Transcript

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JERANGAU BARAT21820 AJIL, HULU TERENGGANUTERENGGANU DARUL IMANTel/ Fax: 09- 8385575 Email : [email protected]

Ruj. Kami : Ruj.Tuan :Tarikh :Bersamaan:SKFJB /05/03/001 (8)16 Jun 20138 Syaaban 1434H

Kepada :

The Asia FoundationSuite 13-05, Level 13

The Gardens South Tower

Mid-Valley City, Lingkaran Syed Putera

59200 Kuala Lumpur

MalaysiaTuan,

MEMOHON SUMBANGAN BUKU UNTUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Salam bahagia. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat telah mendapat pencalonan bagi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan 2013. 3.Untuk makluman, Pusat Sumber Sekolah ini masih kekurangan buku yang menjadi nadi ilmu kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan lagi peranan serta fungsi kemudahan ini, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menambahkan bilangan koleksi buku dan sumber-sumber lain agar dapat dimanfaatkan oleh guru serta pelajar dalam pembentukan generasi yang berilmu dan bersahsiah tinggi. 4.Sehubungan itu, bagi memastikan Pusat Sumber Sekolah lebih berinformasi, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan buku atau sumber lain bagi membantu meringankan kos serta meningkatkan martabat Pusat Sumber Sekolah ini. 5.Atas sumbangan dan keprihatinan daripada pihak tuan didahului jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Guru Penyayang Murid Berkualiti

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,..............(HJH ZAITON BINTI MOHD YUSOFF)Guru BesarSK FELDA Jerangau Barat

s.k : Fail Timbul


Top Related