Download - TUGASAN 1 KRM3073
PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KRM 3073
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN E-LEARNING
UPSI03 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR D20111050016 0123898573
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD
TARIKH SERAH: 05 APRIL 2014.
PEMARKAHAN
1
2
TUGASAN 1
TUGASAN 2
JUMLAH
TUGASAN 1
2
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. 0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
10.0
PENDAHULUAN
TUJUAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PERKAITAN DI ANTARA KBKK, PEMIKIRAN
REFLEKTIF DAN METAKOGNITIF
CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS
CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF
EMPAT ISU KEMAHIRAN BERFIKIR YANG MENJADI
CABARAN KEPADA GURU
EMPAT CADANGAN TINDAKAN ATAU KAEDAH YANG
BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK MENANGANI
MASALAH KEMAHIRAN BERFIKIR
CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR BAGI
MATA PELAJARAN MATEMATIK
RUMUSAN
RUJUKAN
3
3
4
4 - 5
6
6
7 - 9
9 - 11
11 - 12
12
3
1.0 Pendahuluan
Pemikiran merupakan suatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
untuk memahami sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat
pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap suatu proses yang dialami.
Berfikir secara kritis bermaksud kecekapan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea.meneliti kebernasan dan kelemahan
sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan
dan bukti.
Berfikir secara kreatif bermaksud kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan
idea, mencipta sesuatu yang baharu, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan, meneroka dan mencari makna,
pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.
2.0 Tujuan kemahiran berfikir :
- mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan baik.
- mengaplikasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
- menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.
- mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.
- meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan seterusnya perkembangan intelek
mereka.
- bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan
diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti
serta berani memberi pandangan dan kritikan.
4
3.0 Perkaitan di antara KBKK, Pemikiran Reflektif dan Metakognitif.
Menurut Birchell (1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-
pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan-kemungkinan tindakan
alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta
menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Metakognitif merupakan sesuatu jenis pemikiran yang berfungsi merancang,
mengawal, menyemak dan menilai segala proses pemikiran kognitif yang merangkumi
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
4.0 Contoh kemahiran berfikir secara kritis:
Pemikiran Kritis ialah menggunakan cara berfikir untuk menganalisis, mentafsir dan
menilai sesuatu perkara atau masalah secara rasional dan logikal. Pemikiran Kritis
berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berdasarkan
analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapi.
Perkaitan dengan pengalaman-
pengalaman sedia ada
Pemikiran Reflektif
Refleksi/ renung kembali
(pemikiran metakognitif
Penyelesaian masalah
Pemikiran Kritis dan Kreatif
5
Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir secara kritis
sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan
kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah.
Menurut Webster’s New Encylopedic All New 1994 Edition, kritis bermaksud “Using
or involving careful judgment” atau berfikir secara kritis sebagai berfikir secara cermat
sebelum mendapatkan sesuatu rumusan atau keputusan. Kemampuan berfikir secara
kritis memerlukan seseorang membuat keputusan yang logik beserta dengan
kepercayaan terhadap apa yang dibuat. Proses pemikiran bermula dengan proses
menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkatkan pemahaman.
Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati -hati,
mencari bukti yang sah serta bukti kukuh sebelum membuat keputusan. Pascarella dan
Terenzini (1991,2005) pula mendefinisikan pemikiran kritis sebagai kebolehan individu
untuk mengenalpasti isu-isu dan membuat andaian untuk dibahaskan serta mengenal
pasti hubungan penting untuk mendapatkan rumusan yang tepat daripada maklumat
yang sedia ada. Di antara kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis adalah:
- membanding dan membeza.
- membuat kategori
- meneliti bahagian-bahagian kecil dari keseluruhan.
- menerangkan sebab.
- membuat sekuen atau urutan
- menentukan sumber yang dipercayai.
- membuat ramalan
- mengusul periksa andaian
- membuat inferens.
6
5.0 Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
Menurut Munandar (1999), berfikir secara kreatif yang disebut juga sebagai
berfikir secara divergen bermaksud memberikan pendapat atau pandangan tentang
pelbagai kemungkinan yang akan berlaku dan mendapatkan sesuatu jawapan yang
akan memberikan penekanan terhadap maksud yang seragam dan bersesuaian.
