Download - Topik 6 Kajian kualitatif
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
1/21
85
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
PENGENALAN
Sebagaimana yang dijelaskan dalam Topik 1, kajian kualitatif ialah kajian yangmenekankan kepada penghasilan makna untuk kita memahami fenomena sosial. Untukmencapai tujuan ini, kajian kualitatif mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuholeh kajian kualitatif, seperti pandangan dan keanihan seseorang, akibat yang dirancangdan yang tidak dirancang. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatifbanyak menggunakan kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian dan pendekataninduktif untuk menjana teori. Reka bentuk kajian juga ditentukan pada peringkat peringkatawal kajian dijalankan, yang menggantikan kajian rintis dalam kajian kuantitatif. Selain itu,
kajian kualitatif juga menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara terfokus danmendalam serta membuat analisis secara penghuraian dan interpretasi naratif.Seterusnya, topik ini akan memberi fokus kepada bentuk kajian kualitatif dengan memberibeberapa contoh kajian serta penjelasan tentang pembinaan alat kajian, kesahihan dankesahan, persampelan, pengutipan data dan penganalisisan data.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini diharapkan anda akan dapat:
1. menjelaskan proses utama yang terlibat dalam pembentukan, penyediaan danpermulaan kajian kualitatif;
2. menggunakan strategi dan teknik pengutipan dan penganalisisan data; dan
3. membangun alat kajian yang sesuai dengan reka bentuk kajian yang digunakan.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
2/21
86
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
PETA MINDA TOPIK
6.1 REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN KUALITATIF
Bahagian berikut akan menjelaskan tentang beberapa reka bentuk kajian kualitatif danbeberapa alat kajian kualitatif.
6.1.1 Reka Bentuk Kajian Kualitatif
Secara literal, reka bentuk kajian kualitatif merupakan satu rancangan bagaimana kajianakan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu, seperti memikirkantentang sesuatu, membayang dan menggambarkan bagaimana kajian yang dirancangkanitu akan dijalankan. Secara ringkas, keputusan yang dibuat tentang kajian tersebut mestimemenuhi elemen berikut:
(i) jangka masa kajian;
(ii) jenis data yang hendak dikutip;
(iii) alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;
(iv) di mana kajian tersebut hendak dijalankan;(v) kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;
(vi) strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;
(vii) jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan
(viii) bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.
Pada peringkat awal, mereka bentuk kajian melibatkan beberapa keputusan penting yangberkait dengan idea dan persoalan kajian. Pada peringkat pembentukan kajian, andasebagai pengkaji perlu membuat beberapa kerangka aktiviti yang melibatkan keseluruhanproses kajian. Ini perlu dibuat untuk mengelakkan masalah/ganguan yang mungkinberlaku semasa kajian dijalankan.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
3/21
87
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
Contoh topik kajian/pernyataan-pernyataan:
(a) Ciri-ciri tabiat pemonteng
(b) Kepercayaan mengorientasi pelajar yang terlibat dengan dadah.
Elok sekiranya kita memberi perhatian kepada beberapa contoh objektif kajian, persoalankajian dan definisi operasional bagi topik-topik kajian di atas.
(a) Contoh A: Ciri-ciri Tabiat Pemonteng
Objektif Kajian Mengenal pasti ciri-ciri tabiat pemonteng semasa berada di dalam kelas.
Persoalan Kajian Apakah ciri-ciri yang boleh dikenalpasti daripada pemonteng apabila berada di
dalam kelas?
Definisi Operasional Ciri-ciri tingkah laku di dalam kelas boleh disifatkan sebagai tingkah laku yang
dapat dilihat (overt), yakni tingkah laku luaran pelajar yang boleh dilperhatikan.Tingkah laku ini boleh dikategorikan sebagai tingkah laku pro-pembelajaran,tingkah laku pembelajaran neutral dan tingkah laku anti-pembelajaran.
Tingkah Laku Pro-pembelajaran Memberi perhatian ketika guru mengajar, mengambil nota, menjawab soalan dan
membuat kerja rumah dengan senang hati.
Tingkah Laku Pembelajaran Neutral Separuh mendengar, tidak mengambil nota, tidak menjawab soalan dan tidakmenunjukan minat membuat kerja rumah.
Tingkah Laku Anti-Pembelajaran Tidak langsung mendengar (memusat perhatian terhadap perkara lain), tidak
berasa senang apabila diminta menjawab soalan dan tidak juga mahu menerimakerja rumah.
(b) Contoh B: Orientasi Kepercayaan Pelajar tentang Sebab Penagihan Dadah
Objektif Kajian
Mengenal pasti orientasi kepercayaan pelajar tentang bagaimana mereka terlibatdengan dadah.
Persoalan Kajian Apakah orientasi kepercayaan pelajar yang terlibat dengan dadah?
Definisi Pengoperasian Orientasi kepercayaan adalah perasaan yang dilahirkan oleh pelajar dan
memikirkan tentang sebab utama mereka mempunyai tabiat tersebut. Orientasikepercayaan wujud secara luaran atau dalaman. Orientasi luaran dikaitkandengan faktor luaran seperti rakan, ibu bapa, guru dan penagih itu sendiri.Orientasi dalaman dikaitkan dengan faktor yang datang dari dalam penagih itu
sendiri seperti kesunyian, tidak bemaya dan kegagalan mengawal diri sendiri.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
4/21
88
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
Setelah definisi operasional disediakan, anda perlu membuat keputusan penting selepasitu. Anda perlu putuskan tentang bentuk kajian yang hendak dilakukan. Apakah bentukkajian yang akan anda gunakan untuk kajian anda?
