Download - Teori Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifDR VMT
Tokoh-tokoh mahzab kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.
Pembelajaran bukan suatu percubaan tetapi mempunyai motif atau objektif tertentu. Ia juga berkait rapat dengan kefahaman terhadap sesuatu perkara demi untuk melakukan proses pembelajaran.
Ciri-ciri pembelajaran kognitif
• Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mempunyai motif atau objektif.
• Pembelajaran merupakan suatu pemprosesan maklumat di sekeliling kita.
• Pengetahuan dan pengalaman sedia ada amat penting untuk pembelajaran.
• Pembelajaran yang utama adalah berasaskan kepada struktur kognitif dan kesedarn sedia ada terhadap kewujudan rangsangan baru.
Teori Pembelajaran Kognitif:
Teori Pembelajaran Celik Akal
Teori Pembelajaran Isyarat
Teori Pembelajara
n Kognitif
Teori Pembelajaran Maklumat
Teori Pembentuka
n Konsep
Teori Pembelajara
n Resepsi
Teori Pembelajaran Celik Akal
Teori Pembelajaran Celik Akal
Dipelopori oleh Wolfgang Kohler. Kajiannya: Guna pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah. Masalah : mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Cara penyelesaian: Cimpanzi guna cara melompat tetapi gagal. Tiba-tiba, cimpanzi dapat melihat pertalian di antara susunan kotak
Teori Pembelajaran Celik Akal
• Kesimpulannya: haiwan tersebut (cimpanzi belajar melalui proses kognisi. Cimpanzi menggunakan alatan unutk menyelesaikan masalah berdasarkan pengalaman dan persepsinya, iaitu mendapati perkaitan antara rangsangan dengan kotak-kotak dan pisang dalam situasi yang dialaminya.
Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget
Jean Piaget
• Berasal dari Switzeland• Ahli psikologi yang terkenal dalam bidang
pendidikan.• Melalui pemerhatian dan kajiannya dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui 4 peringkat mengikut perubahan umur mereka.
Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak
Peringkat Deria Motor (0-2
tahun)
Peringkat Pra Operasi (2-7
tahun)
Peringkat Operasi Konkrit
(7-12 tahun)
Peringkat Operasi Formal (selepas
12 tahun)
Peringkat Deria Motor
• Kanak-kanak guna deria motor untuk fahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.
• Bayi sudah mula membezakan objek di persekitarannya, mempunyai koordinasi mata dan tangan,cuba mengaitkan perkataan dengan objek yang dilihat di persekitarannya.
Peringkat Pra Operasi
• Kanak-kanak sudah boleh guna bahasa serta simbol untuk gambarkan sesuatu konsep.
• 4 tahun- kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui perkembangan bahasanya perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi pesat.
• Pemikiran kanak-kanak jadi egosentrik. Mereka fikir bahawa pendapat orang lain adalah sama dengan mereka.
• Mereka tidak boleh bezakan angan-angan dan kenyataan.
Peringkat Operasi Konkrit
• Egosentrik kanak-kanak mulai hilang beransur-ansur.
• Kanak-kanak juga dapat mempelajari dua atau lebih perkara pada satu masadan menguasai konsep pengabadian.
• Contoh; eksperimen silinder pelbagai saiz diisi dengan kuantiti yang sama tetap sama dari segi kuantiti air.
Peringkat Operasi Formal
• Perkembangan ini bermula pada umur 12 tahun dan mencapai kemuncak perkembangan kognitif pada usia 16 tahun.
• Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masala yang lebih kompleks.
Teori Pembelajaran Kognitif
Jean Piaget
Konsep asas
Skema Adaptasi
Keseimbangan Asimilasi
Akomodasi
Skema
• Merujuk kepada model tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu semasa proses pengubahsuaian diri dengan alam sekeliling.
• Ia dirujuk sebagai pengalaman atau pengalaman yang diperolehi atau dipelajari.
• Perubahan skema kanak-kanak adalah hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.
Adaptasi dan Keseimbangan
• Dua perkara yang berkait rapat dan saling mempengaruhi.
• Jika skema (perubahan tingkahlaku) sedia ada memadai semasa proses pengubahsuaian diri,maka bentuk adaptasi belum berubah dan keseimbangan perhubungan dalam dan luar individu juga masih kekal.
Asimilasi dan akomodasi
• Asimilasi- guna pengalaman, pandangan, sikap sedia ada untuk mengadaptasi, mengurus dan memberi maklumat. Guna pengalaman lama dalam situasi baru.
