Download - test 1
-
BAHAN BUANGAN BOLEH MEREPUT
1. Bahn buangan organic seperti sisa makanan, sayur,
daging dan kayu boleh mereput.
2. Ia disebut sebagai bahan buangan biodegradasi kerana
ia boleh diurai menjadi tanah secara semulajadi.
3. Bahan bunagn ini direputkan oleh mikroorganisma
(kulat dan bacteria)
4. Bahan buanagan seperti kaca , plastic, tin dan objek
besi tidak boleh mereput. Oleh itu, ia disebut sebagai
bahan buangan bukan biodegradasi.
KEBAIKAN PEREPUTAN BAHAN BUANGAN
1. Mengelakkan bahan bunag berkumpul di persekitaran
kita.
2. Bahan buangan yang reput kembali pada tanah
sebagai nutrient seperti garam mineral, karbon dioksida
dan air.
3. Garam mineral menyebabkan tanah menjadi subur dan
membantu tumbuhan tumbuh dengan subur dan sihat.
4. Karbon dioksida digunakan oleh tumbuhan untuk
menjalankan proses fotosintesis.
KEBURUKAN PEREPUTAN BAHAN BUANGAN
1. Menghasilkan bau busuk.
2. Mebebaskan gas beracun yang berbahaya kepada
kesihatan kita.
KESAN BERLAKU JIKA BAHAN BUANGAN TIDAK MEREPUT:
1. Alam sekitar akan dipenuhi sampah sarap.
2. Air, udara dan tanah akan tercemar.
3. Alam sekitar akan mengalami kemusnahan, haiwan
diancam kepupusan dan iklim akan berubah.
4. Pengumpulan sampah akan menarik perhatian haiwan
perosak seperti tikus, lipas dan lalat yang membawa
kuman yang menyebabkan penyakit.