6.1.2 Pemilihan Bentuk Kajian
Kita mempunyai beberapa pilihan dalam memilih bentuk kajian kualitatif. Bentuk yangdiputuskan tertakluk pada jenis idea kajian dan persoalan kajian yang kita ingin kaji (silarujuk contoh yang diberi dalam Pernyataan Kajian dan Persoalan Kajian.
Beberapa contoh pilihan bentuk kajian kualitatif dalam kajian pendidikan disenaraikan dibawah:
(a) Bentuk Kajian Lapangan
Ramai pengkaji menggunakan bentuk kajian lapangan ini untuk menjalankan kajianmereka. Dalam bentuk kajian lapangan, data dikutip melalui temubual denganresponden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.
(b) Bentuk Kajian KesSecara ringkasnya, kajian kes adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes.Kes-kes ini mungkin berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal,projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Sat kes adalah satu unit asasanalisis. Data kes mengandungi semua informasi yang anda dapati daripadasesuatu kes, termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod danpernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut.
Teknik utama yang digunakan dalam kajian kes ialah pemerhatian lapangan,temuduga dan analisis dokumen. Huraian tentang teknik-teknik ini dapat dilihat dibawah topik Kaedah Mengutip Data. Kajian kes memberi peluang pada pembacaberada di dalam sesuatu situasi, iaitu liku-liku hidup seseorang, liku-liku hidupsesuatu kumpulan manusia atau perjalanan sesuatu program.
(c) Bentuk Kumpulan TerfokusBentuk ini melibatkan proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khasuntuk kumpulan kecil. Anda perlu mengambil berbincang menggunakan psikologisecara sedar, separuh sedar dan bawah sedar serta memahami ciri-ciri sosio-budaya pelbagai kumpulan. Ia adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumatberasaskan pendapat, pengalaman and sikap. Kumpulan terfokus ini boleh wujudsecara terpimpin atau tidak terpimpin.
(d) Bentuk Kajian TindakanKajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian inimelibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Ia memberi pengkajisatu ruang untuk bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalahspesifk.
(e) Bentuk Analisis DokumenKajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untukmendapatkan data kajian. Anda perlu mewujudkan satu set kriteria tentang
maklumat yang diperlukan sebelum data dikutip dan dianalisis.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
5/21
89
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
(f) Bentuk Pelbagai PendekatanDewasa ini, telah menjadi suatu kebiasaan bagi pengkaji menggunakan pelbagaibentuk untuk menjalankan kajian mereka. Pendekatan ini mencantumkan dua atau
lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Dalam bentuk pelbagai ini, anda perlumengutip data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah pengutipan data.
Latihan 6.1
Berikan satu topik kajian kualitatif. Nyatakan objektif dan persoalankajiannya.
6.1.3 Membina Alat Kajian Kualitatif
Bagi kajian kualitatif, anda sendiri perlu membina alat-alat kajian menurut definisioperasional perkara-perkara yang anda ingin kaji. Kaedah membina alat-alat kajianmengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikut:
(a) Penilaian Dokumen
Dokumen dianalisis untuk melihat bentuk dan tren yang berlaku di masa lampau.Dokumen juga diguna untuk menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibilitikaedah temuduga dan pemerhatian.
Sebagai contoh, anda mungkin ingin membangunkan alat Penganalisisan Dokumenuntuk mengutip data bagi Objektif Kajian I dalam Contoh B: Orientasi kepercayaanpelajar tentang sebab pengagihan dadah, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1.
Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atautindakan seseorang. Dokumen juga dikaitkan dengan rekod bertulis tentang sejarahinstitusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Jadi, dokumen termasuklah rekod yangtidak terhad kepada diari, surat, memo, nota, surat rasmi, gambar, pita audio/video,
filem, artikel, buku, rekod internet dan manuskrip.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
6/21
90
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
Jadual 6.1: Senarai Semak Penganalisisan Dokumen
Peringkat Kriteria Semakan/Pandangan
Pra masuk 1. Jenis dokumen yang diperlukan: rekod kaunseling rekod anekdotal
2. Lokasi dokumen sekolah pusat kaunseling dadah
3. Aksesibiliti Komunikasi khusus Kebenaran untuk akses Siapa yang di akses?
Bagaimana hendak mengakses? Bila hendak diakses?
4. Jangka masa Masa menuggu Fotokopi
Rekoding 1. Isi Koding Jenis kod yang hendak digunakan Membangun kertas koding yang sesuai Memproses rekod isi
Memproses 1. Pengurangan Data Bagaimana hendak mentranskripsi data?
2. Mempamir Data Format yang digunakan
3. Verifikasi Data Triangulasi Data
Interpretatasi 1. Dapatan Dapatan utama Dapatan sekunder
2. Menginterpretasi penemuan Konteks teoretis Konteks kajian Konteks lokal/sekolah
(b) Alat Pemerhatian
Pemerhatian sebagai alat untuk mengutip data mempunyai ciri-ciri berikut:
Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentudan pada masa yang ditetapkan.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
7/21
91
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi. Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian. Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian
Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.
