TOPIC 6
SOCIAL RESPONSIBILITY AND
ORGANISATIONS
(ORGANISASI DAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL)
“Tanggungjawab sosial koporat (CSR) adalah amalan-amalan
terbaik sesebuah organisasi/koporat. Sesebuah organisasi,
swasta atau awam, besar atau kecil, pada peringkat yang
strategik di segi ekonomi, undang-undang, etika, dan
masyarakat, bertanggungjawab untuk memenuhi harapan
semua pihak. Ia adalah satu set kewajipan bagi organisasi iaitu
organisasi perlu melindungi dan berperanan kepada masyarakat
di mana ia berfungsi”.
(Ferrell, Thorne, & Ferrell, 2011)
Nordin Tahir
Corporate Social Responsibility
(Tanggungjawab Sosial Korporat)
Philanthropic Responsibilities
(T/Jawab Dermawan) Menjadi warga korporat yang baik, Menyumbang sumber-sumber kepada
masyarakat, Meningkatkan kualiti hidup
Ethical Responsibilities (T/Jwab Etika)
Beretika - Kewajipan untuk melakukan apa yang betul, adil dan
saksama. Mengelakkan kemudaratan
Legal Responsibilities (T/Jawab Undang-Undang)
Mematuhi undang-undang. Undang-undang adalah ketetapan apa yang betul
dan salah dalam masyarakat. Bermain mengikut peraturan permainan.
Economic Responsibilities (T/Jawab Ekonomi)
Mengaut Keuntungan sebagai asas kepada semua pertimbangan.
Carroll’s Corporate Social Responsibility Pyramid
Sumber: Disesuaikan Daripada Carroll A.B. 1991 ‘Pyramid of CSR’ – Business Horizons Jul-Aug issues 42, 1991 fig.3
Corporate Social Responsibility
Social
Economic Environment
Nordin Tahir
Bearable
(Lumayan)
Equitable
(Saksama)
Viable
(Berdaya
Maju)
Sustainable
(Lestari)
Contoh CSR
Nordin Tahir
Nordin Tahir
Historical Views Of Social Responsibility
(T/Jawab Sosial Di Sudut Sejarah)
Bermula sekitar tahun 1800an di Amerika Syarikat.
Usahawan-usahawan yang berjaya di Amerika seperti John d.
Rockfeller, Cornelius Vanderbilt, J.P. Morgan dan Andrew
Carnegie telah memainkan peranan membantu rakan-rakan
usahawan dan industri untuk terus berkembang.
Mereka lakukan ini kerana rasa bertanggungjawab kepada
masyarakat.
Tindakan usahawan ini telah mengujudkan hubungan baik
dalam perniagaan antara semua pihak,- perniagaan, kerajaan
dan masyarakat.
Nordin Tahir
1. The Entrepreneurial Era (Era Keusahawanan)
Amalan Usahawan
Awal
Penerangan
Menyekat Hak Pekerja
(Labour lockouts)
Taktik yang digunakan oleh majikan untuk menghalang tindak
balas kesatuan pekerja atau untuk mendapatkan pengaruh dalam
pertikaian buruh. Dilakukan melalui pemberhentian kerja,
pemberhentian atau pengambilan pekerja gantian bukan ahli
kesatuan.
Dasar Diskriminasi
Harga
(Discriminatory pricing
policies)
Tindakan mengenakan harga yang tidak munasabah bagi produk
atau perkhidmatan. Sesetengah pengguna, membayar harga yang
berbeza untuk produk atau perkhidmatan yang sama. Pembekal
perkhidmatan ini memperkenalkan dasar diskriminasi harga
kerana mengambil kira status ekonomi individu, iaitu kebolehan
dan kesanggupan untuk membayar mereka.
Sogokan
(Kickbacks)
Sogokan (rasuah) adalah pembayaran atau penawaran
perkhidmatan dengan niat untuk mempengaruhi atau mendapat
sesuatu habuan daripada sebuah organisasi atau seseorang.
