meter
(m ) reben yan g belum diguna. Boleh kira sekarang.
Reben = 3m
Reben yang telah diguna = 1.8 m Reben yang belum diguna = 1.2 m
a. Reben = 3 meter
b. Reben yang telah diguna = @ 1.8 m
c. Baki reben yang belum diguna = 3 m 1.8 m
= 1.2 m
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
12/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 12
Bahan :
Kad Soalan
Kad Gambar Reben
Lembaran Kerja :
1. Sebekas guli diagihkan kepada Ali dan Ahmad. Bilangan guli yangdiperoleh Ali adalah 3 kali bilangan guli yang diperoleh Ahmad. Jika
Ali mendapat 165 biji guli, kira jumlah guli di dalam bungkusan itu.
2. Pak Tamrin ada 189 biji buah ciku. Dia memberi 39 biji kepada Amir.Baki buah ciku itu dibahagikan secara sama banyak kepada anak-
anak jirannya iaitu Lee Chong, Thambi dan Misbun. Kirakan jumlahbuah ciku yang diterima oleh Misbun.
-
8/10/2019 TUGASAN 2 KRM3053.pdf
13/13
SIMBA ANAK JELUM D2 1 2 46661
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK 13
Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik
Tahun 2. Kuala Lumpur: Bahagian pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2013). Dokumen Standard Sekolah Rendah Matematik
Tahun 4. Kuala Lumpur: Bahagian pembangunan Kurikulum.
Mohd Uzi, (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Melalui Penyelesaian Masalah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Shah & Mohd Uzi, (2013). Modul KRM3073 Pengajaran Matematik Sekolah Rendah.
Tanjung Malim: Pusat Program Luar.
Noor Shah, Kor Liew Kee, Mohd Uzi & Rosidah Ahmad, (2014). Modul KRM3053 Kemahiran
Dalam Matematik Sekolah Rendah. Tanjung Malim. Pusat Program Luar.