Secara umumnya, anda perlu membina alat pemerhatian yang piawai apabila andamenggunakan khidmat beberapa pemerhati semasa pemerhatian dijalankan. Jadual6.2 menunjukkan satu contoh alat pemerhatian yang bersifat separuh-berstruktur.Alat ini telah dibangun berdasarkan Objektif Kajian 1 daripada Contoh A: Mengenalpasti ciri-ciri tabiat pemonteng di dalam bilik darjah.
Jadual 6.2: Contoh Pemerhatian Separuh-Berstruktur
Nama Pemerhati: Responden #:
Tempat Pemerhatian:Masa/Jangka Waktu Pemerhatian:
Item Nota Pemerhatian
Perhati tabiat mereka sebelum masuk kelas.
Perhati tabiat mereka ketika guru masuk kelas.
Perhati apa mereka buat ketika guru sedang mengajar.
Perhati reaksi mereka apabila diminta menjawab.
Perhati reaksi mereka apabila diberi kerja rumah.
Perhati tabiat mereka apabila guru hendak meninggalkan kelas.
Sekiranya anda menggunakan alat pemerhatian yang berstruktur, item yang sama dalamalat ini boleh digunakan untuk semua subjek kajian yang diperhati.
(c) Alat Menemuduga
Terdapat tiga (3) jenis temuduga yang masing-masing mempunyai struktur tersendiri:
Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untukmendapat respons yang spesifik. Contoh: "Di mana anda tinggal?" "Berapa umuranda?"
Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan pra-penentuanatau soalan terbuka telah dibangunkan.
Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.
Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu. Ia disifatkansebagai suatu proses pencarian makna yang aktif apabila fenomena yang diselidiktidak dapat dilihat secara langsung. Secara spesifik, tujuan temuduga adalah untukmengutip maklumat. Temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek melalui
soalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal atautanpa verbal. Temuduga boleh bersifat kasual atau mendalam.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
8/21
92
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
Jadual 6.3 memberi contoh alat yang berbentuk separuh struktur.
Jadual 6.3: Contoh Alat Temuduga Separuh Struktur
Nama Yang Ditemuduga: Responden#:Tempat TemudugaMasa Temuduga:
Item Respon
Pada fikiran anda apakah sebab anda menjadi penagihdadah?
Apakah sebab anda menjadi seorang penagih?
Menurut contoh yang diberi, Alat Temuduga Separuh Berstruktur dibentuk untukmendapatkan data dengan menggunakan satu set soalan yang telah ditetapkan, yangboleh membantu kita mendalami pemikiran, pandangan dan sikap subjek tentang sebab-musabab mereka tercebur dengan dadah. Kita boleh membuat andaian bahawapemikiran, pandangan dan sikap seseorang berkait rapat dengan kepercayaan individu.Sila ambil perhatian bahawa jumlah item boleh ditingkatkan atau diturunkan menurutdefinisi operasional yang digunakan pengkaji.
6.1.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan
Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua aspek yang berbeza daripadakepercayaan kajian. Isu isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi:(1) alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data; dan (3) kaedah analisisdata. Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanyaberorientasikan proses.
Dalam kajian kualitatif, alat mengutip data, secara amnya, boleh digolongkan kepada tiga(3) jenis, iaitu: (1) temuduga, (2) pemerhatian dan (3) dokumentasi.
Diskusi mengenainya boleh difokuskan dalam hal-hal berikut:
kebolehpercayaan dan kesahan alat; dan
triangulasi
(a) Kebolehpercayaan dan Kesahan AlatKebolehpercayaan dan kesahan tidak akan dibincangkan di sini. Kedua-dua konsepini telah pun diterangkan sebelum ini. Oleh itu, perbincangan akan ditumpukankepada triangulasi.
(b) TriangulasiTriangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan,membuat peta, navigasi dan latihan militer. Dalam sains sosial, triangulasi digunakanuntuk tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga, beberapa strategi pengutipan datadigunakan untuk mengukur sesuatu konsep. Masalah berkaitan kebolehpercayaan
dan kesahan boleh dikurangkan melalui triangulasi. Denzin (1978) mengenal pastiempat (4) kategori triangulasi seperti berikut:
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
9/21
93
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
(i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untukmenyelidik fenomena yang sama.
(ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbandingdengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.
(iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untukmenyelidik fenomena yang sama.
(iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untukmenyelidik fenomena yang sama.
Dalam kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan teknik yang berbeza untukmengumpul data. Kita juga perlu menggunakan strategi yang berbeza untukmenyelidik fenomena yang sama. Untuk memperoleh kebolehpercayaan dan
kesahan, kita tidak boleh mengenepikan penggunaan triangulasi, sebab cara inidipercayai lebih berkesan jika digunakan dalam kajian kualitatif.
Latihan 6.2
Nyatakan bentuk kajian yang sesuai untuk topik dan objektif kajian yanganda pilih dalam Latihan 6.1.