Memeras Ugut
(Blackmail)
Memeras ugut adalah tindakan memeras wang atau barang
berharga daripada seseorang dengan mengancam untuk
mendedahkan perbuatan maksiat atau maklumat sulit.
Mengelak Cukai
(Tax evasion)
Mengelak cukai adalah satu amalan yang menyalahi undang-
undang. Seseorang individu, organisasi atau perbadanan yang
sengaja mengelak daripada membayar tanggungan cukai boleh
dituduh sebagai penjenayah dan hukuman yang berat akan
dikenakan kepada orang-orang yang ditangkap mengelak cukai.
1. The Entrepreneurial Era (Era Keusahawanan)
2. The Depression Era (Era Kemelesetan)
Perubahan ketara secara drastik semasa Era Kemelesetan
tahun 1930-an. Organisasi gergasi telah menguasai ekonomi
Amerika dan orang ramai mengkritik mereka kerana amalan
kewangan yang tidak bertanggungjawab yang membawa
kepada kejatuhan pasaran saham pada 1929.
Pada tahun 1929, berlaku bencana kejatuhan pasaran saham
Amerika, mencetuskan kesan domino seluruh ekonomi Amerika.
Di samping menghadapi masalah utama dalam sektor
pertanian, ramai rakyat Amerika jatuh papa kedana yang
mencetuskan pergolakan sosial.
Presiden Franklin Roosevelt berpendapat bahawa negara
Amerika memerlukan ketiga-tiga perkara penting: pelepasan,
pemulihan dan pembaharuan.
Program Tawaran Baru diperkenalkan pada 1930-an iaitu satu
siri pembaharuan sosial, ekonomi dan kerajaan yang dimulakan
oleh Presiden Franklin Roosevelt.
Sebagai sebahagian daripada program Tawaran Baru Presiden
Franklin Roosevelt, kerajaan telah meluluskan beberapa
undang-undang untuk melindungi pelabur dan peniaga kecil.
Ia memberi tumpuan kepada menyediakan bantuan kepada
rakyat Amerika yang menganggur dan sektor pembuatan yang
bermasalah di samping menggalakkan pemulihan ekonomi dan
pembaharuan sistem kewangan Amerika untuk mencegah
berulangnya Era Kemelesetan.
Perjanjian Tawaran Baru adalah satu agenda utama dalam
sejarah Amerika kerana ia membentuk landskap dan sikap
Amerika.
“Bursa Suruhanjaya Sekuriti” (SEC) juga telah ditubuhkan pada
tahun 1934 untuk mengawal selia jualan sekuriti dan
membendung amalan pasaran saham yang tidak adil.
Hasilnya, tanggungjawab sosial organisasi menjadi jelas
khususnya tindakan kerajaan dengan Tawaran Baru
menegaskan bahawa organisasi perlu mengambil peranan aktif
dalam menggalakkan kebajikan umum orang awam Amerika.
Nordin Tahir
3. The Social Era (Era Sosial)
Dekad 60-an merujuk kepada peristiwa pergolakan sosial,
kebudayaan dan politik secara besar-besaran yang berkait
secara rapat di antara negara-negara Barat, terutamanya di
Amerika Syarikat.
Era di mana sejarah Amerika telah berubah kepada
melaksanakan tanggungjawab sosial yang dikenali sebagai Era
Sosial 1960-an.
Pergerakan hak asasi manusia, demonstrasi orang awam dan
pembangkang yang meluas mengkritik perang di Vietnam
memaksa Amerika mengkaji semula nilai-nilai, keutamaan dan
matlamat negara.
Kebangkitan revolusi sosial, gerakan hak-hak awam, gerakan
hak asasi manusia, gerakan anti-perang dan gerakan budaya
saingan adalah sebahagian daripada ciri-ciri di Era Sosial.