• Akomodasi- Mengubah struktur kognitf sedia ada kerana kurang sesuai dengan keperluan dalam situasi baru.
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan Maklumat
• Dipelopori oleh Robert M. Gagne• Teori ini telah dikemukakan dalam bukunya
Essentials of Learning for Insruction (1957).• Mengenai bagaimana manusia memperolehi
maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Teori Pemprosesan Maklumat
Persekitaran
Rangsangan-rangsangan
Stor ingatan jangka pendek
Rakaman Deria
Stor ingatan jangka panjang
Penggerak tindak balas
Pelaksanaan
Teori Pemprosesan Maklumat
• Rangsangan dari persekitaran akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
• Maklumat ini akan ditafsirkan oleh stor ingatan dan dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
• Kemudian manusia akan menunjukkan perlakuan kepada persekitarannya.
• Ingatan jangka panjang penting untuk mengingatkan dengan pengalaman baru dan untuk memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
Lapan Fasa BiasaProses Pembelajaran
Fasa Motivasi- Jangkaan
Fasa Tanggapan (kefahaman)-
perhatian: persepsi terpilih
Fasa Penyimpanan (pemerolehan)-
kod: simpanan awal
Fasa Penahanan- Stor Ingatan
Fasa Mengingat Kembali- Mencari
Fasa Generalisasi-
Pindahan
Fasa Prestasi-Gerak Balas
Fasa Maklum Balas-
Peneguhan
Fasa Motivasi- Jangkaan
Fasa pertama dalam proses pembelajaran. Manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. (ibu bapa, kemiskinan, dsbnya) Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan berkesan dan bermakna. Oleh itu, motivasi memainkan peranan penting dalam sesuatu proses pembelajaran.
Fasa Tanggapan (Kefahaman)- Perhatian: Persepsi Terpilih
Melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan melalui organ derianya. Contohnya: Seorang murid menolak gangguan rakan-rakannya dan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.
Fasa Penyimpanan (Pemerolehan)- Kod: Simpanan Awal.
Rangsangan yang relevan dan telah dipersepsikan dengan tepat akan dibawa oleh sistem saraf ke stor ingatan jangka pendek. Rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiriContoh: Merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
Fasa Penahanan- Stor Ingatan
Selepas fasa Penyimpanan berlaku, sebahagian atau keseluruhan rangsangan akan disalurkan dan disimpan di stor ingatan jangka panjang.Kod-kod yang disimpan di stor jangka masa panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dalam sistem yang lebih kekal dan mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan- penyimpanan maklumat, peristiwa dengan cara sistematik.
Fasa Mengingat Kembali- Mencari
Tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka masa panjang. Tindakan yang digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman dan ini akan menggerakkan individu untuk mengingat kembali apa yang diperolehi untuk menghasilkan tindak balas yang sepadan dengan isyarat rangsangan yang diterimanya.
Fasa Generalisasi- Pindahan
• Merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi.
• Seseorang individu boleh ingat kembali memori dalam stor ingatan jangka masa panjang dan menggunakannya dalam situasi yang serupa.
Fasa Prestasi- Gerak balas
• Dikenali sebgai fasa perlakuan.• Boleh dikur atau dilihat melalui perubahan
pada tingkahlaku seseorang dalam proses pembelajaran
• Contoh: seorang murid yang tahu jawapan kepada soalan ulangkaji yang ditanyakan oleh gurunya akan memberi respon unutk cuba menjawab soalan tersebut.
Fasa Maklum balas- Peneguhan
• Fasa terakhir dalam pembelajaran.• Berlaku selepas seseorang individu bertindak balas
dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.
• Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang menunjukkan prestasi yang tepat.
• Peneguhan diberi oleh orang lain sebagai tindakbalas kepada perlakuan baik orang yang memberikan gerak balas.
Kesimpulan
• Terdapat beberapa aspek utama dalam fasa proses pembelajaran.
• Antaranya: kesediaan, motivasi, pengamatan penanggapan, ingatan dan lupaan, dan pemindahan. Aspek tersebut berkait rapat dengan proses p&p di dalam dan di luar bilik darjah.
Model Proses Ingatan dan Lupaan
(lebih sempurna daripada Model Proses Pembelajaran Gagne)
3 PERINGKAT UTAMA
Ingatan Sensori
Ingatan Jangka Masa Pendek
Ingatan Jangka Masa Panjang
Ingatan Sensori
Rangsangan
Perhatian dan pengiktirafan
Singkir maklumat tidak
penting
Maklumat penting
Stor ingatan jangka masa
pendek
Ingatan Sensori
• Berlaku antara satu setengah saat hingga empat saat
• Ini kerana rangsangan ke bahagian deria tidak akan kekal lama dan akan dihantar ke stor ingatan jangka masa pendek dengan segera.