6.2 PENGUTIPAN DATA
Dalam kajian kualitatif, proses mengutip data adalah sama sahaja dengan kajiankuantitatif. Perbincangan kita tentang pengutipan data dibahagikan kepada dua (2)bahagian, iaitu:
persampelan dalam kajian kualitatif; dan
kaedah mengumpul data
6.2.1 Persampelan dalam Kajian Kualitatif
Persampelan dalam kajian kualitatif merupakan suatu pengalaman yang berbeza daripada
kajian kuantitatif. Berikut adalah beberapa strategi pemerhatian persampelan yangdigunakan dalam kajian kualitatif.
(a) Strategi PersampelanDalam kajian kuantitatif, besar kemungkinan kita akan meggunakan strategipersampelan berkebarangkalian ( probabilty sampling), sebaliknya, dalam kajiankuanlitatif, kita akan menggunakan strategi persampelan bukan-berkebarangkalian(non-probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalianadalah seperti berikut:
(i) persampelan mudah;(ii) persampelan bertujuan;
(iii) persampelan snowball; dan(iv) persampelan kuota (quata sampling).
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
10/21
94
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
Persampelan MudahSampel mudah (convinience sampling) disifatkan juga sebagai sampel accidentalatau available (Babbie, 1998). Sampel jenis ini dipilih berasaskan kepada subjek
kajian yang mudah diperoleh untuk kajian tertentu. Sebagai contoh, adalah menjadikebiasaan bagi guru menggunakan pelajar mereka sendiri sebagai subjek kajianmereka.
Persampelan BertujuanPersampelan bertujuan ( purposive sampling) juga dikenali sebagai persampelanmembuat keputusan ( judgmental sampling). Logik persampelan bertujuan dalamkaedah kualitatif adalah amat berbeza dengan logik persampelan berkebarangkaliandalam kajian kuantitatif. Dalam persampelan bertujuan, pengkaji menggunakanpengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjekyang hendak dikaji daripada populasi.
Dalam kes tertentu, sampel bertujuan dipilih selepas kajian lapangan dibuatterhadap kumpulan tertentu untuk memastikan jenis individu yang mempunyaisesuatu atribut dapat digunakan dalam kajian yang dijalankan. Sebagai contoh,pemonteng sekolah, walaupun jumlah mereka kecil, mereka masih boleh digunakanuntuk kajian berkaitan dengan ponteng sekolah.
Persampelan SnowballPersampelan snowball (snowball sampling) merupakan kaedah persampelan yangpaling popular digunakan oleh pengkaji kualitatif. Ia adalah cara terbaik bagimengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kitamenjalankan kajian. Misalnya, persampelan ini adalah terbaik untuk digunakan olehguru yang berminat mengkaji kumpulan pelajar yang terjebak dengan penagihan
dadah.
Sebagai pengkaji, anda perlu mengenal pasti pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciritertentu. Kumpulan pelajar ini kemudiannya akan memberi nama pelajar-pelajar lainyang mempunyai atribut yang sama dengan mereka. Sebagai contoh, sekiranyaanda ingin mengetahui penggunaan dadah di kalangan pelajar, anda dari awal lagiperlu mengenal pasti pelajar yang mempunyai ciri-ciri penggunaan dadah.Kemudian, kumpulan pelajar ini diminta memberi nama pelajar-pelajar lain yangmenggunakan dadah.
Persampelan KuotaPersampelan kuota (quota sampling) adalah pemilihan sampel secara mudahmengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan. Untukmenggunakannya, anda perlu menyediakan satu jadual yang menerangkan ciri-cirisampel seperti jantina, umur, pendidikan dan atribut lain yang ditentukan olehpengkaji. Kemudian, anda perlu menentukan pembahagian setiap ciri/atribut apabilaanda meneliti atribut populasi kajian. Sebagai contoh, seorang guru ingin mengkajipersepsi keganasan sekolah antara pelajar dalam sesuatu daerah sekolah denganmemberi perhatian kepada kumpulan pelajar mengikut umur mereka. Sebagailangkah pertama, guru tersebut perlu mewujudkan beberapa kategori pelajar,misalnya 15 tahun ke atas dan 15 tahun ke bawah.
Selepas itu, guru perlu mengenal pasti semua populasi pelajar sekolah dalamdaerah tersebut. Kemudian guru perlu membahagikan mereka mengikut kategori-kategori yang dikehendaki (umur, jantina, dan sebagainya.) dan menentukan jumlahpelajar dalam setiap kategori tersebut. Selepas itu, guru memilih sebuah sekolah
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
11/21
95
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
dalam daerah tersebut dan membuat persampelan daripada pelajar-pelajar sekolahini, dan kemudiannya membahagikan mereka kepada kategori-kategori berkadarandengan bilangan pelajar bagi kategori-kategori ini dalam populasi.
6.2.2 Kaedah Pengutipan Data
Dalam kajian kualitatif, pengkaji lazimnya menggunakan tiga (3) jenis strategi pengutipandata, iaitu:
data yang didapati daripada dokumen; data yang didapati daripada temuduga; dan data yang didapati daripada pemerhatian.
(a) Data Daripada Dokumen
Dokumen manakah yang hendak diakses atau dinilai? Umumnya, anda perlumengikuti prosedur tertentu untuk mengutip data.