Pada keseluruhannya, dekad ini melibatkan seluruh dunia dan
pada masa ini ekonomi perlindungan, ekonomi terancang dan
ekonomi campuran telah memuncak.
Nordin Tahir
Presiden John F. Kennedy ketika itu telah memperkenalkan
empat (4) asas hak sebagai pengguna iaitu:
i. Hak mendapat produk yang selamat
ii. Hak untuk mendapat segala maklumat yang relevan
mengenai produk
iii. Hak untuk membuat „bantahan‟ terhadap produk
iv. Hak pengguna untuk memilih dan membeli produk
Akhirnya idea tanggungjawab sosial muncul disebabkan oleh
dua situasi:
i. Kepada siapa organisasi perniagaan itu patut
bertanggungjawab?, dan
ii. Siapa dalam organisasi yang patut bertanggungjawab
terhadap keluaran organisasi?
Nordin Tahir
a) Organisational Constituents (Komponen Organisasi)
b) Organisational Natural
Environment (Persekitaran Organisasi)
c) Organisational General Social
Welfare (Kebajikan Masyarakat Umum)
Nordin Tahir
Areas Of Social Responsibility
(Bidang T/Jawab Sosial)
a) Organisational Constituents (Komponen Organisasi)
Komponen Organisasi terlibat secara langsung dengan amalan-amalan
sebuah organisasi yang khusus dan mempunyai kepentingan dalam
prestasi.
Komponen organisasi adalah merangkumi lembaga pengarah,
pemegang saham, pekerja dan semua yang berkepentingan (stake
holder) dalam organisasi tersebut.
Jika pengurus firma ditangkap melakukan perbuatan jenayah atau
melanggar etika, akibat buruk dan bantahan awam mungkin
menjejaskan keuntungan organisasi, kepentingan orang-orang yang
memiliki saham dan melabur, harga saham dan sebagainya.
Organisasi yang mempunyai tanggungjawab sosial dalam urusan
mereka dengan pekerja melayan pekerja dengan adil, menjadikan
mereka sebahagian daripada pasukan dan menghormati maruah
mereka serta keperluan asas manusia.
Bagi melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap pelabur, pengurus
perlu melakukan perkara yang berikut:
- Mengekalkan prosedur perakaunan
- Menyediakan maklumat yang sesuai kepada para pemegang
saham mengenai prestasi kewangan semasa dan unjuran firma
- Mengurus organisasi dalam apa-apa cara untuk melindungi hak
dan pelaburan pemegang saham
Organisasi perlu mengutamakan alam sekitar dalam setiap
sumbangannya, seperti memberi sumbangan untuk program
alam sekitar, pencemaran alam, pencemaran sungai, udara dan
sebagainya demi kepentingan masyarakat setempat.
Tidak lama dahulu, banyak organisasi secara berkala dan
sewenang-wenangnya membuang produk kumbahan, sisa
daripada pengeluaran dan sampah ke dalam sungai dan di atas
tanah kosong.
Kini, undang-undang telah diwujudkan untuk mengawal selia
pelupusan bahan-bahan buangan.
Dalam kebanyakan kes, syarikat-syarikat yang telah sedar
akibat tindakan mereka, kini mula bertanggungjawab dalam
pengendalian pencemaran.
Nordin Tahir
b) Organisational Natural Environment
(Persekitaran Organisasi)
Syarikat-syarikat juga perlu membangunkan cara untuk
mengelak daripada menyumbang kepada terjadinya hujan asid,
penipisan lapisan ozon dan pemanasan global.
Mereka perlu mencari kaedah alternatif merawat kumbahan
pengendalian sisa berbahaya dan sampah biasa.
Syarikat-syarikat juga perlu membangunkan dasar-dasar
keselamatan bagi mengurangkan kemalangan yang mempunyai
hasil alam sekitar yang berpotensi membawa bencana.
Pemanasan global adalah terutamanya disebabkan oleh
pelepasan asap kilang yang mengandungi peratusan karbon
dioksida yang tinggi.