Ingatan Jangka Masa Pendek
• Menerima maklumat daripada ingatan sensori.
• Mengekod maklumat dalam bentuk yang bermakna, mudah diingati iaitu secara gambaran, simbolik dan bahasa.
• Maklumat yang tidak berguna dan terlalu rumit dikodkan dan akan disingkirkan dalam bentuk lupaan.
Ingatan Jangka Masa Pendek
• Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa antara 15 hingga 30 saat.
• Kadangkalan maklumat yang diperlukan akan dipanggil semula sebagai tindakbalas ke atas situasi yang diperlukan.
Ingatan Jangka Masa Panjang
• Mendapat maklumat yang disimpan secara sementara oleh ingatan jangka masa pendek.
• Maklumat akan diproses semula dan disimpan lebih lama sehingga dipanggil semula sebagai tindak balas kepada situasi yang diperlukan.
• Ia juga mengalami lupaan dimana maklumat tidak diguna dalam masa yang lama, usang atau terus lenyap.
• Maklumat ini diurus dengan lebih sistematik
Lima Kategori
Ingatan Intelektual
Ingatan Logik
Ingatan Hafazan
Ingatan Episodik
Ingatan Semantik
Lima kategori ingatan jangka panjang
Ingatan intelektual •Berkaitan konsep, pengertian,hukum dan maklumat-maklumat abstrak
Ingatan Logik •Berkaitan maklumata yang diperolehi melalui proses menaakul.
Ingatan hafazan •Maklumat yang tidak diproses semula tetapi dikeluarkan semula seperti sifir.
Sambungan…
Ingatan episodik •Maklumat berkaitan peristiwa dan pengalaman.
Ingatan Semantik •Maklumat yang digunakan untuk membuat kesimpulan dan rumusan membentuk generalisasi prinsip, hukum dan rumus.
TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT
TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT- E.C. Tolman
Apa yang berlaku semasa eksperimen? 1: Tikus (lapar) pilih jalan A kerana anggap jalan A paling dekat tetapi ada sekatan (P). Tikus patah balik. 2: Pilih lorong B(kiri)-juga terpaksa patah balik kerana ada sekatan (Q). 3: Pilih lorong C (dianggap jalan paling jauh) dan berjaya mendapat makanan. Kemudian, kebanyakan tikus akan guna lorong C jika diletak semula di tempat permulaan T-maze.
Eksperimen: T-maze- Satu jenis reka bentuk jalan sesat yang terdapat 3 batang lorong (A, B, C) yang menyambung kepada kotak berisi makanan untuk kajian pembelajaran kognitif tikus putih.
Huraian Tolman Tikus putih dapat memilih jalan yang membolehkannya mendapat makanan kerana semasa dalam perjalanannya, tikus berusaha mempersepsikan perhubungan tanda-tanda dengan tempat makanan. Contoh tanda-tanda: belok, kadar cahaya, saiz lorong.Tanda-tanda tersebut akan menjadi rangsangan untuk bergerakbalas bagi mencapai objektif.
Huraian Tolman
Situasi pembelajaran yang diulangi beberapa kali membolehkan tikus berkenaan membentuk peta kognitif (cognitive map) yang berkaitan dengan rangsangan-rangsangan semasa laluan. Jika situasi yang sama wujud semula, ia akan terus menggunakan peta kognitif sedia ada untuk menuju ke arah objektifnya.
Hasil Kajian
Tingkah laku tikus putih tidak boleh dihuraikan dengan menggunakan teori rangsangan- gerak balas sahaja. Tikus putih boleh memilih jalan yang tepat kerana ia telah memahami keseluruhan situasi yang sebenar.
Apa yang ingin dibuktikan?
•Mempunyai tujuan yang bermakna.• Mempunyai hasrat mencapai objektif.
Pembelajaran individu
•Individu beransur maju melalui tanda yang memimpinnya untuk mencapai objektif.
Proses pembelajaran
•Membolehkan individu mengenalpasti tanda-tanda dalam proses pembelajaran.
Keupayaan persepsi dan
kognitif
Apa yang ingin dibuktikan?
•Jika tanda-tanda yang berkaitan dengan objektif terdahulu berlaku semula, gerak balas yang diberikan akan lebih kukuh.