Langkah Pengutipan Data
(i) Sediakan kriteria persampelan dokumen. Anda perlu menyediakan kriteriapemilihan berdasarkan persoalan kajian anda. Ini perlu dilakukan sebelumpenganalisisan data sebenar. Dokumen yang manakah yang anda ingin akses?Bolehkan ia diakses? Di mana dokumen ini diperoleh? Siapa orangnya yanghendak dihubungi? Bila perlu dihubungi? Berapa lama doumen perlu diteliti?
(ii) Tubuhkan sistem organisasi data yang lebih praktikal untuk anda (lihat Jadual
6.4). Sebagai contoh, Jadual 6.4 menunjukkan nota data yang dirumuskandaripada rekod kaunseling yang didapati daripada pusat kaunseling. Buat masaini, hanya dua dokumen yang akan diakses.
Latihan 6.3
Huraikan alat kajian yang sesuai digunakan bagi kajian yang dipilih dalamLatihan 6.1.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
12/21
96
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
Table 6.4: Nota Data daripada Pemeriksaan Rekod Kaunseling
Jenis DokumenData/Informasi (Rumusan)
Rekod Kaunseling(daripada kaunselor sekolah).
Kes 1: Seorang pelajar yang pendiam yang bergantungkuat pada rakan-rakannya; seorang rakan menjatuhmaruahnya; mencari sebab dengan gurunya.
Kes 2: Semua orang/guru tidak memahaminya;mempunyai sedikit sahaja kawan; semua kawannya lemahdalam pelajaran.
Kes 3: Jatuh cinta dengan seorang lelaki; prestasiakademik rendah; ibu bapa sering menggangguperasaannya.
Kes 4: Terpengaruh dengan budak lelaki supayamengambil dadah; tidak dapat menyesuaikan diri denganpelajar lain; seorang dalam kesunyian.
Kes 5: Tidak tahu apa yang hendak dilakukan sepanjanghayatnya; sering cemas dan mudah melenting; tidak upayamengawal diri.
Rekod Kaunseling(didapati daripada kaunselordadah)
Kes 1: Semasa menerima rawatan mempunyai tendensimenentang warden dan kakitangan di pusat rawatan.
Kes 2: Lemah dalam kemahiran sosial; tidak dapatmenyesuaikan diri dengan penghuni lain; seringbersendirian.
Kes 3: Tidak asertif; terlalu bersandar pada orang lain;dibuli oleh penghuni lain; tidak mahu bersemuka denganwarden atau kaunselor.
Kes 4: Tidak dapat bergaul dengan baik; tidak sukaapabila dibawa ke pusat rawatan; mahu mengubah carahidup.
Kes 5: Tidak mahu bekerjasama ketika menerimarawatan; sering menyalahkan semua orang termasukdirinya sendiri tentang apa yang telah berlaku.
(b) Data PemerhatianPemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkahlaku subjek kajian secara langsung. Anda memerhati tabiat dan dokumenkan atributsubjek yang dikaji. Isu kritikal yang berkait rapat dengan pemerhatian yang seringditimbulkan ialah sejauhmanakah penglibatan pengkaji dalam proses pengutipan.Dalam teknik pengutipan data melalui pemerhatian, penyelidik membuat andaianbahawa sesuatu tabiat itu mempunyai tujuan dan dilahirkan melalui nilai dankepercayaan tertentu.
Data pemerhatian membantu anda:
memahami konteks;
mendapat pengalaman terus; dan melihat benda yang mungkin terlepas daripada pandangan.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
13/21
97
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
Sebagai ilustrasi, hanya satu pemerhatian dijalankan untuk mengenal pasti ciritabiat pemonteng ketika mereka berada dalam kelas. Jadual 6.5 mengandunginota bagi data yang didapati daripada sesi pemerhatian berstruktur tunggal untuk
lima (5) orang pelajar ketika mereka berada dalam kelas.
Jadual 6.5: Nota Data daripada Pemerhatian Berstruktur
Items Nota Pemerhatian
Memerhati tabiat merekasebelum guru memasuki kelas.
Kes 1: Mengasingkan diri dan mimpi di siang hari.
Kes 2: Banyak becakap dengan budak lelaki; seringberjalan ke sana sini .
Kes 3: Membaca tabloid yang popular; nampak berminatdengan orang lain.
Kes 4: Bercakap dengan lelaki yang duduk dihadapannya.
Kes 5: Bercakap dengan perempuan lain.
Memerhati tabiat merekasemasa guru memasuki kelas.
Kes 1: Sikap tidak peduli, memerhati sahaja guru masukkelas, tidak senang hati.
Kes 2: Ia terus bercakap.
Kes 3: Terus membaca tabloid.
Kes 4: Berhenti bercakap dengan budak lelaki di hadapan.
Kes 5: Dia berhenti bercakap.
Memerhati apa mereka buatketika guru mengajar. Kes 1: Tidak memberi perhatian pada guru, terus bermimpidi siang hari.
Kes 2: Sekali sekala budak perempuan itu bercakapdengan orang bersebelahan dengannya; sekali sekalamemberi perhatian kepada guru.
Kes 3: Membaca tabloid sekali sekala; sering tidak memberiperhatian.