Puccio dan Mudock (costa, ed.,2001), pula menyatakan bahawa berfikir secara
kreatif melibatkan proses kognitif dan metakognitif dalam mengenal pasti masalah,
menyusun pertanyaan, mengenal pasti data yang relevan dan tidak relevan,
menghasilkan idea-idea yang berlainan, menghasilkan idea-idea baru, bersikap
terbuka, berani bertanggungjawab, bertindak cepat, bersikap atau berpandangan
bahawa sesuatu adalah sebahagian daripada keseluruhan yang kompleks dan
memanfaatkan cara berfikir orang lain yang kreatif serta bersikap sensitif terhadap
perasaan orang lain.
Menurut Edward De Bono (1979), kemahiran berfikir dikaitkan dengan pemikiran lateral
yang bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malahan berfikir untuk melihat
sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
- mencipta analogi.
- menjana dan menghasilkan idea baharu.
- mencipta metafora.
6.0 Empat isu kemahiran berfikir yang menjadi cabaran kepada guru:
1. Berfikir secara terburu-buru tanpa memikirkan jalan penyelesaian yang baik atau
termudah yang akan dapat menyelesai permasalahan yang timbul.
2. Berfikir secara sempit iaitu tidak berfikir atau cuba mencari makna yang tersurat
di sebalik masalah yang wujud . Tidak meneroka atau mengkaji segala
kemungkinan yang mungkin timbul.
3. Fikiran yang kabur atau kekurangan idea atau idea yang kurang jelas dengan
maklumat yang perlu diproses tentang sesuatu permasalahan.
7
4. Pemikiran yang bercelaru kerana tidak dapat menyusun masalah-masalah yang
timbul iaitu dengan menyelesaikan masalah tanpa tujuan.
7.0 Empat cadangan tindakan atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru
untuk menangani masalah kemahiran berfikir:
7.1 Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara Terpisah.
Proses pengajaran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan kaedah ini ialah pelajar diajar secara bersendirian dan isi
kandungan pelajaran tidak dibincangkan langsung. Kaedah ini melatih pelajar
untuk menguasai kemahiran berfikir dengan cara meningkatkan kualiti pemikiran
mereka dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah harian. Guru
boleh mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam kumpulan kecil dengan
mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikan dan
kelemahannya. Kemahiran seseorang berfikir bukan berlaku secara semula jadi
tetapi ianya adalah merupakan suatu kemahiran yang boleh dipelajari dan dilatih.
Pelajar boleh diajar untuk menguasai kemahiran berfikir iaitu dengan cara:
- Membangunkan suatu kemahiran berfikir secara kendiri.
- Berfikir pada tahap persepsi.
- Menggunakan alatan khusus untuk berfikir.
7.2 Kemahiran berfikir secara Penyebatian.
Kemahiran berfikir ini dilakukan secara bersama dengan isi kandungan mata
pelajaran. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan dua cara iaitu
penyebatian sepenuh dan penyebatian separa.
7.2.1 Penyebatian Sepenuh – bermaksud penyampaian KBKK dilakukan secara
menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu KBKK
itu dipilih mengikut kesesuaian tajuk serta isi kandungan sesuatu mata pelajaran.
8
Guru perlu bijak merancang, memilih dan menentukan kemahiran KBKK yang
boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan cara memberi
ransangan berbentuk refleksi dan metakognitif. Langkah-langkah yang boleh
digunakan oleh guru ialah:
-memperkenalkan isi kandungan dan KBKK yang hendak diterapkan.
-menggunakan ransangan aktiviti, latihan yang berkaitan dengan isi kandungan
dan KBKK.
-mengemukakan soalan-soalan refleksi dan metakognitif yang berkaitan dengan
isi kandungan dan KBKK.
-mengukuhkan isi kandungan dan KBKK.
-mengaplikasi KBKK dalam situasi harian dengan memberi latihan serta kerja
rumah.
7.2.2 Penyebatian Separa –
melibatkan hanya salah satu langkah pengajaran guru. Di dalam perancangan
yang dilakukan oleh seseorang guru, satu kemahiran yang akan diajar boleh
menggunakan satu kemahiran berfikir dan satu alat berfikir sahaja. Guru boleh
memasukkan KBKK ke dalam salah satu langkah pengajaran yang diajar.
Kaedah KBKK yang diaplikasikan ini memudahkan guru kerana:
-pelajar telah didedahkan dengan KBKK di dalam pengajaran dan pembelajaran
lalu.
-guru boleh menggunakan KBKK di dalam sesuatu langkah pengajaran atau
gabungan beberapa langkah pengajaran.
-dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan kerana ia tidak menggunakan masa
pengajaran yang panjang.
7.3 Kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah
Kemahiran berfikir ini menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai
untuk mencari sesuatu alternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan
hipotesis atau untuk mendapatkan sesuatu rumusan.
9
Guru boleh membimbing pelajar untuk mempertimbangkan semua faktor dalam
proses pilihan dan semasa membuat keputusan. Guru juga boleh membimbing
pelajar supaya memahmi dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu
perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.
7.4 Kaedah-kaedah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif lain yang boleh
digunakan dan dipraktik oleh guru ialah kaedah induksi, kaedah deduksi, kaedah
perbincangan dan sumbang saran, membuat inferens dan sebagainya.
8.0 Contoh-contoh kemahiran berfikir bagi mata pelajaran matematik.
8.1 Membuat inferens (pentakbiran)
– menggunakan pola-pola tertentu untuk membuat kesimpulan dengan
menggunakan penaakulan mantik/logik.
Mencari pecahan setara bagi pecahan wajar yang diberi.
10
8.2 Mencipta analogi.
Mencari sifir bagi hasil darab yang telah diberi.
24 18 20
6 x 4 x 5 x 4
x 6 x 3 x
x x x
8.3 Membanding beza di antara bentuk-bentuk 3 matra yang diberi.
Bentuk 3
Matra
Nama Bucu Sisi Permukaan
Kubus 4 bucu
Silinder 2 sisi
2 permukaan rata
1 permukaan
melengkung
Kon 1 bucu
Sfera
Piramid
5 permukaan rata
4 permukaan
segitiga
1 permukaan
segiempat sama
11
8.4 Membuat generalisasi berkenaan mod bagi sesuatu data yang diberi.
Nama Murid Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Jumlah
Mohd Alif RM2.50 RM2.20 RM1.80
Amirul RM2.00 RM1.50 RM1.70
Zakuan RM1.40 RM2.00 RM1.30
Hitung jumlah wang yang telah dikumpul oleh ketiga-tiga orang pelajar ini selama
3 minggu dan siapakah pelajar yang telah mengumpul wang simpanan yang
paling banyak.
Jumlah wang terkumpul:
Mohd Alif = _________________
Amirul = _________________
Zakuan = _________________
Pelajar yang mengumpul wang yang terbanyak ialah _________________.
9.0 Rumusan
Pemikiran kritis dan kreatif dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ia melibatkan satu proses
intelektual yang melibatkan pembentukan konsep, aplikasi dan menilai maklumat yang
terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan dan pengalaman sebagai suatu
landasan ke arah keyakinan. Kemahiran berfikir bukan lagi merupakan kemahiran yang
asing pada masa kini. Penguasaan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan merupakan antara matlamat dan objektif kurikulum, oleh itu
sangat wajar penguasaan kemahiran berfikir pelajar dikenal pasti selaras dengan
pembentukan sistem pendidikan sekarang.
12
Kesimpulannya, guru adalah pemain peranan utama dalam usaha
membangunkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta kompeten selaras dengan usaha
membentuk Modal Insan bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang
ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta ruang dan peluang-peluang baharu,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia
global yang sering berubah-ubah. Golongan pelajar inilah yang akan menjadi pemimpin
negara pada masa akan datang. Mereka lah yang akan menjadi pemimpin, pengurus,
penggerak pembangunan dan seterusnya menjadi golongan yang akan berusaha
memajukan negara di samping menikmati kejayaan yang telah diusahakan oleh
generasi terdahulu.
Rujukan:
1. Mok Soon Sang, (2006), Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Puchong,
Selangor, Multimedia-EC Resources Sdn. Bhd.
2. http://dzul-arofah.blogspot.com/2013/01/peranan-para-pendidik-dalam-
melahirkan.html, dimuat turun pada 01.04.2014.
3. http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130909/pe_01/PPPM-melahirkan-
murid-kritis dimuat turun pada 01.04.2014.
4. http://dhanapalblog.wordpress.com/2013/03/10/pemikiran-kreatif-inovatif-dan-
kompeten/, dimuat turun pada 02.04.2014.
5. http://eprints.utm.my/6518/4/SarimahMP042077d07THTCHAP1.pdf, dimuat turun
pada 02.04.2014
6. http://eprints.utm.my/23065/1/Definisi%20Pemikiran%20Kritis.pdf, dimuat turun pada
03.04.2014.