Situasi pembelajaran
sama
•Objektif tanpa tanda terdahulu, gerak balas individu yang diharapkan dalam situasi akan menjadi lemah.
Objektif dan tanda terdahulu
•Tindakan seseorang adalah berasaskan persepsinya terhadap rangsangan yang diwujudkan.•Kefahaman terhadap tanda adalah penting untuk mencapai objektif.
Kesimpulan
Teori Pembentukan Konsep
J. Bruner
J. Bruner
• Ahli psikologi yang terkenal• Banyak memberi sumbangan penulisan dalam
bidang teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan.
• Bukunya yang bertajuk “ The Process of Education” menjadi bahan rujukan penting bagi penggubalan matematik moden di kebanyakan negara.
3 Kategori Konsep
Konsep Konjuntif
•Mempunyai dua atribut atau lebih dan tidak dapat dipisahkan•Contoh pensil.
Konsep Disjuntif
•Atribut yang tegabung dalam konsep yang sama tapi boleh diguna dalam situasi yang berbeza•Servis yang baik
Konsep Hubungan
•Atribut2 dalam konsep itu mempunyai hubungan khas antara satu sama lain.•Mengandungi masa dan ruang.
Teori Pembelajaran Penerimaan / Resepsi
• Diperkenalkan oleh David Ausubel.• Beliau merupakan seorang ahli psikologi
Amerika .• Teori ini mengambil kira pembelajaran individu
dalam konteks sekolah atau bilik darjah.• Pembelajaran bermakna pula berlaku dengan
penggunaan bahan yang bermakna seperti teks atau cara penyampaian seseorang guru.
Teori Pembelajaran Penerimaan
• Teori ini turut memberi penekanan kepada penyampaian terancang oleh guru.
• Mekanisma paling utama dalam teori ini adalah Advance Organizer atau pengurusan dan pendedahan awal.
• Konsep Advance Organizer bukan merujuk kepada rumusan atau maklumat umum pembelajaran
Teori Pembelajaran Penerimaan
• Advance Organizer perlu diberi perhatian lebih awal agar para pelajar mendapat maklumat atau pengetahuan yang perlu untuk membolehkan pelajar mempelajarai sesuatu yang berkaitan dengannya. Contohnya membaca teks sehari lebih awal sebelum sesi pembelajaran.
Dua jenis Advance Organizer
• pengurusan awal perbandingan/ koperatif • pengurusan awal ekspositori.
Pengurusan awal perbandingan/ koperatif
• Pengurusan awal perbandingan merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari yang mana pengetahuan sedia ada ini akan diguna untuk mempelajari maklumat baru. Penyusunan semula maklumat awal akan berlaku sebagai persediaan untuk menerima maklumat baru.
Pengurusan awal ekspositori
• merujuk kepada situasi dimana pelajar tidak ada pengalaman sedia ada dan guru akan memberi maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks atau lakaran peristiwa.
• Maklumat itu kelak akan berperanan sebagai penghubung atau jambatan kepada maklumat baru yang akan dipelajari.
• Dengan kata lain, maklumat tersebut akan menjadi asas kepada pembelajaran baru
Pembelajaran konsep melalui penerimaan
• menekankan bahawa penyampaian pengajaran guru dibuat secara terancang bermula dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara berperingkat-peringkat.
• Faktor yang paling penting adalah penyampaian guru berasaskan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan dan tahap pelajar.
• Penggunaan kaedah advance organizer akan membantu para pelajar untuk menggarap maklumat dengan lebih cepat serta efektif.
Sambungan…
• Seseorang guru boleh membuat penyusunan secara umum bagi membantu pelajar dengan cara mempersembahkan anvance organizer, kemudian mengemukakan contoh yang positif dan negatif, selepas itu rujuk kepada ciri-ciri persamaan dan perbezaan, buat rumusan dan beri contoh tambahan.