Kes 4: Mengganggu perempuan yang duduk dihadapannya,tidak memberi perhatian langsung.
Kes 5: Memberi perhatian setiap masa; mengambil notasekali sekala.
Memerhati bagaimana merekamemberi reaksi apabila dimintamenjawab soalan.
Kes 1: Kelihatan tidak selesa apabila diminta menjawab;tidak upaya menjawab dengan betul.
Kes 2: Menunjuk muka dan mempamirkan sikap tidakpeduli.
Kes 3: Tidak upaya menjawab.
Kes 4: Cuba menjawab, mungkin untuk mengambil hatiguru.
Kes 5: Berupaya menjawab soalan dengan tepat.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
14/21
98
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
Memerhati reaksi mereka apabiladiberi kerja rumah.
Kes 1: Mempamirkan sikap tidak peduli.
Kes 2: Bertanya guru kenapa diberi kerja rumah;
mengatakan beliau tidak mempunyai masa untukmembuat kerja rumah.
Kes 3: Membantah sebab terlalu banyak kerja rumahsudah diberi oleh guru lain.
Kes 4: Sikap awak suruh saya buat, saya akan buat.
Kes 5: Memnunjukkan tanda bersetujuan.
Memerhati tabiat mereka apabilaguru meninggalkan kelas.
Kes 1: Menunjukkan tanda kepuasan.
Kes 2: Menunjukkan kepuasan dan mula sambungbercakap.
Kes 3: Rasa selesa apabila guru meninggalkan kelas.
Kes 4: Menoleh ke belakang dan mula bercakapdengan budak perempuan dibelakangnya.
Kes 5: Mula bercakap dengan orang yang berada dihadapan.
(c) Data TemubualTemubual merupakan satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjekkajian secara langsung. Sebagai aktiviti latihan dalam pengutipan data, sila rujuk alattemubual berstruktur dalam Jadual 6.6. Sampel tersebut terdiri daripada lima (5)
orang pelajar Tingkatan 5 yang telah dikenalpasti sebagai penagih dadah. Ketika inimereka sedang menjalani program pemulihan mandatori selama dua (2) tahun.Temubual berstruktur digunakan untuk mengutip maklumat untuk menjawab Objektif
Kajian 1 yang diambil daripada Contoh B: Orientasi kepercayan pelajar yang menjadipenagih dadah.
Jadual 6.6 menunjukkan respons asal yang telah ditranskripsikan ke dalam teks.Transkripsi dibuat berdasarkan respons yang diberi oleh lima (5) orang subjek yangtelah ditemubual. Temubual dibuat dalam bilik kaunseling dadah. Setiap temubualmengambil masa 10 minit. Temubual dijalankan daripada pukul 9.00-10.30 pagi.Sekiranya anda menjalankan kajian, anda perlu menambah jumlah saiz sampel, sesi
pemerhatian dan soalan yang akan dikumukakan dalam temubual.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
15/21
99
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
Jadual 6.6: Nota Data daripada Temubual Separuh Berstruktur
ItemRespons
(Teks Dipermudahkan)
Apa perasaan anda yangmenyebabkan anda menjadipenagih?
Kes 1: Rasa dianayai oleh rakan; guru terasa mencarikesalahan sahaja.
Kes 2: Rasa diketepikan oleh rakan; guru tidakmemahaminya
Kes 3: Terasa hendak membunuh diri; teman lelakimeninggalkannya kerana perempuan lain; ibu bapamengetepikannya.
Kes 4: Terasa tidak diterima oleh rakan di sekolah;
terasa kesunyian; telah dipelawa oleh pengih dadahuntuk menghadiri satu jamuan.
Kes 5: Terasa hidup di dunia ini tidak bermakna.
Pada fikiran anda apakahsebab utama anda menjadiseorang penagih?
Kes 1: Tidak memikir langsung tentang bahaya dadah.
Kes 2: Terasa yang guru tidak memahami dirinya; tidakfikir ibu bapa memahami dirinya sendiri; terasa bahawarakan-rakannya tidak boleh dipercayai.
Kes 3: Tidak boleh bayangkan rakan lelakinya akanmenjatuhkan meruahnya; ibu bapa tidak memahami
masalahnya dan memikirkan bahawa dirinya perempuantidak baik.
Kes 4: Terlalu sebuk dengan pemikiran negatif danperkara yang tidak baik dan halangan-halangan; rakantidak boleh dipercayai.
Kes 5: Memarahi diri sendiri kerana tidak membanturakan pada masa lalu; tidak dapat memikir mencari jalanmendapatkan rakan baru yang bukan penagih dadah.
6.3 ANALISIS DATA
Anda telah pun melalui proses pengutipan data melalui pemerhatian dan temubual subjekkajian anda. Anda juga telah membuat penilaian terhadap dokumen-dokumen kajian anda.Sekarang anda mempunyai timbunan data di tangan anda. Bagaimana caranya andahendak menyusun dan menganalisis data yang anda dapati itu. Dalam bahagian ini,perkara-perkara berikut akan dibincangkan:
proses analisis data; serta
dapatan dan interpretasi.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
16/21
100
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
6.3.1 Proses Menganalisis Data
Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip
dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang andagunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisandata:
(i) Tahap pra-analisis;
(ii) Tahap kemasan data;
(iii) Tahap pamiran data ;
(iv) Tahap verifikasi data; dan
(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi).