Haba dibebaskan ke atmosfera menyebabkan lapisan ozon
menjadi nipis dan mudah untuk mencairkan ais di kutub,
menjadikan bumi terdedah kepada bahaya jika dibiarkan
berlanjutan.
Punca dan kesan pemanasan global mengancam kehidupan
organisma hidup di bumi.
Nordin Tahir
Syarikat-syarikat boleh mengikuti amalan-amalan untuk
mematuhi tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar:
a) Sumbangan kepada badan amal, pertubuhan amal,
yayasan bukan mencari keuntungan dan persatuan.
b) Sokongan untuk muzium, simfoni, radio dan televisyen
awam.
c) Mengambil peranan dalam meningkatkan kesihatan awam
dan pendidikan.
Nordin Tahir
Punca dan kesan pemanasan global
Sesetengah orang merasakan bahawa di samping merawat
komponen dan alam sekitar secara bertanggungjawab,
organisasi perniagaan juga harus menggalakkan kebajikan
umum masyarakat.
Organisasi dan individu serta kumpulan boleh melaksanakan
tanggungjawab sosial mereka dengan memberi bantuan
kebajikan masyarakat iaitu memberi bantuan kepada mereka
yang memerlukan, daif, miskin dan sebagainya melalui
program-program tertentu.
Nordin Tahir
c) Organisational General Social Welfare
(Kebajikan Masyarakat Umum)
Arguments On Social Responsibility
(Hujah-hujah Tanggungjawab Sosial)
Sokongan Kepada T/Jawab Sosial Tentangan T/Jawab Sosial
1. Perniagaan menimbulkan
masalah dan oleh itu perlu
membantu untuk
menyelesaikannya.
1. Tujuan perniagaan adalah untuk
menjana keuntungan yang
maksima bagi pemilik.
2. Ahli-ahli perniagaan juga
adalah anggota masyarakat
dan rakyat dalam Negara.
Justru sumbangan mereka
amat dihargai.
2. Penglibatan dalam program-
program sosial adalah
merugikan.
3. Perniagaan mempunyai
sumber yang diperlukan untuk
menyelesaikan masalah.
3. Wujud potensi kepada terjadinya
konflik kepentingan.
4. Memberi tanggungjawab
sosial kepada yang
memerlukan akan
mendatangkan keuntungan
kepada organisasi tersebut.
4. Perniagaan kekurangan
kepakaran untuk menguruskan
program-program sosial.
Nordin Tahir
Organisational Approaches To Social Responsibility
(Pendekatan Organisasi T/Jawab Sosial)
Bagaimana Memperkenalkan Organisasi Kepada
Tanggungjawab Sosial
Menilai Organisasi kepada tanggungjawab sosial
adalah melalui rajah berikut yang menggambarkan
darjah tertinggi dan terendah tanggungjawab sosial.
Darjah paling rendah tanggungjawab sosial ialah dari
Halangan sosial (Social obstruction),
Obligasi sosial (Social obligation)
Tindak balas sosial (Social response)
Sumbangan sosial (Social contribution).
Nordin Tahir
Memperkenalkan Organisasi
Kepada Tanggungjawab Sosial
Sumbangan sosial (Social contribution)
Tindak balas sosial (Social
response)
Obligasi sosial (Social obligation)
Halangan sosial (Social obstruction)
Nordin Tahir
Darjah Tertinggi
Tanggungjawab
Sosial
Darjah Terendah
Tanggungjawab
Sosial
Pendekatan
Organisasi Penerangan
Halangan Sosial
(Social Obstruction)
Tanggungjawab sosial pada tahap yang paling rendah. Beberapa
organisasi yang mengambil pendekatan ini biasanya sukar bertindak
untuk menyelesaikan masalah sosial atau alam sekitar. Apabila
berhadapan dengan etika atau undang-undang, amalan mereka
yang tidak boleh diterima, biasnya mereka menafikan atau menutup
tindakan mereka.