Teori Konstruktivis
Contructivism – falsafah
membina
Ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman
sebenar
Serupa dengan Teori Konstruktivisme
Kognitif atau Konstruktivisme
Pelopor - Jean Piaget dan Lev
Vygotsky
1. Teori Konstruktivisme Kognitif (Jean Piaget)
2. Teori Konstrutivisme Sosial (Lev Vygotsky)
Konsep Konstruktivisme menurut Von Glaserfeld
Ilmu pengetahuan adalah dibentuk oleh
individu yang mengambil inisiatif
sendiri
Tujuan membentuk ilmu adalah
menguasai diri dalam alam sekitarnya
Proses pembentukan ilmu merupakan hasil
rasionalisasi pengalaman individu
berasal dari teori
perkembangan kognitif
Piaget dan teori zon
perkembangan proksimal
Vygotsky
Pandangan Piaget
terhadap sumber ilmu pengetahuan
adalah proaktif Vygotsky –
penyokong konstruktivis
me yang bersifat kolektif
Menurut Vygotsky, idea
ZPD ialah prestasi
belajar, di bawah
bantuan orang dewasa
atau kerjasama
rakan, menunjukkan
kebolehan menyelesaika
n maslah melebihi
kebolehan diri
Ilmu pengetahuan adalah dibina
melalui proses saling pengaruh di
antara pembelajaran
terdahulu dengan
pembelajaran terbaru yang
berkaitan
Pelajar membina
ilmu pengetahuan
dengan melibatkan diri secara
aktif, menggunakan
cara membanding
maklumat baru dengan pengalaman
sedia ada
Turut menegaskan perkembangan
proses metakognitif
Melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna terutama operasi merancang,
mengarah dan menilai pemiikirannya
Yang bermakna, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, pelajar
perlu merancang strategi pembelajaran, cara belajar yang berkesan, menilai dan membuat
refleksi berkaitan pembelajarannya
Paling penting, perlu menghubungkaitkan
pengalamannya dengan maklumat baru dalam proses
pembelajarannya
Teori Konstruktivisme Kognitif Kanak-kanak membina ilmu dan
menguasai kemahiran melalui
proses transformasi, organisasi, re-
organisasi ilmu dan kemahiran yang telah
ada dalam struktur kognitif mereka
Proses adaptasi, asimilasi, akomodasi dan pemikiran logikal
– proses utama dalam pembinaan
ilmu dan kemahiran baru
Peringkat sensori motor (0-2 tahun),
peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12
tahun), peringkat operasi formal (12-
dewasa)
Ilmu dan kemahiran lebih bermakna
dibina berdasarkan usaha sendiri
Pendidikan hanya memainkan peranan
menghaluskan kemahiran dan ilmu yang telah sedia ada
dalam struktur kognitif
Implikasi Penglibatan murid
secara aktif
Menggunakan teknik pemudahcaraan
untuk membimbing murid
Bahan pelajaran dan kaedah mengajar
harus sesuai dengan peringkat
perkembangan kognitif murid
Gunakan penilaian formatif untuk
menilai kemajuan murid
Mengutamakan prinsip naturalisme
dalam pembelajaran
Membina alam belajar yang kondusif untuk situasi inkuiri
dan penerokaan
Mengutamakan minat dan
penyertaan murid
Menggalakkan murid menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk memperolehi ilmu dan kemahiran
dengan usaha sendiri
Teori Konstruktivisme Sosial
Kanak-kanak
membina ilmu dan menguas
ai kemahiran melalui interaksi
sosial dan aktiviti
sosiobudaya
ZPD – had tahap
perkembangan
kognitif kanak-kanak.
Ilmu dan kemahira
n yang lebih tinggi dapat dibina
dengan bimbinga
n guru atau
rakan
Bahasa memaink
an peranan penting dalam
membentuk
pemikiran untuk
membina ilmu dan kemahira
n
Pendidikan penting
dalam membantu murid belajar
Implikasi
Aktiviti pengajaran harus bermula dari
had bawah ZPD.
Penilaian murid harus dinilai berdasarkan
prestasi murid dalam ZPD
Guru harus menggalakkan
murid yang lebih maju untuk
membimbing rakan yang kurang
maju
Menggalakkan pembelajaran
secara koperatif untuk
meningkatkan prestasi
Gunakan ZPD membimbing murid belajar dengan teknik
scaffolding
Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran-Pembelajaran
Dalam Teori Konstruktivisme, guru merupakan pembimbing, pemudahcara dan perancang. Murid memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaranModel pengajaran dan pembelajaran –
inkuiri-penemuan, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratifIsi pelajaran haruslah sesuai dengan
kebolehan pelajar
Keutamaan pembelajaran ditumpukan kepada hasil perolehan berlandaskan konstruktivismeBentuk dan alat penilaian terhadap
pembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid bersama-sama
TEORI METAKOGNISI
DEWEY (1910) – aktiviti mental dalam sesuatu
proses untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi.
GUILFORD (1967) – keupayaan & kebolehan
yang mempunyai pelbagai kemahiran berfikir.