Setiap satu daripada lima (5) tahap ini boleh diterjemahkan kepada beberapa item yangakan anda gunakan sebagai senarai rujukan (sila lihat Jadual 6.7)
Jadual 6.7:Analisis Data untuk Rujukan
Langkah Item Tanda
I Tahap Pra-analisis
Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan.Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menuruturutan tertentu. Data direkod seperti yang dikehendaki. Sediakan
dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. Mengkod danmengkod semula respons terbuka dan data yang didokumenkan.Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder. Mula mengambilnota tema dan bentuk yang wujud. Pastikan data mudah diakses.
II Tahap Kemasan Data
Pada tahap kemasan data (data reduction), data ditranskrip-sikandalam word processing atau dalam format analisis tekstualmenggunakan komputer. Data yang telah ditranskripsikandipermudahkan dan bersifat terfokus.
III Tahap Pamiran Data
Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda ( tally) danrumusan. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atautindakan tambahan yang perlu dibuat.
IV Tahap Verifikasi Data
Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitikyang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosedur yangmembawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Prosesdokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.
V Tahap Dapatan
Penyemakan dan interpretasi dapatan.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
17/21
101
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
Latihan 6.4
Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 6.1, nyatakan kaedahtriangulasi kajian yang sesuai untuk kajian tersebut.
6.3.2 Interpretasi Data
Interpretasi melibatkan memberi makna dan kesignifikanan kepada analisis. Ia melibatkan
penerangan dan penetapan bentuk deskriptif dan penentuan hubungan sesama bentuk.
Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan disiminasi.
Jadual 6.8: Rujukan untuk Interpretasi
Item Tanda
Interpretasi
Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda
Interpretasi berdasarkan teori
Interpretasi berdasarkan maklumat
Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat
(a) Data Dokumen
Dalam analisis isi kandungan, pengkaji menilai dokumen atau transkrip dankemudian membuat inferens berdasarkan isi kandungan yang didapati daridokumen. Tahap analisis isi kandungan adalah seperti berikut:
(i) Data dikutip dan diubah menjadi teks.Contoh: transkrip daripada nota kaunseling diubah menjadi teks.
(ii) Teks dilabel dan dikategorikan.(iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan
Menjelma.(iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang
sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya.
(v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.
(b) Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan
(i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan.Patutkah ia berbentuk kualitatif atau kuantitatif?
(ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isikandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak natural atau mempunyaiisi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent pula mempunyaimakna dalaman bagi sesuatu mesej.
(iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanyadalam sesuatu label atau tema.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
18/21
102
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
Jadual 6.9 mengandungi data daripada nota teks yang dikutip daripada lima (5) subjek
kajian. Lihat semula data yang telah dianalisis yang dimuatkan dalam Jadual 6.9 dan cuba
beri interpretasi anda sendiri tentang data tersebut.
Jadual 6.9: Analisis Data dan Kategori Orientasi Kepercayaan Penagih Dadah
Faktor Orientasi Luaran Deskripsi/LabelDeskripsi Orientasi Dalaman
Descriptors
Rekod Kaunselor Sekolah
Rakan/rakan sebaya Ditipu, mudah terpengaruh,dan mempunyai masalahpembantu.
Ibu bapa Cerewet
Guru Tidak memahami diri mereka
Suka mencari kesalahanorang, bersandar pada oranglain, pencapaian rendah, tidaksependapat dengan oranglain, tidak mempunyai arah
tuju, kesunyian, tidak upayamengarah, mudah melenting,gelisah.
Rekod Kaunselor Dadah
Penghuni Dibuli oleh penghuni,menyalahkan orang laintentang masalah diri sendiri.
Ibu bapa Tiada maklumat
Warden Salahkan warden, mencarifasal dengan warden.
Tidak sosial, tidak seronoksemasa rawatan, tidakmemberi kerjasama, terlalubersandar pada orang lain,kurang kemahiran sosial, tidakasertif, mengasingkan diri,dan salahkan orang lain
Dua (2) rumusan boleh dibuat hasil daripada data yang diperoleh daripada Jadual 6.9.Pertama, faktor dalaman adalah sebab utama lima (5) orang responden menjadi penagihdadah. Bagaimanapun, menurut responden sendiri, mereka berpendapat bahawa faktorluaran adalah sebab utama mereka terjebak menjadi penagih dadah.
Kedua, terdapat perchanggahan apa yang dilaporkan oleh responden kepada kaunselor
dan persepsi kaunselor tentang sebab responden menagih dadah. Respondenmempunyai sistem kepercayaan yang berorientasi luaran. Responden percaya faktorluaranlah yang menyebabkan mereka menjadi penagih.
Dapatan ini diperkukuhkan lagi apabila data triangulasi diambil kira, yakni, apabila dua set
data, satu daripada rekod kaunselor sekolah dan satu lagi daripada rekod kaunselor
dadah dibandingkan. Hasilnya, terdapat persetujuan antara kedua-dua dapatan tersebut.Justeru, berdasarkan dapatan tersebut, kita boleh memebuat interpretasi bahawa penagihdadah mempunyai mekanisme pemikiran yang tidak menentu.