Obligasi Sosial
(Social Obligation)
Pendekatan ini adalah yang paling konsisten dengan hujah-hujah
terhadap tanggungjawab sosial. Pengurus dalam organisasi yang
mengambil pendekatan ini biasanya menegaskan bahawa tugas
mereka adalah untuk menjana keuntungan.
Tindak Balas Sosial
(Social Response)
Pendekatan ini memenuhi keperluan undang-undang dan etika dan
membelakangkan keperluan mereka dalam kes-kes tertentu. Firma
itu secara sukarela bersetuju untuk mengambil bahagian dalam
program-program sosial tertentu, tetapi peguam mesti meyakinkan
organisasi yang mereka layak diberikan sokongan.
Sumbangan Sosial
(Social Contribution)
Pendekatan ini berada pada tahap tertinggi tanggungjawab sosial.
Pendekatan ini jauh melebihi keperluan minimum dan melibatkan
secara proaktif mencari peluang untuk menyumbang kepada
masyarakat. Firma yang mengamalkan pendekatan ini mengambil
hujah-hujah yang memihak kepada tanggungjawab sosial. Mereka
melihat diri mereka sebagai rakyat dalam masyarakat.
Organisational Approaches To Social Responsibility
(Pendekatan Organisasi T/Jawab Sosial)
The Government And Social Responsibility
(Kerajaan & T/Jawab Sosial)
Hubungan kerajaan dan organisasi bagi mewujudkan
tanggungjawab sosial adalah secara dua hala timbal-balik
seperti berikut:
– Kerajaan mempengaruhi organisasi perniagaan, dan
– Organisasi perniagaan mempengaruhi kerajaan.
Kerajaan mempengaruhi perniagaan melalui cara:
Undang-undang alam sekitar
Undang-undang pengguna
Undang-undang pekerja
Undang-undang berkaitan saham, dan
Kod percukaian
Perniagaan mempengaruhi kerajaan melalui cara:
Hubungan peribadi dan pengaruh
Lobi melobi
Tindakan politik
Belas ihsan dan lain-lain taktik.
How Government Influences Organisations
(Bagaimana Kerajaan Mempengaruhi Organisasi)
Selalunya kerajaan mempengaruhi organisasi melalui dua
cara:
– Direct Regulation (Peraturan secara terus):
Memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang
dan peraturan untuk diikuti oleh organisasi. Untuk
melaksanakannya, kerajaan akan menubuhkan agensi
yang akan mengawasi dan mengawal aktiviti-aktiviti
tertentu.
– Inderect Regulation (Peraturan tidak langsung):
Kerajaan secara tidak langsung mempengaruhi cara
organisasi tersebut membelanjakan wang mereka.
Pengaruh dilakukan memelalui cukai, sama ada
melalui insentif mahupun subsidi.
Nordin Tahir
How Organisations Influence Government
(Bagaimana Organisasi Mempengaruhi Kerajaan)
Empat cara organisasi mempengaruhi kerajaan:
a) Personal Contact (Hubungan peribadi) – Hubungan peribadi
dan jaringan perniagaan boleh mempengaruhi.
b) Lobbying (Melobi) – Suatu cara untuk mempengaruhi
penggubal undang-undang oleh pihak individu mahu pun
kumpulan tertentu.
c) Political Action Committee (Jawatankuasa Tindakan Politik)
– Organisasi menyumbangkan wang kepada ahli politik untuk
kempen politik.
d) Favours (Keramahan) – Bergantung kepada keramahan untuk
mendapatkan sokongan
Nordin Tahir
Managing Social Responsibility
(Mengurus T/Jawab Sosial)
Pendekatan Organisasi
Formal
Legal Compliance (Mematuhi Undang-undang)
Ethical Compliance (Mematuhi
Etika)
Philanthropic Giving
(Pemberian Derma)
Informal
Organisation Leadership &
Culture (Kepimpinan Organisasi &
Budaya)
Whistle-Blowing
(Pengadu)
Nordin Tahir
Tindakan Permulaan Formal/Rasmi Organisasi Yang Boleh
Digunakan Untuk Melaksanakan Tanggungjawab Sosial
Cara rasmi organisasi boleh menguruskan/melaksanakan
tangunggjawab sosial adalah:
Legal compliance (Mematuhi Undang-undang) – Organisasi
patut mematuhi undang-undang persekutuan, negeri, tempatan
dan antarabangsa.