ROGER SPERRY (1970) – bahagian kiri (kritis)
& bahagian kanan (kreatif)
MAYOR (1977) – pengelolaan operasi-operasi
mental dalam sistem kognitif untuk penyelesaian
masalah
DAVIDOFF (1979) – penggunaan simbol,
gambar, perkataan dan pengamatan untuk membentuk konsep
VINCENT R. RUGGIERO (1984) – aktiviti mental untuk menyelesaikan masalah & membuat
keputusan
JOHN BARELL (1991) – proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar
BEYER (1991) – operasi mental terhadap input deria untuk menaakul, adaptasi & asimilasi bagi membentuk
makna
WILLIAM W. WILEN (1994) – proses dalaman terhadap rangsangan yang dipadan
dengan pengetahuan sedia ada
KONSEP PEMIKIRAN
METAKOGNITIF
KONSEP METAKOGNITIF
Kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui & tak ketahui. (Costa, A.L –
1981)- Cara untuk meningkatkan kesedaran
mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku.
Memfokus kepada aktiviti pelajar untuk menjelaskan apa yang mereka
fikir tentang pemikiran dari segi proses berfikir bagi sesuatu
kemahiran berfikir yang khusus yang dialami dalam sesi pengajaran
pembelajaran sebelumnya
Pelajar berfikir cara berfikir (students think about their
thinking)
Howard Gardner (1992), kebolehan mengawal proses
berfikir dalam strategi metakognitif ini adalah
dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang.
Beyer di dalam model “Functional Thinking” nya menyatakan bahawa
“metacognition” adalah merangkumi kebolehan seseorang merancang
(planning), memantau (monitoring) dan menilai (assessing) satu-satu keputusan atau idea yang hendak
diutarakan
TEORI METAKOGNISI DALAM P& P
STRATEGI MENINGKATKAN METAKOGNISISTRATEGI MENINGKATKAN METAKOGNISI
1) Merancang2) Menyoal pada semua peringkat
3) Memilih secara sedar4) Menilai berdasarkan beberapa kriteria
5) Mengambil kredit6) Mengelak daripada mengatakan “Saya tidak boleh.”
7) Menggalakkan idea daripada pelajar8) Memberikan label bagi sesuatu tindakan9) Menjelaskan maksud perkataan tertentu
10)Main peranan dan simulasi11)Menyimpan jurnal
12)Memberikan teladan
Model pemiki
ran pertama
Model pemik
iran kedua
MODEL PEMIKIRAN
MODEL PEMIKIRAN PERTAMA: KOMPONEN-KOMPONEN BERFIKIR
PEMIKIRAN
Operasi Mental
Sikap
Menyelesaikan masalah
- Merancang - Mengarah - Mengawal- Menyemak- Menilai
Kemahiran
Membuat keputusan
Strategi
Kognitif
Pengetahuan
Kritis Kreatif
Metakognitif
MODEL PEMIKIRAN KEDUA: PROSES PEMIKIRAN
METAKOGNISI
METAKOGNISI
Input Data diterima melalui
deria
OperasiMentafsir data yang
diperoleh
Ingat Kembali- Ingatan jangka pendek- Ingatan jangka panjang
Output/HasilAplikasi: Penggunaan
data
Tindak balas
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
• Perspektif situasi• Perspektif perkembangan kognitif• Perspektif daya intelek
PERSPEKTIF SITUASI
PEMIKIRAN ASOSIATIF- Apabila menghadapi
masalah yang tidak terdesak diselesaikan- Fikiran berulang
dalam imaginasi tetap
PEMIKIRAN BERPANDU/MENEGAK
PEMIKIRAN LATERAL (MENDATAR)- Melepaskan
pemikiran berpandu dari masalah dengan
melihat kepada perspektif lain
Pemikiran penaakulan – membuat kesimpulan
berdasarkan fakta, hukum sedia ada
Pemikiran kritis – membuat keputusan
berdasarkan analisis & penilaian terhadap
masalah
Pemikiran deduktif – menggunakan
hukum/peraturan untuk menentukan penyelesaian
masalah & buktikan hipotesis/aplikasi
Pemikiran kreatif – pemikiran reka ciptaCiri-ciri: - keberanian,
imaginasi, perkembangan idea & reka cipta
Pemikiran induktif – mengkaji maklumat (data),
berdasarkan teori sedia ada & buat kesimpulan mengikut ciri-ciri data
PERSPEKTIF PERKEMBANGAN KOGNITIF- Menggunakan sensorimotor
untuk berinteraksi dengan
persekitaran- Cuba
menggunakan pelbagai skema
untuk memperoleh
maklumat dan selesaikan masalah
- Menggunakan bahasa & simbol
untuk menggambarkan sesuatu konsep
- Pemikiran egosentrik
Kekurangan: ketidakupayaan
menggambarkan proses
transformasi, ketidakupayaan
mengamati operasi songsang & belum kuasai
konsep pengabadian
- Memperoleh konsep
transformasi, proses kebalikan &
proses songsang- Boleh berfikir
secara induktif & deduktif
- Pemikiran terbatas kepada
aspek konkrit sahaja
- Mampu berfikir secara abstrak
- Bruner: Peringkat kognitif kanak-kanak normal
peringkat enaktif, peringkat ikonik & peringkat simbolik
Perin
gkat
de
ria m
otor
Peringkat pra-operasi
Peringkat operasi konkrit
Peringkat operasi form
al
6 CIRI PERKEMBANGAN
KOGNITIF (TOWARD A THEORY OF INSTRUCTIO
N)
Keupayaan bertambah
dalam kawalan emosi
daripada stimuli luar.