(c) Data Temubual
Data daripada temubual berstruktur seperti yang terdapat dalam Jadual 6.10
digunakan untuk menganalisis orientasi kepercayaan penagih dadah.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
19/21
103
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
Jadual 6.10:Analisis Data daripada Temubual Berstruktur untukOrientasi Keprcayaan Penagih Dadah
Orientasi Luaran Orientasi Dalaman
Rakan/rakan sebayaDianiaya oleh rakan, ditinggalkan rakan lelaki,dijemput oleh penagih dadah untuk menghadiri majlissosial, rakan yang tidak boleh dipercayai, dijatuhkanmaruah oleh rakan.
Kesunyian dan perlukawan supaya diterimadengan mudah.
Ibu bapaDisingkir oleh ibu bapa, ibu bapa tidak perasaanterhadap anak
GuruGuru selalu mencari kesalahan, selalu meleter, gurutidak memahami mereka.
Analisis daripada temubual menunjukkan penagih percaya bahawa faktor luaranadalah penyebab utama mereka menjadi penagih. Penemuan yang dihasilkan inisama sahaja dengan penemuan yang didapati daripada penelitian dokumen.
(d) Data Pemerhatian
Analisis ini dihasilkan berdasarkan data dalam Jadual 6.11.
Jadual 6.11:Analisis Data daripada Pemerhatian Berstruktur untuk Ciri TabiatPemonteng Ketika Berada dalam Kelas
Nota PemerhatianItem
Tabiat Pro-pembelajaran
TabiatpembelajaranNeutral
Tabiat Anti-pembelajaran.
Tabiat yang diperhatisebelum gurumemasuki kelas.
Tiada. Tiada. Mimpi di siang hari, bercakapdan berjalan ke sana sini.
Tabiat yang diperhatisemasa gurumemasuki kelas.
Tiada. Tiada. Secara tidak senangmemerhati guru, sambungbercakap, berjalan, sambilmembaca tabloid.
Tabiat yang diperhatiketika guru mengajar.
Beri perhatian,ambil nota.
Beri perhatiansekali sekala.
Tidak beri perhatian, mimpi disiang hari, baca tabloid,ganggu orang lain.
Tabiat yang diperhatiapabila dimintamenjawab soalan
Bolehmenjawabsoalan.
Cuba mengambilhati guru.
Tidak berminat, tidak peduli.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
20/21
104
TOPIK 6KAJIAN KUALITATIF
OUM
Tabiat yang diperhatiapabila guru memberikerja rumah.
Sukacitamendapatkerja rumah.
Patuh kepadaperaturan,bantahan kerana
terlalu banyakkerja rumah.
Tidak peduli, tidak ada masauntuk kerja rumah.
Tabiat yang diperhatibila guru meninggalkankelas
Tiada Tiada Merasa kepuasan, terusbercakap, suka meliahat gurumeninggalkan kelas.
Sebagai kesimpulan, daripada data pemerhatian kita boleh menyatakan bahawapemonteng mempunyai ciri-ciri tingkah laku anti-pembelajaran lebih tinggi daripada tingkahlaku pro-pembelajaran. Kesahihan kesimpulan ini boleh disahkan melalui triangulasi teori.
Latihan 6.5
Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 6.1, nyatakan kesimpulanyang mungkin dan bagaimana kesahihannya dapat dibuktikan?
RUMUSAN
Dalam mana-mana kajian kualitatif, isu pengenalan pengkaji sering diketengahkan.Setakat manakah anda boleh memperkenalkan diri anda kepada subjek kajian? Isu-isu
lain berkait rapat dengan aktiviti pengkaji. Selain itu, sejauh manakah anda bolehmengaktifkan diri anda? Beberapa isu perudangan dan profesional serta isu etika juga
perlu diketengahkan.
GLOSARI
Kebolehpercayaan Ketekalan data yang diperoleh sekiranya pengutipandata dibuat semula.
Kesahan Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apayang kita ingin tahu.
Pemerhatian Satu teknik pengutipan data dengan memerhatitingkah laku subjek kajian secara langsung.
Temubual Satu teknik pengutipan data dengan menemubualsubjek kajian secara langsung.
Triangulasi Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahanmaklumat untuk kajian kualitatif.
-
8/6/2019 Topik 6 Kajian kualitatif
21/21
TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
OUM
UJIAN 1
1. Anda telah didedahkan kepada kajian kuantitatif dan kualitatif. Apakah perbezaan
dari segi tujuan antara dua (2) jenis kajian ini?
2. Terdapat beberapa bentuk kajian kualitatif. Jelaskan dengan ringkas bentuk kajianlapangan.
3. Selepas data melalui proses pra-analisis, pengkaji perlu mengemaskan data yangdikutip. Jelaskan apa yang anda faham tentang maksud mengemas data.
UJIAN 2
Gunakan kantin sekolah anda sebagai tempat anda memerhati tingkah laku pelajar-pelajar
anda selama seminggu. Sebagai seorang pengkaji, jelas perkara-perkara berikut:
(a) Pilih satu tingkah laku yang ingin diperhatikan.
(b) Jelaskan alat kajian yang boleh digunakan untuk mencerap tingkah laku ini.
(c) Jelaskan bagaimana data kajian dianalisis.