Ethical compliance (Mematuhi Etika) – sesebuah organisasi
sepatutnya mengikuti asas etika yang standard yang boleh
diterima masyarakat.
Philanthropic Giving (Pemberian Derma) – Anugerah atau
sumbangan dana untuk program kebajikan adalah sebahagian
sumbangan organisasi terhadap masyarakat.
Nordin Tahir
Pendekatan Tidak Rasmi Penerangan
Kepimpinan Organisasi dan
Budaya (Organisation
Leadership & Culture)
Amalan kepimpinan dan budaya
organisasi adalah menuju ke arah
menentukan pendirian dan
tanggungjawab sosial organisasi
yang diterima oleh ahli-ahlinya. Oleh
itu, menyediakan kepimpinan dan
budaya yang sesuai adalah penting
dalam menguruskan sesebuah
organisasi rasmi.
Pengadu / Kaki Adu
(Whistle-Blowing)
Whistle blowing dalam dunia
perniagaan adalah merujuk kepada
seseorang yang menuduh rakan
sekerjanya, penyelia atau pegawai
syarikat melakukan tindakan tidak
sah atau tidak bermoral.
Tindakan Permulaan Informal/Tidak Rasmi Organisasi Yang
Boleh Digunakan Untuk Melaksanakan Tanggungjawab Sosial
Evaluating Social Responsibility
(Menilai T/Jawab Sosial)
Sebuah organisasi yang serius tentang
tanggungjawab sosial perlu memastikan bahawa
segala usaha bakal menghasilkan manfaat yang
dikehendaki.
Pada dasarnya ianya memerlukan penggunaan
konsep kawalan terhadap tanggungjawab sosial.
Banyak organisasi memerlukan pekerja yang sedia
ada dan baru untuk memahami garis panduan atau
kod etika mereka dan menandatangani kenyataan
bersetuju untuk mematuhinya.
Organisasi juga perlu menilai bagaimana ia bertindak
balas kepada keadaan tingkah laku undang-undang
atau persoalan etika.
Nordin Tahir
The Social Audit (Audit Sosial)
Audit sosial korporat adalah analisis formal dan teliti tentang
keberkesanan prestasi sosial syarikat.
Ia adalah alat untuk menilai tanggungjawab sosial dan memerlukan
organisasi untuk menentukan semua matlamat sosial yang jelas.
Ia juga menganalisis sumber-sumber yang dikhaskan untuk setiap
matlamat, menentukan sejauh mana pelbagai matlamat telah dicapai
dan membuat cadangan tentang bidang yang memerlukan perhatian
tambahan.
Ringkasnya, audit sosial adalah satu proses menilai dan melaporkan
prestasi perniagaan, ekonomi, undang-undang, etika dan dermawan
serta tanggungjawab sosial yang diharapkan oleh pihak-pihak
berkepentingan.
Pengauditan sosial menyediakan alat-alat yang boleh digunakan untuk
mengenal pasti dan mengukur kesannya terhadap pihak-pihak
berkepentingan, menyampaikan maklumat ini secara dalaman dan
luaran, memohon maklumat ini untuk membuat penambahbaikan yang
berterusan dalam bidang-bidang yang penting.
Salah satu garis panduan yang paling terkini bagi tanggungjawab
sosial adalah “Panduan ISO 26000 bagi Tanggungjawab Sosial”.
Walau bagaimanapun, ISO 26000 adalah hanya satu garis panduan
bukan untuk tujuan pensijilan.