Berupaya mengasimilasi pengalaman
ke dalam struktur
kognitif & membuat
generalisasi.
Keupayaan menggunakan
perkataan dan simbol
untuk mewakili
objek/peristiwa
bertambah Pertambahan aktiviti tindak
balas – perbincangan
dengan individu lain
Penggunaan bahasa untuk menyatakan konsep dan
idea
Keupayaan menghadapi
pelbagai situasi dalam suatu masa
tertentu bertambah
PEMIKIRAN KONVERGEN – Guilford (1967): salah satu jenis daya berfikirPengetahuan sedia ada + integrasi logik=jawapan lazimPemikiran tertumpu/berpanduDalam p&p: - beri soalan tertutup dengan satu penyelesaian- Tumpuan pembelajaran kepada fakta & teknikal- Soalan berasaskan hukum, prinsip @ konsep tertentu untk memperoleh jawapan yang tepat
PEMIKIRAN DIVERGEN – pemikiran kreatif/bercapah- Jawapan pelbagai kemungkinanDalam p&p: - beri soalan mencapah dengan pelbagai jawapan/cadangan penyelesaian- Memberi kebebasan kepada murid menyelesaikan masalah secara terbuka/galakan/pujian- Kaedah kumpulan/perbincangan/sumbangsaran
PEMIKIRAN REFLEKTIF – Birchall (1992): penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbangkan alternatif penyelesaian masalahWilson J & Wing Jan L (1993): berhubung dengan aspek pemikiran lain (pemikiran kreatif & kritis)
PERSPEKTIF DAYA INTELEK
TRIGGER- Mencetus rasa ingin tahu
FRAME- Membentuk kerangka
(kefahaman latar)
REFRAME- Membentuk semula kerangka
(kefahaman baru)
PLAN- Merancang tindakan baru
PROSES AMALAN REFLEKSI SCHON
TEORI PEMBELAJARAN/PELOPOR IMPLIKASI DALAM P&P
Teori Kemahiran Berfikir/Roger Sperry-Otak kiri: logik, analitis, urutan, bahasa, fakta, matematik & ingatan-Otak kanan: kreatif, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik & imaginasi
-Melatih pelajar berfikir secara kreatif & kritis-Teknik pengajaran sumbangsaran, perbincangan & penyelesaian masalah untuk seimbangkan pemikiran kreatif & kritis
Teori Pelbagai Kecerdasan/Howard Gardner- 8 kecerdasan (kecerdasan linguistik, logikal-matematik, visual-spatial, muzik, tubuh kinestetik, interpersonal, intrapersonal & naturalis)
-Kelapan-lapan kecerdasan perlu diberi perhatian dan diseimbangkan-Penilaian menyeluruh
TEORI METAKOGNISI & IMPLIKASI P&P
APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF,
KONSTRUKTIVIS DAN METAKOGNISI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Perkembangan
Piaget
Teori Gagne
Teori Bruner(Pembelajaran
Penemuan)
Pandangan Ausubel
Teori Kohler (pembelajaran
Celik Akal)
APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
• Pada peringkat awal, kanak-kanak perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada bahan maujud.
• Guru haruslah memperbanyakkan kegiatan lakon drama.• Kanak-kanak digalakkan berkongsi dan bekerjasama
dalam pembelajaran.• Alat bantu mengajar haruslah banyak menggantikan
arahan bentuk lisan.• Memberi latihan untuk mengelaskan sesuatu dalam
bentuk kertas latihan, bacaan dan sebagainya.
APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Pada peringkat awal,
pembelajaran isyarat boleh dijalankan.
Pembelajaran rangsangan gerak balas membawa implikasi
bahawa guru perlu sentiasa
memberi pujian dan galakan
apabila seseoraQng
murid menunjukkan
hasil yang baik.
Dari aspek rangkaian motor
guru perlu menggunakan
prinsip ulangan .
Implikasi pertalian bahasa
kepada guru ialah ketika
mengajar, beliau perlu
menggalakkan kemahiran
menulis dan mengemukakan
hujah.
Guru perlu membimbing
pelajar membuat
diskriminasi atau
membezakan fakta yang
penting dan kurang penting.
Guru perlu membantu
pelajar mengenalpasti ciri-ciri utama sesuatu kelas
objek agar pembentukan konsep mudah
dicapai.
Guru perlu menggunakan perbandingan,
analogi dan aplikasi ketika
mengendalikan pembelajaran
hukum.
Dalam menyelesaikan
sesuatu masalah, guru
perlu memberikan panduan dan
cadangan tentang konsep
dan hukum yang diperlukan.
APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PENEMUAN BRUNER
APLIKASI
Guru perlu menyediakan peluang untuk
murid meneroka.
Gambar, carta dan objek
perlu digunakan
bagi memudahkan pembentuaka
n konsep.
Bagi peringkat Tahun 6 dan
ke atas, hukum dan
prinsip perlu ditekankan.
Kerja berkumpulan
dan sesi perbincangan
perlu diadakan dari masa ke
semasa.
Pengetahuan perlu disusun dan dipertingkatkan agar
pembentukan konsep bermula dari peringkat mudah kepada
peringkat yang lebih rumit.
Guru perlu memberi pujian dan ganjaran
apabila sesuatu tingkah laku yang diingini itu
ditonjolkan.
Guru perlu mengambil kira
kesediaan belajar pelajar mereka.
Guru perlu mewujudkan peluang bagi murid-murid
membina kemahiran menyusun, menganalisis, membuat sintesis,
mengaplikasi dan membuat penilaian.
APLIKASI PANDANGAN AUSUBEL
• David Ausubel mengkaji tentang advance organizers (Satu unit pengajaran yang digunakan sebelum pengajaran langsung atau sebelum mengajar satu topik baru.)
• Guru hendaklah menyusun maklumat yang disampaikan agar murid-murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.
APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN CELIK AKAL KOHLER
• Guru perlu memahami bahawa murid-murid mempunyai kemahiran celik akal hasil dari penghayatan dan mempergunakan situasi untuk menyelesaikan masalah.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS
Jean Piaget
Lev Vygotsky
Von Glaserfelt
APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS
• Dibahagikan kepada dua iaitu kognitif dan sosial.
• Kurikulum yang disediakan di sekolah pada setiap tahap persekolahan hendaklah berasaskan pengetahuan lalu pembelajar berkenaan.
• Penekanan hendaklah diberikan kepada kaedah menyelesaikan masalah secara hands-on.
• Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka dan dialog yang meluas.
• Kaedah menentukan pengetahuan pelajar melalui penggredan haruslah dielakkan. Pelajar sendiri memainkan peranan yang besar dalam menentukan kemajuan diri mereka sendiri.
APLIKASI TEORI METAKOGNISI
• Guru boleh menanyakan soalan yang tertutup dan memerlukan jawapan yang tepat kepada pelajar. Ini akan menguji daya ingatan pelajar terhadap apa yang telah dipelajari.
• Guru berperanan untuk memberi input secara jelas dan tepat agar pelajar boleh mentafsir persoalan yang disampaikan di akhir sesuatu pembelajaran.
• Manakala, apabila mencapai satu tahap tertentu, guru memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab soalan berbentuk terbuka serta memberi cadangan atau saranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
• Pada peringkat awal kanak-kanak, guru haruslah sedar bahawa mereka lebih mudah menerima pengajaran dengan menggunakan deria mereka.
• Semasa peringkat akhir kanak-kanak barulah guru menyampaikan pengajaran yang konkrit dan abstrak di mana pelajar akan menggunakan tahap pemikiran yang lebih tinggi.
• Proses ini berterusan sehingga individu itu berupaya untuk mengaitkan cara pemikiran dengan masalah yang dihadapi serta menyelesaikannya secara kreatif dan kritis.
Sekian, terima kasih.